Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kata adjektif

32,041 views

Published on

Published in: Education
  • Login to see the comments

Kata adjektif

  1. 1. KATA ADJEKTIF DR MURSHIDI
  2. 2. Kata Adjektif • Dikenal sebagai kata sifat, dan kata ini ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama dan kata kerrja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. • Contoh: amat sakit, sakit sungguh, terlalu sedikit, sedikit sekali, sangat lain, lain sekali. • Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. • Contoh: (i) Dia tinggi. (ii) Akram sangat pandai. (iii) Adiknya baik sungguh. (iv) Malam ini gelap benar. (v) Buah pokok mangga itu banyak sekali.
  3. 3. Jenis kata Adjektif • Golongan kata adjektif sukar ditentukan secara tetap, tetapi berdasarkan aspek maknanya, kata ini dapat dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu: (a) adjektif sifat (b) Adjektif perasaan (c) Adjektif cara (d) Adjektif ukuran (e) Adjektif bentuk (f) Adjektif waktu (g) Adjektif warna (h) Adjektif jarak (i) Adjektif pancaindera
  4. 4. JENIS KATA ADJEKTIF CONTOH PERKATAAN AYAT a) Adjektif sifat: digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan Lemah, pintar, cergas, kuat, keras, bijak, nakal, sihat, jahat. 1) Dia sangat bijak berpidato. 2) Dia bertutur dengan baiknya. b) Adjektif perasaan: digunakan bagi memberikan pengertian atau konsep perasaan Malu, geram, marah, rindu, takut, benci, kasih, sayang 1) Ibunya geram dengan kelakuan anaknya. 2) Raidah takut pada lipas. c) Adjektif cara: digunakan bagi memberikan pengertian keadaan kelakuan atau ragam. Cepat, cermat, laju, lambat, perlahan, gopah, ligat, lincah 1) Kereta yang di pandu oleh ayah sangat laju. 2) Orang lambat selalu rugi d) Adjektif ukuran: digunakan bagi memberikan pengertian ukuran. Tinggi, rendah, kecil, pendek, kurus, nipis, tebal, gemuk, berat, ringan 1) Buku kamus dewan bahasa itu sangat tebal. 2) Badan adik sangat kurus. e) Adjektif bentuk: digunakan bagi memberikan pengertian rupa bentuk Bundar, bujur, bulat, bengkok, lonjong, lurus, leper, buncit, persegi 1) Bola Luqman bentuknya bulat. 2) Cikgu melukis bentuk persegi.
  5. 5. f) Adjaktif waktu: digunakan bagi memberikan pengertian konsep masa. Silam, lampau, sering, dahulu, lewat, awal, baharu, kerap, lama, segera 1) Adiknya kerap menonton cerita animasi Sin chan. 2) Hawa suka minum susu segera. g) Adjektif warna: digunakan bagi memberikan pengertian konsep. Putih, merah, kelabu, coklat, hitam. 1) Tubuhnya diselimuti kain putih. 2) Tudung Hayati berwarna hitam. h) Adjektif jarak: digunakan bagi memberikan pengertian konsep ruang antara dua benda atau keadaan. Dekat, jauh, hampir, nyaris. 1) Orang jauh sudah pun tiba. 2) Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat.
  6. 6. i) Adjektif pancaindera: digunakan bagi memberikan perngertian konsep sentuh, dengar, pandang, bau dan rasa Indera sentuh: lembut, lembap, kesat, licin, kasar 1) Projek itu berjalan dengan licinnya. 2) Mereka bercakap dengan kasar sekali. Indera dengar: lunak, nyaring , medu, senyap, bising, serak, garau, mersik 1) Rabiatul menyanyi dengan merdunya. 2) Bunyi biolanya amat mersik. Indera pandang: segak, comel, ayu, molek, hodoh, lawa, tampan 1) Muminah sungguh ayu orangnya. 2) Cikgu Merun segak orangnya. Indera bau: wangi, harum, busuk, hapak, tengik, semerbak, hanyir, hancing 1) Minyak wangi itu harum. 2) Bunga Cempaka itu semerbak baunya. Indera rasa: manis, pahit, masin, tawar, lemak, payau, sedap, lazat, masam, kelat 1) Semenjak peristiwa pahit itu membuatkan Hawa berhati-hati memilih teman. 2) Senyumannya sungguh manis sekali.
  7. 7. Pembentukan Kata Adjektif • Pembentukan kata adjektif ada empat bentuk iaitu: (i) kata adjektif tunggal, (i) kata adjektif terbitan, (i) kata adjektif ganda dan, (i) kata adjektif majmuk.
  8. 8. KATA TUNGGAL  Kesemua kata adjektif yang terdapat dalam contoh-contoh di atas terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal. Tegasnya, bentuk-bentuk kata adjektif yang demikian terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain seperti penggandaan. Kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama, dan menerima sama ada kata Bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur- unsur tersebut. Contohnya: 1. Warna kuning digemari oleh kakaknya. 2. Cara hidup seniman itu amat sederhana. 3. Pada malam ini bulan sungguh terang. 4. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat. 5. Tidur anak kami nyenyak benar.
  9. 9. Kata Adjektif Terbitan • Kata adjektif boleh juga terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan, iaitu yang berbentuk dengan imbuhan-imbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan yang digandingkan pada kata dasar itu. Awalan Kata Adjektif  Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter- dan se-. (i) Awalan ter-  Awalan ter- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang sememangnya jenis kata adjektif. Kata adjektif terbitan yang demikian berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Contoh: ter + kecil = terkecil ter + masyhur = termasyhur ter + panjang = terpanjang ter + merah = termerah ter + muda = termuda  Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: 1. Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu. 2. Seniman termasyhur itu telah meninggal dunia. 3. Sungai Rejang ialah yang terpanjang di Malaysia. 4. Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. 5. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda.
  10. 10. (ii) Awalan se-  Awalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata adjektif, apabila bergabung dengan kata-kata dasar, untuk memberi pengertian sama.Contohnya: se + tinggi = setinggi se + besar = sebesar se + pandai = sepandai se + indah = seindah se + buruk = seburuk  Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya. 2. Bangunan di situ akan didirikan sebesar bangunan kompleks Daya Bumi. 3. Aminah tidak sepandai abangnya. 4. Warna baju itu semerah darah ikan. 5. Keadaan ekonomi negara tahun lalu tidak seburuk keadaannya sekarang.
  11. 11. Apitan kata adjektif  Apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke- …-an. (i) Apitan ke-…-an  Gabungan apitan ke-…-an dengan satu kata dasar daripada jenis kata nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan. Umumnya kata adjektif ini dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya: kebaratan kearaban kecintaan keindonesiaan kemelayuan  Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Cara hidupnya sungguh kebaratan. 2. Rupanya agak kecinaan. 3. Pakaiannya terlalu kearaban. 4. Gaya pertuturannya amat keindonesiaan. 5. Sifat kemelayuannya begitu menonjol
  12. 12. Sisipan kata adjektif  Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata adjektif, kata nama atau kata kerja dengan sisipan. Proses ini melibatkan empat jenis sisipan -em-, -el-, -er-, dan –in-. Bentuk-bentuk ini amat terhad dan tidak produktif sifatnya. (i) Sisipan -em-  Sisipan -em- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu. Contohnya: guruh = gemuruh gilang = gemilang serbak = semerbak santan = semantan ketot = kemetot  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Bau bunga-bunga di taman tasik itu semerbak. 2. Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan bacaan doa. 3. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh. 4. Nyiur semantan sudah boleh dibuat gulai. 5. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja.
  13. 13. (ii) Sisipan -el-  Sisipan -el- yang bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu juga berfungsi menerbitkan kata-kata adjektif, seperti yang berikut: serak = selerak gembung = gelembung kebak = kelebak  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Bilik selerak itu kepunyaan abangku. 2. Kulitnya jarang melecur itu gelembung. 3. Kain layarnya kelebak dipukul angin.
  14. 14. (iii) Sisipan -er-  Sisipan -er- juga dapat bergabung dengan beberapa kata dasar untuk menerbitkan kata-kata adjektif, seperti berikut: kelip = ker(e)lip godah = gerodak  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Masjid itu dihiasi dengan lampu kerlip pada setiap malam Jumaat. 2. Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu jatuh. (iv) Sisipan -in-  Setakat ini hanya terdapat satu sahaja kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sinambung. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Sastera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada sastera Melayu lama.
  15. 15. Kata Adjektif Ganda  Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat menerima apitan ke-…-an bagi menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang menerima apitan ke-…-an ialah kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya: kuning = kekuning-kuningan merah = kemerah-merahan malu = kemalu-maluan hijau = kehijau-hijauan gila = kegila-gilaan bodoh = kebodoh-bodohan  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Warna payungnya kekuning-kuningan. 2. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian. 3. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan. 4. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik. 5. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.
  16. 16.  Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat menerima apitan ke-…-an bagi menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang menerima apitan ke-…-an ialah kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya: kuning = kekuning-kuningan merah = kemerah-merahan malu = kemalu-maluan hijau = kehijau-hijauan gila = kegila-gilaan bodoh = kebodoh-bodohan  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Warna payungnya kekuning-kuningan. 2. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian. 3. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan. 4. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik. 5. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.
  17. 17. Penggandaan separa  Penggandaan separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian daripada kata dasar diulang.Kata adjektif gandaan separa terhad jumlahnya dalam bahasa Melayu. Kata adjektif gandaan ini digunakan untuk membawa maksud penekanan pada kata dasar.Contohnya: besar-besaran gila-gilaan awur-awuran kecil-kecilan takut-takutan  Kehadirannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Upacara sambutan hari kemerdekaan kali ini diadakan secara besar- besaran. 2. Pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian tunangnya. 3. Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh ibunya. 4. Mak Minah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga. 5. Bayi itu dalam keadaan takut-takutan semenjak disergah oleh abangnya.
  18. 18. Penggandaan berentak  Kata adjektif gandaan berentak dihasilkan dengan menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar dengan makna penekanan maksud pada kata dasar.Contohnya: kacau-bilau gilang-gemilang kontang-kanting lekak-lekuk titik-bengik porak-peranda kusut-masai kucar-kacir simpang-siur hiruk-pikuk  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: 1. Rumah tangganya porak-peranda kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab. 2. Pesta pada malam itu gilang-gemilang. 3. Usahlah bertegang leher tentang perkara yang titik-bengik itu. 4. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu malam yang gelap-gelita. 5. Dia dijumpai dalam keadaan kusut-masai setelah sesat di hutan itu.
  19. 19. Kata Adjektif Majmuk  Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.Contohnya: merah jambu kuning langsat hijau daun muda remaja biru laut  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang. 2. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun. 3. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut. 4. Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi peraduan fesyen kebaya. 5. Fesyen terbaharu itu menjadi ikutan kaum muda remaja.
  20. 20.  Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut: panjang tangan besar kepala ringan tulang terang hati rabun ayam  Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan. 2. Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala. 3. Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang. 4. Aminah sering diajar sesuatu perkara kerana dia terang hati. 5. Penglihatannya kurang baik pada waktu senja kerana beliau rabun ayam.
  21. 21. Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya.Contohnya: riang gembira - riang dan gembira tua muda - tua dan muda miskin kaya - miskin dan kaya cantik manis - cantik dan manis panas terik - panas yang terik Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu.

×