SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Nama: Jerome Tan Kok Ming
Augustine Lee Ik Sheng
Lu Jun Cheng
Kelas: L6A1
Tajuk: Bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesannya berlaku peperangan.
Walaupun kebanyakkan negara bekerjasama untuk menjaga keamanan
seluruh dunia, namun, masih mempunyai sebahagian negara yang menjalankan
peperangan untuk mendapat sesuatu kebajikan. Peperangan boleh ditakrifkan
sebagai konflik di antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik
kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. Peperangan
bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu. Objektif-
objektifnya adalah berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada
asasnya, peperangan timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk
menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Pada masa kini pula,
peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjalanan
sejarah dunia. Memandangkan peperangan tidak digalakkan pada zaman ini, kita
haruslah mengkajikan sebab-sebab berlakunya peperangan dan kesan-kesan
peperangan terhadap sesuatu negera.
Sebab yang pertama berlaku peperangan ialah pembentukan dan perluasan
empayar. Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-
negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang
dianggap strategik bagi imperialis. Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur
untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan dan meningkatkan
kemegahan serta kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui
keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung
kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk
mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke atas rakyat bawahan. Peperangan
adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan
bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa.
Sebab yang kedua berlaku peperangan ialah masalah sempadan.
Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara
daripada diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada
ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat
pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Hal ini demikian kerana
sempadan-sempadan yang tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan
oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan
kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan.
Bagi kesan peperangan pula ialah kemusnahan harta benda manusia.
Peperangan akan mengakibatkan orang awam yang tidak berdosa kehilangan
tempat tinggal mereka yang dimusnahkan oleh letupan bom semasa peperangan.
Mereka terpaksa melarikan diri tanpa membawa apa-apa barang yang bermutu
semasa peperangan berlaku secara tiba-tiba. Hal ini demikian kerana mereka ingin
mengelakkan diri daripada menjadi mangsa peperangan. Banyak jambatan dan
bangunan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit akan roboh dalam masa sekelip
mata. Ini bukan sahaja merugikan kerajaan, malahan penduduk yang tidak berdosa.
Peperangan juga mengakibatkan kemusnahan pelbagai fauna dan flora.
Banyak spesies akan musnah kerana kehilangan habitat mereka. Letupan bom,
terutamanya bom nuklear mengakibatkan kawasan-kawasan yang diletupkan itu
menjadi gersang dan tumbuh-tumbuhan serta haiwan-haiwan musnah. Bom-bom
yang diletupkan di sungai dan laut pula akan mengakibatkan hidupan akuatik yang
merupakan sumber protein kepada manusia musnah. Bom-bom yang digunakan
semasa peperangan juga akan menyebabkan pencemaran berlaku . Sebagai contoh,
bom-bom nuklear akan mengakibatkan kesan pencemaran radioaktif. Pencemaran
ini menyebabkan masalah yang sangat serius iaitu pemanasan global yang sentiasa
menjadi perbincangan rakyat seluruh dunia.
Kesan perang yang paling nyata ialah peperangan banyak mengorbankan
nyawa manusia. Peperangan berpunca daripada pertikaian antara manusia.
Matlamat perang adalah untuk menawan secara kekerasan sekumpulan manusia.
Nyawa terpaksa dipertaruhkan kerana setiap pihak tidak mahu mengalah. Biasanya
yang terkorban dalam perang ialah mereka yang terbabit secara langsung dalam
peperangan iaitu anggota tentera. Bagaimanapun peperangan juga biasanya akan
membabitkan nyawa orang awam.
Kesimpulannya, peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Oleh
itu, peristiwa peperangan sememangnya perlu berusaha untuk menyelesaikan
masalah peperangan. Semua pihak harus memainkan peranan untuk melahirkan
keluarga,maysarakat, dan negara yang aman dan harmoni. Dengan ini diharapkan,
semua negara dapat hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya peperangan
dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana peperangan berhubung rapat dengan
proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial, politik,
ekonomi dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan kerana
peperangan biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia.
Karangan peperangan

More Related Content

What's hot

Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Christine Leo
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikJASONYAPMUNHONG
 
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaNoha Fiq
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING NurZahidah22
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jimmy Mogolid
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Yfook Ng
 
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuQHAIRUL AZIEZIE
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 
Bab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayaBab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayanasywah79
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Ilyani Azmi
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Thanushah Soniyasee
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 

What's hot (20)

Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
 
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Masyarakat feudal
Masyarakat feudalMasyarakat feudal
Masyarakat feudal
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
 
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
 
Bab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanrayaBab5 demokrasi & pilihanraya
Bab5 demokrasi & pilihanraya
 
Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 

Karangan peperangan

  • 1. Nama: Jerome Tan Kok Ming Augustine Lee Ik Sheng Lu Jun Cheng Kelas: L6A1 Tajuk: Bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesannya berlaku peperangan. Walaupun kebanyakkan negara bekerjasama untuk menjaga keamanan seluruh dunia, namun, masih mempunyai sebahagian negara yang menjalankan peperangan untuk mendapat sesuatu kebajikan. Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik di antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. Peperangan bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu. Objektif- objektifnya adalah berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada asasnya, peperangan timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Pada masa kini pula, peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjalanan sejarah dunia. Memandangkan peperangan tidak digalakkan pada zaman ini, kita haruslah mengkajikan sebab-sebab berlakunya peperangan dan kesan-kesan peperangan terhadap sesuatu negera. Sebab yang pertama berlaku peperangan ialah pembentukan dan perluasan empayar. Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara- negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan dan meningkatkan kemegahan serta kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke atas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Sebab yang kedua berlaku peperangan ialah masalah sempadan. Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Hal ini demikian kerana sempadan-sempadan yang tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan.
  • 2. Bagi kesan peperangan pula ialah kemusnahan harta benda manusia. Peperangan akan mengakibatkan orang awam yang tidak berdosa kehilangan tempat tinggal mereka yang dimusnahkan oleh letupan bom semasa peperangan. Mereka terpaksa melarikan diri tanpa membawa apa-apa barang yang bermutu semasa peperangan berlaku secara tiba-tiba. Hal ini demikian kerana mereka ingin mengelakkan diri daripada menjadi mangsa peperangan. Banyak jambatan dan bangunan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit akan roboh dalam masa sekelip mata. Ini bukan sahaja merugikan kerajaan, malahan penduduk yang tidak berdosa. Peperangan juga mengakibatkan kemusnahan pelbagai fauna dan flora. Banyak spesies akan musnah kerana kehilangan habitat mereka. Letupan bom, terutamanya bom nuklear mengakibatkan kawasan-kawasan yang diletupkan itu menjadi gersang dan tumbuh-tumbuhan serta haiwan-haiwan musnah. Bom-bom yang diletupkan di sungai dan laut pula akan mengakibatkan hidupan akuatik yang merupakan sumber protein kepada manusia musnah. Bom-bom yang digunakan semasa peperangan juga akan menyebabkan pencemaran berlaku . Sebagai contoh, bom-bom nuklear akan mengakibatkan kesan pencemaran radioaktif. Pencemaran ini menyebabkan masalah yang sangat serius iaitu pemanasan global yang sentiasa menjadi perbincangan rakyat seluruh dunia. Kesan perang yang paling nyata ialah peperangan banyak mengorbankan nyawa manusia. Peperangan berpunca daripada pertikaian antara manusia. Matlamat perang adalah untuk menawan secara kekerasan sekumpulan manusia. Nyawa terpaksa dipertaruhkan kerana setiap pihak tidak mahu mengalah. Biasanya yang terkorban dalam perang ialah mereka yang terbabit secara langsung dalam peperangan iaitu anggota tentera. Bagaimanapun peperangan juga biasanya akan membabitkan nyawa orang awam. Kesimpulannya, peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Oleh itu, peristiwa peperangan sememangnya perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah peperangan. Semua pihak harus memainkan peranan untuk melahirkan keluarga,maysarakat, dan negara yang aman dan harmoni. Dengan ini diharapkan, semua negara dapat hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya peperangan dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana peperangan berhubung rapat dengan proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial, politik, ekonomi dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan kerana peperangan biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia.