SlideShare a Scribd company logo
1 of 51
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
Terjemahan oleh: al-faqir ila’llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
AKIDAH AHLISSUNNAH IMAM SYAFI’I
SEBAGAIMANA DI DALAM ‘AL-FIQHUL-AKBAR’NYA
AKIDAH AHLISSUNNAH IMAM SYAFI’I
SEBAGAIMANA DI DALAM
‘AL-FIQHUL-AKBAR’NYA
[Terjemahan oleh: al-faqir ila?llah Muhammad „Uthman El-Muhammady]
Pandangan Imam Syafi?i berkenaan dengan Akidah Ahlissunnah wal-Jamaah boleh diperhatikan
sebagaimana yang ada dalam al-Fiqhu’l-Akbarnya. Terjemahan Al-Fiqhu’l-Akbar Imam Syafi?i
diperturunkan di bawah ini.
Mula-mulanya penterjemah ingin menyatakan bahawa kitab al-Fiqhul Akbarnya itu berdasarkan kepada
teks yang diterbitkan oleh al-Matba?ah al-„Amirah al-Syarqiyyah, Kaherah, 1324H, yang diterbitkan
bersekali dengan teks „al-Fiqhul-Akbar? oleh Imam Abu Hanifah rd. Teks Imam Syafi?i adalah dari muka
surat 10-38. Teks ini isi kandungannya sama dengan isi kandungan „al-Fiqh al-Akbar? sebagaimana yang
ada dalam kitab al-Kaukab al-Azhar’ Sharh al-Fiqh al-Akbar karangan almarhum Dr. Shaikh Muhammad
bin Yasin bin „Abdullah bekas mufti Mausil, terbitan al-Maktabah al-Tijariyyah, Makkah al-Mukarramah,
Mustafa Ahmad al-Bazz, dari halaman 7 - yang selesai penulisannya pada tahun 1405/1985.1
Berkenaan dengan maklumat tentang manuskrip-manuskrip dan naskhah yang menjadi asas kepada teks
ini ialah seperti berikut:
Shaykh Yasin menyebut edisi terbitan Kaherah tahun 1900; naskhah tulisan tangan yang ditulis oleh
Muhammad bin ?Abdullah bin Ahmad al-Rawi; naskhah yang ditulis oleh Shihab bin Ahmad bin Muslih
al-Basri tahun 986; naskhah yang ditulis oleh Ahmad bin Shaykh Darwish al-Khatib di Jami? Shaykh Ma?
ruf al-Karkhi Baghdad, dan disebutkan oleh Shaykh Yasin bahawa kitab ini disebut dalam „Tarikh al-Adab
al-?Arabi? ditulis oleh al-„Allamah al-Shafi?i, dicetak, Carl Brockelmann, jilid 1 halaman 178-180 dinisbah
kepada Imam Syafi?e dan edisi Syeikh Yasin ini adalah selepas diusahakannya dengan melihat teks-teks
itu. (dalam „al-Kaukab al-Azhar?, hal.6). Dalam sebuah edisi baharu kitab „al-Risalah? oleh Imam Syafi?e,
pada bahagian pendahuluan oleh penyelenggara edisi itu, iaitu oleh Dr ?Abd al-Latif al-Hamim dan Dr
Mahir Yasin al-Fahl, halaman 41 disebutkan bahawa „al-Fiqh al-Akbar? adalah antara kitab-kitab Imam
utama ini. (edisi al-Risalah Imam Shafi?i, bahagian pendahuluan pentahkik, terbitan Dar al-Kutub al-
„Ilmiyyah, Beirut, 1426/2005).
Terjemahannya adalah seperti berikut, berdasarkan teks Kaherah tahun 1324 yang isinya sama dengan
teks Shaykh Yasin tersebut, dengan sedikit-sedikit perbezaan. Bilangan-bilangan di awal perenggan
diberikan oleh penterjemah untuk menyenangkan rujukan kepada isinya. Demikian juga kepala-kepala
tajuk, yang tidak ada pada naskhah asalnya, diberikan oleh penterjemah. Nombor-nombor halaman
diberikan mengikut teks Kaherah tersebut:
1 Sebutan tentang „al-Fiqh al-Akbar?, dalam Geschichte Der Arabischen Litteratur, by C. Brockelmann,
Supplemant Band, Leiden, Brill, 1937, vol.1 p.305 menyebut Fiqh Akbar. Sebutan tentang edisi Kaherah
1324.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
2
Muka 102
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan salawat dan salam dariNya untuk
penghulu kita Muhammad dan ahli keluarganya.3
Kata al-Sayyid al-Imam Abu ?Abdi?Llah Muhammad bin Idris al-Syafi?i radiya?Llahu „anhu.4
1. Ini tulisan (kitab) yang kami sebutkan di dalamnya zahir beberapa masalah berkenaan dengan usul-al-
din yang wajib dan tidak boleh tidak mesti diketahui oleh mukallaf supaya berpegang kepadanya, dan
kami namakannya al-Fiqhul-Akbar5. Dan kami bentangkannya tidak secara lanjut kerana hendak
menghampirkan pemahaman tentangnya kepada pelajar peringkat permulaan. Dan Allah yang memberi
taufiq.
2. Ketahuilah bahawa - moga-moga Allah membahagiakan anda- sesungguhnya tiap-tiap orang mukallaf
diwajibkan mengenal Allah taala (ma?rifah Allah taala), dan erti ma?rifah itu ialah mengetahui yang
dimaklumi itu mengikut apa yang sebenarnya (ma’rifatul-ma’lum ’ala ma huwa ’alaihi (?ِ ‫شفس‬‫ج‬?ٌّ?ٌٍ?ٌٍ ?ٌ‫ح‬ِ
?ٌ ?ٌ?ٌ1ٍ ? )) dengan secara tidak tersembunyi atasnya sesuatu daripada sifat-sifat perkara yang dimaklumi
itu; [itu erti ma?rifat]. Adapun erti berat sangka atau zan dan taqlid [mengikut tanpa mengetahui
dalilnya] itu ialah tidak menghasilkan ilmu dan ma?rifat, kerana erti zan atau berat sangka ialah
membolehkan dua perkara [sama ada ya atau tidak] (tajwiz al-amrain) dan yang satu daripada yang dua
itu lebih zahir [daripada yang satu lagi itu]6, dan makna taqlid pula ialah menerima pendapat orang yang
tidak diketahui [akan
2 Halaman berdasarkan kepada teks Kaherah tahun 1324.
3 Berdasarkan teks yang diterbitkan oleh al-Matba?ah al-„Amirah al-Syarqiyyah, Kaherah, 1324, yang
diterbitkan bersekali dengan teks „l-Fiqhul-Akbar oleh Imam Abu Hanifah rd. Teks Imam Syafi?i adalah
dari muka surat 10-38. Ini juga teksnya yang disebutkan oleh artikel dalam EI.hal.253 (yakni
Encyclopedia of Islam, terbitan E.J. Brill, 1987 (Leiden-N.York-Kobenhavn-Kolm), hal.253). Dalam
Brockelmann, GAL, SupplemantBand I, hal.305 disebutkan teks Kaherah juga. Isi kandungan teks ini
didapati sama dengan isi kandungan teks dalam al-Kaukab al-Azhar Sharah al-Fiqh al-Akbar, syarah oleh
Dr Syeikh Yasin bekas mufti Mausil, Irak, hal. 7-35. Yang kemudiannya ialah syarahnya oleh syeikh
tersebut dari halaman 36-152. Beliau habis menyelesaikan syarahnya pada 2 Sya?ban 1405 Hijrah/ 23
1985 April 1985.
4 Bilangan perenggan-perenggan diberikan oleh penterjemah supaya senang dirujuk untuk
perbandingan kemudiannya.
5 „Al-Fiqhul-Akbar? atau „Fiqh Besar? berkenaan dengan usul al-din atau dasar-dasar atau pokok-pokok
pembicaraan agama, berbeza daripada „al-Fiqhul-Asghar? atau „Fiqh Kecil? yang membicarakan hukum-
hukum cawangan atau ranting dalam agama, berkenaan dengan perkara yang wajib, haram, halal, harus,
makruh, sah, batal dan seterusnya. Kitab ini tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa
kepada penafsiran ?mujassimah? atau ?musyabbihah? yang diragukan penisbahannya kepada Imam
Syafi?i. Dr Shaikh Yasin mufti Mausil Iraq ada memberi syarahan tentangnya sebagaimana yang
dinyatakan dalam biografi ringkasnya dalam laman web: http://www.odabasham.net/show.php?
sid=9119; syarahnya berjudul ( ‫الكوكب‬‫الهزهر‬‫شرح‬‫الفقه‬‫الكبر‬‫لمشافعي‬ ) .
Sekarang kita bersyukur kepada Allah kerana naskhah syarah kitab itu ada dalam tangan kita kerana
ihsan daripada sahabat kita Tuan Syeikh Yusuf dari Makkah.
6 Ayat „satu daripadanya lebih zahir lagi daripada yang satu lagi itu? dalam teks Syeikh Yasin, hal.7.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
3
dalilnya] apa yang dikatakannya dan dari mana katanya itu [apa dalilnya itu];yang demikian itu tidak
menjadi ilmu, dalilnya ialah firman Allah taala (‫[)ال‬ertinya] „Ketahuilah bahawa tiada tuhan melainkan
Allah?7; maka itu perintah [menyuruh mencapai] ma?rifat, bukan perintah [menyuruh supaya berpada
dengan tahu mengikut] berat sangkat [semata] dan taqlid [sahaja]8.
Ilmu yang dharuri dan ilmu yang diusahakan:
3. (Fasal). Ketahuilah bahawa ilmu para makhluk itu ada dua bahagian, ilmu yang bersifat dharuri, yang
semestinya tidak boleh tidak, dan ilmu yang diusahakan (daruri wa muktasab). Maka erti ilmu dharuri itu
ialah tiap-tiap pengetahuan yang wujudnya [ilmu itu] tidak dengan kudrat orang alim itu, itu adalah ilmu
yang berlaku melalui pancaindera yang lima, berkenaan dengan perkara-perkara darurat tanpa pilihan
[seperti kita tahu tentang panas, sejuk, dan tentang kita ini ada dan lain-lain yang seperti itu] dengan
tidak ada ikhtiar usaha [kita]; dan erti ilmu yang diusahakan itu (al-muktasab) ialah tiap-tiap ilmu yang
wujudnya itu dengan kudrat usaha orang alim itu, dan itu seperti ilmu hasil daripada tilikan fikiran dan
pemandangan [akal] („an al-nazar wa al-ru?yah).9
Ilmu berkenaan dengan hukum yang lima yang wajib diketahui:
4. (Fasal). Ketahuilah bahawa taklif itu ialah perkara yang kalau dilanggar membawa akibat hukuman
[dari Tuhan], maka termasuk ke dalam kategori ini semua jenis amalan orang-orang mukallaf; dan itu
ada lima kategori; yang wajib, yang haram, yang sunat, yang makruh, dan yang harus. Makna yang wajib
dan fardhu itu satu sahaja, iaitu apa yang menyebabkan
Muka 11
orang yang tidak menuntutnya [atau tidak menjalankannya] terkena azab; dan erti perkara yang
diharamkan itu ialah perkara yang mendatangkan hukuman bila dibuat; erti yang sunat dan mustahab
dan nafilah dan tatawwu? (sukarela) itu ialah pada hakikatnya satu sahaja, iaitu diberikan pahala bila
dilakukan, dan tidak dihukum seksa bila ditinggalkan. Erti yang makruh itu ialah perkara yang diberi
pahala bila ditinggalkan dan tidak diseksa bila dibuat. Erti yang harus itu ialah sama sahaja dibuat atau
ditinggalkan oleh mukallaf [tidak ada pahala bila dibuat dan tidak ada dosa bila ditinggalkan].
7 Surah Muhammad:19.
8 Dalam perkara akidah iman mesti datang daripada ilmu dan ma?rifat bukan hanya mengikut orang lain
tanpa mengetahui dalilnya. Adapun dalam perkara fiqh maka orang awam mesti mengikut mujtahid
kalau ia sendiri bukan mujtahid yang boleh mengetahui hukum terus daripada Quran dan Sunnah
mengikut aturan-aturannya.
9 Ilmu demikian didapati dengan usaha mencarinya dan berfikir untuk mengetahuinya.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
4
5. Maka hendaklah orang yang mukallaf itu beri?tikad dalam tiap-tiap satu daripada hukum yang lima
kategori ini nisbah ia diwajib mana yang wajib, haram mana yang dilarang, mengikut apa yang dituntut
oleh Syariat [misalnya sembahyang lima waktu adalah wajib, demikian pula puasa, membayar zakat dan
seterusnya, berjudi haram, mencuri haram]; demikianlah sehingga ke akhirnya pembahagian yang lima
itu. Kalau ia beri?tikad yang menyalahi yang demikian, maka ia terkena seksa.
Wajib ma’rifat:
6. (Fasal). Ketahuilah bahawa ma?rifat terhadap Allah taala ia wajib atas hambaNya bila ada padanya
tiga syarat. Pertamanya ada akal, berilmu dan berkuasa yang dengan adanya itu semua maka sah hukum
ditujukan kepadanya, maka dihukumkan, dengan ia berakal itu, bila didapati berserta dengan tahunya
itu, kadar yang boleh membezakan dengannya antara yang harus dan yang mustahil; maka boleh
diambil daripadanya penyaksian sebagai saksi atas yang ghaib. Keduanya baligh, cukup umur, iaitu dikira
dengan umurnya, iaitu bila ia mencapai umur lima belas tahun (qamariyyah) atau melalui ia bermimpi
(keluar mani dalam masa tidur kerana mimpi bersetubuh) kalau lelaki, dan demikian juga anak
perempuan, atau dengan ia mengalami haidh. Ketiganya, ada pendengaran, iaitu dikembalikan hukum
wajib dari Allah terhadapnya bahawa ia wajib mempunyai ma?rifat terhadapNya; bila tidak ada syarat-
syarat ini, maka tidak wajib sesuatu apapun atasnya, berdasarkan firman Allah [yang bermaksud]: “Dan
Kami tidak mengenakan azab [ke atas para hamba Kami] sehinggalah Kami mengutuskan kepada mereka
rasul”.10 [Juga hukum demikian ] berdasarkan hadith masyhur dari Rasulullah salla?Llahu „alaihi wa
sallam )
0 ‫طٌ?ر‬ (? [ertinya]: “Kalam terangkat [yakni hamba tidak dikenakan azab atau hukuman Tuhan] daripada
tiga orang: dari kanak-kanak kecil, sehingga ia baligh, orang gila sehingga ia sedar daripada gilanya,
orang yang tidur sehingga ia jaga”.11
7. (Fasal). Ketahuilah bahawa perkara yang awal sekali yang wajib atas orang mukallaf itu ialah tilikan
akal berfikir (al-nazar) dan mengambil dalil yang membawa kepada mengenal Allah (al-istidlal ila ma?
rifati?Llah) taala, dan erti tilikan akal itu ialah fikir pada kalbu dan mengamat-amati (fikr al-qalb wa al-ta?
ammul)
Muka 12
tentang perkara yang ditilik itu untuk mengenalinya dalam ilmu (talaban li ma?rifatihi), dan dengan
amalan itu maka dicapai pengenalan terhadap apa yang tidak dikesani pancaindera (literal - yang ghaib
daripada pancaindera).
8. Dan perkara yang darurat atau yang mesti wajib dalam usul al-din berdasarkan kepada firman Allah
azza wa jalla [bermaksud]: “Dan tiliklah
10 Al-Isra? ayat 15.
11 Hadith Abu Daud, Tirmidhi, Ibn Majah, sahih.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
5
kepada buahnya bila pokok itu berbuah”12 dan firmannya ) ) ‫فحٌ?طرشٌ?ج‬0?ٌٌ  ?ٌ‫حأ‬‫جلصذصحس‬ [yang
bermaksud]: “Maka ambil pelajaranlah wahai orang yang mempunyai pandangan akal yang tajam (ulil-
absar)”13 dan firmanNya )? ‫لحي‬‫ج‬‫ظٌ?شٌ?ج‬‫ح‬ِ‫رج‬‫ج‬ ?ٌ‫ف‬‫غ‬ٌ ‫ٌ?جش‬ّ‫ٌ?جلضسض‬ ( [yang bermaksud]: “Katakanlah:
Perhatikanlah (tilikanlah dengan akal) apa yang ada di langit dan di bumi”14. Maka kami telah katakan
bahawa perkara wajib yang awal-awal sekali ialah menilik dengan akal (al-nazar) kerana kebanyakan
ibadat berkait dengan niat dan niat itu adalah kasad melakukan ibadat kepada Tuhan yang disembah
yang khusus, dan kasad pula dari segi ini tidak mungkin melainkan selepas daripada mengenali Tuhan
yang disembah itu, dan tidak sampai kepada mengenaliNya melainkan dengan tilik akal dan mengambil
dalil. Maka sebab itulah kami katakan bahawa perkara yang wajib yang awal-awal sekali ialah [perkara
tilik dengan akal dan mengambil dalil] yang demikian itu.
9. Dan ketahuilah bahawa alam adalah nama bagi semua perkara selain daripada Allah terdiri daripada
ArasyNya, KursiNya, langitNya, bumiNya, haiwannya, benda pejalnya, yang berkata-kata, yang diam,
yang dijadikan, yang ada selepas daripada tidak ada.
Ikut Agama Hanif Nabi Ibrahim – dengan pandai mengambil dalil yang betul dalam berfikir
10. Dan dalil tentangnya ialah bahawa telah sabitlah yang alam ini berubah-ubah daripada satu sifat
kepada satu sifat yang lain, daripada satu hal keadaan kepada satu hal keadaan yang lain pula, tidak
terpisah ianya daripada warna-warni yang berlain-lainan, dan keadaan yang berbeza-beza, peristiwa-
peristiwa yang silih berganti, dan apa yang tidak terlepas daripada peristiwa-peristiwa yang terjadi, dan
tidak mendahulu daripadanya [oleh sesuatu], melainkan ia benda yang baharu sepertinya pula, kerana
tidak terfikir pada akal adanya juzuk-juzuk yang banyak melainkan ia terhimpun atau bercerai-berai,
atau ada berdampingan, atau berjauhan, walhal keadaan berhimpun dan bercerai itu adalah peristiwa-
peristiwa baharu yang berlaku (hawadith); dan makna pendapat mencari dalil yang demikian ini ada
dalam firman Allah berkenaan dengan kisah nabi Ibrahim „alaihissalam, ( ‫ف‬‫ح‬ّ‫ج‬?ٌ1ٍ‫ج‬1ٌٍ ‫وٌ?ورح‬ ?ٌ‫ضسأ‬‫لحي‬
‫هزٌ?ج‬‫ضسذ‬ ? ) [yang bermaksud]: “Maka apabila menjadi gelaplah malam padanya, baginda melihat bintang,
katanya ini Tuhanku”15. Bila baginda melihat kepada bintang, matahari dan bulan itu berubah-ubah
dalam sifat-sifatnya, maka baginda mengeluarkan semua itu daripada sifat ketuhanan dengan
mengambil dalil jatuh turunnya, menghilangnya, dan berpindah-pindahnya dari satu keadaan kepada
keadaan yang lain; kemudian dipanggil perbuatan mengambil dalil tentang perkara itu sebagai hujah dan
dikaitkan yang demikian itu kepadaNya [Sendiri]. FirmanNya )? ‫ض‬‫ه‬ٍ
12 Al-An?am.99
13 Al-hasyr.2.
14 Yunus: 101.
15 Surah Al-An?aam: 76.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
6
‫حجط‬‫أض‬ ?ٌ‫ح‬1‫جذشج‬ ?ٌ‫ح‬1?ٌٍ ?ٌ ?ٌ‫ل‬ ? (ِ? [ertinya]: “Itulah hujah Kami yang Kami kurniakan kepada Ibrahim
dalam menghadapi kaumnya”.16
11. Kemudian Ia menerangkan bahawa antara orang yang Ia membawa kepada hidayatNya dan
hujahNya ialah orang yang terangkat darjatnya; firmanNya ( ‫شٌ?فغ‬
‫دضسجحش‬‫شٌ?حء‬ ) [ertinya]: “Kami angkatkan darjat-darjat orang yang Kami kehendaki”.17 Kemudian Ia
berfirman kepada RasuNya salla?Llahu „alaihi wa sallam
Muka 13
[dalam ayat] )? ‫جضرغ‬‫س‬ٍِ‫جذشج‬1‫ح‬ ?ٌ1‫ٌ?فح‬ ( yang bermaksud: “Dan ia mengikut agama Ibrahim yang berada
dalam agama tauhid yang asal benar dan murni itu”18 Dan itu mewajibkan kita mengambil dalil
sebagaimana beliau mengambil dalil [dalam berfikir]. Dan ketahuilah bahawa apa yang baharu ada itu
mesti tidak boleh tidak ada pencipta yang mengadakannya. Dan dalil tentang perkara itu ialah
perbuatan mesti ada pembuatnya sebagaimana tulisan itu mesti ada yang menulisnya dan bangunan itu
mesti ada pembinanya. Maka mustahil ada tulisan melainkan mesti daripada penulis; itu termaklum
dengan pengalaman yang nyata disaksikan secara dharuri, mesti tidak boleh tidak. Dan inilah hukum
berkenaan dengan apa yang sepertinya terdiri daripada pelbagai jenis kemahiran dan pertukangan.
Demikian pula perkara yang baharu diadakan dalam erti yang demikian itu dari segi tuntutan maknanya
ada yang baharu menjadikannya, pembuat dan pencipta[nya].
Allah memberi peringatan tentang perkara itu, firmannya ( ‫ج‬‫خ‬‫مٌ?ج‬ٍ‫غ‬1‫ش‬‫شٌ?ء‬‫أ‬‫ج‬‫خح‬ٌ ‫م‬ٌ  ?ْ). Yang
bermaksud: “Adakah mereka diciptakan bukan dari sesuatu ataupun mereka yang menciptakan [diri
mereka sendiri]?19; maknanya adakah mereka itu diciptakan dengan tidak ada pencipta, atau adakah
mereka menciptakan diri mereka sendiri? Maka jelaslah (dengan ini) bahawa penciptaan itu mesti tidak
boleh tidak ada pencipta[nya].
12. Dan ketahuilah bahawa yang mengadakan alam ini [daripada tidak ada kepada ada] ialah Allah jalla
jalaluhu dan maha meratalah niamat kurniaNya. Dan dalil tentang itu ialah ia menjadi tetap [benar
demikian] pada sisi mereka yang paling awal mempunyai akal tinggi, iaitu bahawa manusia itu dalam hal
sempurna kejadian ciptaannya serta sempurna akalnya dan kudratnya ia tidak berupaya untuk
menjadikan
16 Surah Al-Nisa?: 125. Banding dengan ayat dalam teks Dr Syeikh Yasin hal.9 ayatnya ( ‫ث‬‫أٌ?ح‬1‫ج‬ ?ٌ‫ح‬1ٌ ‫ه‬‫أ‬
‫جضرغ‬‫س‬ٍِ‫صذشج‬1‫ح‬ ?ٌ1‫ٌ?فح‬‫(ج‬ yang bermaksud: “Kemudian Kami wahyukan kepada engkau (wahai
Muhammad) „Ikutilah agama Ibrahim yang hanif?. (an-Nakhl: 123)
17 Al-An?aam: 83. Mustahak difahami di sini bahawa bukannya nabi Ibrahim alaihissalam itu menyangka
betul-betul bahawa itu semua „tuhan?; maksudnya bahawa nabi Ibrahim alaihissalam mengalami mi?raj
yang ditunjukkan kepadanya tingkatan-tingkatan „hampir? kepada Tuhan secara darjat cerah cahaya
bintang, kemudian darjat cerah cahaya bulan, kemudian darjat cerah cahaya matahari, sehingga kepada
darjat yang tinggi sekali itu, maka keluarlah kata-kata dari mulutnya seperti yang diajarkan kepada kita
kata-kata dalam doa iftitah waktu sembahyang mulai daripada „wajjahtu…? yang bermaksud
„Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan sekalian
alam…?.Nabi Ibrahim alaihissalam tidak pernah syirik.
18 Al-Nisa?: 125.
19 Surah al-Tur: 35.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
7
untuk dirinya sendiri pendengaran, penglihatan, atau mengembalikan anggota badan yang jatuh
daripadanya, baik dengan diri sendiri atau dengan bantuan orang lain yang sepertinya, dan pihak yang
sebaya dengannya, dan kerana ia tidak mampu menjadikan dirinya sendiri dalam masa keadaan dirinya
sebagai air yang hina, sebagai benih yang hanyir, lemah, lebih lebih lagi daifnya itu. Allah berfirman
[dalam ayat ( ‫أفشأ‬0‫ط‬‫ح‬ِ‫ض‬ ?ّ?
‫أأ‬‫ضخ‬ ?ٌ‫ط‬‫أ‬ ?ٌ‫م‬ٍ‫ج‬ ?ٌ‫ح‬‫خح‬ٌ ‫م‬ٌ  ?ْ) yang bermaksud]: “Adakah kamu lihat apa yang kamu pancarkan [sebagai air
mani itu] adakah kamu yang menjadikannya atau Kami yang menjadikan?” 20 Maka Allah memberi
peringatan tentang perkara itu, iaitu bahawa anak yang dilahirkan itu bapanya tidak menjadikannya,
kerana ia keluar sebagai mani, walhal ia belum ada, dan ia tidak suka, kemudian ia ada, maka teranglah
bahawa penciptaan bentuk rupa janin itu dalam rahim daripada mani itu ialah perkara yang berlaku
bukan dengan kehendak kita, tidak akan menjadi, maka penciptanya dan pembentuk rupanya ialah
Allah. Dan dalil tentang perkara itu ialah firman Allah ( ?? ‫ال‬
‫ج‬‫خح‬ٌ ‫ك‬ٌ ‫ج‬‫رحسب‬ٌ ‫ج‬‫ٌصٌ?س‬ّ ) [yang bermaksud]: “Dia adalah Allah, Maha Pencipta, Penjadi Yang Awal,
Pembentuk rupa”21
Demikian pula firman Allah ( ‫ر‬‫ى‬ٌ ‫ال‬‫ضسذى‬‫خح‬‫ك‬ٌ ‫و‬‫شٌ?ء‬?ٌٍ ?ٌ ?ٌ?ٌ ?ٌ ?ٌ‫فحٌ?رصذ‬‫و‬‫شٌ?ء‬‫ٌ?و‬1ً ) [yang bermaksud] “Itu
adalah Allah Pencipta segala sesuatu, maka hendaklah kamu beribadat kepadaNya, Ia pemelihara segala
sesuatu”.22
13. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa Pencipta alam adalah kadim, azali, maknanya tidak ada awal bagi
wujudNya, dalilnya ialah bahawa kalaulah Tuhan Maha Pencipta itu baharu ada, maka ia memerlukan
pula kepada pencipta yang baharu yang lain pula,
Muka 14
yang mengadakanNya dan mewujudkanNya, kemudian kalau penjadinya itu baharu ada, maka itu
membawa kepada perlu ada penjadi yang satu lagi pula, dan bergantunglah tiap-tiap yang menjadikan
itu kalau ia baharu ada dengan penjadi yang sebelum daripadanya, maka itu membawa kepada apa yang
tidak berkesudahan, dan wajib dengan itu mustahil adanya pencipta dan makhluk yang dicipta [yang
baharu ada itu]. Allah berfirman dalam ayat (?? ‫جلٌ?ي‬‫ٌ?جلخش‬ ) [yang bermaksud]: “Dialah Yang Awal
[tanpa Permulaan] Dialah Yang Akhir [tanpa kesudahan]”. 23 Maka Allah azza wa jalla memberitahu
tentang wujudNya yang tidak terhenti dan terus menerus berkekalan itu.
14. (Fasal). Ketahuilah bahawa Pencipta alam itu adalah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, sendiri
tunggal tanpa yang dua bagiNya. Erti wahdaniyyah pada sifat-sifat Allah itu ialah bahawa mustahil ada
padanya pembahagian diriNya kepada juzuk-juzuk dan bahagian-bahagian, secara waham dan takdir
[yakni kuantiti banyak atau sedikit]; Ia Tunggal Sendiri dengan Sifat-SifatNya, dan ZatNya, tanpa
20 Al-Waqi?ah: 58-59.
21 Al-Hashr: 24.
22 Al-An?aam: 102.
23 Al-Hadid: 3.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
8
menyerupai makhlukNya, Ia Tunggal SendiriNya terhubung dengan sekalian yang baharu, dari segi Ia
sahaja yang mengadakannya, dan mula menciptanya, dan dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa
telah sabit dan tetap hakikat bahawa perbuatan dan penciptaan memaksudkan ada pembuat dan
tukang mahirnya, yang tidak boleh tidak, dan maha kaya adanya fa?il [yakni pembuat atau pencipta]
bagi Pencipta yang tunggal itu, maka Pembuat Yang Tunggal tidak boleh tidak daripadanya, dan apa
yang bertambah kepadanya itu menjadi bercanggahan di dalamnya dengan berbilang-bilang, dan saling
gugur menggugurkan, [yakni kalau berbilang-bilang maka satu pihak mahukan sesuatu yang satu lagi
pula mahukan yang lain maka berlakulah percanggahan dalam alam] kerana tidak ada yang
memberatkan bagi sebelah pihak yang berbilang-bilang, atas setengah yang lain [dengan itu ada sistem
tersusun dalam alam yang satu ini].
[Berkenaan dengan tidak mungkin adanya dua kuasa atas alam ini] Allah berfirman (?ٌ  ‫وح‬‫ف‬1‫ح‬ّ ?ٌ‫أ‬‫ٌ?س‬ٌ ‫جل‬
‫ال‬‫فذغذضح‬ٌ  ) [yang bermaksud]: “Kalaulah ada di langit dan bumi itu tuhan-tuhan [banyak tuhan-tuhan
langit dan tuhan-tuhan bumi] selain daripada Allah nescaya binasalah kedua-duanya”.24 Maka Allah
menerangkan bahawa kalaulah ada tuhan-tuhan lebih daripada Tuhan yang Esa, maka tidak adalah
langit dan bumi, kerana banyaknya tuhan-tuhan itu memestikan adanya berbezaan dan saling sekat-
menyekat [antara tuhan-tuhan itu] daripada maksud-maksud [tuhan-tuhan itu masing-masingnya].
Firman Allah ( ‫ا‬‫وا‬ً‫ال‬‫ه‬‫كن‬‫ال‬‫ه‬‫واحذ‬ ) [ yang bermaksud]: “Hanyasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha
Esa”.25 26
15. (Fasal). Ketahuilah bahawa Pencipta alam tidak menyerupai sesuatu dari kalangan para makhlukNya,
dan dalil tentang perkara ini ialah bahawa persamaan itu memestikan adanya perkongsian dalam semua
sifat-sifat dan hukum-hukum [antara sesuatu dengan apa yang sama dengannya itu], kerana hakikat
persamaan itu ialah kedua-duanya itu lain pada zatnya, dan harus pula kedua-duanya ada semua
perkara-perkara yang harus ada pada rakannya itu, maka ia boleh mengambil tempat rakannya, dan
memenuhkan „tempat?nya, maka kalaulah Tuhan Yang menjadikan alam menyerupai makhlukNya maka
harus ada padanya sifat-sifat makhlukNya, dan yang demikian itu mustahil, kerana memestikan harus
keadaannya baharu ada, [walhal itu mustahil],
Muka 15
dan kerana itu bercanggahan [satu dengan lainnya]; maka sabitlah bahawa Tuhan yang menjadikan alam
(al-Bari) itu tidak menyerupai makhlukNya, dan makhlukNya tidak menyerupaiNya [pula]; Allah
berfirman (1ٌ  ‫ظ‬‫و‬‫ث‬ّ‫شٌ?ء‬ ) [yang bermaksud]:
24 Anbiya: 22.
25 Al-Kahf: 110.
26 Kalau dalam kehidupan dan pengetahuan sekarang kita katakan bahawa adanya sistem yang tersusun
rapi daripada atom, zarrah dan sub-zarrah hingga kepada planet-planet, daripada sel-sel dan molekul-
molekul hingga kepada bimasakti-bimasakti, semuanya tersusun –itu semua menunjukan satu aturan
yang menunjukkan pula ada satu Pengaturnya, Tuhan Yang Maha Esa Jalla jalaluh. Dan pengalaman
golongan arifin dalam sejarah menunjukkan wujud hakiki yang satu, Allah.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
9
“Tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya”27 Ertinya tidak ada sesuatu yang serupa denganNya.
16. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa had dan penyudahan tidak ada pada Allah taala; dan erti had itu
ialah hujung penyudah sesuatu benda dan bahagian akhirnya, dan dalil berkenaan dengan perkara ini
ialah bahawa Ia yang tidak ada terbatas permulaanNya maka tidak ada keterbatasan ZatNya, maknanya
ialah sesiapa yang tidak ada bagi wujudnya permulaan maka tidak ada bagi zatnya kesudahan; kerana
apa yang terbatas itu ada kesudahan [baginya], maka sah diwahamkan padanya ada tambahan dan
kekurangan; dan boleh didapati [pula apa] yang sepertinya, maka [kalau demikian] ada baginya
kekhususan jenis dari penyudahan dan pembatasan yang sah ada pula yang lebih besar daripadanya
atau lebih kecil, [lagi pula kalau demikian itu] memestikan ada baginya apa yang menjadikannya
(mukhassis) yang menjadikannya (atau yang mengkhususkannya) atas had dan kesudahan dan
kejadiannya atas kadar [tertentu] dan itu membawa kepada baharunya Allah taala - maha sucilah Ia
dengan kesucian yang setinggi-tingginya daripada yang demikian itu.
Tuhan mustahil ‘aradh atau sifat jisim28
17. (Fasal) Ketahuilah bahawa Allah taala itu bukan jauhar29, bukan jisim, juga bukan sifat bagi jisim
(atau bukan ?aradh)30; dan dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa jauhar itu adalah asal kejadian
segala sesuatu [dari segi alam benda mengikut teori fizik zamannya31], dan ia yang tersusun
daripadanya itu jisim dan daripada itu
27 Al-Syura: 11
28 Bila Ia tidak jisim maka tidak ada padanya sifat-sifat jisim seperti bertempat, memerlukan masa,
berpihak (atas bawah belakang hadapan kiri kanan), demikian seterusnya; dengan itu tidak timbul
konsepsi „duduk? atas „Arasy, „turun? ke langit dunia, dan lain-lain konsep yang berlawanan dengan itu
dari kalangan golongan mujassimah dan musyabbihah, ertinya golongan yang memahami Allah seperti Ia
berjisim, atau Ia menyerupai makhluk dalam apa segi sekalipun.
29 Penggunaan „jauhar? dan „aradh? oleh Imam ini berlaku - Allah meredhainya - kerana pada zaman
itu sudah timbul penggunaan istilah-istilah itu; maka sebagai imam dalam ilmu dalam berbicara tentang
hakikat ketuhanan, ia tidak boleh mengelak, bahkan nampaknya terpaksa menggunaakannya untuk
menolak sangkaan yang mungkin timbul bahawa Allah menyerupai makhluk dari segi Ianya jauhar atau
aradh (bahasa Inggerisnya „substance? and „accidents?), dengan implikasi-implikasinya; kalau sekarang
mungkin kita katakan bahawa Allah bukan „zarah?, bukan „sub-zarah?, bukan „quarks? bukan
„gelombang? (waves), bukan „meson?, bukan „baryon? (kalau diperlukan dalam perbincangan) sebab
adanya teori yang menyebutkan bahawa segala yang ada ini walaupun kelihatan sebagai „pejal?, boleh
diukur, disukat, dan seterusnya, sebenarnya pada paras sub-zarah (sub atomic level) ia „gelombang?
atau „zarah?, tidak menentu, kadang-kadang sebagai zarah kadang-kadang sebagai gelombang. Lihat
„The Tao of Physics? oleh Fritjof Capra, Flamingo books, Fontana Paperbacks, 10th impression, London,
1985, hal.150. Maka di sisi ahli pengetahuan timbul keperluan kepada pembicaraan sedemikian itu.
30 Lihat bagaimana Imam Syafi?i menggunakan istilah jisim dan „aradh yang pada zamannya ada dalam
perbincangan ilmiah. Banding pula dengan kita sekarang.
31 Sekarang dalam teori quantum asal semuanya gelombang atau zarah itu. Dalam laman web
terhubung dengan universiti Princeton disebutkan: „quark? (dalam ilmu fizik) secara hipotesis partikel
yang sebenar dalam „mesons? dan „baryons?; di sana dianggapkan ada enam „rasa? (flavours) quarks
(dan anti-quarks pula), yang datang dalam berpasangan; tiap-tiap satunya ada caj elektrik +2/3 atau
-1/3; wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn diakses 11-3-11 11.08 pagi. Dan „baryons? and „mesons?
pula asalnya nama yang merujuk kepada „mass? („berat?) dua jenis partikel. „Baryons?
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
10
timbul kata-kata „pakaian jauhari? bila pakaian itu asli. Dan Tuhan Yang Mula menjadikan alam mustahil
daripada menjadi tersusun daripadanya sesuatu, sehingga jadilah jauhar sekarang jauhar-jauhar [pula],
Ia sunyi daripada [bersifat seperti] sekalian makhluk, gerak, diam, warna-warna, rasa, bau, dan yang lain
daripada itu. Dan Ia Qadim, sediakala, maha sucilah Ia daripada perkara-perkara baharu, maka nyatalah
bahawa Ia bukan jauhar [dan yang lain-lain yang disebut sebagai benda yang dijadikan daripada alam
ini].
Tuhan mustahil jisim
18. Dan mustahil juga bahawa Ia itu jisim32 kerana jisim itu adalah himpunan yang tersusun daripada
[bahagian-bahagian atau juzuk-juzuk], dan daripada yang demikian terdapat kata-kata ahli bahasa, “ini
jisim” dan ini lebih besar jisimnya daripada yang itu; maka mereka memberi gambaran tentangnya
dengan cara bersangatan sifatnya bila banyak susunannya dan himpunannya, dan berlakulah perkara
demikian itu dalam kata-kata mereka tentang “ „alim, „aliim, dan lebih „alim [daripadanya]”( ? ‫ح‬?ٌ ?ٌ1ٍ,ُ
‫أ‬ ?ٌ?ٍُ) bila bertambah taalukan ilmunya dengan maklumat-maklumat; dan termaklum bahawa yang alim
itu pada asalnya ialah alim tentang ilmu, demikian pula kata-kata pendapat
Muka 16
berkenaan dengan jisim.
Allah mustahil atasNya sifat-sifat jisim
19. (Fasal) Dan yang tahkik [dalam erti yang sebenar-benarnya berkenaan dengan perbahasan ini] ialah
bahawa gambaran sifat bila ia berhak amat bersangatan sifatnya itu dengan penambahan maknanya,
maka berhaklah ia sebagai asal gambaran sifat, kerana sebab itu, seperti sifat panjang (tawiil), atwalu
(lebih panjang), dan 'alim (mengetahui) dan a'lamu (lebih mengetahui) dan yang sepertinya.
Sesungguhnya Allah taala memberi peringatan kepada kita tentang makna ini dalam firmanNya ( ? ‫صجد‬
‫صذغطس‬‫ج‬ ?ٌ‫ف‬?ٌٌ ‫ٌ?ج‬‫غ‬ُ ‫ج‬ٌ  ) [yang bermaksud]: “Dan Allah mengurniakan kepadanya ilmu yang luas dan tubuh
badan yang perkasa”.33 Ertinya pada segi kebesaran tubuh badan dirinya walhal Allah taala yang
menjadikan alam ini tidak mempunyai juzuk-juzuk dan bahagian-bahagian [seperti bahagian badan
makhluk] bahkan Ia Tuhan Yang
asal dari perkatan Yunani ertinya „berat? termasuk di dalamnya proton dan partikel-partikel yang lebih
berat lagi. „Mesons? dari kata Yunani ertinya „antara? „antara dua? adalah partikel-partikel dengan
„mass? (atau „berat?nya) adalah antara berat elektron dan proton. Sekarang nama „baryon? merujuk
kepada mana-mana partikel yang terbina daripada tiga „quarks?, seperti proton dan neutron. „Mesons?
pula adalah partikel-partikel yang terbina daripada satu quark tergabung dengan satu anti-quark...(dari
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/54531/baryon diakses 11-3-11 11.12 pagi)
32 Ini menunjukkan Imam ini –Allah meredhainya- sangat tajam pengamatannya tentang bahasa dan
perkembangan pengetahuan zamannya. Alangkah baiknya contoh tauladan yang kelihatan pada tokoh
utama ini.
33 Al-Baqarah: 247.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
11
Maha Esa sebagaimana Ia berfirman [dalam ayat ( ‫ل‬‫ال‬ ?ٌ?ٌ‫أحذ‬ ) yang bermaksud]: “Katakanlah Ia Allah
Yang Maha Esa”.34 Walhal apa yang terhimpun [daripada beberapa bahagian] dan yang tersusun tidak
menjadi satu, dan mustahil Ia itu 'aradh [atau sifat seperti sifat pada zat benda] kerana 'aradh itu
mustahil padanya sifat baqa? atau kekal atau sedikit kekalnya itu. Kerana makna demikian ini maka Allah
berfirman [dalam ayat ( ‫ضش‬0‫ٌ?شض‬ ?ٌ‫صذ‬‫ج‬‫صذ‬ٌ 1‫ٌ?ح‬ ) yang bermaksud]: “Mereka berkehendak kesenangan
dunia ini yang sementara ('arad al-dunya?)”.35 Kerana sedikit sahaja sifat baqa?nya itu walhal Tuhan
Yang menjadikan alam ini wajib sifat baqa? bagiNya kekal berterusan wujudNya, mustahil tiada. Allah
berfirman [dalam ayat ( ‫و‬?ٌ1ٍ‫ٌ?ح‬‫فح‬?ٌ0‫رم‬ ?
? ‫ج‬‫ضسذه‬‫رٌ?ج‬‫جلي‬ٌ ‫ج‬َ  ‫ٌ?جلوش‬ ) yang maksudnya] “Tiap-tiap sesuatu di atasnya binasa, walhal Wajah Tuhan
kamu kekal, Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan”.36
20. (Fasal) Ketahuilah bahawa gambaran bentuk rupa dan sifat tersusun mustahil atas Allah taala dengan
makna yang kami sebutkan pada jisim, dan itu kerana yang mempunyai bentuk rupa itu tidak terkhusus
dengan satu bentuk rupa tidak bentuk rupa lain melainkan dengan penentu bentuk rupa yang khusus
yang si pembuatnya dan si penciptanya, dan sesiapa yang ada bentuk rupa juga ia makhluk, dan tidak
ada kemusykilan lagi padanya, dan kerana rupa bentuk itu tidak menyerupai pembentuk rupa bentuk itu
walhal Allah adalah Pembentuk rupa bentuk dan „bentuk rupa?Nya tidak menyamaiNya oleh
sesuatupun; firman Allah [dalam ayat ( ) ‫ج‬‫خح‬ٌ ‫ك‬ٌ ‫ج‬‫رحسب‬ٌ ‫ج‬‫ٌصٌ?س‬ّ
yang bermaksud] Maha Pencipta Yang Awal Mula Menjadikan, Pembentuk rupa [sekalian
makhlukNya]”.37
Mustahil atas Allah warna, kecapan rasa, bau, panas sejuk, dan yang sepertinya
21. (Fasal). Ketahuilah bahawa Allah taala mustahil atasnya warna, penciptaan/ kejadian [seperti
makhluk], kecapan rasa, dan bau, panas, sejuk, dan yang sepertinya, kerana ini semua sifat-sifat makhluk
yang baharu, dan tanda-tanda penciptaan dan yang disifatkan itu dengan suatu daripadanya itu berserta
dengan harus sifat lain daripadanya maka ia tidak terkhusus dengan yang demikian melainkan dengan
adanya yang mengkhususkannya, itulah yang menjadikannya dan menciptanya, walhal itu sifat makhluk
yang baharu; demikianlah hukum mustahil [atas Allah] itu rasa lazat, sakit, dan sifat-sifat yang lain lagi
yang terkhusus ianya
Muka 17
bagi makhluk; firman Allah azza wa jalla ( ‫ع‬ ?ٌ‫ض‬1ّ‫ح؟‬ ) [dalam ayat yang bermaksud]:38 “Adakah kamu
mengetahui seorang yang sama dengan dia?”.
34 Surah al-Ikhlas: 1.
35 Al-Anfaal: 67.
36 Al-Rahman: 27.
37 Al-Hashr: 24.
38 Maaryam: 65.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
12
Allah mustahil bertempat
22. (Fasal) Dan ketahuilah bahawa Tuhan yang mula menjadikan alam ini tidak ada tempat bagiNya. Dalil
tentang perkara itu ialah bahawa Allah taala telah ada walhal tempat tidak ada [pada zaman kadim itu],
maka Ia menjadikan tempat atau ruang walhal Ia dalam sifatNya yang azali sebagaimana telah adaNya
sebelum Ia menjadikan tempat atau ruang itu; maka mustahil Ia berubah pada zatNya dan bertukar
pada sifatNya; dan [itu juga demikian] kerana Ia tidak bertempat walhal ada bagiNya „di bawah? jadilah
penyudah bagi zat yang terhad, walhal keadaan terhad atau terbatas itu sifat makhluk; maka maha suci
atau maha tinggilah Allah daripada yang demikian itu.
Allah mustahil bagiNya ada pasangan dan anak
23. Dan kerana makna inilah pula mustahil bagiNya ada isteri dan anak kerana itu tidak boleh berlaku
melainkan dengan perhubungan [seperti antara lelaki dan perempuan] dan bersambung dan bercerai,
demikianlah pasangan, dan anak pada sifatnya maka itu mustahil bagi Allah. Maka kalaulah dikatakan
Allah berfirman ( ‫ج‬‫ش ح‬ٌ?ٍ  ?‫ج‬‫جعط‬ ?‫??ش‬ٌ ?? ) [dalam ayat yang bermaksud]: “Tuhan Yang Rahman beristawa
atas Arasy”39 maka hendaklah dijawab: “Sesungguhnya ayat ini termasuk daripada ayat mutasyabihat
yang mencengangkan dalam jawapan seperti apa yang sama dengannya bagi orang yang tidak mahu
memperdalam ilmu berkenaan dengannya iaitu ia mengambilnya sebagaimana datangnya dan tidak
dibahaskan lagi tentangnya serta tidak bercakap-cakap tentangnya kerana tidak aman daripada terjatuh
ke dalam syubhat dan keadaan seperti gaung [yang berbahaya] kalaulah [orang yang berkenaan]
bukannya orang yang dalam dan tetap teguh dalam ilmunya; maka ia wajib beri?tikad bahawa Tuhan
yang menjadikan alam itu bersifat dengan sifat yang kami sebutkan itu bahawa Ia tidak dikandung oleh
tempat dan tidak berlalu atasnya zaman [ia tidak ada umur], ia suci daripada had batasan, suci daripada
kesudahan, maha kaya daripada memerlukan tempat, dan pihak [seperti kiri kanan belakang hadapan],
[sebagaimana yang ada dalam ayat (1ٌ ‫ظ‬‫و‬‫ث‬ّ‫شة‬ )yang bermaksud] (tidak ada sesuatu yang
menyerupaiNya)40 dan [dengan itu] ia selamat daripada kebinasaan; kerana inilah maka Imam Malik
marah kepada orang yang bertanya tentang ayat ini, lalu jawabnya: istiwa? atau bersemayam itu
disebutkan [dalam ayat], kaifiat atau bagaimananya itu tidak diketahui, iman tentangnya wajib, bertanya
tentangnya bid?ah. Kemudian katanya: Kalau ia kembali bertanya maka aku akan menyuruh ia dipukul
tengkuknya. Allah menjaga kami dan anda semua daripada tashbih [yakni menyamakan antara Tuhan
dan makhlukNya].
Allah wajib bersifat dengan Sifat-Sifat Hayat, mengetahui, berkuasa, berhendak, mendengar, melihat,
berkata-kata, kekal
39 Taha: 5.
40 Al-Syuraa: 11
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
13
24. (Fasal). Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan alam itu bersifat dengan sifat Hidup, Mengetahui,
Berkuasa, Berkehendak, Mendengar, Melihat, Berkata-kata, Kekal. Dalil tentangnya ialah bahawa
perbuatan-perbuatanNya itu teguh sempurna (muhakkamah), paling teliti penuh kemahiran (al-
mutqanah), tersusun atas susunan yang paling sempurna dan lengkap, yang menunjukkan bahawa Ia
keadaanNya Berkehendak, mustahil atasNya Kecelaan yang menghalang
Muka 18
[Nya] daripada sifat Mendengar, Melihat, Berkata-kata, mustahil atasNya sifat-sifat bisu, tuli, buta, dan
diam; [wajib atasnya ada sifat-sifat] yang menunjukkan IaNya hal keadaanNya mendengar, Melihat,
Berkata-kata, keadaanNya Sediakala, Kekal, Berterusan wujudNya. Firman Allah taala ( ? ‫ض?و‬?ٍ  ?‫ج‬‫ج‬ ?‫ح‬ٌ
‫ل‬ ?‫ز‬ٌ0‫??ش‬ّ ) [yang bermaksud]: “Dan bertawakallah kepada Tuhan Yang Maha Hidup, yang tidak mati-
mati”.41 Firman Allah taala ( ‫ج‬‫ال‬?ٍ  ?‫و‬‫?ش?ء‬‫لذ‬0‫?ش‬ )[ yang bermaksud]: “Sesungguhnya Allah Maha
Berkuasa atas segala sesuatu”.42 Dan firmanNya dalam ayat( ‫مذ‬ٌ‫خ‬‫م‬ٍ ‫جل‬ ?‫ح‬‫غ?ح‬‫أحغ‬ ?‫ف‬?‫ضم‬0ُ ) [yang
bermaksud]: “Sesungguhnya Kami jadikan manusia dalam sebaik-baik kejadian”.43 Dan firmanNya (?‫ف‬
‫حي‬‫ح‬ّ0‫?ش‬0‫ذ‬ ) [dalam ayat yang bermaksud]: “Ia melakukan apa yang dikehendakiNya”.44
25. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa Tuhan yang menjadikan alam itu Hidup dengan Sifat Hayat, Berilmu
dengan Sifat Ilmu, Berkuasa dengan Sifat Qudrat, Mendengar dengan Sifat mendengar, Melihat dengan
Sifat Melihat, Berkata-kata dengan Sifat Berkata-kata, Kekal dengan Sifat Baqa?, dan sifat-sifat ini adalah
sifat-sifat yang azali, wujud dengan zatNya, yakni bukan sebagai ?aradh atau sifat seperti sifat yang ada
pada benda yang baharu, dan bukan baharu ada, Ia telah dan terus menerus ada, bersifat dengan sifat-
sifat demikian ini, dan tidak ada sesuatu daripada sifat-sifat makhluk yang menyerupaiNya dalam sifat-
sifat demikian, sebagaimana zat-zat makhluk tidak menyerupai ZatNya, Dan dalil tentang yang demikian
itu ialah bahawa tiap-tiap sifat itu sahlah ada zat yang bersifat dengan sifat itu, maka mustahil ada sifat
itu tanpa ada zat [yang bersifat dengannya], demikian pula mustahil adanya apa yang disifatkan dengan
hukum sifat itu walhal sifatnya tidak ada [yakni bendanya ada tetapi sifatnya tidak ada, itu mustahil].
26. (Huraiannya). Bahawasanya mustahil ada Qudrat, Ilmu, dan lainnya, daripada sifat-sifat walhal tidak
ada Yang Berkuasa, Yang mengetahui, [Yang Mendengar, Yang Melihat dan seterusnya]; demikian pula
mustahil adanya yang mengetahui, yang berkuasa, walhal tidak ada qudrat dan ilmu, kerana taalukan
tiap-tiap satu daripadanya adalah seperti taalukan rakannya; firman Allah taala ( ‫أ‬‫ذ‬ ?‫ض‬ ?ّ? ): [yang
bermaksud]: “Ia menurunkan [Qur?an itu] dengan IlmuNya”45 Dan firmanNya lagi ( ? ‫ح‬ِ‫ض ح‬‫أ‬‫ث‬ ??
? ‫ل‬‫ضعغ‬‫جل‬‫ذ‬ ?ّ? ) [yang bermaksud]: “Dan wanita itu tidaklah mengandung dari [kalangan] wanita itu dan
tidak pula ia melahirkan [anaknya] melainkan dengan
41 Al-Furqan: 58.
42 Al-Ahzab: 27; al-Fath: 21.
43 Al-Tiin: 4.
44 Al-Buruuj: 16.
45 Al-Nisa?: 165.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
14
IlmuNya”.46 Dan firmanNya (? ‫ج‬ ? ?‫ذ‬‫غ ح?س‬ٌ ) [yang bermaksud]: “Dan padaNya ada Ilmu berkenaan
dengan Masa Kiamat” 47 Dan firmanNya ( ‫ر?ج‬‫م?ز‬ٌ‫ج‬‫ٌط‬ّ1 ? ) [ yang bermaksud]48: “Dia yang mempunyai
Kekuatan lagi Sangat Kokoh”. Dan firmanNya ( ? ‫ج‬‫غ‬ٌ‫حء‬ّ‫ذ‬1‫ذأ‬ ?‫ح‬ ?‫ح‬ ?0‫ذ‬ )[yang bermaksud]: “Dan langit
Kami binakannya dengan Kekuasaan”.49 Yakni dengan Kekuatan (secara literalnya „dengan tangan-
tangan? [yang banyak]); maka Allah mensabitkan bagi diriNya Ilmu, Qudrat, maka wajib kita
mensabitkannya bagi DiriNya itu [Sifat-Sifat demikian]. Maka apa yang Ia nafikan bagi DiriNya wajib kita
menafikannya pula. Firman Allah taala (0 ‫ذ‬ٍ ?0‫ذ‬ٌ ? ) [yang bermaksud] “Ia tidak melahirkan dan Ia tidak
dilahirkan”.50 Kerana menafikan apa yang diisbatkan untuk DiriNya adalah sama seperti mensabitkan
apa yang dinafikan olehNya bagi DiriNya pula. Dan itu mustahil; kalau tidak apa pula perbezaan dan
tidak didapati jalan berlainan kepada yang demikian itu.
Sifat-Sifat Allah Yang Qadim tidak membawa kepada kesyirikan dengan Qadimnya Sifat-Sifat itu, bahkan
tetap Ia tauhid dengan ZatNya dan Sifat-SifatNya
27. (Fasal) Kalau dikatakan: Bahawasanya Tuhan yang menjadikan alam itu ada lapan sifat semuanya
qadim [sebagai kunci mengenaliNya, walhal sifat-sifat kesempurnaannya tidak terkira], maka anda
mengisbatkan berserta Allah lapan perkara qadim, maka yang demikian itu mensabitkan persyarikatan
dalam perkara qidam [atau kesyirikan dalam perkara qadim]. Maka hendaklah dijawab: Itu tidak
membawa kepada maksud demikian, kerana perkongsian dalam segi qidam demikian itu tidaklah
membawa kepada maksud keserupaan dalam semua sifat-sifat sebagaimana yang kami terangkan
sebelum ini; dan [yang demikian itu juga] kerana persyarikatan dalam perkara qidam itu kalau ia
memestikan berlaku keserupaan maka mesti berlaku persyarikatan dalam perkara baharu maka mesti ia
membawa kepada maksud jauhar-jauhar dan jisim-jisim seperti „aradh-„aradh dan sifat-sifat; maka bila
tidak sah apa yang kami katakan, maka tidak sah pula apa yang mereka katakan dan apa yang kami
isbatkan tentang sifat-sifat Tuhan yang menjadikan ia semua itu sifat-sifat yang ada berserta dengan
ZatNya; maka ia [yakni Tuhan dengan ZatNya dan Sifat-SifatNya] bukannya menjadi misalnya seperti
sifat-sifat kita yang ada dalam zat-zat kita ini, yang tidak seperti kita sebagai misal-misal seperti zat-zat
kita. Hendaklah ini difahami. [Maka tidak timbul syirik sifat-sifat itu dengan Zat Allah, kerana sifat-
sifatNya tidak bercerai dengan ZatNya. Maka kemusykilan syirik itu tertolak].
Erti Sifat Hayat dan Sifat Ilmu dan Qudrat Allah
28. (Fasal) Dan ketahuilah bahawa erti Hayat itu ialah sifat yang satu yang azali yang dengannya maka
jauhlah Ia [atau sunyilah Ia] daripada [ciri-ciri] perkara-perkara yang mati, bukannya [hidupNya itu]
dengan roh, dan bukannya hidupNya itu
46 Fatiir: 11.
47 Luqman: 34.
48 Al-Dhariyat: 58.
49 Al-Dhariyat: 47.
50 Al-Ikhlas: 3.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
15
berhajatkan kepada yang lain daripadaNya seperti [memerlukan kepada] makanan, nafas, dan bukannya
menyerupai hidup makhluk; dan makna IlmuNya itu ialah bahawa ia sifat yang azali yang terpisah
daripada erti-erti yang bercanggahan dengan ilmu; yang dengannya [Sifat Ilmu itu] Ia mengetahui semua
maklumat-maklumat secara menyeluruh dan satu persatu tentang apa yang telah, sedang dan akan ada
serta apa yang tidak akan ada dan bagaimana akan adanya.
29. Dan erti Qudrat itu ialah bahawa ia sifat yang azali yang satu yang [kerananya maka] jauhlah [atau
sunyilah] Ia daripada sifat lemah yang berkaitan dengan sifat-sifat makhluk yang baharu dengan cara
yang sedemikian rupa sehingga tidak ada makhluk yang baharu ini melainkan dengannya [yakni dengan
sifat QudratNya itu adanya sekalian yang baharu; dengan itulah maka adanya alam ini].
Sifat Iradah/Iradat
30. Erti Iradah itu ialah bahawa ia sifat yang satu, azali, yang dengannya [yakni dengan Sifat Iradah itu]
maka jauhlah [atau sunyilah] Tuhan daripada kekurangan-kekurangan yang menghalangnya [daripada
kesempurnaan] dengan Sifat Iradah itu, seperti syahwat keinginan [yang mengganggu IradahNya],
kelupaan, dan lainnya daripada perkara yang mustahil berhimpun iradah dengannya, yang bersangkut
dengan semua perkara-perkara yang dikehendaki dan dikhaskan dengan waktu-waktunya. [Ertinya
IradahNya itu Iradah yang sempurna, tanpa apa-apa kekurangan, tanpa nafsu syahwat yang menggangu,
tanpa lupa dan lalai, pendeknya semua sifat-sifat kekurangan tidak ada menyentuh IradahNya yang
sempurna itu, apa yang Dia kehendaki jadi, apa yang Ia tidak kehendaki, tidak menjadi, dan terjadinya
sesuatu mengikut IradahNya, pada waktu yang dikehendakinya]
Sifat Mendengar dan Melihat
31. Dan erti Mendengar dan Melihat [sebagai sifat-sifat Allah itu] ialah bahawa ia dua sifat yang azali,
dengan keduanya itu sunyilah Allah daripada pekak dan buta dan kekurangan-kekurangan yang
menghalang daripada mendengar apa-apa yang boleh didengar dan [melihat] apa yang boleh dilihat;
maka Sifat Mendengar dan MelihatNya itu
Muka 20
adalah berkenaan dengan semua yang boleh didengar dan semua yang boleh dilihat [ertinya Ia boleh
mendengar semua perkara yang didengar dan melihat segala yang boleh dilihat tanpa apa-apa halangan,
tanpa apa-apa sifat kekurangan].
Sifat Berkata-kata dan Sifat Baqa
32. Dan erti Sifat Berkata-kataNya itu ialah sifat yang satu, azali, dengannya maka
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
16
sunyi Ia daripada bisu dan senyap tanpa kata-kata dan [juga sunyi Ia daripada] kekurangan-kekurangan
yang menghalang berkata-kata. [Syeikh Dr Muhammad Yasin rh memberi huraian berkenaan dengan
Sifat Berkata-kata itu dengan kata-katanya: „Ketahuilah - mudah-mudahan Allah memberi hidayat
kepada anda - bahawa Kalam Tuhan itu bukan berhuruf dan bersuara, kerana huruf dan suara itu
mengandungi harus ada dahulu dan kemudian [dalam berkata-kata dengan huruf dan suara itu], dan itu
mustahil pada Tuhan Yang Qadim - Maha Tinggilah Ia - dan apa yang ditunjukkan daripada Kitabullah
yang berkaitan dengan Sifat Kalam Tuhan tidak ada akhir baginya, dan KalamNya itu tanpa huruf dan
tanpa suara, kerana wajib jauhlah sifatNya daripada berhuruf dan bersuara?51]
33. Dan erti sifat Baqa pula ialah bahawa ia sifat yang satu, azali, yang dengannya maka sunyi Ia daripada
apa yang tidak baqa kerana sifat azali dan qadim itu tidak lagi ada fana dan ketiadaan wujud selepas
daripadanya; dan dalil tentang tauhid sifat-sifatNya itu ialah kalaulah ada dari tiap-tiap jenis [sifat Tuhan
itu] lebih daripada satu [katakanlah ada dua qudrat, dua atau tiga iradat dan seterusnya] maka itu
membawa kepada pengkhususan [penentuan mana-mana satu antara yang banyak itu] dan itu menjadi
dalil bagi makhluk yang baharu pula, dan tidak selamatlah orang yang berpendapat begitu daripada
saling bercanggahan [dalam pendiriannya yang berlawanan dengan mantik itu] kerana setengah
daripada yang berlawanan itu tidak lebih utama daripada yang lainnya. [Dengan itu maka mustahil
banyak sifat dalam mana-mana jenis sifat Tuhan dan sabit atau tetaplah tauhid bagi sifat-sifat Tuhan
itu].
34. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa Sifat Berkata-kata Tuhan yang menjadikan alam itu ialah bahawa itu
sifat yang qadim dan azali yang wujud berserta dengan ZatNya, dan itu bukan makhluk, bukan baharu
ada, dan sesiapa yang mengatakan ia makhluk ia kafir tidak boleh tidak lagi. KalamNya atau Berkata-
KataNya itu termaktub dalam mushaf-mushaf kita, dihafal dalam kalbu kita, dibaca oleh lidah kita,
dibaca dalam majlis-majlis kita, didengar dengan telinga kita, walhal ia bukan tulisan [itu], bukan
hafalan, bukan bacaan, bukan tilawat itu. Bukan pendengaran itu, kerana itu semua baharu ada,
daripada tidak ada, walhal Kalam Tuhan qadim. Sebagaimana Tuhan yang menjadikan alam itu [qadim,
walhal KalamNya] tertulis dalam kitab-kitab kita, termaklum dalam hati kita, disebut pada lidah kita
[seperti dalam zikir dan lainnya], walhal zat Tuhan Yang menjadikan alam itu sendiri bukan tulisannya,
dan
51 „Al-Kaukab al-Azhar?, hal.76. Kalau hendak diperhatikan lagi sifat ini, mungkin boleh disebut bahawa
memang bahawa Kalam Ilahi tidak berhuruf dan bersuara kerana ia mesti menyalahi kalam makhluk.
Maka bila ia diturunkan ke alam dunia ini untuk umat manusia, ia turun dalam „acuan? bahasa Arab
untuk difahami oleh manusia yang beriman. Dengan ia diturunkan ke alam dunia ia dimasukkan ke
dalam „acuan? bahasa Arab; bila dibaca dan ditulis serta dihafal maka terdengarlah bunyi lafaz-lafaznya
dan terlihatlah huruf-hurufnya, serta diingatlah bacaannya, kerana ia dalam „acuan? bahasa Arab.
Tetapi sifat asalnya sebagai kalam Tuhan tidak seperti kalam manusia tidak berubah; ia sama misalannya
seperti air dalam gelas, kelihatan berwarna biru kerana gelas berwarna biru, tetapi hakikat air yang asal
tanpa warna itu kekal seperti asalnya. Demikianlah Quran berbahasa Arab itu kelihatan „Arabnya? pada
tulisannya dan bunyinya kerana ia dalam „acuan? bahasa Arab itu (yang bagaimanapun menunjukkan
kepada kalam Ilahi yang asal tanpa huruf dan suara). Tetapi sifat asalnya kekal tidak berubah sebagai
kalam Ilahi; sama seperti air yang tidak berubah walaupun ada dalam gelas itu. Sebab itu ulama
menyatakan bahawa walaupun Quran itu ditulis atas Mushaf, dihafal di dada, dibaca oleh lidah manusia,
ia adalah Kalam Ilahi yang tidak berhuruf dan bersuara pada sisi Tuhan; itu kekal tidak berubah.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
17
zikir itu. [Ringkasnya Quran yang ditulis dalam bahasa Arab itu, dihafal dan dibaca itu menunjukkan
kepada Kalam Tuhan yang qadim dan azali; sebab itu tidak boleh dikatakan Quran itu makhluk, sebab ia
daripada Kalam Tuhan].
35. Dan dalil tentang kalamNya itu qadim ialah firmanNya ( ‫ج‬?ّ ‫ح‬‫أ‬‫?ش‬ِ‫جرج‬‫أسجد‬‫?ش‬1‫ث ح‬‫أ‬
0 ‫م?ي‬‫و‬‫ف‬1‫ى‬ ?ْ) [yang bermaksud]: “hanyasanya perintahNya itu ialah bila Ia mahu mengadakan sesuatu
Ia berkata [kepadanya] jadilah [kamu] maka jadilah [benda itu]”.52 Maka Tuhan mensabitkan bahawa
makhluk itu ditujukan kata kepadanya „kun? maka kalaulah itu makhluk, maka jadilah kata kepadanya
itu „kun?; dan itu jadi membawa kepada bersambung tiap-tiap kata dengan kata yang lain sampai
kepada tiada kesudahan dan itu membawa kepada terbatal kata itu. Maka bila yang demikian itu
terbatal wajiblah hal keadaan kata Allah itu azali bukan makhluk, bukan baharu ada53. Dan [yang
demikian itu juga begitu] kerana yang hidup yang tidak sah atasnya percakapan tidak sah pula ia sunyi
daripada kekurangan-kekurangan yang mencegah daripada percakapan seperti seorang daripada kita.
Dan Tuhan Yang menjadikan alam ini subhanahu wa taala Maha Hidup sah bahawa Ia berkata-kata dan
kecacacatan-kecacatan yang mencegah daripada percakapan mustahil atasnya; maka sabitlah bahawa Ia
terus menerus dalam Berkata-kata dan KalamNya itu
Muka 21
Qadim.
Tuhan MelihatNya Sendiri Dan Mu’minin melihatNya Dalam Syurga
36. (Fasal) Dan ketahuilah bahawa Allah subhanahu wa taala melihat DiriNya sendiri terus menerus
tanpa henti-hentinya tanpa bersambung dengan cahaya dan tanpa berhadapan dan harus bagi
makhlukNya melihatnya secara akal kerana Ia maujud dan tiap-tiap yang maujud lebih sah ia boleh
dilihat; bahkan wajib orang-orang yang beriman melihatNya pada Hari Kiamat melalui jalan khabar
[melalui riwayat dalam Qur?an dan hadith] dengan pandangan mata kepala mereka dan orang-orang
kafir tidak [melihatNya]. Maka sesungguhnya harus (yakni mungkin) Ia diketahui melalui akal dan yang
wajibnya ialah Ia tidak diketahui melainkan melalui khabar [dalam Qur?an dan Sunnah]54.
Dan sesiapa yang melihatNya dari kalangan mu?minin dari makhlukNya maka ia melihat itu berlainan
daripada perkara-perkara [lain] yang dilihat dan perkara-perkara
52 Yaasiin: 82.
53 Ertinya Kalam Tuhan dan perintahNya bukan makhluk; maksudnya ialah bila Ia kehendaki sesuatu itu
berlaku, maka ia berlaku tanpa ada perancangan seperti perancangan makhluk. Ia terus berlaku; dan
bukannya Tuhan bercakap „Kun? dalam Bahasa Arab kepada sesuatu itu, maksudnya apa yang ada
dalam ilmuNya bila Ia kehendaki terjadi, teruslah perkara itu terjadi, atau teruslah sesuatu itu berlaku
dengan tidak ada senggang masa sedikitpun antara kehendakNya dan terjadinya perlara itu.
54 Yakni wajib kita mengetahui Tuhan melalui dalil Qur?an dan Sunnah.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
18
[lain] yang diketahui55. Dan dalil [tentang yang demikian] ialah firmanNya ( ? ?‫ج‬0‫ثز‬ِ ?
‫ح?ظشز‬‫ج‬?ٌ‫سذ?ح‬‫ح?ظشز‬ ) [yang bermaksud]: “Pada hari itu muka [orang-orang mu?min] berseri-seri
kepada Tuhannya mereka melihat”.56 Dan memandang itu bersekali dengan sebutan tentang „Wajah?
selepas daripada huruf al-jar [‫ج‬ ?ٌ] yang dari segi bahasa tidak boleh dimaksudkan melainkan dengan erti
melihat secara pandangan dengan mata; dan firman Tuhan ( ‫سخ‬‫أس‬‫أ‬ ??‫ظ??ش‬‫ج‬1ٌ‫ه‬ ) yang memberi khabar
tentang nabi Musa [dalam ayat yang bermaksud]: “Tuhan, berikan hamba melihat kepada Engkau”57
maka kalaulah memandang kepadaNya itu mustahil tentulah nabi pilihanNya dan Rasul yang ditujukan
KalamNya itu tidak akan meminta kepadaNya kerana itu membawa kepada erti kejahilan Musa terhadap
Sifat-Sifat Tuhannya dan ini termasuk perkara yang tidak harus berlaku pada anbiya dengan sepakat
ulama58; [ini juga begitu hukumnya] kerana apa yang mustahil dalam hubungan dengan memandang
kepada sesuatu yang maujud mustahil pula dalam hubungan dengan taaluk ilmu tentang yang maujud
seperti tidak ada, yakni apa yang mustahil dipandang dalam ia maujud mustahil ia diketahui dalam ia
maujud; dan Tuhan Yang menjadikan diketahui maujud seperti maujud-maujud yang lain, dan kerana
Tuhan yang menjadikan itu sah ia boleh dilihat dengan ittifak [ulama] walhal kita bukannya dalam
berhadapan denganNya maka sah kita melihatNya walhal Ia bukan berhadapan dengan kita.
[Dalam syarahnya berkenaan dengan hal ini Syeikh Yasin rh menulis „Antaranya (yakni ayat-ayat
berkenaan dengan memandang kepada Allah) ialah firmanNya ( ‫ل‬
‫ضذسو‬‫جلذصحس‬?? ?0‫ذسن‬‫جلذصحس‬‫ج‬ ?? ?‫ٌط‬ٍ ٌ1‫ف‬‫ج‬‫خر‬ٌ1‫?ش‬ ( ) yang bermaksud „Dia tidak dapat dicapai
oleh pandangan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dia Maha Halus lagi Maha
Mengetahui dengan mendalam? (al-An?aam: 103); maka terang nyata bahawa semua pandangan mata
tidak dapat mencapaiNya; yang boleh difaham daripadanya ialah setengahnya dapat mencapainya. Allah
telah menerangkan bahawa ada pihak yang mencapaiNya dan ada pihak yang tidak dapat mencapainya.
Allah berfirman ( ? ?‫ج‬0‫ثز‬ِ ?‫ح?ظشز‬‫ج‬?ٌ‫سذ?ح‬‫ح?ظشز‬ ( ) [yang bermaksud: Pada hari itu muka-muka
[orang-orang mukminin] berseri-seri, melihat kepada Tuhannya?, sesungguhnya wajah-wajah yang
berkerut suram tersekat daripada memandang kepada Tuhan sebagaimana yang dibezakan antara dua
golongan manusia dalam firmanNya ( 0? ‫ضر‬1‫ٌط‬
? ‫?ضغ?د‬ ?‫ج‬‫?ج‬ ?? ) (ali ?Imran: 106) [yang bermaksud]: Pada hari itu setengah wajah kelihatan putih dan
setengahnya hitam?. Maka wajah-wajah yang hitam itu terhalang [daripada melihat]Nya, dan wajah-
wajah yang putih bergemilang bercahaya melihat kepadaNya. Kemudian Nabi salla?Llahu ?alaihi wa
sallam mengkhususkan kepada para sahabatnya perkara khas ini dan sabdanya [maksudnya]:
Sesungguhnya kamu
55 Yakni Tuhan yang dilihat itu lain daripada perkara-perkara lain yang dilihat; demikian pula Ia
diketahui walhal Ia berlainan daripada perkara-perkara lain yang diketahui. Ini kerana Ia menyalahi atau
berlainan daripada sekalian makhluk.
56 Al-Qiyamah: 22-23.
57 Al-A?raaf: 143.
58 Yakni tidak mungkin seorang nabi jahil; maka bila Musa alaihissalam sebagai nabi memohon perkara
itu maka itu menunjukkan ia mungkin berlaku. Hanya melihat Tuhan bagi orang mukminin berlaku
dalam akhirat di Syurga. Ringkasnya orang-orang yang beriman melihat Tuhan dengan mata kepala
mereka dalam Syurga di akhirat nanti. Allahumma amin.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
19
akan melihat Tuhan kamu pada hari Kiamat sebagaimana kamu melihat kepada bulan malam
purnama ...? riwayat al-Bukhari dan lainnya. ]59
Sifat Iradat Tuhan
37. Dan ketahuilah bahawa apa yang dikehendaki Allah hal keadaannya mestilah jadi dan apa yang tidak
dikehendaki Allah jadinya maka mustahil ia jadi; dan tidak harus akan berlaku melainkan apa yang
dikehendaki [olehNya]. Dan dalil tentang perkara itu ialah ramai sekali Muslimin [bahkan semua
Muslimin] yang berpegang kepada pendapat bahawa apa yang dikehendaki Allah jadi dan apa yang tidak
dikehendakiNya tidak menjadi; dan firmanNya ? ‫ح‬ِ0‫شحؤ‬‫جل‬‫أ‬0‫ش حء‬‫ال‬ ( ) [yang bermaksud]: “Dan mereka
tidak menghendaki melainkan bila dikehendaki Allah”.60 Dan firman Allah ( ‫ف‬?ٍ ‫ش حء‬‫?ذجو‬ٌ‫أج‬?ّ1 ? ) dalam
ayat [yang bermaksud]: “Maka kalau Ia kehendaki Ia memberi hidayat kepada kamu semuanya”[tambah
nota kaki Al-An?aam:149 ]. Mudah-mudahan [masukkan ayat teks Quran Ibrahim:27]”Allah memberi
ketetapan
Muka 22
kepada mereka yang beriman dengan kata-kata yang teguh tetap (yakni kalimah tauhid „la ilaha illa?
Llah?) dalam hidup dunia ini”61 Maka Ia menetapkan bahawa hidayat dan membiarkan sesat itu kedua-
duanya itu daripada Allah taala dan dalam kadar ini daripada ayat-ayat [demikian] maka cukuplah [untuk
kita memahami hal ini], kerana Qudrat Kuasa Tuhan yang menjadikan alam itu qadim yang meliputi
semua ketentuan-ketentuan, yang tidak boleh keluar daripada apa yang ditentukan itu dalam
QudratNya.
38. Maka kalaulah berlaku dalam kekuasaanNya dan itu memesti termasuk semua perkara yang
ditakdirkanNya, dan masuk kekurangan dalam QudratNya , itu mustahil pada sifatNya; maka jelaslah
mustahil adanya apa yang tidak dikehendaki hal keadaannya [oleh]Nya, dan kerana [sebagai contohnya]
kalaulah Ia kehendaki dari Fir?aun itu keimanan walhal ia mengetahui apa yang sebaliknya, nescaya
[jadilah pula] Ia menghendaki menjadikan jahil diriNya sendiri dan menjatuhkan diriNya daripada
martabat ketuhanan, itu mustahil bagi sifat Allah taala.
39. (Fasal). Kalaulah dikatakan [dalam pertanyaan orang]: “Adakah anda semua mengatakan bahawa
Allah azza wa jalla menghendaki kufur, pembunuhan, dan lain-lain kemaksiatan itu”, maka kami katakan
[kata Imam Syafi?i]: Kami tidak mengatakan perkara demikian itu secara mutlak begitu, kerana itu
mewahamkan kesilapan, tetapi Kami katakan: semua yang berlaku itu dalam kekuasaanNya dan dengan
iradah dan kehendakNya; maka masuklah semua itu dalam semua perkara-perkara makhluk yang
baharu ada [dan berlaku]; dan itu adalah sebagaimana yang kita katakan tentang Tuhan pencipta yang
menjadikan makhluk: Wahai Tuhan yang
59 Al-Kaukab al-Azhar hal.81.
60 Al-Insan: 30.
61 Ibrahim: 27.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
20
menciptakan makhluk! Kita tidak mengatakan: Harus kita kata: Wahai Tuhan yang menjadikan kera,
anjing, jengking kala, ular, walaupun semua itu makhluk Allah taala; demikian pula di sini. Adapun untuk
kita kita mengatakan: Sesungguhnya Allah ta?ala menghendaki apa yang berlaku daripada kekufuran,
kemaksiatan, walhal Ia mencegahnya, mengenakan hukuman azab kerananya, wajib kita mengelakkan
daripada mewahamkan kesilapan [berhubungan dengan Tuhan] sebagaimana wajib kita mengelak
daripada mewahamkan kesilapan daripada kesalahan itu sendiri.
40. (Fasal) Ketahuilah bahawa Allah menjadikan usaha para hambaNya dan Ia mengadakannya daripada
tidak ada kepada ada, dan Ia menjadikan itu usaha-usaha bagi mereka, dengan Ia menjadikan bagi
mereka kudrat bersekali dengannya, dan hamba pula adalah orang yang mengusahakan bukan pencipta
amal itu, dan Tuhan yang menjadikan Ia pencipta bukan yang mengusahakannya. Dan erti mencipta itu
ialah mengadakan daripada tidak ada kepada ada; dan erti usaha itu ialah apa yang berkait dengan
kudrat yang baharu ada [dalam berlaku perbuatan itu]. Dan dalil tentangnya ialah firman Tuhan ( ‫أ‬‫?ج‬ٍ  ?‫ج‬
‫ل‬‫ششوحء‬ٌ‫خ‬‫م?ج‬ٍ ‫وخ‬‫م‬ٍ  ? )[dalam ayat yang bermaksud]: “Adakah kamu menjadikan bagi Allah itu sekutu-
sekutu yang dapat mencipta seperti ciptaanNya?”62
Muka 23
Maka Ia menerangkan bahawa tiap-tiap makhluk itu Allah-lah yang menjadikannya, tidak ada pencipta
selain daripadaNya. Allah azza wa jalla berfirman ( ‫ح‬ِ ?‫أض?رذ‬‫ض‬‫?ال‬ ?‫ح?ٌط‬‫خ‬‫م ى‬ٍ ‫ح‬ِ ?‫ض‬ ? ?ّ) [yang
bermaksud]: „Adakah kamu menyembah apa yang kamu pahatkan walhal Allah adalah Yang menjadikan
kamu dan apa yang kamu lakukan?”63. Maka [dalam ayat ini] Allah memberitahu bahawa Ia pencipta
amalan kamu sebagaimana Ia adalah pencipta diri kamu sendiri; [yang demikian ini ialah] kerana
termasuk ke dalam syarat pencipta sesuatu ialah ia mengetahui tentang apa yang ia ciptakan itu; maka
kalau si hamba itu pencipta bagi usahanya itu dan fiel perbuatannya, maka ia mengetahui bilangan
gerak-gerinya dan diamnya dan lain-lain gambaran usahanya yang kembali kepada dirinya itu, dan bila
kembali kepada dirinya dan diketahui secara dharuri bahawa ia tidak mengetahui itu semua, maka
sabitlah bahawa Pencipta ialah Allah ta?ala; maka dalam maksud dan erti inilah terdapat firman Allah (? ‫أ‬
‫عش?ج‬‫ى‬ٌ ?‫ل‬‫جج??ش?ج‬ ?‫أ‬‫ذ‬ ? ) [yang bermaksud]: “Sembunyikanlah kata-kata kamu atau jadikanlah ia
terang nyata”.64 Maka nyatalah bahawa Pencipta tidak boleh tidak mesti mengetahui apa yang
diciptakannya, kerana kalaulah sah adanya penciptaan dari pencipta yang tidak mengetahui apa yang
diciptakannya, maka sahlah adanya perbuatan daripada orang yang tidak mengetahui pada pokoknya,
maka itu membawa kepada terbatalnya sifat keTuhanan, maka yang demikian itu mustahil. Maka bila
sabitlah yang demikian itu, bahawa usaha-usaha para hamba itu semuanya makhluk Allah; yang
demikian itu ditunjukkan oleh orang Salaf kepada anda bahawa
62 Al-Raa?d: 16.
63 Sad: 95.
64 al-Mulk: 13.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
21
tidak ada Pencipta melainkan Allah sebagaimana mereka sebutkan bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah.65
41. (Fasal). Ketahuilah bahawa hamba itu berupaya untuk menjalankan usahanya secara boleh
memilihnya tanpa ia digagahi melakukannya. Dan dalil berkenaan dengan yang demikian itu ialah
bahawa seseorang itu bila ia kembali kepada dirinya maka ia membezakan antara gerak-geri yang
berlaku secara tergagah (harakah al-irti?ash) dan gerak geri secara pilihan; maka sesiapa yang
menentang yang demikian ini ia menolak apa yang dharuri yang semestinya berlaku, maka tidak ada
faedah bercakap-cakap dengan orang yang seperti itu. Maka kalaulah kudrat yang baharu itu tidak
bersekali dengan gerak-geri yang dipilih, maka kerana apa ada perbezaan antara dua gerak itu; maka
teranglah bahawa satu daripada dua gerak itu usaha baginya dan yang satu lagi itu bukan usahanya; dan
sabitlah bahawa hamba itu mengusahakan [amalannya] tidak dipaksa [melakukannya], juga ia tidak
pencipta [amalannya]; maka terbatallah pendapat golongan Qadariyyah66 dan Jabariyyah dan sahlah
pendapat Ahlissunnah sebagai satu mazhab antara dua mazhab itu.
42. (Fasal). Ketahuilah bahawa kudrat si hamba itu dipanggil sebagai „istita?ah? atau kemampuan dan ia
berserta
Muka 24
dengan usaha bukan sebelum dan selepasnya [yakni bukan sebelum atau selepas usahanya itu]. Dan
dalilnya ialah firman Allah ( ‫ج‬‫ضغطط‬ ?‫ه‬1‫غ‬‫صرشج‬ ??ِ ) [yang bermaksud]: “Dan sesungguhnya engkau
tidak mampu bersabar berserta dengan saya”67, kerana keupayaan (istita?ah) bila anda mendapatnya
maka tidak sunyi daripada sama ada sah ada perbuatan berserta dengannya atau tidak sah (mustahil)
[ada perbuatan]; maka bila sahlah ada perbuatan berserta dengan adanya keupayaan itu, maka itu
pendapat kami, maka kalau tidak mungkin adanya fi?il berserta dengannya [yakni berserta dengan
keupayaan itu], maka tidak sunyilah istihalah atau kemustahilan itu sama ada dengan ain keupayaan itu
sendiri atau ain perbuatan itu, [yakni kalau mustahil tidak ada perbuatan itu maka itu kerana tidak ada
perbuatan atau tidak ada kemampuan itu sendiri,] atau waktu [yang berkenaan], maka terbatallah ada
istihalah atau ketidakmungkinan itu dengan ain keupayaan itu sendiri, kerana kalau demikian tidak harus
adanya perbuatan baginya seperti maut dan kelemahan, dan batallah pula ia itu dengan ain fi?il
perbuatan, kerana kalau ia dengan ain
65 Huraian dan cara memberi dalil yang teliti yang ditunjukkan oleh Imam Syafi?i tentang hakikat
bahawa Pencipta semuanya ialah Allah, sampai amalan manusia pun Allah yang menciptanya, manusia
adalah yang mengusahakannya. Dengan ini dijelaskan erti pencipta dan erti pengusaha atas amalan.
66 Golongan Jabariah yang menganggap manusia tergagah, tidak ada pilihan ikhtiar, dalam
perbuatannya; ia seperti bulu ayam ditiup angin, pergi ke mana sahaja ia ditiup; Qadariah ialah golongan
yang menganggap ia yang membuat usahanya, bertanggungjawab sepenuhnya tentang perkara itu;
Ahlisunnah berada antara dua aliran itu, bukan Qadariah dan bukan Jabariah. Ahlissunnah beranggapan
amalan manusia diciptakan oleh Tuhan, manusia melakukan usahanya; ia bertanggungjawab atas
usahanya. Usaha yang baik membawa balasan yang baik usaha yang jahat membawa kepada balasan
yang jahat.
67 Al-Kahf.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
22
perbuatan tidak harus hasil jenisnya langsung, sebagaimana dalam perkara yang awal itu, kerana tidak
harus adanya perbuatan, dan batallah [pula] istihalah itu dengan waktu kerana waktu itu dari jenis
waktu yang awal itu; maka kalaulah ia tidak mungkin dalam waktu yang awal, maka ia tidak mungkin
pula dalam waktu yang kedua, dan kerana kalaulah kudrat itu terdahulu ada atas waktu itu, maka sahlah
wujud fi?il perbuatan itu di dalamnya, kalau batallah bahagian-bahagian ini maka sahlah dan sabitlah
bahawa keupayaan (istita?ah) itu berserta dengan perbuatan bukan sebelum daripadanya bukan [juga]
kemudian daripadanya; dan [ini juga] kerana keupayaan (istita?ah) itu ?aradh, maka mustahil ia kekal
kepada yang kedua hal wujud [istitaah] itu, maka sabitlah bahawa ia berserta dengan perbuatan.68
43. (Fasal) Ketahuilah bahawa keupayaan yang satu itu tidak sesuai dengan dua perkara yang
berlawanan; keupayaan iman tidak sesuai dengan kufur, dan keupayaan kufur tidak sesuai dengan iman;
maka keupayaan iman dan taat itu taufik daripada Allah, ta?yid (pengekuatan) dan pertolongan (nasr)
serta keupayaan (istita?ah) kufur adalah kesesatan (khudhlan), penjauhan, dan istita?ah maksiat yang
lain daripada kufur itu adalah keharaman [daripada mendapat rahmat Ilahi-uem]. Dalil tentangnya ialah
firman Allah ( ‫فل‬0‫غطط‬1‫عر‬ ??1‫ل‬ ) [yang bermaksud]: “Maka mereka tidak berupaya untuk mendapat
jalan [kepadanya]”69 iaitu mereka tidak berupaya mendapat jalan kepada hidayat; maka itu
menunjukkan bahawa istita?ah hidayat berserta dengan hidayat, dan [juga] kerana telah sabitlah dan
tetaplah kenyataan bahawa istita?ah atau keupayaan itu berserta dengan amal perbuatan, maka
sabitlah ia tidak sesuai bagi dua perkara yang berlawanan, kerana mustahil berhimpun
Muka 25
dua perkara yang berlawanan bersama-sama.
44. Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Mula menjadikan [alam] Maha sucilah Ia, berkuasa untuk
mengadakan islah (kebaikan) dan yang aslah (atau yang lebih baik lagi) daripada apa yang dibuat, dan
berkuasa untuk menjadikan [sesuatu yang] halus dan lebih halus lagi itu, daripada apa yang dilakukan,
tanpa kesudahannya, dan berkuasa [pula] melakukan tindakan atas yang kuffar dengan layanan latif,
lemah-lembut, yang kalau Ia lakukan [yang latif] dalam hubungan dengan mereka, mereka beriman pada
waktu itu, dan kalau Ia lakukan yang demikian [dengan yang bersifat latif itu] dengan mereka yang
beriman pula, maka mereka akan menjauh diri daripada kemaksiatan. [Ringkasnya tidak wajib Allah
melakukan yang baik dan yang lebih baik, itu semua harus bagiNya, bukan wajib atau mesti atasNya].
45. Dan dalil tentang perkara itu ialah bahawa apa yang sah daripada fi?il perbuatan hal keadaannya dan
hal ia baharu adanya (huduth)nya, itu mewajibkan adanya Tuhan Yang Maha Mengadakan yang
berkuasa atasnya, kerana wajibnya ada hal keadaan apa-apa yang ditentukan takdirkanNya tanpa
kesudahan, dan wujudnya iman dari kuffar harus, dan terjaganya (ismahnya) orang-orang mukmin
daripada
68 Lihatlah bagaimana mantiknya percakapan dan hujah Imam Syafi?i ini - Allah meredhainya. Amin.
69 Al-Isra?: 48.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
23
dosa-dosa sahih wujudnya, maka wajib adanya Tuhan Maha mengadakan yang bersifat dengan sifat
qudrat atas yang demikian itu, dan tidak ada kesudahan [pula] bagi yang aslah dalam apa-apa yang
ditakdirkanNya70, walhal golongan Mu?tazilah mengingkari perkara yang demikian itu. [kerana mereka
berpegang kepada pendapat wajib Tuhan melakukan apa yang baik dan yang lebih baik lagi. Dalam
Ahlisunnah itu harus, bukan wajib, terletak pada sifat Rahmat dan Kasihan Belas Tuhan].
46. (Fasal) dan ketahuilah bahawa tidak wajib atas Tuhan Yang Maha mengadakan untuk melakukan
sesuatu langsung berhubung dengan makhluk[Nya], kalau Ia kehendaki Ia menjadikan, kalau Ia tidak
kehendaki Ia tidak menjadikan makhluk, [kalau] Ia mengurniakan niamat atas mereka, itu adalah dari
kemurahan pemberian daripadaNya, kalau Ia menguji mereka dengan pelbagai jenis bala, maka itu
adalah keadilan daripadaNya, kerana Ia Pemilik sekalian zat-zat [yang ada dalam alam ini sekalian nya];
Ia melakukan apa yang dikehendaki dalam kerajaan pemerintahanNya, tidak ada bangkangan atasNya
tentang apa yang diuruskanNya, tidak ada hukuman atas apa yang ditentukanNya, kalau ia kehendaki Ia
kurniakan niamat, kalau Ia kehendaki Ia mengenakan hukuman, Ia melakukan apa yang dikehendakiNya,
dan menghukumkan apa yang dikehendakiNya [pula].71
47. Dan dalil tentang perkara itu ialah bahawa hakikat wajib itu ialah perkara yang ditinggalkan
memestikan ada hukuman akibatnya dan itu mustahil dalam hubungan dengan Sifat-Sifat Tuhan; [dan
lagi yang demikian ialah] kerana perkara yang wajib itu memestikan pihak yang mewajibkan, ada suruh,
dan ada Pemerintah Yang Mewajibkan atas pihak yang dikenakan perintah itu, dan mustahil ada pihak
yang mengatasi Tuhan Yang Maha Mengadakan, maka itu mewajibkan atasnya apa yang berlawanan
dengan pendirian golongan Mu?tazilah [kerana pada Mu?tazilah wajib Allah melakukan apa yang baik
dan apa yang lebih baik].
48. (Fasal). Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Maha Mengadakan itu menjadikan makhluk bukannya untuk
menolak kemudaratan [daripada DiriNya] dan bukan juga untuk mendatang kemanfaatan kepadaNya,
bukannya dengan sesuatu sebab atau
70 Maksudnya ialah: Allah melakukan perbuatanNya, maka adalah perbuatan itu, dan Ia berkuasa atas
apa yang diadakannya itu, dengan itu ada pula ketetapan-ketetapan takdir dariNya atas sekalian
makhluk. Itu semua tidak ada kesudahannya; kemudian dalam susunan tadbir Tuhan itu harus orang
kafir beriman, harus orang mukmin terkawal daripada dosa, itu semua adalah dalam Kudrat Kuasa
Tuhan, tidak ada kesudahan tentang ketetapan-ketetapan takdirNya, dan tidak ada kesudahan tentang
apa-apa yang lebih baik itu, tetapi golongan Mu?tazilah menganggap Tuhan wajib melakukan yang islah
dan aslah, yang baik dan yang lebih baik lagi; pada Ahlisunnah itu harus, bukan wajib atas Tuhan,
terserah pada Sifat Kasihan belasNya atau KebijaksanaanNya.
71 Ertinya Allah harus mengadakan makhluk atau melakukan sesuatu berhubungan dengan makhluk,
bukan wajib atasNya. Kalau Ia kurniakan niamat itu dari kasihan BelasNya, kalau Ia uji makhluk dengan
bala bencana, itu dari keadilanNya. Kalau ia menghukum itu kerana KeadilanNya; kalau ia memberi
balasan baik, itu kerana sifat kasihan BelasNya. Demikian seterusnya. Tidak ada yang wajib atasNya,
kerana siapakah yang hendak mewajibkan atasNya sesuatu? Dia memiliki segala-galanya. Dengan itu
tidak timbul Ia menzalimi pihak lain itu, sebab dari segi Malik yang mutlak penuh Dia sahaja yang
mempunyai Malik. Dan apa yang Ia lakukan adalah berpatutan sebab Ia Maha Bijaksana dan Maha
Mengetahui. Dengan itu tidak berlaku kezaliman pada tadbirNya kerana semuanya milikNya; tidak ada
yang boleh menyoal tentang tadbirNya, sebab semuanya dalam milikNya. Tidak ada yang mengatasiNya.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
24
kerana, bahkan Ia mengetahui apa yang ada pada azali lagi, bahawasanya Tuhan Yang Maha Tinggi
Muka 26
menjadikan mereka [semua], dan menghendaki penciptaan mereka, maka Ia menjadikan mereka semua
sebagaimana yang diketahui, maka apa hikmat yang paling matang sekali, lebih daripada mengadakan
yang termaklum itu, dan apa yang dikehendakiNya. Dan dalil tentang yang demikian itu, ialah kalaulah Ia
menjadikan makhluk itu kerana sesuatu kerana [kepentingan] maka jadilah kerananya itu tidak sunyi
daripada ianya kadim atau baharu; kalau ia kadim, maka wajib sediakala mencipta makhluk kerana
kadim sebabnya, walhal makhluk adalah baharu [sifatnya]; dan kalau ianya baharu, maka wajib
taalukannya dengan kerana yang lain pula, dan percakapan berkenaan dengan sebab atau kerana itu
seperti percakapan berkenaan dengan ini, dan itu membawa kepada keadaan yang tidak ada hujungnya,
dan itu mustahil. Dan kalaulah sebab ini terkaya, berserta dengan hal keadaannya baharu, terkaya
daripada sebab, maka wajib terkaya semua yang baharu daripada sebab (illah), maka jelas ini terbatal
illah; firman Allah taala ( ‫ف?حي‬‫ٌح‬ّ0‫ش‬0‫ذ‬ ) [maksudnya] „Ia melakukan apa yang dikehendakiNya?.72
49. (Fasal) Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Maha Mengadakan Maha Tinggi, Maha berkuasa untuk
membinasakan semua makhluk secara seorang-seorang atau secara semua sekali, sebagaimana Ia
menjadikan mereka sesuatu kemudian sesuatu pula, maka Ia mentiadakan yang awal dan mengekalkan
yang keduanya, dan mentiadakan yang keduanya dan mengekalkan yang awalnya [pula], sebagaimana
yang dikehendakiNya, dan Allah menjadikan fananya itu dengan Ia tidak menjadikannya itu kekal, maka
pada masa itu binasalah ia, berlainan daripada pendirian Mu?tazilah bila mereka mengatakan bahawa
sesungguhnya Allah taala tidak berkuasa untuk membinasakan sesuatu diri daripada alam ini, tetapi Ia
berkuasa untuk membinasakan semua alam ini secara sekali gus selalu, dan ini adalah kerosakan yang
sehabis-habis rosaknya [dalam pegangan agama]. Dan dalil bahawa Tuhan Yang Maha mengadakan itu
kalaulah Ia tidak mengadakan diri-diri itu satu daripadanya maka Ia menentukan kebinasaannya, dengan
sepakat ulama, dan kalau Ia menjadikan berserta dengannya yang satu lagi, itu mustahil dikatakan
bahawa Ia tidak mentakdirkan kebinasaan atas diri-diri satu demi satunya, kerana [cara berhujah yang
demikian] itu membawa kepada keadaan bahawa apa yang ditakdirkan olehNya itu menjadi kesulitan
bagi apa yang ditakdirkannya pula bagi makhlukNya yang lain pula, dan itu jelas batalnya. Firman Allah
taala ( ‫ج‬‫ال‬?ٍ  ?‫و‬‫ش?ء‬‫لذ‬0‫ش‬ ) [bermaksud] „Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu?.73
50. (Fasal) Ketahuilah bahawa Allah taala Maha berkuasa untuk mengadakan semula makhluk selepas
daripada binasanya. Golongan Karramiyyah74 berpendapat
72 Al-Buruuj: 16.
73 Banding dengan surah Al-Baqarah ayat-ayat 20; 106; 109; 147 dan seterusnya.
74 Golongan Karramiyyah ialah pengikut Muhammad bin Karram yang mengajarkan Tuhan berjisim
tetapi bukan seperti jisim [yang biasa dikenali].
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
25
jauh daripada [mengadakan semula alam] yang seperti itu, adapun [mengadakan] alam itu [sendiri
selepas daripada binasanya] itu tidak mungkin; adapun [dalam Ahlissunnah] perkara itu tidak jauh
[daripada itu bahkan berlaku]. Dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa mengadakan semula
makhluk yang baharu itu daripada tidak ada kepada ada selepas daripada ia ada dan tidak ada selepas
daripada ada itu dan tidak ada [pula]
Muka 27
sebelum daripada ada itu bukan perkara melampau-lampau [dalam percakapan]. Dan kalaulah mustahil
bagi Allah menjadikan makhluk selepas daripada tidak ada kali keduanya [yakni mula-mula tidak ada, itu
tidak ada pertama, kemudian ada, lepas itu tiada, itu tiada kali kedua] maka mustahil ia menjadikan
makhluk pada awalnya; bila batal yang demikian itu [batal Tuhan tidak boleh menjadikan makhluk pada
awalnya] maka sahlah bahawa ia menjadikannya pada awal mulanya. Demikian pula mengadakannya
pula kali keduanya, kerana kudrat Allah kekal ada; dan penghalang-penghalang daripada mengadakan
kali kedua itu hilang, maka sahlah bahawa Ia boleh mengadakan makhluk kali kedua itu, sebagaimana Ia
mengadakannya pada awal mulanya. Firman Allah dalam ayat (? ?? ‫ج‬?‫ز‬ٌ0‫رذأ‬‫ج‬‫خ‬ٌ‫ك‬ٍ ‫ث‬0?1‫ذ‬ ? ) [yang
bermaksud]: ?Ia Yang mula mengadakan makhluk kemudian Ia mengulangi mengadakannya pula?.75
51. (Fasal). Ketahuilah bahawa kezaliman dan kejahatan mustahil terhasil daripada Tuhan Yang Maha
Menjadikan, dengan erti dengannya itu Ia melakukan kezaliman dan kejahatan, Ia tidak melakukan
kezaliman dengan perbuatan, dan tidak melakukan kejahatan dengan hukuman, kerana erti kejahatan
(al-jur) dan kezaliman (al-zulm) itu ialah melanggar had yang tertentu dan resam yang diresmikan, dan
itu mustahil berlaku di bawah sesuatu perintah seorang yang memerintah dan larangan seseorang yang
melarang, sehingga boleh dikatakan bahawa berlaku pelanggaran suruhannya dan larangannya, maka
kerana ini maka tidak sah kezaliman dan kejahatan dari Allah dalam bentuk yang kami katakan itu;
sesungguhnya ada disifatkan [dalam percakapan bahasa Arab] bahawa benda padat itu zalim dan jahat
atas wajah hakikat [dari segi penggunaan bahasanya]; dikatakan „zalim air wadi itu? bila ia melintasi had
dan tempat tanda; dan „zalim langit? bila ia hujan banyak bukan pada waktunya; „dan jahat panah itu?
bila ia tersasul daripada tempat tuju panahannya walau ia bukan yang melakukan kezaliman dan
kejahatan. Maka sabit bahawa kezaliman tertuju ke atasNya dengan pandangan berlaku kezaliman dan
melintasi daripada resam yang diresmikan, itu mustahil [berlaku] dalam hubungan dengan sifat Tuhan.
52. (Fasal). Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Maha mengadakan - Maha suci Ianya - Ia mengenakan
kesakitan atas bayi-bayi dan Ia menakluki haiwan-haiwan dengan tidak ada tujuan untuk diri,
menggunakan mereka itu, dan tanpa manfaat yang datang daripada mereka, tidak secara jangka pendek
dan jangka panjang, dan dengan kebaikan dariNya, dan keadilanNya, kerana Ia memiliki semua a?yan
[zat-zat makhluk yang ada], maka pemerintahanNya melitupi segala sesuatu, dalam segala
75 Ar-Ruum: 27.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
26
segi, ia memiliki atasnya, dan atas Yang Memiliki itulah untuk mentadbir dalam sekalian kerajaan
milikNya, mengikut apa yang dikehendakiNya, tidak ada bantahan atasNya oleh seseorang dalam
pemerintahanNya itu, dan Ia tidak dipersoalkan tentang perbuatanNya, dan tidak dikenakan hukuman
atasNya dalam penentuan perintah dan hukumNya.
Berkenaan Dengan Ajal
53. (Fasal) Ketahuilah bahawa ajal manusia dan sekalian haiwan adalah satu [sahaja], ertinya ialah
Muka 28
bahawa tiap-tiap makhluk (lit. „sesiapa?, man) yang ada dalam ilmu Allah taala ia akan mati atau
terbunuh dalam masa yang termaklum, maka tidak mungkin ia terlewat daripada waktunya (atau
ajalnya) kerana mustahil berlaku perkara itu berlainan daripada maklumat-maklumat (dalam Ilmu)Nya;
firman Allah taalah ( ‫فحرج‬‫جحء‬‫أج‬?ٍ ‫ل‬
0 ‫عح?س‬ ?‫غطحءخش‬‫?ل‬0‫غطمذ‬ ?ِْ) (maksudnya): “Bila datang ajal mereka maka mereka tidak boleh
memperlambatkannya sesaatpun dan juga tidak boleh mendahulukannya”76.
54. (Fasal) Ketahuilah bahawa makna rezeki itu pada sahabat kami (dalam mazhab Syafi?i di kalangan
Ahlissunnah – uem) [rezeki itu] ialah apa yang dijadikan oleh Allah untuk mendirikan badan manusia dan
haiwan-haiwan lainnya yang terdiri daripada [makanan] untuk makanan mereka dan yang menjadi
sebab bagi hidupnya mereka. Di kalangan para sahabat kami [pula] ada yang berpendapat bahawa
rezeki itu ialah apa yang boleh mendatangkan manfaat dengannya, dan tiap-tiap perkara yang
mendatangkan manfaat bagi manusia ia adalah rezeki [baginya] terdiri daripada makanan dan lainnya.
Maka ini erti yang lebih umum lagi daripada yang awalnya; dan tidak ada perbezaan hal [nya nisbah ia
sebagai rezeki itu] antara ia daripada [perkara] yang halal atau yang haram. Maka seseorang itu tidak
mendapat manfaat dengan sesuatu [sebagai rezeki] melainkan apa yang dikurniakan oleh Allah sebagai
rezeki baginya.
55. Golongan Mu?tazilah berpendapat bahawa rezeki itu ialah yang dimiliki [seseorang atau makhluk],
maka yang haram itu bukan rezeki [sebab ia bukan dimiliki], ini adalah kesilapan mereka [dalam
pandangan tentang perkara ini].77
56. Dan dalil tentang perkara demikian ialah firman Allah ( ? ‫ٌح‬ِ‫دجذس‬‫جلضسض‬ ?‫ف‬‫جل‬
? ?ٍ  ‫ال‬‫ضسصل?ٌح‬ ) (yang bermaksud): “Dan tidak ada binatang melata di bumi melainkan Allah-lah yang
menanggung rezekinya”.78 Kalau perkara itu sebagaimana yang mereka nyatakan [dalam pendapat
mereka] maka orang yang merampas itu bila ia
76 Al-A?raaf: 34 banding Yunus: 49; Al-Nakhl: 61.
77 Perhatikan bagaimana Imam utama ini ada kepekaan tentang masalah intelektuil dan teologi
zamannya.
78 Surah Hud: 6.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
27
memakan [makanannya] sepanjang umurnya dalam merampas ia tidak memakan sesuatu pun daripada
rezeki Allah [maka kalau demikian dari mana datangnya itu? Walhal Allah Pencipta segala sesuatu dan
„sesuatu? itu termasuk „rezeki?]; itu [yakni pendirian Mu?tazilah yang demikian itu] adalah pendirian
yang terkeluar daripada agama [Islam]; dan [seperkara lagi] kalaulah rezeki itu pemilikan, maka wajiblah
binatang-binatang itu tidak memakan daripada rezekinya kerana para haiwan itu tidak memiliki; dan
wajib pula anak-anak kecil itu tidak diberikan rezeki daripada labu susu ibunya kerana ia tidak memiliki
sesuatu daripada susu ibunya itu. Maka bila halnya bukan sedemikian, robohlah [hujah mereka]
mengikut segi pandangan yang kami terangkan berkenaan dengan erti rezeki, [dan] orang yang berakal
tidak akan menyalahi pendapat ini.79
Berkenaan Dengan Pangkat Nabi Dan Mukjizat
57. Fasal berkenaan dengan soal-soal nubuwwah (al-nubuwwat). Ketahuilah bahawa Allah mentaklifkan
atas para hambaNya, memerintah mereka dan melarang mereka, kerana Ia adalah Pemilik segala zat
yang ada (al-a?yan), Penciptanya dan juga Yang Mula Mengadakannya; kemudian Ia memberi mereka
faham tentang Suruhan dan Tegahan melalui percakapan para RasulNya (literal: atas lidah para
rasulNya) dari jenis bangsa manusia seperti mereka dalam bentuk rupa mereka [juga]. Maka bila Allah
membangkitkan seorang rasul dari kalangan mereka, wajiblah rasul itu diperkuatkan dengan mukjizat
yang nyata
Muka 29
serta tanda-tanda yang terang gemilang yang menunjukkan benarnya [rasul itu dalam pengakuannya],
kerana tidak boleh dibezakan rasul yang diutuskan itu dengan pihak yang diutuskannya kepada mereka
itu melainkan dengan [mukjizat yang ada itu]80 kerana kedua-duanya itu bersamaan pada bentuk rupa
dan susunan pada jisimnya [kerana sama-sama manusia].
58. (Fasal) Ketahuilah bahawa mukjizat itu perbuatan baharu berlaku yang berlawanan dengan adat
kebiasaan pada zahirnya, yang berlaku pada seseorang yang mengaku ia mempunyai pangkat sebagai
nabi; perkara yang demikian bermuafakat dengan pengakuannya berserta dengan pihak yang sepertinya
membuat pengakuan yang sama seperti itu kepada orang ramai, tetapi berserta pula ia jelas tidak
berkemampuan mendepani mereka; [dengan itu pengakuannya jelas palsu]; ia sebagaimana yang kami
nyatakan sebagai perkara yang baharu yang berlaku, kerana Yang Qadim itu bukan mukjizat [lagi]. Dan
kami katakan ia perkara baharu yang berlaku yang menyalahi adat kebiasaan, kerana perkara yang biasa
berlaku itu bukan mukjizat, misalnya seperti naiknya matahari dari pihak timur dan jatuhnya pada pihak
79 Ini menunjukkan bahawa Imam ini terlibat dalam perbincangan ilmiah dan intelektuil zamannya. Ini
adalah segi yang berupa tambahan lagi daripada wajahnya sebagai faqih yang unggul zamannya.
80 Kalau rasul palsu tidak ada mukjizat tetapi perkara luar biasa seperti sihir sahaja; dan itu bukan bukti
kebenaran tetapi kepalsuan. (uem)
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
28
barat. Ini kerana semua manusia dalam perkara ini adalah sama [kedudukannya, yakni ini berlaku pada
semua orang dengan pengalaman tentang matahari naik dan jatuh itu].
59. Kami katakan ia berlaku pada orang yang mengaku mempunyai pangkat sebagai nabi, kerana hendak
membezakannya daripada perkara-perkara yang dipanggil keramat (?al-karamat?). Dan kami katakan ia
bermuafakat dengan pengakuannya kerana harus pula berlaku perkara itu kerana boleh berlaku perkara
itu zahir menjadi dalil tentang kebohongan [seseorang itu], seperti orang yang mengaku mempunyai
pangkat nabi secara bohong, bahawa Allah menghidupkan mayat itu dengan dakwaannya, lalu Allah
menghidupkannya kemudian Allah mewahyukan waktu berlaku perkara itu ini [peribadi] pembohong
jangan percaya kepadanya. Dan kami katakan: dengan cara sengaja dan mengikut, kerana manusia
boleh membuat pengakuan tentang yang sepertinya tetapi itu tidak berhasil melainkan dengan berlaku
mukjizat itu. Kami katakan: ternyata kelemahan mereka kerana melalui lemahnya mereka
menentangnya dengan itulah ia dikenali, dan dengan itulah ia menjadi berjaya.
60. (Fasal) Ketahuilah bahawa mukjizat itu ada dua jenis, satunya ialah dengan perkara yang tidak
teradat dan tidak berulang seperti bertukar tongkat menjadi ular, tangan menjadi putih bercahaya,
menghidupkan orang mati, keluar terpancar air antara jari-jari; yang keduanya ialah yang terhalang
daripada diulang berserta dengan pengakuan dan seruan [keperluan] kepadanya kepada mengikut dan
berubah mereka dengan menyalahi[nya] dan terputus daripada mereka menolak menjawab kata-kata
nabi [ertinya]: “Mukjizatku ialah kamu tidak boleh berkata-kata dan bercakap satu hari atau saat walhal
kamu selamat sejahtera”, maka tidak mampu mereka melakukan itu, yaitu atas orang yang membuat
dakwaan [menjadi nabi itu] dan apa yang dibawanya yang terdiri daripada perkara itu yang sah berada
di bawah kudrat hamba.
61. Dan sesungguhnya kami katakan yang demikian itu kerana mukjizat itu menunjukkan atas benarnya
orang yang mengaku menjadi nabi itu, dengan keadaannya menyalahi adat kebiasaan sebagaimana yang
kami terangkan. Dan makna ini ada di sini sebagaimana wujudnya berubah tongkat [menjadi ular] dan
menghidupkan orang yang mati.
Muka 30
62. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa mukjizat itu mustahil timbul pada orang-orang pembohong. Dan dalil
tentang yang demikian ialah bahawa mukjizat itu menunjukkan orang yang bersifat dengan sifat benar,
maka mustahil ia timbul pada orang yang jahat dan jahil, kerana dalam perkara yang demikian itu
berlaku perubahan pada hakikat-hakikat yang sebenar. [Maka kalau ia timbul juga pada pembohong,
maka itu berlawanan dengan hakikat yang sebenar, sebab yang benar itu tandanya benar, kenabian
adalah benar dan tandanya ialah mukjizat yang sebenar, kalau tidak itu menyalahi hakikat yang
sebenar].
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
29
63. (Fasal) Ketahuilah bahawa mukjizat yang satu memadai bagi hak kenabian [seseorang nabi itu]; dan
dalil tentang perkara itu ialah kerana ia dalil atas benarnya seseorang yang mengaku menjadi nabi; maka
terhasil yang demikian dengan mukjizat yang satu seperti dalil yang menerangkan tentang hukum yang
menjadi putus perkara itu dengannya, dan tidak terhenti pengenalan hukum itu atas dalil yang lain [lagi].
64. (Fasal) Ketahuilah bahawa para nabi dan rasul - salla?Llahu ?alaihim wa sallam - [dengan mereka itu]
Allah memberi rahmat atas para hambaNya yang ramai itu, mula pertamanya Adam bapa umat manusia
(abul-bashar) yang kepada baginda itulah maka kembali keturunan umat manusia semua, dan yang
terakhirnya ialah Muhammad - salla?Llahu ?alaihi wa sallam. Maka diriwayatkan dalam riwayat Abu
Dharr bahawa para anbia itu adalah seramai seratus dua puluh empat ribu orang, dan yang rasul di
kalangan mereka ialah seramai tiga ratus tiga belas orang. Maka wajib atas kita beriman dengan semua
para nabi dan rasul itu secara keseluruhannya. Adapun perbezaan antara anbia dan rasul itu ialah
bahawa rasul itu ada membawa syari?at dan para nabi itu pula dibangkitbkan atas syari?at para rasul
itu; maka tiap-tiap rasul itu nabi tetapi bukan semestinya tiap-tiap nabi itu rasul.
65. (Fasal). Ketahuilah bahawa nabi kita adalah nabi terpilih Muhammad bin ?Abdullah bin ?Abd al-
Muttalib, rasul Tuhan Pentadbir sekalian alam, yang dibangkitkan kepada sekalian umat manusia
semuanya, dan ia adalah khatam para nabi, yang tidak ada nabi lagi selepas daripadanya sampai ke hari
kiamat. Dalil tentang [kerasulan]nya ialah timbulnya mukjizat yang nyata padanya [lit. atas
tanganannya], yang menunjukkan bukti tentang benar [pengakuan]nya [sebagai nabi dan rasul itu]; dan
menjadi sabit dan tetap kenabian nabi-nabi yang lain - salla?Llahu
Muka 31
?alaihim - yang sebelum daripada baginda itu dengan [adanya mukjizat-mukjizat] yang menjadikan sabit
dan tetap pangkat rasul dan nabi pada baginda [Nabi Muhammad salla?Llahu ?alaihi wa sallam].
Mukjizat Qur’an mukjizat terbesar
66. Dan mukjizat nabi kita - salla?Llahu ?alaihi wa sallam - banyak, yang huraian ringkas ini tidak mampu
menyenaraikannya, maka kami menyebutnya mana-mana yang berhubungan dengan Qur?an kerana
yang demikian itu lebih nyata, dan tidak ada ruang lagi untuk diingkar dan ditentang, kerana ia lebih
kuat dalam menimbulkan kelemahan [pihak yang hendak menentang] dan lebih kuat memotong [pihak
yang hendak mencari] kelemahan. Kami dapati Qur?an ini [hakikatnya ialah] Kalam Tuhan, dari segi
sudut pandangan ini, dengan gubahan yang terang nyata dengan susunan [seperti] syair dan percakapan
fasih, yang menerangkan dengan nyata percakapan serta gubahan indah dengan sajaknya.
67. Dan manusia disuruh membawa contoh demikian dengan firmanNya ( ‫ل‬‫ث‬ٌ
‫ججط‬‫? ص‬ّ‫جل‬‫?ج‬ ?‫ظ‬‫ج‬ٌ?ٍ  ?‫أ‬0‫أض?ج‬‫ذ‬‫ث‬ّ‫ز?ج‬‫ج‬‫مأشأ‬ٌ (ْ) [yang bermaksud]: “Katakanlah [wahai
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
30
Muhammad] sesungguhnya kalaulah jin dan manusia berhimpun semuanya untuk membawa [gubahan]
yang seperti Qur?an ini...”81. Kemudian manusia disuruh untuk melakukan demikian dengan sehabis-
habis suruhnya sampai kepada firmanNya ( ‫ف‬‫أت‬‫ىا‬
‫ب‬‫ضسىرة‬‫هي‬‫ه‬‫ث‬‫له‬ ) [bermaksud] “bawakanlah suatu surah yang sama sepertinya “...buatlah satu surah
sahaja yang sama seperti [Qur?an itu]”82. Maka mereka tidak mampu membawa suatu surah seperti
[Qur?an] itu walaupun bahasanya adalah bahasa mereka, dan bawaannya bawaan mereka. Maka
penentangan mereka itu lebih senang daripada menunaikan jumlah harta dan memberikannya serta
melakukan daya usaha dengan seluruh diri dan jiwa raga mereka sampai ke hari ini. Maka tidak muncul
penentangan itu dengan surah yang menyaingi surah-surah [Qur?an] yang pendek-pendek dari
seorangpun dari kalangan mereka, walaupun golongan kuffar dan musuh itu ramai yang memusuhi
agama Islam, dan itu adalah dalil yang paling kuat yang menunjukkan peri sahihnya mukjizat baginda
dan memang benar pengakuan pangkatnya menjadi nabi itu.
Para Nabi Maksum (Ma’sum)
68. (Fasal). Ketahuilah bahawa para anbiya itu maksum (ma?sum) [tidak berdosa] terelak daripada
kemaksiatan-kemaksiatan selepas mereka menjadi nabi. Dalil tentang perkara ini ialah apa yang kami
kemukakan iaitu lahirnya mukjizat pada pembohong-pembohong adalah perkara mustahil, dan [adanya]
mukjizat itu menunjukkan bahawa para nabi itu sunyi daripada kebohongan; maka [dengan itu] wajib
mereka itu maksum, sunyi daripada kekotoran bohong, suci daripada dosa-dosa; ini kerana mengikut
kata-kata mereka adalah perkara wajib [atas para hambaNya], dan perkara i?tiqad [dan keyakinan] wajib
dijadikan pegangan dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan mereka; dan kemungkinan berlakunya
kemaksiatan pada mereka membawa kepada tertegahnya [manusia] mengikut mereka, dan itu
membawa kepada terbatalnya syari?at-syari?at, dan yang demikian itu batil, tidak boleh tidak.
69. (Fasal). Ketahuilah bahawa nabi kita - salla?Llahu ?alaihi wa sallam - baginda adalah maksum [suci
daripada dosa], sunyi daripada terlupa akan al-Qur?an, ini berdasarkan ayat Qur?an ( ‫ع‬‫م?شأن‬‫فل‬‫ض‬‫غ‬ ?? )
[yang bermaksud]: “Kami akan membacakan Qur?an kepada engkau maka engkau tidak akan
melupainya” 83 Adapun „terlepas pandang? ( ‫ج‬‫غ‬ٌ ?? ) terhadapnya
Muka 32
dalam masa sembahyangnya atau lain daripada itu, termasuk beberapa hukum Syara?, maka para
sahabat kami [dalam Ahlissunnah] berbeza pendapat tentangnya. Antara mereka ada yang berpendapat
bahawa itu harus atasnya tetapi bila itu berlaku atas baginda, ia tidak terus dengan perkara itu; dan
diriwayatkan bahawa baginda -
81 Al-Isra?: 88; sambungannya ialah “nescaya mereka tidak akan dapat membuat apa yang serupa
dengannya, sekalipun sebahagian daripada mereka menjadi pembantu kepada yang lainnya.”
82 Al-Baqarah: 23.
83 Al-A?laa: 6.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
31
salla?llahu „alaihi wa sallam - terlepas pandang atau terlupa (‫??ع‬ ) [dalam sembahyangnya] lalu baginda
melakukan sujud sahwi, kerana terlepas pandang dan terlupa ( ‫ج‬?‫غ‬ٌ1‫ٌح‬‫?ج‬‫غ‬ٌ ?? ) bukan daripada
perbuatan [sengaja]nya, maka ia menjadi maksiat daripadanya [walhal itu bukan demikian], kerana
perkara demikian tidak termasuk di bawah taklif [yakni bila terlupa betul-betul maka tidak mengapa,
kalau dalam sembahyang disunatkan sujud sahwi].
70. Di kalangan mereka [dalam kalangan sahabat kami dalam Ahlissunnah] berpendapat bahawa
terlepas pandang atau terlupa ( ‫ج‬‫جل‬ ?‫ف‬ ??‫غ‬ٌ‫?س‬ِ‫ج‬‫ذ‬ٌ1?0‫س‬ ) dalam perkara agama tidak dibolehkan,
kerana yang demikian itu menghalang [orang] mengikutnya pada masa itu, dan kalau pun ia tidak
berterusan dalam demikian, pada masa kemudiannya, walhal kita diperintah untuk mengikutinya dalam
semua hal keadaannya, perbuatan, dan kata-katanya, maka itu tidak dibolehkan berlaku atasnya.
Terlupa Dalam Sembahyang
71. Adapun terlupa dalam sembahyangnya maka itu bukan perbuatan [lupa] daripadanya sebagai
„kelupaan? (‫ع??ج‬ ); bahkan ia perbuatan yang seperti perbuatan orang lupa itu adalah bagi
menerangkan hukum Syara? ( ‫ذ‬1‫ٌح‬‫شأشع‬ٍ ٌ ?‫ٌح‬ ). Kerana ini maka nabi - salla?Llahu „alaihi wa sallam -
bersabda bila [sahabat yang terkenal dengan panggilan] Dhul-Yadain berkata ( ‫ألصأشش‬‫صلز‬ٌ ‫ج‬‫أ‬?‫غ‬1‫ ص‬0‫ٌح‬
‫ضسع?ي‬‫ال‬‫فمحي‬‫و‬‫ر‬‫ه‬ٌ0‫ى‬‫ج‬?ّ ‫ٌح‬‫أع‬ ??
‫لذ‬1 ? ): “Adakah tuan kasarkan sembahyang atau adakah tuan terlupa wahai Rasulullah?” lalu baginda
menjawab: “Semua itu bukan, bahkan saya [dijadikan ter]lupa bagi memberi penerangan [tentang
hukum Syara? berkenaan dengan masalah-masalah yang berkenaan]”84, maka ini perjalanan yang baik (
‫غش‬0‫مس‬‫حغ‬‫س‬ ? ) [„maka ini perjalanan yang baik? adalah nampaknya kata-kata Imam Syafi?i].
72. (Fasal). Ketahuilah bahawa nabi kita Muhammad - salla?Llahu „alaihi wa sallam - adalah nabi yang
paling afdhal sekali [di kalangan] nabi-nabi, berdasarkan sabdanya-salla?Llahu „alaihi wa sallam- ( ‫جد‬?‫د‬ ?
‫ضحص‬‫?جب‬ٌ0‫ج‬ ?‫م‬ٌ1‫ٌح‬‫س‬ِ ) [yang bermaksud]: “[Nabi]Adam yang kemudian daripadanya berada di bawah
panji-panjiku pada hari kiamat,” 85dan sabdanya ( ‫أ‬‫ا‬ً‫س‬‫يذ‬‫ول‬‫ذ‬‫ادم‬‫ول‬‫ف‬‫خر‬ ) “Saya adalah penghulu anak
Adam dan itu bukan berbangga-bangga”86
73. Maka tersilap orang yang melebihkan nabi Ibrahim a.s. mengatasi nabi Muhammad salla?Llahu ?
alaihi wa sallam- kerana nabi salla?Llahu ?alaihi wa sallam tidak melebihkan nabi Ibrahim a.s. mengatasi
dirinya, maka [kalau demikian] keluarlah ia daripada ijma? ulama salaf.
Iman Dengan Hati dan Amalan Dengan Anggota
84 Hadith berkenaan dengan nabi saw „terlupa? riwayat Dhul-Yadain riwayat al-Bukhari dan lainnya.
85 Hadith „Adam dan yang kemudian daripadanya di bawah benderaku pada hari kiamat?-dikeluarkan
oleh Ahmad (1/196) , juga al-Bukhari dan lainnya.
86 Hadith „Aku penghulu anak Adam dan itu bukan berbangga-bangga?-dikeluarkan oleh Ahmad
(1/296), al-Bukhari (4476, 6565 dan beberapa tempat) dan Muslim (153) dan lainnya. Hadith sahih.
______________________________
al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com
Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs  Melayu www.Muhammad.com

More Related Content

What's hot

Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulama
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulamaIhya ulumuddin dalam pandangan para ulama
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulama
Srijb Mms
 
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRIMETODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
Nurul Husna
 
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
Roeslandy Ahmad Andy
 
Ilmu rijal al hadits
Ilmu rijal al haditsIlmu rijal al hadits
Ilmu rijal al hadits
Yudi Wahyudin
 

What's hot (17)

Ulum al quran lengkap pt 2
Ulum al quran lengkap pt 2Ulum al quran lengkap pt 2
Ulum al quran lengkap pt 2
 
Tafsir sufi
Tafsir sufiTafsir sufi
Tafsir sufi
 
Bab 13 sumber hukum yang disepakati ulama (alquran, sunnah, ijma' dan qiyas)
Bab 13 sumber hukum yang disepakati ulama (alquran, sunnah, ijma' dan qiyas)Bab 13 sumber hukum yang disepakati ulama (alquran, sunnah, ijma' dan qiyas)
Bab 13 sumber hukum yang disepakati ulama (alquran, sunnah, ijma' dan qiyas)
 
Ilmu nasikh dan mansukh
Ilmu nasikh dan mansukhIlmu nasikh dan mansukh
Ilmu nasikh dan mansukh
 
ILMU QIRA'AT
ILMU QIRA'ATILMU QIRA'AT
ILMU QIRA'AT
 
Al fatiha
Al fatihaAl fatiha
Al fatiha
 
perkembangan Studi al qur'an
perkembangan Studi al qur'an perkembangan Studi al qur'an
perkembangan Studi al qur'an
 
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulama
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulamaIhya ulumuddin dalam pandangan para ulama
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulama
 
Al qur’an Definisi dan Sejarah
Al qur’an Definisi dan SejarahAl qur’an Definisi dan Sejarah
Al qur’an Definisi dan Sejarah
 
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRIMETODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
 
Ulumul qur'an 2
Ulumul qur'an 2Ulumul qur'an 2
Ulumul qur'an 2
 
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
P e n g e r t i a n A s b a b A L - N u z u
 
Modul 10 kb 2
Modul 10 kb 2Modul 10 kb 2
Modul 10 kb 2
 
Buku fiqih 5 mazhab
Buku fiqih 5 mazhabBuku fiqih 5 mazhab
Buku fiqih 5 mazhab
 
Edisi 001 umdatul ahkaam
Edisi 001 umdatul ahkaamEdisi 001 umdatul ahkaam
Edisi 001 umdatul ahkaam
 
ushul fiqh
ushul fiqhushul fiqh
ushul fiqh
 
Ilmu rijal al hadits
Ilmu rijal al haditsIlmu rijal al hadits
Ilmu rijal al hadits
 

Similar to Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs Melayu www.Muhammad.com

Pengertian tafsir
Pengertian tafsirPengertian tafsir
Pengertian tafsir
4n9ry_61rd5
 
12. Sumber ajaran islam.pptx
12. Sumber ajaran islam.pptx12. Sumber ajaran islam.pptx
12. Sumber ajaran islam.pptx
miduwidang
 
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
Sukor Bakar
 
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
Marhamah Saleh
 
Method of Tafsir
Method of TafsirMethod of Tafsir
Method of Tafsir
Hakim Ahma
 

Similar to Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs Melayu www.Muhammad.com (20)

Bab dua
Bab duaBab dua
Bab dua
 
Ulumul_Quran_Bag_1_pptx.pptx
Ulumul_Quran_Bag_1_pptx.pptxUlumul_Quran_Bag_1_pptx.pptx
Ulumul_Quran_Bag_1_pptx.pptx
 
Pengertian tafsir
Pengertian tafsirPengertian tafsir
Pengertian tafsir
 
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
 
Qiraat Sab'ah
Qiraat Sab'ahQiraat Sab'ah
Qiraat Sab'ah
 
12. Sumber ajaran islam.pptx
12. Sumber ajaran islam.pptx12. Sumber ajaran islam.pptx
12. Sumber ajaran islam.pptx
 
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis""Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
 
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar RaziTafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
 
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Metodologi tafsir
Metodologi tafsirMetodologi tafsir
Metodologi tafsir
 
Pemikiran hukum
Pemikiran hukum Pemikiran hukum
Pemikiran hukum
 
Pemikiran hukum
Pemikiran hukum Pemikiran hukum
Pemikiran hukum
 
Pemikiran hukum islam
Pemikiran hukum islamPemikiran hukum islam
Pemikiran hukum islam
 
Pemikiran hukum islam
Pemikiran hukum islamPemikiran hukum islam
Pemikiran hukum islam
 
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YITAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
 
Ulumul_Quran.pptx
Ulumul_Quran.pptxUlumul_Quran.pptx
Ulumul_Quran.pptx
 
Mahamai kitab tafsir
Mahamai kitab tafsirMahamai kitab tafsir
Mahamai kitab tafsir
 
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
 
Method of Tafsir
Method of TafsirMethod of Tafsir
Method of Tafsir
 

Recently uploaded

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
dheaprs
 

Recently uploaded (20)

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 

Al fiqhu’l-akbar-lil-al-imam-ash-syafi'i bhs Melayu www.Muhammad.com

  • 1. al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i Terjemahan oleh: al-faqir ila’llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady AKIDAH AHLISSUNNAH IMAM SYAFI’I SEBAGAIMANA DI DALAM ‘AL-FIQHUL-AKBAR’NYA AKIDAH AHLISSUNNAH IMAM SYAFI’I SEBAGAIMANA DI DALAM ‘AL-FIQHUL-AKBAR’NYA [Terjemahan oleh: al-faqir ila?llah Muhammad „Uthman El-Muhammady] Pandangan Imam Syafi?i berkenaan dengan Akidah Ahlissunnah wal-Jamaah boleh diperhatikan sebagaimana yang ada dalam al-Fiqhu’l-Akbarnya. Terjemahan Al-Fiqhu’l-Akbar Imam Syafi?i diperturunkan di bawah ini. Mula-mulanya penterjemah ingin menyatakan bahawa kitab al-Fiqhul Akbarnya itu berdasarkan kepada teks yang diterbitkan oleh al-Matba?ah al-„Amirah al-Syarqiyyah, Kaherah, 1324H, yang diterbitkan bersekali dengan teks „al-Fiqhul-Akbar? oleh Imam Abu Hanifah rd. Teks Imam Syafi?i adalah dari muka surat 10-38. Teks ini isi kandungannya sama dengan isi kandungan „al-Fiqh al-Akbar? sebagaimana yang ada dalam kitab al-Kaukab al-Azhar’ Sharh al-Fiqh al-Akbar karangan almarhum Dr. Shaikh Muhammad bin Yasin bin „Abdullah bekas mufti Mausil, terbitan al-Maktabah al-Tijariyyah, Makkah al-Mukarramah, Mustafa Ahmad al-Bazz, dari halaman 7 - yang selesai penulisannya pada tahun 1405/1985.1 Berkenaan dengan maklumat tentang manuskrip-manuskrip dan naskhah yang menjadi asas kepada teks ini ialah seperti berikut: Shaykh Yasin menyebut edisi terbitan Kaherah tahun 1900; naskhah tulisan tangan yang ditulis oleh Muhammad bin ?Abdullah bin Ahmad al-Rawi; naskhah yang ditulis oleh Shihab bin Ahmad bin Muslih al-Basri tahun 986; naskhah yang ditulis oleh Ahmad bin Shaykh Darwish al-Khatib di Jami? Shaykh Ma? ruf al-Karkhi Baghdad, dan disebutkan oleh Shaykh Yasin bahawa kitab ini disebut dalam „Tarikh al-Adab al-?Arabi? ditulis oleh al-„Allamah al-Shafi?i, dicetak, Carl Brockelmann, jilid 1 halaman 178-180 dinisbah kepada Imam Syafi?e dan edisi Syeikh Yasin ini adalah selepas diusahakannya dengan melihat teks-teks itu. (dalam „al-Kaukab al-Azhar?, hal.6). Dalam sebuah edisi baharu kitab „al-Risalah? oleh Imam Syafi?e, pada bahagian pendahuluan oleh penyelenggara edisi itu, iaitu oleh Dr ?Abd al-Latif al-Hamim dan Dr Mahir Yasin al-Fahl, halaman 41 disebutkan bahawa „al-Fiqh al-Akbar? adalah antara kitab-kitab Imam utama ini. (edisi al-Risalah Imam Shafi?i, bahagian pendahuluan pentahkik, terbitan Dar al-Kutub al- „Ilmiyyah, Beirut, 1426/2005).
  • 2. Terjemahannya adalah seperti berikut, berdasarkan teks Kaherah tahun 1324 yang isinya sama dengan teks Shaykh Yasin tersebut, dengan sedikit-sedikit perbezaan. Bilangan-bilangan di awal perenggan diberikan oleh penterjemah untuk menyenangkan rujukan kepada isinya. Demikian juga kepala-kepala tajuk, yang tidak ada pada naskhah asalnya, diberikan oleh penterjemah. Nombor-nombor halaman diberikan mengikut teks Kaherah tersebut: 1 Sebutan tentang „al-Fiqh al-Akbar?, dalam Geschichte Der Arabischen Litteratur, by C. Brockelmann, Supplemant Band, Leiden, Brill, 1937, vol.1 p.305 menyebut Fiqh Akbar. Sebutan tentang edisi Kaherah 1324. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 2 Muka 102 Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan salawat dan salam dariNya untuk penghulu kita Muhammad dan ahli keluarganya.3 Kata al-Sayyid al-Imam Abu ?Abdi?Llah Muhammad bin Idris al-Syafi?i radiya?Llahu „anhu.4 1. Ini tulisan (kitab) yang kami sebutkan di dalamnya zahir beberapa masalah berkenaan dengan usul-al- din yang wajib dan tidak boleh tidak mesti diketahui oleh mukallaf supaya berpegang kepadanya, dan kami namakannya al-Fiqhul-Akbar5. Dan kami bentangkannya tidak secara lanjut kerana hendak menghampirkan pemahaman tentangnya kepada pelajar peringkat permulaan. Dan Allah yang memberi taufiq. 2. Ketahuilah bahawa - moga-moga Allah membahagiakan anda- sesungguhnya tiap-tiap orang mukallaf diwajibkan mengenal Allah taala (ma?rifah Allah taala), dan erti ma?rifah itu ialah mengetahui yang dimaklumi itu mengikut apa yang sebenarnya (ma’rifatul-ma’lum ’ala ma huwa ’alaihi (?ِ ‫شفس‬‫ج‬?ٌّ?ٌٍ?ٌٍ ?ٌ‫ح‬ِ ?ٌ ?ٌ?ٌ1ٍ ? )) dengan secara tidak tersembunyi atasnya sesuatu daripada sifat-sifat perkara yang dimaklumi itu; [itu erti ma?rifat]. Adapun erti berat sangka atau zan dan taqlid [mengikut tanpa mengetahui dalilnya] itu ialah tidak menghasilkan ilmu dan ma?rifat, kerana erti zan atau berat sangka ialah membolehkan dua perkara [sama ada ya atau tidak] (tajwiz al-amrain) dan yang satu daripada yang dua itu lebih zahir [daripada yang satu lagi itu]6, dan makna taqlid pula ialah menerima pendapat orang yang tidak diketahui [akan 2 Halaman berdasarkan kepada teks Kaherah tahun 1324. 3 Berdasarkan teks yang diterbitkan oleh al-Matba?ah al-„Amirah al-Syarqiyyah, Kaherah, 1324, yang diterbitkan bersekali dengan teks „l-Fiqhul-Akbar oleh Imam Abu Hanifah rd. Teks Imam Syafi?i adalah dari muka surat 10-38. Ini juga teksnya yang disebutkan oleh artikel dalam EI.hal.253 (yakni
  • 3. Encyclopedia of Islam, terbitan E.J. Brill, 1987 (Leiden-N.York-Kobenhavn-Kolm), hal.253). Dalam Brockelmann, GAL, SupplemantBand I, hal.305 disebutkan teks Kaherah juga. Isi kandungan teks ini didapati sama dengan isi kandungan teks dalam al-Kaukab al-Azhar Sharah al-Fiqh al-Akbar, syarah oleh Dr Syeikh Yasin bekas mufti Mausil, Irak, hal. 7-35. Yang kemudiannya ialah syarahnya oleh syeikh tersebut dari halaman 36-152. Beliau habis menyelesaikan syarahnya pada 2 Sya?ban 1405 Hijrah/ 23 1985 April 1985. 4 Bilangan perenggan-perenggan diberikan oleh penterjemah supaya senang dirujuk untuk perbandingan kemudiannya. 5 „Al-Fiqhul-Akbar? atau „Fiqh Besar? berkenaan dengan usul al-din atau dasar-dasar atau pokok-pokok pembicaraan agama, berbeza daripada „al-Fiqhul-Asghar? atau „Fiqh Kecil? yang membicarakan hukum- hukum cawangan atau ranting dalam agama, berkenaan dengan perkara yang wajib, haram, halal, harus, makruh, sah, batal dan seterusnya. Kitab ini tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada penafsiran ?mujassimah? atau ?musyabbihah? yang diragukan penisbahannya kepada Imam Syafi?i. Dr Shaikh Yasin mufti Mausil Iraq ada memberi syarahan tentangnya sebagaimana yang dinyatakan dalam biografi ringkasnya dalam laman web: http://www.odabasham.net/show.php? sid=9119; syarahnya berjudul ( ‫الكوكب‬‫الهزهر‬‫شرح‬‫الفقه‬‫الكبر‬‫لمشافعي‬ ) . Sekarang kita bersyukur kepada Allah kerana naskhah syarah kitab itu ada dalam tangan kita kerana ihsan daripada sahabat kita Tuan Syeikh Yusuf dari Makkah. 6 Ayat „satu daripadanya lebih zahir lagi daripada yang satu lagi itu? dalam teks Syeikh Yasin, hal.7. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 3 dalilnya] apa yang dikatakannya dan dari mana katanya itu [apa dalilnya itu];yang demikian itu tidak menjadi ilmu, dalilnya ialah firman Allah taala (‫[)ال‬ertinya] „Ketahuilah bahawa tiada tuhan melainkan Allah?7; maka itu perintah [menyuruh mencapai] ma?rifat, bukan perintah [menyuruh supaya berpada dengan tahu mengikut] berat sangkat [semata] dan taqlid [sahaja]8. Ilmu yang dharuri dan ilmu yang diusahakan: 3. (Fasal). Ketahuilah bahawa ilmu para makhluk itu ada dua bahagian, ilmu yang bersifat dharuri, yang semestinya tidak boleh tidak, dan ilmu yang diusahakan (daruri wa muktasab). Maka erti ilmu dharuri itu ialah tiap-tiap pengetahuan yang wujudnya [ilmu itu] tidak dengan kudrat orang alim itu, itu adalah ilmu yang berlaku melalui pancaindera yang lima, berkenaan dengan perkara-perkara darurat tanpa pilihan [seperti kita tahu tentang panas, sejuk, dan tentang kita ini ada dan lain-lain yang seperti itu] dengan tidak ada ikhtiar usaha [kita]; dan erti ilmu yang diusahakan itu (al-muktasab) ialah tiap-tiap ilmu yang wujudnya itu dengan kudrat usaha orang alim itu, dan itu seperti ilmu hasil daripada tilikan fikiran dan pemandangan [akal] („an al-nazar wa al-ru?yah).9
  • 4. Ilmu berkenaan dengan hukum yang lima yang wajib diketahui: 4. (Fasal). Ketahuilah bahawa taklif itu ialah perkara yang kalau dilanggar membawa akibat hukuman [dari Tuhan], maka termasuk ke dalam kategori ini semua jenis amalan orang-orang mukallaf; dan itu ada lima kategori; yang wajib, yang haram, yang sunat, yang makruh, dan yang harus. Makna yang wajib dan fardhu itu satu sahaja, iaitu apa yang menyebabkan Muka 11 orang yang tidak menuntutnya [atau tidak menjalankannya] terkena azab; dan erti perkara yang diharamkan itu ialah perkara yang mendatangkan hukuman bila dibuat; erti yang sunat dan mustahab dan nafilah dan tatawwu? (sukarela) itu ialah pada hakikatnya satu sahaja, iaitu diberikan pahala bila dilakukan, dan tidak dihukum seksa bila ditinggalkan. Erti yang makruh itu ialah perkara yang diberi pahala bila ditinggalkan dan tidak diseksa bila dibuat. Erti yang harus itu ialah sama sahaja dibuat atau ditinggalkan oleh mukallaf [tidak ada pahala bila dibuat dan tidak ada dosa bila ditinggalkan]. 7 Surah Muhammad:19. 8 Dalam perkara akidah iman mesti datang daripada ilmu dan ma?rifat bukan hanya mengikut orang lain tanpa mengetahui dalilnya. Adapun dalam perkara fiqh maka orang awam mesti mengikut mujtahid kalau ia sendiri bukan mujtahid yang boleh mengetahui hukum terus daripada Quran dan Sunnah mengikut aturan-aturannya. 9 Ilmu demikian didapati dengan usaha mencarinya dan berfikir untuk mengetahuinya. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 4 5. Maka hendaklah orang yang mukallaf itu beri?tikad dalam tiap-tiap satu daripada hukum yang lima kategori ini nisbah ia diwajib mana yang wajib, haram mana yang dilarang, mengikut apa yang dituntut oleh Syariat [misalnya sembahyang lima waktu adalah wajib, demikian pula puasa, membayar zakat dan seterusnya, berjudi haram, mencuri haram]; demikianlah sehingga ke akhirnya pembahagian yang lima itu. Kalau ia beri?tikad yang menyalahi yang demikian, maka ia terkena seksa. Wajib ma’rifat: 6. (Fasal). Ketahuilah bahawa ma?rifat terhadap Allah taala ia wajib atas hambaNya bila ada padanya tiga syarat. Pertamanya ada akal, berilmu dan berkuasa yang dengan adanya itu semua maka sah hukum ditujukan kepadanya, maka dihukumkan, dengan ia berakal itu, bila didapati berserta dengan tahunya itu, kadar yang boleh membezakan dengannya antara yang harus dan yang mustahil; maka boleh diambil daripadanya penyaksian sebagai saksi atas yang ghaib. Keduanya baligh, cukup umur, iaitu dikira dengan umurnya, iaitu bila ia mencapai umur lima belas tahun (qamariyyah) atau melalui ia bermimpi (keluar mani dalam masa tidur kerana mimpi bersetubuh) kalau lelaki, dan demikian juga anak
  • 5. perempuan, atau dengan ia mengalami haidh. Ketiganya, ada pendengaran, iaitu dikembalikan hukum wajib dari Allah terhadapnya bahawa ia wajib mempunyai ma?rifat terhadapNya; bila tidak ada syarat- syarat ini, maka tidak wajib sesuatu apapun atasnya, berdasarkan firman Allah [yang bermaksud]: “Dan Kami tidak mengenakan azab [ke atas para hamba Kami] sehinggalah Kami mengutuskan kepada mereka rasul”.10 [Juga hukum demikian ] berdasarkan hadith masyhur dari Rasulullah salla?Llahu „alaihi wa sallam ) 0 ‫طٌ?ر‬ (? [ertinya]: “Kalam terangkat [yakni hamba tidak dikenakan azab atau hukuman Tuhan] daripada tiga orang: dari kanak-kanak kecil, sehingga ia baligh, orang gila sehingga ia sedar daripada gilanya, orang yang tidur sehingga ia jaga”.11 7. (Fasal). Ketahuilah bahawa perkara yang awal sekali yang wajib atas orang mukallaf itu ialah tilikan akal berfikir (al-nazar) dan mengambil dalil yang membawa kepada mengenal Allah (al-istidlal ila ma? rifati?Llah) taala, dan erti tilikan akal itu ialah fikir pada kalbu dan mengamat-amati (fikr al-qalb wa al-ta? ammul) Muka 12 tentang perkara yang ditilik itu untuk mengenalinya dalam ilmu (talaban li ma?rifatihi), dan dengan amalan itu maka dicapai pengenalan terhadap apa yang tidak dikesani pancaindera (literal - yang ghaib daripada pancaindera). 8. Dan perkara yang darurat atau yang mesti wajib dalam usul al-din berdasarkan kepada firman Allah azza wa jalla [bermaksud]: “Dan tiliklah 10 Al-Isra? ayat 15. 11 Hadith Abu Daud, Tirmidhi, Ibn Majah, sahih. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 5 kepada buahnya bila pokok itu berbuah”12 dan firmannya ) ) ‫فحٌ?طرشٌ?ج‬0?ٌٌ ?ٌ‫حأ‬‫جلصذصحس‬ [yang bermaksud]: “Maka ambil pelajaranlah wahai orang yang mempunyai pandangan akal yang tajam (ulil- absar)”13 dan firmanNya )? ‫لحي‬‫ج‬‫ظٌ?شٌ?ج‬‫ح‬ِ‫رج‬‫ج‬ ?ٌ‫ف‬‫غ‬ٌ ‫ٌ?جش‬ّ‫ٌ?جلضسض‬ ( [yang bermaksud]: “Katakanlah: Perhatikanlah (tilikanlah dengan akal) apa yang ada di langit dan di bumi”14. Maka kami telah katakan bahawa perkara wajib yang awal-awal sekali ialah menilik dengan akal (al-nazar) kerana kebanyakan ibadat berkait dengan niat dan niat itu adalah kasad melakukan ibadat kepada Tuhan yang disembah yang khusus, dan kasad pula dari segi ini tidak mungkin melainkan selepas daripada mengenali Tuhan yang disembah itu, dan tidak sampai kepada mengenaliNya melainkan dengan tilik akal dan mengambil dalil. Maka sebab itulah kami katakan bahawa perkara yang wajib yang awal-awal sekali ialah [perkara tilik dengan akal dan mengambil dalil] yang demikian itu.
  • 6. 9. Dan ketahuilah bahawa alam adalah nama bagi semua perkara selain daripada Allah terdiri daripada ArasyNya, KursiNya, langitNya, bumiNya, haiwannya, benda pejalnya, yang berkata-kata, yang diam, yang dijadikan, yang ada selepas daripada tidak ada. Ikut Agama Hanif Nabi Ibrahim – dengan pandai mengambil dalil yang betul dalam berfikir 10. Dan dalil tentangnya ialah bahawa telah sabitlah yang alam ini berubah-ubah daripada satu sifat kepada satu sifat yang lain, daripada satu hal keadaan kepada satu hal keadaan yang lain pula, tidak terpisah ianya daripada warna-warni yang berlain-lainan, dan keadaan yang berbeza-beza, peristiwa- peristiwa yang silih berganti, dan apa yang tidak terlepas daripada peristiwa-peristiwa yang terjadi, dan tidak mendahulu daripadanya [oleh sesuatu], melainkan ia benda yang baharu sepertinya pula, kerana tidak terfikir pada akal adanya juzuk-juzuk yang banyak melainkan ia terhimpun atau bercerai-berai, atau ada berdampingan, atau berjauhan, walhal keadaan berhimpun dan bercerai itu adalah peristiwa- peristiwa baharu yang berlaku (hawadith); dan makna pendapat mencari dalil yang demikian ini ada dalam firman Allah berkenaan dengan kisah nabi Ibrahim „alaihissalam, ( ‫ف‬‫ح‬ّ‫ج‬?ٌ1ٍ‫ج‬1ٌٍ ‫وٌ?ورح‬ ?ٌ‫ضسأ‬‫لحي‬ ‫هزٌ?ج‬‫ضسذ‬ ? ) [yang bermaksud]: “Maka apabila menjadi gelaplah malam padanya, baginda melihat bintang, katanya ini Tuhanku”15. Bila baginda melihat kepada bintang, matahari dan bulan itu berubah-ubah dalam sifat-sifatnya, maka baginda mengeluarkan semua itu daripada sifat ketuhanan dengan mengambil dalil jatuh turunnya, menghilangnya, dan berpindah-pindahnya dari satu keadaan kepada keadaan yang lain; kemudian dipanggil perbuatan mengambil dalil tentang perkara itu sebagai hujah dan dikaitkan yang demikian itu kepadaNya [Sendiri]. FirmanNya )? ‫ض‬‫ه‬ٍ 12 Al-An?am.99 13 Al-hasyr.2. 14 Yunus: 101. 15 Surah Al-An?aam: 76. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 6 ‫حجط‬‫أض‬ ?ٌ‫ح‬1‫جذشج‬ ?ٌ‫ح‬1?ٌٍ ?ٌ ?ٌ‫ل‬ ? (ِ? [ertinya]: “Itulah hujah Kami yang Kami kurniakan kepada Ibrahim dalam menghadapi kaumnya”.16 11. Kemudian Ia menerangkan bahawa antara orang yang Ia membawa kepada hidayatNya dan hujahNya ialah orang yang terangkat darjatnya; firmanNya ( ‫شٌ?فغ‬ ‫دضسجحش‬‫شٌ?حء‬ ) [ertinya]: “Kami angkatkan darjat-darjat orang yang Kami kehendaki”.17 Kemudian Ia berfirman kepada RasuNya salla?Llahu „alaihi wa sallam Muka 13
  • 7. [dalam ayat] )? ‫جضرغ‬‫س‬ٍِ‫جذشج‬1‫ح‬ ?ٌ1‫ٌ?فح‬ ( yang bermaksud: “Dan ia mengikut agama Ibrahim yang berada dalam agama tauhid yang asal benar dan murni itu”18 Dan itu mewajibkan kita mengambil dalil sebagaimana beliau mengambil dalil [dalam berfikir]. Dan ketahuilah bahawa apa yang baharu ada itu mesti tidak boleh tidak ada pencipta yang mengadakannya. Dan dalil tentang perkara itu ialah perbuatan mesti ada pembuatnya sebagaimana tulisan itu mesti ada yang menulisnya dan bangunan itu mesti ada pembinanya. Maka mustahil ada tulisan melainkan mesti daripada penulis; itu termaklum dengan pengalaman yang nyata disaksikan secara dharuri, mesti tidak boleh tidak. Dan inilah hukum berkenaan dengan apa yang sepertinya terdiri daripada pelbagai jenis kemahiran dan pertukangan. Demikian pula perkara yang baharu diadakan dalam erti yang demikian itu dari segi tuntutan maknanya ada yang baharu menjadikannya, pembuat dan pencipta[nya]. Allah memberi peringatan tentang perkara itu, firmannya ( ‫ج‬‫خ‬‫مٌ?ج‬ٍ‫غ‬1‫ش‬‫شٌ?ء‬‫أ‬‫ج‬‫خح‬ٌ ‫م‬ٌ ?ْ). Yang bermaksud: “Adakah mereka diciptakan bukan dari sesuatu ataupun mereka yang menciptakan [diri mereka sendiri]?19; maknanya adakah mereka itu diciptakan dengan tidak ada pencipta, atau adakah mereka menciptakan diri mereka sendiri? Maka jelaslah (dengan ini) bahawa penciptaan itu mesti tidak boleh tidak ada pencipta[nya]. 12. Dan ketahuilah bahawa yang mengadakan alam ini [daripada tidak ada kepada ada] ialah Allah jalla jalaluhu dan maha meratalah niamat kurniaNya. Dan dalil tentang itu ialah ia menjadi tetap [benar demikian] pada sisi mereka yang paling awal mempunyai akal tinggi, iaitu bahawa manusia itu dalam hal sempurna kejadian ciptaannya serta sempurna akalnya dan kudratnya ia tidak berupaya untuk menjadikan 16 Surah Al-Nisa?: 125. Banding dengan ayat dalam teks Dr Syeikh Yasin hal.9 ayatnya ( ‫ث‬‫أٌ?ح‬1‫ج‬ ?ٌ‫ح‬1ٌ ‫ه‬‫أ‬ ‫جضرغ‬‫س‬ٍِ‫صذشج‬1‫ح‬ ?ٌ1‫ٌ?فح‬‫(ج‬ yang bermaksud: “Kemudian Kami wahyukan kepada engkau (wahai Muhammad) „Ikutilah agama Ibrahim yang hanif?. (an-Nakhl: 123) 17 Al-An?aam: 83. Mustahak difahami di sini bahawa bukannya nabi Ibrahim alaihissalam itu menyangka betul-betul bahawa itu semua „tuhan?; maksudnya bahawa nabi Ibrahim alaihissalam mengalami mi?raj yang ditunjukkan kepadanya tingkatan-tingkatan „hampir? kepada Tuhan secara darjat cerah cahaya bintang, kemudian darjat cerah cahaya bulan, kemudian darjat cerah cahaya matahari, sehingga kepada darjat yang tinggi sekali itu, maka keluarlah kata-kata dari mulutnya seperti yang diajarkan kepada kita kata-kata dalam doa iftitah waktu sembahyang mulai daripada „wajjahtu…? yang bermaksud „Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan sekalian alam…?.Nabi Ibrahim alaihissalam tidak pernah syirik. 18 Al-Nisa?: 125. 19 Surah al-Tur: 35. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i
  • 8. 7 untuk dirinya sendiri pendengaran, penglihatan, atau mengembalikan anggota badan yang jatuh daripadanya, baik dengan diri sendiri atau dengan bantuan orang lain yang sepertinya, dan pihak yang sebaya dengannya, dan kerana ia tidak mampu menjadikan dirinya sendiri dalam masa keadaan dirinya sebagai air yang hina, sebagai benih yang hanyir, lemah, lebih lebih lagi daifnya itu. Allah berfirman [dalam ayat ( ‫أفشأ‬0‫ط‬‫ح‬ِ‫ض‬ ?ّ? ‫أأ‬‫ضخ‬ ?ٌ‫ط‬‫أ‬ ?ٌ‫م‬ٍ‫ج‬ ?ٌ‫ح‬‫خح‬ٌ ‫م‬ٌ ?ْ) yang bermaksud]: “Adakah kamu lihat apa yang kamu pancarkan [sebagai air mani itu] adakah kamu yang menjadikannya atau Kami yang menjadikan?” 20 Maka Allah memberi peringatan tentang perkara itu, iaitu bahawa anak yang dilahirkan itu bapanya tidak menjadikannya, kerana ia keluar sebagai mani, walhal ia belum ada, dan ia tidak suka, kemudian ia ada, maka teranglah bahawa penciptaan bentuk rupa janin itu dalam rahim daripada mani itu ialah perkara yang berlaku bukan dengan kehendak kita, tidak akan menjadi, maka penciptanya dan pembentuk rupanya ialah Allah. Dan dalil tentang perkara itu ialah firman Allah ( ?? ‫ال‬ ‫ج‬‫خح‬ٌ ‫ك‬ٌ ‫ج‬‫رحسب‬ٌ ‫ج‬‫ٌصٌ?س‬ّ ) [yang bermaksud]: “Dia adalah Allah, Maha Pencipta, Penjadi Yang Awal, Pembentuk rupa”21 Demikian pula firman Allah ( ‫ر‬‫ى‬ٌ ‫ال‬‫ضسذى‬‫خح‬‫ك‬ٌ ‫و‬‫شٌ?ء‬?ٌٍ ?ٌ ?ٌ?ٌ ?ٌ ?ٌ‫فحٌ?رصذ‬‫و‬‫شٌ?ء‬‫ٌ?و‬1ً ) [yang bermaksud] “Itu adalah Allah Pencipta segala sesuatu, maka hendaklah kamu beribadat kepadaNya, Ia pemelihara segala sesuatu”.22 13. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa Pencipta alam adalah kadim, azali, maknanya tidak ada awal bagi wujudNya, dalilnya ialah bahawa kalaulah Tuhan Maha Pencipta itu baharu ada, maka ia memerlukan pula kepada pencipta yang baharu yang lain pula, Muka 14 yang mengadakanNya dan mewujudkanNya, kemudian kalau penjadinya itu baharu ada, maka itu membawa kepada perlu ada penjadi yang satu lagi pula, dan bergantunglah tiap-tiap yang menjadikan itu kalau ia baharu ada dengan penjadi yang sebelum daripadanya, maka itu membawa kepada apa yang tidak berkesudahan, dan wajib dengan itu mustahil adanya pencipta dan makhluk yang dicipta [yang baharu ada itu]. Allah berfirman dalam ayat (?? ‫جلٌ?ي‬‫ٌ?جلخش‬ ) [yang bermaksud]: “Dialah Yang Awal [tanpa Permulaan] Dialah Yang Akhir [tanpa kesudahan]”. 23 Maka Allah azza wa jalla memberitahu tentang wujudNya yang tidak terhenti dan terus menerus berkekalan itu. 14. (Fasal). Ketahuilah bahawa Pencipta alam itu adalah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, sendiri tunggal tanpa yang dua bagiNya. Erti wahdaniyyah pada sifat-sifat Allah itu ialah bahawa mustahil ada padanya pembahagian diriNya kepada juzuk-juzuk dan bahagian-bahagian, secara waham dan takdir [yakni kuantiti banyak atau sedikit]; Ia Tunggal Sendiri dengan Sifat-SifatNya, dan ZatNya, tanpa 20 Al-Waqi?ah: 58-59. 21 Al-Hashr: 24.
  • 9. 22 Al-An?aam: 102. 23 Al-Hadid: 3. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 8 menyerupai makhlukNya, Ia Tunggal SendiriNya terhubung dengan sekalian yang baharu, dari segi Ia sahaja yang mengadakannya, dan mula menciptanya, dan dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa telah sabit dan tetap hakikat bahawa perbuatan dan penciptaan memaksudkan ada pembuat dan tukang mahirnya, yang tidak boleh tidak, dan maha kaya adanya fa?il [yakni pembuat atau pencipta] bagi Pencipta yang tunggal itu, maka Pembuat Yang Tunggal tidak boleh tidak daripadanya, dan apa yang bertambah kepadanya itu menjadi bercanggahan di dalamnya dengan berbilang-bilang, dan saling gugur menggugurkan, [yakni kalau berbilang-bilang maka satu pihak mahukan sesuatu yang satu lagi pula mahukan yang lain maka berlakulah percanggahan dalam alam] kerana tidak ada yang memberatkan bagi sebelah pihak yang berbilang-bilang, atas setengah yang lain [dengan itu ada sistem tersusun dalam alam yang satu ini]. [Berkenaan dengan tidak mungkin adanya dua kuasa atas alam ini] Allah berfirman (?ٌ ‫وح‬‫ف‬1‫ح‬ّ ?ٌ‫أ‬‫ٌ?س‬ٌ ‫جل‬ ‫ال‬‫فذغذضح‬ٌ ) [yang bermaksud]: “Kalaulah ada di langit dan bumi itu tuhan-tuhan [banyak tuhan-tuhan langit dan tuhan-tuhan bumi] selain daripada Allah nescaya binasalah kedua-duanya”.24 Maka Allah menerangkan bahawa kalaulah ada tuhan-tuhan lebih daripada Tuhan yang Esa, maka tidak adalah langit dan bumi, kerana banyaknya tuhan-tuhan itu memestikan adanya berbezaan dan saling sekat- menyekat [antara tuhan-tuhan itu] daripada maksud-maksud [tuhan-tuhan itu masing-masingnya]. Firman Allah ( ‫ا‬‫وا‬ً‫ال‬‫ه‬‫كن‬‫ال‬‫ه‬‫واحذ‬ ) [ yang bermaksud]: “Hanyasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa”.25 26 15. (Fasal). Ketahuilah bahawa Pencipta alam tidak menyerupai sesuatu dari kalangan para makhlukNya, dan dalil tentang perkara ini ialah bahawa persamaan itu memestikan adanya perkongsian dalam semua sifat-sifat dan hukum-hukum [antara sesuatu dengan apa yang sama dengannya itu], kerana hakikat persamaan itu ialah kedua-duanya itu lain pada zatnya, dan harus pula kedua-duanya ada semua perkara-perkara yang harus ada pada rakannya itu, maka ia boleh mengambil tempat rakannya, dan memenuhkan „tempat?nya, maka kalaulah Tuhan Yang menjadikan alam menyerupai makhlukNya maka harus ada padanya sifat-sifat makhlukNya, dan yang demikian itu mustahil, kerana memestikan harus keadaannya baharu ada, [walhal itu mustahil], Muka 15 dan kerana itu bercanggahan [satu dengan lainnya]; maka sabitlah bahawa Tuhan yang menjadikan alam (al-Bari) itu tidak menyerupai makhlukNya, dan makhlukNya tidak menyerupaiNya [pula]; Allah berfirman (1ٌ ‫ظ‬‫و‬‫ث‬ّ‫شٌ?ء‬ ) [yang bermaksud]:
  • 10. 24 Anbiya: 22. 25 Al-Kahf: 110. 26 Kalau dalam kehidupan dan pengetahuan sekarang kita katakan bahawa adanya sistem yang tersusun rapi daripada atom, zarrah dan sub-zarrah hingga kepada planet-planet, daripada sel-sel dan molekul- molekul hingga kepada bimasakti-bimasakti, semuanya tersusun –itu semua menunjukan satu aturan yang menunjukkan pula ada satu Pengaturnya, Tuhan Yang Maha Esa Jalla jalaluh. Dan pengalaman golongan arifin dalam sejarah menunjukkan wujud hakiki yang satu, Allah. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 9 “Tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya”27 Ertinya tidak ada sesuatu yang serupa denganNya. 16. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa had dan penyudahan tidak ada pada Allah taala; dan erti had itu ialah hujung penyudah sesuatu benda dan bahagian akhirnya, dan dalil berkenaan dengan perkara ini ialah bahawa Ia yang tidak ada terbatas permulaanNya maka tidak ada keterbatasan ZatNya, maknanya ialah sesiapa yang tidak ada bagi wujudnya permulaan maka tidak ada bagi zatnya kesudahan; kerana apa yang terbatas itu ada kesudahan [baginya], maka sah diwahamkan padanya ada tambahan dan kekurangan; dan boleh didapati [pula apa] yang sepertinya, maka [kalau demikian] ada baginya kekhususan jenis dari penyudahan dan pembatasan yang sah ada pula yang lebih besar daripadanya atau lebih kecil, [lagi pula kalau demikian itu] memestikan ada baginya apa yang menjadikannya (mukhassis) yang menjadikannya (atau yang mengkhususkannya) atas had dan kesudahan dan kejadiannya atas kadar [tertentu] dan itu membawa kepada baharunya Allah taala - maha sucilah Ia dengan kesucian yang setinggi-tingginya daripada yang demikian itu. Tuhan mustahil ‘aradh atau sifat jisim28 17. (Fasal) Ketahuilah bahawa Allah taala itu bukan jauhar29, bukan jisim, juga bukan sifat bagi jisim (atau bukan ?aradh)30; dan dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa jauhar itu adalah asal kejadian segala sesuatu [dari segi alam benda mengikut teori fizik zamannya31], dan ia yang tersusun daripadanya itu jisim dan daripada itu 27 Al-Syura: 11 28 Bila Ia tidak jisim maka tidak ada padanya sifat-sifat jisim seperti bertempat, memerlukan masa, berpihak (atas bawah belakang hadapan kiri kanan), demikian seterusnya; dengan itu tidak timbul konsepsi „duduk? atas „Arasy, „turun? ke langit dunia, dan lain-lain konsep yang berlawanan dengan itu dari kalangan golongan mujassimah dan musyabbihah, ertinya golongan yang memahami Allah seperti Ia berjisim, atau Ia menyerupai makhluk dalam apa segi sekalipun.
  • 11. 29 Penggunaan „jauhar? dan „aradh? oleh Imam ini berlaku - Allah meredhainya - kerana pada zaman itu sudah timbul penggunaan istilah-istilah itu; maka sebagai imam dalam ilmu dalam berbicara tentang hakikat ketuhanan, ia tidak boleh mengelak, bahkan nampaknya terpaksa menggunaakannya untuk menolak sangkaan yang mungkin timbul bahawa Allah menyerupai makhluk dari segi Ianya jauhar atau aradh (bahasa Inggerisnya „substance? and „accidents?), dengan implikasi-implikasinya; kalau sekarang mungkin kita katakan bahawa Allah bukan „zarah?, bukan „sub-zarah?, bukan „quarks? bukan „gelombang? (waves), bukan „meson?, bukan „baryon? (kalau diperlukan dalam perbincangan) sebab adanya teori yang menyebutkan bahawa segala yang ada ini walaupun kelihatan sebagai „pejal?, boleh diukur, disukat, dan seterusnya, sebenarnya pada paras sub-zarah (sub atomic level) ia „gelombang? atau „zarah?, tidak menentu, kadang-kadang sebagai zarah kadang-kadang sebagai gelombang. Lihat „The Tao of Physics? oleh Fritjof Capra, Flamingo books, Fontana Paperbacks, 10th impression, London, 1985, hal.150. Maka di sisi ahli pengetahuan timbul keperluan kepada pembicaraan sedemikian itu. 30 Lihat bagaimana Imam Syafi?i menggunakan istilah jisim dan „aradh yang pada zamannya ada dalam perbincangan ilmiah. Banding pula dengan kita sekarang. 31 Sekarang dalam teori quantum asal semuanya gelombang atau zarah itu. Dalam laman web terhubung dengan universiti Princeton disebutkan: „quark? (dalam ilmu fizik) secara hipotesis partikel yang sebenar dalam „mesons? dan „baryons?; di sana dianggapkan ada enam „rasa? (flavours) quarks (dan anti-quarks pula), yang datang dalam berpasangan; tiap-tiap satunya ada caj elektrik +2/3 atau -1/3; wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn diakses 11-3-11 11.08 pagi. Dan „baryons? and „mesons? pula asalnya nama yang merujuk kepada „mass? („berat?) dua jenis partikel. „Baryons? ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 10 timbul kata-kata „pakaian jauhari? bila pakaian itu asli. Dan Tuhan Yang Mula menjadikan alam mustahil daripada menjadi tersusun daripadanya sesuatu, sehingga jadilah jauhar sekarang jauhar-jauhar [pula], Ia sunyi daripada [bersifat seperti] sekalian makhluk, gerak, diam, warna-warna, rasa, bau, dan yang lain daripada itu. Dan Ia Qadim, sediakala, maha sucilah Ia daripada perkara-perkara baharu, maka nyatalah bahawa Ia bukan jauhar [dan yang lain-lain yang disebut sebagai benda yang dijadikan daripada alam ini]. Tuhan mustahil jisim 18. Dan mustahil juga bahawa Ia itu jisim32 kerana jisim itu adalah himpunan yang tersusun daripada [bahagian-bahagian atau juzuk-juzuk], dan daripada yang demikian terdapat kata-kata ahli bahasa, “ini jisim” dan ini lebih besar jisimnya daripada yang itu; maka mereka memberi gambaran tentangnya dengan cara bersangatan sifatnya bila banyak susunannya dan himpunannya, dan berlakulah perkara demikian itu dalam kata-kata mereka tentang “ „alim, „aliim, dan lebih „alim [daripadanya]”( ? ‫ح‬?ٌ ?ٌ1ٍ,ُ
  • 12. ‫أ‬ ?ٌ?ٍُ) bila bertambah taalukan ilmunya dengan maklumat-maklumat; dan termaklum bahawa yang alim itu pada asalnya ialah alim tentang ilmu, demikian pula kata-kata pendapat Muka 16 berkenaan dengan jisim. Allah mustahil atasNya sifat-sifat jisim 19. (Fasal) Dan yang tahkik [dalam erti yang sebenar-benarnya berkenaan dengan perbahasan ini] ialah bahawa gambaran sifat bila ia berhak amat bersangatan sifatnya itu dengan penambahan maknanya, maka berhaklah ia sebagai asal gambaran sifat, kerana sebab itu, seperti sifat panjang (tawiil), atwalu (lebih panjang), dan 'alim (mengetahui) dan a'lamu (lebih mengetahui) dan yang sepertinya. Sesungguhnya Allah taala memberi peringatan kepada kita tentang makna ini dalam firmanNya ( ? ‫صجد‬ ‫صذغطس‬‫ج‬ ?ٌ‫ف‬?ٌٌ ‫ٌ?ج‬‫غ‬ُ ‫ج‬ٌ ) [yang bermaksud]: “Dan Allah mengurniakan kepadanya ilmu yang luas dan tubuh badan yang perkasa”.33 Ertinya pada segi kebesaran tubuh badan dirinya walhal Allah taala yang menjadikan alam ini tidak mempunyai juzuk-juzuk dan bahagian-bahagian [seperti bahagian badan makhluk] bahkan Ia Tuhan Yang asal dari perkatan Yunani ertinya „berat? termasuk di dalamnya proton dan partikel-partikel yang lebih berat lagi. „Mesons? dari kata Yunani ertinya „antara? „antara dua? adalah partikel-partikel dengan „mass? (atau „berat?nya) adalah antara berat elektron dan proton. Sekarang nama „baryon? merujuk kepada mana-mana partikel yang terbina daripada tiga „quarks?, seperti proton dan neutron. „Mesons? pula adalah partikel-partikel yang terbina daripada satu quark tergabung dengan satu anti-quark...(dari http://www.britannica.com/EBchecked/topic/54531/baryon diakses 11-3-11 11.12 pagi) 32 Ini menunjukkan Imam ini –Allah meredhainya- sangat tajam pengamatannya tentang bahasa dan perkembangan pengetahuan zamannya. Alangkah baiknya contoh tauladan yang kelihatan pada tokoh utama ini. 33 Al-Baqarah: 247. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 11 Maha Esa sebagaimana Ia berfirman [dalam ayat ( ‫ل‬‫ال‬ ?ٌ?ٌ‫أحذ‬ ) yang bermaksud]: “Katakanlah Ia Allah Yang Maha Esa”.34 Walhal apa yang terhimpun [daripada beberapa bahagian] dan yang tersusun tidak menjadi satu, dan mustahil Ia itu 'aradh [atau sifat seperti sifat pada zat benda] kerana 'aradh itu mustahil padanya sifat baqa? atau kekal atau sedikit kekalnya itu. Kerana makna demikian ini maka Allah berfirman [dalam ayat ( ‫ضش‬0‫ٌ?شض‬ ?ٌ‫صذ‬‫ج‬‫صذ‬ٌ 1‫ٌ?ح‬ ) yang bermaksud]: “Mereka berkehendak kesenangan dunia ini yang sementara ('arad al-dunya?)”.35 Kerana sedikit sahaja sifat baqa?nya itu walhal Tuhan
  • 13. Yang menjadikan alam ini wajib sifat baqa? bagiNya kekal berterusan wujudNya, mustahil tiada. Allah berfirman [dalam ayat ( ‫و‬?ٌ1ٍ‫ٌ?ح‬‫فح‬?ٌ0‫رم‬ ? ? ‫ج‬‫ضسذه‬‫رٌ?ج‬‫جلي‬ٌ ‫ج‬َ ‫ٌ?جلوش‬ ) yang maksudnya] “Tiap-tiap sesuatu di atasnya binasa, walhal Wajah Tuhan kamu kekal, Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan”.36 20. (Fasal) Ketahuilah bahawa gambaran bentuk rupa dan sifat tersusun mustahil atas Allah taala dengan makna yang kami sebutkan pada jisim, dan itu kerana yang mempunyai bentuk rupa itu tidak terkhusus dengan satu bentuk rupa tidak bentuk rupa lain melainkan dengan penentu bentuk rupa yang khusus yang si pembuatnya dan si penciptanya, dan sesiapa yang ada bentuk rupa juga ia makhluk, dan tidak ada kemusykilan lagi padanya, dan kerana rupa bentuk itu tidak menyerupai pembentuk rupa bentuk itu walhal Allah adalah Pembentuk rupa bentuk dan „bentuk rupa?Nya tidak menyamaiNya oleh sesuatupun; firman Allah [dalam ayat ( ) ‫ج‬‫خح‬ٌ ‫ك‬ٌ ‫ج‬‫رحسب‬ٌ ‫ج‬‫ٌصٌ?س‬ّ yang bermaksud] Maha Pencipta Yang Awal Mula Menjadikan, Pembentuk rupa [sekalian makhlukNya]”.37 Mustahil atas Allah warna, kecapan rasa, bau, panas sejuk, dan yang sepertinya 21. (Fasal). Ketahuilah bahawa Allah taala mustahil atasnya warna, penciptaan/ kejadian [seperti makhluk], kecapan rasa, dan bau, panas, sejuk, dan yang sepertinya, kerana ini semua sifat-sifat makhluk yang baharu, dan tanda-tanda penciptaan dan yang disifatkan itu dengan suatu daripadanya itu berserta dengan harus sifat lain daripadanya maka ia tidak terkhusus dengan yang demikian melainkan dengan adanya yang mengkhususkannya, itulah yang menjadikannya dan menciptanya, walhal itu sifat makhluk yang baharu; demikianlah hukum mustahil [atas Allah] itu rasa lazat, sakit, dan sifat-sifat yang lain lagi yang terkhusus ianya Muka 17 bagi makhluk; firman Allah azza wa jalla ( ‫ع‬ ?ٌ‫ض‬1ّ‫ح؟‬ ) [dalam ayat yang bermaksud]:38 “Adakah kamu mengetahui seorang yang sama dengan dia?”. 34 Surah al-Ikhlas: 1. 35 Al-Anfaal: 67. 36 Al-Rahman: 27. 37 Al-Hashr: 24. 38 Maaryam: 65. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 12
  • 14. Allah mustahil bertempat 22. (Fasal) Dan ketahuilah bahawa Tuhan yang mula menjadikan alam ini tidak ada tempat bagiNya. Dalil tentang perkara itu ialah bahawa Allah taala telah ada walhal tempat tidak ada [pada zaman kadim itu], maka Ia menjadikan tempat atau ruang walhal Ia dalam sifatNya yang azali sebagaimana telah adaNya sebelum Ia menjadikan tempat atau ruang itu; maka mustahil Ia berubah pada zatNya dan bertukar pada sifatNya; dan [itu juga demikian] kerana Ia tidak bertempat walhal ada bagiNya „di bawah? jadilah penyudah bagi zat yang terhad, walhal keadaan terhad atau terbatas itu sifat makhluk; maka maha suci atau maha tinggilah Allah daripada yang demikian itu. Allah mustahil bagiNya ada pasangan dan anak 23. Dan kerana makna inilah pula mustahil bagiNya ada isteri dan anak kerana itu tidak boleh berlaku melainkan dengan perhubungan [seperti antara lelaki dan perempuan] dan bersambung dan bercerai, demikianlah pasangan, dan anak pada sifatnya maka itu mustahil bagi Allah. Maka kalaulah dikatakan Allah berfirman ( ‫ج‬‫ش ح‬ٌ?ٍ ?‫ج‬‫جعط‬ ?‫??ش‬ٌ ?? ) [dalam ayat yang bermaksud]: “Tuhan Yang Rahman beristawa atas Arasy”39 maka hendaklah dijawab: “Sesungguhnya ayat ini termasuk daripada ayat mutasyabihat yang mencengangkan dalam jawapan seperti apa yang sama dengannya bagi orang yang tidak mahu memperdalam ilmu berkenaan dengannya iaitu ia mengambilnya sebagaimana datangnya dan tidak dibahaskan lagi tentangnya serta tidak bercakap-cakap tentangnya kerana tidak aman daripada terjatuh ke dalam syubhat dan keadaan seperti gaung [yang berbahaya] kalaulah [orang yang berkenaan] bukannya orang yang dalam dan tetap teguh dalam ilmunya; maka ia wajib beri?tikad bahawa Tuhan yang menjadikan alam itu bersifat dengan sifat yang kami sebutkan itu bahawa Ia tidak dikandung oleh tempat dan tidak berlalu atasnya zaman [ia tidak ada umur], ia suci daripada had batasan, suci daripada kesudahan, maha kaya daripada memerlukan tempat, dan pihak [seperti kiri kanan belakang hadapan], [sebagaimana yang ada dalam ayat (1ٌ ‫ظ‬‫و‬‫ث‬ّ‫شة‬ )yang bermaksud] (tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya)40 dan [dengan itu] ia selamat daripada kebinasaan; kerana inilah maka Imam Malik marah kepada orang yang bertanya tentang ayat ini, lalu jawabnya: istiwa? atau bersemayam itu disebutkan [dalam ayat], kaifiat atau bagaimananya itu tidak diketahui, iman tentangnya wajib, bertanya tentangnya bid?ah. Kemudian katanya: Kalau ia kembali bertanya maka aku akan menyuruh ia dipukul tengkuknya. Allah menjaga kami dan anda semua daripada tashbih [yakni menyamakan antara Tuhan dan makhlukNya]. Allah wajib bersifat dengan Sifat-Sifat Hayat, mengetahui, berkuasa, berhendak, mendengar, melihat, berkata-kata, kekal 39 Taha: 5. 40 Al-Syuraa: 11 ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 13
  • 15. 24. (Fasal). Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan alam itu bersifat dengan sifat Hidup, Mengetahui, Berkuasa, Berkehendak, Mendengar, Melihat, Berkata-kata, Kekal. Dalil tentangnya ialah bahawa perbuatan-perbuatanNya itu teguh sempurna (muhakkamah), paling teliti penuh kemahiran (al- mutqanah), tersusun atas susunan yang paling sempurna dan lengkap, yang menunjukkan bahawa Ia keadaanNya Berkehendak, mustahil atasNya Kecelaan yang menghalang Muka 18 [Nya] daripada sifat Mendengar, Melihat, Berkata-kata, mustahil atasNya sifat-sifat bisu, tuli, buta, dan diam; [wajib atasnya ada sifat-sifat] yang menunjukkan IaNya hal keadaanNya mendengar, Melihat, Berkata-kata, keadaanNya Sediakala, Kekal, Berterusan wujudNya. Firman Allah taala ( ? ‫ض?و‬?ٍ ?‫ج‬‫ج‬ ?‫ح‬ٌ ‫ل‬ ?‫ز‬ٌ0‫??ش‬ّ ) [yang bermaksud]: “Dan bertawakallah kepada Tuhan Yang Maha Hidup, yang tidak mati- mati”.41 Firman Allah taala ( ‫ج‬‫ال‬?ٍ ?‫و‬‫?ش?ء‬‫لذ‬0‫?ش‬ )[ yang bermaksud]: “Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.42 Dan firmanNya dalam ayat( ‫مذ‬ٌ‫خ‬‫م‬ٍ ‫جل‬ ?‫ح‬‫غ?ح‬‫أحغ‬ ?‫ف‬?‫ضم‬0ُ ) [yang bermaksud]: “Sesungguhnya Kami jadikan manusia dalam sebaik-baik kejadian”.43 Dan firmanNya (?‫ف‬ ‫حي‬‫ح‬ّ0‫?ش‬0‫ذ‬ ) [dalam ayat yang bermaksud]: “Ia melakukan apa yang dikehendakiNya”.44 25. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa Tuhan yang menjadikan alam itu Hidup dengan Sifat Hayat, Berilmu dengan Sifat Ilmu, Berkuasa dengan Sifat Qudrat, Mendengar dengan Sifat mendengar, Melihat dengan Sifat Melihat, Berkata-kata dengan Sifat Berkata-kata, Kekal dengan Sifat Baqa?, dan sifat-sifat ini adalah sifat-sifat yang azali, wujud dengan zatNya, yakni bukan sebagai ?aradh atau sifat seperti sifat yang ada pada benda yang baharu, dan bukan baharu ada, Ia telah dan terus menerus ada, bersifat dengan sifat- sifat demikian ini, dan tidak ada sesuatu daripada sifat-sifat makhluk yang menyerupaiNya dalam sifat- sifat demikian, sebagaimana zat-zat makhluk tidak menyerupai ZatNya, Dan dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa tiap-tiap sifat itu sahlah ada zat yang bersifat dengan sifat itu, maka mustahil ada sifat itu tanpa ada zat [yang bersifat dengannya], demikian pula mustahil adanya apa yang disifatkan dengan hukum sifat itu walhal sifatnya tidak ada [yakni bendanya ada tetapi sifatnya tidak ada, itu mustahil]. 26. (Huraiannya). Bahawasanya mustahil ada Qudrat, Ilmu, dan lainnya, daripada sifat-sifat walhal tidak ada Yang Berkuasa, Yang mengetahui, [Yang Mendengar, Yang Melihat dan seterusnya]; demikian pula mustahil adanya yang mengetahui, yang berkuasa, walhal tidak ada qudrat dan ilmu, kerana taalukan tiap-tiap satu daripadanya adalah seperti taalukan rakannya; firman Allah taala ( ‫أ‬‫ذ‬ ?‫ض‬ ?ّ? ): [yang bermaksud]: “Ia menurunkan [Qur?an itu] dengan IlmuNya”45 Dan firmanNya lagi ( ? ‫ح‬ِ‫ض ح‬‫أ‬‫ث‬ ?? ? ‫ل‬‫ضعغ‬‫جل‬‫ذ‬ ?ّ? ) [yang bermaksud]: “Dan wanita itu tidaklah mengandung dari [kalangan] wanita itu dan tidak pula ia melahirkan [anaknya] melainkan dengan 41 Al-Furqan: 58. 42 Al-Ahzab: 27; al-Fath: 21. 43 Al-Tiin: 4. 44 Al-Buruuj: 16.
  • 16. 45 Al-Nisa?: 165. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 14 IlmuNya”.46 Dan firmanNya (? ‫ج‬ ? ?‫ذ‬‫غ ح?س‬ٌ ) [yang bermaksud]: “Dan padaNya ada Ilmu berkenaan dengan Masa Kiamat” 47 Dan firmanNya ( ‫ر?ج‬‫م?ز‬ٌ‫ج‬‫ٌط‬ّ1 ? ) [ yang bermaksud]48: “Dia yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh”. Dan firmanNya ( ? ‫ج‬‫غ‬ٌ‫حء‬ّ‫ذ‬1‫ذأ‬ ?‫ح‬ ?‫ح‬ ?0‫ذ‬ )[yang bermaksud]: “Dan langit Kami binakannya dengan Kekuasaan”.49 Yakni dengan Kekuatan (secara literalnya „dengan tangan- tangan? [yang banyak]); maka Allah mensabitkan bagi diriNya Ilmu, Qudrat, maka wajib kita mensabitkannya bagi DiriNya itu [Sifat-Sifat demikian]. Maka apa yang Ia nafikan bagi DiriNya wajib kita menafikannya pula. Firman Allah taala (0 ‫ذ‬ٍ ?0‫ذ‬ٌ ? ) [yang bermaksud] “Ia tidak melahirkan dan Ia tidak dilahirkan”.50 Kerana menafikan apa yang diisbatkan untuk DiriNya adalah sama seperti mensabitkan apa yang dinafikan olehNya bagi DiriNya pula. Dan itu mustahil; kalau tidak apa pula perbezaan dan tidak didapati jalan berlainan kepada yang demikian itu. Sifat-Sifat Allah Yang Qadim tidak membawa kepada kesyirikan dengan Qadimnya Sifat-Sifat itu, bahkan tetap Ia tauhid dengan ZatNya dan Sifat-SifatNya 27. (Fasal) Kalau dikatakan: Bahawasanya Tuhan yang menjadikan alam itu ada lapan sifat semuanya qadim [sebagai kunci mengenaliNya, walhal sifat-sifat kesempurnaannya tidak terkira], maka anda mengisbatkan berserta Allah lapan perkara qadim, maka yang demikian itu mensabitkan persyarikatan dalam perkara qidam [atau kesyirikan dalam perkara qadim]. Maka hendaklah dijawab: Itu tidak membawa kepada maksud demikian, kerana perkongsian dalam segi qidam demikian itu tidaklah membawa kepada maksud keserupaan dalam semua sifat-sifat sebagaimana yang kami terangkan sebelum ini; dan [yang demikian itu juga] kerana persyarikatan dalam perkara qidam itu kalau ia memestikan berlaku keserupaan maka mesti berlaku persyarikatan dalam perkara baharu maka mesti ia membawa kepada maksud jauhar-jauhar dan jisim-jisim seperti „aradh-„aradh dan sifat-sifat; maka bila tidak sah apa yang kami katakan, maka tidak sah pula apa yang mereka katakan dan apa yang kami isbatkan tentang sifat-sifat Tuhan yang menjadikan ia semua itu sifat-sifat yang ada berserta dengan ZatNya; maka ia [yakni Tuhan dengan ZatNya dan Sifat-SifatNya] bukannya menjadi misalnya seperti sifat-sifat kita yang ada dalam zat-zat kita ini, yang tidak seperti kita sebagai misal-misal seperti zat-zat kita. Hendaklah ini difahami. [Maka tidak timbul syirik sifat-sifat itu dengan Zat Allah, kerana sifat- sifatNya tidak bercerai dengan ZatNya. Maka kemusykilan syirik itu tertolak]. Erti Sifat Hayat dan Sifat Ilmu dan Qudrat Allah 28. (Fasal) Dan ketahuilah bahawa erti Hayat itu ialah sifat yang satu yang azali yang dengannya maka jauhlah Ia [atau sunyilah Ia] daripada [ciri-ciri] perkara-perkara yang mati, bukannya [hidupNya itu] dengan roh, dan bukannya hidupNya itu 46 Fatiir: 11.
  • 17. 47 Luqman: 34. 48 Al-Dhariyat: 58. 49 Al-Dhariyat: 47. 50 Al-Ikhlas: 3. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 15 berhajatkan kepada yang lain daripadaNya seperti [memerlukan kepada] makanan, nafas, dan bukannya menyerupai hidup makhluk; dan makna IlmuNya itu ialah bahawa ia sifat yang azali yang terpisah daripada erti-erti yang bercanggahan dengan ilmu; yang dengannya [Sifat Ilmu itu] Ia mengetahui semua maklumat-maklumat secara menyeluruh dan satu persatu tentang apa yang telah, sedang dan akan ada serta apa yang tidak akan ada dan bagaimana akan adanya. 29. Dan erti Qudrat itu ialah bahawa ia sifat yang azali yang satu yang [kerananya maka] jauhlah [atau sunyilah] Ia daripada sifat lemah yang berkaitan dengan sifat-sifat makhluk yang baharu dengan cara yang sedemikian rupa sehingga tidak ada makhluk yang baharu ini melainkan dengannya [yakni dengan sifat QudratNya itu adanya sekalian yang baharu; dengan itulah maka adanya alam ini]. Sifat Iradah/Iradat 30. Erti Iradah itu ialah bahawa ia sifat yang satu, azali, yang dengannya [yakni dengan Sifat Iradah itu] maka jauhlah [atau sunyilah] Tuhan daripada kekurangan-kekurangan yang menghalangnya [daripada kesempurnaan] dengan Sifat Iradah itu, seperti syahwat keinginan [yang mengganggu IradahNya], kelupaan, dan lainnya daripada perkara yang mustahil berhimpun iradah dengannya, yang bersangkut dengan semua perkara-perkara yang dikehendaki dan dikhaskan dengan waktu-waktunya. [Ertinya IradahNya itu Iradah yang sempurna, tanpa apa-apa kekurangan, tanpa nafsu syahwat yang menggangu, tanpa lupa dan lalai, pendeknya semua sifat-sifat kekurangan tidak ada menyentuh IradahNya yang sempurna itu, apa yang Dia kehendaki jadi, apa yang Ia tidak kehendaki, tidak menjadi, dan terjadinya sesuatu mengikut IradahNya, pada waktu yang dikehendakinya] Sifat Mendengar dan Melihat 31. Dan erti Mendengar dan Melihat [sebagai sifat-sifat Allah itu] ialah bahawa ia dua sifat yang azali, dengan keduanya itu sunyilah Allah daripada pekak dan buta dan kekurangan-kekurangan yang menghalang daripada mendengar apa-apa yang boleh didengar dan [melihat] apa yang boleh dilihat; maka Sifat Mendengar dan MelihatNya itu Muka 20
  • 18. adalah berkenaan dengan semua yang boleh didengar dan semua yang boleh dilihat [ertinya Ia boleh mendengar semua perkara yang didengar dan melihat segala yang boleh dilihat tanpa apa-apa halangan, tanpa apa-apa sifat kekurangan]. Sifat Berkata-kata dan Sifat Baqa 32. Dan erti Sifat Berkata-kataNya itu ialah sifat yang satu, azali, dengannya maka ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 16 sunyi Ia daripada bisu dan senyap tanpa kata-kata dan [juga sunyi Ia daripada] kekurangan-kekurangan yang menghalang berkata-kata. [Syeikh Dr Muhammad Yasin rh memberi huraian berkenaan dengan Sifat Berkata-kata itu dengan kata-katanya: „Ketahuilah - mudah-mudahan Allah memberi hidayat kepada anda - bahawa Kalam Tuhan itu bukan berhuruf dan bersuara, kerana huruf dan suara itu mengandungi harus ada dahulu dan kemudian [dalam berkata-kata dengan huruf dan suara itu], dan itu mustahil pada Tuhan Yang Qadim - Maha Tinggilah Ia - dan apa yang ditunjukkan daripada Kitabullah yang berkaitan dengan Sifat Kalam Tuhan tidak ada akhir baginya, dan KalamNya itu tanpa huruf dan tanpa suara, kerana wajib jauhlah sifatNya daripada berhuruf dan bersuara?51] 33. Dan erti sifat Baqa pula ialah bahawa ia sifat yang satu, azali, yang dengannya maka sunyi Ia daripada apa yang tidak baqa kerana sifat azali dan qadim itu tidak lagi ada fana dan ketiadaan wujud selepas daripadanya; dan dalil tentang tauhid sifat-sifatNya itu ialah kalaulah ada dari tiap-tiap jenis [sifat Tuhan itu] lebih daripada satu [katakanlah ada dua qudrat, dua atau tiga iradat dan seterusnya] maka itu membawa kepada pengkhususan [penentuan mana-mana satu antara yang banyak itu] dan itu menjadi dalil bagi makhluk yang baharu pula, dan tidak selamatlah orang yang berpendapat begitu daripada saling bercanggahan [dalam pendiriannya yang berlawanan dengan mantik itu] kerana setengah daripada yang berlawanan itu tidak lebih utama daripada yang lainnya. [Dengan itu maka mustahil banyak sifat dalam mana-mana jenis sifat Tuhan dan sabit atau tetaplah tauhid bagi sifat-sifat Tuhan itu]. 34. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa Sifat Berkata-kata Tuhan yang menjadikan alam itu ialah bahawa itu sifat yang qadim dan azali yang wujud berserta dengan ZatNya, dan itu bukan makhluk, bukan baharu ada, dan sesiapa yang mengatakan ia makhluk ia kafir tidak boleh tidak lagi. KalamNya atau Berkata- KataNya itu termaktub dalam mushaf-mushaf kita, dihafal dalam kalbu kita, dibaca oleh lidah kita, dibaca dalam majlis-majlis kita, didengar dengan telinga kita, walhal ia bukan tulisan [itu], bukan hafalan, bukan bacaan, bukan tilawat itu. Bukan pendengaran itu, kerana itu semua baharu ada, daripada tidak ada, walhal Kalam Tuhan qadim. Sebagaimana Tuhan yang menjadikan alam itu [qadim, walhal KalamNya] tertulis dalam kitab-kitab kita, termaklum dalam hati kita, disebut pada lidah kita [seperti dalam zikir dan lainnya], walhal zat Tuhan Yang menjadikan alam itu sendiri bukan tulisannya, dan
  • 19. 51 „Al-Kaukab al-Azhar?, hal.76. Kalau hendak diperhatikan lagi sifat ini, mungkin boleh disebut bahawa memang bahawa Kalam Ilahi tidak berhuruf dan bersuara kerana ia mesti menyalahi kalam makhluk. Maka bila ia diturunkan ke alam dunia ini untuk umat manusia, ia turun dalam „acuan? bahasa Arab untuk difahami oleh manusia yang beriman. Dengan ia diturunkan ke alam dunia ia dimasukkan ke dalam „acuan? bahasa Arab; bila dibaca dan ditulis serta dihafal maka terdengarlah bunyi lafaz-lafaznya dan terlihatlah huruf-hurufnya, serta diingatlah bacaannya, kerana ia dalam „acuan? bahasa Arab. Tetapi sifat asalnya sebagai kalam Tuhan tidak seperti kalam manusia tidak berubah; ia sama misalannya seperti air dalam gelas, kelihatan berwarna biru kerana gelas berwarna biru, tetapi hakikat air yang asal tanpa warna itu kekal seperti asalnya. Demikianlah Quran berbahasa Arab itu kelihatan „Arabnya? pada tulisannya dan bunyinya kerana ia dalam „acuan? bahasa Arab itu (yang bagaimanapun menunjukkan kepada kalam Ilahi yang asal tanpa huruf dan suara). Tetapi sifat asalnya kekal tidak berubah sebagai kalam Ilahi; sama seperti air yang tidak berubah walaupun ada dalam gelas itu. Sebab itu ulama menyatakan bahawa walaupun Quran itu ditulis atas Mushaf, dihafal di dada, dibaca oleh lidah manusia, ia adalah Kalam Ilahi yang tidak berhuruf dan bersuara pada sisi Tuhan; itu kekal tidak berubah. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 17 zikir itu. [Ringkasnya Quran yang ditulis dalam bahasa Arab itu, dihafal dan dibaca itu menunjukkan kepada Kalam Tuhan yang qadim dan azali; sebab itu tidak boleh dikatakan Quran itu makhluk, sebab ia daripada Kalam Tuhan]. 35. Dan dalil tentang kalamNya itu qadim ialah firmanNya ( ‫ج‬?ّ ‫ح‬‫أ‬‫?ش‬ِ‫جرج‬‫أسجد‬‫?ش‬1‫ث ح‬‫أ‬ 0 ‫م?ي‬‫و‬‫ف‬1‫ى‬ ?ْ) [yang bermaksud]: “hanyasanya perintahNya itu ialah bila Ia mahu mengadakan sesuatu Ia berkata [kepadanya] jadilah [kamu] maka jadilah [benda itu]”.52 Maka Tuhan mensabitkan bahawa makhluk itu ditujukan kata kepadanya „kun? maka kalaulah itu makhluk, maka jadilah kata kepadanya itu „kun?; dan itu jadi membawa kepada bersambung tiap-tiap kata dengan kata yang lain sampai kepada tiada kesudahan dan itu membawa kepada terbatal kata itu. Maka bila yang demikian itu terbatal wajiblah hal keadaan kata Allah itu azali bukan makhluk, bukan baharu ada53. Dan [yang demikian itu juga begitu] kerana yang hidup yang tidak sah atasnya percakapan tidak sah pula ia sunyi daripada kekurangan-kekurangan yang mencegah daripada percakapan seperti seorang daripada kita. Dan Tuhan Yang menjadikan alam ini subhanahu wa taala Maha Hidup sah bahawa Ia berkata-kata dan kecacacatan-kecacatan yang mencegah daripada percakapan mustahil atasnya; maka sabitlah bahawa Ia terus menerus dalam Berkata-kata dan KalamNya itu Muka 21 Qadim. Tuhan MelihatNya Sendiri Dan Mu’minin melihatNya Dalam Syurga
  • 20. 36. (Fasal) Dan ketahuilah bahawa Allah subhanahu wa taala melihat DiriNya sendiri terus menerus tanpa henti-hentinya tanpa bersambung dengan cahaya dan tanpa berhadapan dan harus bagi makhlukNya melihatnya secara akal kerana Ia maujud dan tiap-tiap yang maujud lebih sah ia boleh dilihat; bahkan wajib orang-orang yang beriman melihatNya pada Hari Kiamat melalui jalan khabar [melalui riwayat dalam Qur?an dan hadith] dengan pandangan mata kepala mereka dan orang-orang kafir tidak [melihatNya]. Maka sesungguhnya harus (yakni mungkin) Ia diketahui melalui akal dan yang wajibnya ialah Ia tidak diketahui melainkan melalui khabar [dalam Qur?an dan Sunnah]54. Dan sesiapa yang melihatNya dari kalangan mu?minin dari makhlukNya maka ia melihat itu berlainan daripada perkara-perkara [lain] yang dilihat dan perkara-perkara 52 Yaasiin: 82. 53 Ertinya Kalam Tuhan dan perintahNya bukan makhluk; maksudnya ialah bila Ia kehendaki sesuatu itu berlaku, maka ia berlaku tanpa ada perancangan seperti perancangan makhluk. Ia terus berlaku; dan bukannya Tuhan bercakap „Kun? dalam Bahasa Arab kepada sesuatu itu, maksudnya apa yang ada dalam ilmuNya bila Ia kehendaki terjadi, teruslah perkara itu terjadi, atau teruslah sesuatu itu berlaku dengan tidak ada senggang masa sedikitpun antara kehendakNya dan terjadinya perlara itu. 54 Yakni wajib kita mengetahui Tuhan melalui dalil Qur?an dan Sunnah. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 18 [lain] yang diketahui55. Dan dalil [tentang yang demikian] ialah firmanNya ( ? ?‫ج‬0‫ثز‬ِ ? ‫ح?ظشز‬‫ج‬?ٌ‫سذ?ح‬‫ح?ظشز‬ ) [yang bermaksud]: “Pada hari itu muka [orang-orang mu?min] berseri-seri kepada Tuhannya mereka melihat”.56 Dan memandang itu bersekali dengan sebutan tentang „Wajah? selepas daripada huruf al-jar [‫ج‬ ?ٌ] yang dari segi bahasa tidak boleh dimaksudkan melainkan dengan erti melihat secara pandangan dengan mata; dan firman Tuhan ( ‫سخ‬‫أس‬‫أ‬ ??‫ظ??ش‬‫ج‬1ٌ‫ه‬ ) yang memberi khabar tentang nabi Musa [dalam ayat yang bermaksud]: “Tuhan, berikan hamba melihat kepada Engkau”57 maka kalaulah memandang kepadaNya itu mustahil tentulah nabi pilihanNya dan Rasul yang ditujukan KalamNya itu tidak akan meminta kepadaNya kerana itu membawa kepada erti kejahilan Musa terhadap Sifat-Sifat Tuhannya dan ini termasuk perkara yang tidak harus berlaku pada anbiya dengan sepakat ulama58; [ini juga begitu hukumnya] kerana apa yang mustahil dalam hubungan dengan memandang kepada sesuatu yang maujud mustahil pula dalam hubungan dengan taaluk ilmu tentang yang maujud seperti tidak ada, yakni apa yang mustahil dipandang dalam ia maujud mustahil ia diketahui dalam ia maujud; dan Tuhan Yang menjadikan diketahui maujud seperti maujud-maujud yang lain, dan kerana Tuhan yang menjadikan itu sah ia boleh dilihat dengan ittifak [ulama] walhal kita bukannya dalam berhadapan denganNya maka sah kita melihatNya walhal Ia bukan berhadapan dengan kita.
  • 21. [Dalam syarahnya berkenaan dengan hal ini Syeikh Yasin rh menulis „Antaranya (yakni ayat-ayat berkenaan dengan memandang kepada Allah) ialah firmanNya ( ‫ل‬ ‫ضذسو‬‫جلذصحس‬?? ?0‫ذسن‬‫جلذصحس‬‫ج‬ ?? ?‫ٌط‬ٍ ٌ1‫ف‬‫ج‬‫خر‬ٌ1‫?ش‬ ( ) yang bermaksud „Dia tidak dapat dicapai oleh pandangan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui dengan mendalam? (al-An?aam: 103); maka terang nyata bahawa semua pandangan mata tidak dapat mencapaiNya; yang boleh difaham daripadanya ialah setengahnya dapat mencapainya. Allah telah menerangkan bahawa ada pihak yang mencapaiNya dan ada pihak yang tidak dapat mencapainya. Allah berfirman ( ? ?‫ج‬0‫ثز‬ِ ?‫ح?ظشز‬‫ج‬?ٌ‫سذ?ح‬‫ح?ظشز‬ ( ) [yang bermaksud: Pada hari itu muka-muka [orang-orang mukminin] berseri-seri, melihat kepada Tuhannya?, sesungguhnya wajah-wajah yang berkerut suram tersekat daripada memandang kepada Tuhan sebagaimana yang dibezakan antara dua golongan manusia dalam firmanNya ( 0? ‫ضر‬1‫ٌط‬ ? ‫?ضغ?د‬ ?‫ج‬‫?ج‬ ?? ) (ali ?Imran: 106) [yang bermaksud]: Pada hari itu setengah wajah kelihatan putih dan setengahnya hitam?. Maka wajah-wajah yang hitam itu terhalang [daripada melihat]Nya, dan wajah- wajah yang putih bergemilang bercahaya melihat kepadaNya. Kemudian Nabi salla?Llahu ?alaihi wa sallam mengkhususkan kepada para sahabatnya perkara khas ini dan sabdanya [maksudnya]: Sesungguhnya kamu 55 Yakni Tuhan yang dilihat itu lain daripada perkara-perkara lain yang dilihat; demikian pula Ia diketahui walhal Ia berlainan daripada perkara-perkara lain yang diketahui. Ini kerana Ia menyalahi atau berlainan daripada sekalian makhluk. 56 Al-Qiyamah: 22-23. 57 Al-A?raaf: 143. 58 Yakni tidak mungkin seorang nabi jahil; maka bila Musa alaihissalam sebagai nabi memohon perkara itu maka itu menunjukkan ia mungkin berlaku. Hanya melihat Tuhan bagi orang mukminin berlaku dalam akhirat di Syurga. Ringkasnya orang-orang yang beriman melihat Tuhan dengan mata kepala mereka dalam Syurga di akhirat nanti. Allahumma amin. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 19 akan melihat Tuhan kamu pada hari Kiamat sebagaimana kamu melihat kepada bulan malam purnama ...? riwayat al-Bukhari dan lainnya. ]59 Sifat Iradat Tuhan 37. Dan ketahuilah bahawa apa yang dikehendaki Allah hal keadaannya mestilah jadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah jadinya maka mustahil ia jadi; dan tidak harus akan berlaku melainkan apa yang dikehendaki [olehNya]. Dan dalil tentang perkara itu ialah ramai sekali Muslimin [bahkan semua
  • 22. Muslimin] yang berpegang kepada pendapat bahawa apa yang dikehendaki Allah jadi dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak menjadi; dan firmanNya ? ‫ح‬ِ0‫شحؤ‬‫جل‬‫أ‬0‫ش حء‬‫ال‬ ( ) [yang bermaksud]: “Dan mereka tidak menghendaki melainkan bila dikehendaki Allah”.60 Dan firman Allah ( ‫ف‬?ٍ ‫ش حء‬‫?ذجو‬ٌ‫أج‬?ّ1 ? ) dalam ayat [yang bermaksud]: “Maka kalau Ia kehendaki Ia memberi hidayat kepada kamu semuanya”[tambah nota kaki Al-An?aam:149 ]. Mudah-mudahan [masukkan ayat teks Quran Ibrahim:27]”Allah memberi ketetapan Muka 22 kepada mereka yang beriman dengan kata-kata yang teguh tetap (yakni kalimah tauhid „la ilaha illa? Llah?) dalam hidup dunia ini”61 Maka Ia menetapkan bahawa hidayat dan membiarkan sesat itu kedua- duanya itu daripada Allah taala dan dalam kadar ini daripada ayat-ayat [demikian] maka cukuplah [untuk kita memahami hal ini], kerana Qudrat Kuasa Tuhan yang menjadikan alam itu qadim yang meliputi semua ketentuan-ketentuan, yang tidak boleh keluar daripada apa yang ditentukan itu dalam QudratNya. 38. Maka kalaulah berlaku dalam kekuasaanNya dan itu memesti termasuk semua perkara yang ditakdirkanNya, dan masuk kekurangan dalam QudratNya , itu mustahil pada sifatNya; maka jelaslah mustahil adanya apa yang tidak dikehendaki hal keadaannya [oleh]Nya, dan kerana [sebagai contohnya] kalaulah Ia kehendaki dari Fir?aun itu keimanan walhal ia mengetahui apa yang sebaliknya, nescaya [jadilah pula] Ia menghendaki menjadikan jahil diriNya sendiri dan menjatuhkan diriNya daripada martabat ketuhanan, itu mustahil bagi sifat Allah taala. 39. (Fasal). Kalaulah dikatakan [dalam pertanyaan orang]: “Adakah anda semua mengatakan bahawa Allah azza wa jalla menghendaki kufur, pembunuhan, dan lain-lain kemaksiatan itu”, maka kami katakan [kata Imam Syafi?i]: Kami tidak mengatakan perkara demikian itu secara mutlak begitu, kerana itu mewahamkan kesilapan, tetapi Kami katakan: semua yang berlaku itu dalam kekuasaanNya dan dengan iradah dan kehendakNya; maka masuklah semua itu dalam semua perkara-perkara makhluk yang baharu ada [dan berlaku]; dan itu adalah sebagaimana yang kita katakan tentang Tuhan pencipta yang menjadikan makhluk: Wahai Tuhan yang 59 Al-Kaukab al-Azhar hal.81. 60 Al-Insan: 30. 61 Ibrahim: 27. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 20 menciptakan makhluk! Kita tidak mengatakan: Harus kita kata: Wahai Tuhan yang menjadikan kera, anjing, jengking kala, ular, walaupun semua itu makhluk Allah taala; demikian pula di sini. Adapun untuk
  • 23. kita kita mengatakan: Sesungguhnya Allah ta?ala menghendaki apa yang berlaku daripada kekufuran, kemaksiatan, walhal Ia mencegahnya, mengenakan hukuman azab kerananya, wajib kita mengelakkan daripada mewahamkan kesilapan [berhubungan dengan Tuhan] sebagaimana wajib kita mengelak daripada mewahamkan kesilapan daripada kesalahan itu sendiri. 40. (Fasal) Ketahuilah bahawa Allah menjadikan usaha para hambaNya dan Ia mengadakannya daripada tidak ada kepada ada, dan Ia menjadikan itu usaha-usaha bagi mereka, dengan Ia menjadikan bagi mereka kudrat bersekali dengannya, dan hamba pula adalah orang yang mengusahakan bukan pencipta amal itu, dan Tuhan yang menjadikan Ia pencipta bukan yang mengusahakannya. Dan erti mencipta itu ialah mengadakan daripada tidak ada kepada ada; dan erti usaha itu ialah apa yang berkait dengan kudrat yang baharu ada [dalam berlaku perbuatan itu]. Dan dalil tentangnya ialah firman Tuhan ( ‫أ‬‫?ج‬ٍ ?‫ج‬ ‫ل‬‫ششوحء‬ٌ‫خ‬‫م?ج‬ٍ ‫وخ‬‫م‬ٍ ? )[dalam ayat yang bermaksud]: “Adakah kamu menjadikan bagi Allah itu sekutu- sekutu yang dapat mencipta seperti ciptaanNya?”62 Muka 23 Maka Ia menerangkan bahawa tiap-tiap makhluk itu Allah-lah yang menjadikannya, tidak ada pencipta selain daripadaNya. Allah azza wa jalla berfirman ( ‫ح‬ِ ?‫أض?رذ‬‫ض‬‫?ال‬ ?‫ح?ٌط‬‫خ‬‫م ى‬ٍ ‫ح‬ِ ?‫ض‬ ? ?ّ) [yang bermaksud]: „Adakah kamu menyembah apa yang kamu pahatkan walhal Allah adalah Yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan?”63. Maka [dalam ayat ini] Allah memberitahu bahawa Ia pencipta amalan kamu sebagaimana Ia adalah pencipta diri kamu sendiri; [yang demikian ini ialah] kerana termasuk ke dalam syarat pencipta sesuatu ialah ia mengetahui tentang apa yang ia ciptakan itu; maka kalau si hamba itu pencipta bagi usahanya itu dan fiel perbuatannya, maka ia mengetahui bilangan gerak-gerinya dan diamnya dan lain-lain gambaran usahanya yang kembali kepada dirinya itu, dan bila kembali kepada dirinya dan diketahui secara dharuri bahawa ia tidak mengetahui itu semua, maka sabitlah bahawa Pencipta ialah Allah ta?ala; maka dalam maksud dan erti inilah terdapat firman Allah (? ‫أ‬ ‫عش?ج‬‫ى‬ٌ ?‫ل‬‫جج??ش?ج‬ ?‫أ‬‫ذ‬ ? ) [yang bermaksud]: “Sembunyikanlah kata-kata kamu atau jadikanlah ia terang nyata”.64 Maka nyatalah bahawa Pencipta tidak boleh tidak mesti mengetahui apa yang diciptakannya, kerana kalaulah sah adanya penciptaan dari pencipta yang tidak mengetahui apa yang diciptakannya, maka sahlah adanya perbuatan daripada orang yang tidak mengetahui pada pokoknya, maka itu membawa kepada terbatalnya sifat keTuhanan, maka yang demikian itu mustahil. Maka bila sabitlah yang demikian itu, bahawa usaha-usaha para hamba itu semuanya makhluk Allah; yang demikian itu ditunjukkan oleh orang Salaf kepada anda bahawa 62 Al-Raa?d: 16. 63 Sad: 95. 64 al-Mulk: 13. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 21
  • 24. tidak ada Pencipta melainkan Allah sebagaimana mereka sebutkan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.65 41. (Fasal). Ketahuilah bahawa hamba itu berupaya untuk menjalankan usahanya secara boleh memilihnya tanpa ia digagahi melakukannya. Dan dalil berkenaan dengan yang demikian itu ialah bahawa seseorang itu bila ia kembali kepada dirinya maka ia membezakan antara gerak-geri yang berlaku secara tergagah (harakah al-irti?ash) dan gerak geri secara pilihan; maka sesiapa yang menentang yang demikian ini ia menolak apa yang dharuri yang semestinya berlaku, maka tidak ada faedah bercakap-cakap dengan orang yang seperti itu. Maka kalaulah kudrat yang baharu itu tidak bersekali dengan gerak-geri yang dipilih, maka kerana apa ada perbezaan antara dua gerak itu; maka teranglah bahawa satu daripada dua gerak itu usaha baginya dan yang satu lagi itu bukan usahanya; dan sabitlah bahawa hamba itu mengusahakan [amalannya] tidak dipaksa [melakukannya], juga ia tidak pencipta [amalannya]; maka terbatallah pendapat golongan Qadariyyah66 dan Jabariyyah dan sahlah pendapat Ahlissunnah sebagai satu mazhab antara dua mazhab itu. 42. (Fasal). Ketahuilah bahawa kudrat si hamba itu dipanggil sebagai „istita?ah? atau kemampuan dan ia berserta Muka 24 dengan usaha bukan sebelum dan selepasnya [yakni bukan sebelum atau selepas usahanya itu]. Dan dalilnya ialah firman Allah ( ‫ج‬‫ضغطط‬ ?‫ه‬1‫غ‬‫صرشج‬ ??ِ ) [yang bermaksud]: “Dan sesungguhnya engkau tidak mampu bersabar berserta dengan saya”67, kerana keupayaan (istita?ah) bila anda mendapatnya maka tidak sunyi daripada sama ada sah ada perbuatan berserta dengannya atau tidak sah (mustahil) [ada perbuatan]; maka bila sahlah ada perbuatan berserta dengan adanya keupayaan itu, maka itu pendapat kami, maka kalau tidak mungkin adanya fi?il berserta dengannya [yakni berserta dengan keupayaan itu], maka tidak sunyilah istihalah atau kemustahilan itu sama ada dengan ain keupayaan itu sendiri atau ain perbuatan itu, [yakni kalau mustahil tidak ada perbuatan itu maka itu kerana tidak ada perbuatan atau tidak ada kemampuan itu sendiri,] atau waktu [yang berkenaan], maka terbatallah ada istihalah atau ketidakmungkinan itu dengan ain keupayaan itu sendiri, kerana kalau demikian tidak harus adanya perbuatan baginya seperti maut dan kelemahan, dan batallah pula ia itu dengan ain fi?il perbuatan, kerana kalau ia dengan ain 65 Huraian dan cara memberi dalil yang teliti yang ditunjukkan oleh Imam Syafi?i tentang hakikat bahawa Pencipta semuanya ialah Allah, sampai amalan manusia pun Allah yang menciptanya, manusia adalah yang mengusahakannya. Dengan ini dijelaskan erti pencipta dan erti pengusaha atas amalan. 66 Golongan Jabariah yang menganggap manusia tergagah, tidak ada pilihan ikhtiar, dalam perbuatannya; ia seperti bulu ayam ditiup angin, pergi ke mana sahaja ia ditiup; Qadariah ialah golongan yang menganggap ia yang membuat usahanya, bertanggungjawab sepenuhnya tentang perkara itu; Ahlisunnah berada antara dua aliran itu, bukan Qadariah dan bukan Jabariah. Ahlissunnah beranggapan amalan manusia diciptakan oleh Tuhan, manusia melakukan usahanya; ia bertanggungjawab atas usahanya. Usaha yang baik membawa balasan yang baik usaha yang jahat membawa kepada balasan yang jahat.
  • 25. 67 Al-Kahf. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 22 perbuatan tidak harus hasil jenisnya langsung, sebagaimana dalam perkara yang awal itu, kerana tidak harus adanya perbuatan, dan batallah [pula] istihalah itu dengan waktu kerana waktu itu dari jenis waktu yang awal itu; maka kalaulah ia tidak mungkin dalam waktu yang awal, maka ia tidak mungkin pula dalam waktu yang kedua, dan kerana kalaulah kudrat itu terdahulu ada atas waktu itu, maka sahlah wujud fi?il perbuatan itu di dalamnya, kalau batallah bahagian-bahagian ini maka sahlah dan sabitlah bahawa keupayaan (istita?ah) itu berserta dengan perbuatan bukan sebelum daripadanya bukan [juga] kemudian daripadanya; dan [ini juga] kerana keupayaan (istita?ah) itu ?aradh, maka mustahil ia kekal kepada yang kedua hal wujud [istitaah] itu, maka sabitlah bahawa ia berserta dengan perbuatan.68 43. (Fasal) Ketahuilah bahawa keupayaan yang satu itu tidak sesuai dengan dua perkara yang berlawanan; keupayaan iman tidak sesuai dengan kufur, dan keupayaan kufur tidak sesuai dengan iman; maka keupayaan iman dan taat itu taufik daripada Allah, ta?yid (pengekuatan) dan pertolongan (nasr) serta keupayaan (istita?ah) kufur adalah kesesatan (khudhlan), penjauhan, dan istita?ah maksiat yang lain daripada kufur itu adalah keharaman [daripada mendapat rahmat Ilahi-uem]. Dalil tentangnya ialah firman Allah ( ‫فل‬0‫غطط‬1‫عر‬ ??1‫ل‬ ) [yang bermaksud]: “Maka mereka tidak berupaya untuk mendapat jalan [kepadanya]”69 iaitu mereka tidak berupaya mendapat jalan kepada hidayat; maka itu menunjukkan bahawa istita?ah hidayat berserta dengan hidayat, dan [juga] kerana telah sabitlah dan tetaplah kenyataan bahawa istita?ah atau keupayaan itu berserta dengan amal perbuatan, maka sabitlah ia tidak sesuai bagi dua perkara yang berlawanan, kerana mustahil berhimpun Muka 25 dua perkara yang berlawanan bersama-sama. 44. Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Mula menjadikan [alam] Maha sucilah Ia, berkuasa untuk mengadakan islah (kebaikan) dan yang aslah (atau yang lebih baik lagi) daripada apa yang dibuat, dan berkuasa untuk menjadikan [sesuatu yang] halus dan lebih halus lagi itu, daripada apa yang dilakukan, tanpa kesudahannya, dan berkuasa [pula] melakukan tindakan atas yang kuffar dengan layanan latif, lemah-lembut, yang kalau Ia lakukan [yang latif] dalam hubungan dengan mereka, mereka beriman pada waktu itu, dan kalau Ia lakukan yang demikian [dengan yang bersifat latif itu] dengan mereka yang beriman pula, maka mereka akan menjauh diri daripada kemaksiatan. [Ringkasnya tidak wajib Allah melakukan yang baik dan yang lebih baik, itu semua harus bagiNya, bukan wajib atau mesti atasNya]. 45. Dan dalil tentang perkara itu ialah bahawa apa yang sah daripada fi?il perbuatan hal keadaannya dan hal ia baharu adanya (huduth)nya, itu mewajibkan adanya Tuhan Yang Maha Mengadakan yang berkuasa atasnya, kerana wajibnya ada hal keadaan apa-apa yang ditentukan takdirkanNya tanpa
  • 26. kesudahan, dan wujudnya iman dari kuffar harus, dan terjaganya (ismahnya) orang-orang mukmin daripada 68 Lihatlah bagaimana mantiknya percakapan dan hujah Imam Syafi?i ini - Allah meredhainya. Amin. 69 Al-Isra?: 48. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 23 dosa-dosa sahih wujudnya, maka wajib adanya Tuhan Maha mengadakan yang bersifat dengan sifat qudrat atas yang demikian itu, dan tidak ada kesudahan [pula] bagi yang aslah dalam apa-apa yang ditakdirkanNya70, walhal golongan Mu?tazilah mengingkari perkara yang demikian itu. [kerana mereka berpegang kepada pendapat wajib Tuhan melakukan apa yang baik dan yang lebih baik lagi. Dalam Ahlisunnah itu harus, bukan wajib, terletak pada sifat Rahmat dan Kasihan Belas Tuhan]. 46. (Fasal) dan ketahuilah bahawa tidak wajib atas Tuhan Yang Maha mengadakan untuk melakukan sesuatu langsung berhubung dengan makhluk[Nya], kalau Ia kehendaki Ia menjadikan, kalau Ia tidak kehendaki Ia tidak menjadikan makhluk, [kalau] Ia mengurniakan niamat atas mereka, itu adalah dari kemurahan pemberian daripadaNya, kalau Ia menguji mereka dengan pelbagai jenis bala, maka itu adalah keadilan daripadaNya, kerana Ia Pemilik sekalian zat-zat [yang ada dalam alam ini sekalian nya]; Ia melakukan apa yang dikehendaki dalam kerajaan pemerintahanNya, tidak ada bangkangan atasNya tentang apa yang diuruskanNya, tidak ada hukuman atas apa yang ditentukanNya, kalau ia kehendaki Ia kurniakan niamat, kalau Ia kehendaki Ia mengenakan hukuman, Ia melakukan apa yang dikehendakiNya, dan menghukumkan apa yang dikehendakiNya [pula].71 47. Dan dalil tentang perkara itu ialah bahawa hakikat wajib itu ialah perkara yang ditinggalkan memestikan ada hukuman akibatnya dan itu mustahil dalam hubungan dengan Sifat-Sifat Tuhan; [dan lagi yang demikian ialah] kerana perkara yang wajib itu memestikan pihak yang mewajibkan, ada suruh, dan ada Pemerintah Yang Mewajibkan atas pihak yang dikenakan perintah itu, dan mustahil ada pihak yang mengatasi Tuhan Yang Maha Mengadakan, maka itu mewajibkan atasnya apa yang berlawanan dengan pendirian golongan Mu?tazilah [kerana pada Mu?tazilah wajib Allah melakukan apa yang baik dan apa yang lebih baik]. 48. (Fasal). Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Maha Mengadakan itu menjadikan makhluk bukannya untuk menolak kemudaratan [daripada DiriNya] dan bukan juga untuk mendatang kemanfaatan kepadaNya, bukannya dengan sesuatu sebab atau 70 Maksudnya ialah: Allah melakukan perbuatanNya, maka adalah perbuatan itu, dan Ia berkuasa atas apa yang diadakannya itu, dengan itu ada pula ketetapan-ketetapan takdir dariNya atas sekalian makhluk. Itu semua tidak ada kesudahannya; kemudian dalam susunan tadbir Tuhan itu harus orang kafir beriman, harus orang mukmin terkawal daripada dosa, itu semua adalah dalam Kudrat Kuasa
  • 27. Tuhan, tidak ada kesudahan tentang ketetapan-ketetapan takdirNya, dan tidak ada kesudahan tentang apa-apa yang lebih baik itu, tetapi golongan Mu?tazilah menganggap Tuhan wajib melakukan yang islah dan aslah, yang baik dan yang lebih baik lagi; pada Ahlisunnah itu harus, bukan wajib atas Tuhan, terserah pada Sifat Kasihan belasNya atau KebijaksanaanNya. 71 Ertinya Allah harus mengadakan makhluk atau melakukan sesuatu berhubungan dengan makhluk, bukan wajib atasNya. Kalau Ia kurniakan niamat itu dari kasihan BelasNya, kalau Ia uji makhluk dengan bala bencana, itu dari keadilanNya. Kalau ia menghukum itu kerana KeadilanNya; kalau ia memberi balasan baik, itu kerana sifat kasihan BelasNya. Demikian seterusnya. Tidak ada yang wajib atasNya, kerana siapakah yang hendak mewajibkan atasNya sesuatu? Dia memiliki segala-galanya. Dengan itu tidak timbul Ia menzalimi pihak lain itu, sebab dari segi Malik yang mutlak penuh Dia sahaja yang mempunyai Malik. Dan apa yang Ia lakukan adalah berpatutan sebab Ia Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Dengan itu tidak berlaku kezaliman pada tadbirNya kerana semuanya milikNya; tidak ada yang boleh menyoal tentang tadbirNya, sebab semuanya dalam milikNya. Tidak ada yang mengatasiNya. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 24 kerana, bahkan Ia mengetahui apa yang ada pada azali lagi, bahawasanya Tuhan Yang Maha Tinggi Muka 26 menjadikan mereka [semua], dan menghendaki penciptaan mereka, maka Ia menjadikan mereka semua sebagaimana yang diketahui, maka apa hikmat yang paling matang sekali, lebih daripada mengadakan yang termaklum itu, dan apa yang dikehendakiNya. Dan dalil tentang yang demikian itu, ialah kalaulah Ia menjadikan makhluk itu kerana sesuatu kerana [kepentingan] maka jadilah kerananya itu tidak sunyi daripada ianya kadim atau baharu; kalau ia kadim, maka wajib sediakala mencipta makhluk kerana kadim sebabnya, walhal makhluk adalah baharu [sifatnya]; dan kalau ianya baharu, maka wajib taalukannya dengan kerana yang lain pula, dan percakapan berkenaan dengan sebab atau kerana itu seperti percakapan berkenaan dengan ini, dan itu membawa kepada keadaan yang tidak ada hujungnya, dan itu mustahil. Dan kalaulah sebab ini terkaya, berserta dengan hal keadaannya baharu, terkaya daripada sebab, maka wajib terkaya semua yang baharu daripada sebab (illah), maka jelas ini terbatal illah; firman Allah taala ( ‫ف?حي‬‫ٌح‬ّ0‫ش‬0‫ذ‬ ) [maksudnya] „Ia melakukan apa yang dikehendakiNya?.72 49. (Fasal) Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Maha Mengadakan Maha Tinggi, Maha berkuasa untuk membinasakan semua makhluk secara seorang-seorang atau secara semua sekali, sebagaimana Ia menjadikan mereka sesuatu kemudian sesuatu pula, maka Ia mentiadakan yang awal dan mengekalkan yang keduanya, dan mentiadakan yang keduanya dan mengekalkan yang awalnya [pula], sebagaimana yang dikehendakiNya, dan Allah menjadikan fananya itu dengan Ia tidak menjadikannya itu kekal, maka pada masa itu binasalah ia, berlainan daripada pendirian Mu?tazilah bila mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Allah taala tidak berkuasa untuk membinasakan sesuatu diri daripada alam ini, tetapi Ia
  • 28. berkuasa untuk membinasakan semua alam ini secara sekali gus selalu, dan ini adalah kerosakan yang sehabis-habis rosaknya [dalam pegangan agama]. Dan dalil bahawa Tuhan Yang Maha mengadakan itu kalaulah Ia tidak mengadakan diri-diri itu satu daripadanya maka Ia menentukan kebinasaannya, dengan sepakat ulama, dan kalau Ia menjadikan berserta dengannya yang satu lagi, itu mustahil dikatakan bahawa Ia tidak mentakdirkan kebinasaan atas diri-diri satu demi satunya, kerana [cara berhujah yang demikian] itu membawa kepada keadaan bahawa apa yang ditakdirkan olehNya itu menjadi kesulitan bagi apa yang ditakdirkannya pula bagi makhlukNya yang lain pula, dan itu jelas batalnya. Firman Allah taala ( ‫ج‬‫ال‬?ٍ ?‫و‬‫ش?ء‬‫لذ‬0‫ش‬ ) [bermaksud] „Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu?.73 50. (Fasal) Ketahuilah bahawa Allah taala Maha berkuasa untuk mengadakan semula makhluk selepas daripada binasanya. Golongan Karramiyyah74 berpendapat 72 Al-Buruuj: 16. 73 Banding dengan surah Al-Baqarah ayat-ayat 20; 106; 109; 147 dan seterusnya. 74 Golongan Karramiyyah ialah pengikut Muhammad bin Karram yang mengajarkan Tuhan berjisim tetapi bukan seperti jisim [yang biasa dikenali]. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 25 jauh daripada [mengadakan semula alam] yang seperti itu, adapun [mengadakan] alam itu [sendiri selepas daripada binasanya] itu tidak mungkin; adapun [dalam Ahlissunnah] perkara itu tidak jauh [daripada itu bahkan berlaku]. Dalil tentang yang demikian itu ialah bahawa mengadakan semula makhluk yang baharu itu daripada tidak ada kepada ada selepas daripada ia ada dan tidak ada selepas daripada ada itu dan tidak ada [pula] Muka 27 sebelum daripada ada itu bukan perkara melampau-lampau [dalam percakapan]. Dan kalaulah mustahil bagi Allah menjadikan makhluk selepas daripada tidak ada kali keduanya [yakni mula-mula tidak ada, itu tidak ada pertama, kemudian ada, lepas itu tiada, itu tiada kali kedua] maka mustahil ia menjadikan makhluk pada awalnya; bila batal yang demikian itu [batal Tuhan tidak boleh menjadikan makhluk pada awalnya] maka sahlah bahawa ia menjadikannya pada awal mulanya. Demikian pula mengadakannya pula kali keduanya, kerana kudrat Allah kekal ada; dan penghalang-penghalang daripada mengadakan kali kedua itu hilang, maka sahlah bahawa Ia boleh mengadakan makhluk kali kedua itu, sebagaimana Ia mengadakannya pada awal mulanya. Firman Allah dalam ayat (? ?? ‫ج‬?‫ز‬ٌ0‫رذأ‬‫ج‬‫خ‬ٌ‫ك‬ٍ ‫ث‬0?1‫ذ‬ ? ) [yang bermaksud]: ?Ia Yang mula mengadakan makhluk kemudian Ia mengulangi mengadakannya pula?.75 51. (Fasal). Ketahuilah bahawa kezaliman dan kejahatan mustahil terhasil daripada Tuhan Yang Maha Menjadikan, dengan erti dengannya itu Ia melakukan kezaliman dan kejahatan, Ia tidak melakukan
  • 29. kezaliman dengan perbuatan, dan tidak melakukan kejahatan dengan hukuman, kerana erti kejahatan (al-jur) dan kezaliman (al-zulm) itu ialah melanggar had yang tertentu dan resam yang diresmikan, dan itu mustahil berlaku di bawah sesuatu perintah seorang yang memerintah dan larangan seseorang yang melarang, sehingga boleh dikatakan bahawa berlaku pelanggaran suruhannya dan larangannya, maka kerana ini maka tidak sah kezaliman dan kejahatan dari Allah dalam bentuk yang kami katakan itu; sesungguhnya ada disifatkan [dalam percakapan bahasa Arab] bahawa benda padat itu zalim dan jahat atas wajah hakikat [dari segi penggunaan bahasanya]; dikatakan „zalim air wadi itu? bila ia melintasi had dan tempat tanda; dan „zalim langit? bila ia hujan banyak bukan pada waktunya; „dan jahat panah itu? bila ia tersasul daripada tempat tuju panahannya walau ia bukan yang melakukan kezaliman dan kejahatan. Maka sabit bahawa kezaliman tertuju ke atasNya dengan pandangan berlaku kezaliman dan melintasi daripada resam yang diresmikan, itu mustahil [berlaku] dalam hubungan dengan sifat Tuhan. 52. (Fasal). Ketahuilah bahawa Tuhan Yang Maha mengadakan - Maha suci Ianya - Ia mengenakan kesakitan atas bayi-bayi dan Ia menakluki haiwan-haiwan dengan tidak ada tujuan untuk diri, menggunakan mereka itu, dan tanpa manfaat yang datang daripada mereka, tidak secara jangka pendek dan jangka panjang, dan dengan kebaikan dariNya, dan keadilanNya, kerana Ia memiliki semua a?yan [zat-zat makhluk yang ada], maka pemerintahanNya melitupi segala sesuatu, dalam segala 75 Ar-Ruum: 27. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 26 segi, ia memiliki atasnya, dan atas Yang Memiliki itulah untuk mentadbir dalam sekalian kerajaan milikNya, mengikut apa yang dikehendakiNya, tidak ada bantahan atasNya oleh seseorang dalam pemerintahanNya itu, dan Ia tidak dipersoalkan tentang perbuatanNya, dan tidak dikenakan hukuman atasNya dalam penentuan perintah dan hukumNya. Berkenaan Dengan Ajal 53. (Fasal) Ketahuilah bahawa ajal manusia dan sekalian haiwan adalah satu [sahaja], ertinya ialah Muka 28 bahawa tiap-tiap makhluk (lit. „sesiapa?, man) yang ada dalam ilmu Allah taala ia akan mati atau terbunuh dalam masa yang termaklum, maka tidak mungkin ia terlewat daripada waktunya (atau ajalnya) kerana mustahil berlaku perkara itu berlainan daripada maklumat-maklumat (dalam Ilmu)Nya; firman Allah taalah ( ‫فحرج‬‫جحء‬‫أج‬?ٍ ‫ل‬ 0 ‫عح?س‬ ?‫غطحءخش‬‫?ل‬0‫غطمذ‬ ?ِْ) (maksudnya): “Bila datang ajal mereka maka mereka tidak boleh memperlambatkannya sesaatpun dan juga tidak boleh mendahulukannya”76.
  • 30. 54. (Fasal) Ketahuilah bahawa makna rezeki itu pada sahabat kami (dalam mazhab Syafi?i di kalangan Ahlissunnah – uem) [rezeki itu] ialah apa yang dijadikan oleh Allah untuk mendirikan badan manusia dan haiwan-haiwan lainnya yang terdiri daripada [makanan] untuk makanan mereka dan yang menjadi sebab bagi hidupnya mereka. Di kalangan para sahabat kami [pula] ada yang berpendapat bahawa rezeki itu ialah apa yang boleh mendatangkan manfaat dengannya, dan tiap-tiap perkara yang mendatangkan manfaat bagi manusia ia adalah rezeki [baginya] terdiri daripada makanan dan lainnya. Maka ini erti yang lebih umum lagi daripada yang awalnya; dan tidak ada perbezaan hal [nya nisbah ia sebagai rezeki itu] antara ia daripada [perkara] yang halal atau yang haram. Maka seseorang itu tidak mendapat manfaat dengan sesuatu [sebagai rezeki] melainkan apa yang dikurniakan oleh Allah sebagai rezeki baginya. 55. Golongan Mu?tazilah berpendapat bahawa rezeki itu ialah yang dimiliki [seseorang atau makhluk], maka yang haram itu bukan rezeki [sebab ia bukan dimiliki], ini adalah kesilapan mereka [dalam pandangan tentang perkara ini].77 56. Dan dalil tentang perkara demikian ialah firman Allah ( ? ‫ٌح‬ِ‫دجذس‬‫جلضسض‬ ?‫ف‬‫جل‬ ? ?ٍ ‫ال‬‫ضسصل?ٌح‬ ) (yang bermaksud): “Dan tidak ada binatang melata di bumi melainkan Allah-lah yang menanggung rezekinya”.78 Kalau perkara itu sebagaimana yang mereka nyatakan [dalam pendapat mereka] maka orang yang merampas itu bila ia 76 Al-A?raaf: 34 banding Yunus: 49; Al-Nakhl: 61. 77 Perhatikan bagaimana Imam utama ini ada kepekaan tentang masalah intelektuil dan teologi zamannya. 78 Surah Hud: 6. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 27 memakan [makanannya] sepanjang umurnya dalam merampas ia tidak memakan sesuatu pun daripada rezeki Allah [maka kalau demikian dari mana datangnya itu? Walhal Allah Pencipta segala sesuatu dan „sesuatu? itu termasuk „rezeki?]; itu [yakni pendirian Mu?tazilah yang demikian itu] adalah pendirian yang terkeluar daripada agama [Islam]; dan [seperkara lagi] kalaulah rezeki itu pemilikan, maka wajiblah binatang-binatang itu tidak memakan daripada rezekinya kerana para haiwan itu tidak memiliki; dan wajib pula anak-anak kecil itu tidak diberikan rezeki daripada labu susu ibunya kerana ia tidak memiliki sesuatu daripada susu ibunya itu. Maka bila halnya bukan sedemikian, robohlah [hujah mereka] mengikut segi pandangan yang kami terangkan berkenaan dengan erti rezeki, [dan] orang yang berakal tidak akan menyalahi pendapat ini.79 Berkenaan Dengan Pangkat Nabi Dan Mukjizat
  • 31. 57. Fasal berkenaan dengan soal-soal nubuwwah (al-nubuwwat). Ketahuilah bahawa Allah mentaklifkan atas para hambaNya, memerintah mereka dan melarang mereka, kerana Ia adalah Pemilik segala zat yang ada (al-a?yan), Penciptanya dan juga Yang Mula Mengadakannya; kemudian Ia memberi mereka faham tentang Suruhan dan Tegahan melalui percakapan para RasulNya (literal: atas lidah para rasulNya) dari jenis bangsa manusia seperti mereka dalam bentuk rupa mereka [juga]. Maka bila Allah membangkitkan seorang rasul dari kalangan mereka, wajiblah rasul itu diperkuatkan dengan mukjizat yang nyata Muka 29 serta tanda-tanda yang terang gemilang yang menunjukkan benarnya [rasul itu dalam pengakuannya], kerana tidak boleh dibezakan rasul yang diutuskan itu dengan pihak yang diutuskannya kepada mereka itu melainkan dengan [mukjizat yang ada itu]80 kerana kedua-duanya itu bersamaan pada bentuk rupa dan susunan pada jisimnya [kerana sama-sama manusia]. 58. (Fasal) Ketahuilah bahawa mukjizat itu perbuatan baharu berlaku yang berlawanan dengan adat kebiasaan pada zahirnya, yang berlaku pada seseorang yang mengaku ia mempunyai pangkat sebagai nabi; perkara yang demikian bermuafakat dengan pengakuannya berserta dengan pihak yang sepertinya membuat pengakuan yang sama seperti itu kepada orang ramai, tetapi berserta pula ia jelas tidak berkemampuan mendepani mereka; [dengan itu pengakuannya jelas palsu]; ia sebagaimana yang kami nyatakan sebagai perkara yang baharu yang berlaku, kerana Yang Qadim itu bukan mukjizat [lagi]. Dan kami katakan ia perkara baharu yang berlaku yang menyalahi adat kebiasaan, kerana perkara yang biasa berlaku itu bukan mukjizat, misalnya seperti naiknya matahari dari pihak timur dan jatuhnya pada pihak 79 Ini menunjukkan bahawa Imam ini terlibat dalam perbincangan ilmiah dan intelektuil zamannya. Ini adalah segi yang berupa tambahan lagi daripada wajahnya sebagai faqih yang unggul zamannya. 80 Kalau rasul palsu tidak ada mukjizat tetapi perkara luar biasa seperti sihir sahaja; dan itu bukan bukti kebenaran tetapi kepalsuan. (uem) ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 28 barat. Ini kerana semua manusia dalam perkara ini adalah sama [kedudukannya, yakni ini berlaku pada semua orang dengan pengalaman tentang matahari naik dan jatuh itu]. 59. Kami katakan ia berlaku pada orang yang mengaku mempunyai pangkat sebagai nabi, kerana hendak membezakannya daripada perkara-perkara yang dipanggil keramat (?al-karamat?). Dan kami katakan ia bermuafakat dengan pengakuannya kerana harus pula berlaku perkara itu kerana boleh berlaku perkara itu zahir menjadi dalil tentang kebohongan [seseorang itu], seperti orang yang mengaku mempunyai pangkat nabi secara bohong, bahawa Allah menghidupkan mayat itu dengan dakwaannya, lalu Allah menghidupkannya kemudian Allah mewahyukan waktu berlaku perkara itu ini [peribadi] pembohong
  • 32. jangan percaya kepadanya. Dan kami katakan: dengan cara sengaja dan mengikut, kerana manusia boleh membuat pengakuan tentang yang sepertinya tetapi itu tidak berhasil melainkan dengan berlaku mukjizat itu. Kami katakan: ternyata kelemahan mereka kerana melalui lemahnya mereka menentangnya dengan itulah ia dikenali, dan dengan itulah ia menjadi berjaya. 60. (Fasal) Ketahuilah bahawa mukjizat itu ada dua jenis, satunya ialah dengan perkara yang tidak teradat dan tidak berulang seperti bertukar tongkat menjadi ular, tangan menjadi putih bercahaya, menghidupkan orang mati, keluar terpancar air antara jari-jari; yang keduanya ialah yang terhalang daripada diulang berserta dengan pengakuan dan seruan [keperluan] kepadanya kepada mengikut dan berubah mereka dengan menyalahi[nya] dan terputus daripada mereka menolak menjawab kata-kata nabi [ertinya]: “Mukjizatku ialah kamu tidak boleh berkata-kata dan bercakap satu hari atau saat walhal kamu selamat sejahtera”, maka tidak mampu mereka melakukan itu, yaitu atas orang yang membuat dakwaan [menjadi nabi itu] dan apa yang dibawanya yang terdiri daripada perkara itu yang sah berada di bawah kudrat hamba. 61. Dan sesungguhnya kami katakan yang demikian itu kerana mukjizat itu menunjukkan atas benarnya orang yang mengaku menjadi nabi itu, dengan keadaannya menyalahi adat kebiasaan sebagaimana yang kami terangkan. Dan makna ini ada di sini sebagaimana wujudnya berubah tongkat [menjadi ular] dan menghidupkan orang yang mati. Muka 30 62. (Fasal). Dan ketahuilah bahawa mukjizat itu mustahil timbul pada orang-orang pembohong. Dan dalil tentang yang demikian ialah bahawa mukjizat itu menunjukkan orang yang bersifat dengan sifat benar, maka mustahil ia timbul pada orang yang jahat dan jahil, kerana dalam perkara yang demikian itu berlaku perubahan pada hakikat-hakikat yang sebenar. [Maka kalau ia timbul juga pada pembohong, maka itu berlawanan dengan hakikat yang sebenar, sebab yang benar itu tandanya benar, kenabian adalah benar dan tandanya ialah mukjizat yang sebenar, kalau tidak itu menyalahi hakikat yang sebenar]. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 29 63. (Fasal) Ketahuilah bahawa mukjizat yang satu memadai bagi hak kenabian [seseorang nabi itu]; dan dalil tentang perkara itu ialah kerana ia dalil atas benarnya seseorang yang mengaku menjadi nabi; maka terhasil yang demikian dengan mukjizat yang satu seperti dalil yang menerangkan tentang hukum yang menjadi putus perkara itu dengannya, dan tidak terhenti pengenalan hukum itu atas dalil yang lain [lagi]. 64. (Fasal) Ketahuilah bahawa para nabi dan rasul - salla?Llahu ?alaihim wa sallam - [dengan mereka itu] Allah memberi rahmat atas para hambaNya yang ramai itu, mula pertamanya Adam bapa umat manusia (abul-bashar) yang kepada baginda itulah maka kembali keturunan umat manusia semua, dan yang terakhirnya ialah Muhammad - salla?Llahu ?alaihi wa sallam. Maka diriwayatkan dalam riwayat Abu
  • 33. Dharr bahawa para anbia itu adalah seramai seratus dua puluh empat ribu orang, dan yang rasul di kalangan mereka ialah seramai tiga ratus tiga belas orang. Maka wajib atas kita beriman dengan semua para nabi dan rasul itu secara keseluruhannya. Adapun perbezaan antara anbia dan rasul itu ialah bahawa rasul itu ada membawa syari?at dan para nabi itu pula dibangkitbkan atas syari?at para rasul itu; maka tiap-tiap rasul itu nabi tetapi bukan semestinya tiap-tiap nabi itu rasul. 65. (Fasal). Ketahuilah bahawa nabi kita adalah nabi terpilih Muhammad bin ?Abdullah bin ?Abd al- Muttalib, rasul Tuhan Pentadbir sekalian alam, yang dibangkitkan kepada sekalian umat manusia semuanya, dan ia adalah khatam para nabi, yang tidak ada nabi lagi selepas daripadanya sampai ke hari kiamat. Dalil tentang [kerasulan]nya ialah timbulnya mukjizat yang nyata padanya [lit. atas tanganannya], yang menunjukkan bukti tentang benar [pengakuan]nya [sebagai nabi dan rasul itu]; dan menjadi sabit dan tetap kenabian nabi-nabi yang lain - salla?Llahu Muka 31 ?alaihim - yang sebelum daripada baginda itu dengan [adanya mukjizat-mukjizat] yang menjadikan sabit dan tetap pangkat rasul dan nabi pada baginda [Nabi Muhammad salla?Llahu ?alaihi wa sallam]. Mukjizat Qur’an mukjizat terbesar 66. Dan mukjizat nabi kita - salla?Llahu ?alaihi wa sallam - banyak, yang huraian ringkas ini tidak mampu menyenaraikannya, maka kami menyebutnya mana-mana yang berhubungan dengan Qur?an kerana yang demikian itu lebih nyata, dan tidak ada ruang lagi untuk diingkar dan ditentang, kerana ia lebih kuat dalam menimbulkan kelemahan [pihak yang hendak menentang] dan lebih kuat memotong [pihak yang hendak mencari] kelemahan. Kami dapati Qur?an ini [hakikatnya ialah] Kalam Tuhan, dari segi sudut pandangan ini, dengan gubahan yang terang nyata dengan susunan [seperti] syair dan percakapan fasih, yang menerangkan dengan nyata percakapan serta gubahan indah dengan sajaknya. 67. Dan manusia disuruh membawa contoh demikian dengan firmanNya ( ‫ل‬‫ث‬ٌ ‫ججط‬‫? ص‬ّ‫جل‬‫?ج‬ ?‫ظ‬‫ج‬ٌ?ٍ ?‫أ‬0‫أض?ج‬‫ذ‬‫ث‬ّ‫ز?ج‬‫ج‬‫مأشأ‬ٌ (ْ) [yang bermaksud]: “Katakanlah [wahai ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 30 Muhammad] sesungguhnya kalaulah jin dan manusia berhimpun semuanya untuk membawa [gubahan] yang seperti Qur?an ini...”81. Kemudian manusia disuruh untuk melakukan demikian dengan sehabis- habis suruhnya sampai kepada firmanNya ( ‫ف‬‫أت‬‫ىا‬ ‫ب‬‫ضسىرة‬‫هي‬‫ه‬‫ث‬‫له‬ ) [bermaksud] “bawakanlah suatu surah yang sama sepertinya “...buatlah satu surah sahaja yang sama seperti [Qur?an itu]”82. Maka mereka tidak mampu membawa suatu surah seperti [Qur?an] itu walaupun bahasanya adalah bahasa mereka, dan bawaannya bawaan mereka. Maka penentangan mereka itu lebih senang daripada menunaikan jumlah harta dan memberikannya serta
  • 34. melakukan daya usaha dengan seluruh diri dan jiwa raga mereka sampai ke hari ini. Maka tidak muncul penentangan itu dengan surah yang menyaingi surah-surah [Qur?an] yang pendek-pendek dari seorangpun dari kalangan mereka, walaupun golongan kuffar dan musuh itu ramai yang memusuhi agama Islam, dan itu adalah dalil yang paling kuat yang menunjukkan peri sahihnya mukjizat baginda dan memang benar pengakuan pangkatnya menjadi nabi itu. Para Nabi Maksum (Ma’sum) 68. (Fasal). Ketahuilah bahawa para anbiya itu maksum (ma?sum) [tidak berdosa] terelak daripada kemaksiatan-kemaksiatan selepas mereka menjadi nabi. Dalil tentang perkara ini ialah apa yang kami kemukakan iaitu lahirnya mukjizat pada pembohong-pembohong adalah perkara mustahil, dan [adanya] mukjizat itu menunjukkan bahawa para nabi itu sunyi daripada kebohongan; maka [dengan itu] wajib mereka itu maksum, sunyi daripada kekotoran bohong, suci daripada dosa-dosa; ini kerana mengikut kata-kata mereka adalah perkara wajib [atas para hambaNya], dan perkara i?tiqad [dan keyakinan] wajib dijadikan pegangan dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan mereka; dan kemungkinan berlakunya kemaksiatan pada mereka membawa kepada tertegahnya [manusia] mengikut mereka, dan itu membawa kepada terbatalnya syari?at-syari?at, dan yang demikian itu batil, tidak boleh tidak. 69. (Fasal). Ketahuilah bahawa nabi kita - salla?Llahu ?alaihi wa sallam - baginda adalah maksum [suci daripada dosa], sunyi daripada terlupa akan al-Qur?an, ini berdasarkan ayat Qur?an ( ‫ع‬‫م?شأن‬‫فل‬‫ض‬‫غ‬ ?? ) [yang bermaksud]: “Kami akan membacakan Qur?an kepada engkau maka engkau tidak akan melupainya” 83 Adapun „terlepas pandang? ( ‫ج‬‫غ‬ٌ ?? ) terhadapnya Muka 32 dalam masa sembahyangnya atau lain daripada itu, termasuk beberapa hukum Syara?, maka para sahabat kami [dalam Ahlissunnah] berbeza pendapat tentangnya. Antara mereka ada yang berpendapat bahawa itu harus atasnya tetapi bila itu berlaku atas baginda, ia tidak terus dengan perkara itu; dan diriwayatkan bahawa baginda - 81 Al-Isra?: 88; sambungannya ialah “nescaya mereka tidak akan dapat membuat apa yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian daripada mereka menjadi pembantu kepada yang lainnya.” 82 Al-Baqarah: 23. 83 Al-A?laa: 6. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i 31 salla?llahu „alaihi wa sallam - terlepas pandang atau terlupa (‫??ع‬ ) [dalam sembahyangnya] lalu baginda melakukan sujud sahwi, kerana terlepas pandang dan terlupa ( ‫ج‬?‫غ‬ٌ1‫ٌح‬‫?ج‬‫غ‬ٌ ?? ) bukan daripada perbuatan [sengaja]nya, maka ia menjadi maksiat daripadanya [walhal itu bukan demikian], kerana
  • 35. perkara demikian tidak termasuk di bawah taklif [yakni bila terlupa betul-betul maka tidak mengapa, kalau dalam sembahyang disunatkan sujud sahwi]. 70. Di kalangan mereka [dalam kalangan sahabat kami dalam Ahlissunnah] berpendapat bahawa terlepas pandang atau terlupa ( ‫ج‬‫جل‬ ?‫ف‬ ??‫غ‬ٌ‫?س‬ِ‫ج‬‫ذ‬ٌ1?0‫س‬ ) dalam perkara agama tidak dibolehkan, kerana yang demikian itu menghalang [orang] mengikutnya pada masa itu, dan kalau pun ia tidak berterusan dalam demikian, pada masa kemudiannya, walhal kita diperintah untuk mengikutinya dalam semua hal keadaannya, perbuatan, dan kata-katanya, maka itu tidak dibolehkan berlaku atasnya. Terlupa Dalam Sembahyang 71. Adapun terlupa dalam sembahyangnya maka itu bukan perbuatan [lupa] daripadanya sebagai „kelupaan? (‫ع??ج‬ ); bahkan ia perbuatan yang seperti perbuatan orang lupa itu adalah bagi menerangkan hukum Syara? ( ‫ذ‬1‫ٌح‬‫شأشع‬ٍ ٌ ?‫ٌح‬ ). Kerana ini maka nabi - salla?Llahu „alaihi wa sallam - bersabda bila [sahabat yang terkenal dengan panggilan] Dhul-Yadain berkata ( ‫ألصأشش‬‫صلز‬ٌ ‫ج‬‫أ‬?‫غ‬1‫ ص‬0‫ٌح‬ ‫ضسع?ي‬‫ال‬‫فمحي‬‫و‬‫ر‬‫ه‬ٌ0‫ى‬‫ج‬?ّ ‫ٌح‬‫أع‬ ?? ‫لذ‬1 ? ): “Adakah tuan kasarkan sembahyang atau adakah tuan terlupa wahai Rasulullah?” lalu baginda menjawab: “Semua itu bukan, bahkan saya [dijadikan ter]lupa bagi memberi penerangan [tentang hukum Syara? berkenaan dengan masalah-masalah yang berkenaan]”84, maka ini perjalanan yang baik ( ‫غش‬0‫مس‬‫حغ‬‫س‬ ? ) [„maka ini perjalanan yang baik? adalah nampaknya kata-kata Imam Syafi?i]. 72. (Fasal). Ketahuilah bahawa nabi kita Muhammad - salla?Llahu „alaihi wa sallam - adalah nabi yang paling afdhal sekali [di kalangan] nabi-nabi, berdasarkan sabdanya-salla?Llahu „alaihi wa sallam- ( ‫جد‬?‫د‬ ? ‫ضحص‬‫?جب‬ٌ0‫ج‬ ?‫م‬ٌ1‫ٌح‬‫س‬ِ ) [yang bermaksud]: “[Nabi]Adam yang kemudian daripadanya berada di bawah panji-panjiku pada hari kiamat,” 85dan sabdanya ( ‫أ‬‫ا‬ً‫س‬‫يذ‬‫ول‬‫ذ‬‫ادم‬‫ول‬‫ف‬‫خر‬ ) “Saya adalah penghulu anak Adam dan itu bukan berbangga-bangga”86 73. Maka tersilap orang yang melebihkan nabi Ibrahim a.s. mengatasi nabi Muhammad salla?Llahu ? alaihi wa sallam- kerana nabi salla?Llahu ?alaihi wa sallam tidak melebihkan nabi Ibrahim a.s. mengatasi dirinya, maka [kalau demikian] keluarlah ia daripada ijma? ulama salaf. Iman Dengan Hati dan Amalan Dengan Anggota 84 Hadith berkenaan dengan nabi saw „terlupa? riwayat Dhul-Yadain riwayat al-Bukhari dan lainnya. 85 Hadith „Adam dan yang kemudian daripadanya di bawah benderaku pada hari kiamat?-dikeluarkan oleh Ahmad (1/196) , juga al-Bukhari dan lainnya. 86 Hadith „Aku penghulu anak Adam dan itu bukan berbangga-bangga?-dikeluarkan oleh Ahmad (1/296), al-Bukhari (4476, 6565 dan beberapa tempat) dan Muslim (153) dan lainnya. Hadith sahih. ______________________________ al-Fiqhu’l-Akbar - Al-Imam Ash-Syafi?i