Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pbl jurnal 1

1,349 views

Published on

  • Be the first to comment

Pbl jurnal 1

  1. 1. 233 Seminar Bahasa Melayu 2011 23 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK MANDIRI MENEROBOS MELAMPAUI JIDAR TEMBOK TRADISI: PENGALAMAN TIGA PERINGKAT Djohan Abdul Rahman, Sekolah Menengah Bishan Park Eity Norhyezah Asyurah, Sekolah Rendah Woodlands Ring Mohamad Ali Hanifiah Abdullah, Institut Raffles (Maktab Rendah) ABSTRAK Sistem pembelajaran hari ini menghadapi jurang antara gaya hidup dan corak pembelajaran yang diamalkan. Jurang yang wujud ini harus dijambatani dengan kaedah pembelajaran yang selari dengan cara kehidupan para remaja. Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), kami dapati pelajar dapat dilengkapkan dengan kepelbagaian kecekapan dan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan. Pendekatan ini disesuaikan mengikut tahap kebolehan pelajar, dari sekolah rendah hingga ke maktab rendah. Darjah kesukarannya boleh diubah suai untuk menepati kumpulan sasaran. Antara kemahiran abad ke-21 yang didedahkan kepada pelajar ialah kemahiran menggunakan maklumat dan media, berfikir secara kreatif dan kritikal, mengenal pasti, merumus dan pemecahan masalah, menyelesaikan masalah dan berhubungan sesama insan dan arah kendiri. Pengenalan Kehadiran alaf baharu lebih daripada satu dasawarsa yang lalu telah membawa bersama satu perubahan besar kepada banyak perkara, tidak terkecuali perubahan dalam dunia pendidikan. Mereka yang terlibat dalam bidang ini, sama ada secara langsung mahupun tidak, diruntun sama untuk menghadapi kerencaman perubahan yang penuh dengan ketidakpastian.
  2. 2. 234 Seminar Bahasa Melayu 2011 Proses pengajaran dan pembelajaran di negara kita telah mengalami satu rombakan besar-besaran di semua peringkat untuk memastikan apa yang diajar kepada anak didik akan kekal relevan apabila mereka menjejakkan kaki ke dalam dunia pekerjaan kelak. Untuk memenuhi hasrat ini, inovasi-inovasi baharu diperkenalkan, kaedah lama diubah elok, pendekatan lalu diperkemas dan corak pedagogi baharu diterokai. Kesemuanya ini dilakukan kerana proses pemerolehan ilmu ini ialah tunjang kepada pembangunan modal insan. Menjana insan yang berilmu, progresif dan inovatif penting untuk memastikan kesinambungan kemajuan sesebuah negara. Pelaburan yang besar jumlahnya disuntik ke dalam arena pendidikan kerana kesedaran bahawa gelanggang inilah yang bakal menentukan arah tuju sesebuah negara. Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedang diberikan tumpuan yang mendalam baik di negara Barat mahupun Timur ialah Pembelajaran Berasaskan Projek atau Project Based Learning (PBL). Menerusi kaedah ini, guru dan pelajar berganding tenaga dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara penyempurnaan projek. Sinergi yang terhasil melalui kaedah ini berupaya menghasilkan sesuatu yang tidak mampu diperoleh sekiranya pembelajaran dilakukan hanya di dalam bilik darjah sahaja. Tujuan Kajian Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan kaedah PBL ini yang diterapkan ke dalam tiga peringkat: sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab rendah. Matlamat khusus kajian ini pula adalah ingin melihat sejauh manakah PBL: a) dapat memenuhi keperluan mempersiapkan pelajar dengan kemahiran Abad ke-21; b) berjaya memenuhi matlamat pembelajaran yang diinginkan; dan c) memberikan kepuasan kepada pelajar. Matlamat pertama kajian ini adalah untuk melihat sama ada kaedah ini dapat mempersiapkan pelajar dengan kemahiran yang rencam yang wajar mereka miliki, untuk terus menakat pada masa hadapan. Melalui kajian yang dijalankan dalam tiga peringkat yang berbeza, para pengkaji ingin melihat kemahiran yang manakah yang sesuai diterapkan pada peringkat apa, berdasarkan kepada usia pelajar.
  3. 3. 235 Seminar Bahasa Melayu 2011 Matlamat kedua kajian ini pula ingin melihat sejauh manakah keberkesanan kaedah ini dalam memenuhi matlamat pembelajaran. Meskipun kajian ini tidak dilakukan secara terperinci dan tidak ada kumpulan yang dikawal dan kumpulan yang ‘bebas’, namun daripada pelaksanaan kajian ini, pengkaji dapat membuat satu kesimpulan akan keberkesanannya melalui pengalaman lalu menjalankan kegiatan yang sama tanpa menggunakan PBL. Pada akhir aktiviti PBL ini, satu sesi maklum balas diadakan, yang ditujukan kepada kumpulan pelajar yang terlibat. Tujuan sesi ini, matlamat ketiga, adalah untuk mengetahui sejauh manakah kaedah ini telah memberikan manfaat kepada pelajar, yang akhirnya akan menyumbang kepada kepuasan mereka dalam pembelajaran bahasa Melayu. Permasalahan Dalam memenuhi tuntutan mempersiapkan pelajar dengan kemahiran abad Ke-21, para guru menghadapi pelbagai cabaran kerana banyaknya kemahiran yang perlu didedahkan, namun keterbatasan waktu menjadi penghalang utama. Menyesuaikan sesuatu kaedah pembelajaran untuk sekumpulan pelajar yang rencam dari segi pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran, minat dan sebagainya, menjadikan usaha ini semakin rumit. Salah satu cara yang dapat dilakukan adalah dengan menggunakan satu pendekatan yang dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Salah satu kaedah yang dapat digunakan ialah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Dengan perancangan yang tersusun dan rapi, unit bahasa Melayu sesebuah sekolah dapat melaksanakan kaedah ini secara bertahap agar setiap murid, apabila tamat pengajian dapat mempelajari kemahiran yang diperlukan. Kajian Lepas Menurut Jason Tan dan S. Gopinathan (2000) terdapat satu tuntutan untuk menilai semula cara berfikir yang pernah digunakan selama ini dan melakukan sesuatu yang menggabungkan kebolehlenturan, kreativiti dan inovasi.
  4. 4. 236 Seminar Bahasa Melayu 2011 John Seely Brown (2002) pula mengatakan, untuk berjaya dalam perjuangan membina teknologi dan media baharu bagi menyokong pembelajaran, kita mesti bergerak keluar jauh daripada pandangan mengajar secara tradisional sebagai kaedah menyampaikan maklumat. Satu kajian berhubung dengan penggunaan kaedah PBL ini telah dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris oleh Nurdadilla Farhanna Bt Jamaludin dan Supli Affendi Bin Rahim. Kajian mereka mendapati bahawa penggunaan PBL telah menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, kaedah ini juga telah menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri. PBL memberikan impak yang besar terhadap kefahaman pelajar dan membantu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. John Brodi (2008) pula dalam kajiannya yang bertajuk ‘Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School, IPTAR’, mendapati bahawa PBL sesuai dijalankan di semua jenis sekolah dan sesuai untuk dilaksanakan di semua persekitaran sekolah. Selain itu, pengelolaan aktiviti dalam PBL dapat disesuaikan dengan keperluan murid. Melalui kajian ini didapati bahawa kaedah ini dapat memberi motivasi kepada murid untuk belajar. Sehubungan itu, PBL juga membantu dari segi kepelbagaian cara belajar dan pembelajaran berasaskan dunia sebenar atau secara langsung. PBL juga dapat memberikan tahap kefahaman yang mendalam tentang isi dan melibatkan pelbagai cara komunikasi. Cara ini membolehkan murid bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri. Profil Pelajar Generasi Net Menurut Brynko (2006), generasi pelajar hari ini yang dikenali sebagai Generasi Net, mempunyai ciri yang berbeza dengan generasi pelajar sebelumnya. Mereka ini lebih optimistik, mudah suai, mudah lentur, berusaha sama, ingin tahu semua perkara dan sentiasa mempunyai sifat keusahawanan. Brindley, L. (2006) berpendapat bahawa generasi ini menganggap berfikir secara analog amat membosankan dan statik. Mereka inginkan sesuatu yang lebih mencabar agar kepuasan yang maksimum dapat dirasakan.
  5. 5. 237 Seminar Bahasa Melayu 2011 Menurut Jones dalam Oblinger, D. (2003), dari segi kecenderungan terhadap pembelajaran pula, golongan ini suka kepada kerja berkumpulan, kegiatan yang memberi pengalaman, kerja berstruktur dan penggunaan teknologi yang meluas. Daya kekuatan mereka termasuk membuat pelbagai kerja dalam satu masa, tugas yang berorientasikan matlamat, sikap positif dan juga berusaha sama. Golongan ini juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan teknologi terkini. Maka itu mereka diberi jolokan peribumi teknologi, berbeza dengan generasi sebelumnya yang diberi jolokan penghijrah teknologi. Oleh sebab mereka peribumi teknologi, golongan ini bergantung penuh kepada dunia internet sebagai sumber utama maklumat. Mereka tidak terlepas daripada menggunakan media yang pelbagai dan akan bergantung kepada rakan sebaya untuk menilai maklumat yang diperoleh. Maklumat ini akan dikongsi secara terbuka. Corak pemikiran mereka bukan selurus lagi tetapi rencam dan mereka suka akan sesuatu yang bersifat visual. Menurut dapatan kajian yang dijalankann oleh Pew Internet Report, purata pelajar hari ini akan: a) menghabiskan 10,000+ bermain permainan video; b) menghantar/menerima 200,000+ email/SMS/MMS; c) bercakap selama 10, 000+ jam menggunakan telefon bimbit; d) menghabiskan 20, 000+ jam menonton televisyen; dan e) menghabiskan 5,000 (maksimum) membaca. Apabila kita mengetahui profil pelajar yang sedang berhadapan dengan kita pada hari ini, maka corak pendekatan yang digunakan wajarlah berbeza dengan apa yang pernah digunakan semasa mula kita mengajar. Apatah lagi penggunaan pendekatan yang kita lalui sebagai pelajar dahulu. Kini, matlamat utama dalam setiap proses pembelajaran adalah mempersiapkan pelajar dengan kemahiran abad ke-21. Kemahiran Abad Ke-21 Usaha pendidik adalah untuk memberikan nilai tambah kepada apa yang telah mereka miliki dan mencabar kemahiran sedia ada mereka supaya dapat
  6. 6. 238 Seminar Bahasa Melayu 2011 digunakan dalam kehidupan seharian dan seterusnya dipertingkatkan. Mempersiapkan pelajar dengan kemahiran abad ke-21 ini merupakan cabaran yang amat getir kepada golongan pendidik. Apakah kemahiran-kemahiran yang wajar ada pada pelajar-pelajar ini? Menurut UNESCO dalam Laporan Suruhanjaya Antarabangsa untuk Pendidikan Abad Ke-21, (Report Of The International Commission On Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat tunggak, iaitu: a) ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu) b) ‘Learning to do’ (belajar untuk buat) c) ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidup bersama) d) ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi) Kemahiran dan komponen-komponennya yang telah dikenal pasti, yang wajar ada dalam diri pelajar ini termasuklah: Kemahiran Komponen Kemahiran Berfikiran Kritikal dan Kemampuan Kajian, Menganalisis, Sintesis, Menyelesaikan Masalah Pengurusan Projek, dll Penciptaan Ilmu Baharu, Mereka Kreativiti dan Inovatif Penyelesaian Masalah Terbaik, dll Bekerjasama, Kerja Berkumpulan dan Kesepakatan, sepersetujuan, Kepimpinan Pembangunan komuniti, dll Melampaui kepelbagaian etnik, Pemahaman Silang Budaya Budaya Memahami dan Mentadbir Mahir memberi & Menganalisis Komunikasi dan Kefasihan Media Pesanan & Penggunaan Berkesan Media Penggunaan Komputer dan Kefasihan Penggunaan Berkesan Maklumat TMK (ICT) Elektronik & Alat Pemberi Maklumat Mengurus Perubahan, Pembelajaran Kerjaya dan Pembelajaran Kendiri Sepanjang Hayat & Mencipta semula kerjaya
  7. 7. 239 Seminar Bahasa Melayu 2011 Kemahiran yang telah dilengkapkan ini diharapkan dapat melahirkan yang insan yang mempunyai ciri keupayaan untuk menghadapi masa depan dengan lebih berkeyakinan. Ciri ini termasuklah: a) pekerja yang berwibawa dan kendiri; b) berbilang bahasa; c) berfikiran kritikal; d) penjalin perhubungan; e) komunikator yang berkesan; f) pelajar sepanjang hayat yang sihat; g) pemahaman tinggi dalam sains; h) pengkaji yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi; i) pembaca yang cekap; j) warga negara yang celik kewangan; k) pemikir yang kreatif/inovatif; l) pengguna yang celik media; m) warga negara berpengetahuan global; n) pengguna teknologi yang mahir; o) penyelesai masalah yang efektif; p) penyumbang kerja berkumpulan; dan q) pakar yang berkemahiran. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) PBL ialah proses pembelajaran yang berfokuskan kajian dalam bentuk projek sebagai cara pelajar memperoleh ilmu, yang dilaksanakan secara sistematik/ terancang dalam jangka masa yang tertentu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan oleh pelajar dan melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian dan kajian lapangan atau dunia sebenar. Proses ini biasanya akan melibatkan kutipan dan analisis data serta persediaan satu laporan pada akhir latihan. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah seliaan yang minima oleh guru.
  8. 8. 240 Seminar Bahasa Melayu 2011 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri maklumat yang ingin diperoleh. Nancy Kraft (2005) menyatakan antara ciri PBL adalah seperti berikut: a. membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai; b. berorientasikan dunia sebenar; c. persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran; d. menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi; e. menggunakan kaedah pengalaman-terus; f. memberi pemahaman yang tinggi; g. boleh dirujuk oleh semua pelajar; h. melibatkan pelbagai mod komunikasi; i. pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri; j. pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri; k. menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang baru dengan yang lama; l. pembelajaran melibatkan data semasa; m. pembelajaran merentasi kurikulum; n. guru sebagai pemudah cara; dan o. penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan. Kepentingan PBL Penggunaan kaedah PBL ini, sama ada secara meluas atau dalam keadaan yang terhad, dapat mendedahkan pelajar kepada kemahiran-kemahiran yang ingin dipelajari. Bergantung pada peringkat dan kebolehan pelajar, guru dapat memilih kemahiran-kemahiran tertentu dalam sesuatu latihan PBL yang dikendalikan.
  9. 9. 241 Seminar Bahasa Melayu 2011 Antara kepentingan PBL yang boleh diketengahkan termasuklah: a) Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai. Dalam kerja berkumpulan, profil pelajar boleh direncamkan mengikut hemat guru. Guru boleh menerapkan konsep Kepintaran Pelbagai sebagai salah satu kaedah mengelompokkan pelajar. b) Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ‘bantuan’ tekanan rakan sebaya, pelajar yang kurang motivasi akan ‘tertekan’ untuk membuktikan kewujudan mereka dalam kumpulan tersebut diperlukan. Dengan ini, tugas yang telah diberikan akan dilaksanakan dengan sebaiknya. c) Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan. Guru sebagai pemudah bicara akan memberikan saranan atau jalan keluar kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap kumpulan. Menghubungkan antara maklumat yang diperoleh dan kesesuaian kepada projek yang diberikan akan meningkatkan kebolehan menaakul pelajar. d) Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri. Jangka masa terhad yang diberikan oleh guru akan ‘memaksa’ pelajar menguruskan masa dan tenaga sebaik mungkin demi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kerangka jadual yang dibuat oleh setiap kumpulan akan diberikan kepada guru dan guru akan selanjutnya memantau perkembangan projek tersebut. Setelah selesai, pembentangan yang disampaikan memberi mereka lebih banyak latihan untuk bercakap di khalayak ramai. e) Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti. Guru dapat memilih tajuk-tajuk yang sesuai dengan peringkat pelajar dan juga skop yang ingin dicapai, yang dapat merangkumi Pendidikan Nasional dan subjek-subjek lain. Dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak Kementerian dalam aspek Kurikulum Berasaskan Sekolah, keluasan bidang projek yang boleh diberikan tidak tergambar. f) Menggalakkan kebertanggungjawaban dan penentuan matlamat. Para pelajar diberi tanggungjawab sepenuhnya terhadap tugasan yang diberikan dan menentukan sendiri matlamat akhir yang ingin dicapai atas bimbingan guru. Dengan ini, mereka dilatih untuk memikirkan natijah yang akan berlaku sekiranya sesuatu langkah diambil. Pembelajaran kendiri dapat diterapkan dengan lebih baik melalui kaedah ini.
  10. 10. 242 Seminar Bahasa Melayu 2011 g) Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza. Pelajar yang mempunyai kecerdasan pelbagai memerlukan pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran. Melalui PBL, pengajaran pembezaan dapat dilaksanakan dengan baik kerana pelajar dapat dikelompokkan mengikut gaya pembelajaran mereka. Guru mungkin dapat memberikan lebih banyak waktu kepada kumpulan pelajar yang difikirkan perlu mendapat bimbingan yang lebih jika dibandingkan dengan kumpulan yang lain. Strategi PBL Secara ringkasnya, guru dapat menggunakan strategi yang diperturunkan di bawah ini untuk mengendalikan PBL. Penyesuaian semula boleh dilakukan untuk menepati matlamat dan kebolehan para pelajar. Kemungkinan pada peringkat awal agak sukar untuk dilaksanakan dan dipantau, namun, alah bisa tegal biasa. Seandainya semua proses ini dapat dilaksanakan dengan baik, maka untuk tahap selanjutnya guru menghadapi masalah yang kurang. a) Memberi tugasan mengikut kurikulum berasaskan sekolah; b) Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat; c) Menentukan jadual kerja; d) Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil; e) Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan; f) Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek; g) Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek; h) Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat; i) Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek; dan j) Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek. Kaedah Kajian (Sekolah Rendah) Untuk peringkat sekolah rendah, projek yang diberikan kepada para pelajar lebih khusus dan mudah, di samping guru memberi bimbingan dari aspek perkembangan plot dan laras bahasa yang sesuai. Guru menayangkan episod
  11. 11. 243 Seminar Bahasa Melayu 2011 ‘Upin dan Ipin’ kepada para pelajar dan mereka dirangsang untuk mencari kesudahan yang berbeza. Guru berbuat demikian memandangkan terdapat komponen yang serupa dalam Kertas 1, peperiksaan PSLE. Cabaran utama yang diberikan kepada para pelajar adalah untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik dan bermutu. Melalui kaedah ini, pelajar dirangsang dari segi kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif. Proses menaakul juga perlu dilakukan pelajar untuk memastikan kesudahan cerita yang dibuat dapat diterima bersebab daripada rentetan peristiwa yang berlaku sebelumnya. Subjek Kajian Kumpulan pelajar yang terlibat ialah pelajar darjah enam. Mereka mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan mempunyai penguasaan bahasa yang agak baik. Kelas telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan mempunyai empat orang anggota. Setiap kumpulan diminta melakukan beberapa perkara untuk menyiapkan projek ini. Mereka perlu: a) menonton sebuah episod cerita ‘Upin dan Ipin’. Para pelajar diberi sinopsis mengenai episod itu setelah mereka tamat menonton.; b) mengubahkan penghujung cerita itu. Melalui arahan ini, para pelajar dirangsang untuk menyumbang saran dalam kumpulan masing- masing untuk mendapatkan satu penutup yang dirasakan unik dan bermutu. Penggunaan unsur-unsur didaktik disarankan dan digalakkan oleh guru; dan c) menulis bahagian penutup yang telah dilakarkan. Setiap kumpulan diminta menghasilkan satu sahaja bahagian penutup. Setiap kumpulan diberi masa satu minggu untuk berbincang, melakar dan langsung menyiapkan tugasan ini. Guru akan senantiasa membimbing dan memberi petunjuk kepada setiap kumpulan ketika sesi perbincangan dijalankan.
  12. 12. 244 Seminar Bahasa Melayu 2011 Sekiranya tugasan ini ingin dijalankan lebih daripada sekali, bimbingan dan saranan akan dikurangkan secara berperingkat untuk memastikan para pelajar mampu menghasilkan penutup karangan pada tahap yang dikehendaki. Instrumen Kajian Guru telah menerangkan kepada pelajar perkara yang perlu ada dalam melaksanakan tugasan mereka. Perkara-perkara ini termasuk: a) memastikan lakaran yang dihasilkan mempunyai beberapa ciri yang menaiktarafkan karangan itu; unsur didaktik, unsur emosi, penerapan nilai dan norma yang murni, dan sebagainya; b) setiap anggota menyumbang secara aktif dalam sesi lambasan otak; c) merujuk kepada guru sekiranya ada kemusykilan; d) memastikan kesemua anggota bersetuju dengan draf terakhir, sebelum lakaran itu ditulis semula untuk dihantar kepada guru; dan e) mengisi borang maklum balas dan penilaian peribadi mengenai kaedah penulisan yang telah dijalankan. Prosedur Kajian Guru telah memberikan penerangan ringkas akan tugasan yang bakal diberikan kepada pelajar. Pelajar diletakkan ke dalam kumpulan masing-masing untuk memastikan sesebuah kumpulan itu tidak terdiri daripada pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja, ataupun sebaliknya. Setelah menonton, setiap kumpulan dibenarkan membuat perbincangan dan perancangan di dalam kelas. Setiap kumpulan diingatkan bahawa tugasan yang diberi mengambil masa satu minggu. Setiap bahagian penutup karangan harus dihantar kepada guru pada akhir minggu yang telah ditetapkan. Mungkin penilaian bagi tugasan ini boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada peratusan SA1. Pada akhir latihan ini, guru meminta semua pelajar mengisi borang maklum balas untuk menilai beberapa perkara, antaranya: a) sejauh manakah kaedah ini telah mendatangkan manfaat kepada mereka;
  13. 13. 245 Seminar Bahasa Melayu 2011 b) apakah kemahiran yang telah mereka pelajari/terapkan semasa membuat tugasan ini; c) apakah yang mereka suka tentang kaedah ini; d) apakah yang mereka kurang suka tentang kaedah ini; dan e) bagaimanakah kaedah ini dapat diperbaiki. Kaedah Kajian (Sekolah Menengah) Untuk peringkat sekolah menengah, memandangkan penekanan telah diberikan pada kemahiran bertutur, maka projek yang diberikan lebih memerlukan olahan yang kreatif dan kritikal, berserta kemampuan menyunting video rakaman setiap kumpulan. Guru hanya akan bersetuju dengan buku pilihan para pelajar, dan akan memberi bimbingan sekiranya diperlukan. Guru berbuat sedemikian untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk menggunakan kreativiti mereka sedaya mampu. Cabaran utama yang diberikan kepada mereka adalah untuk menghasilkan sesuatu yang unik dalam suasana yang tidak lazim dilakukan. Pelajar telah diberikan kebebasan untuk memilih cerita dongeng/klasik sebagai korpus projek mereka. Subjek Kajian Kumpulan pelajar yang terlibat ialah pelajar Menengah 2 Ekspres. Mereka mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda dam mempunyai penguasaan bahasa yang agak baik. Kelas telah dibahagikan kepada lima kumpulan, dan setiap kumpulan mempunyai empat atau lima orang anggota. Setiap kumpulan diminta melakukan beberapa perkara untuk menyiapkan projek ini. Mereka perlu: a) membaca sebuah cerita dongeng/klasik. Melalui arahan ini, para pelajar akan membaca dan memperkaya diri dengan kosa kata bahasa Melayu; b) mengubah penghujung cerita itu. Melalui arahan ini, para pelajar akan dirangsang untuk berfikir secara kreatif dan juga kritikal;
  14. 14. 246 Seminar Bahasa Melayu 2011 c) menghasilkan skrip berdasarkan cerita itu. Melalui arahan ini pula, para pelajar akan ditekankan dengan beberapa aspek bahasa; format penghasilan skrip, penggunaan bahasa yang sesuai, dan menggunakan perkataan-perkataan baharu yang baru digarap; d) melakonkan skrip drama dan merakamkan lakonan itu dalam bentuk rakaman video. Melalui arahan ini, para pelajar akan dirangsang untuk menghafal dan bermain peran. Aktiviti ini mampu meningkatkan keupayaan bertutur di samping memperkasa keyakinan diri pelajar sewaktu membuat persembahan; dan e) menyunting dan mempakejkan lakonan mereka dengan memasukkan teks, muzik latar atau kesan visual dengan menggunakan perisian Windows Movie Maker, Final Cut Express dan sebagainya. Melalui arahan ini, para pelajar akan bekerjasama menyunting video dan menambah pengetahuan IT dengan menggunakan perisian tertentu. Setiap kumpulan diberi masa 5 minggu untuk menyiapkan projek ini. Guru telah menggalakkan pelajar untuk meminta bantuan atau bimbingan guru jika diperlukan. Guru juga telah memberikan beberapa saranan dan cara terbaik untuk melaksanakan tugasan ini. Setiap kumpulan diingatkan bahawa guru hanya memberi saranan dan bimbingan sahaja. Kata putus harus dibuat oleh pelajar sendiri. Instrumen Kajian Guru telah menerangkan kepada pelajar perkara yang perlu ada dalam melaksanakan tugasan mereka. Perkara-perkara ini termasuk: a) memastikan perancangan masa dilakukan dengan sebaik mungkin – melakukan penggambaran ketika setiap anggota tidak terikat dengan urusan lain – CCA, kelas tambahan dan sebagainya; b) adanya penglibatan aktif setiap anggota dalam melaksanakan projek yang diberi; c) menghantar draf skrip sebelum memulakan penggambaran; d) membuat pembentangan secara berkumpulan sebagai bahagian akhir projek, sambil berkongsi pengalaman dalam melaksanakan projek ini; dan e) mengisi borang maklum balas serta penilaian peribadi mengenai projek secara syumul.
  15. 15. 247 Seminar Bahasa Melayu 2011 Prosedur Kajian Guru telah memberikan taklimat ringkas latihan yang bakal diberikan kepada pelajar. Pelajar telah diberi kelonggaran untuk memilih anggota kumpulan sendiri untuk memaksimumkan potensi projek itu. Setelah memilih tajuk cerita yang ingin dilakonkan, setiap kumpulan dibenarkan membuat perbincangan dan perancangan di dalam kelas. Setiap kumpulan diingatkan bahawa projek yang diberi mengambil masa lima minggu. Penilaian akhir akan dijadikan sebahagian daripada penilaian SA1. Setiap kumpulan diminta menyediakan senarai tugas bagi setiap anggota kumpulan. Senarai semak ini adalah untuk memastikan penglibatan yang proaktif oleh setiap anggota, di samping membantu guru membuat pemantauan. Guru meminta kesemua kumpulan memberikan laporan perkembangan projek pada setiap hujung bulan untuk memastikan projek yang diberikan bergerak pada tahap yang memberangsangkan. Pada akhir latihan ini, kesemua pelajar membentangkan dapatan mereka bersama kumpulan masing-masing. Guru meminta semua pelajar mengisi borang maklum balas untuk menilai beberapa perkara, antaranya: a) sejauh manakah kaedah ini telah mendatangkan manfaat kepada mereka? b) apakah kemahiran yang telah mereka pelajari/terapkan semasa membuat tugasan ini? c) apakah yang mereka suka tentang kaedah ini? d) apakah yang mereka kurang suka tentang kaedah ini? e) bagaimanakah kaedah ini dapat diperbaiki? Kaedah Kajian (Maktab Rendah) Untuk peringkat maktab rendah, oleh sebab profil pelajar berbeza dengan peringkat menengah dan rendah, maka tugasan yang diberikan lebih bebas dan menjurus ke arah kemahiran berfikir aras tinggi. Guru hanya memberikan tajuk
  16. 16. 248 Seminar Bahasa Melayu 2011 yang amat luas dan kumpulan pelajar menentukan sendiri skop tajuk yang ingin diterokai. Tujuan guru berbuat demikian adalah untuk memberikan kebebasan dalam menentukan tajuk yang pelajar minati. Cabaran utama yang diberikan kepada mereka adalah untuk menghasilkan sesuatu yang difikirkan lain daripada yang pernah dihasilkan. Pelajar telah diberikan dua tajuk besar dan mereka perlu memilih satu dan harus tiada pertindanan. Tajuk-tajuk yang diberikan ialah pertama ‘Budaya’ dan kedua ‘Mantan Pelajar Raffles.’ Subjek Kajian Kumpulan pelajar yang terlibat ialah pelajar Tahun 5 (JC 1), seramai 7 orang. Mereka mengambil Bahasa Melayu H2 dan mempunyai keterampilan bahasa Melayu yang baik. Kelas ini telah dipecahkan kepada dua kumpulan. Sebuah kumpulan telah memilih tajuk Mantan Pelajar Raffles, dengan skop tugasan – Mantan Pelajar Melayu Raffles yang Menyumbang Kepada Negara, manakala kumpulan yang memilih Budaya pula memilih skop – Penerusan Budaya – Usaha yang Wajar Diambil. Mereka telah diberi masa selama 5 minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Guru telah membenarkan mereka meminta bantuan atau pandangan jika diperlukan. Guru juga telah memberikan beberapa saranan dan cara terbaik untuk melaksanakan tugasan ini. Pelajar diingatkan bahawa guru hanya memberi saranan sahaja. Kata akhir harus dibuat oleh pelajar sendiri. Instrumen Kajian Guru menerangkan kepada pelajar perkara yang perlu ada dalam melaksanakan tugasan mereka. Perkara-perkara ini termasuk: a) membuat catatan perkara yang dilakukan semasa melaksanakan tugasan; b) adanya wawancara dengan tokoh-tokoh yang telah dikenal pasti (sekurang-kurangnya lima tokoh); c) mengambil gambar semasa membuat wawancara;
  17. 17. 249 Seminar Bahasa Melayu 2011 d) memasukkan soalan-soalan yang diajukan semasa mewawancara ke dalam fail projek; dan e) membuat pembentangan dan pameran statik sebagai bahan akhir yang akan dinilai. Prosedur Kajian Guru memberikan taklimat ringkas akan latihan yang bakal diberikan kepada pelajar. Pelajar telah diarah membentuk dua kumpulan dan melantik seorang menjadi ketua. Setelah memilih tema yang bakal dibuat, kumpulan ini telah berbincang untuk menentukan skop yang bakal dikaji. Setiap kumpulan telah diberikan senarai semak kumpulan, iaitu Log Pentadbiran Projek. Senarai semak ini adalah untuk memastikan pengagihan kerja dalam setiap kumpulan bersifat telus dan adil dan juga supaya mudah untuk guru membuat pemantauan. Setiap ahli kumpulan telah diberikan templat ‘Laporan Kerja Projek: Individu’ untuk mereka merekodkan segala kegiatan yang telah mereka lakukan semasa melaksanakan projek ini. Laporan ini juga akan menjadi bahan renungan terhadap projek yang dilakukan. Guru meminta kedua-dua kumpulan ini memberikan laporan perkembangan projek setiap minggu untuk memastikan mereka berada di landasan yang betul dan memenuhi kerangka jadual waktu yang telah dirancang. Pada akhir latihan ini, kedua-dua kumpulan membentangkan dapatan mereka di hadapan teman-teman lain dalam apa bentuk yang diinginkan oleh mereka. Guru meminta semua pelajar mengisi borang maklum balas untuk menilai beberapa perkara, antaranya: a) sejauh mana kaedah ini telah mendatangkan manfaat kepada mereka; b) apa kemahiran yang telah mereka pelajari/terapkan semasa membuat tugasan ini; c) apa yang mereka suka tentang kaedah ini; d) apa yang mereka kurang suka tentang kaedah ini; dan
  18. 18. 250 Seminar Bahasa Melayu 2011 e) bagaimana kaedah ini dapat diperbaiki. Dapatan Kajian Sejauh ini, melalui pemantauan guru, didapati keghairahan pelajar amat tinggi. Mereka sering datang kepada guru untuk meminta pandangan dan nasihat akan idea yang ingin dilaksanakan. Mereka amat kaya dengan sumber dan idea namun sering kali perlu diingatkan kendala-kendala yang mereka akan hadapi, seperti masa dan keupayaan kumpulan. Perkembangan yang dilihat sejauh ini amat positif. Kesimpulan Secara syumul, PBL boleh dijadikan sebagai sebuah penilaian formatif yang bersifat alternatif kepada kaedah penilaian konvensional. PBL juga mampu menarik minat para pelajar yang sememangnya cukup peka dengan perkembangan media massa terkini, dan minat itu akan kelihatan ketika mereka melibatkan diri secara aktif dalam projek tersebut. Kaedah ini juga menggalakkan komunikasi yang berkesan antara pelajar, sekali gus menyerlahkan nisbah pelibatan pelajar dalam pembelajaran. Hal ini sejajar dengan cogan kata TLLM (Teach Less, Learn More). Topik bagi projek yang sebegitu luas juga memberi ruang untuk para guru menyemai nilai-nilai NE atau SEL. Kewujudan pelbagai aspek dalam sebuah projek inilah yang mampu menarik minat pelajar untuk menjayakan projek itu dengan sedaya mampu. Rujukan Brindley, L. (2006). A world of contrasts: information literacy in the digital world. LILAC 2006, 29 Mar 2006. Byrnko, B. (2006). Of Millennials and mashups. Information Today 23 (4) 2006. John Brod; Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School, IPTAR; dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008 (Artikel 5 ms. 99-119)
  19. 19. 251 Seminar Bahasa Melayu 2011 Jones, S. (2002). dipetik daripada Oblinger, D. 2003. Boomers, Gen-Xers & Millennials: Understanding the new students. Educause, July/August 2003. [http://www. educause.edu/ir/library/pdf/ERM0342.pdf] Dirujuk pada 7 April 2011. Kraft, N. (2005). Criteria for Authentic Project-Based Learning, http://pbl- online.org. Dirujuk pada 31/03/2011. Song, L. Hannafin, M.J. & Hill, J.R. (2006); Reconciling Beliefs and Practices in Teaching and Learning. Educational Technology Research and Development. Vol. 55. No. 1. Februari 2007. Norwell, MA, Springer. Nurdadilla Farhanna Bt Jamaludin dan Supli Affendi Bin Rahim; Kajian Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Kemahiran Hidup Di Universiti Pendidikan Sultan Idris; kertas projek, Jabatan Pendidikan Teknik/Vokasional Fakulti Teknikal Dan Vokasional, UPSI Tanjung Malim, Perak, Malaysia. Seely-Brown, John. Growing Up digital. How the Web changes Work, Education and the Ways People Learn. John Seely Brown. 2000. 22 Feb. 2006. Tan, J., & Gopinathan, S. (2000); Education reform in Singapore: Towards greater creativity and innovation? (Japan) National Institute for Research Advancement (NIRA) Review, 7(3). UNESCO Report on International Commission on Education for the twenty-first Century, http://portal.unesco.org/education/en/ev.php.
  20. 20. 252 Seminar Bahasa Melayu 2011 Nota

×