3. Pada zaman dahulu, Mongolia ingin menjajah tanah
negara Dinasti Shang. Oleh itu, tercetusnya
peperangan antara dua negara tersebut.
Bilangan tentera Dinasti Shang tidak mencukupi dan
menyebabkan kerajaan memaksa tentera lelaki untuk
melibatkan diri dalam peperangan itu.
Hua seorang lelaki yang berusia terpilih untuk
berkhidmat dalam peperangan. Anak
tunggalnya, seorang perempuan yang bernama Mulan
serta berusia 18 tahun dengan suka relanya mengganti
bapanya pergi berperang.
4. Hal ini telah diketahui oleh ibunya. Ibu turut
membantah perbuatan itu dan menasihati Mulan agar
jangan pergi berperang.
Tetapi Mulan bertekad terhadap keputusannya dan
pergi ke kem latihan bagi menyediakan diri untuk
peperangan.
5. Beberapa bulan kemudian, Mulan dan pasukan tenteranya
memulakan peperangan pertama terhadap tentera
Mongolia. Mulan kekurangan strategi dan teknik
peperangan telah menyebabkan ramai tentera terkorban
dalam peperangan itu.
6. Peperangan itu telah
mendatangkan penderitaan
kepada kebanyakan rakyat
jelata dan sumber-sumber
negara telah habis digunakan
dalam peperangan ini. Secara
tidak langsung, ketenteraman
dan keharmonian negara telah
diancam.
7. Selepas peperangan itu, Mulan telah mendapat pengajaran
dan melengkapkan diri dengan pelbagai teknik dan strategi
peperangan. Dia menyemarakkan semangat pasukan tentera
dan bersedia untuk peperangan kali kedua.
Walaupun bilangan pasukan tentera Mulan agak kecil, tetapi
mereka mempunyai keyakinan yang tinggi. Akhirnya, Mulan
telah menang dalam peperangan itu dengan menggunakan akal
dan teknik yang strategik untuk memimpin tenteranya.
8. Identiti Mulan telah diketahui oleh pasukannya, dia
turut meminta maaf dengan tentera pasukannya secara
umum.
Mereka memaafkan perbuatan Mulan kerana menaruh
kasihan kepada Mulan yang mempunyai perasaan yang
dalam terhadap bapanya dan semangat patriotik
terhadap negaranya.
Raja Dinasti Shang melantik Mulan sebagai general
perempuan yang pertama.
11. Tindakan Mulan adalah bermoral kerana:
Dia akan menjadi lebih berani selepas dia
melibatkan diri dalam peperangan.
Dia tidak perlu bimbang kalau dia mengganti
bapanya pergi berperang.
Dia dapat menimba pengetahuan yang luas
selepas menjadi ketua tentera.
12. ALIRAN EKSISTENSIALISME
Definisi: Tindakan yang bermoral yang
dilakukan atas kebebasan sendiri untuk
membuat pilihan dengan syarat
seseorang itu mesti bertanggungjawab
terhadap pilihannya.
13. Tindakan Mulan adalah bermoral kerana:
Dia menggunakan kebebasannya memilih
untuk mengganti bapanya pergi berperang.
Dia sudi bertanggungjawab akan
perbuatannya dengan sudi mengorbankan
nyawanya dalam peperangan tersebut.
Walaupun Mulan dinasihati oleh ibunya, tetapi
akhirnya Mulan yang membuat keputusan sendiri
untuk mengganti bapanya pergi berperang.
15. UTILITARIANISME TINDAK
Definisi: Tindakan yang bermoral ialah
tindakan yang boleh membawa kebaikan
maksimum kepada sejumlah orang yang
paling banyak.
16. Tindakan Mulan adalah tidak bermoral kerana:
Dia menyebabkan ibunya berasa risau akan
keselamatannya.
Dia menyusahkan rakyat jelata karana mereka
terpaksa mengalami kehidupan yang perit dan
derita.
Dia menyebabkan kematian ramai anggota
tentera akibat melancarkan dua kali
peperangan.
17. PRINSIP KEWAJIPAN KANT
Definisi: Tindakan yang bermoral ialah
tindakan yang dilakukan kerana
kewajipan/ tanggungjawab/ obligasi/ tugas
dan tindakan tersebut dilakukan dengan
tekad/ motif yang baik.
18. Tindakan Mulan adalah tidak bermoral kerana:
Dia tidak melaksanakan tanggungjawab
sebagai anak yang harus megikut nasihat ibunya.
Dia tidak bertekad baik kerana mengganti
bapanya pergi berperang tanpa mempedulikan
perasaan ibu bapanya.
Dia tidak mengutamakan prinsip kemanusiaan
kerana peperangan tersebut menyebabkan
pengorbanan ramai nyawa.
20. AGAMA KRISTIAN
Mematuhi nilai kesetiaan yang tergantung
dalam nilai-nilai Roh Tuhan.
Definisi: Kesetiaan bermaksud Umat Kristian
bersikap setia dalam menjalankan amanah
yang telah dipertanggungjawab kepada
mereka.
21. Mulan dan tenteranya bersikap setia akan
negaranya untuk mempertahankan
tanahnya dengan menentang penjajah.
Mulan bersikap setia dalam menjalankan
tanggungjawabnya sebagai ketua tentera
dengan memenangi peperangan tersebut.
Pendirian: Tindakan Mulan adalah bermoral.
22. AGAMA KONFUSIANISME
Nilai murni “Yi”, “Ba De” atau lapan nilai
murni.
“Yi” bermaksud melakukan sesuatu dengan
cara yang betul atau bermoral dan patut
dalam melaksanakan sesuatu tindakan.
23. Mulan yang mengganti bapanya pergi
berperang merupakan cara yang betul kerana
bapanya sudah berusia.
Pemerintah negara harus menjaga kepentingan
negara dan keselamatan rakyat dengan tidak
melancarkan peperangan.
Dalam menyelesaikan sesuatu
masalah, peperangan tidak harus dilancarkan
kerana akan menyebabkan pengorbanan
nyawa.
Pendirian: Tindakan Mulan adalah bermoral.