3. •3
6 markah diperuntukkan untuk bahagian ini.
– 2. Bentuk kata yang disediakan untuk membina ayat ada 2 jenis, iaitu ;
• a. Kata tunggal
• b. Pasangan kata
– Terdapat 3-6 patah perkataan/pasangan kata akan dikemukakan.
– Terdapat 12 jenis soalan membina ayat.
4. 1. Kata Ganda
2. Hampir sama makna
3. Kata dasar dan kata terbitan
4. Kata dasar dan kata ganda
seuruh
5. Kata homograf (Sama ejaan
lain sebutan)
6. Kata terbitan
7. Kata majmuk dan kata
ganda seluruh
8. Kata dasar dan kata
ganda berimbuhan
9. Kata dasar dan kata
majmuk
10. Kata ganda seluruh dan
kata terbitan
11. Kata berbeza makna tapi
hampir sama bunyi
12. Kata banyak makna
13. Penjodoh bilangan.
5. •5
a. Membina ayat daripada kata ganda
Ada 5 jenis kata ganda
Kata ganda seluruh
Kata ganda semu
Kata ganda separa
Kata ganda berima/bersajak
Kata ganda berimbuhan
Contoh :
Ayah dan ibu sibuk melayan tetamu yang baru sampai dari kampung.
Keadaan di pasar raya itu menjadi kelam-kabut apabila berlaku satu
letupan.
Kakak mengambil masa yang agak lama untuk memakai kanta
sesentuh itu.
6. b. Membina ayat daripada kata yang
hampir sama makna.
Contoh ayat :
Ibu merebus ketupat untuk dijadikan hidangan pada hari raya pertama.
Izzah ditugaskan menanak nasi pada setiap hari sewaktu perkhemahan itu
Puan Khasnah mengukus pulut untuk dimakan bersama kuah durian…..
Kami menjerang air menggunakan cerek elektrik yang baharu dibeli ….
Abang memanggang ayam di halaman rumah untuk dijadikan juadah ….
Pak Lang menggoreng beberapa ekor ikan untuk dibawa berkelah….
merebus
menanak
mengukus
•6
menggoreng
memanggang
menjerang
7. c. Membina ayat daripada kata dasar dan
kata terbitan
hati
berhati-hati
memperhatikan
perhatian
pemerhatian
pemerhati
•7
Hati lembu itu dijual dengan harga RM25.00 sekilogram olen peniaga …
Orang ramai diminta berhati-hati apabila melalui lorong yang gelap itu.
Guru disiplin sedang memperhatikan gerak-geri sekumpulan pelajar yang
berada dibelakang kantin.
Semua pelajar memberikan perhatian terhadap ceramah yang
disampaikan oleh Ketua Polis Balai.
Pemerhatian yang rapi diberikan oleh doktor kepada pesakit kronik itu.
Pemerhati politik menjangkakan pilihanraya akan diadakan pada tahun ini
8. Membina ayat daripada kata dasar dan
kata ganda seluruh
tua – tua-tua
jarang – jarang-jarang
angkut – angkut-angkut
•8
Contoh ayat:
Pekerja itu memetik semua buah mangga yang sudah tua pada pokok itu.
Orang tua-tua tidak dibenarkan mengunjungi pusat hiburan itu.
Pakaian jarang tidak manis dipakai oleh golongan wanita Melayu.
Sejak kejadian itu, saya lihat Aminah jarang-jarang keluar rumah.
“Tolong angkut semua barang-barang itu ke bilik guru,” arah Pengetua ….
Sarang angkut-angkut itu telah dibuang oleh ayah pada petang semalam.
9. d. Membina ayat daripada kata homograf
(kata sama ejaan tapi lain sebutan)
selak – selak
sepak – sepak
rendang – rendang
•9
Selak pintu rumah saya telah dikopak oleh pencuri pada malam kelmarin.
“Selak helaian buku itu satu persatu untuk mencari ayat yang saya tulis di
papan putih ini,” arah cikgu Abel kepada pelajarnya.
“Sila sepak bola itu ke arah adik kamu,” pinta ayah kepada abang.
“Tergamak kamu sepak muka adik kamu,” marah ayah pada kakak.
Pelajar 5 Sains 1 membawa rendang ayam untuk majlis jamuan hari raya.
Pohon rendang di tepi jalan itu dijadikan tempat bertuduh oleh para pelajar.
10. e. Membina ayat daripada kata terbitan
membawa – pembawaan
menentang – penentangan
membakar - pembakaran
•10
Bas itu membawa 40 orang pelajar mengikuti rombongan sekolah ke ….
“Kamu muntah-muntah ni sebab pembawaan budak,” kata ibu pada kakak.
Sekolah Sijangkang akan menentang pasukan Sekolah Jenjarom dalam
perlawanan akhir pertandingan bola sepak.
Penentangan Orang Melayu terhadap Gagasan Malayan Union
menyebabkan pihak Inggeris terpaksa mengalah.
Pak Kamal membakar sampah-sarap di belakang rumah pada petang tadi
Pembakaran sampah secara terbuka dilarang oleh pihak berkuasa.
11. f. Membina ayat daripada kata majmuk dan
kata ganda seluruh
panas terik – panas-panas
tinggi lampai – tinggi-tinggi
pahit maung – pahit pahit
•11
Contoh ayat.
“Sedap sungguh pisang goreng ini bila dimakan panas-panas,” kata Faiz ...
Pelajar itu dijemur di bawah panas terik matahari kerana merokok di
kawasan sekolah.
Pramugara yang tinggi lampai itu ditemui mati di rumah sewanya.
“Lompat tinggi-tinggi supaya kamu boleh mengambil buah mempelam itu”..
Semua kenangan pahit manis sepanjang perjalanan hidupnya akan
dibukukan.
“Ubat yang saya makan tadi pahit-pahit belaka,” beritahu Ali kepada Abu
12. g. Membina ayat daripada kata dasar dan
kata ganda berimbuhan
tendang – tendang–menendang
malam – semalam-malaman
patah – mematah-matahkan
•12
Contoh ayat.
“Janganlah tendang barang-barang tu,” marah ayah pada adik.
Kejadian tendang-menendang antara dua kumpulan pelajar telah
mencetuskan pergaduhan besar.
Setiap malam kami akan mengikuti program pengajian di masjid.
Semalam-malaman kami mencari kanak-kanak yang hilang itu tetapi ….
Kerusi antic itu patah diterajang oleh beberapa orang budak nakal.
Kamal mematah-matahkan ranting kayu untuk dijadikan unggun api.
13. h. Membina ayat daripada kata dasar dan
kata majmuk
gulung – gulung tikar
cabut – cabut lari
hentam – hentam keromo
•13
Contoh ayat:
“Tolong gulung tikar itu dan simpan di dalam setor,” pinta Pak Ali kepada …
Ramai peniaga terpaksa gulung tikar kerana ekonomi dunia meleset.
“Tolong cabut kayu yang kamu tanam di hadapan rumah, “ pinta ibu kepada ayah.
Peserta kursus itu cabut lari apabila terserempak dengan orang gila.
“Siapkan kerja kamu dengan sempurna, jangan buat hentam saja,” nasihat
guru kepada pelajarnya.
Jawapan yang ditulis secara hentam keromo ketika menjawab soalan ujian
menyebabkan Alis gagal dalam peperiksaan itu.
14. i. Membina ayat daripada kata ganda
seluruh dan kata terbitan
terang – terang
menerangkan
masak-masak
memasakkan
rata-rata
meratakan
•14
Contoh ayat.
Perbuatan yang dilakukan oleh pemandu itu terang-terang menyalahi
peraturan lalu-lintas.
Cikgu menerangkan cara-cara menjawab soalan bahagian rumusan.
Fikirlah masak-masak sebelum anda mengambil tindakan terhadapnya.
Syawal memasakkan sup ayam untuk isterinya sebagai juadah tengah hari
Rata-rata pelajar sekolah ini berbasikal ke sekolah pada setiap hari
Jentera jentolak itu telah selesai meratakan tanah dihadapan sekolah
saya.
15. j. Membina ayat daripada kata yang berbeza
maknanya tetapi hampir sama bunyi
tempoh
tempuh
kebas
kebah
rentap
rentak
•15
Contoh ayat:
Pegawai itu hampir tamat tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan.
Segala halangan berjaya saya tempuh sepanjang aktiviti lasak itu.
“Sampai hati awak kebas barang peniaga itu,” kata Azli kepada rakannya.
Pak Cik Iwan baru saja kebah daripada demam selesema.
“Jangan kamu rentap joran itu, nanti ikannya terlepas,” tegur Naim.
Pelajar itu menari mengikut rentak muzik yang dimainkan.
16. k. Membina ayat daripada kata
banyak makna
haus
buku
batas
•16
Contoh ayat:
Amran berasa haus kerana cuaca hari ini sangat panas.
Tayar kereta itu telah haus dan boleh mengakibatkan kemalangan.
Semua buku kerja itu telah disemak oleh guru.
Kami membeli beberapa buku roti untuk dibawa ke program itu.
Islam telah menetapkan had batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Sayur-sayuran itu ditanam di atas batas yang telah digembur.
18. •18
TEKNIK MEMBINA AYAT
Ayat yang dibina mestilah ayat yang lengkap,sempurna dan
gramatis sesuai dengan tahap pemikiran seorang pelajar SPM.
Digalakkan pelajar membina antara lapan hingga enam belas
patah perkataan bagi membina ayat daripada satu perkataan.
Ayat yang dibina mesti dapat membezakan makna kata yang
diberikan.Sekiranya ayat itu tidak menunjukkan perbezaan makna
kata,maka markah tidak dapat diberikan.
19. •19
TEKNIK MEMBINA AYAT
Ingat, makna sesuatu perkataan dapat berubah melalui
pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Justeru elakkan
daripada :
i. menambahkan/menggugurkan sebarang imbuhan kepada kata
yang diberikan dalam soalan.
( cth : meningkat ------- meningkatkan )
ii. Elakkan menggandakan kata yang diberikan dalam soalan.
( cth : anak -------- anak-anak )
iii. Elakkan memajmukkan kata yang diberikan dalam soalan.
( cth : anak------- anak buah )
20. •20
TEKNIK MEMBINA AYAT
Jangan bentuk ungkapan, kiasan, cogan kata atau simpulan
bahasa daripada kata yang diberikan dalam soalan.
( cth : bahasa ----- Bahasa Jiwa Bangsa )
Tiada markah diberi jika perkataan yang diberi dijadikan sebagai
kata nama khas
( cth:genting-Genting Highlands)
Jika membuat ayat daripada pasangan perkataan,namun jawapan
pelajar tidak menunjukkan perbezaan maksud, ayat pertama
yang betul akan diberikan markah.
21. •21
TEKNIK MEMBINA AYAT
Ayat dalam bentuk cakap ajuk boleh dibina (terutama bagi
perkataan yang tidak berimbuhan) tetapi peraturan menulis bentuk
cakap ajuk mestilah dipatuhi. Jika gagal berbuat demikian,
setengah markah akan dipotong.
Cth perkataan : pukul
Cth ayat : “Anjeli, pukul anjing itu kerana ibu takut anjing itu mungkin
akan menggigit adik kamu yang sedang bermain di taman itu,” kata ibu
kepada Anjeli.
Gariskan perkataan yang diberikan dalam binaan ayat agar
senang dikesan oleh pemeriksa.
22. •22
TEKNIK MEMBINA AYAT
Elakkan daripada sebarang kesalahan ejaan atau kesalahan
bahasa. Setengah markah akan dipotong jika terdapat kesalahan
ejaan, kesalahan tanda baca atau struktur ayat yang tidak jelas.
Salah satu daripada syarat membina ayat dalam Soalan 3a ialah
ayat yang dibina mestilah terdiri daripada SATU AYAT SAHAJA.
Oleh hal yang demikian, pelajar tidak dibenarkan membina dua
ayat atau lebih bagi sesuatu perkataan( kecuali homograf atau
ada arahan yang mengatakan sebaliknya)
Cth : Orang tua itu bongkok. Oleh itu, dia berjalan dengan
menggunakan tongkat. ( salah )
23. •23
TEKNIK MEMBINA AYAT
Orang tua yang bongkok itu berjalan dengan menggunakan tongkat
(betul)
Elak menggunakan semua perkataan yang diberikan untuk
membina SATU ayat sahaja.
Cth perkataan : pendidik, mendidik, pendidikan, didik,
Cth ayat : Pendidik itu gigih mendidik anak didiknya kerana beliau
mahu mereka memperoleh pendidikan yang sempurna.
24. Latihan 1.
stesen
pencen
lesen
opsyen
eksyen
komitmen
•24
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan
pada kata-kata tersebut.
25. Latihan 1.
kelangsungan – melangsungkan
Kedalaman – mendalamkan
Kesamaan - menyamakan
•25
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan
pada kata-kata tersebut.
27. Latihan 1.
sebak
sesak
segak
ramah
resah
redah
•27
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan
pada kata-kata tersebut.
28. Latihan 1.
menjangkau
melangkau
merayau
memantau
merantau
memukau
•28
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan
pada kata-kata tersebut.