2. TAJUK JURNAL & PENULIS
STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF SECARA
KOLABORATIF ATAS TALIAN DALAM NOVEL
BAHASA MELAYU
(Julai 2013, Bil. 1 Isu 3)
RAFIZA ABDUL RAZAK ,
JABATAN KURIKULUM DAN TEKNOLOGI
PENGAJARAN,
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYA
3. PENDAHULUAN
Pelajar kini lebih gemar mempelajari kemahiran baru
berkaitan teknologi dan belajar secara aktif melalui
penceritaan secara digital.
Menurut Howell & Howell, 2003, penceritaan secara
digital mampu meningkatkan motivasi tentang
penglibatan pelajar secara aktif kerana ianya
memberikan kesan positif kepada pelajar. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti strategi pembelajaran
aktif secara kolaboratif atas talian dalam analisis novel
Bahasa Melayu.
4. Dalam mewujudkan suasana pembelajaran secara
kolaboratif, pengkaji telah mengintegrasikan
penggunaan teknologi multimedia dalam p&p
KOMSAS. Perkembangan teknologi multimedia telah
menunjukkan potensi besar dalam merubah cara
seseorang belajar, cara memperoleh maklumat dan
cara menyesuaikan setiap maklumat.
Pembelajaran atas talian memberi kebebasan kepada
pelajar menyuarakan pendapat serta idea. Maka
pengkaji melakukan kajian ini adalah untuk melihat
sama ada interaksi kolaboratif secara atas talian dapat
membantu pelajar menguasai kemahiran menganalisis
novel Bahasa Melayu Tingkatan Tiga yang dikaji atau
tidak.
5. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah
kualitatif iaitu kaedah temubual semi berstruktur dan
bukti dokumen. Temubual yang dijalankan adalah
temubual terhadap dua kumpulan. Iaitu kumpulan A dan
kumpulan B yang terdiri daripada lima orang dalam satu
kumpulan dan menjadikan jumlah keseluruhan responden
adalah seramai sepuluh orang. Pemilihan dua buah
kumpulan ini adalah untuk mendapatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data .
Bukti dokumen adalah seperti bahan yang dikirim melalui
(facabook) dianalisa mengikut kriteria penskoran yang
diubahsuai mengikut kajian dan hasil projek multimedia
dianalisa mengikut komponen sastera yang berkaitan
dengan kupasan novel.
Responden kajian adalah pelajar yang mempunyai
pengetahuan yang kurang dalam sastera, pasif, tidak minat
dan tidak suka membaca karya sastera.
6. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah menjawab kepada persoalan
kajian iaitu :
Sejauh manakan strategi pembelajaran kolaboratif atas
talian dapat membantu pelajar aktif berinteraksi dan
menyuarakan pendapat dalam memahami novel Bahasa
Melayu Tingkatan Tiga?
7. DAPATAN KAJIAN
Penggunaan strategi pembelajaran kolaboratif atas
talian dapat membantu pelajar berinteraksi dan
menyuarakan pendapat.
Memudahkan kefahaman pelajar.
Mewujudkan tempoh pembelajaran yang lebih
panjang dan fleksibel.
Meningkatkan Motivasi dan minat murid terhadap
pembelajaran dan pengajar KOMSAS Bahasa Melayu.
Meningkatkan Akses kepada sumber / bahan dengan
cepat dan mudah.
Meningkatkan pencapaian pelajar.
8. PENUTUP
Kesimpulannya, pembelajaran aktif secara kolaboratif
atas talian dalam analisis novel Bahasa Melayu sangat
memberi impak dan peluang yang luas kepada pelajar
menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif,
koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur
hidup.
Pelajar didapati mempunyai sikap, motivasi , efikasi
kendiri dan minat yang tinggi terhadap penggunaan
internet. Malahan penggunaan multimedia juga turut
memotivasikan guru-guru untuk mengajar pelajar
mereka dalam mata pelajaran tersebut.