Teori penguasaan bahasa oleh Noam Chomsky (1968) menegaskan bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan kesediaan untuk belajar bahasa melalui mekanisme yang dikenali sebagai 'language acquisition device' (LAD), yang membolehkan mereka memahami peraturan bahasa tanpa memerlukan pengajaran langsung. Walaupun teori ini menerangkan kemampuan kanak-kanak untuk menguasai bahasa dengan cepat, ia juga menghadapi kritik kerana mengabaikan peranan input bahasa dan tidak menjelaskan sepenuhnya elemen lain dalam pembelajaran bahasa. Meskipun begitu, teori ini menyokong fakta bahawa hampir semua kanak-kanak dapat berbahasa tanpa latihan khusus.