NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
27 November 2016 (Ahad)
oleh Ustaz Syahmi Syazeril Azmi, Ibrah Paradigm
anjuran MIZAN, HIKMAH Wilayah dan WAMY Malaysia
2. Biografi ‘Aisyah
Aisyah binti Abi Bakar As Siddiq bin Abi Quhafah Uthman
bin Amir bin Umar bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin
Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Fahr bin Malik.
Aisyah binti Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin
Abd Syams bin Itab bin Adzinah bin Sabi’ bin Wahban bin
Harits bin Ghanam bin Malik bin Kinanah.
Gelarannya : Humaira’ / As Siddiqah
(Petikan Sirah Sayyidah Aisyah Ummul Mukminin, karangan
Sulaiman An Nadwi)
3. ‘Aisyah Sebelum
Berkahwin
Seorang yang sangat cergas (disaksikan sendiri oleh Rasulullah SAW
sewaktu ziarah ke rumah Abu Bakr)
Mentaati kedua ibu bapanya dan hidup di dalam suasana keluarga
Muslim (kedua-dua ibu bapa telah memeluk Islam saat kelahirannya).
‘Aisyah r.a berkata :“Ketika pertama kali aku mengenal ayah-ibuku,
keduanya telah memeluk Islam” (Rujukan: Sirah Sayyidah Aisyah Ummul
Mukminin, karangan Sulaiman An Nadwi))
Datang dari keluarga yang kaya dan berada.
Suka bermain bersama teman-teman seumur dengannya. (seperti
kanak-kanak lain)
4. Perkahwinan Dengan
Rasulullah SAW
‘Aisyah adalah pilihan Allah buat Rasulullah SAW.
“Sebelum menikahimu, aku pernah melihatmu dua kali di dalam mimpi.Aku melihat
malaikat membawa secarik kain yang terbuat dari sutera. Ku katakan kepadanya,
‘singkaplah’. Malaikat itu pun menyingkapnya, dan ternyata kain itu memuat gambarmu.
Lalu ku katakan ‘jika ini merupakan ketetapan Allah, maka Dia pasti akan membuatnya
terjadi’. Pada kesempatan lain, aku kembali melihatnya datang membawa secarik kain
yang terbuat dari sutera. Maka ku katakan kepadanya,‘singkaplah’ dan ternyata kain itu
memuat gambarmu. Lalu aku berkata ‘jika ini merupakan ketetapan Allah, maka Dia
pasti akaan membuatnya terjadi’.” (Riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah pada umur 9 tahun. (Imam Bukhari
dalam kitab Al Manaqib hadis ke 3894, Imam Muslim dalam kitab An Nikah hadis
ke 1422 dan Imam An Nasaie dalam kitab An Nikah hadis ke 3378)
Satu-satunya isteri Nabi Muhammad SAW yang dikahwini dalam keadaan masih
dara
5. Romantiknya Rasulullah
SAW bersama-sama Aisyah
‘Aisyah meletakkan dagunya di bahu Rasulullah SAW
dan menyandarkan pipinya bertemu pipi Rasulullah
SAW sewaktu Habasyah (orang kulit hitam)
menganjurkan pameran perang (pameran tombak).
Rasulullah minum dan makan di bekas tempat minum
dan makan nya ‘Aisyah.
Saat ‘Aisyah menceritakan tentang 11 orang wanita
yang hidup sebelum Muhammad diangkat menjadi
Rasulullah SAW.
6. ‘Aisyah Pada Kacamata
Rasulullah SAW
Hadith dari Amru bin Al Asr. Bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau cintai? Rasullullah
SAW menjawab;‘Aisyah. Beliau bertanya lagi; Maksudku jika dari
kalangan laki-laki? Rasulullah SAW menjawab;Ayah ‘Aisyah r.a”
Rasulullah SAW wafat di rumahnya ‘Aisyah dan di riba ‘Aisyah
r.a
Allah mengiktiraf perhubungan Rasulullah dengan ‘Aisyah
sehingga Allah jugalah yang melindungi rumah tangga mereka
dari fitnah
7. Kualiti Aisyah R.A
Berkeyakinan tinggi.
Tegas dan punya pendirian / kritis.
Berpengetahuan, bahkan Faqih. (pengiktirafan dari
tokoh Hadith seperti Ibn Hajar)
Fasih dalam pertuturan. (antara ciri-ciri yang perlu
ada pada seorang perawi Hadith)
Seorang pencinta dan romantis.
8. ‘Aisyah;Tauladan buat
Para Wanita
Qanita - Devoted to Allah
Mukmina - Believer
Soliha - Righteous
Musliha - Innocent
‘Alima - Learned / Wise
Murabbiyah - Educator
9. Kewafatan ‘Aisyah r.a
‘Aisyah jatuh sakit dan wafat pada umur 66 tahun.
Setengah ulama’ mengatakan 67 tahun.
Kisah bila Abdullah Ibn Abbas menziarahi ‘Aisyah
ketika sakit.
Jenazahnya diimamkan oleh Abu Hurairah dan
dimaqamkan di perkuburan Baqi’.
10. ‘Aisyah;Wanita Sebutan Al Quran
“Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan
Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami
turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata
supaya kamu beringat (mengamalkannya).”
11. ‘Aisyah;Wanita Sebutan Al Quran
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu
ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka
(berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.Tiap-
tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan
kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian
besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang
besar (di dunia dan di akhirat).
12. ‘Aisyah;Wanita Sebutan Al Quran
Pensyariatan tayammum. Asbabun Nuzul Surah
Al Maidah ; 6
Peristiwa ‘Aisyah yang kehilangan kalung
lehernya.