SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Hakikat Sekularisme Dan Kaedah Penyebarannya*
OLEH: IRWAN BIN MOHD SUBRI
(Artikel ini dipetik dan disaring dari buku "Mauqif al-Islam Min al-Tayyarat Wa al-Mazahib
al-Mu'asharah" karangan Prof. Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan
Muharram al-Sayyid al-Huwaini, pensyarah jabatan akidah dan falsafah, kuliah Usuluddin
Universiti al-Azhar Mesir)
Sekular atau dalam bahasa arabnya dipanggil "al-'Ilmaniyyah" diambil dari
perkataan ilmu (dalam bahasa arab = 'ain, lam dan mim). Kononnya dari segi
mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah
dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting
bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi. Tetapi
sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada "al-'Ilmaniyyah" hanyalah
satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau
diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah "al-Ladiniyyah" yakni tanpa agama
atau "al-La'aqidah" yakni tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-
Qardhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang
sekularisme.
Istilah "al-'Ilmaniyyah" dipilih untuk mengabui mata umat Islam agar
menerimanya kerana jika digunakan istilah "al-Ladiniyyah" atau "al-La'aqidah",
sudah pasti umat Islam akan menolaknya. Sebab itulah kita merasakan betapa
jahatnya penterjemahan sekular kepada istilah "al-'Ilmaniyyah" dengan tujuan
mengabui mata dan betapa jahatnya golongan ini yang ingin menutup perbuatan
mereka tanpa diketahui oleh kebanyakan orang. Bagi anak didik sistem sekular,
mereka tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana
mereka memang telah diprogramkan untuk menyebarkan fahaman sekularisme.
Namun bagi ulama-ulama Islam yang faham hakikat sebenar makna Islam,
mereka bermati-matian pula menentang penyebaran fahaman ini yang jelas
bertentangan dengan hakikat Islam. Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan
antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan
"kebenaran" masing-masing.
1.0 SEKULARISME ANTARA TIMUR DAN BARAT
Tidak menghairankan jika fahaman sekularisme mendapat tempat di barat. Ini
berpunca dari pengongkongan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran
dan penemuan sains. Ia bertindak ganas lagi dengan menguasai akal dan hati
manusia, dengan erti kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja
dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari pengikutnya dengan
cara yang salah.
Eropah pernah tenggelam dengan darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila
ratusan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantung. Dengan
sebab ini berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya
tertegaklah fahaman sekularisme yang bererti "memisahkan agama (Kristian)
dari negara". Suasana kacau bilau dalam agama Kristian hasil penyelewengan
yang berlaku dalamnya (ia berpunca dari perancangan yahudi) memungkinkan
tertegaknya fahaman sekularisme di samping agama Kristian yang sedia ada.
Sekularisme disebarkan untuk keluar dari kepompong gereja yang begitu teruk
mengongkong pengikutnya. Masyarakat Eropah tertekan dan dizalimi di bawah
pemerintahan gereja. Bagi pejuang sekular, mereka menganggap dengan berada
di bawah kuasa gereja mereka tidak akan mencapai kemajuan. Sebab itulah
mereka memutuskan tali ikatan diri mereka dengan gereja dan menjadi orang
yang beragama Kristian hanya pada nama, tidak pada pengamalan agama.
Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa
urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan
urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu
fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti
politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut
fahaman sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak
ada kaitan dengan soal agama atau gereja.
Apabila fahaman sekularisme ingin dipindahkan dari barat ke timur, golongan ini
tidak menyedari (secara sengaja atau tidak) suasana di timur yang berpegang
kuat dengan agama Islam. Sudah pasti ia tidak sekali-kali merelakan pemisahan
agama (Islam) dari negara. Keadaan dalam Islam tidak sama dengan apa yang
terjadi dalam Kristian di mana sepanjang sejarah Islam tidak ada penzaliman
terhadap penganutnya. Begitu juga Islam tidak membenarkan pemisahan agama
(Islam) dari negara kerana negara mengikut fiqh Islam ialah sebahagian dari
agama bukannya satu juzuk yang berasingan. Dalam Islam, tidak mungkin
tertegaknya agama (dengan sempurna) tanpa negara (yang boleh
menguatkuasakan undang-undang agama) dan tidak mungkin tertegaknya
negara (tanpa kacau bilau) jika tidak ada agama (yang boleh memandunya).
Al-Syahid Hasan al-Banna dalam "Majmu'ah Rasa'il" menegaskan bahawa Islam
merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia
semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak,
ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain.
Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya.
Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam
dalam memandu kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam bidang akidah (lihat
surah Al-Imran ayat 19), bidang ibadat (lihat surah Al-Baqarah ayat 43), bidang
sosial (lihat surah Al-Baqarah ayat 188), bidang politik (lihat surah Saba' ayat
15), bidang undang-undang perlembagaan (lihat surah Al-Nisa' ayat 59) dan juga
bidang-bidang yang lain.
Islam tidak sekali-kali membenarkan penyebaran fahaman sekularisme di
sampingnya dengan membahagikan tugas antara keduanya iaitu, Islam hanya
berfungsi di dalam urusan akidah dan sekularisme pula berfungsi di dalam urusan
syariat. Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama
yang terkandung di dalamnya akidah dan syariat sekaligus dan ia tidak
membenarkan pemisahan ini dilakukan seperti mana Islam tidak membenarkan
tuhan-tuhan lain ditaati dalam bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam
bidang akidah. Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa agama yang
diredhainya hanyalah Islam yang suci. FirmanNya yang bermaksud,
"Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam", surah
Al-Imran ayat 19.
Jadi untuk menyamakan Islam dengan agama Kristian dan percubaan
memasukkan fahaman sekular ke dalam Islam adalah satu kesilapan dan jenayah
yang besar. Islam tidak seperti Kristian kerana Islam datang dari Pencipta
manusia iaitu Allah s.w.t.; ia selamat dari cacat cela. Kristian pada asalnya
agama tauhid tetapi telah diselewengkan oleh paderi-paderi untuk kepentingan
mereka. Sekularisme bukan berasal dari Islam dan Islam berlepas tangan dari
fahaman kufur ini dan tidak ada kena mengena dengannya. Sesiapa sahaja
daripada umat Islam yang mengagungkan sekularisme iaitu dengan menganggap
untuk maju tidak perlu beramal dengan Islam maka boleh membahayakan
akidahnya.
Sekularisme bukan hanya sekadar berpandangan “politik suku agama suku”.
Menyempitkan ruang lingkup agama, seperti beramal dengan Islam secara
separuh ( iaitu apa yang memberi keuntungan dan kemudahan dit erima pakai
manakala yang mendatangkan kesusahan ditolak tepi) juga termasuk dalam
sekularisme. Perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui firmanNya surah al-
Baqarah ayat 85, maksudnya : "Adakah kamu percaya (beriman) kepada
sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya?”
Sebaliknya Allah memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya
melalui firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, "Wahai
orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keseluruhannya".
2.0 CARA-CARA PENYEBARAN SEKULARISME
Semenjak penjajah barat meletakkan kaki mereka ke bumi umat Islam, mereka
berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fahaman sekularisme ini melalui
pelbagai cara. Dengan keupayaan ilmu dan teknologi yang dimiliki serta
pengalaman, mereka berjaya melaksanakannya. Cara-cara penyebaran fahaman
sekularisme ini dilaksanakanan melalui bidang pendidikan, media massa dan
undang-undang. Tujuannya hanyalah untuk menjauhkan umat Islam dari
agamanya.
2.1 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI PENDIDIKAN
Antaranya ialah :
1. Menyekat pengajian agama Islam secara material dan moral:-
i. Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin
kepada pengajian yang kosong dari ruh agama Islam (pengajian yang jauh dari
penekanan agama). Pengajian sebegini akan dibantu dan dibangunkan serta
diberi kemudahan dari segi material. Adapun pengajian agama Islam disempitkan
bantuan kewangan ataupun tidak dibantu langsung. Sebarang bantuan lebih
dicurahkan kepada pengajian sekularisme.
ii. Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut
agama dan tuan-tuan guru mereka. Membeza-bezakan antara guru-guru agama
dan guru-guru subjek lain dalam setiap keadaan memang satu perkara yang
disengajakan. Begitu juga membeza-bezakan antara lepasan bidang agama dan
lepasan bidang-bidang lain. Dari segi jawatan pula, lepasan bidang agama tidak
banyak mendapat peluang disamping ganjaran dan status yang dipandang
rendah tetapi bagi lepasan bidang-bidang lain agak mudah mendapat peluang
dengan status dan habuan yang lumayan. Mereka ini akan tenggelam dalam
"kealpaan" dan akan menyebabkan orang ramai tidak kira tua muda akan lari
dari agama dengan terpahat satu sikap dalam minda mereka iaitu "jika kita
memilih bidang agama ianya tidak akan ke mana dan tidak akan menjamin
hidup", maka dengan itu mereka lebih cenderung kepada pengajian bidang bukan
agama.
Bukanlah bermaksud di sini umat Islam tidak boleh mempelajari ilmu-ilmu selain
dari ilmu Islam. Malah sebenarnya tidak ada istilah ilmu "bukan Islam", seperti
kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Ia juga merupakan ilmu Islam. Yang
menjadi persoalannya ialah umat Islam telah diabaikan dari segi penekanan ilmu
agama yang sepatutnya menjadi teras kepada mereka. Tidak salah seorang
muslim itu menjadi doktor, tetapi biarlah dia menjadi doktor yang ada asas
didikan Islam. Juga tidak salah seorang muslim itu menjadi jurutera, tetapi
biarlah menjadi jurutera yang ada asas didikan Islam.
2. Menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar.
Misi penghantaran ini akan membuahkan hasilnya yang memang dinanti-nantikan
iaitu pelajar itu bertambah jahil dengan agama, nilai serta adat yang baik dan
akan menyebabkan pelajar itu tertarik dengan budaya barat. Di samping itu,
akan tertanam dalam diri pelajar itu tabiat (kelakuan) yang menyeleweng dari
ajaran Islam. Dengan berlalunya masa, tabiat menyeleweng ini akan menjadi
sebati dengan diri pelajar itu dan dia akan mempraktikkannya dalam
kehidupannya sehinggakan dalam bab makan minum, pakaian, cara pergaulan
dan lain-lain tabiat yang buruk. Dia akan menjadi lebih barat daripada orang-
orang barat sendiri.
3. Melonggarkan sukatan pengajian agama atas nama kemajuan akademik.
Residen Britain di Mesir, Lord Krumer semasa penjajahan Britain ke atas Mesir
telah melaung-laungkan slogan pembaharuan dalam Universiti al-Azhar dengan
memasukkan subjek sivil dalam sukatan pengajiannya. Percampuran ini
menyebabkan pelajar lemah dalam menguasai ilmu agama. Beberapa sukatan
pelajaran juga telah dibuang atau dikurangkan seperti subjek yang berkaitan
jihad menyebabkan ruh jihad telah hilang dalam diri pelajar Islam. Pelonggaran
sukatan pengajian agama berlaku di seluruh negara Islam dengan tujuan untuk
melemahkan pelajar-pelajar Islam.
4. Bercambahnya institusi pengajian asing di negara Islam bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan umat Islam dari
agama mereka atau sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah mereka.
Paling kurang kesannya ialah menghina bahasa Arab (bahasa umat Islam) dan
mengagungkan bahasa asing. Penghinaan bahasa arab sebenarnya menghinakan
agama Islam itu sendiri. Ini berlaku di negara-negara Arab.
5. Paling bahaya, cara yang digunakan ialah percampuran lelaki dan perempuan
ketika pengajian. Mereka (golongan sekular) memulakannya di negara-negara
Islam dengan mendakwa ianya kemajuan dan kemodenan tetapi ia sebenarnya
menyalakan lagi obor nafsu manusia. Mereka juga mendakwa percampuran itu
dapat mematangkan pemikiran tetapi mereka telah tersilap kerana ia antara
punca tercetusnya masalah sosial yang kronik akibat percampuran yang tidak
dikawal. Ilmu sains membuktikan percampuran sebegini akan membawa kepada
2 keadaan :
i. Samada ia akan membekukan nafsu seks antara dua jantina yang berlainan,
dengan erti kata lain, lelaki tidak lagi bernafsu kepada wanita secara tabii tetapi
lebih bernafsu kepada kaum sejenis (satu perbuatan yang dikutuk oleh Allah
s.w.t). Penyakit ini semakin menular di negara-negara barat termasuk Amerika
Syarikat.
ii. Ataupun ia akan meransangkan lagi api nafsu. Satu eksperimen telah
dijalankan dengan meletakkan anak kucing dan anak tikus yang masih kecil
dalam satu sangkar. Kedua-duanya makan dan minum dari satu bekas yang
sama sehinggalah sampai masa "keinginan", anak kucing itu telah membunuh
anak tikus dan memakannya walapun kedua-duanya hidup dalam satu sangkar
serta makan dan minum dari bekas yang sama. Anak kucing itu tidak lagi
menaruh sifat kasihan walaupun agak lama "berdamping" dengan anak tikus itu.
Begitulah diibaratkan dengan percampuran pelajar dengan sebebas-bebasnya
tanpa kawalan, lama kelamaan akan membawa ke arah masalah sosial. Realiti
yang berlaku di negara-negara Islam adalah bukti yang nyata betapa teruknya
masalah sosial yang berlaku.
2.2 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI MEDIA MASSA
Jikalau sekularisasi dalam pengajian hanya melibatkan ribuan pelajar, tetapi
sekularisasi dalam media massa meliputi jutaan orang yang menonton,
mendengar dan membacanya melalui program-program yang disediakan. Setiap
perkataan atau tulisan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik dengan
izin Allah. Manakala perkataan atau tulisan yang jahat pula akan menghasilkan
natijah yang jahat juga. Oleh itu media massa boleh berperanan untuk
mengangkat martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang atau ia juga boleh
berperanan untuk menjatuhkan martabat, peribadi, maruah dan minda
seseorang.
Realiti yang dapat dilihat melalui televisyen, radio, wayang gambar, teater,
akhbar, majalah dan lain-lain media massa tidak banyak yang membantu
perkembangan nilai-nilai murni. Ia juga tidak membantu perkembangan minda
dan pengamalan dengan akhlak Islam. Jikalau adapun, ia hanya seperti tangkap
muat dan pemanis mulut, tidak lebih dari itu. Rancangan-rancangan televisyen
yang menyiarkan gambar separuh bogel atau "tidak sempat memakai baju dan
seluar" banyak disiarkan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam terutamanya
golongan muda mudi. Sepatutnya media massa itu menjadi "mimbar dakwah"
yang menyeru kepada kebaikan dan menyampaikan kebenaran, bukannya suara
maksiat, medan fitnah dan kilang kerosakan sosial masyarakat. Itulah kerja
sekularisme yang berusaha menjauhkan umat Islam dari agamanya.
2.3 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI UNDANG-UNDANG
Golongan sekular berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan Islam dari
"kuasa" pemerintahan. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam
tidak dirujuk walau dalam apahal sekalipun sehinggakan Islam kelihatan tinggal
rangkanya sahaja. Ia terjadi di kebanyakan negara Islam. Di Turki contohnya,
untuk menjauhkan manusia dari Islam, mereka berusaha mensekularkan
undang-undang sedikit demi sedikit hingga akhirnya undang-undang Turki
menjadi sekular dan terlerainya undang-undang khilafah Islam. Di Mesir
"pengsekularan" undang-undang dilakukan ketika penjajahan Inggeris dengan
mewajibkan merujuk kepada undang-undang barat secara umumnya dan
undang-undang Perancis secara khususnya.
Undang-undang Islam yang tinggal hanyalah berkaitan nikah kahwin (Ahwal
Syakhsiah) atau yang berkait dengan adat kerana ia tidak menggugat kedudukan
penjajah. Umat Islam boleh mengamalkan undang-undang ini di kalangan
mereka tetapi untuk mengamalkan undang-undang yang bersangkut paut dengan
pemerintahan negara, jenayah dan lain-lain tidak diizinkan oleh penjajah. Ini
adalah perancangan jahat golongan sekular. Mana-mana negara Islam yang ingin
melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima
tekanan hebat dari pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu
sendiri.
Ini adalah sebahagian perancangan yang dilakukan oleh golongan sekular untuk
memesongkan umat Islam dari beramal dengan agamanya mengikut jalan yang
betul. Sesiapa yang hatinya kosong dari ruh agama pasti menganggap sekular itu
adalah kemajuan dan kemodenan tetapi dia tidak sedar bahawa ketika dia
menerima dan mendokong sekularisme, dia telah merenggangkan ikatan tali
dirinya dengan Islam yang dianutinya. Umat Islam perlulah sedar perancangan-
perancangan golongan sekular ini agar mereka tidak terjatuh ke dalam
perangkap yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat.
Islam dan sekularisme tidak akan dapat disatu dan disebatikan kerana kedua-
duanya adalah berbeza. Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi sebelum
menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat berkata : "Sedarlah bahawa
tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan hak tetapi pertembungan
hanya berlaku antara hak dan yang batil". Maka umat islam perlulah mengikut
yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan
meninggalkan segala laranganNya. Untuk mengetahui yang hak dan yang batil
menurut pandangan syarak, maka tugas itu biarlah dilakukan oleh ulama-ulama
yang pakar lagi ikhlas. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan menerima
seratus peratus ajaran Islam yang sebenarnya mengikut al-Quran dan Sunnah
Rasulullah s.a.w.
*Dipetik dari : http://tranung3.tripod.com/sisipan/dakwah14.htm dengan tajuk asal:
”Sekular itu apa…Perancangannya” dengan sedikit pindaan.

More Related Content

What's hot

Peradaban islam dahulu dan sekarang
Peradaban islam dahulu dan sekarangPeradaban islam dahulu dan sekarang
Peradaban islam dahulu dan sekarangnasution_onky
 
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIMPENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIMKolej Vokasional Azizah
 
Tugas Resume Kajian session 2 [Agama Islam]
Tugas Resume Kajian session 2 [Agama Islam]Tugas Resume Kajian session 2 [Agama Islam]
Tugas Resume Kajian session 2 [Agama Islam]Lydia Nurkumalawati
 
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tppt
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tpptIslam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tppt
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tpptAjeng Faiza
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islam Kebudayaan islam
Kebudayaan islam Raima Amari
 
Islam politik, ajaran vs kenyataan
Islam politik, ajaran vs kenyataanIslam politik, ajaran vs kenyataan
Islam politik, ajaran vs kenyataanFuad Amsyari
 
Pemikiran pilitik islam indonesia
Pemikiran pilitik islam indonesiaPemikiran pilitik islam indonesia
Pemikiran pilitik islam indonesiaTrisna Nurdiaman
 
Perbandingan ideologi
Perbandingan ideologiPerbandingan ideologi
Perbandingan ideologiel-hafiy
 
Titik temu islam kristen
Titik temu islam kristenTitik temu islam kristen
Titik temu islam kristenIdul Choliq
 
Pandangan islam terhadap kristen
Pandangan islam terhadap kristenPandangan islam terhadap kristen
Pandangan islam terhadap kristenKirenius Wadu
 
Islam dan dunia kontemporer
Islam dan dunia kontemporerIslam dan dunia kontemporer
Islam dan dunia kontemporerdmantikha
 
Rekontekstualisasi fikih islam
Rekontekstualisasi fikih islamRekontekstualisasi fikih islam
Rekontekstualisasi fikih islamssuser8d4c3e
 
Selamatkan Indonesia dari Virus Sekularisme, Pluralisme, dan Liberalisme.
Selamatkan Indonesia dari Virus Sekularisme, Pluralisme, dan Liberalisme.Selamatkan Indonesia dari Virus Sekularisme, Pluralisme, dan Liberalisme.
Selamatkan Indonesia dari Virus Sekularisme, Pluralisme, dan Liberalisme.Imad IbnuHisyam
 
Pemikiran Islam Dalam Pendidikan
Pemikiran Islam Dalam PendidikanPemikiran Islam Dalam Pendidikan
Pemikiran Islam Dalam Pendidikanwanhishamudin
 
Makalah Islam dan Radikalisme
Makalah Islam dan RadikalismeMakalah Islam dan Radikalisme
Makalah Islam dan RadikalismeWinda nawangasari
 

What's hot (20)

Peradaban islam dahulu dan sekarang
Peradaban islam dahulu dan sekarangPeradaban islam dahulu dan sekarang
Peradaban islam dahulu dan sekarang
 
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIMPENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM
 
Tugas Resume Kajian session 2 [Agama Islam]
Tugas Resume Kajian session 2 [Agama Islam]Tugas Resume Kajian session 2 [Agama Islam]
Tugas Resume Kajian session 2 [Agama Islam]
 
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tppt
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tpptIslam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tppt
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tppt
 
Pkn radikalisme
Pkn radikalismePkn radikalisme
Pkn radikalisme
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islam Kebudayaan islam
Kebudayaan islam
 
Peradaban islam
Peradaban islamPeradaban islam
Peradaban islam
 
Islam politik, ajaran vs kenyataan
Islam politik, ajaran vs kenyataanIslam politik, ajaran vs kenyataan
Islam politik, ajaran vs kenyataan
 
Pemikiran pilitik islam indonesia
Pemikiran pilitik islam indonesiaPemikiran pilitik islam indonesia
Pemikiran pilitik islam indonesia
 
Mengenal islam sebagai mabda (ideologi)
Mengenal islam sebagai mabda (ideologi)Mengenal islam sebagai mabda (ideologi)
Mengenal islam sebagai mabda (ideologi)
 
Perbandingan ideologi
Perbandingan ideologiPerbandingan ideologi
Perbandingan ideologi
 
Titik temu islam kristen
Titik temu islam kristenTitik temu islam kristen
Titik temu islam kristen
 
Pandangan islam terhadap kristen
Pandangan islam terhadap kristenPandangan islam terhadap kristen
Pandangan islam terhadap kristen
 
Islam dan dunia kontemporer
Islam dan dunia kontemporerIslam dan dunia kontemporer
Islam dan dunia kontemporer
 
Pengertian islam
Pengertian islamPengertian islam
Pengertian islam
 
Rekontekstualisasi fikih islam
Rekontekstualisasi fikih islamRekontekstualisasi fikih islam
Rekontekstualisasi fikih islam
 
Selamatkan Indonesia dari Virus Sekularisme, Pluralisme, dan Liberalisme.
Selamatkan Indonesia dari Virus Sekularisme, Pluralisme, dan Liberalisme.Selamatkan Indonesia dari Virus Sekularisme, Pluralisme, dan Liberalisme.
Selamatkan Indonesia dari Virus Sekularisme, Pluralisme, dan Liberalisme.
 
Pemikiran Islam Dalam Pendidikan
Pemikiran Islam Dalam PendidikanPemikiran Islam Dalam Pendidikan
Pemikiran Islam Dalam Pendidikan
 
Makalah Islam dan Radikalisme
Makalah Islam dan RadikalismeMakalah Islam dan Radikalisme
Makalah Islam dan Radikalisme
 
ISLAM LIBERAL
ISLAM LIBERALISLAM LIBERAL
ISLAM LIBERAL
 

Viewers also liked

Viewers also liked (16)

Service Franchise_08.8.15
Service Franchise_08.8.15Service Franchise_08.8.15
Service Franchise_08.8.15
 
Stockholm hamn av Ingemar Pongratz
Stockholm hamn av Ingemar PongratzStockholm hamn av Ingemar Pongratz
Stockholm hamn av Ingemar Pongratz
 
видео конференц-связь Mind
видео конференц-связь Mindвидео конференц-связь Mind
видео конференц-связь Mind
 
Amber resume (1)
Amber resume (1)Amber resume (1)
Amber resume (1)
 
Produzione software - La qualità
Produzione software - La qualitàProduzione software - La qualità
Produzione software - La qualità
 
Il Progetto Europeo CIRCLE: incontro fra ICT, Biologia, Medicina e Nano-Tecno...
Il Progetto Europeo CIRCLE: incontro fra ICT, Biologia, Medicina e Nano-Tecno...Il Progetto Europeo CIRCLE: incontro fra ICT, Biologia, Medicina e Nano-Tecno...
Il Progetto Europeo CIRCLE: incontro fra ICT, Biologia, Medicina e Nano-Tecno...
 
Coventry university CASE STUDY
Coventry university CASE STUDYCoventry university CASE STUDY
Coventry university CASE STUDY
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literatur
 
Sohi manjinder
Sohi manjinderSohi manjinder
Sohi manjinder
 
איפור - Monochrome Summer Look 2015
איפור - Monochrome Summer Look 2015איפור - Monochrome Summer Look 2015
איפור - Monochrome Summer Look 2015
 
Fryshuset_Final_LR
Fryshuset_Final_LRFryshuset_Final_LR
Fryshuset_Final_LR
 
Dahlender motor
Dahlender motorDahlender motor
Dahlender motor
 
The Neighborhood Spectrum Magazine
The Neighborhood Spectrum MagazineThe Neighborhood Spectrum Magazine
The Neighborhood Spectrum Magazine
 
Jack London bukatuta
Jack London bukatutaJack London bukatuta
Jack London bukatuta
 
Стоматологическая Династия
Стоматологическая ДинастияСтоматологическая Династия
Стоматологическая Династия
 
КВН "Путешествие по сказкам"
КВН "Путешествие по сказкам"КВН "Путешествие по сказкам"
КВН "Путешествие по сказкам"
 

Similar to hakikat sekularisme dan kaedah penyebarannya

Similar to hakikat sekularisme dan kaedah penyebarannya (20)

Sekularisme
SekularismeSekularisme
Sekularisme
 
4. aliran dan dilog peradaban
4. aliran dan dilog peradaban4. aliran dan dilog peradaban
4. aliran dan dilog peradaban
 
4. aliran dan dilog peradaban
4. aliran dan dilog peradaban4. aliran dan dilog peradaban
4. aliran dan dilog peradaban
 
Metodologi Studi Islam.pptx
Metodologi Studi Islam.pptxMetodologi Studi Islam.pptx
Metodologi Studi Islam.pptx
 
2969958-2.ppt
2969958-2.ppt2969958-2.ppt
2969958-2.ppt
 
Liberalisme
LiberalismeLiberalisme
Liberalisme
 
Realita umat islam sekarang
Realita umat islam sekarangRealita umat islam sekarang
Realita umat islam sekarang
 
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularisme
SekularismeSekularisme
Sekularisme
 
Murtad Bukan Hak Asasi
Murtad Bukan Hak AsasiMurtad Bukan Hak Asasi
Murtad Bukan Hak Asasi
 
Radikalisme dan masa depan bangsa
Radikalisme dan masa depan bangsaRadikalisme dan masa depan bangsa
Radikalisme dan masa depan bangsa
 
Dualisme Pendidikan
Dualisme PendidikanDualisme Pendidikan
Dualisme Pendidikan
 

More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 

Recently uploaded

Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 

Recently uploaded (20)

Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 

hakikat sekularisme dan kaedah penyebarannya

  • 1. Hakikat Sekularisme Dan Kaedah Penyebarannya* OLEH: IRWAN BIN MOHD SUBRI (Artikel ini dipetik dan disaring dari buku "Mauqif al-Islam Min al-Tayyarat Wa al-Mazahib al-Mu'asharah" karangan Prof. Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan Muharram al-Sayyid al-Huwaini, pensyarah jabatan akidah dan falsafah, kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar Mesir) Sekular atau dalam bahasa arabnya dipanggil "al-'Ilmaniyyah" diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa arab = 'ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi. Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada "al-'Ilmaniyyah" hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah "al-Ladiniyyah" yakni tanpa agama atau "al-La'aqidah" yakni tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al- Qardhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme. Istilah "al-'Ilmaniyyah" dipilih untuk mengabui mata umat Islam agar menerimanya kerana jika digunakan istilah "al-Ladiniyyah" atau "al-La'aqidah", sudah pasti umat Islam akan menolaknya. Sebab itulah kita merasakan betapa jahatnya penterjemahan sekular kepada istilah "al-'Ilmaniyyah" dengan tujuan mengabui mata dan betapa jahatnya golongan ini yang ingin menutup perbuatan mereka tanpa diketahui oleh kebanyakan orang. Bagi anak didik sistem sekular, mereka tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka memang telah diprogramkan untuk menyebarkan fahaman sekularisme. Namun bagi ulama-ulama Islam yang faham hakikat sebenar makna Islam, mereka bermati-matian pula menentang penyebaran fahaman ini yang jelas bertentangan dengan hakikat Islam. Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan "kebenaran" masing-masing.
  • 2. 1.0 SEKULARISME ANTARA TIMUR DAN BARAT Tidak menghairankan jika fahaman sekularisme mendapat tempat di barat. Ini berpunca dari pengongkongan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran dan penemuan sains. Ia bertindak ganas lagi dengan menguasai akal dan hati manusia, dengan erti kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari pengikutnya dengan cara yang salah. Eropah pernah tenggelam dengan darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila ratusan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantung. Dengan sebab ini berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya tertegaklah fahaman sekularisme yang bererti "memisahkan agama (Kristian) dari negara". Suasana kacau bilau dalam agama Kristian hasil penyelewengan yang berlaku dalamnya (ia berpunca dari perancangan yahudi) memungkinkan tertegaknya fahaman sekularisme di samping agama Kristian yang sedia ada. Sekularisme disebarkan untuk keluar dari kepompong gereja yang begitu teruk mengongkong pengikutnya. Masyarakat Eropah tertekan dan dizalimi di bawah pemerintahan gereja. Bagi pejuang sekular, mereka menganggap dengan berada di bawah kuasa gereja mereka tidak akan mencapai kemajuan. Sebab itulah mereka memutuskan tali ikatan diri mereka dengan gereja dan menjadi orang yang beragama Kristian hanya pada nama, tidak pada pengamalan agama. Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut fahaman sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama atau gereja. Apabila fahaman sekularisme ingin dipindahkan dari barat ke timur, golongan ini tidak menyedari (secara sengaja atau tidak) suasana di timur yang berpegang kuat dengan agama Islam. Sudah pasti ia tidak sekali-kali merelakan pemisahan agama (Islam) dari negara. Keadaan dalam Islam tidak sama dengan apa yang terjadi dalam Kristian di mana sepanjang sejarah Islam tidak ada penzaliman terhadap penganutnya. Begitu juga Islam tidak membenarkan pemisahan agama
  • 3. (Islam) dari negara kerana negara mengikut fiqh Islam ialah sebahagian dari agama bukannya satu juzuk yang berasingan. Dalam Islam, tidak mungkin tertegaknya agama (dengan sempurna) tanpa negara (yang boleh menguatkuasakan undang-undang agama) dan tidak mungkin tertegaknya negara (tanpa kacau bilau) jika tidak ada agama (yang boleh memandunya). Al-Syahid Hasan al-Banna dalam "Majmu'ah Rasa'il" menegaskan bahawa Islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam memandu kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam bidang akidah (lihat surah Al-Imran ayat 19), bidang ibadat (lihat surah Al-Baqarah ayat 43), bidang sosial (lihat surah Al-Baqarah ayat 188), bidang politik (lihat surah Saba' ayat 15), bidang undang-undang perlembagaan (lihat surah Al-Nisa' ayat 59) dan juga bidang-bidang yang lain. Islam tidak sekali-kali membenarkan penyebaran fahaman sekularisme di sampingnya dengan membahagikan tugas antara keduanya iaitu, Islam hanya berfungsi di dalam urusan akidah dan sekularisme pula berfungsi di dalam urusan syariat. Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama yang terkandung di dalamnya akidah dan syariat sekaligus dan ia tidak membenarkan pemisahan ini dilakukan seperti mana Islam tidak membenarkan tuhan-tuhan lain ditaati dalam bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam bidang akidah. Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa agama yang diredhainya hanyalah Islam yang suci. FirmanNya yang bermaksud, "Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam", surah Al-Imran ayat 19. Jadi untuk menyamakan Islam dengan agama Kristian dan percubaan memasukkan fahaman sekular ke dalam Islam adalah satu kesilapan dan jenayah yang besar. Islam tidak seperti Kristian kerana Islam datang dari Pencipta manusia iaitu Allah s.w.t.; ia selamat dari cacat cela. Kristian pada asalnya agama tauhid tetapi telah diselewengkan oleh paderi-paderi untuk kepentingan mereka. Sekularisme bukan berasal dari Islam dan Islam berlepas tangan dari fahaman kufur ini dan tidak ada kena mengena dengannya. Sesiapa sahaja daripada umat Islam yang mengagungkan sekularisme iaitu dengan menganggap
  • 4. untuk maju tidak perlu beramal dengan Islam maka boleh membahayakan akidahnya. Sekularisme bukan hanya sekadar berpandangan “politik suku agama suku”. Menyempitkan ruang lingkup agama, seperti beramal dengan Islam secara separuh ( iaitu apa yang memberi keuntungan dan kemudahan dit erima pakai manakala yang mendatangkan kesusahan ditolak tepi) juga termasuk dalam sekularisme. Perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui firmanNya surah al- Baqarah ayat 85, maksudnya : "Adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya?” Sebaliknya Allah memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya melalui firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keseluruhannya". 2.0 CARA-CARA PENYEBARAN SEKULARISME Semenjak penjajah barat meletakkan kaki mereka ke bumi umat Islam, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fahaman sekularisme ini melalui pelbagai cara. Dengan keupayaan ilmu dan teknologi yang dimiliki serta pengalaman, mereka berjaya melaksanakannya. Cara-cara penyebaran fahaman sekularisme ini dilaksanakanan melalui bidang pendidikan, media massa dan undang-undang. Tujuannya hanyalah untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya. 2.1 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI PENDIDIKAN Antaranya ialah : 1. Menyekat pengajian agama Islam secara material dan moral:- i. Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin kepada pengajian yang kosong dari ruh agama Islam (pengajian yang jauh dari penekanan agama). Pengajian sebegini akan dibantu dan dibangunkan serta diberi kemudahan dari segi material. Adapun pengajian agama Islam disempitkan
  • 5. bantuan kewangan ataupun tidak dibantu langsung. Sebarang bantuan lebih dicurahkan kepada pengajian sekularisme. ii. Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut agama dan tuan-tuan guru mereka. Membeza-bezakan antara guru-guru agama dan guru-guru subjek lain dalam setiap keadaan memang satu perkara yang disengajakan. Begitu juga membeza-bezakan antara lepasan bidang agama dan lepasan bidang-bidang lain. Dari segi jawatan pula, lepasan bidang agama tidak banyak mendapat peluang disamping ganjaran dan status yang dipandang rendah tetapi bagi lepasan bidang-bidang lain agak mudah mendapat peluang dengan status dan habuan yang lumayan. Mereka ini akan tenggelam dalam "kealpaan" dan akan menyebabkan orang ramai tidak kira tua muda akan lari dari agama dengan terpahat satu sikap dalam minda mereka iaitu "jika kita memilih bidang agama ianya tidak akan ke mana dan tidak akan menjamin hidup", maka dengan itu mereka lebih cenderung kepada pengajian bidang bukan agama. Bukanlah bermaksud di sini umat Islam tidak boleh mempelajari ilmu-ilmu selain dari ilmu Islam. Malah sebenarnya tidak ada istilah ilmu "bukan Islam", seperti kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Ia juga merupakan ilmu Islam. Yang menjadi persoalannya ialah umat Islam telah diabaikan dari segi penekanan ilmu agama yang sepatutnya menjadi teras kepada mereka. Tidak salah seorang muslim itu menjadi doktor, tetapi biarlah dia menjadi doktor yang ada asas didikan Islam. Juga tidak salah seorang muslim itu menjadi jurutera, tetapi biarlah menjadi jurutera yang ada asas didikan Islam. 2. Menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar. Misi penghantaran ini akan membuahkan hasilnya yang memang dinanti-nantikan iaitu pelajar itu bertambah jahil dengan agama, nilai serta adat yang baik dan akan menyebabkan pelajar itu tertarik dengan budaya barat. Di samping itu, akan tertanam dalam diri pelajar itu tabiat (kelakuan) yang menyeleweng dari ajaran Islam. Dengan berlalunya masa, tabiat menyeleweng ini akan menjadi sebati dengan diri pelajar itu dan dia akan mempraktikkannya dalam kehidupannya sehinggakan dalam bab makan minum, pakaian, cara pergaulan dan lain-lain tabiat yang buruk. Dia akan menjadi lebih barat daripada orang- orang barat sendiri.
  • 6. 3. Melonggarkan sukatan pengajian agama atas nama kemajuan akademik. Residen Britain di Mesir, Lord Krumer semasa penjajahan Britain ke atas Mesir telah melaung-laungkan slogan pembaharuan dalam Universiti al-Azhar dengan memasukkan subjek sivil dalam sukatan pengajiannya. Percampuran ini menyebabkan pelajar lemah dalam menguasai ilmu agama. Beberapa sukatan pelajaran juga telah dibuang atau dikurangkan seperti subjek yang berkaitan jihad menyebabkan ruh jihad telah hilang dalam diri pelajar Islam. Pelonggaran sukatan pengajian agama berlaku di seluruh negara Islam dengan tujuan untuk melemahkan pelajar-pelajar Islam. 4. Bercambahnya institusi pengajian asing di negara Islam bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah mereka. Paling kurang kesannya ialah menghina bahasa Arab (bahasa umat Islam) dan mengagungkan bahasa asing. Penghinaan bahasa arab sebenarnya menghinakan agama Islam itu sendiri. Ini berlaku di negara-negara Arab. 5. Paling bahaya, cara yang digunakan ialah percampuran lelaki dan perempuan ketika pengajian. Mereka (golongan sekular) memulakannya di negara-negara Islam dengan mendakwa ianya kemajuan dan kemodenan tetapi ia sebenarnya menyalakan lagi obor nafsu manusia. Mereka juga mendakwa percampuran itu dapat mematangkan pemikiran tetapi mereka telah tersilap kerana ia antara punca tercetusnya masalah sosial yang kronik akibat percampuran yang tidak dikawal. Ilmu sains membuktikan percampuran sebegini akan membawa kepada 2 keadaan : i. Samada ia akan membekukan nafsu seks antara dua jantina yang berlainan, dengan erti kata lain, lelaki tidak lagi bernafsu kepada wanita secara tabii tetapi lebih bernafsu kepada kaum sejenis (satu perbuatan yang dikutuk oleh Allah s.w.t). Penyakit ini semakin menular di negara-negara barat termasuk Amerika Syarikat. ii. Ataupun ia akan meransangkan lagi api nafsu. Satu eksperimen telah dijalankan dengan meletakkan anak kucing dan anak tikus yang masih kecil dalam satu sangkar. Kedua-duanya makan dan minum dari satu bekas yang sama sehinggalah sampai masa "keinginan", anak kucing itu telah membunuh anak tikus dan memakannya walapun kedua-duanya hidup dalam satu sangkar
  • 7. serta makan dan minum dari bekas yang sama. Anak kucing itu tidak lagi menaruh sifat kasihan walaupun agak lama "berdamping" dengan anak tikus itu. Begitulah diibaratkan dengan percampuran pelajar dengan sebebas-bebasnya tanpa kawalan, lama kelamaan akan membawa ke arah masalah sosial. Realiti yang berlaku di negara-negara Islam adalah bukti yang nyata betapa teruknya masalah sosial yang berlaku. 2.2 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI MEDIA MASSA Jikalau sekularisasi dalam pengajian hanya melibatkan ribuan pelajar, tetapi sekularisasi dalam media massa meliputi jutaan orang yang menonton, mendengar dan membacanya melalui program-program yang disediakan. Setiap perkataan atau tulisan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik dengan izin Allah. Manakala perkataan atau tulisan yang jahat pula akan menghasilkan natijah yang jahat juga. Oleh itu media massa boleh berperanan untuk mengangkat martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang atau ia juga boleh berperanan untuk menjatuhkan martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang. Realiti yang dapat dilihat melalui televisyen, radio, wayang gambar, teater, akhbar, majalah dan lain-lain media massa tidak banyak yang membantu perkembangan nilai-nilai murni. Ia juga tidak membantu perkembangan minda dan pengamalan dengan akhlak Islam. Jikalau adapun, ia hanya seperti tangkap muat dan pemanis mulut, tidak lebih dari itu. Rancangan-rancangan televisyen yang menyiarkan gambar separuh bogel atau "tidak sempat memakai baju dan seluar" banyak disiarkan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam terutamanya golongan muda mudi. Sepatutnya media massa itu menjadi "mimbar dakwah" yang menyeru kepada kebaikan dan menyampaikan kebenaran, bukannya suara maksiat, medan fitnah dan kilang kerosakan sosial masyarakat. Itulah kerja sekularisme yang berusaha menjauhkan umat Islam dari agamanya. 2.3 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI UNDANG-UNDANG Golongan sekular berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan Islam dari "kuasa" pemerintahan. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam
  • 8. tidak dirujuk walau dalam apahal sekalipun sehinggakan Islam kelihatan tinggal rangkanya sahaja. Ia terjadi di kebanyakan negara Islam. Di Turki contohnya, untuk menjauhkan manusia dari Islam, mereka berusaha mensekularkan undang-undang sedikit demi sedikit hingga akhirnya undang-undang Turki menjadi sekular dan terlerainya undang-undang khilafah Islam. Di Mesir "pengsekularan" undang-undang dilakukan ketika penjajahan Inggeris dengan mewajibkan merujuk kepada undang-undang barat secara umumnya dan undang-undang Perancis secara khususnya. Undang-undang Islam yang tinggal hanyalah berkaitan nikah kahwin (Ahwal Syakhsiah) atau yang berkait dengan adat kerana ia tidak menggugat kedudukan penjajah. Umat Islam boleh mengamalkan undang-undang ini di kalangan mereka tetapi untuk mengamalkan undang-undang yang bersangkut paut dengan pemerintahan negara, jenayah dan lain-lain tidak diizinkan oleh penjajah. Ini adalah perancangan jahat golongan sekular. Mana-mana negara Islam yang ingin melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima tekanan hebat dari pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu sendiri. Ini adalah sebahagian perancangan yang dilakukan oleh golongan sekular untuk memesongkan umat Islam dari beramal dengan agamanya mengikut jalan yang betul. Sesiapa yang hatinya kosong dari ruh agama pasti menganggap sekular itu adalah kemajuan dan kemodenan tetapi dia tidak sedar bahawa ketika dia menerima dan mendokong sekularisme, dia telah merenggangkan ikatan tali dirinya dengan Islam yang dianutinya. Umat Islam perlulah sedar perancangan- perancangan golongan sekular ini agar mereka tidak terjatuh ke dalam perangkap yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat. Islam dan sekularisme tidak akan dapat disatu dan disebatikan kerana kedua- duanya adalah berbeza. Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat berkata : "Sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan hak tetapi pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil". Maka umat islam perlulah mengikut yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Untuk mengetahui yang hak dan yang batil menurut pandangan syarak, maka tugas itu biarlah dilakukan oleh ulama-ulama yang pakar lagi ikhlas. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan menerima
  • 9. seratus peratus ajaran Islam yang sebenarnya mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. *Dipetik dari : http://tranung3.tripod.com/sisipan/dakwah14.htm dengan tajuk asal: ”Sekular itu apa…Perancangannya” dengan sedikit pindaan.