SlideShare a Scribd company logo
1 of 42
Download to read offline
KERISI GORENG BEREMPAH
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan :
4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan cili serbuk
garam secukup rasa
1 tangkai daun kari
Cara-cara :
Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian
gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan
bersama nasi putih.
SINGGANG
B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U
1 ekor ikan tongkol / aya (saiz sedang)
(potong kecil & basuh bersih)
*2 in kunyit hidup
*2 in lengkuas
*2 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*3 biji cili padi merah
2 keping asam gelugor
air secukupnya
garam
gula
serbuk perisa
hiris nipis bahan bertanda *
masukkan semua bahan dalam kuali @ periuk bersama ikan & air
rebus sehingga ikan masak
bolehlah ditambah perisa, garam & gula ikut citarasa masing2
siap untuk dihidang panas, mudah & cepat kan?
(sedap dihidang bersama sambal tempoyak & ulam ulaman)
CENDAWAN GORENG TEPUNG
resipi : Denuanza
sumber : K.Nor
1 senduk tepung gandum (guna senduk cedok nasi tu)
1 senduk tepung beras
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah / lada hitam
-gaul semua bahan di atas sampai sebati
masa nk guna ceduk la byk mana yg nk guna
Utk cendawan ni:
sepeket cendawan
1 biji telur- x yah asing putih kuning, membazir!
- gaul2 cendawan ngan telur
-pastu masukkan satu persatu dlm tepung sambil ratakan bg semua kena tepung
tu..(tepung tu x yah bancuh)
-goreng dlm minyak yg byk dan panas sampai garing kekuningan
SARDIN MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 - 7 sudu besar kicap manis
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam
minyak
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan.
Masak Lemak Ciliapi Ikan Masin & Nenas
Bahan
500 gm iakn masin talang
1 biji nenas [potong kecil]
1 biji keledek oren
2 biji terung bulat
1 batang serai [ketuk]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
Bahan Mesin
20 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 cawan air
Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masak sehingga mendideh.
3. Masukkan santan pekat Kacau supaya tidak pecah minyak.
4. Bila telah mendidehtutup api dan angkat.
5. Hidangkan dengan nasi putih
Siakap Sweet-Sour
anak-anak kakliza tak makan pedas semasa diaorang kecil dulu..
so kakliza mmg selalu masak lauk yg tak pedas..
antaranya...
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit
Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak
Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk
lain.
AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
3 batang serai ]
garam
Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.
ASAM PEDAS IKAN PARI
bahan
500 gm ikan pari [bersihkan]
10 biji bendir
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
garam
bahan mesin
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.
Samal Goreng Ikan Bilis & Tempe
SAMBAL GORENG TEMPE DAN IKAN BILIS
Bahan
1 paket tempe...]potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan
1 biji kentang..]
1 cawan ikan bilis.. goreng garing dan toskan
Sambal [mesinkan]
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sikit belacan..jika suka
1 s/b cuka
minyak
garam
gula
Cara memasak
1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan
gula sikit.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang dan tempe tadi.
3.Gaul rata dan angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...
Asam Rebus Ikan
Bahan
3 ekor ikan kembung [boleh gunakan ikan lain]
5 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
air secukupnya
sedikit kunyit serbuk
garam
Bahan mesin
3 biji cili merah
1 cm belacan
3 ulas bawang merah
Cara
1. Ikan dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali ikan dan daun kesum dalam periuk dan amsak
sampai mendideh.
3. Masukkan ikan dan daun kesum.Biarkan mereneh selama 5 minit.
4. Tutup api dan hidangkan.
Goreng Telur Ikan
Bahan
300 gm telur ikan tenggiri
1 s/k kunyit
1 s/k garam
3 s/b minyak
2 s/b sos cili
1 biji buah tomato [belah 8]
Bahan hiris
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 ulas bawqang putih
1 labu bawang besar
Cara
1. Panaskan minyak dan gorengkan telur ikan sehingga garing.
2. Masukkan semua bahan hiris dan kacau rata.
3. Masukkan sos cili dan buah tomato. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan
Sambal Ikan Bilis & Petai
Bahan
250 gm ikan bilis
30 biji buah petai
1 labu bawang besar [potong gelang]
1 cawan jus asam jawa
Minyak
Garam
Gula
Bahan Mesin
30 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan ikan bilis, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan
sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
SAYUR LEMAK PUCUK KAYU
Bahan
2 ikat sayur pucuk kayu [RM1.00]
2 biji kkeledek oren [buang kulit dan potong kecil]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 ulas bawang merah [hiris]
ikan bilis
garam
serbuk kunyit
Cara
1. Sayur diambil daunnya sahaja. Basuhkan dan tos kering.
2. Masukkan demua bahan ekcuali santan dan sayuran.
3. Masakkan sehingga mendideh dn keledek lembut.
4. Masukkan sayuran dan santan pekat. Biarkan mendideh.
5. Masukkan santan pekat dan rasalan garam.
6. Bila mendideh boleh angkat dan hidangkan.
Pucuk Paku Goreng Budu
Bahan
500 gm pucuk paku > potong dan bersihkan
3 urat kacang panjang ]
2 s/b minyak
2 s/b budu
Bahan Tumbuk
50 gm ikan bilis
5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sayur pucuk paku dan budu. [jangan masukkan garam sbb budu dah
masin]
3. Kacau rata dan tutup kuali sebentar.
4. hidangakn dalam pinggan bersama nasi putih.
Sayur Kobis Goreng
KOBIS GORENG
Bahan
500 gm kobis manis
1 batang kecil carrot
100 gm isi ayam [hiri nipis]
3 uals bawang merah [hiris]
1 ulas bawang putih [hiris]
garam
minyak
Cara
1. Sayur dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi.
3. Masukkan ayam, kobis dan carrot. Kacau rata.
4. Rasakan garam.
5. Hidangkan.
TUMIS SAWI
Bahan
300 g sawi hijau
50 gm kobis
1 tangkai cili merah ]
2 ulas bawang merah ] hiriskan
1 ulas bawang putih ]
1 s/b udang kering [ramaskan]
minyak
garam
Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dan udang kering
sehingga wangi.
2. Masukkan sawi, kobis, cili dan garam. Kacau rata.
3. Bila telah layu tutup api dan hidangkan.
Sup Telur
Bahan
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek]
air secukupnya
minyak
garam
Bahan tumis [tumbuk kasar]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh
dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.
Sayur Lemak Kobis
Bahan
1 biji kobis manis [yg kecil dan ada warna hijau sikit2 tu]
1 biji carrot kecil
1 labu bawang besar [mayang]
2 biji cili merah [mayang]
2 1s/besar udang kering/ikan bilis
2 cawan santan pekat
garam
sikit air
Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan renehkan
sehingga mendideh.
2. Bila dan mendideh masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendideh
sekali lagi.
3. Tutup api dan hidangkan bersama sebarang masakan sambal tumis.
SAYUR CENDAWAN MASAK LEMAK
[sumber dari DianaA forum cari.com.my dan Resepi.Net]
Bahan-bahannya
3 paket cendawan tiram, dibersihkan
2 paket jagung muda, dibelah dua
1 biji kentang, dipotong panjang
1 ikat su'un, direndam
4 ekor udang, dibersihkan
1 kotak santan
2 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
6 batang cili padi Thailand
1 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
Cara-caranya
1. Masukkan kentang dan bahan yang telah dikisar dalam periuk bersama 2 cawan
air dan masak sehingga kentang empuk.
2. Bila kentang sudah empuk, sederhanakan api dan masukkan jagung, su'un dan
juga udang berserta garam dan serbuk perasa.
3. Setelah jagung setengah masak, masukkan cendawan tiram dan tuang santan.
Jika kuahnya kurang boleh masukkan sedikit air lagi. Rasa kuahnya jika kurang
garam boleh tambah. Bila kuah mendidih, boleh tutup api dan jangan tutup periuk
kasi kuah sejuk baru tutup takut cendawann terlalu layu.
MEE REBUS Trg Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
1 bungkus mee kuning
200gm daging/isi ayam
5 bj bawang merah ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam - sebaiknya yg baru ditumbuk
2 liter air
Bebola ikan/sotong
2 - 3 bj telur
Lobak merah
Sawi/kobis secukupnya
2 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
1 biji cili merah ~ dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Daun saderi ~ dihiris
Minyak
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu.
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan hirisan daging dan goreng hingga daging berubah warna.
Kemudian masukkan lada hitam,goreng seketika dan masukkan air secukupnya.
Masak hingga mendidih dan daging empuk, kemudian masukkan bebola ikan/sotong.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah (JANGAN dikacau), biarkan telur
masak kemudian masukkan lobak merah yg dihiris.
Masukkan pula sawi/kobis serta garam dan sedikit gula.
Kemudian masukkan mee, tomato dan hirisan cili merah. Kacau perlahan-lahan.
Masak sekejap hingga kuah mendidih (mee masak/kembang sedikit).
Angkat dan hidangkan.
Taburkan hirisan daun saderi dan hidangkan bersama Sambal Kicap Cili.
SAMBAL KICAP CILI
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
3 biji cili merah atau 9 biji padi
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar cuka
secubit gula
Cara:
Hiris cili merah atau cili padi.
Campurkan kesemua bahan termasuk cili kedalam sebuah bekas.
Gaul sebati.
Biarkan 15 - 30 min, kemudian bolehlah dihidangkan.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/#ixzz29Z8LXmxE
BUNCIS GORENG BELACAN
resipi : K.Nor @ SecubitGaram
Bahan2:
150gm kacang buncis
3 biji bawah merah
2 ulas bawang putih
1bj cili merah
5bj cili padi
1 sudu besar belacan ~ lebih sedap kalau belacan tu dibakar dahulu
secubit garam dan gula secukup rasa
minyak
Cara2
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan belacan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk serta garam dan gula secukup
rasa. Boleh juga dimasukkan sedikit serbuk pati ayam jika suka. Goreng sehingga
pecah minyak. Jangan buka api besar, nanti rempah2 ni cepat hangit. (boleh
masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan kacang buncis yg dah dipotong dan goreng sekejap. Jgn lama2 nanti
kacang jd lebur sgt dan hilang zat.
Boleh lah diangkat dan dihidangkan.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/search/label/sayur#ixzz29Z8t8dL9

KACANG PANJANG GORENG HATI & PEDAL
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
5 urat kacang panjang ~ dipotong
5 ketul hati + pedal ayam ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu (wedges)
1 bj cili merah ~ dipotong serong
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ seeloknya yg baru ditumbuk
sedikit air
garam dan sedikit gula
minyak
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang
besar.
Goreng hingga layu dan masukkan hati dan pedal ayam.
Masukkan pula kicap manis, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.
Goreng seketika dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) .
Bila hati dan pedal ayam telah masak (dan air sedikit kering) masukkan kacang
panjang, cili merah, garam dan sedikit gula. Kacau rata.
Goreng sehingga kacang lembut sedikit tp jgn terlalu lama.
Angkat dan hidangkan..
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/search/label/sayur#ixzz29Z9Os39W
SOTONG GORENG KARI
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
400gm sotong ~ dibersihkan dan dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
1/2 in halia ~ dihiris nipis
1 bj lada merah
2 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun kari
2 urat kacang panjang ~ dipotong
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
garam & sedikit gula
1/2 cawan air
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
minyak
Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan halia.
Bila tumisan dah berbau wangi, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air
dan daun kari.
Goreng seketika.
Masukkan air dan kacau.
Masukkan separuh dari hirisan tomato dan biarkan ia menjadi lembut.
Tekan dgn belakang senduk/sudip sehingga tomato menjadi hancur/benyek.
Masaklah sehingga pecah minyak dan masukkan garam dan sedikit gula (jika suka).
Masukkan sotong dan masaklah hingga kuah agak pekat dan masukkan baki tomato,
lada merah dan jus limau nipis.
Kacau2 sekejap dan boleh la diangkat.
Hidangkan panas2.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/search/label/sayur#ixzz29Z9ZSBXK
AYAM GORENG BEREMPAH My Style
Bahan:
1/2 ekor ayam
1 sudu besar cili mesin ~ boleh ganti dgn 1/2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecik serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
garam
1 sudu kecil cuka atau perahan jus limau nipis
2 tangkai daun kari
minyak
Cara:
Gaul semua bahan dgn ayam dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Goreng ayam dlm minyak panas hingga garing.
Angkat dan toskan.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2010/11/ayam-goreng-
berempah.html#ixzz29ZAE3FNa
PAPRIK AYAM
resipi : Makyong @ MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
1 sudu besar cili mesin ~ ni k.nor tambah
bahan2 perasa
Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. (tumis dulu
cili mesin sekejap jika ikut stail k.nor yg masukkan cili mesin)
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap
dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang,
perahkan limau kasturi.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/08/paprik-
ayam.html#ixzz29ZD7I5Qb
AYAM GORENG KUNYIT
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 kpg dada ayam ~ dihiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
5 biji cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
sedikit gula ~ optional
minyak
Cara:
Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan daun kunyit.
Goreng hingga wangi dan masukkan ayam, cili padi dan sedikit gula.
Goreng lagi hingga ayam masak dan sedikit garing.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/03/ayam-goreng-
kunyit.html#ixzz29ZDRtMas
300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
2 tangkai daun kari
tomato/tomato cherry
Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2009/11/telur-ikan-goreng-
simple.html#ixzz29ZDu6ksJ
DAGING BLACK PEPPER
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
minyak utk menggoreng
Cara:
Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan
dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak
ketika menggoreng.
Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api
yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn
lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya
dan angkat.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk
lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu
masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam
tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih
berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala
dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di
padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air
sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/08/daging-
blackpepper.html#ixzz29ZEk9nSk
UDANG GORENG DAUN KUNYIT CILI API
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan:
350 gm udang saiz sederhana
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
5 - 7 biji cili api merah dan hijau ~ dihiris
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 biji limau kasturi ~ diambil air
sedikit garam
sedikit gula
minyak secukupnya
Cara membuatnya:
Gaulkan udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga bertukar warna dan
hampir masak.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan lebih kurang 3sudu besar minyak dan tumis bawang merah dan bawang
putih hingga wangi.
Masukkan cili api dan hirisan daun kunyit. Kacau.
Masukkan pula udang yg dah digoreng tadi, garam dan sedikit gula.
Kacau hingga sebati.
Biarkan masak sekejap dan masukkan perahan limau kasturi.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/05/udang-goreng-daun-kunyit-
cili-api.html#ixzz29ZFZCuPp
SOTONG MASAK LADA HITAM
resipi : K.Hanieliza (Buku Masakan Makanan Laut)
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan A
300gm sotong (dipotong kecil)
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar ladan hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang
garam (sekiranya perlu)
Bahan B (kesemuanya dihiris)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 bj cili merah
Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga layu.
Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar, cili merah dan sos lada hitam.
Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
Tutup api dan taburkan daun bawang.
Sedia dihidangkan.
tip dr K.Liza:
garam tidak perlu ditambah kerana sos lada hitam sudah masin
#tip dr K.Nor :)
sotong tak perlu dimasak lama utk mengelakkan dr rasa liat/keras
boleh gak dicuba cara ni: (ni kaedah K.Nor ya.. bukan nak menunjuk pandai..
terpulang pd cara masing2)
 panaskan sedikit minyak dan goreng dulu sebentar sotong yg dah ditoskan
sehingga keluar air.
 angkat dan ketepikan.(jgn goreng terlalu lama)
 panaskan sedikit minyak yg lain, baru la ditumis bahan2 B hingga layu dan
masukkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk dan bawang besar.
 masukkan air sotong td dan masak hingga sedikit pekat baru la dimasukkan
sotong.
 kacau2 hingga rempah2 mesra dgn sotong dan bolehlah dihidangkan.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/11/sotong-masak-lada-
hitam.html#ixzz29ZGQcCs3
SINGGANG SOTONG my style
500gm sotong
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
1 biji bawang besar
1 in kunyit hidup
1/2 in lengkuas
2 btg serai - diketuk
3 kpg asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
garam dan sedikit gula (jika suka)
500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah
Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah
lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan
sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak
gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb
nanti isinya liat dan keras.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2010/10/singgang-
sotong.html#ixzz29ZGZeukM
TELUR DADAR BERMAYONIS
3 bj telur
2- 3 sudu besar mayonis
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris
daun saderi ~ dihiris
sedikit garam
sedikit minyak
Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
Pukul dgn garfu hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati.
Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2010/07/telur-dadar-
bermayonis.html#ixzz29ZH2Wuml
Telur Dadar Udang
4 bj telur
isi udang ~ potong kecik
3 sudu besar susu cair
1 bj bawang besar ~ potong dadu
1 bj cili merah ~ potong dadu
daun kucai/daun saderi/daun bawang ~ dihiris
garam
sedikit minyak
Campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati.
Panaskan minyak dlm frying pan.
Tuang adunan telur ke dalam frying pan dan goreng hingga masak.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2009/08/telur-dadar-
udang.html#ixzz29ZHXNGbN
BUBUR NASI
by:izah
1/2 cwn beras dimasak dengan air yg banyak
bahan yang dimasukkan sekali:
2 ulas bawang putih ketuk
1 btg serai titik
2 hiris halia
segenggam isi ayam
2 ekor sotong
1 biji kentang dadu
segenggam cendawan tiram
1 sk pati ayam
sedikit lada hitam
sedikit garam
Semua bahan dimasukkan sekali, kecuali cendawan tiram. Masukkan
cendawan diakhir proses setelah bubur tadi masak. Angkat dan hidangkan
bersama ikan bilis serai.
IKAN BILIS SERAI
by: izah
segenggam ikan bilis
1 biji bwang besar
10 biji cili padi
2 btg serai hiris nipis
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sebentar dan terus masukkan bawag
besar.
Bila bawang nampak layu dan ikan bilis nampak hampir garing, masukkan
serai.
Goreng hingga garing dan akhirnya masukkan cili padi.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL UDANG BERPETAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
400 gm udang
petai ~ dibuang kulit
2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 in halia ~ dikisar
1 batang serai ~ diketuk
2 sudu besar kicap
air asam jawa secukupnya
air
garam dan gula
minyak
Cara:
Panaskan minyak,masukkan cili mesin dan tumis hingga garing.
Masukkan bahan yg dikisar dan serai.
Bila bahan tumisan hampir kering, masukkan 1/4 cawan air.
Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, garam, dan gula.
Biarkan garing sedikit dan masukkan air asam jawa dan 1/2 cawan air.
Biarkan merenih dan kuah hampir pekat.
Masukkan udang dan petai.
Kacau dan biarkan udang masak (bertukar warna kemerahan) dan kuah sedikit
pekat/kering.
Angkat dan sedia utk dihidangkan.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/#ixzz29fIdZODz
ASAM PEDAS MELAKA KICK
Bahan2nya :
4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam (optional)
(bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali)
3 batang serai - dititik
1 sudu teh halba (optional)
daun kesum + bungan kantan
bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)
air asam jawa
garam + gula
minyak
Caranya :
Panaskan minyak....
Then masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi...
masukkan serai jugak...
Masak sampai benda blend tu garing n masak... (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat
dapur2 dia... nk bagi masak n garing punya pasal..)
Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan..
masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa....
(boleh masuk asam jawa lu b4 ikn)
banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak
sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...
then last, masukkan bendi or terung... then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh
tutup api....
petua ala2 Diana
1. asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la
letak... kang aku tak tanggung...
2. kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan... lagi lama lagi sedap coz
baru sebati rasa dia tu...
3. lagi pekat, lagi sedap...
4. menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...
5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih
melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe
Daging Black Pepper
Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng
Cara-cara
Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan
selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg
ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih
kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan
kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram,
garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari
kicap dan sos tiram
Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan
sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung.
Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi
putih.
(kalu gune dging bese, juz rebus jer n blh skip langkah 3)
Singgang sotong
Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )
 500gm sotong
 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
 1 biji bawang besar
 1 in kunyit hidup
 1/2 in lengkuas
 2 btg serai - diketuk
 3 kpg asam gelugur
 daun kesum
 secubit belacan
 garam dan gula
 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah
Cara-cara
1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan
airnya.
2.
Bahan2 yg digunakan
3. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
4. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk
(kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga
lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
5. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit
barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan
gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy
tak gunakan pak aji ya..)
6. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak
sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
7. Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan
goreng dan sambal belacan..

More Related Content

What's hot

What's hot (19)

Tata boga viki
Tata boga vikiTata boga viki
Tata boga viki
 
Resepi lauk pauk
Resepi lauk paukResepi lauk pauk
Resepi lauk pauk
 
Makanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan OrientalMakanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan Oriental
 
Resep masakan
Resep masakanResep masakan
Resep masakan
 
Resep Masakan
Resep Masakan Resep Masakan
Resep Masakan
 
Resep makanan 98
Resep makanan 98Resep makanan 98
Resep makanan 98
 
Recipe collection 9
Recipe collection 9Recipe collection 9
Recipe collection 9
 
Recipe collection 6
Recipe collection 6Recipe collection 6
Recipe collection 6
 
Resep
ResepResep
Resep
 
Resep Masakan
Resep MasakanResep Masakan
Resep Masakan
 
Kumpulan Resep Makanan Lengkap
Kumpulan Resep Makanan LengkapKumpulan Resep Makanan Lengkap
Kumpulan Resep Makanan Lengkap
 
Re Food
Re FoodRe Food
Re Food
 
Resep
ResepResep
Resep
 
Isi tugas plh
Isi tugas plhIsi tugas plh
Isi tugas plh
 
Recipe collection 37
Recipe collection 37Recipe collection 37
Recipe collection 37
 
Menu masakan
Menu masakanMenu masakan
Menu masakan
 
Resep masakan indonesia_(_a-z_)
Resep masakan indonesia_(_a-z_)Resep masakan indonesia_(_a-z_)
Resep masakan indonesia_(_a-z_)
 
Tumisan
TumisanTumisan
Tumisan
 
Resepi rendang daging
Resepi rendang dagingResepi rendang daging
Resepi rendang daging
 

Viewers also liked

Recipe collection 32
Recipe collection 32Recipe collection 32
Recipe collection 32Sal Lie
 
Recipe collection 7
Recipe collection 7Recipe collection 7
Recipe collection 7Sal Lie
 
Recipe collection 15
Recipe collection 15Recipe collection 15
Recipe collection 15Sal Lie
 
Recipe collection 69
Recipe collection 69Recipe collection 69
Recipe collection 69Sal Lie
 
Recipe collection 11
Recipe collection 11Recipe collection 11
Recipe collection 11Sal Lie
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5Sal Lie
 
Recipe collection 3
Recipe collection 3Recipe collection 3
Recipe collection 3Sal Lie
 
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4Sal Lie
 
Recipe collection 24
Recipe collection 24Recipe collection 24
Recipe collection 24Sal Lie
 
Recipe collection 23
Recipe collection 23Recipe collection 23
Recipe collection 23Sal Lie
 
Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1Sal Lie
 
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22Sal Lie
 
Recipe collection 18
Recipe collection 18Recipe collection 18
Recipe collection 18Sal Lie
 
Line Cook 240
Line Cook 240Line Cook 240
Line Cook 240YPIC
 
Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28Sal Lie
 
Recipe collection 13
Recipe collection 13Recipe collection 13
Recipe collection 13Sal Lie
 
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29Sal Lie
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30Sal Lie
 
Recipe collection 14
Recipe collection 14Recipe collection 14
Recipe collection 14Sal Lie
 

Viewers also liked (20)

Recipe collection 32
Recipe collection 32Recipe collection 32
Recipe collection 32
 
Recipe collection 7
Recipe collection 7Recipe collection 7
Recipe collection 7
 
Recipe collection 15
Recipe collection 15Recipe collection 15
Recipe collection 15
 
Recipe collection 69
Recipe collection 69Recipe collection 69
Recipe collection 69
 
Recipe collection 11
Recipe collection 11Recipe collection 11
Recipe collection 11
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5
 
Recipe collection 3
Recipe collection 3Recipe collection 3
Recipe collection 3
 
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4
 
Recipe collection 24
Recipe collection 24Recipe collection 24
Recipe collection 24
 
Recipe collection 23
Recipe collection 23Recipe collection 23
Recipe collection 23
 
Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1
 
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22
 
Recipe collection 18
Recipe collection 18Recipe collection 18
Recipe collection 18
 
Line Cook 240
Line Cook 240Line Cook 240
Line Cook 240
 
Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28
 
Recipe collection 13
Recipe collection 13Recipe collection 13
Recipe collection 13
 
Resepi BBQ dan Grill
Resepi BBQ dan GrillResepi BBQ dan Grill
Resepi BBQ dan Grill
 
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30
 
Recipe collection 14
Recipe collection 14Recipe collection 14
Recipe collection 14
 

Similar to RESEPI RAHSIA (20)

Resepi masakan
Resepi masakanResepi masakan
Resepi masakan
 
Acar buah
Acar buahAcar buah
Acar buah
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee
 
Resepikampung
ResepikampungResepikampung
Resepikampung
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Kari sotong
Kari sotongKari sotong
Kari sotong
 
Recipe collection 8
Recipe collection 8Recipe collection 8
Recipe collection 8
 
Resep masakan By Siti Sa'adah
Resep masakan By Siti Sa'adahResep masakan By Siti Sa'adah
Resep masakan By Siti Sa'adah
 
Siti Sa'adah : Resep Masakan
Siti Sa'adah : Resep MasakanSiti Sa'adah : Resep Masakan
Siti Sa'adah : Resep Masakan
 
Masakan kikil
Masakan kikilMasakan kikil
Masakan kikil
 
Resepiku
ResepikuResepiku
Resepiku
 
Menu masakan
Menu masakanMenu masakan
Menu masakan
 
Rawon
RawonRawon
Rawon
 
Laicikang
LaicikangLaicikang
Laicikang
 
Resep masakan
Resep masakanResep masakan
Resep masakan
 
Resespi makanan arab
Resespi makanan arabResespi makanan arab
Resespi makanan arab
 
tugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanantugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanan
 

More from Sal Lie

Recipe collection 93
Recipe collection 93Recipe collection 93
Recipe collection 93Sal Lie
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57Sal Lie
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56Sal Lie
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55Sal Lie
 
Recipe collection 54
Recipe collection 54Recipe collection 54
Recipe collection 54Sal Lie
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52Sal Lie
 
Recipe collection 50
Recipe collection 50Recipe collection 50
Recipe collection 50Sal Lie
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49Sal Lie
 
Recipe collection 47
Recipe collection 47Recipe collection 47
Recipe collection 47Sal Lie
 
Recipe collection 43
Recipe collection 43Recipe collection 43
Recipe collection 43Sal Lie
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40Sal Lie
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39Sal Lie
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38Sal Lie
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36Sal Lie
 
Recipe collection 35
Recipe collection 35Recipe collection 35
Recipe collection 35Sal Lie
 
Recipe collection 34
Recipe collection 34Recipe collection 34
Recipe collection 34Sal Lie
 
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33Sal Lie
 
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27Sal Lie
 
Recipe collection 26
Recipe collection 26Recipe collection 26
Recipe collection 26Sal Lie
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25Sal Lie
 

More from Sal Lie (20)

Recipe collection 93
Recipe collection 93Recipe collection 93
Recipe collection 93
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55
 
Recipe collection 54
Recipe collection 54Recipe collection 54
Recipe collection 54
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52
 
Recipe collection 50
Recipe collection 50Recipe collection 50
Recipe collection 50
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49
 
Recipe collection 47
Recipe collection 47Recipe collection 47
Recipe collection 47
 
Recipe collection 43
Recipe collection 43Recipe collection 43
Recipe collection 43
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
 
Recipe collection 35
Recipe collection 35Recipe collection 35
Recipe collection 35
 
Recipe collection 34
Recipe collection 34Recipe collection 34
Recipe collection 34
 
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33
 
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27
 
Recipe collection 26
Recipe collection 26Recipe collection 26
Recipe collection 26
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25
 

RESEPI RAHSIA

  • 1. KERISI GORENG BEREMPAH resepi : DayangJack@DapurKu SaYang Bahan-bahan : 4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan) 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia (ditumbuk) 1 sudu makan serbuk kari ikan 1 sudu makan serbuk kunyit 1/2 sudu makan cili serbuk garam secukup rasa 1 tangkai daun kari Cara-cara : Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih. SINGGANG B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U 1 ekor ikan tongkol / aya (saiz sedang) (potong kecil & basuh bersih) *2 in kunyit hidup *2 in lengkuas *2 ulas bawang putih *3 ulas bawang merah *3 biji cili padi merah 2 keping asam gelugor air secukupnya garam gula serbuk perisa hiris nipis bahan bertanda * masukkan semua bahan dalam kuali @ periuk bersama ikan & air rebus sehingga ikan masak bolehlah ditambah perisa, garam & gula ikut citarasa masing2 siap untuk dihidang panas, mudah & cepat kan? (sedap dihidang bersama sambal tempoyak & ulam ulaman)
  • 2. CENDAWAN GORENG TEPUNG resipi : Denuanza sumber : K.Nor 1 senduk tepung gandum (guna senduk cedok nasi tu) 1 senduk tepung beras 2 sudu besar serbuk kari 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil garam sedikit lada sulah / lada hitam -gaul semua bahan di atas sampai sebati masa nk guna ceduk la byk mana yg nk guna Utk cendawan ni: sepeket cendawan 1 biji telur- x yah asing putih kuning, membazir! - gaul2 cendawan ngan telur -pastu masukkan satu persatu dlm tepung sambil ratakan bg semua kena tepung tu..(tepung tu x yah bancuh) -goreng dlm minyak yg byk dan panas sampai garing kekuningan
  • 3. SARDIN MASAK KICAP PEDAS resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan: 1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima 2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang 3 ulas bawang merah ~ dimayang 1 sudu besar cili mesin 5 - 7 sudu besar kicap manis 5 biji cili api ~ diketuk 1/2 cawan air 1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat 1 biji limau kasturi sedikit garam minyak Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing. Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin. Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih. Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih. Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api. Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata. Angkat dan hidangkan.
  • 4. Masak Lemak Ciliapi Ikan Masin & Nenas Bahan 500 gm iakn masin talang 1 biji nenas [potong kecil] 1 biji keledek oren 2 biji terung bulat 1 batang serai [ketuk] 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] Bahan Mesin 20 biji ciliapi 1 inci kunyit hidup 3 ulas bawang merah 1 cawan air Cara 1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk. 2. Masak sehingga mendideh. 3. Masukkan santan pekat Kacau supaya tidak pecah minyak. 4. Bila telah mendidehtutup api dan angkat. 5. Hidangkan dengan nasi putih Siakap Sweet-Sour anak-anak kakliza tak makan pedas semasa diaorang kecil dulu.. so kakliza mmg selalu masak lauk yg tak pedas.. antaranya...
  • 5. Bahan-Bahan: 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan] garam dan kunyit Bahan untuk sos: 5 ulas bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1 cm halia (dihiris halus) 1/2 cawan sos tomato 3 sudu besar sos cili 2 biji cili merah (dipotong nipis) 1/2 cawan air. 1 biji tomato (belah 6) 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek) Garam dan gula secukup rasa minyak Cara: 1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia. 3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. 4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
  • 6. 5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi. 6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain. AYAM GORENG BEREMPAH Bahan 1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan] 3 s/b rempah kari ayam/daging 3 s/b cili mesin 1 s/b serbuk kunyit 3 s/b tepung goreng ayam 3 ulas bawang merah ] 2 ulas bawang putih ] mesin halus 6 inci halia ] 3 batang serai ] garam Cara 1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam 2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing. ASAM PEDAS IKAN PARI bahan 500 gm ikan pari [bersihkan] 10 biji bendir 1 biji buah tomato [belah 4] 1/2 cawan jus asam jawa 5 tangkai daun kesum 4 s/b minyak masak garam bahan mesin 20 tangkai cili kering 1 labu bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 s/k kunyit serbuk 3 cawan air
  • 7. Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi. 2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh. 3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi. 4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir. 5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut. 6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin. Samal Goreng Ikan Bilis & Tempe SAMBAL GORENG TEMPE DAN IKAN BILIS Bahan 1 paket tempe...]potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan 1 biji kentang..] 1 cawan ikan bilis.. goreng garing dan toskan Sambal [mesinkan] 20 tangkai cili kering 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih sikit belacan..jika suka 1 s/b cuka minyak garam gula Cara memasak 1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit. 2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang dan tempe tadi. 3.Gaul rata dan angkat dari kuali. 4. Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...
  • 8. Asam Rebus Ikan Bahan 3 ekor ikan kembung [boleh gunakan ikan lain] 5 keping asam keping 2 tangkai daun kesum air secukupnya sedikit kunyit serbuk garam Bahan mesin 3 biji cili merah 1 cm belacan 3 ulas bawang merah Cara 1. Ikan dibersihkan. 2. Masukkan semua bahan kecuali ikan dan daun kesum dalam periuk dan amsak sampai mendideh. 3. Masukkan ikan dan daun kesum.Biarkan mereneh selama 5 minit. 4. Tutup api dan hidangkan.
  • 9. Goreng Telur Ikan Bahan 300 gm telur ikan tenggiri 1 s/k kunyit 1 s/k garam 3 s/b minyak 2 s/b sos cili 1 biji buah tomato [belah 8] Bahan hiris 2 biji cili merah 2 biji cili hijau 2 ulas bawqang putih 1 labu bawang besar Cara 1. Panaskan minyak dan gorengkan telur ikan sehingga garing. 2. Masukkan semua bahan hiris dan kacau rata. 3. Masukkan sos cili dan buah tomato. Kacau rata. 4. Angkat dan hidangkan
  • 10. Sambal Ikan Bilis & Petai Bahan 250 gm ikan bilis 30 biji buah petai 1 labu bawang besar [potong gelang] 1 cawan jus asam jawa Minyak Garam Gula Bahan Mesin 30 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak. 2. Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak. 3. Masukkan ikan bilis, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil. 4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
  • 11. SAYUR LEMAK PUCUK KAYU Bahan 2 ikat sayur pucuk kayu [RM1.00] 2 biji kkeledek oren [buang kulit dan potong kecil] 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] 2 cawan air 3 ulas bawang merah [hiris] ikan bilis garam serbuk kunyit Cara 1. Sayur diambil daunnya sahaja. Basuhkan dan tos kering. 2. Masukkan demua bahan ekcuali santan dan sayuran. 3. Masakkan sehingga mendideh dn keledek lembut. 4. Masukkan sayuran dan santan pekat. Biarkan mendideh. 5. Masukkan santan pekat dan rasalan garam. 6. Bila mendideh boleh angkat dan hidangkan.
  • 12. Pucuk Paku Goreng Budu Bahan 500 gm pucuk paku > potong dan bersihkan 3 urat kacang panjang ] 2 s/b minyak 2 s/b budu Bahan Tumbuk 50 gm ikan bilis 5 tangkai cili merah 10 tangkai ciliapi 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih Cara 1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 2. Masukkan sayur pucuk paku dan budu. [jangan masukkan garam sbb budu dah masin] 3. Kacau rata dan tutup kuali sebentar. 4. hidangakn dalam pinggan bersama nasi putih.
  • 13. Sayur Kobis Goreng KOBIS GORENG Bahan 500 gm kobis manis 1 batang kecil carrot 100 gm isi ayam [hiri nipis] 3 uals bawang merah [hiris] 1 ulas bawang putih [hiris] garam minyak Cara 1. Sayur dipotong kecil dan basuh. Toskan. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi. 3. Masukkan ayam, kobis dan carrot. Kacau rata. 4. Rasakan garam. 5. Hidangkan.
  • 14. TUMIS SAWI Bahan 300 g sawi hijau 50 gm kobis 1 tangkai cili merah ] 2 ulas bawang merah ] hiriskan 1 ulas bawang putih ] 1 s/b udang kering [ramaskan] minyak garam Cara 1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dan udang kering sehingga wangi. 2. Masukkan sawi, kobis, cili dan garam. Kacau rata. 3. Bila telah layu tutup api dan hidangkan.
  • 15. Sup Telur Bahan 4 biji telur 2 biji kentang [potong kecil] 1 batang carrot [potong kecil] 1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek] air secukupnya minyak garam Bahan tumis [tumbuk kasar] 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 s/k lada hitam Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh dan lembut. 3. Masukkan telur masa air menggelegak. 4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api. 5. Hidangkan.
  • 16. Sayur Lemak Kobis Bahan 1 biji kobis manis [yg kecil dan ada warna hijau sikit2 tu] 1 biji carrot kecil 1 labu bawang besar [mayang] 2 biji cili merah [mayang] 2 1s/besar udang kering/ikan bilis 2 cawan santan pekat garam sikit air Cara 1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh. 2. Bila dan mendideh masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendideh sekali lagi. 3. Tutup api dan hidangkan bersama sebarang masakan sambal tumis. SAYUR CENDAWAN MASAK LEMAK [sumber dari DianaA forum cari.com.my dan Resepi.Net]
  • 17. Bahan-bahannya 3 paket cendawan tiram, dibersihkan 2 paket jagung muda, dibelah dua 1 biji kentang, dipotong panjang 1 ikat su'un, direndam 4 ekor udang, dibersihkan 1 kotak santan 2 cawan air garam secukup rasa serbuk perasa, jika suka Bahan untuk dikisar 1 biji bawang besar 6 batang cili padi Thailand 1 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup 2 cm belacan Cara-caranya 1. Masukkan kentang dan bahan yang telah dikisar dalam periuk bersama 2 cawan air dan masak sehingga kentang empuk. 2. Bila kentang sudah empuk, sederhanakan api dan masukkan jagung, su'un dan juga udang berserta garam dan serbuk perasa. 3. Setelah jagung setengah masak, masukkan cendawan tiram dan tuang santan. Jika kuahnya kurang boleh masukkan sedikit air lagi. Rasa kuahnya jika kurang garam boleh tambah. Bila kuah mendidih, boleh tutup api dan jangan tutup periuk kasi kuah sejuk baru tutup takut cendawann terlalu layu.
  • 18. MEE REBUS Trg Style resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan2: 1 bungkus mee kuning 200gm daging/isi ayam 5 bj bawang merah ~ dihiris nipis 3 ulas bawang putih ~ dicincang 1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam - sebaiknya yg baru ditumbuk 2 liter air Bebola ikan/sotong 2 - 3 bj telur Lobak merah Sawi/kobis secukupnya 2 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8 1 biji cili merah ~ dihiris Garam dan gula secukup rasa Daun saderi ~ dihiris Minyak Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu. Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga wangi. Masukkan hirisan daging dan goreng hingga daging berubah warna. Kemudian masukkan lada hitam,goreng seketika dan masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih dan daging empuk, kemudian masukkan bebola ikan/sotong. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah (JANGAN dikacau), biarkan telur masak kemudian masukkan lobak merah yg dihiris. Masukkan pula sawi/kobis serta garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan mee, tomato dan hirisan cili merah. Kacau perlahan-lahan. Masak sekejap hingga kuah mendidih (mee masak/kembang sedikit). Angkat dan hidangkan. Taburkan hirisan daun saderi dan hidangkan bersama Sambal Kicap Cili.
  • 19. SAMBAL KICAP CILI resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan: 3 biji cili merah atau 9 biji padi 1/2 cawan kicap manis 1 sudu besar cuka secubit gula Cara: Hiris cili merah atau cili padi. Campurkan kesemua bahan termasuk cili kedalam sebuah bekas. Gaul sebati. Biarkan 15 - 30 min, kemudian bolehlah dihidangkan. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/#ixzz29Z8LXmxE BUNCIS GORENG BELACAN resipi : K.Nor @ SecubitGaram Bahan2: 150gm kacang buncis 3 biji bawah merah 2 ulas bawang putih 1bj cili merah 5bj cili padi 1 sudu besar belacan ~ lebih sedap kalau belacan tu dibakar dahulu secubit garam dan gula secukup rasa minyak Cara2 Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan belacan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk serta garam dan gula secukup
  • 20. rasa. Boleh juga dimasukkan sedikit serbuk pati ayam jika suka. Goreng sehingga pecah minyak. Jangan buka api besar, nanti rempah2 ni cepat hangit. (boleh masukkan sedikit air jika terlalu kering) Masukkan kacang buncis yg dah dipotong dan goreng sekejap. Jgn lama2 nanti kacang jd lebur sgt dan hilang zat. Boleh lah diangkat dan dihidangkan. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/search/label/sayur#ixzz29Z8t8dL9 KACANG PANJANG GORENG HATI & PEDAL resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan: 5 urat kacang panjang ~ dipotong 5 ketul hati + pedal ayam ~ dipotong 2 ulas bawang putih ~ dicincang 1 labu bawang besar ~ dipotong bucu (wedges) 1 bj cili merah ~ dipotong serong
  • 21. 1 sudu besar kicap manis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ seeloknya yg baru ditumbuk sedikit air garam dan sedikit gula minyak Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar. Goreng hingga layu dan masukkan hati dan pedal ayam. Masukkan pula kicap manis, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam. Goreng seketika dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) . Bila hati dan pedal ayam telah masak (dan air sedikit kering) masukkan kacang panjang, cili merah, garam dan sedikit gula. Kacau rata. Goreng sehingga kacang lembut sedikit tp jgn terlalu lama. Angkat dan hidangkan.. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/search/label/sayur#ixzz29Z9Os39W SOTONG GORENG KARI resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan2: 400gm sotong ~ dibersihkan dan dipotong 3 ulas bawang putih ~ dicincang 1 labu bawang besar ~ dihiris nipis 1/2 in halia ~ dihiris nipis 1 bj lada merah
  • 22. 2 sudu besar serbuk kari 2 tangkai daun kari 2 urat kacang panjang ~ dipotong 1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8 garam & sedikit gula 1/2 cawan air 1 sudu besar jus limau nipis/kasturi minyak Cara2: Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bawang putih dan halia. Bila tumisan dah berbau wangi, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari. Goreng seketika. Masukkan air dan kacau. Masukkan separuh dari hirisan tomato dan biarkan ia menjadi lembut. Tekan dgn belakang senduk/sudip sehingga tomato menjadi hancur/benyek. Masaklah sehingga pecah minyak dan masukkan garam dan sedikit gula (jika suka). Masukkan sotong dan masaklah hingga kuah agak pekat dan masukkan baki tomato, lada merah dan jus limau nipis. Kacau2 sekejap dan boleh la diangkat. Hidangkan panas2. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/search/label/sayur#ixzz29Z9ZSBXK AYAM GORENG BEREMPAH My Style Bahan: 1/2 ekor ayam 1 sudu besar cili mesin ~ boleh ganti dgn 1/2 sudu besar cili serbuk 1 sudu besar serbuk ketumbar 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 23. 1/2 sudu besar serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk kari 1 sudu kecik serbuk kunyit 1 sudu besar tepung jagung garam 1 sudu kecil cuka atau perahan jus limau nipis 2 tangkai daun kari minyak Cara: Gaul semua bahan dgn ayam dan perap lebih kurang 1/2 jam. Goreng ayam dlm minyak panas hingga garing. Angkat dan toskan. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2010/11/ayam-goreng- berempah.html#ixzz29ZAE3FNa
  • 24. PAPRIK AYAM resipi : Makyong @ MyResipi sumber : K.Nor@SecubitGaram Bahan-bahan ½ ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 btg serai - dititik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi - ditumbuk bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis 1 sudu besar cili mesin ~ ni k.nor tambah bahan2 perasa Cara-cara Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. (tumis dulu cili mesin sekejap jika ikut stail k.nor yg masukkan cili mesin) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/08/paprik- ayam.html#ixzz29ZD7I5Qb
  • 25. AYAM GORENG KUNYIT resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan: 1 kpg dada ayam ~ dihiris nipis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1/2 sudu kecil garam 1 labu bawang besar ~ dihiris bulat 5 biji cili padi ~ dihiris serong 2 tangkai daun kari sedikit gula ~ optional minyak Cara: Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan daun kunyit. Goreng hingga wangi dan masukkan ayam, cili padi dan sedikit gula. Goreng lagi hingga ayam masak dan sedikit garing. Padamkan api dan bolehlah dihidangkan. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/03/ayam-goreng- kunyit.html#ixzz29ZDRtMas
  • 26. 300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh kunyit serbuk 1 labu bawang besar ~ dihiris bulat 2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis 2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong 2 tangkai daun kari tomato/tomato cherry Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing. Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2009/11/telur-ikan-goreng- simple.html#ixzz29ZDu6ksJ DAGING BLACK PEPPER resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan2: 500gm daging batang pinang 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas 1 biji lada benggala hijau 1 biji lada merah 3 sb kicap manis 2 sb sos tiram 1 cawan air 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 27. 1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula minyak utk menggoreng Cara: Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih. ## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/08/daging- blackpepper.html#ixzz29ZEk9nSk
  • 28. UDANG GORENG DAUN KUNYIT CILI API resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan-bahan: 350 gm udang saiz sederhana 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 3 biji bawang merah ~ dihiris 2 ulas bawang putih ~ dihiris 5 - 7 biji cili api merah dan hijau ~ dihiris 1 helai daun kunyit ~ dihiris halus 2 biji limau kasturi ~ diambil air sedikit garam sedikit gula minyak secukupnya Cara membuatnya: Gaulkan udang bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga bertukar warna dan hampir masak. Angkat dan ketepikan. Tinggalkan lebih kurang 3sudu besar minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili api dan hirisan daun kunyit. Kacau. Masukkan pula udang yg dah digoreng tadi, garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati. Biarkan masak sekejap dan masukkan perahan limau kasturi.
  • 29. Padamkan api dan kacau hingga sebati. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/05/udang-goreng-daun-kunyit- cili-api.html#ixzz29ZFZCuPp SOTONG MASAK LADA HITAM resipi : K.Hanieliza (Buku Masakan Makanan Laut) sumber : K.Nor@SecubitGaram Bahan A 300gm sotong (dipotong kecil) 1 labu bawang besar (dipotong gelang) 3 sudu besar sos lada hitam 1 sudu besar ladan hitam (ditumbuk kasar) 1 pokok daun bawang garam (sekiranya perlu) Bahan B (kesemuanya dihiris) 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 bj cili merah Cara2: Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga layu. Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar, cili merah dan sos lada hitam. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan taburkan daun bawang. Sedia dihidangkan. tip dr K.Liza:
  • 30. garam tidak perlu ditambah kerana sos lada hitam sudah masin #tip dr K.Nor :) sotong tak perlu dimasak lama utk mengelakkan dr rasa liat/keras boleh gak dicuba cara ni: (ni kaedah K.Nor ya.. bukan nak menunjuk pandai.. terpulang pd cara masing2)  panaskan sedikit minyak dan goreng dulu sebentar sotong yg dah ditoskan sehingga keluar air.  angkat dan ketepikan.(jgn goreng terlalu lama)  panaskan sedikit minyak yg lain, baru la ditumis bahan2 B hingga layu dan masukkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk dan bawang besar.  masukkan air sotong td dan masak hingga sedikit pekat baru la dimasukkan sotong.  kacau2 hingga rempah2 mesra dgn sotong dan bolehlah dihidangkan. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/11/sotong-masak-lada- hitam.html#ixzz29ZGQcCs3 SINGGANG SOTONG my style 500gm sotong 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 31. 1 biji bawang besar 1 in kunyit hidup 1/2 in lengkuas 2 btg serai - diketuk 3 kpg asam gelugur daun kesum secubit belacan garam dan sedikit gula (jika suka) 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..) Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2010/10/singgang- sotong.html#ixzz29ZGZeukM TELUR DADAR BERMAYONIS
  • 32. 3 bj telur 2- 3 sudu besar mayonis 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu 2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris daun saderi ~ dihiris sedikit garam sedikit minyak Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan. Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis. Pukul dgn garfu hingga sebati. Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati. Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2010/07/telur-dadar- bermayonis.html#ixzz29ZH2Wuml Telur Dadar Udang 4 bj telur isi udang ~ potong kecik 3 sudu besar susu cair 1 bj bawang besar ~ potong dadu 1 bj cili merah ~ potong dadu daun kucai/daun saderi/daun bawang ~ dihiris garam sedikit minyak Campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati. Panaskan minyak dlm frying pan. Tuang adunan telur ke dalam frying pan dan goreng hingga masak. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2009/08/telur-dadar- udang.html#ixzz29ZHXNGbN
  • 33. BUBUR NASI by:izah 1/2 cwn beras dimasak dengan air yg banyak bahan yang dimasukkan sekali: 2 ulas bawang putih ketuk 1 btg serai titik 2 hiris halia segenggam isi ayam 2 ekor sotong
  • 34. 1 biji kentang dadu segenggam cendawan tiram 1 sk pati ayam sedikit lada hitam sedikit garam Semua bahan dimasukkan sekali, kecuali cendawan tiram. Masukkan cendawan diakhir proses setelah bubur tadi masak. Angkat dan hidangkan bersama ikan bilis serai. IKAN BILIS SERAI by: izah segenggam ikan bilis 1 biji bwang besar 10 biji cili padi 2 btg serai hiris nipis Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sebentar dan terus masukkan bawag besar.
  • 35. Bila bawang nampak layu dan ikan bilis nampak hampir garing, masukkan serai. Goreng hingga garing dan akhirnya masukkan cili padi. Angkat dan hidangkan. SAMBAL UDANG BERPETAI resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan2: 400 gm udang petai ~ dibuang kulit 2 sudu besar cili mesin 1 labu bawang besar ~ dikisar 2 ulas bawang putih ~ dikisar 1/2 in halia ~ dikisar 1 batang serai ~ diketuk 2 sudu besar kicap air asam jawa secukupnya air garam dan gula minyak Cara: Panaskan minyak,masukkan cili mesin dan tumis hingga garing. Masukkan bahan yg dikisar dan serai. Bila bahan tumisan hampir kering, masukkan 1/4 cawan air. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Masukkan kicap, garam, dan gula.
  • 36. Biarkan garing sedikit dan masukkan air asam jawa dan 1/2 cawan air. Biarkan merenih dan kuah hampir pekat. Masukkan udang dan petai. Kacau dan biarkan udang masak (bertukar warna kemerahan) dan kuah sedikit pekat/kering. Angkat dan sedia utk dihidangkan. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/#ixzz29fIdZODz
  • 37. ASAM PEDAS MELAKA KICK Bahan2nya : 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih) 3 biji bawang merah 1 biji bawang putih 2 cm halia 1 mangkuk cili kering kisar 3 cm belacan 2 cm kunyit hidup 1 sudu besar lada hitam (optional) (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali) 3 batang serai - dititik 1 sudu teh halba (optional) daun kesum + bungan kantan bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)
  • 38. air asam jawa garam + gula minyak Caranya : Panaskan minyak.... Then masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi... masukkan serai jugak... Masak sampai benda blend tu garing n masak... (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia... nk bagi masak n garing punya pasal..) Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan.. masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa.... (boleh masuk asam jawa lu b4 ikn) banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr... then last, masukkan bendi or terung... then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh tutup api.... petua ala2 Diana 1. asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak... kang aku tak tanggung...
  • 39. 2. kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan... lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu... 3. lagi pekat, lagi sedap... 4. menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah... 5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe
  • 40. Daging Black Pepper Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan ) 500gm daging batang pinang 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas 1 biji lada benggala hijau 1 biji lada merah 3 sb kicap manis 2 sb sos tiram 1 cawan air 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula minyak utk menggoreng Cara-cara Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung.
  • 41. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih. (kalu gune dging bese, juz rebus jer n blh skip langkah 3) Singgang sotong Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )  500gm sotong  3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)  1 biji bawang besar  1 in kunyit hidup  1/2 in lengkuas  2 btg serai - diketuk  3 kpg asam gelugur  daun kesum  secubit belacan  garam dan gula  500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah Cara-cara 1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya. 2. Bahan2 yg digunakan 3. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus. 4. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
  • 42. 5. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..) 6. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras. 7. Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..