Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PEMBENTANG:NURUL FARHANA BINTI YUSUF
(IEJ100031)
PENSYARAH:DR.MONIKA @MUNIRAH ABD
RAZZAK
-Beliau adalah Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn
al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin
al-Razi.Keturunann...
Pendidikan
- Imam Fakhruddin ar-Razi mempelajari ilmu dari ayahnya, Al-
Imam Dhiya ad-Din Khatib ar-Ray sahabat Imam Bugha...
 Imam Fakhruddin ar-Razi mahir dalam bidang ilmu fiqh , ilmu-ilmu
bahasa dan sastera, ilmu mantik (logik), dan ilmu mazha...
 1. Salman ibn Nasir ibn Imron ibn Muhammad ibn Ismail ibn
Ishaq ibn Zaid ibn Ziyad ibn Maimun ibn Mahran, Abu al-
Qasim ...
 1. Abd al-Hamid ibn Isa ibn Umrawiyah ibn Yusuf ibn Khalil ibn
Abdullah, ibn Yusuf. Ia adalah seorang ulama ahli fiqh da...
 Karya Imam Fakhruddin Ar-Razi terbahagi kepada tiga
bahagian,iaitu karya bahasa Arab yang di siapkan
sepenuhnya oleh bel...
1- Kitab Tafsir Al-Kabir,(inilah Kitab Imam Fakhruddin ar-Razi
yang paling terkenal, kitab ini disempurnakan cetakannya
sy...
 Karya beliau dalam bahasa arab yang belum sempat
disiapkan beliau sebelum beliau meninggal dunia,
 1. Kitab Syarh Saqth...
 Risalah Al-Kamaliah, wa Tahjin Ta’jiz Al-Falasafah
 Kitab Al-Barahin Al-Bahaiyyah.
Nama Kitab
 Kitab Tafsir yang berjudul Mafatih al-Ghaib ini dikenali juga sebagai
Tafsir al-Kabir.
 Terdapat perselisiha...
Kandungan Kitab
 Dalam tafsir ini, ia mempunyai dua bahagian iaitu:
 1- Tafsir bi al-Ra’yi – menurut logika
2- Tafsir bi...
c. Meletakkan banyak pendapat para ahli ilmu kalam dan
menolaknya -mengikuti metode ahli sunnah dan para
pengikutnya- ia s...
 Qiraat – dia turut membentangkan jajaran ayat berkait dengan
Qiraat yang pelbagai. Bahkan beliau turut mengeluarkan makn...
 Banyak berpandukan logik akal dengan memaparkan nas-
nas yang sedikit.
 Tafsir ayat sesuai dengan mushaf Usmani iaitu d...
 
...
 Hikmah diturunkan ayat memperlihatkan kekuasaan Allah
dari pelbagai sudut,iaitu kekuasaannya yang terlihat dari
pencipta...
 Mengajak supaya manusia berfikir dan merenung kembali
(kekuasaan Allah) kerana perumpamaan orang yang pekak
dan tuli ada...
 Asal buah buahan (tamar dan anggur)adalah halal untuk
dimakan untuk dibuat arak namun sesudah itu datang ayat
menasakhka...
 Lebah adalah salah satu haiwan yang diberi wahyu. Dan wahyu
tersebut berlaku sebagaimana para nabi dan bermakna khusus.
...
 Dijadikan pelbagai warna (putih,kuning dan
merah) dan menjadi penawar kepada manusia.
 Allah menyuruh untuk berfikir da...
 Allah menciptakan manusia dengan ketentuan ajal yang
berbeza dan umur dibahagikan bertahap,iaitu 1)kanak-
kanak, 2)remaj...
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi

616 views

Published on

Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi

Published in: Education
  • Be the first to comment

Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi

  1. 1. PEMBENTANG:NURUL FARHANA BINTI YUSUF (IEJ100031) PENSYARAH:DR.MONIKA @MUNIRAH ABD RAZZAK
  2. 2. -Beliau adalah Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin al-Razi.Keturunannya kepada Abu Bakar As- Siddiq(r.a).Gelarannya adalah Fakhruddin Ar-Razi atau ibnu Khatib ar-Ray. -Beliau lahir dibandar Raiy,Iran (di negeri ‘Ajam ) sebuah daerah berdekatan dengan Tehran pada tahun 544H. Bapanya merupakan seorang khatib di Raiy dan ulama’ besar di Bandar tersebut serta mempunyai kedudukan yang tinggi.
  3. 3. Pendidikan - Imam Fakhruddin ar-Razi mempelajari ilmu dari ayahnya, Al- Imam Dhiya ad-Din Khatib ar-Ray sahabat Imam Bughawi oleh sebab itu,Imam Fakhruddin ar-Razi di gelar sebagai ibnu Khatib ar-Ray, di nisbah kepada nama ayahnnya.Selepas itu,beliau belajar dengan sebagian ulama di kota ar- Ray,antaranya beliau mempelajari ilmu Hikmah, Kalam dan Fiqh dengan Majdidin Al-Jaili seorang yang amat terkenal pada zamannya,dikatakan beliau mengutip ilmu dengan Majdi–Din mengambil masa yang sangat lama sehingga tidak terdapat pada zamannya yang lebih hebat dari beliau, dan beliau sangatlah dimuliakan orang ramai sehinggalah pemerintah.
  4. 4.  Imam Fakhruddin ar-Razi mahir dalam bidang ilmu fiqh , ilmu-ilmu bahasa dan sastera, ilmu mantik (logik), dan ilmu mazhab-mazhab Kalam (aliran pemikiran dan Akidah), termasuk seorang yang pakar di zamannya pada ilmu perubatan dan ilmu hikmah.  Beliau mempunyai lebih kurang tiga ratus murid yang sentiasa bersedia mengambil ilmu dari beliau dalam bidang Tafsir, Fiqh, Kalam, Perubatan, Usul Fiqh, dan lainnya. Apabila beliau duduk untuk memberikan pengajian, beliau di kelilingi oleh kelompok murid-murid beliau yang paling tua seperti Zainuddin Al-Kassyi, Al-Qutb Al-Masri, Shihabuddin Al-Naisaburi, kemudian di kelilingi oleh murid-murid beliau yang sederhana sedikit martabat mereka (nisbah ilmu dan kefahaman), dan apabila di tanya satu soalan maka di jawab oleh murid muridnya, kalau soalan itu adalah soalan yang sukar, maka di jawab oleh murid-muridnya yang tertua, maka jika soalan itu terlalu sukar maka beliau sendiri yang akan menjawabnya. Imam Fakhruddin Ar-Razi punya kedudukan yang tinggi di sisi ulama Usul Fiqh, sehingga apalila mereka mengambil pandangan beliau mereka berkata; “berkata Imam atau disisi Imam” apabila mereka berkata disisi Imam atau berkata Imam tanpa menyebut siapa namanya selepasnya maka yang dimaksudkan ialah Imam Fakhruddin Ar-Razi .
  5. 5.  1. Salman ibn Nasir ibn Imron ibn Muhammad ibn Ismail ibn Ishaq ibn Zaid ibn Ziyad ibn Maimun ibn Mahran, Abu al- Qasim al-Anshari, salah seorang murid imam al-Haramain.  2. Abd al-Malik bin Abdullah ibn Yusuf ibn Abdullah ibn Yusuf ibn Muhammad, yang terkenal dengan nama Imam al- Haramain Dliyauddin abu al-Ma’ali al-Juwaini.  3. Ibrahim ibn Muhammad ibn ibrahim ibn mahran, al-Imam Ruknuddin Abu Ishak al-Isfirayani, seorang pakar teologi dan hukum islam dari Khurasan.  4. Abu al-Husain Muhammad ibn Muhammad ibn Abdurrahman ibn As-Sa’id al-Bahili.  5. Ali ibn Ismail ibn Ishaq ibn Salim ibn Ismail ibn Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abu Bard ibn Abu Musa, seorang teolog yang terkenal dengan nama as-Syaikh Abu al-Hasan al-Asyari al-Bashri.
  6. 6.  1. Abd al-Hamid ibn Isa ibn Umrawiyah ibn Yusuf ibn Khalil ibn Abdullah, ibn Yusuf. Ia adalah seorang ulama ahli fiqh dan teologi Islam (Mutakallimin). Nama kebesarannya adalah al-‘allamah Syamsuddin atau abu Muhammad Muhammad al-Khasrushahi.  2. Zaki ibn al-Hasan ibn Umar, yang terkenal dengan nama Abu Ahmad al-Biliqani. Ia adalah seorang ahli fiqh, teologi, ahli usul dan muhaqqiq (ahli manuskrip).  3. Ibrahim ibn Abdul Wahhab ibn Ali, nama sebutan lainnya adalah Imaduddin, Abu al-Ma’ali atau al-Anshary al-Khuzraji al-Zanjani.  4. Ibrahim ibn Muhammad al-Sulami al- Maghrabi adalah seorang hakim yang terkenal di wilayah pinggiran Mesir.  5. Ahmad ibn Khalil ibn Sa’adah ibn Ja’far ibn Isa al-Mihlabi. Ia adalah ketua hakim yang terkenal dengan nama Syamsuddin, Abu al- Abbas atau al-Khubi.
  7. 7.  Karya Imam Fakhruddin Ar-Razi terbahagi kepada tiga bahagian,iaitu karya bahasa Arab yang di siapkan sepenuhnya oleh beliau, karya berbahasa arab yang di sempurnakan oleh orang sesudah beliau, dan karya beliau yang di tulis dalam bahasa Parsi.  adapun karya beliau dalam bahasa arab yang dihasilkankan beliau ialah :
  8. 8. 1- Kitab Tafsir Al-Kabir,(inilah Kitab Imam Fakhruddin ar-Razi yang paling terkenal, kitab ini disempurnakan cetakannya syarikat percetakan Mesir, yang di cetak sebanyak 32 juzuk) 2- Kitab Tafsir Al-Fatihah. 3. Kitab Tafsir As-Shaghir (dengan judul asrar Al-Tanzil wa Anwar Ta’wil) 4. Kitab Nihayah Al-‘Ukul 5. Kitab Al-Mahshul fi Ilmi Usul Fiqh 6. Kitab Al-Mabahasul Masyriqiyah 7. Kitab Lubab Al-Isyarat 8. Kitab Al-Matholib Al-‘Aliyah fi Hikmah 9. Kitab Al-Mu’alim fi Ushul Fiqh 10. Kitab Al-Mu’alim fi Ushul Ad-Din
  9. 9.  Karya beliau dalam bahasa arab yang belum sempat disiapkan beliau sebelum beliau meninggal dunia,  1. Kitab Syarh Saqth Al-Zundi  2. Kitab Kulliyat Al-Qanun  3. Kitab Syarh Wajiz Al-Ghazali  4. Kitab fi Ibthal Al-Qiyas  5. Kitab Syarh Nahji Al-Balaghah  6. Kitab Al-Jami’ Al-Kabir fi Thibb  7. Kitab Syarh Al-Mufashol lil Zamakhsyari  8. Kitab At-Tasyrih Minal Ra’si ila Al-Halqi
  10. 10.  Risalah Al-Kamaliah, wa Tahjin Ta’jiz Al-Falasafah  Kitab Al-Barahin Al-Bahaiyyah.
  11. 11. Nama Kitab  Kitab Tafsir yang berjudul Mafatih al-Ghaib ini dikenali juga sebagai Tafsir al-Kabir.  Terdapat perselisihan berkaitan dengan penjenamaannya atau judul yang diberikan oleh beliau. Ini kerana ada sebahagian ulama menamakannya sebagai Mafatih al-Ghaib dan ada pula yang menamakan sebagai Tafsir al-Kabir.  Tidak ditemui sebarang petunjuk yang menyatakan nama judul sebenar kitab tersebut bahkan tidak disebut juga di dalam mukadimahnya dengan nama judul tertentu bagi kitabnya.  Kesimpulannya,boleh diguna pakai kedua judul tersebut. Halaman Kitab  Mengandungi 32 jilid dalam kitab sekarang yang setiap satunya mencapai purata 250 halaman. 250 X 32 jilid = kurang lebih 8,000 halaman.
  12. 12. Kandungan Kitab  Dalam tafsir ini, ia mempunyai dua bahagian iaitu:  1- Tafsir bi al-Ra’yi – menurut logika 2- Tafsir bi al-Ma’tsur – berpandukan nas  Menggunakan metode tahlili bi al-ra’yi iaitu menjelaskan seluruh ayat al-Qur’an.  a. Mengutamakan penyebutan hubungan antara surah-surah Alquran dan ayat-ayatnya satu sama lain dan menjelaskan hikmah-hikmah yang terdapat dalam urutan-urutan Alquran : yang diturunkan dari (Tuhan) yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji (QS Fushshilat : 42)  b. Sering menyimpang ke pembahasan tentang ilmu matematik, falsafah, biologi dan yang lainnya.
  13. 13. c. Meletakkan banyak pendapat para ahli ilmu kalam dan menolaknya -mengikuti metode ahli sunnah dan para pengikutnya- ia selalu mengerahkan segala kemampuannya untuk menentang pemikiran orang-orang Mu’tazilah dan melemahkan dalil-dalil mereka. d. Kalau ia menemui sebuah ayat hukum, maka ia selalu menyebutkan semua madzhab fuqaha. Akan tetapi, ia lebih cenderung kepada mazhab Syafi’i yang merupakan pegangannya dalam ibadah dan mu’amalat. e. Tambahan,al Razi meletakkan masalah tentang ilmu usul, al- balaghah, al-nahwu dan yang lainnya, sekalipun masalah ini dibahas tidak secara panjang lebar sebagaimana halnya pembahasan ilmu biologi, matematik dan falsafah.
  14. 14.  Qiraat – dia turut membentangkan jajaran ayat berkait dengan Qiraat yang pelbagai. Bahkan beliau turut mengeluarkan maknanya menurut bacaan Qiraat tersebut berlandaskan ilmu bahasa Arab dan pakar nahu.  Hadis – beliau kurang bersandarkan pada hadis dalam tafsirannya ini hatta dalam membicarakan soal fiqh dengan menyandarkan nama para ulama fiqh (kelainan yang dibawanya ini mungkin untuk menyekat pengaruh ahli falsafah pada zamannya itu, jadi logik akal lebih banyak digunakan daripada penggunaan dalil naqli yang bersandarkan al- Quran dan hadis.  Syair – kebanyakan sajak dan puisinya adalah sebagai istisyhad iaitu dalam mengukuhkan pandangan berkaitan bahasa, sastera dan kalimah yang sesuai dalam menghuraikannya.  Sebab penurunan atau Asbab al-Nuzul -Dalam tafsir ini cukup banyak membicarakannya beserta sandaran atau tanpa sandaran yang kebiasaannya disandarkan kisah tersebut kepada para sahabat dan juga tabiin.
  15. 15.  Banyak berpandukan logik akal dengan memaparkan nas- nas yang sedikit.  Tafsir ayat sesuai dengan mushaf Usmani iaitu dari ayat ke ayat,surah ke surah.  Mentafsirkan al Quran dengan terperinci merangkumi pelbagai aspek perbahasan ilmu seperti ilmu falsafah,perubatan,matematik dan sebagainya.
  16. 16.             
  17. 17.  Hikmah diturunkan ayat memperlihatkan kekuasaan Allah dari pelbagai sudut,iaitu kekuasaannya yang terlihat dari penciptaan alam semesta,manusia,haiwan,tumbuh tumbuhan dan penciptaan laut dan bumi.  Yang dimaksudkan ‘dihidupkan bumi sesudah mati’ iaitu dengan tumbuhnya pohon-pohon,bungaan,buah-buahan yang diturunkan oleh langit melalui air (hujan).  
  18. 18.  Mengajak supaya manusia berfikir dan merenung kembali (kekuasaan Allah) kerana perumpamaan orang yang pekak dan tuli adalah orang yang tidak merenung ayat-ayat Allah.  Adapun susu yang dihasilkan (di antara kotoran dan darah)adalah sebagai rezeki dan (susu) itu sendiri mudah untuk diminum dan menyegarkan.
  19. 19.  Asal buah buahan (tamar dan anggur)adalah halal untuk dimakan untuk dibuat arak namun sesudah itu datang ayat menasakhkan ayat tersebut (surah al al maidah).Hakikatnya buah buahan (tamar dan anggur )adalah halal dimakan selagi tidak memperolehinya dengan cara yg bercanggah dgn syarak.
  20. 20.  Lebah adalah salah satu haiwan yang diberi wahyu. Dan wahyu tersebut berlaku sebagaimana para nabi dan bermakna khusus. Bukan hanya karena memiliki wahyu sehingga lebah di tasyabbuhkan dengan nabi, tetapi lebah juga diberi mu’jizat yang tidak boleh dijangkau oleh akal manusia,diantaranya adalah sarang yang berbentuk persegi enam yang unik dan luar biasa.  Bentuk sarang yang terdiri dari lubang segi enam segi tiga (heksegon)bertujuan menghindari celah yang berkemungkinan dimasuki serangga. Pada permukaannya ditutup dengan lapisan lilin yang dihasilkan dari perut lebah yang difungsikan sebagai bahan dasar sarang. Cairan yang serupa lilin tersebut terdapat pada perutnya dan diangkat melalui kaki-kakinya menuju mulut yang kemudian dikunyah dan diletakkan untuk merakit lubang.
  21. 21.  Dijadikan pelbagai warna (putih,kuning dan merah) dan menjadi penawar kepada manusia.  Allah menyuruh untuk berfikir dan memerhatikan kejadian lebah iaitu :  Lebah membina sarangnya tanpa memerlukan bantuan lain (tidak seperti manusia).  Selain itu,lebah juga memiliki ratu(ketua) yang sangat dipatuhi oleh seluruh rakyatnya. Mereka juga selalu bergerak secara berkelompok,bergerombol dan memiliki isyarat tertentu untuk memanggil kawan-kawanya seperti alat muzik(dengungan).  Lebah merupakan pekerja keras dan merupakan pekerja yang disiplin dan profesional.
  22. 22.  Allah menciptakan manusia dengan ketentuan ajal yang berbeza dan umur dibahagikan bertahap,iaitu 1)kanak- kanak, 2)remaja (dewasa)dan 3)tua dan Allah jualah yang menetapkan ajal seseorang dan manusia tidak mengetahuinya.  

×