SlideShare a Scribd company logo
1 of 1
Guru pukul murid sampai mati hadapi
tuduhan membunuh
KANGAR: Guru agama, Hanif Mohd Ali, 26, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam,
atas tuduhan membunuh seorang murid Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di asrama
putra Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Jejawi dekat sini, pada 31 Mac lalu.

Hanif yang juga warden asrama dituduh melakukan perbuatan itu dalam bilik warden asrama
putra sekolah agama milik persendirian berkenaan antara jam 6 petang dan 12 tengah malam.
Tertuduh kelihatan sugul sepanjang prosiding, bagaimanapun kelihatan tenang dengan seragam
lokap ungu, sambil sesekali mulutnya dilihat berkumat-kamit dipercayai melafazkan zikir.

Dia yang banyak menundukkan muka, mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan
kepadanya, termasuk hukuman mati mandatori yang diperuntukkan mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Azman Abu Hassan di hadapan Majistret
Nurshahida Abdul Rahim, manakala Hanafi diwakili peguam Mohd Fikri Abdul Rahman dan
Zulmi Sabri.

Sejurus pertuduhan dibacakan, keadaan dalam mahkamah yang dipenuhi media serta rakan dan
ahli keluarga tertuduh, menjadi kecoh berikutan perbezaan pendapat antara peguam bela dan
pendakwa raya berhubung permohonan larangan terhadap media membuat liputan kes itu yang
dibuat Mohd Fikri.

“Saya mohon mahkamah tetapkan satu bentuk larangan yang mungkin boleh dipatuhi mengenai
penulisan atau penyiaran supaya ia tidak subjudis terhadap prosiding kes.
“Kes ini boleh diklasifikasikan sebagai sensasi dan dalam keadaan OKT (orang kena tuduh) yang
belum disabitkan, dikhuatiri laporan media akan membuka ruang kepada „public trial‟
(perbicaraan umum),” katanya.

Azman membantah permohonan Mohd Fikri kerana menganggap ia suatu yang tidak adil
terutama dalam konteks kebebasan media.

“Saya yakin media cukup matang mempertimbangkan perkara yang boleh menyebabkan
subjudis, walaupun tanpa sebarang arahan khusus mahkamah,” katanya.

Nurshahida bagaimanapun memutuskan tiada larangan terhadap media membuat liputan kes
itu, sekali gus menolak permohonan peguam bela.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Mei ini untuk
sebutan semula kes.

More Related Content

Viewers also liked

Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruShila Daly
 
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaAfif Muhamad
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-pontengNorshaidi Mohd Nor
 
Artikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar HarianArtikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar HarianAfif Muhamad
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALasyikin hashim
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Edu3108 tajuk 3 isu-isu etika guru nota
Edu3108   tajuk 3 isu-isu etika guru notaEdu3108   tajuk 3 isu-isu etika guru nota
Edu3108 tajuk 3 isu-isu etika guru notaZaedi Ahmad
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruAnsar Azman
 
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltiEtika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltizain72
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)Hamidah Budi
 

Viewers also liked (20)

Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
 
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
 
Assignment EDU
Assignment  EDUAssignment  EDU
Assignment EDU
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Artikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar HarianArtikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
 
Tugasan asyraf
Tugasan asyrafTugasan asyraf
Tugasan asyraf
 
Tugasan Afif
Tugasan AfifTugasan Afif
Tugasan Afif
 
Isu isu etika guru
Isu isu etika guruIsu isu etika guru
Isu isu etika guru
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Tajuk 2 done
Tajuk 2 doneTajuk 2 done
Tajuk 2 done
 
Edu3108 tajuk 3 isu-isu etika guru nota
Edu3108   tajuk 3 isu-isu etika guru notaEdu3108   tajuk 3 isu-isu etika guru nota
Edu3108 tajuk 3 isu-isu etika guru nota
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntabliltiEtika profesion keguruan dan akauntablilti
Etika profesion keguruan dan akauntablilti
 
Tugasan afif
Tugasan afifTugasan afif
Tugasan afif
 
peranan guru pakar
peranan guru pakarperanan guru pakar
peranan guru pakar
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
 

Artikel guru pukul murid sumber berita harian

  • 1. Guru pukul murid sampai mati hadapi tuduhan membunuh KANGAR: Guru agama, Hanif Mohd Ali, 26, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang murid Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di asrama putra Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Jejawi dekat sini, pada 31 Mac lalu. Hanif yang juga warden asrama dituduh melakukan perbuatan itu dalam bilik warden asrama putra sekolah agama milik persendirian berkenaan antara jam 6 petang dan 12 tengah malam. Tertuduh kelihatan sugul sepanjang prosiding, bagaimanapun kelihatan tenang dengan seragam lokap ungu, sambil sesekali mulutnya dilihat berkumat-kamit dipercayai melafazkan zikir. Dia yang banyak menundukkan muka, mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan kepadanya, termasuk hukuman mati mandatori yang diperuntukkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Azman Abu Hassan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim, manakala Hanafi diwakili peguam Mohd Fikri Abdul Rahman dan Zulmi Sabri. Sejurus pertuduhan dibacakan, keadaan dalam mahkamah yang dipenuhi media serta rakan dan ahli keluarga tertuduh, menjadi kecoh berikutan perbezaan pendapat antara peguam bela dan pendakwa raya berhubung permohonan larangan terhadap media membuat liputan kes itu yang dibuat Mohd Fikri. “Saya mohon mahkamah tetapkan satu bentuk larangan yang mungkin boleh dipatuhi mengenai penulisan atau penyiaran supaya ia tidak subjudis terhadap prosiding kes. “Kes ini boleh diklasifikasikan sebagai sensasi dan dalam keadaan OKT (orang kena tuduh) yang belum disabitkan, dikhuatiri laporan media akan membuka ruang kepada „public trial‟ (perbicaraan umum),” katanya. Azman membantah permohonan Mohd Fikri kerana menganggap ia suatu yang tidak adil terutama dalam konteks kebebasan media. “Saya yakin media cukup matang mempertimbangkan perkara yang boleh menyebabkan subjudis, walaupun tanpa sebarang arahan khusus mahkamah,” katanya. Nurshahida bagaimanapun memutuskan tiada larangan terhadap media membuat liputan kes itu, sekali gus menolak permohonan peguam bela. Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Mei ini untuk sebutan semula kes.