SlideShare a Scribd company logo
1 of 37
Download to read offline
Universiti Teknologi Malaysia 1
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat saya
menyiapkan projek amali ini dengan selamat dan menyiapkan satu laporan yang agak ringkas bagi
mengakhiri kerja amali kayu yang telah kami lakukan selama empat minggu. Setinggi penghargaan
juga diberikan kepada Dr Amirmudin bin Udin selaku pensyarah bagi kerja amali kayu ini kerana
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam menyiapkan kerja amali
yang diberi.
Selain itu, mempunyai hubungan komunikasi yang baik di antara pelajar dan pensyarah, ini
memudahkan pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga di
atas dorongan, teguran dan nasihat yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada mereka
semua, tidak dapatlah pelajar hendak menyiapkan laporan amali ini pada masa yang telah ditetapkan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu
sepanjang proses menyiapkan laporan amali ini.
Terima Kasih
Universiti Teknologi Malaysia 2
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 OBJEKTIF 4
3.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 5 - 6
4.0 ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU
4.1 Alat menanda dan merancang tanda. 7 - 13
4.2 Alat mengapit dan menyangga. 13 - 16
4.3 Alat memotong. 16 - 24
4.4 Alat memukul. 25 - 27
4.5 Alat menajam. 27 – 30
4.0 PROSEDUR KERJA 31 - 35
5.0 KESIMPULAN 36
6.0 RUJUKAN 37
Universiti Teknologi Malaysia 3
1.0 PENDAHULUAN
Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari
yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai ketumpatan,
kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan binaan yang lain (Breyer,Fridley dan
Cobeen,1999). Kayu merupakan bahan semulajadi dalam kejuruteraan yang di gunakan
bagi pembinaan seperti pembinaan rasuk, tiang, perabot dan lain-lain struktur.Penggunaan kayu
secara cekap samada semasa pembuatan hasil-hasil kayu atau pembinaan, bergantung kepada dua
kriteria utama, iaitu pemilihan kayu yang sesuai untuk sesuatu kegunaan dan memilih cara
penyambungan yang paling baik. Manakala yang kedua adalah berkaitan dengan pemilihan
mendapatkan gred kayu yang sesuai dan betul.
Dalam pemilihan untuk kesesuaian kayu sebagai bahan binaan, kekuatan kayu merupakan
faktor yang penting untuk keupayaan melawan beban daya luar yang dikenakan. Dengan erti kata
yang lebih mudah, kekuatan ialah ukuran daya tahan kepada kegagalan. Kayu sesuai dijadikan
bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban. Kekuatan kayu
ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu
kekuatan tegangan,kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah
bentuk serta rintangan terhadap api. Namun dalam kekuatan mampatan, tidak diberikan penekanan
yang mendalam. Dalam projek ramalan ini, kekuatan struktur kayu ricihan dan tegangan struktur
kayu sambungan jejari diberi penekanan.
Oleh itu, pelajar-pelajar kelas 1SPPJ diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran asas
ketukangan (basid trade). Pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan tempat menggangtung kunci.
Tempat gantung kunci yang dihasilkan perlulah mengikut kreativiti masing-masing bagi
memnghasilkan kerja projek yang baik dan kemas. Di dalam bengkel kayu ini, pelajar akan
menggunakan alatan tangan untuk membuat projek dan pelajar juga perlu mengetahui cara
penggunaan alatan tangan dengan betul.
Universiti Teknologi Malaysia 4
2.0 OBJEKTIF
Antara objektif yang ingin dicapai melalui projek kayu ini adalah:
1. Untuk mengenalpasti dan mengetahui jenis-jenis alatan tangan
2. Untuk menguasai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan mengikut bidang kerja
3. Untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kerja projek kayu seperti kerja
pembinaan, pemasangan dan pengemasan.
4. Setiap pelajar harus mematuhi setiap peraturan keselamatan dan pengurusan bengkel
apabila berada di bengkel.
Universiti Teknologi Malaysia 5
3.0 LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN
Secara umumnya, pelajar, alatan dan bahan serta ruang tempat kerja perlu terjamin
keselamatannya sepanjang masa. Peraturan keselamatan bengkel terdiri daripada aspek
keselamatan yang perlu diutamakan merangkumi :
 Keselamatan diri.
 Keselamatan alatan dan bahan.
 Keselamatan tempat kerja.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil yang merupakan peraturan ketika berada
di dalam bengkel :
1.Meminta kebenaran
 Pelajar dikehendaki meminta kebenaran daripada pensyarah sebelum masuk ke bengkel.
Sebaik sahaja dibenarkan masuk ke dalam bengkel, segeralah bersedia untuk bekerja.
Jangan bermain atau bergurau semasa di dalam bengkel.
2.Pakaian
 Pakaian mestilah rapi dan kemas. Baju yang berlengan panjang hendaklah digulungkan
sehingga ke paras siku supaya tidak mengganggu ketika sedang menjalankan kerja amali.
Rambut harus pendek dan kemas. Rambut yang panjang hendaklah diikat ke belakang
dengan kemas supaya tidak menghalang penglihatan dan mengganggu pelajar ketika
membuat kerja terutamanya pelajar perempuan. Sentiasa memakai kasut ketika berada di
dalam bengkel. Apron atau baju bengkel hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja.
3.Keadaan bengkel
 Pintu dan tingkap hendaklah dibuka semasa berada didalam bengkel. Pastikan anda tahu di
mana kedudukan alat pamadam api. Kebersihan di atas lantai dan meja hendaklah sentiasa
dijaga. Sebelum meninggalkan bengkel, pastikan semua suis lampu, kipas dan mesin serta
tingkap ditutup selepas digunakan.
Universiti Teknologi Malaysia 6
4.Sikap diri
 Pelajar perlu sentiasa mematuhi setiap arahan pensyarah. Tumpukan sepenuh perhatian
anda kepada kerja yang sedang dilakukan. Jangan cuba bergurau ketika berada di dalam
bengkel. Pastikan anda tahu cara menggunakan alat pemadam dengan betul.
5.Penggunaan alatan tangan
 Jangan gunakan sebarang alatan sekiranya anda belum tahu cara penggunaannya.
Menggunakan alatan tangan dengan tangan yang basah adalah amat merbahaya. Jangan
sesekali menggunakan alatan tangan yang telah rosak atau tumpul. Periksa dahulu sebelum
menggunakannya. Laporkan sebarang kerosakan alat kepada pensyarah dengan segera.
6.Kecederaan
 Pastikan peti kecemasan mempunyai ubat-ubatan yang mencukupi dan tidak tamat tempoh.
Laporkan sebarang kecederaan yang berlaku kepada pensyarah dengan segera.Setiap
kecederaan yang berlaku hendaklah diberi rawatan segera.
4.0 ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU
Universiti Teknologi Malaysia 7
Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dibahagikan kepada:
4.1 Alat menanda dan merancang tanda.
4.2 Alat mengapit dan menyangga.
4.3 Alat memotong.
4.4 Alat memukul
4.5 Alat menajam.
4.1 ALAT MENANDA DAN MERANCANG TANDA.
1. Pembaris keluli.
 Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.
 Ditanda dengan ukuran sentimeter(cm) dan milimeter(mm).
 Bersaiz 300mm dan 1000mm.
 Digunakan untuk mengukur, memindahkan garisan dan membina garisan lurus.
 Juga digunakan untuk menguji kerataan permukaan.
Universiti Teknologi Malaysia 8
Cara menggunakan pembaris keluli:
Mengukur Panjang Menguji kerataan Membina garisan lurus
2. Sesiku L
 Bahagian mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan.
 Bahagian badannya diperbuat daripada kayu.
 Biasanya bersaiz 20cm.
 Pada mata ditandai dengan ukuran sentimeter dan inci.
 Digunakan untuk menguji permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu.
Kegunaan Sesiku L:
 Menguji sesuatu permukaan brsudut tepat dan kerataan permukaan kayu
 Menguji kepersegian kayu
Universiti Teknologi Malaysia 9
Cara menggunakan Sesiku L:
 Menguji tepi yang bersudut tepat
 Menguji kerataan kayu
3. Pita Pengukur
 Diperbuat daripada plastik dan keluli.
 Panjang pita bisanya 2.0 meter hingga 8.0 meter.
 Digunakan untuk mengukur jarak yang pendek atau panjang.
 Digunakan untuk memindahkan ukuran.
4. Pisau Penanda
 Merupakan sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli khas.
 Digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat.
Universiti Teknologi Malaysia 10
5. Pensel Tukang
 Mata dan badan pensil ini lebar dan besar.
 Permukaannya berbentuk segiempat tepat.
 Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja.
6. Pembaris Lipat
 Diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh dilipat.
 Hujung pembaris diperbuat daripada loyang supaya tahan lasak.
 Terdapat pelbagai saiz yang berbeza daripada 90 sm hingga 480 sm.
 Berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang
dibuat.
7. Sesiku Serong Boleh Laras
 Bentuknya serupa dengan sesiku L melainkan matanya tidak dipasang tetap.
 Digunakan untuk menguji dan menandakan sesuatu garisan yang sudutnya lain daripada
45° dan 90°.
Universiti Teknologi Malaysia 11
8. Sesiku Bergabung
 Badan dan mata diperbuat daripada keluli.
 Matanya boleh dilaraskan atau diubahsuaikan kedudukan pada badannya.
 Badannya mempunyai satu muka yang bersudut 90° dan mukanya yang lain bersudut 45°
dengan matanya.
9. Tolok Serong
 Digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90°.
 Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan emngetatkan bilah tolok serong.
 Untuk mendapatkan sudut tepat, pastokan muka tonggak atau badan sentiasa bersentuh
rapat dengan permukaan kayu apabila menggunakannya.
10. Tolok Penanda
 Tolok penanda diperbuat daripada kayu.
 Mempunyai badan dan pelaras.
 Mata terdapat pada kayu pelaras.
Universiti Teknologi Malaysia 12
 Dua jenis tolok penanda iaitu Tolok Penanda Satu Paku (mata) dan Tolok Penanda
Tanggam Putting (dua mata).
a) Kegunaan Tolok Penanda
 Digunakan untuk menanda ukuran tebal atau lebar kayu.
 Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai dengan garisan selari dengan iras kayu yang dibuat
pada sisi atau permukaan kayu.
 Garisan ini menunjukkan tebal atau lebar kayu dalam ukuran yang seragam.
 Cara menanda tebal kayu, garisan selari dibuat pada sisi kayu lebar kayu, garisan selari
dibuat pada permukaan kayu.
b) Cara-cara menggunakan Tolok Penanda
 Longgarkan skru tangan, laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang dikehendaki.
Kemudian, ketatkan skru tangan itu semula.
 Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak rapat ke sisi atau
permukaan kayu.
 Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya mudah ditolak. Pastikan bahawa
mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk membentuk garisan kerja.
Universiti Teknologi Malaysia 13
4.2 ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA
Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam atau kerja kayu, alat-alat khas hendaklah
digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya aktiviti
amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.
Peralatan ini direkabentukkan khas untuk jenis pemasangan yang tertentu. Antara peralatan untuk
kerja mengapit dan menyangga ialah ragum meja, apit G, apit F, apit panjang, apit rencong
kakaktua dan lain-lain lagi.Ragum Meja
1. Ragum Meja
 Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam
 Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan
permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.
 Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium) untuk
menjaga permukaan kerja.
 Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.
 Perhatian- Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.
Universiti Teknologi Malaysia 14
2. Apit G dan Apit F
 Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli.
 Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.
 Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk :
 mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.
 memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.
 Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan
benda kerja yang diapit.
Universiti Teknologi Malaysia 15
3. Apit Panjang
 Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjangnya ialah 0.6
meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter, dan 1.8 meter.Apit panjang digunakan untuk proses
pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau
diglukan.
4. Apit Rencong
 Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan.Fungsinya ialah untuk
menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau
dipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar.
Universiti Teknologi Malaysia 16
5. Kakak Tua
 Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai, dan sebagainya.Kakak
tua biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiri daripada lengan,
rivet,rahang, dan kuku.
4.3 ALAT MEMOTONG
Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang
dikehendaki.Alat memotong ialah seperti gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan gergaji
lengkung halus.Manakala bagi menajamkan alat-alat ini pula ia adalah seperti ketam pelicin, ketam
kasar,ketam tetingkat, ketam pangkas, ketam lurah, dan ketam golek.
1. Jenis-jenis Ketam
 Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang ada di dalam bengkel.Ketam yang sentiasa
digunakan dalam proses membuat kerja kayu dan perabut ialah:
a) Ketam kasar
b) Ketam pelicin
c) Ketam golek
d) Ketam lurah
e) Ketam pangkas
f) Ketam tetingkat
g) Ketam pancaguna
h) Ketam kasar sepanjang 500-750 mm.
Universiti Teknologi Malaysia 17
a) Ketam Kasar
 Terdiri daripada jenis kayu atau logam
 Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang diperlukan
dengan cepat
 Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam
pelicin kepada saiz yang tepat.
 Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm
b) Ketam Pelicin
 Sebagaimana juga ketam kasar, badan ketam pelicin juga ada yang diperbuat daripada
logam dan kayu.
 Badannya terdapat yang berukuran 203-228 mm.
 Mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37 mm hingga 62 mm.
 Kegunaannya ialah untuk mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketan kasar
kepada saiz yang lebih tepat.
c) Ketam Tetingkat
 Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu.
 Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk.
 Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat
mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.
Universiti Teknologi Malaysia 18
d) Ketam Pangkas
 Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara melintang
ira.
 Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay kerja kecil yang tidak
dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong.
 Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm.
e) Ketam Lurah
 Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi membina lurah atau
saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu.
 Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan untuk
menetapkan jarak dari tepinya.
f) Ketam Golek
 Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang
cembong.
 Ketam ini diperbuat daripada logam.
 Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan
g) Ketam Pancaguna
 Ketam ini besar dan berat.
 Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah
 Ketam ini diperbuat daripada logam
 Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.
Universiti Teknologi Malaysia 19
Jenis –jenis ketam
2. Jenis-jenis Gergaji
 Proses kerja-kerja di bengkel kerja kayu memerlukan gergaji untuk memotong atau
membelah kayu.Terdapat pelbagai jenis gergaji.Proses memotong kayu mengikut urat
selari memerlukan gaji belah.Memotong kayu melintang urat kayu memerlukan gergaji
kerat. Perbezaan utama antara kedua –dua gergaji ini ialah pada bentuk giginya.saiz mata
gergaji tangan ditentukan oleh panjang mata gergaji dari hujung ke tumit dan bilangan
giginya dalam 25 mm.Terdapat beberapa jenis gergaji yang selalu digunakan, antaranya
ialah:
a) Gergaji Kerat
b) Gergaji Belah
c) Gergaji Puting
d) Gergaji Lengkung Halus
Universiti Teknologi Malaysia 20
e) Gergaji Bajang
f) Gergaji Tebok
g) Gergaji Ekor Tikus
a) Gergaji Kerat
 Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu.
 Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau di hujungnya dan tepi hadapannya bersudut
antara 70 darjah-80 darjah kepada garisan giginya.
 Gergaji kerat mempunyai bilanagn gigi nya antara 5 hingga 9 batang bagi setiap 25 mm.
 Gergaji kerat biasanya panjang antara 550 mm – 700 mm.
 Lihat rajah di bawah yang menunjukan saiz dan bilangan gigi
b) Gergaji Belah
 Gergaji belah digunakan khas untuk membelah kayu yang telah digergajikan mengikut atau
selari dengan ira kayu.
 Gergaji belah mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata pahat dan tepi
hadapannya bersudut tepat denagn garis giginya.
 Gergaji belah mempunyai bilangan gigi antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25 mm.
 Gergaji ini mempunyai tiga jenis iaitu jenis kecil, jenis sederhan, dan jenis besar
 Penggunaan gergaji ini bergantung kepada ketebalan kayu yang hendak dibelah.
 Panjang gergaji kerat ini ialah antara 600 mm hingga 700 mm.
Universiti Teknologi Malaysia 21
Cara-cara menggunakan gergaji tangan
1. Condongkan gergaji 45° daripada benda kerja apabila mengergaji belah.
2. Condongkan gergaji 60° daripada benda kerja apabila mengergaji kerat.
c) Gergaji Puting
 Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh jalur logam (
patil keluli) di belakang matanya.
 Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk memotong
kayu-kayu yang kecil.
 Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan gergaji puting.
 Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil anta 12 hingga
14 bilah bagi setiap 25 mm.
 Kegunaannya adalah untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti
membuat puting dan lain-lain.
Universiti Teknologi Malaysia 22
d) Gergaji Lengkung Halus
 Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang tegak.
 Panjang matanya ialah 150 mm.
 Gergaji lengkug halus ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan
nipis pada bahagian dalam dan luar.
e) Gergaji Bajang
 Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi lebih kecil.
 Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.
 Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan
tepat
f) Gergaji Ekor Tikus
 Mata gergaji ekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok.
 Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar.
 Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek daripada gergaji tebok iaiti 200 mm hingga 400
mm.
Universiti Teknologi Malaysia 23
 Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerat benda kerja yang lurus atau
melengkung di bahagian dalam yang lebih sempit.
2. Jenis-jenis Pahat
 Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahat-pahat ini mempunyai fungsi
yang berlainan dalam membuat sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada
keluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat daripada kayu atau plasti
yang tahan diketuk
 Pahat-pahat tersebut ialah :
a) Pahat Pelubang (Kerja Kasar)
b) Pahat Parut (Kerja halus)
c) Pahat Kuku Jenis Peraut-Serong Dalam
d) Pahat Kuku Jenis Pengukir-Serong Luar
a) Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh
 Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan gandin
semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar.
 Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30° hingga 35°.
 Semasa mencanai matanya mestilah bersudut 20° hingga 25°.
b) Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong
 Pahat peraut pada kebiasaannya, mata pahat ini adalah serong pada bahagian tepinya serta
serongan itu adalah lebih panjang dan nipis.Matanya tebal dibahagian tengah dan nipis
pada bahagian tepi.Ini menyebabkan ianya tidak sekuat pahat pelubang.
Universiti Teknologi Malaysia 24
 Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm
 Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25°.Manakala untuk menajamkan menggunakan
mesin pencanai pula ialah 20°.
 Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan
yang mempunyai pelbagai bentuk kumai.
 Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat ini.
c) Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Dalam
 Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkung
 Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm hingga 40 mm
d) Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Luar
 Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk membuat lurah tepat.
 Ia sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-mengukir.
 Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.
Universiti Teknologi Malaysia 25
4.4 ALAT MENUKUL
Proses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenis alatan. Antara perlatan
menukul ialah:
Alat Menukul :
a) Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)
b) Tukul Besi Warrington
c) Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat
d) Gandin
e) Pembenam Paku
a) Tukul Kuku Kambing ( Tukul Besi Berkuku)
 Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi dan
bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah
 Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg.
 Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg
 Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.
b) Tukul Besi Warrington
 Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.
 Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari.
 Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.Saiznya ditentukan mengikut
nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja
am.
Universiti Teknologi Malaysia 26
 Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan
dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi
perabut yang sempit
c) Gandin
 Gandin kayu digunakn untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.
 Kepala gandin berbentuk selinder atau segi empat .
 Gandin diperbuat daripada kayu keras.
d) Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat
 Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk
menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda .
Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.
Universiti Teknologi Malaysia 27
e) Pembenam paku
 Untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu
4.5 ALAT MENAJAM
Kikir Menajam
Sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.Kegunaan kikir ialah untuk
memotong, menipis, dan melicinkan permukaan sesuatu komponen kerja.Bagi menghasilkan
sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan
tepat.Pelbagai jenis kikir yang terdapat di dalam bengkel kerja kayu. Antaranya ialah:
a) Kikir Pipih Tirus
b) Kikr Pipih Kasar
c) Kikir Belah Rotan
d) Kikir Bulat
e) Kikir Segi Empat sama
f) Kikir Segi Tiga
g) Kikir Pipih Nipis
h) Kikir Bentuk Pisau
a) Kikir Pipih Tirus
 Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis
kerja yang berlainan.
 Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat
halus.
Universiti Teknologi Malaysia 28
 Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-
dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk selari dan satu pertiga panjang hujungnya
berbentuk tirus.
b) Kikir Pipih Kasar
 Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.
 Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan.
 Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat.
 Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam.
c) Kikir Belah Rotan
 Kikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telah siap.
 Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik.
 Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang.
d) Kikir Bulat
 Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus.
 Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus.
 Bentuk giginya lurus dan bersilang.
 Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang
melengkung.
e) Kikir Segi Empat Sama
 Gred kikir ini daripada yang sangat kasar dan sangat halus.
 Kegunaan kikir ini ialah untuk mengikirkan atau membesarkan lubang yang berbentuk segi
empat secara kasar.
 Kegunaan lain ialah untuk mengikir lurah atau alur yang berbentuk segi empat.
f) Kikir Segi Tiga
 Kikir ini ialah kikir untuk kerja menajamkan gergaji belah dan kerat.
 Mata gigi kikir ini bersilang.
 Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
 Kikir jenis ini juga digunakan untuk membersihkan pepenjuru yang bersudut.
Universiti Teknologi Malaysia 29
 Kikir ini juga boleh mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.
g) Kikir Pipih Nipis
 Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
 Gigi kikir ini berbentuk silang.
 Kegunaan utama ialah untuk mengikir celah-celah yang nipis.
 Bentuk kikir ini tirus pada hujungnya tetapi tebal sama pada keseluruhan panjang.
 Saiz kikir ini ialah 100mm, 150mm dan 200mm.
g) Kikir Bentuk Pisau
 Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
 Kegunaan utama ialah untuk menajamkan mata yang terdapat pada mata gergaji.
 Digunakan juga untuk menajamkan alat-alat pemotong.
Jenis kemasan dan cecair pelarut yang sesuai digunakan:
Jenis Kemasan Pelarut Kesesuaian
1 Cat Sembur - Untuk permukaan kayu dan logam yang licin
2 Tona Kayu - Untuk permukaan kayu, produk dlm rumah
3 Syelek Spirit methil Untuk permukaan kayu, produk dlm rumah
Universiti Teknologi Malaysia 30
4 Cat Kilat/Licau Turpentine Untuk permukaan kayu dan logam, luar dan dalam rumah
5 Lekar Thinner Untuk permukaan kayu
6 Varnish Thinner Untuk permukaan kayu
Universiti Teknologi Malaysia 31
PROSEDUR KERJA PROJEK KAYU
“TEMPAT GANTUNG KUNCI”
Universiti Teknologi Malaysia 32
4.0 PROSEDUR KERJA
BIL. GAMBAR PENERANGAN
1. Pertama sekali, pelajar dikehendaki
untuk memilih kayu yang sesuai untuk
dijadikan projek. Pelajar perlu
memastikan kayu yang dipilih
mempunyai permukaan yang rata.
2. Selepas permilihan kayu dibuat,
pelajar perlu membuat tandaan atau
lakaran pada pada kayu tersebut
berdasarkan bentuk yang dipilih
menggunakan pensil tukang.
3. Seterusnya ialah proses pemotongan
dilakukan. Pemotongan hendaklah
dilakukan dengan betul mengikut etika
penggunaan peralatan yang ditetapkan
supaya tidak berlaku kecederaan.
Pemotongan kayu perlu dibuat
setengah centimeter daripada garisan
tandaan. Ini supaya mengelakkan jika
berlaku masalah pemotongan terlebih
pada projek.
Universiti Teknologi Malaysia 33
4. Seterusnya adalah proses untuk
membuat lubang dan bentuk pada
tengah permukaan objek. Untuk
membuat lubang dan bentuk, kami
menggunakan pahat. Pahat perlulah
mengikut saiz yang sesuai dengan saiz
objek supaya objek pecah ketika proses
pahat dilakukan.
5. Selepas lubang dibuat menggunakan
pahat tadi, seterusnya masukkan
gergaji lengkung halus ke dalam
lubang yang telah dibuat pada objek.
Gergaji lengkung halus membolehkan
untuk memotong bahagian yang sukar
seperti tengah objek dan boleh
dipotong melengkung mengikut
bentuk yang dikehendaki.
6. Bahagian yang telah dibuang
menggunakan pahat dan gergaji
lengkung halus tadi perlu dikikir bagi
meratakan permukaan pada kedua-dua
kayu. Sewaktu melakukan kikir,
pelajar perlu berhati – hati supaya kikir
tidak terkena pada tangan. Ia boleh
menyebabkan kecederaan seperti luka
kerana kikir tersebut bergigi tajam.
Universiti Teknologi Malaysia 34
7. Setelah terhasilnya bentuk yang
dikehendaki, pelajar perlu membuat
kemasan pada objek dengan
menggunakan kertas pasir. Terdapat 2
jenis kertas pasir iaitu kasar dan halus.
Untuk permulaan kertas pasir halus
perlu digunakan dan seterusnya kertas
pasir halus. Ini adalah untuk
menjadikan permukaan kayu licin dan
rata serta ia dapat membuang serpihan
kayu (selumbar) halus pada objek.
8. Setelah semua permukaan di gosok
dengan kertas pasir, sapukan pula pula
objek dengan simen. Simen ini perlu
disapu bagi menutup ruang dan lubang
– lubang kecil pada kayu. Ruang
tersebut perlu disimenkan dengan
menggunakan ‘woodfill’ bagi
mendapatkan permukaan yang rata dan
kemas. Kemudian gunakan kertas pasir
untuk mendapatkan hasil yang lebih
baik pada kedua-dua kayu tersebut.
Universiti Teknologi Malaysia 35
9. Setelah kayu dibersihkan dengan
kertas pasir, gunakan syelek untuk
mendapatkan lagi kekemasan pada
kayu tersebut. Cara untuk menyapu
syelek adalah dengan mengikut urat
kayu. Setelah itu, kayu dibiarkan
kering beberapa minit. Pastikan kayu
tidak dijemur di bawah matahari bagi
mengelakkan gelembung-gelembung
udara timbul pada permukaan kayu.
10. Setelah syelek yang disapu kering,
seterusnya adalah proses terakhir iaitu
memasang pin. Pin dipasang untuk
membolehkan projek kayu tersebut
digantung dan menjadi sebagai alat
tempat menggantung kunci. Setelah
semua pin siap dipasang, barulah
projek kayu tersebut boleh dihantar
kepada pensyarah.
Universiti Teknologi Malaysia 36
5.0 KESIMPULAN
Setelah menyiapkan kerja projek yang diberikan kepada saya, saya dapati untuk melakukan
kerja projek yang bertajuk ‘Tempat Gantung Kunci’ ini mesti dilakukan dengan mengikut ukuran
yang betul bagi mendapatkan hasil kerja yang memuaskan. Pertama sekali mestilah mendengar
arahan pensyarah dengan baik terutama sekali apabila pensyarah menerangkan tentang peralatan
yang perlu diguna semasa membuat kerja projek.
Ini kerana, jika tidak menggunakan peralatan untuk membuat kerja projek dengan
sebaiknya akan mendatangkan bahaya kepada kita dan juga boleh merosakkan kerja projek kita.
Selain itu,pelajar akan dapat mempelajari cara untuk menggunakan alatan tangan dengan betul
bagi menggelakkan kemalangan berlaku. Pelajar juga perlu menyiapkan projek dalam masa yang
telah ditetapkan dan menyiapkan projek yang diberi dengan sebaik mungkin.
Semangat kerjasama antara satu sama lain amat diperlukan bagi saling membantu untuk
mendapatkan hasil kerja yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu
kerja bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Projek ini tidak akan berjaya sekiranya tidak
ada tunjuk ajar daripada pensyarah kerana pensyarah yang banyak membantu dalam menyiapakan
projek ini.
Universiti Teknologi Malaysia 37
6.0 RUJUKAN
1. Dr Amirmudin Udin

More Related Content

What's hot

DCC20042P CARPENTRY TANGGAM KAYU (WOOD JOINT).pdf
DCC20042P CARPENTRY TANGGAM KAYU (WOOD JOINT).pdfDCC20042P CARPENTRY TANGGAM KAYU (WOOD JOINT).pdf
DCC20042P CARPENTRY TANGGAM KAYU (WOOD JOINT).pdfMuhammadMuazzam16
 
Tembok penahan
Tembok penahanTembok penahan
Tembok penahanUTHM
 
Repot penuh bengkel amirudin-
Repot penuh bengkel  amirudin-Repot penuh bengkel  amirudin-
Repot penuh bengkel amirudin-sppj1415
 
Bahan pengikat dan pencantum
Bahan pengikat dan pencantumBahan pengikat dan pencantum
Bahan pengikat dan pencantumroslijasin
 
2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraanZurainah MS
 
Kimpalan arka dan kimpalan report
Kimpalan arka dan kimpalan reportKimpalan arka dan kimpalan report
Kimpalan arka dan kimpalan reporteastsya
 
Tanggam tanggam dalam kerja kayu dan pembinaan bangunan
Tanggam tanggam dalam kerja kayu dan pembinaan bangunanTanggam tanggam dalam kerja kayu dan pembinaan bangunan
Tanggam tanggam dalam kerja kayu dan pembinaan bangunanSiti Nur Ain
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanVerard Jose
 
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALAPEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALAPuteri Zaharah
 
Alatan tangan dan mesin
Alatan tangan dan mesinAlatan tangan dan mesin
Alatan tangan dan mesinanis_idris
 
Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin) Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin) Anisah As
 
KHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsin
KHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsinKHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsin
KHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsinZasni @ Zaxx
 

What's hot (20)

DCC20042P CARPENTRY TANGGAM KAYU (WOOD JOINT).pdf
DCC20042P CARPENTRY TANGGAM KAYU (WOOD JOINT).pdfDCC20042P CARPENTRY TANGGAM KAYU (WOOD JOINT).pdf
DCC20042P CARPENTRY TANGGAM KAYU (WOOD JOINT).pdf
 
Konkrit
KonkritKonkrit
Konkrit
 
Jenis-jenis tanggam
Jenis-jenis tanggamJenis-jenis tanggam
Jenis-jenis tanggam
 
Jenis2 penyambungan kayu.ppt
Jenis2 penyambungan kayu.pptJenis2 penyambungan kayu.ppt
Jenis2 penyambungan kayu.ppt
 
Tembok penahan
Tembok penahanTembok penahan
Tembok penahan
 
Repot penuh bengkel amirudin-
Repot penuh bengkel  amirudin-Repot penuh bengkel  amirudin-
Repot penuh bengkel amirudin-
 
Bahan pengikat dan pencantum
Bahan pengikat dan pencantumBahan pengikat dan pencantum
Bahan pengikat dan pencantum
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Tanggam
TanggamTanggam
Tanggam
 
2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan
 
Kimpalan arka dan kimpalan report
Kimpalan arka dan kimpalan reportKimpalan arka dan kimpalan report
Kimpalan arka dan kimpalan report
 
Tanggam tanggam dalam kerja kayu dan pembinaan bangunan
Tanggam tanggam dalam kerja kayu dan pembinaan bangunanTanggam tanggam dalam kerja kayu dan pembinaan bangunan
Tanggam tanggam dalam kerja kayu dan pembinaan bangunan
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraan
 
4) alatan paip
4) alatan paip4) alatan paip
4) alatan paip
 
Tangga
TanggaTangga
Tangga
 
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALAPEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
 
Alatan tangan dan mesin
Alatan tangan dan mesinAlatan tangan dan mesin
Alatan tangan dan mesin
 
Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin) Safety (Keselamatan Mesin)
Safety (Keselamatan Mesin)
 
KHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsin
KHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsinKHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsin
KHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsin
 
Pintu dan tingkap
Pintu dan tingkapPintu dan tingkap
Pintu dan tingkap
 

Viewers also liked

Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)Caroline Ugan
 
Report kayu keyong
Report kayu keyongReport kayu keyong
Report kayu keyongsppj1415
 
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitarPengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitarMatkomik Cool
 
Rekabentuk & penghasilan projek
Rekabentuk & penghasilan projekRekabentuk & penghasilan projek
Rekabentuk & penghasilan projekAminah Abdul Ghani
 
KHB TING 2 - Bab 1.3 Alatan Tangan Dan Mesin
KHB TING 2 - Bab 1.3 Alatan Tangan Dan MesinKHB TING 2 - Bab 1.3 Alatan Tangan Dan Mesin
KHB TING 2 - Bab 1.3 Alatan Tangan Dan MesinZasni @ Zaxx
 
Proses reka bentuk
Proses reka bentukProses reka bentuk
Proses reka bentukZiana J
 
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShareSlideShare
 
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareWhat to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareSlideShare
 
Getting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareGetting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareSlideShare
 

Viewers also liked (11)

Alatan tangan dlm kerja kayu
Alatan tangan dlm kerja kayuAlatan tangan dlm kerja kayu
Alatan tangan dlm kerja kayu
 
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
Unit 7 : Konkrit Siap Tuang (Teknologi Konkrit)
 
Report kayu keyong
Report kayu keyongReport kayu keyong
Report kayu keyong
 
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitarPengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Rekabentuk & penghasilan projek
Rekabentuk & penghasilan projekRekabentuk & penghasilan projek
Rekabentuk & penghasilan projek
 
KHB TING 2 - Bab 1.3 Alatan Tangan Dan Mesin
KHB TING 2 - Bab 1.3 Alatan Tangan Dan MesinKHB TING 2 - Bab 1.3 Alatan Tangan Dan Mesin
KHB TING 2 - Bab 1.3 Alatan Tangan Dan Mesin
 
Proses reka bentuk
Proses reka bentukProses reka bentuk
Proses reka bentuk
 
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
 
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareWhat to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShare
 
Getting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareGetting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShare
 

Similar to Folio report kayu

Laporan gegas
Laporan gegasLaporan gegas
Laporan gegassppj1415
 
KHB TING 1 - Bab 1 Organisasi Bengkel
KHB TING 1 - Bab 1 Organisasi BengkelKHB TING 1 - Bab 1 Organisasi Bengkel
KHB TING 1 - Bab 1 Organisasi BengkelZasni @ Zaxx
 
Praktek kayu jobsheet 5 sambungan bibir miring berkait
Praktek kayu   jobsheet 5 sambungan bibir miring berkaitPraktek kayu   jobsheet 5 sambungan bibir miring berkait
Praktek kayu jobsheet 5 sambungan bibir miring berkaitnoussevarenna
 
24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup
24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup
24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidupHamdi Ibrahim
 
4. kunci lks 5 membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm
4. kunci lks 5  membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm4. kunci lks 5  membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm
4. kunci lks 5 membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbmMOHAMMAD YASIN, M.Pd
 
Folio bengkel logam
Folio bengkel logamFolio bengkel logam
Folio bengkel logamsppj1415
 
Langkah keselamatan-di-bengkel-kh
Langkah keselamatan-di-bengkel-khLangkah keselamatan-di-bengkel-kh
Langkah keselamatan-di-bengkel-khAeriyy Ayie
 
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1Bab+ii+keg+pemebelajaran+1
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1Fidel Utama
 
contoh laporan praktik kerja bangku
contoh laporan praktik kerja bangkucontoh laporan praktik kerja bangku
contoh laporan praktik kerja bangkuriska agnitias
 
Laporan k3 l_fix_1 (1)
Laporan k3 l_fix_1 (1)Laporan k3 l_fix_1 (1)
Laporan k3 l_fix_1 (1)Riansunandar2
 
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptxSARSVATHYAPTERPARISA
 
Praktek kayu jobsheet 4 sambungan gigi tunggal
Praktek kayu   jobsheet 4 sambungan gigi tunggalPraktek kayu   jobsheet 4 sambungan gigi tunggal
Praktek kayu jobsheet 4 sambungan gigi tunggalnoussevarenna
 
Slaidshowkhbting1organisasibengkel 100208215655-phpapp02
Slaidshowkhbting1organisasibengkel 100208215655-phpapp02Slaidshowkhbting1organisasibengkel 100208215655-phpapp02
Slaidshowkhbting1organisasibengkel 100208215655-phpapp02Suhana Kamaluddin
 
Slaid Khb/Tingkatan 1/Organisasi Bengkel Dan Keselamatan
Slaid Khb/Tingkatan 1/Organisasi Bengkel Dan KeselamatanSlaid Khb/Tingkatan 1/Organisasi Bengkel Dan Keselamatan
Slaid Khb/Tingkatan 1/Organisasi Bengkel Dan KeselamatanMohd Hisham
 
Bab 1.rekabentuk dan teknologi
Bab 1.rekabentuk dan teknologiBab 1.rekabentuk dan teknologi
Bab 1.rekabentuk dan teknologiNoor Aznita
 
Gardu Induk
Gardu IndukGardu Induk
Gardu InduklombkTBK
 
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptxDeniOktavian
 
Memotong Kuku Pasien
Memotong Kuku PasienMemotong Kuku Pasien
Memotong Kuku Pasienpjj_kemenkes
 
KDK III Modul 1 Kb 2
KDK III Modul 1 Kb 2KDK III Modul 1 Kb 2
KDK III Modul 1 Kb 2pjj_kemenkes
 
Khb1 nota bab 1
Khb1   nota bab 1Khb1   nota bab 1
Khb1 nota bab 1Mak Teh
 

Similar to Folio report kayu (20)

Laporan gegas
Laporan gegasLaporan gegas
Laporan gegas
 
KHB TING 1 - Bab 1 Organisasi Bengkel
KHB TING 1 - Bab 1 Organisasi BengkelKHB TING 1 - Bab 1 Organisasi Bengkel
KHB TING 1 - Bab 1 Organisasi Bengkel
 
Praktek kayu jobsheet 5 sambungan bibir miring berkait
Praktek kayu   jobsheet 5 sambungan bibir miring berkaitPraktek kayu   jobsheet 5 sambungan bibir miring berkait
Praktek kayu jobsheet 5 sambungan bibir miring berkait
 
24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup
24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup
24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup
 
4. kunci lks 5 membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm
4. kunci lks 5  membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm4. kunci lks 5  membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm
4. kunci lks 5 membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm
 
Folio bengkel logam
Folio bengkel logamFolio bengkel logam
Folio bengkel logam
 
Langkah keselamatan-di-bengkel-kh
Langkah keselamatan-di-bengkel-khLangkah keselamatan-di-bengkel-kh
Langkah keselamatan-di-bengkel-kh
 
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1Bab+ii+keg+pemebelajaran+1
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1
 
contoh laporan praktik kerja bangku
contoh laporan praktik kerja bangkucontoh laporan praktik kerja bangku
contoh laporan praktik kerja bangku
 
Laporan k3 l_fix_1 (1)
Laporan k3 l_fix_1 (1)Laporan k3 l_fix_1 (1)
Laporan k3 l_fix_1 (1)
 
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx
 
Praktek kayu jobsheet 4 sambungan gigi tunggal
Praktek kayu   jobsheet 4 sambungan gigi tunggalPraktek kayu   jobsheet 4 sambungan gigi tunggal
Praktek kayu jobsheet 4 sambungan gigi tunggal
 
Slaidshowkhbting1organisasibengkel 100208215655-phpapp02
Slaidshowkhbting1organisasibengkel 100208215655-phpapp02Slaidshowkhbting1organisasibengkel 100208215655-phpapp02
Slaidshowkhbting1organisasibengkel 100208215655-phpapp02
 
Slaid Khb/Tingkatan 1/Organisasi Bengkel Dan Keselamatan
Slaid Khb/Tingkatan 1/Organisasi Bengkel Dan KeselamatanSlaid Khb/Tingkatan 1/Organisasi Bengkel Dan Keselamatan
Slaid Khb/Tingkatan 1/Organisasi Bengkel Dan Keselamatan
 
Bab 1.rekabentuk dan teknologi
Bab 1.rekabentuk dan teknologiBab 1.rekabentuk dan teknologi
Bab 1.rekabentuk dan teknologi
 
Gardu Induk
Gardu IndukGardu Induk
Gardu Induk
 
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx
 
Memotong Kuku Pasien
Memotong Kuku PasienMemotong Kuku Pasien
Memotong Kuku Pasien
 
KDK III Modul 1 Kb 2
KDK III Modul 1 Kb 2KDK III Modul 1 Kb 2
KDK III Modul 1 Kb 2
 
Khb1 nota bab 1
Khb1   nota bab 1Khb1   nota bab 1
Khb1 nota bab 1
 

Recently uploaded

Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 

Recently uploaded (20)

Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 

Folio report kayu

  • 1. Universiti Teknologi Malaysia 1 PENGHARGAAN Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat saya menyiapkan projek amali ini dengan selamat dan menyiapkan satu laporan yang agak ringkas bagi mengakhiri kerja amali kayu yang telah kami lakukan selama empat minggu. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada Dr Amirmudin bin Udin selaku pensyarah bagi kerja amali kayu ini kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam menyiapkan kerja amali yang diberi. Selain itu, mempunyai hubungan komunikasi yang baik di antara pelajar dan pensyarah, ini memudahkan pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga di atas dorongan, teguran dan nasihat yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada mereka semua, tidak dapatlah pelajar hendak menyiapkan laporan amali ini pada masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu sepanjang proses menyiapkan laporan amali ini. Terima Kasih
  • 2. Universiti Teknologi Malaysia 2 ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT PENGHARGAAN 1 1.0 PENDAHULUAN 3 2.0 OBJEKTIF 4 3.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 5 - 6 4.0 ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU 4.1 Alat menanda dan merancang tanda. 7 - 13 4.2 Alat mengapit dan menyangga. 13 - 16 4.3 Alat memotong. 16 - 24 4.4 Alat memukul. 25 - 27 4.5 Alat menajam. 27 – 30 4.0 PROSEDUR KERJA 31 - 35 5.0 KESIMPULAN 36 6.0 RUJUKAN 37
  • 3. Universiti Teknologi Malaysia 3 1.0 PENDAHULUAN Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan binaan yang lain (Breyer,Fridley dan Cobeen,1999). Kayu merupakan bahan semulajadi dalam kejuruteraan yang di gunakan bagi pembinaan seperti pembinaan rasuk, tiang, perabot dan lain-lain struktur.Penggunaan kayu secara cekap samada semasa pembuatan hasil-hasil kayu atau pembinaan, bergantung kepada dua kriteria utama, iaitu pemilihan kayu yang sesuai untuk sesuatu kegunaan dan memilih cara penyambungan yang paling baik. Manakala yang kedua adalah berkaitan dengan pemilihan mendapatkan gred kayu yang sesuai dan betul. Dalam pemilihan untuk kesesuaian kayu sebagai bahan binaan, kekuatan kayu merupakan faktor yang penting untuk keupayaan melawan beban daya luar yang dikenakan. Dengan erti kata yang lebih mudah, kekuatan ialah ukuran daya tahan kepada kegagalan. Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban. Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan,kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk serta rintangan terhadap api. Namun dalam kekuatan mampatan, tidak diberikan penekanan yang mendalam. Dalam projek ramalan ini, kekuatan struktur kayu ricihan dan tegangan struktur kayu sambungan jejari diberi penekanan. Oleh itu, pelajar-pelajar kelas 1SPPJ diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran asas ketukangan (basid trade). Pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan tempat menggangtung kunci. Tempat gantung kunci yang dihasilkan perlulah mengikut kreativiti masing-masing bagi memnghasilkan kerja projek yang baik dan kemas. Di dalam bengkel kayu ini, pelajar akan menggunakan alatan tangan untuk membuat projek dan pelajar juga perlu mengetahui cara penggunaan alatan tangan dengan betul.
  • 4. Universiti Teknologi Malaysia 4 2.0 OBJEKTIF Antara objektif yang ingin dicapai melalui projek kayu ini adalah: 1. Untuk mengenalpasti dan mengetahui jenis-jenis alatan tangan 2. Untuk menguasai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan mengikut bidang kerja 3. Untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kerja projek kayu seperti kerja pembinaan, pemasangan dan pengemasan. 4. Setiap pelajar harus mematuhi setiap peraturan keselamatan dan pengurusan bengkel apabila berada di bengkel.
  • 5. Universiti Teknologi Malaysia 5 3.0 LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN Secara umumnya, pelajar, alatan dan bahan serta ruang tempat kerja perlu terjamin keselamatannya sepanjang masa. Peraturan keselamatan bengkel terdiri daripada aspek keselamatan yang perlu diutamakan merangkumi :  Keselamatan diri.  Keselamatan alatan dan bahan.  Keselamatan tempat kerja. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil yang merupakan peraturan ketika berada di dalam bengkel : 1.Meminta kebenaran  Pelajar dikehendaki meminta kebenaran daripada pensyarah sebelum masuk ke bengkel. Sebaik sahaja dibenarkan masuk ke dalam bengkel, segeralah bersedia untuk bekerja. Jangan bermain atau bergurau semasa di dalam bengkel. 2.Pakaian  Pakaian mestilah rapi dan kemas. Baju yang berlengan panjang hendaklah digulungkan sehingga ke paras siku supaya tidak mengganggu ketika sedang menjalankan kerja amali. Rambut harus pendek dan kemas. Rambut yang panjang hendaklah diikat ke belakang dengan kemas supaya tidak menghalang penglihatan dan mengganggu pelajar ketika membuat kerja terutamanya pelajar perempuan. Sentiasa memakai kasut ketika berada di dalam bengkel. Apron atau baju bengkel hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja. 3.Keadaan bengkel  Pintu dan tingkap hendaklah dibuka semasa berada didalam bengkel. Pastikan anda tahu di mana kedudukan alat pamadam api. Kebersihan di atas lantai dan meja hendaklah sentiasa dijaga. Sebelum meninggalkan bengkel, pastikan semua suis lampu, kipas dan mesin serta tingkap ditutup selepas digunakan.
  • 6. Universiti Teknologi Malaysia 6 4.Sikap diri  Pelajar perlu sentiasa mematuhi setiap arahan pensyarah. Tumpukan sepenuh perhatian anda kepada kerja yang sedang dilakukan. Jangan cuba bergurau ketika berada di dalam bengkel. Pastikan anda tahu cara menggunakan alat pemadam dengan betul. 5.Penggunaan alatan tangan  Jangan gunakan sebarang alatan sekiranya anda belum tahu cara penggunaannya. Menggunakan alatan tangan dengan tangan yang basah adalah amat merbahaya. Jangan sesekali menggunakan alatan tangan yang telah rosak atau tumpul. Periksa dahulu sebelum menggunakannya. Laporkan sebarang kerosakan alat kepada pensyarah dengan segera. 6.Kecederaan  Pastikan peti kecemasan mempunyai ubat-ubatan yang mencukupi dan tidak tamat tempoh. Laporkan sebarang kecederaan yang berlaku kepada pensyarah dengan segera.Setiap kecederaan yang berlaku hendaklah diberi rawatan segera. 4.0 ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU
  • 7. Universiti Teknologi Malaysia 7 Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dibahagikan kepada: 4.1 Alat menanda dan merancang tanda. 4.2 Alat mengapit dan menyangga. 4.3 Alat memotong. 4.4 Alat memukul 4.5 Alat menajam. 4.1 ALAT MENANDA DAN MERANCANG TANDA. 1. Pembaris keluli.  Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.  Ditanda dengan ukuran sentimeter(cm) dan milimeter(mm).  Bersaiz 300mm dan 1000mm.  Digunakan untuk mengukur, memindahkan garisan dan membina garisan lurus.  Juga digunakan untuk menguji kerataan permukaan.
  • 8. Universiti Teknologi Malaysia 8 Cara menggunakan pembaris keluli: Mengukur Panjang Menguji kerataan Membina garisan lurus 2. Sesiku L  Bahagian mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan.  Bahagian badannya diperbuat daripada kayu.  Biasanya bersaiz 20cm.  Pada mata ditandai dengan ukuran sentimeter dan inci.  Digunakan untuk menguji permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu. Kegunaan Sesiku L:  Menguji sesuatu permukaan brsudut tepat dan kerataan permukaan kayu  Menguji kepersegian kayu
  • 9. Universiti Teknologi Malaysia 9 Cara menggunakan Sesiku L:  Menguji tepi yang bersudut tepat  Menguji kerataan kayu 3. Pita Pengukur  Diperbuat daripada plastik dan keluli.  Panjang pita bisanya 2.0 meter hingga 8.0 meter.  Digunakan untuk mengukur jarak yang pendek atau panjang.  Digunakan untuk memindahkan ukuran. 4. Pisau Penanda  Merupakan sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli khas.  Digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat.
  • 10. Universiti Teknologi Malaysia 10 5. Pensel Tukang  Mata dan badan pensil ini lebar dan besar.  Permukaannya berbentuk segiempat tepat.  Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja. 6. Pembaris Lipat  Diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh dilipat.  Hujung pembaris diperbuat daripada loyang supaya tahan lasak.  Terdapat pelbagai saiz yang berbeza daripada 90 sm hingga 480 sm.  Berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang dibuat. 7. Sesiku Serong Boleh Laras  Bentuknya serupa dengan sesiku L melainkan matanya tidak dipasang tetap.  Digunakan untuk menguji dan menandakan sesuatu garisan yang sudutnya lain daripada 45° dan 90°.
  • 11. Universiti Teknologi Malaysia 11 8. Sesiku Bergabung  Badan dan mata diperbuat daripada keluli.  Matanya boleh dilaraskan atau diubahsuaikan kedudukan pada badannya.  Badannya mempunyai satu muka yang bersudut 90° dan mukanya yang lain bersudut 45° dengan matanya. 9. Tolok Serong  Digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90°.  Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan emngetatkan bilah tolok serong.  Untuk mendapatkan sudut tepat, pastokan muka tonggak atau badan sentiasa bersentuh rapat dengan permukaan kayu apabila menggunakannya. 10. Tolok Penanda  Tolok penanda diperbuat daripada kayu.  Mempunyai badan dan pelaras.  Mata terdapat pada kayu pelaras.
  • 12. Universiti Teknologi Malaysia 12  Dua jenis tolok penanda iaitu Tolok Penanda Satu Paku (mata) dan Tolok Penanda Tanggam Putting (dua mata). a) Kegunaan Tolok Penanda  Digunakan untuk menanda ukuran tebal atau lebar kayu.  Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai dengan garisan selari dengan iras kayu yang dibuat pada sisi atau permukaan kayu.  Garisan ini menunjukkan tebal atau lebar kayu dalam ukuran yang seragam.  Cara menanda tebal kayu, garisan selari dibuat pada sisi kayu lebar kayu, garisan selari dibuat pada permukaan kayu. b) Cara-cara menggunakan Tolok Penanda  Longgarkan skru tangan, laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang dikehendaki. Kemudian, ketatkan skru tangan itu semula.  Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak rapat ke sisi atau permukaan kayu.  Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya mudah ditolak. Pastikan bahawa mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk membentuk garisan kerja.
  • 13. Universiti Teknologi Malaysia 13 4.2 ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam atau kerja kayu, alat-alat khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Peralatan ini direkabentukkan khas untuk jenis pemasangan yang tertentu. Antara peralatan untuk kerja mengapit dan menyangga ialah ragum meja, apit G, apit F, apit panjang, apit rencong kakaktua dan lain-lain lagi.Ragum Meja 1. Ragum Meja  Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam  Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.  Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium) untuk menjaga permukaan kerja.  Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.  Perhatian- Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.
  • 14. Universiti Teknologi Malaysia 14 2. Apit G dan Apit F  Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli.  Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.  Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk :  mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.  memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.  Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.
  • 15. Universiti Teknologi Malaysia 15 3. Apit Panjang  Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjangnya ialah 0.6 meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter, dan 1.8 meter.Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan. 4. Apit Rencong  Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan.Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar.
  • 16. Universiti Teknologi Malaysia 16 5. Kakak Tua  Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai, dan sebagainya.Kakak tua biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiri daripada lengan, rivet,rahang, dan kuku. 4.3 ALAT MEMOTONG Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki.Alat memotong ialah seperti gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan gergaji lengkung halus.Manakala bagi menajamkan alat-alat ini pula ia adalah seperti ketam pelicin, ketam kasar,ketam tetingkat, ketam pangkas, ketam lurah, dan ketam golek. 1. Jenis-jenis Ketam  Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang ada di dalam bengkel.Ketam yang sentiasa digunakan dalam proses membuat kerja kayu dan perabut ialah: a) Ketam kasar b) Ketam pelicin c) Ketam golek d) Ketam lurah e) Ketam pangkas f) Ketam tetingkat g) Ketam pancaguna h) Ketam kasar sepanjang 500-750 mm.
  • 17. Universiti Teknologi Malaysia 17 a) Ketam Kasar  Terdiri daripada jenis kayu atau logam  Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang diperlukan dengan cepat  Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat.  Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm b) Ketam Pelicin  Sebagaimana juga ketam kasar, badan ketam pelicin juga ada yang diperbuat daripada logam dan kayu.  Badannya terdapat yang berukuran 203-228 mm.  Mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37 mm hingga 62 mm.  Kegunaannya ialah untuk mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat. c) Ketam Tetingkat  Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu.  Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk.  Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.
  • 18. Universiti Teknologi Malaysia 18 d) Ketam Pangkas  Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara melintang ira.  Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong.  Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm. e) Ketam Lurah  Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu.  Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya. f) Ketam Golek  Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang cembong.  Ketam ini diperbuat daripada logam.  Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan g) Ketam Pancaguna  Ketam ini besar dan berat.  Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah  Ketam ini diperbuat daripada logam  Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.
  • 19. Universiti Teknologi Malaysia 19 Jenis –jenis ketam 2. Jenis-jenis Gergaji  Proses kerja-kerja di bengkel kerja kayu memerlukan gergaji untuk memotong atau membelah kayu.Terdapat pelbagai jenis gergaji.Proses memotong kayu mengikut urat selari memerlukan gaji belah.Memotong kayu melintang urat kayu memerlukan gergaji kerat. Perbezaan utama antara kedua –dua gergaji ini ialah pada bentuk giginya.saiz mata gergaji tangan ditentukan oleh panjang mata gergaji dari hujung ke tumit dan bilangan giginya dalam 25 mm.Terdapat beberapa jenis gergaji yang selalu digunakan, antaranya ialah: a) Gergaji Kerat b) Gergaji Belah c) Gergaji Puting d) Gergaji Lengkung Halus
  • 20. Universiti Teknologi Malaysia 20 e) Gergaji Bajang f) Gergaji Tebok g) Gergaji Ekor Tikus a) Gergaji Kerat  Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu.  Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau di hujungnya dan tepi hadapannya bersudut antara 70 darjah-80 darjah kepada garisan giginya.  Gergaji kerat mempunyai bilanagn gigi nya antara 5 hingga 9 batang bagi setiap 25 mm.  Gergaji kerat biasanya panjang antara 550 mm – 700 mm.  Lihat rajah di bawah yang menunjukan saiz dan bilangan gigi b) Gergaji Belah  Gergaji belah digunakan khas untuk membelah kayu yang telah digergajikan mengikut atau selari dengan ira kayu.  Gergaji belah mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata pahat dan tepi hadapannya bersudut tepat denagn garis giginya.  Gergaji belah mempunyai bilangan gigi antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25 mm.  Gergaji ini mempunyai tiga jenis iaitu jenis kecil, jenis sederhan, dan jenis besar  Penggunaan gergaji ini bergantung kepada ketebalan kayu yang hendak dibelah.  Panjang gergaji kerat ini ialah antara 600 mm hingga 700 mm.
  • 21. Universiti Teknologi Malaysia 21 Cara-cara menggunakan gergaji tangan 1. Condongkan gergaji 45° daripada benda kerja apabila mengergaji belah. 2. Condongkan gergaji 60° daripada benda kerja apabila mengergaji kerat. c) Gergaji Puting  Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh jalur logam ( patil keluli) di belakang matanya.  Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk memotong kayu-kayu yang kecil.  Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan gergaji puting.  Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil anta 12 hingga 14 bilah bagi setiap 25 mm.  Kegunaannya adalah untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.
  • 22. Universiti Teknologi Malaysia 22 d) Gergaji Lengkung Halus  Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang tegak.  Panjang matanya ialah 150 mm.  Gergaji lengkug halus ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar. e) Gergaji Bajang  Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi lebih kecil.  Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.  Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan tepat f) Gergaji Ekor Tikus  Mata gergaji ekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok.  Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar.  Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek daripada gergaji tebok iaiti 200 mm hingga 400 mm.
  • 23. Universiti Teknologi Malaysia 23  Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerat benda kerja yang lurus atau melengkung di bahagian dalam yang lebih sempit. 2. Jenis-jenis Pahat  Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahat-pahat ini mempunyai fungsi yang berlainan dalam membuat sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada keluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat daripada kayu atau plasti yang tahan diketuk  Pahat-pahat tersebut ialah : a) Pahat Pelubang (Kerja Kasar) b) Pahat Parut (Kerja halus) c) Pahat Kuku Jenis Peraut-Serong Dalam d) Pahat Kuku Jenis Pengukir-Serong Luar a) Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh  Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan gandin semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar.  Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30° hingga 35°.  Semasa mencanai matanya mestilah bersudut 20° hingga 25°. b) Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong  Pahat peraut pada kebiasaannya, mata pahat ini adalah serong pada bahagian tepinya serta serongan itu adalah lebih panjang dan nipis.Matanya tebal dibahagian tengah dan nipis pada bahagian tepi.Ini menyebabkan ianya tidak sekuat pahat pelubang.
  • 24. Universiti Teknologi Malaysia 24  Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm  Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25°.Manakala untuk menajamkan menggunakan mesin pencanai pula ialah 20°.  Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai.  Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat ini. c) Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Dalam  Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkung  Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm hingga 40 mm d) Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Luar  Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk membuat lurah tepat.  Ia sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-mengukir.  Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.
  • 25. Universiti Teknologi Malaysia 25 4.4 ALAT MENUKUL Proses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenis alatan. Antara perlatan menukul ialah: Alat Menukul : a) Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku) b) Tukul Besi Warrington c) Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat d) Gandin e) Pembenam Paku a) Tukul Kuku Kambing ( Tukul Besi Berkuku)  Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah  Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg.  Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg  Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku. b) Tukul Besi Warrington  Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.  Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari.  Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.Saiznya ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am.
  • 26. Universiti Teknologi Malaysia 26  Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit c) Gandin  Gandin kayu digunakn untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.  Kepala gandin berbentuk selinder atau segi empat .  Gandin diperbuat daripada kayu keras. d) Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat  Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.
  • 27. Universiti Teknologi Malaysia 27 e) Pembenam paku  Untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu 4.5 ALAT MENAJAM Kikir Menajam Sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipis, dan melicinkan permukaan sesuatu komponen kerja.Bagi menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan tepat.Pelbagai jenis kikir yang terdapat di dalam bengkel kerja kayu. Antaranya ialah: a) Kikir Pipih Tirus b) Kikr Pipih Kasar c) Kikir Belah Rotan d) Kikir Bulat e) Kikir Segi Empat sama f) Kikir Segi Tiga g) Kikir Pipih Nipis h) Kikir Bentuk Pisau a) Kikir Pipih Tirus  Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan.  Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat halus.
  • 28. Universiti Teknologi Malaysia 28  Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua- dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk selari dan satu pertiga panjang hujungnya berbentuk tirus. b) Kikir Pipih Kasar  Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.  Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan.  Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat.  Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam. c) Kikir Belah Rotan  Kikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telah siap.  Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik.  Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang. d) Kikir Bulat  Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus.  Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus.  Bentuk giginya lurus dan bersilang.  Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang melengkung. e) Kikir Segi Empat Sama  Gred kikir ini daripada yang sangat kasar dan sangat halus.  Kegunaan kikir ini ialah untuk mengikirkan atau membesarkan lubang yang berbentuk segi empat secara kasar.  Kegunaan lain ialah untuk mengikir lurah atau alur yang berbentuk segi empat. f) Kikir Segi Tiga  Kikir ini ialah kikir untuk kerja menajamkan gergaji belah dan kerat.  Mata gigi kikir ini bersilang.  Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.  Kikir jenis ini juga digunakan untuk membersihkan pepenjuru yang bersudut.
  • 29. Universiti Teknologi Malaysia 29  Kikir ini juga boleh mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. g) Kikir Pipih Nipis  Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.  Gigi kikir ini berbentuk silang.  Kegunaan utama ialah untuk mengikir celah-celah yang nipis.  Bentuk kikir ini tirus pada hujungnya tetapi tebal sama pada keseluruhan panjang.  Saiz kikir ini ialah 100mm, 150mm dan 200mm. g) Kikir Bentuk Pisau  Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.  Kegunaan utama ialah untuk menajamkan mata yang terdapat pada mata gergaji.  Digunakan juga untuk menajamkan alat-alat pemotong. Jenis kemasan dan cecair pelarut yang sesuai digunakan: Jenis Kemasan Pelarut Kesesuaian 1 Cat Sembur - Untuk permukaan kayu dan logam yang licin 2 Tona Kayu - Untuk permukaan kayu, produk dlm rumah 3 Syelek Spirit methil Untuk permukaan kayu, produk dlm rumah
  • 30. Universiti Teknologi Malaysia 30 4 Cat Kilat/Licau Turpentine Untuk permukaan kayu dan logam, luar dan dalam rumah 5 Lekar Thinner Untuk permukaan kayu 6 Varnish Thinner Untuk permukaan kayu
  • 31. Universiti Teknologi Malaysia 31 PROSEDUR KERJA PROJEK KAYU “TEMPAT GANTUNG KUNCI”
  • 32. Universiti Teknologi Malaysia 32 4.0 PROSEDUR KERJA BIL. GAMBAR PENERANGAN 1. Pertama sekali, pelajar dikehendaki untuk memilih kayu yang sesuai untuk dijadikan projek. Pelajar perlu memastikan kayu yang dipilih mempunyai permukaan yang rata. 2. Selepas permilihan kayu dibuat, pelajar perlu membuat tandaan atau lakaran pada pada kayu tersebut berdasarkan bentuk yang dipilih menggunakan pensil tukang. 3. Seterusnya ialah proses pemotongan dilakukan. Pemotongan hendaklah dilakukan dengan betul mengikut etika penggunaan peralatan yang ditetapkan supaya tidak berlaku kecederaan. Pemotongan kayu perlu dibuat setengah centimeter daripada garisan tandaan. Ini supaya mengelakkan jika berlaku masalah pemotongan terlebih pada projek.
  • 33. Universiti Teknologi Malaysia 33 4. Seterusnya adalah proses untuk membuat lubang dan bentuk pada tengah permukaan objek. Untuk membuat lubang dan bentuk, kami menggunakan pahat. Pahat perlulah mengikut saiz yang sesuai dengan saiz objek supaya objek pecah ketika proses pahat dilakukan. 5. Selepas lubang dibuat menggunakan pahat tadi, seterusnya masukkan gergaji lengkung halus ke dalam lubang yang telah dibuat pada objek. Gergaji lengkung halus membolehkan untuk memotong bahagian yang sukar seperti tengah objek dan boleh dipotong melengkung mengikut bentuk yang dikehendaki. 6. Bahagian yang telah dibuang menggunakan pahat dan gergaji lengkung halus tadi perlu dikikir bagi meratakan permukaan pada kedua-dua kayu. Sewaktu melakukan kikir, pelajar perlu berhati – hati supaya kikir tidak terkena pada tangan. Ia boleh menyebabkan kecederaan seperti luka kerana kikir tersebut bergigi tajam.
  • 34. Universiti Teknologi Malaysia 34 7. Setelah terhasilnya bentuk yang dikehendaki, pelajar perlu membuat kemasan pada objek dengan menggunakan kertas pasir. Terdapat 2 jenis kertas pasir iaitu kasar dan halus. Untuk permulaan kertas pasir halus perlu digunakan dan seterusnya kertas pasir halus. Ini adalah untuk menjadikan permukaan kayu licin dan rata serta ia dapat membuang serpihan kayu (selumbar) halus pada objek. 8. Setelah semua permukaan di gosok dengan kertas pasir, sapukan pula pula objek dengan simen. Simen ini perlu disapu bagi menutup ruang dan lubang – lubang kecil pada kayu. Ruang tersebut perlu disimenkan dengan menggunakan ‘woodfill’ bagi mendapatkan permukaan yang rata dan kemas. Kemudian gunakan kertas pasir untuk mendapatkan hasil yang lebih baik pada kedua-dua kayu tersebut.
  • 35. Universiti Teknologi Malaysia 35 9. Setelah kayu dibersihkan dengan kertas pasir, gunakan syelek untuk mendapatkan lagi kekemasan pada kayu tersebut. Cara untuk menyapu syelek adalah dengan mengikut urat kayu. Setelah itu, kayu dibiarkan kering beberapa minit. Pastikan kayu tidak dijemur di bawah matahari bagi mengelakkan gelembung-gelembung udara timbul pada permukaan kayu. 10. Setelah syelek yang disapu kering, seterusnya adalah proses terakhir iaitu memasang pin. Pin dipasang untuk membolehkan projek kayu tersebut digantung dan menjadi sebagai alat tempat menggantung kunci. Setelah semua pin siap dipasang, barulah projek kayu tersebut boleh dihantar kepada pensyarah.
  • 36. Universiti Teknologi Malaysia 36 5.0 KESIMPULAN Setelah menyiapkan kerja projek yang diberikan kepada saya, saya dapati untuk melakukan kerja projek yang bertajuk ‘Tempat Gantung Kunci’ ini mesti dilakukan dengan mengikut ukuran yang betul bagi mendapatkan hasil kerja yang memuaskan. Pertama sekali mestilah mendengar arahan pensyarah dengan baik terutama sekali apabila pensyarah menerangkan tentang peralatan yang perlu diguna semasa membuat kerja projek. Ini kerana, jika tidak menggunakan peralatan untuk membuat kerja projek dengan sebaiknya akan mendatangkan bahaya kepada kita dan juga boleh merosakkan kerja projek kita. Selain itu,pelajar akan dapat mempelajari cara untuk menggunakan alatan tangan dengan betul bagi menggelakkan kemalangan berlaku. Pelajar juga perlu menyiapkan projek dalam masa yang telah ditetapkan dan menyiapkan projek yang diberi dengan sebaik mungkin. Semangat kerjasama antara satu sama lain amat diperlukan bagi saling membantu untuk mendapatkan hasil kerja yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu kerja bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Projek ini tidak akan berjaya sekiranya tidak ada tunjuk ajar daripada pensyarah kerana pensyarah yang banyak membantu dalam menyiapakan projek ini.
  • 37. Universiti Teknologi Malaysia 37 6.0 RUJUKAN 1. Dr Amirmudin Udin