Resepi tersebut menyediakan beberapa resipi puding, mee, dan agar-agar termasuk cara membuat dan bahan-bahan yang diperlukan. Resipi-resipi tersebut berasal dari sumber yang berbeza seperti buku masakan dan majalah.
1. Resepi
Puding
Buih
Bahan-bahan
• 10 biji telur (asingkan putih & merah )
• 4 gelas air
• ½ cawan gula
• 1 tahil agar-agar
Cara-cara membuatnya
• Masak agar-agar sehingga mendidih.
• Kemudian masukkan gula.
• Pukul putih telur sehingga mendidih.
• Apabila telur sudah kembang, masukkan agar-agar.
Cara membuat kuahnya
• 1 tin susu pekat, 2 tin air ( tin susu ), kuning telur ( yang diasingkan
tadi).
• Susu, air dan telur dikacau sehingga sebati.
• Lepas itu letak diatas api sehingga sedikit mendidih.
• Hidangkan puding bersama-sama kuahnya.
Resepi Puding Roti
Bahan-bahan
• 1 tin susu cair
• 4 kpg roti gardenia
• 4 biji telor ayam
• 1 cawan gula
• 2 sudu gula ( dijadikan gula hangus )
• sedikit esen vanilla
Cara-cara membuatnya
• Gula dihanguskan terus kedalam loyang sehingga perang dan
disejukkan.
• Semua bahan-bahan diatas dikacau hingga sebati kemudian
bubuh esen vanilla. Tuangkan kedalam loyang.
• Kukus selama setengah jam sehingga masak.
Mee Bandung
Sumber: Aneka Hidangan
Email this Recipe Print this Recipe
2. Mi Alaf 21
Hits: 22666 Rating: 7.23
Review: 1
Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang
(dihiris)
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing.
Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan
merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau
kasturi & daun bawang.
Mee Hailam
Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21
Hits: 3965 Rating: 6.25 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
300 gm mee kuning
300 daging ayam
200 gm daging (direbus)
200 gm sawi (dipotong)
5 biji bebola ikan (dipotong)
2 cawan stok daging
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
½ sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit minyak bijan, Garam, serbuk lada hitam &
minyak masak
Cara:
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar. Masukkan sos tiram, kicap
pekat, sos tiram, kicap pekat, sos tomato & stok daging. Apabila mendidih, masukkan garam,daging, ayam, sawi
& serbuk lada hitam. Akhir sekali, masukkan mee, minyak bijan & kacau rata. Masak selama 2 minit.
Apam Gula Hangus
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau
Hits: 10610 Rating: 4.75 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
3 gelas gula pasir
3 biji telur
4 gelas tepung gandum
3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan
jadikan 1 gelas)
3 camca kecil soda bikarbonat
Cara:
Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus.
Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda
berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu mentega pada loyang dan kukuslah
lebih kurang 45 minit.
Donat (II)
Sumber: Majalah Wanita November 2000
Hits: 5712 Rating: 4.20 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
3. 1000 g tepung gandum
11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan
340 g (1 ½ cawan) air
60 g (2/3 cawan) teung susu penuh krim
100 g (2 biji) telur
180 g (1 cawan) marjerin
60 g (6 camca besar) gula pasir halus
10 g (1 camca besar) garam
14 g (1 camca besar) serbuk penaik
Cara:
Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk
adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin. Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga dua
kali ganda saiz asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat
dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung. Biarkan kepingan
adunan tadi berada di tempat panas selama kira-kira 30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak
pada suhu 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan. Seliputi donat segera
dengan gula aising sebelum dihidangkan.
Agar-Agar Cendol
Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)
Hits: 6459 Rating: 4.17 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
1 peket agar-agar
1 cawan air
4 cawan cendul
1 cawan gula pasir
¾ gula merah
4 biji telur
1 biji santan kelapa (ambil 3 cawan santan)
Cara:
Agar-agar direbus bersama 1 cawan air campurkan sekali gula pasir. Cairkan gula merah bersama sedikit air.
Kemudian campurkan ke dalam santan. Telur dipukul kemudian campurkan ke dalam santan, kacau rata. Akhir
sekali masukkan santan ke dalam rebusan agar-agar. Setelah agar mendidih tuangkan ke dalam acuan. Biarkan
sehingga beku.
Agar-agar Belang
Sumber: Buku Pandai Memasak
Hits: 25506 Rating: 5.68 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
37.5 g agar-agar
45 g mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula pasir
½ cawan susu pekat
4 cawan air
1 sudu besar Nescafe
1 sudu besar air panas dicampurkan
½ sudu teh esen vanila
Bahan pewarna
Cara:
Masak agar-agar hingga hancur. Angkat dan ditapis. Pukul gula dengan mentega hingga kembang, masukkan
kuning telur dan susu pekat. Masukkan esen vanila kacau supaya rata. Bahagilan kepasa 3 bahagian. Satu
bahagian campurkan dengan bancuhan Nescafe, satu ikut suka dan satu lagi biarkan kosong. Tuangkan ke dalam
acuan. selang-selikan warnanya. Biarkan sampai beku.
Agar-agar Marble
Sumber: Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia
Hits: 36427 Rating: 5.99 Review: 2
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
4 sudu besar tepung kastad
½ cawan susu cair
125 gm mentega
6 gelas air
1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula
Sedikit serbuk koko
Cara:
Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu
gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga
kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
4. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan
kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan
dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan.
Air Asam kelantan ( sos pencicah )
Kiriman: liza
Sumber: resepi ibu
Hits: 87 Rating: 10.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
Bahan A
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
½ inci belacan
( ke semua bahan di atas hendaklah dibakar terlebih
dahulu )
Bahan B
Asam jawa ( di ambil air nya)
garam,aji dan gula secukup rasa
Cara:
1)Tumbuk bahan A dan lada terlebih dahulu.
2)Masukkan air asam jawa tadidan bahan-bahan perasa tadi.
3)Sos pencicah ini boleh dimakan dengan ikan bakar.
Cadangan Hidangan:
Kalau hendak pedas, boleh di tambah lada.
Air Asam
Kiriman: nina
Sumber: sendiri
Hits: 1942 Rating: 8.33 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
BAHAN 'A'
Asam jawa (dalam dua kerat jari)
(direndam ½ cawan air suam, buang biji)
1 biji limau kasturi (besar)
(dibelah dua dan dibuang biji)
8-10 cili padi kampung
½ biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Bahan B
1-2 biji tomato
1-2 biji bawang besar
Cara:
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan
untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Potong tomato kecil-kecil (kiub
4. Hiris bawang. Pastikan empulur bawang dibuang.
5. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar.
Tom Yam Campur
Kiriman: mea
Hits: 17127 Rating: 6.75 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
100 gm isi ayam tanpa tulang
50 gm daging
5 ekor sotong
7 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
Satu sudu air perahan limau nipis
500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Bawang kecil (ditumbuk kasar)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Air stok rebusan ayam
5. Sedikit bunga kobis Sebiji tomato
Garam dan ajinomoto
Cara:
Masukkan air rebusan ke dalam periuk. Biarkan seketika.
Masukkan bawang besar,bawang putih, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih.
Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk.
Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.
Seterusnya masukkan bunga kobis.
Akhir sekali masukkan garam, ajinomoto, air limau nipis dan daun limau purut.
Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.
Tutup api dan hidangkan panas-panas.
Tambahan:
Bolehlah menggunakan paste tom yam jika memerlukan rasa tambahan.
boleh mencampurkan lain-lain jenis sayuran mengikut citarasa.
Bihun Goreng Cina ala Kampung
Kiriman: nazirah mahad
Sumber: orang tua
Hits: 749 Rating: 10.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
1-bihun satu bungkus
2-cabai melaka 6 biji
3-lada hitam 20 biji
4-bawang putih/merah 6 biji
5-sayur
lobak merah
sawi
selodek jagung
bahan untuk menumis,ambil bahan 2,3,4.kisar bahan
tadi sehingga lumat.
Cara:
ambil sedikit minyak masak untuk menumis
masuk bahan menumis,sehingga kuning.
masukan bihun,kacau sehingga bihun lembut
masukan telur(kalau perlu),akhir sekali
masuk sayur kedalam bihun tadi.kacau sehingga bihun lembut.
Cadangan Hidangan:
setelah masak hidang dalam pinggan,untuk
melazatkan lagi,hias dengan daun sup/daun bawang diatas bihun,tabur.
Bihun Goreng Koboi (Ringkas Tapi
Sedap)
Kiriman: Isteri Mithali
Sumber: Sendiri
Hits: 810 Rating: 6.30 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
½ paket bihun (direndam ngn air)
Bahan Kisar:
6-8 tangkai cili kering
Bahan Lain:
2 Biji Telur
½ cwn kicap cair
Garam dan bahan perisa
6. segenggam ikan bilis kopek
3 ulas bwg putih
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (ikut kuantiti bihun)
Cara:
Panaskan sedikit minyak dan masukkan telur dan pecah2 kan (wat telur hancur). Angkat dan asingkan.
Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan kicap, garam, perisa dan air.Biar mendidih. Masukkan bihun dan
gaul rata. Akhir skali masuk telur. Siap.
Tambahan:
Resepi nie ringkas sangat2. Senang dibuat. Pastikan bihun tak terlalu lembut atau keras. Mase dok umah sewa
dulu, kwn2 slalu request suh masakkan.