SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
SOALAN 1 
1.0 PENGENALAN 
Etika berasal daripada perkataan Greek, Ethos diertikan sebagai sikap dan adat yang menetukantingahlaku iaitu penemuan baik buruk perbuatan manusia. Menurut Grassian ( 1981 ) etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilansosial dan ciri – ciri kehidupan yang baik. Menurut Institut Integriti Malaysia 
( 2007 :17 ) pula mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yangmenjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen. 
Etika (etimologi) menurut modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah ialah berasal dari bahasa Yunani adalah μEthos yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan(costum). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu μMos dan dalam bentuk jamaknya μMores, yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan),dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith, 2006).kumpulan tersebut.Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik atau buruk serta yang betul atau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli.. Menurut William(1971), etika ialah “The normative science of the conduct of human beings living in societies-a science which judges this conduct to be right or wrong, to be good or bad or in some similar way” 
(Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di mana sains inimenentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain- lain).
Definisi Isu: 
Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan bolehmenjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurutsatu laman web(artikata.com), isu adalah seuatu masalah yang dikedepankan (diperkatakan)untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas asal usulnyadan tidak terjamin kebenarannya. 
Sejak akhir-akhir ini, kita sering melihat banyak kejadian negative yang berlaku di sebabkan oleh guru.Jika di lihat di muka akhbar, berita serta media elektronik, isu etika guru sering membelunggu kita.Keadaan seperti iniamat mendukacitakan kita.Ini adalah di sebabkan oleh darjat yang di perolehi darpada seorang guru adalah amat tinggi.Guru di ibaratkan sebagai lilin yang membakar di segenap ruang yang dapat menyidara manusia daripada kegelapan. Namun, apa yang mendukacitakan pada masa kini, banyak kesalahan atau kegiatan negative yang telah di tonjolkan oleh sesetengah guru. 
Di antara isu-isu etika yang sering menjadi perbualan hangat ataupun yang dapat kita lihat pada masa kini adalah seperti kes rasuah, gangguan seksual, dan pembuangan masa. 
2.0 ISU-ISU ETIKA 
2.1 ISU ETIKA GURU: KES RASUAH 
Definisi rasuah yang di petik dari wikkipedia.org, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: 
* Meminta/Menerima Rasuah 
* Menawar/Memberi Rasuah 
* Membuat Tuntutan Palsu
2.1.1 Di antara punca berlakunya rasuah di kalangan guru adalah: 
1). Kurangnya didikan agama dan didikan moral 
2). Wujudnya birokrasi dalam system pemerintahan 
3). Kepimpinan yang lemah 
4). Pengurusan perbelanjaan yang tidak sistematik 
Dari segi kurangnya didikan agama dan didikan moral, hal ini berkaitan dengan seseorang guru itu tidak mempunyai iman yang kukuh.Inimenyebabkan mudah terpesong daripada landasan asal bagi seseorang guru tersebut.Mereka tidak mengetahui tentang baik buruknya tentang perbuatan tersebut dan dengan sewenangnya mengambil jalan mudah untuk bertindak sedemikian.Biasanya, golongan guru ini tidak mengetahui tentang perbuatan keji ini dan menganggap benda ini adalah perkara biasa.Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat. Sebagai contoh, apabila seseorang guru telah di tawarkan sejumlah wang ringgit bagi tujuan kelulusan daripada pihak atasan, secara tidak langsung guru akan mengambil inisiatif untuk meluluskan atau mencari jalan bagi mendapat tender atau projek tersebut di sebabkan oleh ganjaran yang di terime itu. Bagi golongan yang memberi rasuah ini, mereka tidak kisah dengan ganjaran yang mereka berikan di sebabkan pulangan yang mereka akan dapat di hari kemudian adalah lebih tinggi lagi. 
Selain itu, punca rasuah juga adalah di sebabkan oleh wujudnya birokrasi dalam system pemerintahan.Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk mengambil kesempatan.Hal ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan rasuah.
Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat.Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal ‘Water Gate’.Ada kalanya penerima rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan 
Selain itu, isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan gurudisiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan olehpihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yangmengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lainpenyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa muridmembeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar,melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakantuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yurankhas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolahdengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidakmengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi. 
Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku.Pertama adalahberpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri.Guru yang terlibatdalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidupmewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri,maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telahdiamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dankeimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilaikejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan.Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalammenguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewamenguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru
tersebutbiasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskanbatas – batas tatacara pengurusan kejayanya 
2.1.2 Implikasi rasuah ke atas kehidupan kita adalah Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara.Masyarakat perlu mengambil sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi ‘barah’ dalam masyarakat. 
Rasuah juga menggambarkan amalan berat sebelah dan ketidakadilan dalam sesebuah urusan di mana banyak pihak lain yang sebenarnya dianiaya kerana mereka mengamalkan amalan yang tidak baik. Secara tidak langsung imej sesuatu pengurusan itu turut tercemar. Jika kerajaan yang melakukan amalan yang tidak berfaedah ini, tahap kepercayaan pelabur-pelabur asing mulai akan luntur sedikit demi sedikit akibat daripada ketidak adilan pemimpin sesebuah kerajaan itu sendiri dan turut juga akan menjatuhkan maruah sesuatu pihak itu sendiri akibat pengamalan budaya rasuah dalam melicinkan pengurusan. 
Selain itu, imej Negara juga akan tercalar di sebabkan oleh rasuah ini. Akan terdapat perkara yang boleh menyebabkan kucar-kacir di antara masyarakat sekeliling pada masa kini.Hal sedemikian juga pernah berlaku dalam sejarah tamadun Mesir dan Mesopotamia. Akibatnya, Negara ini telah di pandang serong oleh Negara lain. Selain itu, hubungan dagangan akan terputus dan secara tidak langsung ekonomi Negara juga turut terjejas dan akan terbantut. 
Rasuah juga menggambarkan amalan berat sebelah dan ketidakadilan dalam sesebuah urusan di mana banyak pihak lain yang sebenarnya dianiaya kerana mereka mengamalkan amalan yang tidak baik. Secara tidak langsung imej sesuatu pengurusan itu turut tercemar. Jika kerajaan yang melakukan amalan yang tidak berfaedah ini, tahap kepercayaan pelabur-pelabur asing mulai akan luntur sedikit demi sedikit akibat daripada ketidak adilan pemimpin sesebuah kerajaan itu sendiri dan turut juga akan menjatuhkan maruah sesuatu pihak itu sendiri akibat pengamalan budaya rasuah dalam melicinkan pengurusan.
2.2 ISU ETIKA GURU : GANGGUAN SEKSUAL 
Kejadian gangguan seksual semakin berleluasan dewasa ini.Gangguan seksual ini bukan sahaja berlaku di tempat kerja dan tempat awam malah isu ini telah menular di sekolah dimana mangsanya ialah murid-murid.Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid dibawah jagaan mereka.Sering kali kita dengar terdapat tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua.Ini memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru. 
Kod Amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual contohnya mencium ialah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan samada secara lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal.Gangguan seksual boleh dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance). 
2.2.1 Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis iaitu : 
1). Gangguan secara lisan 
 bentuk gangguan yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut 
2). Gangguan secara isyarat (Bukan Lisan) 
 gangguan yang dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.
3). Gangguan secara visual 
 perlakuan menghantar nota, surat, e-mail, pesanan ringkas (sms), gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada mangsa yang menyebabkan mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual. 
4). Gangguan secara fizikal 
 gangguan yang berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut. 
5). Gangguan secara psikologi 
 mangsa cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas mangsa. 
2.2.2 Punca berlakunya gangguan seksual 
Menurut Koss (1990), murid yang mengalami gangguan seksual iaitu dicium seringkali merasa diri mereka sebagai mangsa dan menukar corak hidup mereka menjadi pendiam, kurang bergaul dan sebagainya. Punca berlakunya perkara sedemikian adalah kurang memahami etika keguruan.Ini di sebabkan oleh guru kurang memahami kod etika guru.Sebagai guru yang professional, kod etika ini mestilah di kuasai dan di praktikkan dengan sebaiknya.Berdasarkan kod etika perguruan sepatutnya setiap ahli profesion iaitu guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan.Tetapi dalam kes ini yang terjadi adalah sebaliknya.
Selain itu, guru yang mempunyai masalah keluarga adalah di antara punca terjadinya perkara sedemikian.Di antara masalah tersebut adalah guru yang mempunyai masalah keluarga seperti penceraian atau perselisihan faham di antara keluarga. Ini juga akan menyebabkan guru tersebut mengalami masalah emosi yang tidak stabil serta memerlukan tempay untuk berkasih saying. Hal ini menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka. 
Di samping itu juga, antara punca penyumbang kepada tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut ialah pengaruh media massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Mengikut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari media massa kerana media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini terhadap anak muridnya. Pengaruh media massa contohnya media cetak membolehkan guru tersebut mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah dan sebagainya dengan mudah seterusnya membuat gangguan seksual kepada anak muridnya. 
Manakala melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan sebagainya membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati dan mudah di layari berbanding medium yang lain. Ini menyebabkan guru tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan sedemikian. Oleh itu, apa yang dilihat dan dipelajari telah di aplikasikan ke atas murid. 
Tiada kesedaran agama juga adalah punca kepada tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut. Kesedaran agama yang kurang terutama tentang hukum halal dan haram menyebabkan seseorang guru tersebut sanggup melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan mereka sendiri. Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Guru tersebut juga tidak menjaga pergaulan beliau dengan anak muridnya dimana dia sanggup membuat gangguan seksual keatas anak muridnya sendiri. Di sini jelas menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan mencerminkan beliau sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika
difikir kembali tidak mungkin akan berlaku kes seumpama ini jika guru tersebut mempunyai kesedaran agama yang tinggi serta takutkan balasan dari Allah SWT. 
Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, mungkin masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan tingkah laku guru yang negatif ini bukan sahaja akan tmemberi kesan kepada diri guru tersebut sahaja namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa gangguan seksual, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan sebagainya. 
2.2.2.1 Guru 
Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan ini ialah menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi semakin rengang dimana semua murid membenci dan takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini, murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatannya juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi mempercayai guru tersebut selepas sekali melakukan perkara yang tidak senonoh. Guru tersebut akan mengalami tekanan emosi juga adalah kesan jangka pendek yang akan dihadapi dimana guru tersebut mungkin mengalami konflik jiwa yang serius akibat dari perbuatannya. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga. 
Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin akan mendapat kesan yang buruk contohnya mungkin keluarga beliau akan dibenci dan dicemuh oleh masyarakat. Ini menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah beliau akan hilang pekerjaan dan mata pencarian akibat dari perbuatan mereka yang tidak senonoh itu. 
Kesan jangka panjang yang akan ditempuhi oleh guru tersebut ialah mereka tidak lagi diterima oleh masyarakat dimana masyarakat akan memandang serong kepada mereka. Selain itu kesannya juga ialah guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tidak ada tempat dalam masyarakat dimana beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat.
Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah, masyarakat tidak lagi mempercayai bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka menyebabkan tugas guru tidak lagi di pandang sebagai satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu juga menyebabkan guru –guru walaupun mereka tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan sejawatannya yang berkelakuan negatif. Kesan jangka panjang kepada guru yang lain menyebabkan mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion ini lagi. Selain itu guru-guru yang lain tidak lagi mempunyai perasaan seorang pendidik jika masalah ini berleluasan. 
2.2.2.2. Profesion Perguruan 
Kesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru ini menyebabkan profesion perguruan ini dipandang rendah oleh masyarakat.Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga menyebabkan profesion ini tidak lagi diperlukan oleh masyarakat.Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat dimana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan.Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid. 
Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru dan ini mengakibatkan profesion ini kekurangan genarasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa.Di samping itu juga, kesan dari ini kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru- guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini.Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.
2.3 ISU ETIKA GURU : PENYALAHGUNAAN MASA GURU 
Masa adalah sangat berharga kepada manusia.Di dalam al-Qur’an, Surah Al- ‘Asr, Allah menerangkan kepada manusia tentang kepentingan masa. 
“Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran.” 
Tugas guru adalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan masa kepada murid, maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu yang amat berguna.Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang diberikan kepada kita terutamanya dalam waktu persekolahan.Ada juga yang mengatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa.Orang yang tidak tahu menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati.Kesemua kata- kata hikmat di atas menunjukkan kepentingan masa yang perlu dihayati insan bernama guru. 
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum.Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.
2.3.1 PUNCA PEMBUANGAN MASA DI KALANGAN GURU 
2.3.1.2 Guru tidak menggunakan masa yang terluang untuk membuat bahan dan alat bantu mengajar. 
Bahan bantu mengajar sangat penting dalam menyampaikan ilmu kepada murid terutamanya sekiranya guru ingin mengenalkan sesuatu konsep kepada murid.di zaman moden ini, pelbagai bahan dan alatan siap telah dibeli oleh sekolah untuk digunakan oleh guru. Malah, sumber internet juga kini menjadi sumber yang sangat efektif untuk digunakan oleh guru.Saya melihat isu ini sebagai sesuatu yang agak menyedihkan kerana guru sudah sedia maklum dengan tanggungjawab mereka.Bahan-bahan ini juga digunakan sebagai alat pentaksiran kepada murid untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid terhadap sesuatu kemahiran. Kegagalan menyediakan alatan bantu mengajar juga menjadi isu penyalahgunaan masa senggang guru. Guru seharusnya menggunakan masa tersebut untuk memilih mana- mana alatan yang dibeli oleh pihak sekolah mahupun cakera padat yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk digunakan di dalam kelas. Malah, guru juga boleh melayari laman web Eduweb tv untuk memuat turun mana-mana video untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bukankan kesemua perancangan pengajaran ini memerlukan guru menggunakan masa senggang mereka? 
2.3.1.2 Guru menunda kerja, melakukan aktiviti yang tidak penting dan melakukan tugas sambil lewa. 
Ada juga segelintir guru yang tidak menggunakan masa dengan efektif.Mereka sering menunda sesuatu kerja sehingga menimbulkan sesuatu bebanan kepada mereka.Malah, di akhir waktu yang ditetapkan, guru merungut kerana berasa tertekan dengan bebanan yang disebabkan kealpaan mereka sendiri. Ada guru yang menggunakan masa terluang mereka dengan aktiviti membaca majalah kekeluargaan, membincangkan isu politik secara keterlaluan dan membincangkan hal kekeluargaan orang lain. Sikap sebegini mengundang pandangan yang tidak baik di kalangan murid dan ibu bapa.Sewajarnya, masa terluang sebegini digunakan untuk membincangkan masalah pengajaran dan pembelajaran murid atau membaca artikel-artikel mengenai pendidikan.Pengalaman dari guru-guru lain juga boleh dibincangkan.Guru seharusnya
mempunyai motivasi intrinsik supaya guru dapat menggunakan sepenuhnya masa mereka ke arah kebaikan. 
2.3.2.IMPLIKASI 
1). Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku. 
Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar.Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini. 
Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa.
2). Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan. 
Guru adalah ‘role model’ murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui teladan.Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah personaliti guru tersebut. 
‘Kepimpinan Melalui Teladan’ merupakan slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan awam. 
Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu, bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar kata guru berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri.Malah, mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga. 
3) Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku. 
Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar.Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa.
Bibliografi 
Abdul Majid Isa & Rahil MAhyuddin (1995). Psikologi : Pertumbuhan Dan Perkembangan, Petaling Jaya 
Hj. Abdul Ghani Samsudin (2004). Sahsiah Guru Muslim dan Keberkesanan Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. 
Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21 : Cabaran Dan Persiapan Dalam Era Globalisasi, Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru.Selangor:OxfordFajar 
kwapmguna.htmlJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010).Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam.

More Related Content

What's hot

Edu3108 tajuk 3 isu-isu etika guru nota
Edu3108   tajuk 3 isu-isu etika guru notaEdu3108   tajuk 3 isu-isu etika guru nota
Edu3108 tajuk 3 isu-isu etika guru nota
Zaedi Ahmad
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
Shila Daly
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
Izzat Najmi
 
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Joyce Tan
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
Cik Sakura
 
Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1
Noor Dollah
 
Kepentingan etika guru
Kepentingan etika guruKepentingan etika guru
Kepentingan etika guru
Rusliza Awang
 

What's hot (20)

Edu3108 tajuk 3 isu-isu etika guru nota
Edu3108   tajuk 3 isu-isu etika guru notaEdu3108   tajuk 3 isu-isu etika guru nota
Edu3108 tajuk 3 isu-isu etika guru nota
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
 
Konsep etika
Konsep etikaKonsep etika
Konsep etika
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Isu isu etika guru
Isu isu etika guruIsu isu etika guru
Isu isu etika guru
 
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
Guru mencabul emosi murid
Guru mencabul  emosi muridGuru mencabul  emosi murid
Guru mencabul emosi murid
 
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docxKepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
 
Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1
 
Etika guru
Etika guruEtika guru
Etika guru
 
Etika Guru
Etika GuruEtika Guru
Etika Guru
 
Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
Sikap guru 2
Sikap guru 2Sikap guru 2
Sikap guru 2
 
Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etikaPeranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Kepentingan etika guru
Kepentingan etika guruKepentingan etika guru
Kepentingan etika guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 

Viewers also liked

Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Afif Muhamad
 
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianArtikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Afif Muhamad
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Hishamuddin Jabar
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
Irul Erul
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
asyikin hashim
 
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialPeranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Naveen Segaran
 
Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)
amryee
 
Artikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar HarianArtikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Afif Muhamad
 
Kod etika profesion keguruan malaysia
Kod etika profesion keguruan malaysiaKod etika profesion keguruan malaysia
Kod etika profesion keguruan malaysia
Mohd Isa Barum
 
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Azzam Yusof
 
Penyakit jangkitan seks
Penyakit jangkitan seksPenyakit jangkitan seks
Penyakit jangkitan seks
Mohd Zainudin
 

Viewers also liked (20)

Assignment EDU
Assignment  EDUAssignment  EDU
Assignment EDU
 
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
 
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianArtikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
 
Tugasan asyraf
Tugasan asyrafTugasan asyraf
Tugasan asyraf
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialPeranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
 
Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)
 
Artikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar HarianArtikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
 
Phedofilia ppt
Phedofilia pptPhedofilia ppt
Phedofilia ppt
 
Part 1
Part 1Part 1
Part 1
 
Kod etika profesion keguruan malaysia
Kod etika profesion keguruan malaysiaKod etika profesion keguruan malaysia
Kod etika profesion keguruan malaysia
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
 
subjek educipg
subjek educipgsubjek educipg
subjek educipg
 
Guru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasaGuru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasa
 
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
 
Penyakit jangkitan seks
Penyakit jangkitan seksPenyakit jangkitan seks
Penyakit jangkitan seks
 

Similar to Soalan 1

Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraPendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Maz Vicarious
 
Tugas analisis kebijakan publik uas
Tugas analisis kebijakan publik uasTugas analisis kebijakan publik uas
Tugas analisis kebijakan publik uas
netieli
 
Bab 4 faktor faktor penyebab korupsi
Bab 4 faktor faktor penyebab korupsiBab 4 faktor faktor penyebab korupsi
Bab 4 faktor faktor penyebab korupsi
natal kristiono
 
Ternyata korupsi berbudaya dikampus
Ternyata korupsi berbudaya dikampusTernyata korupsi berbudaya dikampus
Ternyata korupsi berbudaya dikampus
Rifal Fauzi
 
Contoh Tentang Perilaku Bisnis yang Melanggar Etika
Contoh Tentang Perilaku Bisnis yang Melanggar EtikaContoh Tentang Perilaku Bisnis yang Melanggar Etika
Contoh Tentang Perilaku Bisnis yang Melanggar Etika
celinatavi
 

Similar to Soalan 1 (20)

Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraPendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
 
Tugas peruu cetak
Tugas peruu cetakTugas peruu cetak
Tugas peruu cetak
 
01pendahuluan-konsep dasar.pdf
01pendahuluan-konsep dasar.pdf01pendahuluan-konsep dasar.pdf
01pendahuluan-konsep dasar.pdf
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Tugas analisis kebijakan publik uas
Tugas analisis kebijakan publik uasTugas analisis kebijakan publik uas
Tugas analisis kebijakan publik uas
 
1
11
1
 
Bab 4 faktor faktor penyebab korupsi
Bab 4 faktor faktor penyebab korupsiBab 4 faktor faktor penyebab korupsi
Bab 4 faktor faktor penyebab korupsi
 
BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...
BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...
BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...
 
Sim,reza agung wibowo.hapzi ali,etis teknologi informasi,universitas mercu bu...
Sim,reza agung wibowo.hapzi ali,etis teknologi informasi,universitas mercu bu...Sim,reza agung wibowo.hapzi ali,etis teknologi informasi,universitas mercu bu...
Sim,reza agung wibowo.hapzi ali,etis teknologi informasi,universitas mercu bu...
 
Ternyata korupsi berbudaya dikampus
Ternyata korupsi berbudaya dikampusTernyata korupsi berbudaya dikampus
Ternyata korupsi berbudaya dikampus
 
Materi 8 Etika Administrasi Publik
Materi  8 Etika Administrasi Publik Materi  8 Etika Administrasi Publik
Materi 8 Etika Administrasi Publik
 
Pendidikan Anti Korupsi.ppt
Pendidikan Anti Korupsi.pptPendidikan Anti Korupsi.ppt
Pendidikan Anti Korupsi.ppt
 
Pendidikan Anti Korupsi.ppt
Pendidikan Anti Korupsi.pptPendidikan Anti Korupsi.ppt
Pendidikan Anti Korupsi.ppt
 
Pancasila integitas antikorupsi
Pancasila integitas antikorupsiPancasila integitas antikorupsi
Pancasila integitas antikorupsi
 
Contoh Tentang Perilaku Bisnis yang Melanggar Etika
Contoh Tentang Perilaku Bisnis yang Melanggar EtikaContoh Tentang Perilaku Bisnis yang Melanggar Etika
Contoh Tentang Perilaku Bisnis yang Melanggar Etika
 
Kb 2 penyebab-orang-korupsi
Kb 2 penyebab-orang-korupsiKb 2 penyebab-orang-korupsi
Kb 2 penyebab-orang-korupsi
 
Etik umb Corruption
Etik umb CorruptionEtik umb Corruption
Etik umb Corruption
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupan
 
Monev Tata Laksana Pemerintahan
Monev Tata Laksana PemerintahanMonev Tata Laksana Pemerintahan
Monev Tata Laksana Pemerintahan
 
Sim, fajar muh triadi sakti, hapzi ali, implikasi etis ti, universitas mercu ...
Sim, fajar muh triadi sakti, hapzi ali, implikasi etis ti, universitas mercu ...Sim, fajar muh triadi sakti, hapzi ali, implikasi etis ti, universitas mercu ...
Sim, fajar muh triadi sakti, hapzi ali, implikasi etis ti, universitas mercu ...
 

More from Kamariah Abdullah Joanna Libin (20)

Ruj lingusosilinguistik
Ruj lingusosilinguistikRuj lingusosilinguistik
Ruj lingusosilinguistik
 
Unsur seni
Unsur seniUnsur seni
Unsur seni
 
Nota seni
Nota seniNota seni
Nota seni
 
Masalah yang dihadapi
Masalah yang dihadapiMasalah yang dihadapi
Masalah yang dihadapi
 
Doa awal tahun
Doa awal tahunDoa awal tahun
Doa awal tahun
 
Carta inovasi bahasa arab
Carta inovasi bahasa arabCarta inovasi bahasa arab
Carta inovasi bahasa arab
 
Adat perkahwinan kadazan dusun
Adat perkahwinan kadazan dusunAdat perkahwinan kadazan dusun
Adat perkahwinan kadazan dusun
 
Nitric acid
Nitric acidNitric acid
Nitric acid
 
Ores and minerals
Ores and mineralsOres and minerals
Ores and minerals
 
Phenol
PhenolPhenol
Phenol
 
Plastic
PlasticPlastic
Plastic
 
Rubber
RubberRubber
Rubber
 
Silk, cotton and wool
Silk, cotton and woolSilk, cotton and wool
Silk, cotton and wool
 
Soap and detegents
Soap and detegentsSoap and detegents
Soap and detegents
 
Practical 1
Practical 1Practical 1
Practical 1
 
Presentation tamadun islam
Presentation tamadun islamPresentation tamadun islam
Presentation tamadun islam
 
Soalan 2
Soalan 2Soalan 2
Soalan 2
 
Pemuliharaan ex
Pemuliharaan exPemuliharaan ex
Pemuliharaan ex
 
The earth
The earthThe earth
The earth
 
Communication
CommunicationCommunication
Communication
 

Recently uploaded

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
saptari3
 

Recently uploaded (20)

Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 

Soalan 1

  • 1. SOALAN 1 1.0 PENGENALAN Etika berasal daripada perkataan Greek, Ethos diertikan sebagai sikap dan adat yang menetukantingahlaku iaitu penemuan baik buruk perbuatan manusia. Menurut Grassian ( 1981 ) etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilansosial dan ciri – ciri kehidupan yang baik. Menurut Institut Integriti Malaysia ( 2007 :17 ) pula mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yangmenjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen. Etika (etimologi) menurut modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah ialah berasal dari bahasa Yunani adalah μEthos yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan(costum). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu μMos dan dalam bentuk jamaknya μMores, yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan),dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith, 2006).kumpulan tersebut.Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik atau buruk serta yang betul atau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli.. Menurut William(1971), etika ialah “The normative science of the conduct of human beings living in societies-a science which judges this conduct to be right or wrong, to be good or bad or in some similar way” (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di mana sains inimenentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain- lain).
  • 2. Definisi Isu: Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan bolehmenjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurutsatu laman web(artikata.com), isu adalah seuatu masalah yang dikedepankan (diperkatakan)untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas asal usulnyadan tidak terjamin kebenarannya. Sejak akhir-akhir ini, kita sering melihat banyak kejadian negative yang berlaku di sebabkan oleh guru.Jika di lihat di muka akhbar, berita serta media elektronik, isu etika guru sering membelunggu kita.Keadaan seperti iniamat mendukacitakan kita.Ini adalah di sebabkan oleh darjat yang di perolehi darpada seorang guru adalah amat tinggi.Guru di ibaratkan sebagai lilin yang membakar di segenap ruang yang dapat menyidara manusia daripada kegelapan. Namun, apa yang mendukacitakan pada masa kini, banyak kesalahan atau kegiatan negative yang telah di tonjolkan oleh sesetengah guru. Di antara isu-isu etika yang sering menjadi perbualan hangat ataupun yang dapat kita lihat pada masa kini adalah seperti kes rasuah, gangguan seksual, dan pembuangan masa. 2.0 ISU-ISU ETIKA 2.1 ISU ETIKA GURU: KES RASUAH Definisi rasuah yang di petik dari wikkipedia.org, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: * Meminta/Menerima Rasuah * Menawar/Memberi Rasuah * Membuat Tuntutan Palsu
  • 3. 2.1.1 Di antara punca berlakunya rasuah di kalangan guru adalah: 1). Kurangnya didikan agama dan didikan moral 2). Wujudnya birokrasi dalam system pemerintahan 3). Kepimpinan yang lemah 4). Pengurusan perbelanjaan yang tidak sistematik Dari segi kurangnya didikan agama dan didikan moral, hal ini berkaitan dengan seseorang guru itu tidak mempunyai iman yang kukuh.Inimenyebabkan mudah terpesong daripada landasan asal bagi seseorang guru tersebut.Mereka tidak mengetahui tentang baik buruknya tentang perbuatan tersebut dan dengan sewenangnya mengambil jalan mudah untuk bertindak sedemikian.Biasanya, golongan guru ini tidak mengetahui tentang perbuatan keji ini dan menganggap benda ini adalah perkara biasa.Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat. Sebagai contoh, apabila seseorang guru telah di tawarkan sejumlah wang ringgit bagi tujuan kelulusan daripada pihak atasan, secara tidak langsung guru akan mengambil inisiatif untuk meluluskan atau mencari jalan bagi mendapat tender atau projek tersebut di sebabkan oleh ganjaran yang di terime itu. Bagi golongan yang memberi rasuah ini, mereka tidak kisah dengan ganjaran yang mereka berikan di sebabkan pulangan yang mereka akan dapat di hari kemudian adalah lebih tinggi lagi. Selain itu, punca rasuah juga adalah di sebabkan oleh wujudnya birokrasi dalam system pemerintahan.Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk mengambil kesempatan.Hal ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan rasuah.
  • 4. Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat.Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal ‘Water Gate’.Ada kalanya penerima rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan Selain itu, isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan gurudisiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan olehpihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yangmengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lainpenyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa muridmembeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar,melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakantuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yurankhas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolahdengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidakmengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi. Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku.Pertama adalahberpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri.Guru yang terlibatdalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidupmewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri,maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telahdiamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dankeimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilaikejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan.Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalammenguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewamenguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru
  • 5. tersebutbiasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskanbatas – batas tatacara pengurusan kejayanya 2.1.2 Implikasi rasuah ke atas kehidupan kita adalah Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara.Masyarakat perlu mengambil sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi ‘barah’ dalam masyarakat. Rasuah juga menggambarkan amalan berat sebelah dan ketidakadilan dalam sesebuah urusan di mana banyak pihak lain yang sebenarnya dianiaya kerana mereka mengamalkan amalan yang tidak baik. Secara tidak langsung imej sesuatu pengurusan itu turut tercemar. Jika kerajaan yang melakukan amalan yang tidak berfaedah ini, tahap kepercayaan pelabur-pelabur asing mulai akan luntur sedikit demi sedikit akibat daripada ketidak adilan pemimpin sesebuah kerajaan itu sendiri dan turut juga akan menjatuhkan maruah sesuatu pihak itu sendiri akibat pengamalan budaya rasuah dalam melicinkan pengurusan. Selain itu, imej Negara juga akan tercalar di sebabkan oleh rasuah ini. Akan terdapat perkara yang boleh menyebabkan kucar-kacir di antara masyarakat sekeliling pada masa kini.Hal sedemikian juga pernah berlaku dalam sejarah tamadun Mesir dan Mesopotamia. Akibatnya, Negara ini telah di pandang serong oleh Negara lain. Selain itu, hubungan dagangan akan terputus dan secara tidak langsung ekonomi Negara juga turut terjejas dan akan terbantut. Rasuah juga menggambarkan amalan berat sebelah dan ketidakadilan dalam sesebuah urusan di mana banyak pihak lain yang sebenarnya dianiaya kerana mereka mengamalkan amalan yang tidak baik. Secara tidak langsung imej sesuatu pengurusan itu turut tercemar. Jika kerajaan yang melakukan amalan yang tidak berfaedah ini, tahap kepercayaan pelabur-pelabur asing mulai akan luntur sedikit demi sedikit akibat daripada ketidak adilan pemimpin sesebuah kerajaan itu sendiri dan turut juga akan menjatuhkan maruah sesuatu pihak itu sendiri akibat pengamalan budaya rasuah dalam melicinkan pengurusan.
  • 6. 2.2 ISU ETIKA GURU : GANGGUAN SEKSUAL Kejadian gangguan seksual semakin berleluasan dewasa ini.Gangguan seksual ini bukan sahaja berlaku di tempat kerja dan tempat awam malah isu ini telah menular di sekolah dimana mangsanya ialah murid-murid.Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid dibawah jagaan mereka.Sering kali kita dengar terdapat tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua.Ini memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru. Kod Amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual contohnya mencium ialah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan samada secara lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal.Gangguan seksual boleh dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance). 2.2.1 Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis iaitu : 1). Gangguan secara lisan  bentuk gangguan yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut 2). Gangguan secara isyarat (Bukan Lisan)  gangguan yang dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.
  • 7. 3). Gangguan secara visual  perlakuan menghantar nota, surat, e-mail, pesanan ringkas (sms), gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada mangsa yang menyebabkan mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual. 4). Gangguan secara fizikal  gangguan yang berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut. 5). Gangguan secara psikologi  mangsa cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas mangsa. 2.2.2 Punca berlakunya gangguan seksual Menurut Koss (1990), murid yang mengalami gangguan seksual iaitu dicium seringkali merasa diri mereka sebagai mangsa dan menukar corak hidup mereka menjadi pendiam, kurang bergaul dan sebagainya. Punca berlakunya perkara sedemikian adalah kurang memahami etika keguruan.Ini di sebabkan oleh guru kurang memahami kod etika guru.Sebagai guru yang professional, kod etika ini mestilah di kuasai dan di praktikkan dengan sebaiknya.Berdasarkan kod etika perguruan sepatutnya setiap ahli profesion iaitu guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan.Tetapi dalam kes ini yang terjadi adalah sebaliknya.
  • 8. Selain itu, guru yang mempunyai masalah keluarga adalah di antara punca terjadinya perkara sedemikian.Di antara masalah tersebut adalah guru yang mempunyai masalah keluarga seperti penceraian atau perselisihan faham di antara keluarga. Ini juga akan menyebabkan guru tersebut mengalami masalah emosi yang tidak stabil serta memerlukan tempay untuk berkasih saying. Hal ini menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu juga, antara punca penyumbang kepada tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut ialah pengaruh media massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Mengikut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari media massa kerana media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini terhadap anak muridnya. Pengaruh media massa contohnya media cetak membolehkan guru tersebut mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah dan sebagainya dengan mudah seterusnya membuat gangguan seksual kepada anak muridnya. Manakala melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan sebagainya membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati dan mudah di layari berbanding medium yang lain. Ini menyebabkan guru tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan sedemikian. Oleh itu, apa yang dilihat dan dipelajari telah di aplikasikan ke atas murid. Tiada kesedaran agama juga adalah punca kepada tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut. Kesedaran agama yang kurang terutama tentang hukum halal dan haram menyebabkan seseorang guru tersebut sanggup melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan mereka sendiri. Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Guru tersebut juga tidak menjaga pergaulan beliau dengan anak muridnya dimana dia sanggup membuat gangguan seksual keatas anak muridnya sendiri. Di sini jelas menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan mencerminkan beliau sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika
  • 9. difikir kembali tidak mungkin akan berlaku kes seumpama ini jika guru tersebut mempunyai kesedaran agama yang tinggi serta takutkan balasan dari Allah SWT. Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, mungkin masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan tingkah laku guru yang negatif ini bukan sahaja akan tmemberi kesan kepada diri guru tersebut sahaja namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa gangguan seksual, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan sebagainya. 2.2.2.1 Guru Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan ini ialah menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi semakin rengang dimana semua murid membenci dan takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini, murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatannya juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi mempercayai guru tersebut selepas sekali melakukan perkara yang tidak senonoh. Guru tersebut akan mengalami tekanan emosi juga adalah kesan jangka pendek yang akan dihadapi dimana guru tersebut mungkin mengalami konflik jiwa yang serius akibat dari perbuatannya. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga. Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin akan mendapat kesan yang buruk contohnya mungkin keluarga beliau akan dibenci dan dicemuh oleh masyarakat. Ini menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah beliau akan hilang pekerjaan dan mata pencarian akibat dari perbuatan mereka yang tidak senonoh itu. Kesan jangka panjang yang akan ditempuhi oleh guru tersebut ialah mereka tidak lagi diterima oleh masyarakat dimana masyarakat akan memandang serong kepada mereka. Selain itu kesannya juga ialah guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tidak ada tempat dalam masyarakat dimana beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat.
  • 10. Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah, masyarakat tidak lagi mempercayai bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka menyebabkan tugas guru tidak lagi di pandang sebagai satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu juga menyebabkan guru –guru walaupun mereka tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan sejawatannya yang berkelakuan negatif. Kesan jangka panjang kepada guru yang lain menyebabkan mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion ini lagi. Selain itu guru-guru yang lain tidak lagi mempunyai perasaan seorang pendidik jika masalah ini berleluasan. 2.2.2.2. Profesion Perguruan Kesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru ini menyebabkan profesion perguruan ini dipandang rendah oleh masyarakat.Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga menyebabkan profesion ini tidak lagi diperlukan oleh masyarakat.Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat dimana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan.Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid. Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru dan ini mengakibatkan profesion ini kekurangan genarasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa.Di samping itu juga, kesan dari ini kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru- guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini.Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.
  • 11. 2.3 ISU ETIKA GURU : PENYALAHGUNAAN MASA GURU Masa adalah sangat berharga kepada manusia.Di dalam al-Qur’an, Surah Al- ‘Asr, Allah menerangkan kepada manusia tentang kepentingan masa. “Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran.” Tugas guru adalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan masa kepada murid, maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu yang amat berguna.Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang diberikan kepada kita terutamanya dalam waktu persekolahan.Ada juga yang mengatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa.Orang yang tidak tahu menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati.Kesemua kata- kata hikmat di atas menunjukkan kepentingan masa yang perlu dihayati insan bernama guru. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum.Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.
  • 12. 2.3.1 PUNCA PEMBUANGAN MASA DI KALANGAN GURU 2.3.1.2 Guru tidak menggunakan masa yang terluang untuk membuat bahan dan alat bantu mengajar. Bahan bantu mengajar sangat penting dalam menyampaikan ilmu kepada murid terutamanya sekiranya guru ingin mengenalkan sesuatu konsep kepada murid.di zaman moden ini, pelbagai bahan dan alatan siap telah dibeli oleh sekolah untuk digunakan oleh guru. Malah, sumber internet juga kini menjadi sumber yang sangat efektif untuk digunakan oleh guru.Saya melihat isu ini sebagai sesuatu yang agak menyedihkan kerana guru sudah sedia maklum dengan tanggungjawab mereka.Bahan-bahan ini juga digunakan sebagai alat pentaksiran kepada murid untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid terhadap sesuatu kemahiran. Kegagalan menyediakan alatan bantu mengajar juga menjadi isu penyalahgunaan masa senggang guru. Guru seharusnya menggunakan masa tersebut untuk memilih mana- mana alatan yang dibeli oleh pihak sekolah mahupun cakera padat yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk digunakan di dalam kelas. Malah, guru juga boleh melayari laman web Eduweb tv untuk memuat turun mana-mana video untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bukankan kesemua perancangan pengajaran ini memerlukan guru menggunakan masa senggang mereka? 2.3.1.2 Guru menunda kerja, melakukan aktiviti yang tidak penting dan melakukan tugas sambil lewa. Ada juga segelintir guru yang tidak menggunakan masa dengan efektif.Mereka sering menunda sesuatu kerja sehingga menimbulkan sesuatu bebanan kepada mereka.Malah, di akhir waktu yang ditetapkan, guru merungut kerana berasa tertekan dengan bebanan yang disebabkan kealpaan mereka sendiri. Ada guru yang menggunakan masa terluang mereka dengan aktiviti membaca majalah kekeluargaan, membincangkan isu politik secara keterlaluan dan membincangkan hal kekeluargaan orang lain. Sikap sebegini mengundang pandangan yang tidak baik di kalangan murid dan ibu bapa.Sewajarnya, masa terluang sebegini digunakan untuk membincangkan masalah pengajaran dan pembelajaran murid atau membaca artikel-artikel mengenai pendidikan.Pengalaman dari guru-guru lain juga boleh dibincangkan.Guru seharusnya
  • 13. mempunyai motivasi intrinsik supaya guru dapat menggunakan sepenuhnya masa mereka ke arah kebaikan. 2.3.2.IMPLIKASI 1). Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku. Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar.Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini. Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa.
  • 14. 2). Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan. Guru adalah ‘role model’ murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui teladan.Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah personaliti guru tersebut. ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ merupakan slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan awam. Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu, bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar kata guru berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri.Malah, mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga. 3) Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku. Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar.Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.
  • 15. Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa.
  • 16. Bibliografi Abdul Majid Isa & Rahil MAhyuddin (1995). Psikologi : Pertumbuhan Dan Perkembangan, Petaling Jaya Hj. Abdul Ghani Samsudin (2004). Sahsiah Guru Muslim dan Keberkesanan Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21 : Cabaran Dan Persiapan Dalam Era Globalisasi, Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru.Selangor:OxfordFajar kwapmguna.htmlJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010).Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam.