2. Berdasarkan komen yang telah diberikan oleh
pensyarah pada sesi penyeliaan pertama ialah
cara guru memulakan sesi pengajaran boleh
diterima, namun perlu lebih kreatif. Ketika
seliaan pertama, saya telah memulakan sesi
permulaan atau induksi set dengan meminta
seorang murid untuk datang ke hadapan
secara sukarela dan berlakon berkaitan dengan
simpulan bahasa dan meminta murid lain
untuk meneka situasi tersebut.
3.
4. Apabila melihat kembali komen-komen yang
diberikan oleh pensyarah ketika menilai bagi seliaan
pertama dan kedua, saya masih melihat bahawa
kelemahan yang dipaparkan juga turut menyentuh
aspek induksi set. Justeru itu, saya harus lebih
menitikberatkan induksi set dengan mencari pelbagai
jenis dan aspek yang perlu dipelajari sebelum memilih
induksi set yang dapat menarik minat murid didalam
kelas.
5. Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set
induksi adalah proses terawal dalam sesuatu
pengajaran yang dirancang dengan sengaja
untuk tujuan-tujuan tertentu.
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi
merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran
6.
7. PENGENALAN
• Guru menfokuskan minda murid
• Perkara-perkara yang sedia ada dalam minda mereka,diubah kepada
hanya satu perkara
PELAKSANAAN
• Guru mengemukakan soalan-soalan kepada murid
• Jawapannya akan menjurus kepada tajuk yang ingin diajar
PENUTUP
• Hendaklah menyatakan kepada murid apakah objektif yang telah
disediakan
• Garis panduan di minda murid supaya mereka boleh mengetahui
apakah yang dikehendaki guru hasil daripada pengajaran
8. a) Memastikan induksi set yang digunakan menarik minat
murid.
b) Mengenal pasti teknik yang digunakan guru ketika
menyampaikan induksi set.
9.
10.
11. Proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung seperti yang telah
dirancangkan dalam rancangan pengajaran
harian. Pensyarah yang menyelia saya pada
ketika itu ialah Dr Seri Lanang Jaya Bin
Rohani telah melaksanakan seliaan bagi kali
kedua. Beliau telah duduk dibahagian
belakang murid iaitu ditengah dan
berhadapan dengan papan putih.
12. Berdasarkan pemerhatian saya,ketika permulaan kelas juga
saya telah bertanyakan pendapat keseluruhan murid
mengenai pengetahuan mereka berkaitan dengan topik yang
dibincangkan. Masing-masing sibuk memberikan jawapan.
Ketika itu juga, saya memberikan perhatian kepada setiap
murid dengan meminta satu persatu jawapan dari beberapa
orang murid. Kelihatan masing-masing berpuas hati dengan
situasi tersebut dan saya meminta mereka yang lain turut
menyenaraikan jenis permainan yang masih belum disebut
oleh rakan mereka sebelum ini. Kelihatan keadaan kelas
menjadi lebih ceria dan menarik dengan perkongsian
jawapan masing-masing.
13.
14.
15. Berdasarkan komen yang diperolehi pada seliaan
kedua, saya masih lagi beranggapan bahawa saya
masih perlu untuk memperbaiki dan menjadikan
induksi set lebih kreatif dan sekaligus dapat menarik
minat murid-murid sebelum bermulanya sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Saya berharap juga, penggunaan paparan video dan
penggunaan komputer dapat diaplikasikan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran didalam kelas bagi
menarik lagi minat murid.
16. Induksi set adalah sebahagian permulaan
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
yang bertujuan untuk membina aliran fikiran
pelajar serta menarik minat mereka untuk
lebih memberi tumpuan dan fokus kepada
pengajaran dan pembelajaran yang hendak
didampaikan. Guru boleh menggunakan
pelbagai kaedah dan teknik sesuai untuk
menyampaikan induksi set atau permulaan
pengajaran dan pembelajaran seperti teknik
penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita,
motivasi, dan sebagainya.
17.
18. Ee Ah Meng. (1987). Pedagogi untuk bakal guru.Petaling Jaya : Fajar Bakti
Mok Song Sang. (2001). Psikologi pendidikan untuk kursus diploma perguruan semester I.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
http://cikguonline.com/index.php? showtopic=258
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn.pnp/pro transisi/ptgp_unit4b.pdf
Miri, B., David, B.C., & Uri, Z. (2007). Research in science education [Electronic version].
Purposely teaching for the promotion of higher-order thinking skills: a case of critical
thinking. Diperoleh pada Februari 14, 2008 daripada Springer Science Business Media, Inc.
2007.
Nachiappan S., Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Siri pendidikan guru
psikologi pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari. (1997). Prinsip pengajaran mikro. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Portal Pendidikan Utusan
Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz (2004). Pedagogi asas pendidikan. Kuala
Lumpur: Kayazano Enterprise.
Siti Zamani Thamby (2008). Pengajaran kemahiran berfikir secara kritis di kalangan guru
terlatih : pembinaan rancangan pengajaran kemahiran berfikir secara kritis (kbk) dalam
pengajaran sains. Kajian penyelidikan yang diterbitkan. Diperolehi pada Februari 15, 2008
daripada http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/ sains.htm