2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
EVENT KP1 PP.pptx
1. FB-024-3:2012
EVENT ARRANGEMENT ASSISTANCE
TAJUK : Mengesahkan Keperluan Pengurusan Acara
TUJUAN: Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan
tentang jenis – jenis acara, menyediakan senarai tugas ahli
jawatankuasa, menyenaraikan kemudahan, peralatan, dan keperluan
pengurusan acara dan mengenalpasti keperluan perancangan acara di
peringkat permulaan.
4. JENIS-JENIS ACARA?
1. Mesyuarat
• Merupakan satu pertemuan sekumpulan individu
yang berjumpa atas tujuan yang sama.
• Contoh : Mesyuarat Persatuan Rekreasi.
2. Seminar
• Ceramah atau dialog yang dikeluarkan oleh seorang
pakar di mana peserta akan berkongsi idea dan pengalaman di
dalam bidang yang sama.
• Contoh : Seminar Pelancongan Dunia dan Seminar
Pelancongan Kebangsaan.
5. JENIS-JENIS ACARA?
3. Persidangan
• Pertemuan yang diadakan untuk memeterai sesuatu perjanjian,
amalan atau prosedur yang perlu dipatuhi. Pertemuan biasanya diwakili oleh
ahli-ahli, wakil atau delegasi yang mewakili badan-badan tertentu seperti
badan-badan politik, professional atau industri.
• Contoh : Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persidangan Ketua-
ketua Negara ASEAN.
4. Festival, Pesta dan Fiesta
• Merupakan satu acara keagamaan, kebudayaan atau
majlis keramaian.
• Contoh : Perayaan Thaipusam, Pesta Gawai dan
Sambutan Rumah Terbuka.
6. JENIS-JENIS ACARA?
5. Pameran
• Acara yang mempamerkan produk atau maklumat
tertentu kepada orang ramai atau kumpulan sasaran.
• Contoh : Langkawi International Multime and Air
Show (LIMA), KLmotor Show.
6. Ekspo
• Acara yang memperlihatkan pembangunan produk-
produk.
• Contoh : Ekspo Pertanian, MITTA Fair.
7. Forum
• Perhimpunan yang disertai oleh pakar bidang dan
peserta untuk membincangkan sesuatu isu atau tajuk tertentu.
• Contoh : Forum Perdana, Forum Keamanan Dunia.
7. JENIS-JENIS ACARA?
8. Bengkel
• Mesyuarat yang menekankan kepada interaksi dan
pertukaran maklumat di antara peserta.
• Dibuat di dalam kumpulan yang kecil.
• Contoh : Bengkel Penulisan Kreatif.
9. Simposium
• Satu perjumpaan untuk membincangkan sesuatu isu
di mana kumpulan peserta terdiri daripada hadirin sendiri.
• Pada akhir mesyuarat peserta akan membuat
pembentangan mengenai isu yang dibincangkan secara
berkumpulan.
8. PERSEDIAAN SEBELUM
ACARA?
Program promosi.
Pelantikan
pelaksana
Senarai tetamu
Penetapan
tarikh dan
masa
Penentuan
lokasi
Peruntukan
kewangan
Pelantikan
pengacara
Penetapan
atur cara
Kenal pasti
peralatan
Surat
jemputan
Aktiviti sokongan
Penyediaan
teks ucapan
Raptai dan
latihan
Arahan
pentadbiran