Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Respons terhadap realiti kehidupan

Respons terhadap realiti kehidupan

  • Login to see the comments

  • Be the first to like this

Respons terhadap realiti kehidupan

  1. 1. PENGENALAN Sejak kebelakangan ini negara sering digemparkan dengan isu-isu yang berkaitan dengan moral. Bukan hanya masyarakat biasa sahaja tetapi orang atasan juga dikaitkan dengan isu tidak bermoral seperti amalan rasuah, kelakuan songsang, penghinaan terhadap pemimpin dan sebagainya. Terdapat orang atasan dalam kerajaan yang menerima rasuah daripada pemaju demi mempercepatkan kelulusan sesuatu projek. Selain itu, isu guru melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya juga memberi gambaran bahawa pendidik yang disanjung mulia juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan moral. Persoalannya disini, adakah moral tidak lagi penting dalam zaman serba canggih dan manusia saling berlumba- lumba mencapai kepuasan diri dan kekayaan hidup? Apabila berbicara mengenai moral, pasti tergambar di fikiran setiap makhluk yang bernama manusia bahawa setiap insan di dunia mempunyai agama dan kepercayaan masing- masing. Agama dan kepercayaan tersebut sering menekankan konsep saling berbuat baik dan menjauhi kejahatan. Agama Islam menekankan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan kejahatan akan dimurkai oleh Allah S.W.T. Persoalannya disini mengapa masih ada mereka yang dikatakan beragama tetapi tetap melakukan kejahatan? Moral merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia dalam hubungan sesame manusia, yang nilainya ditentukan oleh masyarakat berdasarkan kepada pemikiran dan sentimen umum yang tertentu. Moral pada pandangan agama adalah satu aspek yang mengajar supaya manusia mengawal diri dalam kehidupan seharian, baik dalam soal makan minum atau yang berkenaan dengan soal perhubungan atau persaudaraan di antara sesama manusia dan makhluk. Oleh sebab itu, apabila seseorang manusia itu melakukan kesalahan mereka dianggap tidak bermoral kerana tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan. Perbincangan mengenai moral juga sering dikaitkan dengan beberapa teori oleh ahli falsafah yang terkenal dalam bidang berkaitan moral. Hal ini kerana, setiap ahli falsafah melihat sesuatu isu moral itu dari sudut yang berbeza berdasarkan penilaian dan kepercayaan hidup yang mereka pegang.
  2. 2. ISU-ISU MORAL PENYALAHGUNAAN DADAH Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang- ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian. RASUAH Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: * Meminta/Menerima Rasuah * Menawar/Memberi Rasuah * Membuat Tuntutan Palsu * Menyalahguna Jawatan/Kedudukan Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.
  3. 3. Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak- kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secarapsikologi. Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak- kanak. Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak Punca penderaan Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak. Apabila ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima "mersapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang. Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka. Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai
  4. 4. Orang yang di sayangi atau tiada orang awam yang perdulikan semasa mereka didera.. PENDERAAN KANAK-KANAKPenderaan kanak-kanak adalah di kategorikan empat jenis: · fisikal · seksual · psikologi · neglect Beberapa Contah: mengiggit,tending,tamper,tarik rambut,dengan kasar, cekit ,kurung tempat yang tak sepatutnya kepada kanak-kanak, termasuk membelai pernubusan persetubuhan secara paksa tampa rela, atau sentuhan tangan secara ramas.
  5. 5. GEJALA BULI Menurut kajian,kes buli menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya . Buli boleh dijelaskan dengan tingkah laku yang suka menyerang atau suka berkelahi sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa. Selain itu, buli juga bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan menunjukkan kekuatan mereka supaya orang yang lemah mematuhi atau menghormati mereka. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain. Buli biasanya membabitkan dua pihak iaitu orang yang membuli dan orang yang menjadi mangsa buli. Kebanyakan pembuli terdiri daripada pelajar menengah atas , bertubuh besar , tegap dan tinggi , melibatkan sekumpulan pelajar yang biasanya usia mereka adalah sebaya , manakala orang yang menjadi mangsa buli adalah pelajar-pelajar menengah rendah serta pelajar sekolah rendah yang bertubuh kecil , pelajar baru masuk ke sekolah tersebut , pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran pembuli. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes pembulian di kalangan para pelajar khususnya golongan remaja ialah mereka ingin mendapatkan perhatian orang lain serta menunjukkan kekuatannya kepada orang lain dengan tujuan ingin mahu disanjung oleh rakan . Ada sesetengah pembuli menganggap perbuatan buli orang lain sebagai hobi dengan sekadar mahu berseronok untuk menghilangkan perasaan bosannya . Tambahan pula, adanya pembuli menjadikan mangsa sebagai alat menempiaskan perasaan benci , dendam , marah selain membalas dendam . Selain itu , ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kepada anak mereka juga akan menyebabkan berlakunya kes buli . Contohnya , ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka . Justeru , ibu bapa kekurangan masa untuk menemani anak-anak mereka dan tidak mengambil berat tentang pendidikan agama . Lama-kelamaan ,ini akan mengakibatkan anak mereka
  6. 6. melahirkan sikap gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan . Langkah-langkah untuk mengatasi kes-kes buli dengan berkesan perlulah ada berkerjasama daripada beberapa pihak seperti ibu bapa , pihak sekolah , dan pihak kerajaan . Ibu bapa perlu meluangkan masa mereka untuk menemani anak mereka dan perlu mengetahui kegiatan aktiviti yang dilakukan oleh anaknya serta selalu berinteraksi dengan mereka supaya mereka tidak berasa kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa . Selain itu , ibu bapa perlu sentiasa mendidikan pengajaran agama kepada anak mereka dari semasa ke semasa supaya anak tidak akan melupakan ajaran agama dan latar belakang agama . Seterusnya , pihak sekolah juga boleh mengadakan satu Kelab Pencegahan Jenayah untuk menggalakkan para pelajar sertai . Para pelajar boleh memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar boleh menyebarkan pengetahuannya dengan rakan-rakannya . Bagi pelajar yang tidak menyertai Kelab Pencegahan Jenayah, para guru boleh menyebarkan info kepada pelajar pada waktu pembelajaran . Selain itu, pihak sekolah juga hendak menegaskan peraturan- peraturan sekolah dan sekiranya berlaku kes buli , tindakan yang tegas perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Tambahan pula, pihak kerajaan boleh berkerjasama dengan pihak sekolah untuk menganjurkan ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli . Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. Kesimpulannya , kes buli perlu ditangani dengan segera demi ketenteraman para pelajar dan menjaga imej institusi pendidikan . Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera , ia akan menjejaskan imej sekolah dan pelajar berasa ketakutan untuk pergi ke sekolah . Oleh itu , kerjasama antara pihak ibu bapa , pihak sekolah dan pihak kerajaan untuk mengatasi kes buli amat penting
  7. 7. ISU ALAM SEKITAR Jenis pencemaran Terdapat empat jenis pencemaran yang utama di Malaysia iaitu pencemaran air, udara, darat dan bunyi seperti yang berikut: Pencemaran Darat Aktiviti manusia menyebabkan berlakunya pelbagai jenis pencemaran alam. Sistem pembuangan sampah yang tidak terurus menjadi punca utama pencemaran darat. Pencemaran Udara Asap yang dikeluarkan oleh kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka mencemarkan udara. Udara menjadi tercemar apabila kandungan gas yang berbahaya seperti karbon monosikda, karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, nitrogen oksida dan ampaian lain memenuhi ruang udara. Pencemaran Air Pencemaran air berlaku akibat pembuangan sampah sarap dan sisa toksid dari kawasan perindustrian dan kawasan perumahan ke dalam sungai dan laut. Tumpahan minyak, pembuangan sisa bahan kimia dari kilang, najis ternakan dan racun serangga juga menyebabkan pencemaran ini berlaku. Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi terhasil daripada kilang-kilang, kenderaan-kenderaan, alatan eletronik dan kawasan-kawasan dalam pembinaan. Bunyi dari kilang yang terlalu bising akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak tenteram dan selesa.
  8. 8. ISU SEKSUALITI Tidak dapat dinafikan bahawa golongan homoseksual semakin berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Apa itu homoseksual? Bagaimana ia muncul di tengah-tengah arus kemodenan? Homoseksual ditakrifkan sebagai hubungan seksual antara orang yang sejenis jantinanya, baik sesama lelaki atau sesama wanita. Namun istilah homoseks ini biasanya digunakan untuk lelaki. Beberapa pakar mempunyai pendapat yang berbeza mengenai homoseks Dr. Sarlito Wirawan Sarwono mengatakan : “ Homoseksual adalah hubungan seks antara dua orang yang sama jenis kelaminnya.” . Manakala Dr. Ali Akbarmengemukakan bahawa yang dimaksud dengan homoseksual adalah mencari kepuasan seksual dengan jenis yang sama. Dr. Eustace Chesserpula berpendapat bahwa homoseksual adalah cinta di antara orang dari jantina yang sama. Istilah lesbian diistilahkan bagi wanita-wanita yang melakukan hubungan seksual sesama wanita. Lesbian ertinya para wanita lesbian ini cenderung untuk mencintai sejenisnya dan ia akan mendapatkan kepuasan seks bila dilakukan dengan wanita, bukan dengan lelaki. SEBAB-SEBAB TERJADI HOMOSEKSUAL Pakar seksologi mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sebab wujudnya hubungan sesama jenis. Ada yang mengatakan kerana pembawaan dan ada pula yang berpendapat kerana faktor-faktor psiko. Beberapa penyebab telah dikesan pakar seksologi mengapa seseorang menjalani hubungan sesama jenis antaranya Moerthiko berpendapat bahawa homoseksual itu terjadi kerana pengalaman-pengalaman di masa lampau tentang seks yang meninggalkan kesan mendalam pada pemikirannya. Ini diperhatikan pada kehidupan seharian, samada dipengaruhi peristiwa masa lalu didera secara seksual. Sebagai contoh, hal yang berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah yang hanya mempunyai satu gender sahaja. Kemungkinan terhadap kewujudan golongan ini agak tinggi. Zakiah Darajat mengatakan bahawa wujudnya homoseksual atau lesbian itu kerana dipengaruhi persekitarannya, seperti terjadi pada orang-orang yang hidup terpisah,
  9. 9. yang jauh dari lawan jantinanya, mungkin disebabkan kerana tugas, adat kebiasaan, atau peraturan yang sangat keras, yang tidak memberikan kesempatan untuk berkenalan dengan lawan jantina. Peranan ibu bapa turut menyumbang kepada penyelewengan sifat golongan ini. Tokoh ayah terlalu dominan dan ibu pasif menghasilkan anak perempuan yang agak menonjol sifat kelelakiannya. Begitu juga sebaliknya ibu terlalu dominan dan ayah pasif, keadaan ini dilihat pada anak lelaki yang dibesarkan oleh ibu dan dikelilingi adik beradik perempuan, menjadikan ia berkelakuan seperti perempuan lazimnya. Umumnya hal-hal sebegini dianggap oleh pakar sebagai penyebab utama wujudnya golongan homoseksual. Selain itu, terdapat di antara mereka yang terlibat dalam homoseksual mempunyai peribadi yang lemah. Mereka tidak yakin pada jantina sendiri, malah sering merasa diri mereka mempunyai jantina yang berlawanan dengan keadaan semula jadi mereka.
  10. 10. ISU DISKRIMINASI Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:  Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.  Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.  Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu. Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity) Jenis-jenis Diskriminasi Diskriminasi adalah perlakuan buruk yang ditujukan terhadap kumpulan manusia tertentu. Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti dibawah: Diskriminasi Umur Individu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan masalah sehingga timbul istilah "masalah remaja".
  11. 11.  Diskriminasi Jantina Individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama.  Diskriminasi Kesihatan Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan.  Diskriminasi Ras Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka.  Dikriminasi Agama Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti.  Diskriminasi Kaum Tidak memberi layanan yang sama rata kepada kaum lain. ISU ETHUNASIA Perkembangan dunia yang semakin maju, peradaban manusia tampil gemilang sebagai refleksi dari kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi, persoalan-persoalan norma dan hokum kemasyarakatan dunia bisa bergeser, sesuai dengan kebutuhan dan aspirasi masyarakat yang bersangkutan. Didalam masyarakat modern seperti dibarat, kebutuhan dan aspirasi masyarakat menempati kedudukan yang tinggi, sehingga berdasarkan itu, suatu produk hukum yang baru dibuat. Dari sini dapat digambarkan bahwa apabila terjadi pergeseran nilai dalam masyarakat, maka interfretasi terhadap hukum pun bisa berubah. Masalah euthanasia telah lama dipertimbangkan oleh beberapa kalangan. Mengenai pembahasan euthanasia ini masih terus di perdebatkan, terutama ketika masalahnya dikaitkan dengan pertanyaan bahwa menentukan mati itu hak sapa, dan dari sudut
  12. 12. mana ia dilihat. Dengan adanya makalah ini, kami berharap dapat mengungkapkan suatu pandangan konprehensif mengenai euthanasia menurut hukum menurut 5 agama. Pengertian Euthanasia - Euthanasia berasal dari bahasa Yunani, yaitu eu yang berarti indah, bagus, terhormat atau gracefully and with dignity, dan thanatos yang berarti mati. Jadi secara etimologis, euthanasia dapat diartikan sebagai mati dengan baik. Jadi sebenarnya secara harfiah, euthanasia tidak bisa diartikan sebagai suatu pembunuhan atau upaya menghilangkan nyawa seseorang. - euthanasia merupakan tindakan penghentian kehidupan manusia baik dengan cara menyuntikkan zat tertentu atau dengan meminum pil atau dengan cara lainnya. Tindakan ini muncul akibat terjadinya penderitaan yang berkepanjangan dari pasien. Di beberapa negara eropa dan sebagian Amerika Serikat, tindakan euthanasia ini telah mendapat izin dan legalitas negara. Pada umumnya mereka beranggapan bahwa menentukan hidup dan mati seseorang adalah hak asasi yang harus dijunjung tinggi. - Kode Etik Kedokteran Indonesia menggunakan euthanasia dalam tiga arti: 1. Berpindahnya ke alam baka dengan tenang & aman tanpa penderitaan, buat yang beriman dengan nama Tuhan di bibir. 2. Waktu hidup akan berakhir, diringankan penderitaan si sakit dengan memberi obat penenang. 3. Mengakhiri penderitaan & hidup seorang sakit dengan sengaja atas permintaan pasien sendiri & keluarganya. - Menurut Philo (50-20 SM) Euthanasia berarti mati dengan tenang dan baik, sedangkan Suetonis penulis Romawi dalam bukunya yang berjudul Vita Ceaserum mengatakan bahwa Euthanasia “mati cepat tanpa derita”. Sejak abad 19 terminologi euthanasia dipakai untuk penghindaran rasa sakit dan peringanan pada umumnya bagi yang sedang menghadapi kematian dengan pertolongan dokter. 1. Macam euthanasia Ada dua macam euthanasia: 1. Aktif Euthanasia aktif artinya mengambil kehidupan seseorang untuk mengurangi
  13. 13. penderitaannya. Ada aspek kesengajaan mematikan orang tersebut, misalnya dengan menyuntikkan zat kimia tertentu untuk mempercepat proses kematiannya. 1. Pasif Euthanasia pasif artinya membiarkan si sakit mati secara alamiah tanpa bantuan alat bantu seperti pemberian obat, makanan, atau alat bantu buatan. Euthanasia pasif, membiarkan kematian. Euthanasia pasif biasanya dibedakan atas euthanasia pasif alamiah dengan bukan alamiah. Euthanasia pasif alamiah berarti menghentikan pemberian penunjang hidup alamiah seperti makanan, minuman dan udara. Sedangkan euthanasia pasif bukan alamiah berarti menghentikan penggunaan alat bantu mekanik buatan misalnya mencabut respirator (alat bantu pernapasan) atau organ-organ buatan. Euthanasia pasif alamiah sama dengan pembunuhan sebab dengan sengaja membiarkan si sakit mati tanpa makan-minum (membunuh pelan- pelan). Sedangkan mencabut alat bantu yang mungkin hanya berfungsi memperpanjang ‘penderitaan’ tidak sama dengan membunuh sebab memang si sakit tidak sengaja dimatikan melainkan dibiarkan mati secara alamiah. 1. Auto euthanasia, Seorang pasien menolak secara tegas dengan sadar untuk menerima perawatan medis & dia mengetahui bahwa hal ini akan memperpendek atau mengakhiri hidupnya. Dengan penolakan tersebut ia membuat sebuah codicil (pernyataan tertulis tangan). Auto euthanasia pada dasarnya adalah euthanasia pasif atas permintaan. Selain itu, euthanasia bisa juga dibedakan atas euthanasia voluter dan euthanasia non-voluter. Yang pertama berarti si sakit menghendaki dan meminta sendiri dan mengetahui kematiannya. Maka euthanasia voluter sering disamakan dengan bunuh diri, sedangkan euthanasia non-voluter sering disamakan dengan pembunuhan. - Voluntary euthanasia: Permohonan diajukan pasien karena, misalnya gangguan atau penyakit jasmani yang dapat mengakibatkan kematian segera yang keadaannya diperburuk oleh keadaan fisik & jiwa yang tidak menunjang. - Involuntary euthanasia: Keinginan yang diajukan pasien untuk mati tidak dapat dilakukan karena, misalnya seseorang yang menderita sindroma Tay Sachs. Keputusan atau keinginan untuk mati berada pada pihak orang tua atau yang bertanggung jawab.
  14. 14. - Euthanasia menurut Agama Islam Dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah qatlu ar-rahma atau taysir al-maut Syariah Islam mengharamkan euthanasia aktif, karena termasuk dalam kategori pembunuhan sengaja (al-qatlu al-‘amad) walaupun niatnya baik yaitu untuk meringankan penderitaan pasien. Hukumnya tetap haram, walaupun atas permintaan pasien sendiri atau keluarganya. Hukum euthanasia pasif dalam arti menghentikan pengobatan dengan mencabut alat-alat bantu pada pasien –setelah matinya/rusaknya organ otak—hukumnya boleh (jaiz) dan tidak haram bagi dokter. Euthanasia dalam keadaan aktif maupun dalam keadaan pasif, menurut fatwa MUI, tidak diperkenankan karena berarti melakukan pembunuhan atau menghilangkan nyawa orang lain. Lebih lanjut, KH Ma’ruf Amin ( Ketua Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia ) mengatakan, euthanasia boleh dilakukan dalam kondisi pasif yang sangat khusus. - Euthanasia menurut Agama Hindu Berdasarkan kepercayaan umat Hindu, apabila seseorang melakukan bunuh diri, maka rohnya tidak akan masuk neraka ataupun surga melainkan tetap berada didunia fana sebagai roh jahat dan berkelana tanpa tujuan hingga ia mencapai masa waktu dimana seharusnya ia menjalani kehidupan (Catatan : misalnya umurnya waktu bunuh diri 17 tahun dan seharusnya ia ditakdirkan hidup hingga 60 tahun maka 43 tahun itulah rohnya berkelana tanpa arah tujuan), setelah itu maka rohnya masuk ke neraka menerima hukuman lebih berat dan akhirnya ia akan kembali ke dunia dalam kehidupan kembali (reinkarnasi) untuk menyelesaikan “karma” nya terdahulu yang belum selesai dijalaninya kembali lagi dari awal - Euthanasia menurut Agama Buddha Euthanasia atau mercy killing baik yang aktif atau pasif tidak dibenarkan dalam agama Buddha karena perbuatan membunuh atau mengakhiri kehidupan seseorang ini, walaupun dengan alasan kasih sayang, tetap melanggar sila pertama dari Pancasila Buddhis. Perbuatan membunuh atau mengakhiri hidup seseorang ini sesungguhnya tidak mungkin dapat dilakukan dengan kasih sayang atau karuna. - Euthanasia menurut Agama Kristen Katolik Para Uskup Gereja Katolik mengukuhkan bahwa eutanasia itu pelanggaran berat
  15. 15. hukum Allah, karena berarti pembunuhan manusia yang disengaja dan dari sudut moril tidak dapat diterima” (Evangelium Vitae, No. 65). - Euthanasia menurut Agama Kristen Protestan Beberapa pandangan dari berbagai denominasi tersebut misalnya : • Gereja Methodis (United Methodist church) dalam buku ajarannya menyatakan bahwa : ” penggunaan teknologi kedokteran untuk memperpanjang kehidupan pasien terminal membutuhkan suatu keputusan yang dapat dipertanggung jawabkan tentang hingga kapankah peralatan penyokong kehidupan tersebut benar-benar dapat mendukung kesempatan hidup pasien, dan kapankah batas akhir kesempatan hidup tersebut”. • Gereja Lutheran di Amerika menggolongkan nutrisi buatan dan hidrasi sebagai suatu perawatan medis yang bukan merupakan suatu perawatan fundamental. Dalam kasus dimana perawatan medis tersebut menjadi sia-sia dan memberatkan, maka secara tanggung jawab moral dapat dihentikan atau dibatalkan dan membiarkan kematian terjadi.

×