UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
TINGKAP DAN PINTU UNTUK RUMAH
1. TINGKAP
Pengenalan
Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada dinding untuk
membolehkan cahaya matahari masuk menerusinya.
Tingkap ini dikemaskan dengan bahan lutsinar atau lut cahaya yang
dipasangkan kepadanya.
Disamping membenarkan cahaya menembusinya, bahan- bahan itu
bertindak sebagai penghalang angin dan hujan.
Dengan adanya tingkap, udara silih berganti didalam bengunan dan
pandangan ke luar.
Pintu ialah satu bukaan di dinding atau penyekat bagi
membolehkan lalu lalang.
Daun pintu pula ialah satu perintang pejal pada sesuatu bukaan.
Daun pintu ini menghalang kemasukan, perintang panasan dan
juga merintangi cuaca.
Jenis- Jenis Tingkap
Tingkap berengsel
i. Tingkap gelangsar
ii. Tingkap majmuk
iii. Tingkap gantungan sisi ( berbingkai )
PINTU
Jenis-jenis Pintu
i. Pintu rata
2. ii. Pintu berpanel
iii. Pintu kayu beloti
Kerja-kerja Pemasangan Kerangka Pintu dan Tingkap
a) Kerja pemasangan rangka pintu dan tingkap perlu dilakukan dengan
teliti.
b) Ia perlu dipasang sebelum kerja pemasangan batu- bata dilakukan
c) Rangka tingkap dan pintu haruslah berada dalam keadaan baik. Jenis
kayu mestilah mematuhi piawaian JKR.
d) Semasa kerja pemasangan dilakukan, ia haruslah dipastikan supaya
berada dalam keadaan yang pugak.
e) kepugakkanya boleh ditentukan dengan menggunakan pelambab.
f) Setelah itu, rangka tingkap dan pintu itu ditopang pada bahagian
tengah, atas dan bawah.
g) Diatas kepala jenang rangka pintu dan tingkap diletakkan ambang
konkrit yang mempunyai ketebalan bata semasa kerja mengikat batu-
bata dijalankan.