Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
1
Biodata
Nama : Sherly Jewinly
No. I/C : 950922-12-6662
Tarikh lahir :
Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah
Asal : Ranau,...
2
NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Biodata 1
2 Isi Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pendahuluan 4
5 Soalan 5
6 Tugasan 1
 P...
3
Penghargaan
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya...
4
Pendahuluan
Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini iaitu tugasan esei kedua-
duanya. Tugasan esei pertama ...
5
Soalan
Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk memartabatkan profesion
keguruan dengan meningkatkan kua...
6
Ciri-ciri Kualiti Guru yang Positif yang dapat Memartabatkan Profesion Keguruan dan
Melahirkan Guru yang Cemerlang Menje...
7
Aspek yang pertama ialah kecemerlangan peribadi yang meliputi ciri-ciri seperti nilai
kerohanian yang kukuh, kendiri yan...
8
pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi minat pelajar untuk terus belajar. Individu
yang bergelar guru perlu sent...
9
memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter-personal’ dan ‘intra-personal’ serta
berkemampuan menyampaikan i...
10
mengamalkan ciri-ciri kualiti yang positif juga dapat merealisasikan aspirasi negara kerana
golongan ini memainkan pera...
11
Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak
manusia yang mampu menghadapi alaf ba...
12
Rujukan
Akta Pendidikan Malaysia. (1996).
Kamus Dewan ,Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
F...
13
Peranan Bakal Guru untuk Menghadapi Cabaran-cabaran Profesionalisme Keguruan
Pengenalan
Pelbagai tanggapan yang boleh d...
14
ilmu dan keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu pendidikan itu baik, tetapi sekiranya ejen
yang menyampaikan itu tidak ef...
15
bagi mencapai aspirasi negara. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat
khasnya pelaksanaan reformasi pendidi...
16
Cabaran yang terakhir ialah cabaran globalisasi. Bidang pendidikan menghadapi
pelbagai akibat daripada globalisasi dan ...
17
bakal guru juga perlulah berusaha mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran dan
pendidikan terkini terutamanya ketika pr...
18
guru pelatih lain adalah seperti, mengelakkan daripada membuat kenyataan negatif dan
tidak melibatkan diri dalam kegiat...
19
Rujukan
Akta Pendidikan Malaysia. (1996).
Kamus Dewan ,Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
F...
20
Refleksi
Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya dalam tempoh masa ...
21
tersebut daripada peringkat awal lagi. Dengan itu, saya akan berpotensi untuk menjadi
seorang bakal guru yang berkualit...
22
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru yang positif

16,787 views

Published on

Kerja Kursus Penghantar Pengajian Profesional

Published in: Education
  • I think you need a perfect and 100% unique academic essays papers have a look once this site i hope you will get valuable papers, ⇒ www.HelpWriting.net ⇐
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • A professional Paper writing services can alleviate your stress in writing a successful paper and take the pressure off you to hand it in on time. Check out, please ⇒ www.HelpWriting.net ⇐
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating direct: ❶❶❶ http://bit.ly/2F90ZZC ❶❶❶
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Sex in your area is here: ♥♥♥ http://bit.ly/2F90ZZC ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru yang positif

  1. 1. 1 Biodata Nama : Sherly Jewinly No. I/C : 950922-12-6662 Tarikh lahir : Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah Asal : Ranau, Sabah Alamat : Kg. Kilimu, 89300 Ranau,Sabah, Malaysia Kelas : 2 PPISMP RBT Ambilan Jun 2013
  2. 2. 2 NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Biodata 1 2 Isi Kandungan 2 3 Penghargaan 3 4 Pendahuluan 4 5 Soalan 5 6 Tugasan 1  Pengenalan  Ciri-ciri kualiti guru yang positif  Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru yang positif  Kesimpulan 6-11 7 Rujukan 12 8 Tugasan 2  Pengenalan  Cabaran-cabaran profesionalisme keguruan  Peranan bakal guru bagi menghadapi cabaran-cabaran profesionalisme keguruan  Rumusan 13-18 9 Rujukan 19 10 Refleksi 20-21 11 Lampiran 22
  3. 3. 3 Penghargaan Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah generik Penghantar Pengajian Profesional saya, Puan Zuridah bt Halid kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih.
  4. 4. 4 Pendahuluan Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini iaitu tugasan esei kedua- duanya. Tugasan esei pertama memerlukan kami untuk membincangkan bagaimana ciri-ciri kualiti guru yang positif dapat membantu dalam memartabatkan profesion keguruan dan lahirkan guru yang cemerlang menjelang abad ke-21. Manakala tugasan esei kedua pula memerlukan kami untuk membuat satu esei mengenai bagaimanakah kami memainkan peranan untuk menjadikan diri kami pendidik yang bersedia untuk menangani cabaran- cabaran profesionalisme keguruan hari ini sebagai seorang pelajar IPG.
  5. 5. 5 Soalan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti kerjaya dan kebajikan guru. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan system penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif, menarik dan menyeronokkan. Dengan cara ini, guru dapat melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang harmonis dan seimbang. Pelajar seperti ini dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara. 1. Bincangkan bagaimana ciri-ciri kualiti guru yang positif dapat membantu dalam memartabatkan profesion keguruan dan lahirkan guru yang cemerlang menjelang abad ke-21. 2. Sebagai seorang pelajar di IPG, bagaimanakah anda memainkan peranan untuk menjadikan diri anda seorang pendidik yang bersedia untuk menangani cabaran- cabaran profesionalisme keguruan hari ini.
  6. 6. 6 Ciri-ciri Kualiti Guru yang Positif yang dapat Memartabatkan Profesion Keguruan dan Melahirkan Guru yang Cemerlang Menjelang Abad Ke-21. Pengenalan Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir sama pada zahirnya namun berbeza pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah penting untuk diketahui dan difahami. Pertama ialah konsep perguruan dan kedua ialah konsep keguruan. Menurut kamus Dewan (2007), konsep perguruan bermaksud pengajaran, misalnya kepada guru pelatih, pelajar dan sebagainya manakala konsep keguruan pula diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya. Keguruan ialah satu jawatan profesional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2007), sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati dan bersedia menghadapi cabaran-cabaran profesion keguruan. Salah satu agenda penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) ialah memartabatkan profesion keguruan dan melahirkan guru yang cemerlang menjelang abad ke-21. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks keguruan, guru yang profesional haruslah mempunyai ciri-ciri kualiti guru yang positif yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai aspek tetapi juga bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan bermutu tinggi serta terlatih dam mahir dalam tugas-tigas mengajar dan membimbing murid. Ciri-ciri kualiti guru yang positif Menurut Kamus Dewan (2007), ciri didefinisikan sebagai sifat yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan bahawa untuk memartabatkan profesion keguruan, ciri-ciri kualiti guru yang positif ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran (P&P), sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Menurut Md. Nasir Masran (2000) terdapat tiga aspek ciri-ciri kualiti guru yang positif yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  7. 7. 7 Aspek yang pertama ialah kecemerlangan peribadi yang meliputi ciri-ciri seperti nilai kerohanian yang kukuh, kendiri yang positif, berpegang teguh kepada etika perguruan, berakhlak mulia, tinggi sahsiah, adil, sabar, tegas, mesra, prihatin, bertimbang rasa, amanah, bertanggungjawab, kreatif, inovatif, kemas, mengamalkan sikap sedia berkongsi, bersikap terbuka dan berminda positif dan dapat menjadi “role model” kepada masyarakat. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan di tempat paling tinggi. Pegangan agama yang teguh akan menyebabkan seorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Seorang guru yang mempunyai pegangan agama yang teguh akan berpenampilan dan berimej baik melalui cara berpakaian, tingkah laku dan tutur katanya. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan ataupun memakai haruman yang melampau akan mencerminkan keperibadian guru tersebut. Rasulullah (s.a.w) ada bersabda “sabar itu ialah satu dari cabang iman”. Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Oleh itu, seorang guru yang berpegang teguh pada agama seharusnya sentiasa tabah, bersemangat, cekal, dan tidak mudah berputus asa. Peribadi dan personaliti guru sering menjadi perhatian dan sering menjadi penilaian anggota masyarakat terutamanya pelajar dan ibu bapa. Peribadi dan personaliti guru menjadi ikutan dan idola atau “role model” masyarakat kerana status guru dipandang tinggi dan mulia oleh mereka. Ciri-ciri peribadi dan personaliti guru yang digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan dari para pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah. Jadi, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri kualiti peribadi yang positif seperti profesional, berhemah tinggi, mempunyai sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada para pelajar, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh kepada para pelajar. Nilai- nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003), guru yang beriltizam akan menjadi “role model” kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam kelas. Guru yang mempunyai ciri-ciri yang telah dinyatakan juga akan mencerminkan keperibadian seorang guru untuk menjadi pendidik sejati. Contohnya,guru yang mempunyai ciri-ciri kreatif dan inovatif membolehkan guru tersebut mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu akan mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan positif kepada
  8. 8. 8 pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi minat pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri untuk mempertingkat kemahiran P&P dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2007) Aspek kedua ialah kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran. Seorang guru yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi haruslah mempunyai ciri-ciri seperti mengamalkan budaya ilmu, berkebolehan menyelesaikan masalah, membuatkan keputusan yang rasional ,berkebolehan menjadi pakar rujuk bidang masing-masing, bijak mengurus masa, bahan sumber,alat P&P dan mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar. Menurut Mok Soon Sang (2007) , Profesor Syed Muhammad al-Atas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalaman jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Dr. Ragbir Kour, 2007). Dalam P&P, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk kearah kebenaran sebagai penganut ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Selain itu, Guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang positif juga akan mendidik pelajar menggunakan daya fikir tinggi dengan mempraktikkan kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif yang terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Ini adalah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai modal intelektual tinggi untuk menghadapi era globalisasi. Guru yang mempunyai ciri-ciri tersebut seharusnya berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dan membangunkan potensi pelajar menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai teknik P&P. Kecemerlangan komunikasi merupakan perkara ketiga dan terakhir dalam aspek ciri- ciri kualiti guru yang positif. Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada para pelajar. Guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti positif dalam aspek kecemerlangan komunikasi ini haruslah cekap berinteraksi dan dapat menyampaikan idea atau mesej secara berkesan, memula dan merintis suatu usaha sehingga berjaya, berkeupayaan memelihara hubungan mesra dan menghormati semua ahli masyarakat. Guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti positif dalam aspek kecemerlangan komunikasi mestilah
  9. 9. 9 memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter-personal’ dan ‘intra-personal’ serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk komunikasi. Menurut Hart (1943), cara paling berkesan untuk berkomunikasi dengan pelajar adalah dengan menerapkan sikap ramah dan riang dalam diri dan menganggap pelajar sebagai sahabat. Dengan itu, proses komunikasi antara guru dan pelajar semasa proses P&P akan berjalan dengan lancar kerana pelajar tidak akan berasa segan untuk bertanya soalan mahupun melontarkan idea atau pendapat mereka kepada guru ketika berada di luar bilik darjah ataupun di dalam bilik darjah. Hart (1943) juga menyatakan, guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang positif dalam aspek kecemerlangan komunikasi tidak akan terikat kepada sesuatu prosedur pengajaran dan cara berinteraksi yang ketat. Manakala menurut Sue Leach (2006), personaliti dan cara pengendalian kelas boleh mencerminkan keperibadian seorang guru. Seseorang guru perlu belajar dari pengalaman sendiri, dari pengalaman sewaktu bergelar pelajar dan seseorang guru itu perlu memperuntukkan masa untuk memikirkan strategi pengajaran di antara guru dan pelajar bagi memastikan P&P berjalan dengan berkesan. Seseorang yang bergelar guru perlu mempunyai sikap menjadi seorang pendengar yang baik, berkebolehan berkomunikasi melalui pandangan mata di antara guru dan pelajar, pengetahuan perbendaharaan kata bagi memastikan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau berkemahiran berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan, berpengetahuan untuk daya memujuk pelajar dengan tidak terus menghukum pelajar tersebut sekiranya melakukan kesalahan dan berkeyakinan untuk meyakinkan pelajar bahawa guru itu seorang yang berilmu dan berpengetahuan terhadap apa sahaja yang ingin disampaikan. Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu guru mentafsir dan membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar agar guru dapat memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan maklumat yang diterimanya.(Mel Silberman, 2004). Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru yang positif Ciri-ciri kualiti guru yang positif sememangnya berkepentingan dalam meningkatkan imej profesion keguruan, memartabatkan profesion keguruan dan melahirkan guru yang cemerlang dalam abad ke-21. Ciri-ciri kualiti guru yang positif akan membentuk generasi guru yang berkualiti tinggi dan menghasilkan pendidikan bertaraf dunia. Kualiti seorang guru adalah penting kerana guru adalah agen yang bertindak secara langsung sebagai penyebar ilmu yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembang potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial). Guru yang
  10. 10. 10 mengamalkan ciri-ciri kualiti yang positif juga dapat merealisasikan aspirasi negara kerana golongan ini memainkan peranan yang penting dalam menlahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan cemerlang adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara keharmonian serta keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini. Guru yang mengamalkan ciri-ciri kualiti guru yang positif juga akan dapat membuat kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri kualiti yang positif seorang guru. Guru tersebut mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut juga mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri pelajar yang dididik oleh seorang guru yang berkualiti positif dan tinggi. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan beliau dapat menghasilkan P&P yang amat berkesan. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik pelajar untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik. Seterusnya, implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru yang positif adalah kepada masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas di sekolah sahaja, tetapi guru juga sebagai agen perubahan berperanan membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu yang boleh diadaptasi dan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Kesimpulan Guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang positif amat penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan sebaliknya dalam dunia pendidikan. Oleh itu, dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharungi cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang positif mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global,dan kebanjiran teknologi tinggi. Seperti yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran
  11. 11. 11 Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
  12. 12. 12 Rujukan Akta Pendidikan Malaysia. (1996). Kamus Dewan ,Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Foy, F. S. (2005). Etika Perguruan: Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Kaur, D. R. (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan untuk KPLI Sekolah Menegah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Leach, S. (2006). How to be a Sucessful Secondary Teacher. London, New York: Continuum. Mamat, I. b. (2001). Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rashid, A. R. (2000). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sang, M. S. (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdh. Bhd. Silberman, M. (2004). Active Learning: 101 Stratergies To Teach Any Subject. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Syed Ismail, A. (2012). Cabaran, Falsafah dan Strategi dalam Pembentukan Guru yang Unggul. Selangor: Kumpulan Kertas Kerja Seminar JKLKAU ke 9. Zakaria, I. (20 1, 2010). Blogspot. Retrieved 25 3, 2014, from http://logik- guru.blogspot.com/2010/01/guru-professional.html Hashim, A. (11 6, 2009). Slide Share. Retrieved 25 3, 2014, from http://www.slideshare.net/arthurjeo/3-guru-sebagai-satu-profesion Supermany, K. (9 4, 2011). Pendidikan.my. Retrieved 25 3, 2014, from http://pendidikanmy.blogspot.com/
  13. 13. 13 Peranan Bakal Guru untuk Menghadapi Cabaran-cabaran Profesionalisme Keguruan Pengenalan Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion keguruan seperti kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang murni. Tambahan pula, guru mempunyai cuti yang banyak dan tidak kurang juga yang mengatakan bahawa kerjaya seorang guru merupakan kerjaya yang paling senang namun memperoleh pendapatan yang tinggi dan tetap. Ada juga yang mengatakan bahawa menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain yang diimpikan mereka tidak memberi peluang yang baik. Profesion keguruan yang dianggap mudah oleh segelintir masyarakat sebenarnya tidaklah semudah yang disangka kerana seorang guru perlulah menggalas satu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Menurut Kamus Dewan (2007) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar seperti mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan untuk berlawan, menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain. Oleh itu, secara harafiah, cabaran bermaksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasnya bukan sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah secara amnya kerana golongan guru adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tercapai. Cabaran-cabaran profesionalisme keguruan Guru dan profesion keguruan adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002). Hal ini adalah kerana guru adalah agen perubahan utama. Artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada menyatakan bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan tidak terkecuali dalam mendepani cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran profesionalisme keguruan iaitu cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam system pendidikan, cabaran dalam masyarakat dan cabaran berasaskan wawasan 2020. Pertama ialah cabaran dalam bilik darjah. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan
  14. 14. 14 ilmu dan keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu pendidikan itu baik, tetapi sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif, maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan dapat disampaikan dengan baik. (Syed Ismail & Ahmad, 2010). Hal ini adalah kerana, berdasarkan artikel Cabaran Profesionalisme Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru seharusnya menguasai subjek yang diajarnya dan menggunakan interaksi dua hala serta menggunakan teknik dan kaedah menarik untuk menambah keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam abad ke-21 yang serba moden ini, para pelajar akan dapat merasakan keselesaan dalam proses pembelajaran kerana kemudahan termasuklah ICT akan disediakan untuk mereka bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Hal ini akan menjadi cabaran kepada profesion keguruan. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Seterusnya ialah cabaran di sekolah. Telah dirumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu ialah masalah sosial yang perlu diatasi kearah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian baharu termasuk mengurangkan gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah serta salah laku lain (Wan Mohd. Zahid, 1997). Dewasa ini, pelajar sering mengejutkan masyarakat dengan masalah sosial mereka seperti gangsterisme, membuli, merempit, berzina, membuang bayi dan penyalah gunaan dadah. Isu ini sangat serius namun ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka untuk bersikap lebih prihatin dan mengambil tahu serta cuba untuk mengawal anak- anak mereka. Sesungguhnya, guru berada di barisan paling hadapan dalam membangun bangsa cemerlang yang bakal menentukan kemajuan negara. Menurut Dr. Novandri Hasan (2003), hampir semua ibu bapa dan masyarakat mempunyai pelajaran yang tinggi. Lantaran itu, mereka menganggap guru hanya sebagai penyampai ilmu secara formal sahaja. Oleh itu, apabila anak mereka didenda atau dihukum di sekolah, segelintir ibu bapa akan bertindak datang ke sekolah untuk menyalahkan guru yang terbabit. Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin yang semakin kritikal. (Harian Metro, 25 Mei 2006). Selain itu ialah cabaran dalam sistem pendidikan. Dunia pendidikan berubah dengan penekanan yang diberikan kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini menyebabkan pengurusan sekolah menjadi lebih kompleks. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti arus perkembangan semasa. Guru haruslah menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu membangunkan system pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  15. 15. 15 bagi mencapai aspirasi negara. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan seperti Pentaksiran Berdasarkan Sekolah memerlukan guru mereformasikan diri kea rah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dengan kemahiran mengajar yang canggih demi menigkatkan prestasi dalam bidang kerja yang kian mencabar. Ekoran daripada reformasi pendidikan, peranan guru kini tidak sama lagi dengan peranan guru yang lalu. Peranan guru pada masa lalu merupakan penyampai maklumat namun kini guru berperanan sebagai pembimbing, fasilitator dan pemberi ransangan dalam bilik darjah bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan tetapi juga dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi dan sosial (JERIS). Cabaran seterusnya ialah cabaran dalam masyarakat. Pendidik memainkan peranan dominan dalam merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan perpaduan kaum. Semakin maju sesebuah masyarakat atau negara, semakin meningkat taraf hidup rakyat dan semakin meningkat juga cabaran di hadapan guru-guru. (Ramlan,2002). Dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baharu sahaja namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Kepada masyarakat, guru adalag sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan, sumber kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai dan agen penyatu masyarakat. (Wan Liz Ozman,2000). Oleh itu, kaum guru haruslah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat. Cabaran berasaskan Wawasan 2020 juga merupakan salah satu cabaran dalam profesionalisme keguruan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam P&P akan melahirkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi sekaligus merealisasikan impian negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi jauh ke hadapan dan tanggungjawabnya bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan datang. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa peka dan sensitive terhadap tuntutan wawasan negara. Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sahsiah pelajar. Justeru, guru harus berketerampilan, inovatif, kreatif, futuristik, reflektif dan analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai moral yang teguh bagi menghasilkan generasi baru yang dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta dan daya reka.
  16. 16. 16 Cabaran yang terakhir ialah cabaran globalisasi. Bidang pendidikan menghadapi pelbagai akibat daripada globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru untuk celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada guru agar berubah dari cara pengajaran lama kepada cara pengajaran baru mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat yang merupakan proses berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman individu. Ini dianggap sebagai sifat antarabangsa yang perlu ada pada guru kerana ini adalah ‘avenue’ baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemua ini juga menjadi cabaran kepada guru. Peranan bakal guru bagi menghadapi cabaran-cabaran profesionalisme keguruan Sebagai pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang akan menghadapi cabaran- cabaran profesionalisme keguruan apabila menjadi guru kelak, bakal-bakal guru haruslah menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Oleh itu, elemen-elemen penting yang mesti ada dalam diri setiap bakal guru bagi menghadapi cabaran-cabaran profesionalisme keguruan ialah ciri dan kualiti profesional, mewujudkan pengajaran yang efektif, peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab. Seseorang bakal guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti profesional sesuai dengan proses perkembangan pendidikan dan sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesionalisme melalui melalui latihan dalam perkhidmatan, membuat refleksi kendiri,memupuk budaya ilmu, menambah ilmu melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang proses P&P yang berkesan. Bakal guru juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kreatif dan kritis. Seseorang bakal guru juga perlu mencuba dengan sedaya upaya untuk memikirkan alternatif bagi mewujudkan pengajaran yang efektif. Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran pelajar. Selain itu, strategi dan kaedah mengajar yang cuba diwujudkan haruslah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala para pelajar yang lambat belajar akan diberikan pemulihan, Seorang bakal guru juga seharusnya sentiasa meningkatkan profesionalismenya. Bakal guru haruslah sedar tentang tugas dan amanah yang akan dipikul untuk mendidik generasi yang akan memacu negara pada masa hadapan. (Syed Ismail & Ahmad, 2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu sentiasa dikemaskini. Bakal-
  17. 17. 17 bakal guru juga perlulah berusaha mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini terutamanya ketika praktikum. Bakal-bakal guru juga haruslah sentiasa melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat meningkatkan keupayaan, ketahanan,dan prestasi bagi menghadapi cabaran yang semakin kompleks ini. Perkara yang paling penting bagi menghadapi cabaran profesionalisme keguruan pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT. Bakal-bakal guru haruslah bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini kerana perkembangan tersebut mengarah kepada pencapaian misi nasional. Ilmu ICT harus terlebih dahulu dapat dikuasai oleh bakal-bakal guru yang bakal mendidik generasi akan datang sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai suatu bentuk kurikulum wawasan negara untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Bakal guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini, masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Selain itu juga, seorang bakal guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Bakal guru yang berpengetahuan perlulah serba tahu dengan mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincangkan. Bakal guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang dan gemilang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar,bakal-bakal guru perlulah mempersiapkan diri dengan nilai-nilai murni dan moral yang kuat dan teguh serta akhlak yang terpuji kerana dalam kurukulum pendidikan, adalah ditegaskan bahawa nilai-nilai murni wajib diterapkan dalam P&P bagi menyediakan pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mok Soon Sang,2010) Seterusnya, tanggungjawab merupakan satu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mecapai kemajuan dan wawasan negara. Bakal-bakal guru perlu mempunyai sifat bertanggungjawab yang tinggi seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan bakal anak didik,memupuk nilai murni, mewujudkan hubungan mesra dengan ibu bapa bakal anak didik, menghormati mereka tanpa mengira taraf sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka demi kepentingan anak-anak mereka. Bakal-bakal guru juga haruslah mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab terhadap masyarakat seperti tidak menyebarkan perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan persefahaman dan perpaduan. Dan akhirnya tanggungjawab kepada guru pelatih lain yang juga bakal pendidik generasi akan datang. Tanggungjawab terhadap
  18. 18. 18 guru pelatih lain adalah seperti, mengelakkan daripada membuat kenyataan negatif dan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjatuhkan imej keguruan serta menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat. Rumusan Koklusinya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi dunia, seseorang guru khasnya dan bakal guru amnya tidak boleh lari daripada cabaran-cabaran profesionalisme keguruan yang semakin hari semakin hebat ini. Oleh hal yang demikin, cabaran profesion yang datang perlu disahut sama ada cabarannya dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Peranan-peranan bakal guru dalam menghadapi cabaran-cabaran profesionalisme keguruan masa kini yang telah dibincangkan jika benar-benar dilakukan dan diamalkan akan membantu keberkesanan pengajaran yang bakal dilakukan oleh bakal- bakal guru kepada pelajarnya nanti dan dengan berkesannya pengajaran yang bakal dilakukan oleh bakal guru, maka akan semakin meningkatlah “output” atau hasil kemenjadian pelajar di negara kita dan sekaligus mencapai aspirasi kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dengan generasi peneraju negara yang cemerlang dari segala segi termasuklah kualitinya, keterampilannya dan kewibawaannya.
  19. 19. 19 Rujukan Akta Pendidikan Malaysia. (1996). Kamus Dewan ,Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Foy, F. S. (2005). Etika Perguruan: Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Lebar, M. S. (1988). Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumput: Nurin Enterprise. Selamat, A. R. (2000). Pengurusan Sekolah Bestari. Johor Baharu: Badan Cemerlang Sdn. Bhd. Kaur, D. R. (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan untuk KPLI Sekolah Menegah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mamat, I. b. (2001). Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Noordin, W. M. (1991). Reformasi pendidikan dan kurikulum bersepadu sekolah menegah: Isu dan Cabaran . Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Omar, W. L. (2000). Cabaran dan Persiapan dalam era globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd. Rashid, A. R. (2000). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sang, M. S. (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdh. Bhd. SUPEREMANY, K. (2011, 4 9). Pendidikan.my. Retrieved 3 25, 2014, from http://pendidikanmy.blogspot.com/ Syed Ismail, A. (2012). Cabaran, Falsafah dan Strategi dalam Pembentukan Guru yang Unggul.Selangor: Kumpulan Kertas Kerja Seminar JKLKAU ke 9. Zakaria, I. (2010, 1 20). Blogspot. Retrieved 3 25, 2014, from http://logik- guru.blogspot.com/2010/01/guru-professional.html Hashim, A. (2009, 6 11). Slide Share. Retrieved 3 25, 2014, from http://www.slideshare.net/arthurjeo/3-guru-sebagai-satu-profesion
  20. 20. 20 Refleksi Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya tidak pernah mengetahui apa itu pengertian, konsep dan aspirasi pendidikan. Namun, setelah saya melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat menjelaskan apa itu pengertian, konsep dan aspirasi pendidikan. Selain itu, sebelum saya melaksanakan kerja kursus ini, saya kurang memahami apa yang sepatutnya diamalkan oleh seorang bakal guru. Namun, setelah saya melaksanakan kerja kursus ini, saya kini lebih memahami apakah personaliti, etika, dan perwatakan sebagai pembina negara bangsa. Saya juga kini lebih faham apakah sebenarnya dunia pendidikan dan keguruan. Pada pendapat saya, personaliti guru yang berkesan dapat diwujudkan melalui pemahaman yang lagi mendalam mengenai profesion ini. Saya juga kini lebih tertarik dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat demi menjana profesionalisme keguruan setelah melaksanakan kerja kursus ini. Timbul kesedaran dalam diri saya tentang betapa pentingnya pembelajaran sepanjang hayat dan pengamalan budaya ilmu dalam diri seorang bakal guru kerana dunia sentiasa berkembang dan begitu juga dengan teknologi dan ideologi-ideologi warganya. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya akan sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran yang saya ada bagi menghadapi globalisasi dalam dunia pendidikan. Seterusnya, saya juga kini dapat menjelaskan kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendidikan. Sebelum ini, saya tidak pernag mengambil tahu akan kepentingan- kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendidikan, namun setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya serba sedikit sudah boleh menjelaskan apakah kepentingan-kepentingan permuafakatan komuniti. Pengetahuan ini amat penting bagi saya kerana saya perlu menggalakkan dan membudayakan permuafakatan komuniti dalam pendidikan apabila saya menjadi guru kelak. Saya juga kini mengetahui apakah cabaran-cabaran profesionalisme keguruan. Dengan adanya pengetahuan saya mengenai cabaran-cabaram tersebut, saya akan dapat mempersiapkan diri saya dari setiap segi untuk mendepani cabaran-cabaran
  21. 21. 21 tersebut daripada peringkat awal lagi. Dengan itu, saya akan berpotensi untuk menjadi seorang bakal guru yang berkualiti dan dapat menghadapi perubahan masa dan dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi apa sahaja rintangan yang bakal berlaku semasa saya menuntut di IPG mahupun apabila saya telah menjadi guru dalam masa yang akan datang.Saya juga kini mengetahui dan memahami ciri-ciri kualiti yang positif yang seharusnya ada pada diri setiap pendidik. Sebelum ini, saya berpendapat bahawa apa kualiti yang perlu ada pada seorang guru hanyalah berilmu pengetahuan namun ternyata saya silap kerana ciri-ciri kualiti guru yang positif sebenarnya merangkumi pelbagai aspek dan tidak tertumpu kepada ilmu pengetahuan sahaja. Oleh itu, saya kini boleh mempraktikkan ciri-ciri kualiti yang positif bermula daripada sekarang dalam kehidupan seharian saya terutamanya ketika berada di IPG demi kebaikan masa yang akan datang khasnya apabila saya telah menjadi guru suatu hari nanti. Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan tugasan yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk menyiapkan dua esei dengan tajuk yang berbeza. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku kerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kami adalah agak terhad. Oleh yang demikian, saya terpaksa bersabar untuk menanti buku yang seharusnya saya pinjam dikembalikan oleh peminjam di perpustakaan. Selain itu, saya juga mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak untuk memikirkan idea-idea yang mantap bagi melengkapkan kerja kursus ini. Hasil daripada kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan daripada kelas TESL semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu sama lain terutamanya dalam bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat bagi menyiapkan kerja kursus ini. Kamu juga saling bekerjasama dalam bertukar- tukar sumber rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan seperjuangan juga semakin erat dan kukuh secara tidak langsung. Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.
  22. 22. 22

×