Krisis kewangan global 2008 bermula dengan kenaikan harga minyak dan makanan yang menyebabkan inflasi global. Krisis kredit menyebabkan kebankrapan beberapa bank besar di Amerika Syarikat. Ini memberi kesan negatif kepada ekonomi global termasuk Malaysia dalam aspek pelaburan, hartanah, pelancongan dan perdagangan luar.