SlideShare a Scribd company logo
1 of 99
Download to read offline
mi sup bakso
Resipi: Joha Ahmad
Mi sup bakso
BAHAN-BAHAN
500 gm bebola daging bakso
Mi kuning (celur)
Sawi (celur)
BAHAN KUAH
1 ½ liter air
3 sudu besar bawang goreng
5 ulas bawang putih (ketuk)
4 helai daun limau purut
1 sudu besar serbuk sup
Garam
1 sudu besar serbuk lada hitam
CARA MEMASAK
1. Satukan ke semua bahan kuah dan biarkan ia mendidih selama 20 minit. Kemudian
bubuhkan bebola daging dan biar ia mendidih selama 15 minit. Bubuhkan garam.
serikaya durian
Resipi: Joha Ahmad
Serikaya durian
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi durian
4 biji telur
2 cawan santan pekat
1 cawan gula
½ cawan air perahan daun pandan
4 sudu besar tepung beras
CARA MEMASAK
1. Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar lumat.
2. Tuangkan dalam loyang dan kukus selama sejam.
Serikaya ini tidak boleh dipotong, dan hanya boleh disenduk sahaja.
puding pic lasi
Puding pic lasi
BAHAN-BAHAN
1 cawan buah pic dalam tin (airnya
jangan dibuang)
15 gm serbuk agar-agar
1 ½ cawan gula
2 cawan susu segar
3 sudu besar tepung kastard
1 cawan air
1 sudu besar esen vanila
CARA MEMASAK
1. Kisar buah pic dengan
santan dan air sirupnya sekali.
2. Satukan ke semua bahan dalam periuk bersama bahan kisar.
3. Di atas api yang kecil adunan hendaklah dikacau sentiasa sehingga kental.
4. Tuangkan dalam adunan.
spageti SAJI
Spageti SAJI
BAHAN-BAHAN
Separuh paket
spageti - rebus
bersama sdikit Garam
dan tuskan
2 cawan lobak merah sagat kasar
4 biji tomato kisar
1 labu bawang merah –dadu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
400 gm bebola daging
Sekeping daun bay kering
Sedikit marjerin atau mentega
CARA MEMASAK
1. Panaskan mentega dan masukkan bawang merah. Tumis sehingga layu.
2. Masukkan garam daun bay, serbuk lada hitam, gula, garam, tomato dan lobak merah
serta bebola daging.
3. Biarkan ia mendidih. Anda boleh tuangkan secawan air dan tutup periuk agar bebola
daging masak.
4. Setelah kuah sedikit kering dan bebola daging masak, tutupkan api.
Laksa Nyonya
Bahan-bahan:
3 gm bawang merah - kisar
3 gm bawang putih - kisar
2 batang serai - kisar
20 gm udang kering - kisar
2 cm lengkuas - kisar
2 cm kunyit - kisar
5 gm cili kisar
5 helai daun limau purut
3 kuntum bunga kantan - kisar
3 gm daun kesum
2 mangkuk santan
Sedikit tau fucuk
Garam secukup rasa
Mi kuning atau bihun secukupnya - rebus
Bahan hiasan:
Daun bawang hiris
Kacang panjang celur
Hirisan ayam/udang rebus
Bawang goreng
Tauge - celur
Cara Menyediakan:
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah
minyak.
2. Masukkan daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan.
3. Masukkan santan dan tambahkan sedikit air.
4. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan tau fucuk.
5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Tomyam Laksa
BAHAN A:
2 batang serai (ketuk)
3 ulas bawang merah (kisar)
1 labu bawang putih (kisar)
2 labu bawang besar (hiris)
BAHAN LAIN:
20 tangkai cili kering (kisar)
500 ml air rebusan ayam
1 liter air
500 ml air kelapa muda
1/2 kg ayam (potong sederhana)
3 sudu besar pes tomyam
200 ml santan
5 helai daun limau purut
Sedikit gula, garam dan perahan air limau
BAHAN HIASAN:
Daun ketumbar
Cendawan butang hiris
Limau kasturi
Isi kelapa muda
Cili kisar
Kek ikan
Daun ketumbar
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A hingga kekuningan. Masukkan cili kering yang
telah dikisar dan biarkan seketika.
2. Kemudian masukkan air, air rebusan ayam dan air kelapa muda.
3. Masukkan pes tomyam dan potongan ayam setelah mendidih.
4. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan.
5. Masukkan gula, garam dan perahan air limau secukup rasa dan biarkan mendidih.
6. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan bolehlah dihidangkan bersama mihun atau laksa
dengan bahan hiasan lain.
KERABU MANGGA MUDA
Bahan-bahan:
4 biji mangga muda - dibuang kulitnya dan sagat
6 ulas bawang merah - dihiris
2 tangkai cili merah - dihiris
2 tangkai cili hijau - dihiris
1 sudu besar udang kering - dikisar
1 sudu besar cuka makan
5 ulas cili padi - dihiris
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan kacang tanah - disangai dan tumbuk kasar
Cara menyediakan:
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk.
2. Gaul kesemua bahan itu hingga sebati.
KERABU KACANG BOTOR DAN TOMATO
Bahan-bahan:
1 ikat kacang botor - dipotong kecil dan dicelur
3 biji tomato - dibelah 2 dan hiris nipis
1/4 cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
Ditumbuk halus:
2 batang serai
2 cm lengkuas
1 cm halia
2 sudu besar udang kering
4 biji buah keras
5 tangkai cili api
4 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Kacang botor dan tomato digaul dengan bahan-bahan kisar.
2. Masukkan santan, kerisik, gula dan garam sebelum digaul hingga rata. Hidangkan.
Kerabu Mangga Sotong
Bahan-bahan:
3 camca besar sotong kering manis - dikisar
1 biji mangga muda - jenis harum manis
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering
2 camca besar kacang tumbuk
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 camca kecil gula
Sedikit garam
Cara Menyediakan:
1. Hiris mangga halus memancang.
2. Timbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan udang kering. Sangai semua
bahan ini sebentar dan angkat.
3. Campurkan bahan tadi bersama mangga, sotong, kacang tumbuk, gula, jus limau dan garam.
Gaul hingga sebati.
4. Hias dan hidangkan.
Kerabu Pahang
Bahan-bahan:
100 gm daun kucai
100 gm tauge
1 sudu kecil jintan hitam - tumbuk halus
3 ulas bawang merah - tumbuk
10 tangai cili padi - tumbuk
1 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan daun kucai dan dikerat 2 cm. Bersih dan tuskan tauge.
2. Di dalam mangkuk besar, campurkan daun kucai, tauge, jintan hitam, cili padi, santan dan
bawang merah. Gaul rata dan hidangkan.
Salad Kerang Bersambal
Bahan-bahan:
1/2 kg isi kerang - yang telah direbus dan dibuang kulit
100 gm tauge
5 batang kacang panjang - potong kecil
2 batang serai - hiris halus
1 labu bawang besar - mayang halus
1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
Bahan Sambal:
2 sudu besar udang kering
3 tangkai cili
3 ulas bawang merah
1 sudu besar kerisik
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Sedikit asam jawa
Cara Menyediakan:
1. Celur seketika tauge dan kacang panjang. Angkat dan tuskan.
2. Kemudian gaul sebati kesemua bahan celur dengan serai, bawang besar dan kerang, ketepikan.
3. Tumbuk kesemua bahan sambal untuk dijadikan sambal. Masukkan air asam jawa dan gaul
sebati.
4. Hidangkan sambal dengan bahan lain.
Kerabu Suun
Bahan-bahan:
15 ulas bawang kecil - hiris halus
3 lagu bawang besar - potong bulat
2 biji buah tomato - potong enam
2 paket suun - dicelur
15 biji cili padi - tumbuk
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun sup - hiris
2 batang serai - hiris
50 gm udang basah - buang kulitnya
2 ekor sotong - saiz besar dan potong bulat
1 bahagian dada ayam - cincang
5 biji limau nipis - perah airnya
2 sudu besar kicap cair
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Rebus ayam, udang dan sotong hingga masak. (Anda boleh menyimpan air rebusannya untuk
dijadikan stok).
2. Suun yang telah dicelur dicampurkan dengan bahan-bahan di atas. Gaul hingga rata. Sekiranya
terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan tadi.
3. Boleh dihidangkan begitu sahaja atau dijamu bersama nasi putih dan hidangan lain.
Som tham Thai
Bahan-bahan:
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
2 sudu besar air gula kabung
1 sudu besar sos sotong
1 sudu kecil garam
50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak
50 gm udang kering
100 gm mangga muda - parut memanjang
200 gm betik muda - parut memanjang
2 kelopak daun salad
2 tangkai kangkung
2 batang kacang panjang
Beberapa hiris limau nipis diambil jusnya
1 kuntum bunga kantan
Cara menyediakan:
1. Lenyekkan bawang putih dan cili padi hingga hancur menggunakan batu tumbuk di dalam
periuk tanah.
2. Masukkan udang kering, garam dan kacang tanah, lenyekkan lagi. Masukkan pula air gula dan
sos sotong, lenyekkan lagi sehingga semuanya sebati.
3. Masukkan mangga dan betik muda yang telah diparut memanjang, lenyekkan seketika.
4. Tuangkan jus limau nipis, kacau rata.
5. Masukkan kacang panjang yang telah dipatah-patahkan dengan tangan.
6. Kemudian hiris halus bunga kantan, masukkan ke dalam bahan-bahan yang lain, dan kacau
rata. Hidangkan bersama daun salad dan kangkung.
Kerabu Kerang Pucuk Paku
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku - celur
½ kg tauge - celur
1 kg kerang - rebus
2 sudu besar kecil kerisik
3 ulas bawang merah - hiris
5 biji limau nipis - ambil jusnya
3 tangkai cili merah - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
Sedikit belacan
Sedikit garam dan gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Siang pucuk paku dan celur. Begitu juga tauge dan kerang.
2. Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan gaul rata. Hidangkan.
Kerabu Jantung
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang
5 tangkai ulam raja
1 biji mangga muda
100 gm tauge
5 tangkai cili merah
1 ulas bawang merah
1 sudu besar ikan bilis tumbuk
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Belah dua jantung pisang dan celur di dalam air panas selama beberapa minit sehingga
lembut. Hiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Hiris halus ulam raja dan mangga muda. Gaulkan bersama jantung pisang tadi.
3. Tumbuk cili merah dan campurkan dengan bahan-bahan di dalam mangkuk tadi.
4. Masukkan juga ikan bilis tumbuk dan garam secukup rasa. Gaul rata.
5. Masukkan tauge dan bawang merah yang telah dimayang halus. Gaul sebati dan hidangkan.
Kerabu Sotong Kacang Kelisa
BAHAN-BAHAN:
400 gm sotong
10 tangkai kacang kelisa
100 gm kerisik
5 biji limau kasturi
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 labu bawang besar
CARA MENYEDIAKAN:
1. Sotong dipotong nipis dan direbus, kacang kelisa, cili padi, cili merah dan bawang dihiris
nipis. Satukan kesemua bahan-bahan ini.
2. Gaulkan dengan kerisik, perahan limau kasturi dan garam secukup rasa.
Pesan Saji : Kacang kelisa juga disebut sebagai kacang botol dan mengandungi banyak protein,
kalsium, besi dan vitamin A.
Rebung Kerisik
BAHAN-BAHAN:
300 gm rebung (hiris dan celur)
6 tangkai cili padi (hiris)
8 ulas bawang merah (hiris)
2 tangkai cili merah (hiris)
150 gm kerisik
2 batang serai (hiris)
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 cawan santan pekat
2 helai limau purut (hiris halus)
80 gm daun ketumbar (hiris kasar)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebung direbus sehingga lembut. Ketepikan.
2. Hiris rebung (kasar) dan gaulkan dengan semua bahan-bahan.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Somtam
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda
1 biji mangga muda
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi
4 tangkai kacang panjang
30 gm kubis
10 gm kacang tanah
3 biji tomato ceri
20 gm udang kering (tumbuk)
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar sos ikan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Sagat memanjang betik dan mangga. Kemudian potong halus memanjang kubis. Kacang
panjang potong 6 cm.
2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung.
Tak perlu tumbuk, biarkan pecah-pecah sedikit.
3. Kemudian gaulkan dengan betik, kacang tanah, mangga, kubis, kacang panjang dan udang
kering.
4. Akhir sekali tuangkan jus limau dan sos ikan. Masukkan tomato ceri dan gaulkan rata.
Kerabu Sotong
BAHAN-BAHAN:
200 gm sotong putih (potong panjang)
100 gm kacang panjang (hiris halus)
2 tangkai cili merah (hiris halus)
4 tangkai cili padi (hiris halus)
5 ulas bawang kecil (hiris halus)
20 gm daun pegaga (hiris halus)
1 sudu besar kerisik
Garam dan lada sulah
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis (perah)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebuskan sotong hingga masak dan toskan.
2. Campurkan bahan yang dihiris halus dengan sotong.
3. Masukkan bahan-bahan lain, gaul rata.
Kerabu Pauh
BAHAN-BAHAN:
1 biji mangga
6 tangkai cili padi (hiris)
1 biji tomato (potong dadu)
50 gm udang kering
50 gm kacang
3 sudu besar air gula
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1.Ambil mangga dan parut agak kasar. Kemudian sangai kacang seketika.
2.Selepas itu tumbuk pula udang kering.
3.Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan dan bubuhkan air gula dan garam secukup rasa.
Hidangan Pencuci Mulut
Puding Susu
User Rating: / 16
Poor Best
Bahan-bahan A:
2 cawan agar-agar
8-9 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 gula melaka
2 helai daun pandan
Bahan-bahan B:
6 biji telur ayam
1 tin besar susu manis
250 ml air
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit gula melaka - dihiris
Cara menyediakan:
1. Masak agar-agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan daun pandan, gula pasir dan gula melaka.
3, Masak dengan api perlahan. Biarkan seketika.
4. Untuk bahan B pula, pukul susu dan telur sehingga hancur.
5. Masukkan air dan esen vanila.
6. Seterusnya, masukkan gula melaka hiris ke dalam acuan tadi.
7. Kacau seketika.
8. Kukus adunan ini sehingga masak.
9. Setelah masak, tuangkan ke atas agar-agar tadi ketika ia masih panas.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 2132
Tat Pandan Wangi
User Rating: / 4
Poor Best
Bahan-bahan untuk pastri:
140 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm gula kastor
1 biji telur
2 sudu besar air
Secubit garam
1/4 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Kertas aluminium
Kacang hijau atau beras secukupnya
Cawan kertas secukupnya
Bahan-bahan untuk inti:
200 ml santan pekat
200 ml air
90 gm gula kastor
40 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
Secubit garam
1 sudu kecil pes pandan
Sedikit pewarna kuning dan hijau
Cara menyediakan kulit tat:
1. Kacau telur, gula dan mentega hingga rata.
2. Masukkan esen vanila, garam, pewarna kuning dan air. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Kemudian uli bahan-bahan ini sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Canai doh setebal 1 sm.
6. Kemudian terap bulat mengikut ukuran acuan pai.
7. Masukkan doh ke dalam acuan.
8. Ratakan hingga menutupi bahagian tepinya.
9. Cucuk doh dengan garpu sebelum dialas dengan kertas aluminium.
10. Masukkan kacang hijau atau beras hingga penuh.
11. Bakar separuh masak dalam ketuhar pembakar.
Cara menyediakan kastard pandan:
1. Kacau gula dan kuning telur hingga sebati.
2. Masukkan tepung jagung, air, santan, garam, pes pandan dan pewarna hijau serta kuning.
3. Kacau sehingga rata.
4. Tapis bahan-bahan ini supaya tidak berketul-ketul.
Cara menyediakan tat pandan wangi:
1. Tuangkan kastard pandan ke dalam kulit tat.
2. Bakar selama 20 minit dalam ketuhar pembakar pada suhu 180 darjah selsius.
3. Apabila masak, masukkan tat ke dalam cawan kertas.
4. Hidangkan tat ini untuk minum petang.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 1571
Sagu Koktel
User Rating: / 7
Poor Best
Bahan-bahan:
100 gm sagu mata ikan
80 gm buah-buahan koktel
50 gm tepung kastard
200 ml air
2 sudu kecil coffeemate
80 gm gula
Cara menyediakan:
1. Masak sagu sehingga kembang.
2. Tuangkan ke dalam acuan.
3. Tuang sagu berselang-seli dengan koktel buah-buahan.
4. Kemudian sejukkan dan letakkan ke dalam mangkuk.
5. Untuk sos kastard, didihkan air dan masukkan coffeemate.
6. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
7. Satukan gula dan tepung kastard.
8. Kemudian, tuangkan bancuhan coffeemate tadi.
9. Kacau perlahan-lahan.
10. Kemudian panaskan di atas api sehingga ia masak.
11. Sejukkan dan tuangkan ke atas sagu koktel tadi.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 1744
Puding Ciku
User Rating: / 5
Poor Best
Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
10 gm agar-agar - dimasak dengan 1 cawan air hingga larut
Sedikit garam
4 biji buah ciku - 2 biji dikisar halus bersama 1 cawan air, 2 biji lagi didadu
4 sudu besar susu pekat manis
Gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Masak tepung kastard dengan 4 cawan air.
2. Masukkan juga susu pekat manis.
3. Kemudian masukkan agar-agar yang telah dimasak.
4. Campurkan gula, garam dan buah ciku yang telah dikisar.
5. Masak hingga agak pekat dan tuangkan ke dalam acuan.
6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
7. Hiaskan dengan ciku yang telah dipotong dadu.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 972
Bubur Pelangi
User Rating: / 3
Poor Best
Bahan-bahan:
2 ketul keledek oren - dipotong dadu
2 ketul keledek biru - direbus
Sedikit bubur caca - direbus hingga kembang
1/2 keping gula melaka
1 cawan gula pasir
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan - disiat dan simpulkan
Sedikit garam
Cara menyediakan:
1. Didihkan santan cair bersama gula pasir.
2. Masukkan pula gula melaka dan daun pandan.
3. Kemudian, masukkan kedua-dua jenis keledek.
4. Campurkan pula bubur caca.
5. Tuangkan santan pekat dan campurkan garam.
6. Didihkan lagi sambil dikacau agar tidak pecah minyak.
7. Angkat dan bolehlah dihidangkan.
Hidangan Pencuci Mulut
Puding Kelapa Gula Merah Berlapis
User Rating: / 10
Poor Best
Bahan-bahan A:
1 paket agar-agar serbuk
100 gm gula pasir
500 gm pati santan
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
Cara menyediakan bahan-bahan A:
1. Masak kesemua bahan sehingga larut.
2. Tuangkan ke dalam acuan panjang dan sejukkan.
3. Apabila sejuk, potong kecil-kecil dan ketepikan.
Bahan-bahan B:
1 paket agar-agar serbuk
125 gm gula pasir
400 ml pati santan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanila
2 helai daun pandan
Cara menyediakan bahan-bahan B:
1. Masak kesemua bahan hingga larut.
2. Sejukkan dan ketepikan.
Bahan-bahan C:
1 1/2 paket agar-agar serbuk
200 gm gula merah
900 ml air
100 gm gula pasir
2 helai daun pandan
Cara menyediakan bahan-bahan C:
1. Masak kesemua bahan C sehingga gula larut.
2. Biarkan sejuk sedikit.
3. Kemudian tuangkan ke atas bahan-bahan A yang sudah dibekukan dan dipotong kecil-kecil.
Biarkan sejuk.
4. Tuangkan campuran tadi di atas agar-agar B yang sudah mula mengeras sedikit.
5. Tuangkan perlahan-lahan supaya adunannya tidak bercampur.
6. Sejukkan sebelum dihidangkan.
7. Hidangkan bersama buah-buahan koktel dalam tin.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 1615
Puding Roti Bersos Vanila
User Rating: / 1
Poor Best
Bahan-bahan untuk puding:
Sedikit mentega
10 keping roti putih segi tiga (sebaiknya dibakar)
200 gm gula pasir
8 biji telur
500 krim putar (whipping cream)
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kismis
500 ml susu segar
Bahan-bahan untuk Sos Vanila:
500 ml krim segar
100 gm gula kastor
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Cara menyediakan puding:
1. Sapu mentega pada acuan dan taburkan sedikit gula.
2. Buangkan bahagian yang keras di tepi roti dan potong roti menjadi tiga segi.
3. Aturkan bersilangan berlapis-lapis di dalam acuan hingga penuh.
4. Semasa mengatur roti ini, taburkan juga kismis pada setiap lapisan.
5. Pukul gula dan telur hingga sebati.
6. Campurkan susu, krim dan esen vanila.
7. Kacau hingga rata.
8. Tuangkan ke atas roti.
9. Bakar dengan kaedah bain marie (letak bekas berisi roti di dalam sebuah dulang berisi air)
sehingga masak.
Cara menyediakan sos vanila:
1. Masak krim dengan setengah bahagian gula sehingga mendidih.
2. Di dalam bekas pemukul, satukan telur dengan baki gula serta esen vanila.
3. Tuangkan bahan yang dididihkan itu perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sambil dipukul agar
telur masak dan tidak bergentel.
4. Tapis ke dalam bekas dan sejukkan.
5. Apabila hendak makan, tuangkan sos ini ke atas puding roti tadi.
* (Info: Puding ini juga boleh dibuat dengan menggunakan pastri danish atau croissant)
Read More
Add Comment (0)
Hits: 2239
Puding Mahligai Pelangi
User Rating: / 22
Poor Best
Bahan-bahan A:
20 gm kacang hijau - direbus
10 gm gula pasir
100 ml susu cair
Sedikit pewarna hijau
Bahan-bahan B:
20 gm kacang merah - direbus
10 gm gula pasir
100 ml susu cair
Sedikit pewarna merah
Bahan-bahan C:
20 gm jagung manis dalam tin
10 gm gula pasir
100 ml susu cair
Sedikit pewarna kuning
Bahan-bahan D:
8 gm agar-agar serbuk
350 ml air mineral
7 gm gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan
Cara menyediakan:
1. Kisar halus kesemua bahan-bahan A, bahan-bahan B dan bahan-bahan C secara berasingan.
2. Ketepikan seketika.
3. Didihkan pula kesemua bahan D sehingga gula dan agar-agar sebati.
4. Bahagikan bahan D kepada tiga bahagian.
5. Ambil satu bahagian bahan D, campurkan dengan bahan A, satu bahagian dengan bahan B dan
baki dengan bahan C.
6. Kacau sebati di atas api perlahan secara berasingan.
7. Setelah ketiga-tiganya pekat, tuang setiap satu secara berlapis di dalam bekas yang sesuai.
8. Sejukkan.
9. Hias mengikut suka sebelum dihidangkan.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 6350
Puding Kristal
User Rating: / 14
Poor Best
Bahan-bahan:
20 gm agar-agar
2 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar kastard
2 sudu besar jagung manis - krim
1/2 cawan susu cair
6 biji ceri hijau
6 biji ceri merah
1 cawan nanas kiub
1/2 tin sirap nanas kiub
Sedikit esen vanila
Sedikit garam
1 biji kek span kopi
Cara menyediakan:
1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur.
2. Masukkan gula dan masak lagi hingga larut.
3. Masukkan sirap nanas kiub.
4. Asingkan sesenduk agar-agar.
5. Larutkan kastard dalam susu cair.
6. Campurkan juga jagung manis dan tuangkan ke dalam agar-agar.
7. Didihkan seketika hingga campuran kastard pekat.
8. Sediakan bekas kaca berbentuk panjang. Tuangkan satu senduk agar-agar. Biarkan sebentar.
9. Potong kek dan susun di atas agar-agar yang masih suam.
10. Apabila hampir beku, tuangkan pula sesenduk lagi agar-agar.
11. Taburkan ceri dan nanas kiub di atasnya. Biarkan seketika.
12. Tuangkan pula agar-agar kastard ke atasnya.
13. Biarkan hingga suam, baru tuangkan lebihan agar-agar kosong yang masih tinggal dan
sejukkan.
14. Tuangkan sesenduk agar-agar ke dalam bekas. Biarkan hingga hampir sejuk.
15. Aturkan kek di atasnya. Tuangkan sesenduk lagi agar-agar.
16. Taburkan ceri yang telah dibelah dua dan juga nanas kiub.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 2712
Puding Lemak Cendol
User Rating: / 45
Poor Best
Bahan-bahan:
20 gm agar-agar segera
1300 ml air
1 tin susu cair
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1 buku gula Melaka
1 1/4 cawan gula kasar
1 cawan cendol
Sedikit garam
Beberapa biji ceri merah
Cara menyediakan:
1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur.
2. Masukkan garam, susu cair dan santan pekat. Kacau selalu agar tidak naik minyak.
3. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Setiap satu dimasukkan ke dalam periuk yang berbeza. Perlahankan api di kedua-dua periuk.
5. Satu adunan dimasukkan gula kasar dan biarkan gula hancur.
6. Kemudian masukkan cendol.
7. Manakala satu lagi adunan, dimasukkan gula merah dan gula Melaka. Kacau sehingga kedua-
dua jenis gula hancur.
8. Aturkan ceri di dalam acuan agar-agar.
9. Tuangkan sebahagian adunan putih, biarkan beku sedikit.
10. Tuangkan pula sebahagian adunan gula merah dan biarkan mengeras sedikit.
11. Ulangi proses melapis antara adunan putih dan adunan gula merah sehingga habis.
12. Biarkan beku dan sejukkan sebelum dihidang.
Hidangan Pencuci Mulut
Puding Marmar
User Rating: / 61
Poor Best
Bahan-bahan:
20 gm agar-agar
3 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil mentega
3 sudu besar serbuk koko - bancuh dengan sedikit air
Cara Menyediakan:
1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masak lagi hingga kesemua bahan sebati.
2. Kacau telur, susu cair, esen vanila dan mentega hingga rata. Masukkan ke dalam agar-agar.
Kacau rata.
3. Angkat adunan dan tapis.
4. Masak adunan yang siap ditapis sekali lagi dengan api sederhana.
5. Angkat dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Sebahagian dibiarkan dengan warna asal
manakala sebahagian lagi dimasukkan bancuhan serbuk koko.
6. Masak adunan yang mengandungi koko cuma sekali mendidih, dan angkat.
7. Tuangkan sesenduk adunan warna asal di tengah loyang diikuti sesenduk warna koko.
Lakukan proses ini sehingga kesemua adunan habis. Sejukkan sebelum dihidangkan.
ng: / 34
Poor Best
PUDING JAGUNG
Bahan-bahan:
15 gm agar-agar
1 cawan air
1/2 cawan gula
3 helai daun pandan
3 sudu besar kastard
3 sudu besar jagung krim
1/2 cawan santan
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan sirap gula kabung
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji telur
Cara membuat puding:
1. Rendam agar-agar, kemudian masak dengan secawan air hingga larut.
2. Masukkan pula gula dan dua helai daun pandan yang telah disiat-siat.
3. Apabila gula telah larut, campurkan dengan jagung krim dan kastard yang telah dibancuh
dengan campuran susu serta santan.
4. Kacau rata hingga mendidih, masukkan pula telur, kacau lagi.
5. Apabila adunan masak, buangkan daun pandan dan pukul dengan pemukul telur hingga
kelihatan gebu.
6. Tuangkan dalam acuan dan sejukkan.
Cara membuat kuah:
1. Larutkan tepung jagung dengan sirap, campurkan sehelai daun pandan siat yang masih tinggal
dan didihkan sambil dikacau.
2. Apabila menghidangkan puding, tuangkan kuahnya.
Agar-agar Keledek
Bahan-bahan:
15 gm agar-agar serbuk
Pewarna hijau
4 cawan air
250 gm keledek - rebus dan lecek
50 gm santan pekat
Sedikit garam
Cara Menyediakan:
1. Rebus agar-agar dengan air hingga larut.
2. Tuangkan santan, masukkan garam dan keledek. Biarkan mendidih sambil dikacau.
3. Tuangkan ke dalam acuan dan bekukan.
(Anda juga boleh menggunakan jus pandan untuk mendapat bau dan warna hijau).
Hidangan Pencuci Mulut
Jeli Kopi
User Rating: / 19
Poor Best
Bahan-bahan:
50 gm agar-agar
3 liter air
700 gm gula
200 gm susu pekat manis
100 gm pes kopi
Cara Menyediakan:
1. Didihkan air, kemudian masukkan agar-agar dan gula.
2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
3. Satu adunan diwarnakan dengan pes kopi (gelap), satu lagi diwarnakan pes kopi dan susu,
manakala satu adunan diwarnakan dengan susu sahaja. Satu lagi di sarnakan dengan pes kopi
(cerah).
4. Tuangkan warna gelap ke dalam bekas yang sesuai, biarkan sejuk sedikit baru dituangkan
adunan kopi bersusu. Setelah sejuk tuangkan pula lapisan ketiga dan seterusnya lapisan keempat.
4. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 5737
Talam Tako
User Rating: / 38
Poor Best
Bahan-bahan:
(Bahagian Putih)
50 gm tepung green pea
100 gm gula kasar
1 biji kelapa - ambil 4 cawan santan
Secubit soda bikarbonat
Secubit garam
* Kisar semua bahan agar tidak bergentel.
Bahan-bahan:
(Bahagian Hijau)
100 gm tepung green pea
200 gm gula kasar
5 cawan air daun pandan
Secubit soda bikarbonat
* Kisar semua bahan agar tidak bergentel.
Cara Menyediakan:
1. Gunakan dua periuk yang berasingan. Masukkan bahagian putih ke dalam periuk pertama dan
bahagian hijau ke dalam periuk kedua. Kacau serentak di atas api yang sederhana.
2. Bila adunan menjadi kental, tuangkan adunan hijau ke dalam loyang berselang-seli dengan
adunan putih seperti membuat kek marble. Biarkan sejuk baru dipotong.
Nota: Tepung green pea boleh dibeli di kedai yang menjual bahan-bahan kek. Ada dua jenis
tepung green pea, satu berwarna putih dan satu lagi kekuningan. Untuk resipi ini, gunakan yang
putih.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 7942
Puding Cendol
User Rating: / 29
Poor Best
Bahan-bahan:
2 cawan cendol
30 gm agar-agar
2 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan
4 biji putih telur
3 helai daun pandan - basuh, siat dan simpul
2 cawan air
Sedikit garam
Cara Menyediakan:
1. Didihkan agar-agar dan air hingga hancur lalu masukkan gula dan daun pandan biarkan
mendidih lagi hingga larut.
2. Tapis agar-agar dan jerang semula di atas dapur dengan api yang kecil.
3. Pukul putih telur bersama santan hingga kembang. Tuangkan ke dalam agar-agar, campurkan
garam bagi membangkitkan lemak dan kacau hingga sebati.
4. Tuskan cendol dan masukkan ke dalam adunan di atas, kacau perlahan-lahan. Tuangkan ke
dalam acuan dan sejukkan ke dalam peti sejuk hingga beku.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 7751
Puding Jem Kukus
User Rating: / 25
Poor Best
Bahan Puding:
6 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar susu cair
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Sedikit jem
Sedikit esen vanila
Cara Menyediakan:
1. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
3. Masukkan esen vanila dan tepung, pukul lagi. Tuangkan susu cair dan kacau rata.
4. Lengserkan acuan dengan minyak, tuangkan adunan dan ratakan jem. Tutup dengan kertas
minyak dan kukus hingga masak.
Bahan Sos:
2 sudu besar jem
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
1/2 gelas air sejuk
Cara Menyediakan:
1. Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih.
2. Keluarkan puding yang telah masak dan masukkan ke dalam pinggan, kemudian tuangkan
kuahnya dan hidangkan.
Read More
Add Comment (1)
Hits: 5100
Manisan Suji
User Rating: / 5
Poor Best
Bahan-bahan:
410 ml (1 tin) susu sejat
820 ml air
180 gm gula pasir
200 gm suji
10 biji buah pelaga - pecahkan
50 gm badam hiris
50 gm kismis hitam
3 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak sapi dan goreng kismis serta badam hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan air, gula serta pelaga ke dalam lebihan minyak tadi, biarkan hingga mendidih dan
gula hancur.
3. Masukkan pula suji, kacau hingga pekat lalu campurkan badam serta kismis, tinggalkan
sedikit untuk hiasan.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil, hias dengan badam serta kismis.
Bahan-bahan Dasar:
125 gm mentega
75 gm gula aising
1 biji telur
20 gm susu tepung
250 tepung gandum
Bahan-bahan Inti:
400 gm isi durian
50 gm gula
250 ml air
50 gm tepung kastard
100 ml susu cair
Sedikit garam
Cara Menyediakan Dasar:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, kacau hingga rata. Masukkan pula tepung gandum dan susu tepung. Gaul
hingga sebati.
3. Letakkan adunan pada permukaan loyang pai berukuran 22 cm.
4. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celsius.
Cara Menyediakan Inti:
1. Kacau semua bahan di atas api yang perlahan sehingga isi durian hancur.
Cara Menyediakan Pai:
1. Keluarkan kulit pai daripada loyang.
2. Masukkan inti pai dalam kulit. Biarkan sehingga benar-benar sejuk sebelum dihidangkan.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 4445
Puding Laici
User Rating: / 23
Poor Best
Bahan-bahan:
10 gm agar-agar serbuk
2 gelas air
1 gelas gula
2 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/4 tin laici
Sedikit perisa laici
Sedikit ceri merah
Cara Menyediakan;
1. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
3. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
4. Masukkan susu cair dan perisa laici, kacau sebati dan biar mendidih, kecilkan api.
5. Sementara itu, pukul putih telur hingga gebu, masukkan ke dalam adunan agar-agar dan
angkat.
6. Susun ceri di dalam bekas, tuangkan adunan agar-agar. Biarkan sejuk.
7. Setelah sejuk, keluarkan daripada bekas dan tuang buah laici dan jusnya ke bahagian tengah
puding.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 6676
Halwa Betik Dan Lobak Merah
User Rating: / 12
Poor Best
Bahan-bahan:
2 biji betik - masak/muda
6 biji lobak merah
6 biji lobak putih
3 kg gula pasir
50 gm gula batu
Kapur sirih secukupnya
Cara Menyediakan:
1. Buang kulit betik serta lobak merah, dan ukir mengikut bentuk yang diingini.
2. Rendam ukiran dalam air kapur sirih semalaman, kemudian basuh bersih.
3. Celur bahan hingga lembut dan rendam semula dalam air sejuk selama 20 minit. Toskan.
4. Masak gula pasir dan gula batu dengan anggaran tiga mangkuk air hingga mendidih.
Sejukkan.
5. Rendam bahan dalam air gula. Bagi ukiran yang agak tebal, cucukkan dengan lidi supaya ada
ruang untuk air gula menyerap ke dalamnya.
6. Bagi halwa kering, bahan hendaklah direndam sekurang-kurangnya seminggu, manakala air
gulanya hendaklah dipanaskan setiap hari.
7. Semasa memanaskan air gula, pastikan bahan-bahan dikeluarkan terlebih dahulu dan
tunggulah air gula sejuk sebelum dimasukkan semula bahan.
8. Ulangi proses ini selama seminggu sebelum menjemur bahan di bawah panas terik. Semasa
menjemur, tutup bahan dengan kain putih jarang bagi mengelak habuk dan kepanasan secara
langsung yang boleh mencairkan gula. Ini akan menyebabkan halwa tidak cantik.
Pesanan:
* Semasa memanaskan air gula, gunakan api perlahan. Api yang besar menghanguskan air gula
dan menguningkan bahan-bahan lain terutama lobak putih.
* Semakin pekat air gula, semakin cantik halwa anda.
* Halwa mesti disimpan di dalam bekas kedap udara, atau boleh juga di dalam peti sejuk. Jangan
dedahkan halwa kerana udara persekitaran boleh mencairkan gula pada bahan.
* Halwa boleh disimpan selama sebulan. Untuk diguna semula, masak air gula pekat, rendam
dan jemurkan semula halwa.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 6013
Puding Pelangi Ayu
User Rating: / 27
Poor Best
Bahan-bahan:
20 gm agar-agar - direndam semalaman
8 cawan air
2 cawan gula pasir
1/2 tin susu cair (1 cawan)
5 biji kuning telur
3 biji putih telur - dipukul 3 minit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil vanila
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Bahan-bahan B:
1 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil esen kopi - dicampur dengan coklat emulco
1 sudu kecil esen strawberi - ditambah pewarna ros
Cara Menyediakan:
1. Rebus agar-agar hingga hancur, kemudian masukkan gula. Apabila larut, tapis.
2. Pukul kuning telur, tepung jagung, kastard, sus, garam dan vanila.
3. Masukkan ke dalam agar-agar, kemudian campurkan mentega dan tutup api. Masukkan putih
telur dan kacau hingga hancur dan sebati.
4. Bahagikan kepada tiga bahagian; satu bahagian dibiarkan warna asal, sebahagian lagi
diwarnakan dengan coklat emulco dan esen kopi, manakala satu lagi dengan esen strawberi dan
pewarna ros.
5. Tuangkan ke dalam acuan berselang-seli antara ketiga-tiga warna. (Biarkan setiap tuangan
sedikit mengeras sebelum tuangan seterusnya)
idangan Pencuci Mulut
Tat Keju Blueberry
User Rating: / 56
Poor Best
Bahan Pastri:
300 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
180 gm gula aising
1 biji telur
Bahan-bahan Inti Keju:
250 gm keju krim
40 gm gula aising
20 gm mentega
1 biji telur
3 sudu besar krim putar (jika suka)
250 gm blueberry dalam tin
Cara Menyediakan:
1. Ayak tepung gandum bersama susu tepung dan gula aising.
2. Satukan mentega dengan bahan tepung dan gaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut sebelum didinginkan dalam peti
sejuk selama 20 minit.
4. Canai doh setebal 1/2 cm sebelum diterap dengan acuan bulat yang bergerigi.
5. Doh yang diterap dimasukkan dalam acuan tat dan tekan sebelum dibakar selama 15-20 minit
dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180 darjah Celsius. Biar sejuk dan simpan dalam
bekas kedap udara.
6. Adunkan keju, gula aising dan mentega hingga berkrim. Masukkan telur dan krim putar dan
kacau hingga sebati.
7. Masukkan sedikit blueberry ke dalam kulit tat, kemudian tuangkan inti keju hingga penuh.
8. Paipkan sedikit blueberry ke atas inti keju sebelum sebelum membentuk corak dengan lidi.
9. Bakar 8 - 10 minit dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Setelah masak, keluarkan tat
dan masukkan ke dalam cawan kertas. Dinginkan dalam peti sejuk.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 12531
Puding Durian
User Rating: / 26
Poor Best
Bahan-bahan:
60gm tepung kastard
40gm gula halus
700gm susu cair
100gm isi durian
Cara Menyediakan:
1. Campurkan tepung kastard dengan gula dan susu cair kemudian kacau hingga sebati sebelum
dimasak dalam ketuhar gelombang mikro selama lapan minit pada tahap High. Kacau dua kali.
2. Keluarkan dan masukkan isi durian. Kacau hingga rata dan masukkan semula ke dalam
ketuhar dan masak pada tahap High selama tiga minit lagi.
3. Keluarkan dan tuang ke dalam loyang atau gelas koktel dan biarkan beku dalam peti sejuk.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 5653
Puding Mangga Aneka
User Rating: / 2
Poor Best
Bahan-bahan:
1 liter air
10 gm agar-agar
150 gm gula
100 gm puri mangga
100 gm buah-buahan campuran dalam tin
Cara Menyediakan:
1. Didihkan air bersama agar-agar sampai larut. Masukkan gula dan puri mangga.
2. Kacau hingga sebati, tuangkan ke dalam loyang berbentuk bulat.
3. Setelah keras, hias dengan strawberi dan buah kiwi.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 5442
Puding Pisang
User Rating: / 24
Poor Best
BAHAN LAPISAN KEK:
1 biji kek swissroll | potong lapan
15 gm agar-agar serbuk
2 cawan air
BAHAN LAPISAN PISANG:
3 biji pisang montel | hiris
20 gm agar-agar serbuk
4 sudu besar tepung kastad
1 cawan gula
3 cawan susu segar
3 biji kuning telur
BAHAN LAPISAN BAWAH:
15 gm agar-agar serbuk
2 cawan santan
Sedikit pewarna kuning
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kita sediakan lapisan kek dulu. Potong swiss roll dan susun di bahagian bawah loyang.
2. Satukan agar-agar dan air. Didihkan hingga larut. Tuang ke atas swiss roll. Biarkan mengeras.
3. Hirisan pisang disusun di tepi loyang dan kalau ada lebih susunkan di atas lapisan swiss roll
yang sudah mengeras.
4. Satukan bahan lain dalam periuk dan kacau sebati di atas api yang kecil sehingga likat.
Tuangkan ke atas lapisan swiss roll tadi. Biarkan mengeras.
5. Sediakan bahan ketiga, satukan semua bahan dan didihkan. Tuangkan di atas lapisan kedua,
dan biarkan mengeras.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 8059
Agar-agar zebra
User Rating: / 27
Poor Best
BAHAN A:
25 gm agar-agar serbuk
700ml air
170 gm gula
2 helai daun pandan
BAHAN B:
250ml susu cair
30 gm tepung kastad
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
BAHAN C:
1 sudu besar koko
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak bahan A sehingga sebati.
2. Masukkan bahan B yang telah dipukul sebati dan kacau adunan sehingga hampir pekat.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan dengan serbuk koko dan satu bahagian
lagi tidak perlu diwarnakan.
4. Tuangkan secara berselang-seli ke dalam acuan. Tuang sebahagian adunan tanpa koko ke
dalam acuan, masukkan ke dalam peti sejuk sebentar, diikuti sebahagian adunan berkoko.
5. Ulangi proses dengan menuang dan mengeraskan adunan secara berselang-seli sehingga habis.
* Anda boleh menghias dengan menyusun hirisan buah-buahan di bahagian bawah acuan
sebelum menuang lapisan pertama.
4.Susun lagi adunan yang berwarna coklat dan ulang sehingga habis.
5. Sejukkan dan biarkan beku sebelum dipotong.
Agar-Agar Jagung
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
2 tin jagung berkrim (kisar dan tapis)
25 gm agar-agar
7 gelas air
11 sudu besar gula
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Acuan berbentuk jagung
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak agar-agar hingga hancur, kemudian masukkan jagung, gula dan susu cair. Kacau sebati.
2. Bahagikan agar-agar kepada tiga bahagian. Warnakan merah, kuning dan hijau.
3. Tuangkan adunan di dalam acuan dan sejukkan.
Puding Karamel Berkacang
BAHAN-BAHAN:
1
/4 tin susu cair
1
/2 tin susu pekat (tin kecil)
8 biji telur
1 tin air
1 sudu kecil vanila
2 sudu besar gula
50 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk kasar)
10 gm keju
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan susu cair, susu pekat, telur, air dan vanila. Kemudian pukul rata dan sebati.
2. Kemudian masukkan kacang ke dalam acuan.
3. Masukkan bahan ke dalam acuan dan kukus hingga masak.
4. Setelah masak, angkat.
5. Sagatkan keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar selama 5 minit.
Agar-Agar Mangga Coklat
BAHAN-BAHAN:
2 biji mangga masak
1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
150 gm kepingan coklat
2 cawan susu cair
1
/2 cawan susu manis
1 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula-mula kita kisar buah mangga dengan air. Ketepikan.
2. Tuangkan susu cair dalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar.
3. Masukkan coklat.
4. Kacau hingga semuanya sebati.
5. Setelah mendidih masukkan mangga kisar dan esen vanila.
6. Kacau sebati dan rata.
7. Tuangkan dalam adunan dan sejukkan.
Puding Kek Kastad
BAHAN-BAHAN:
1 biji kek mentega
100 gm tepung kastard
1
/4 tin susu cair
1
/4 tin susu pekat
1 tin air
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bahan-bahan seperti tepung kastard, susu cair, susu pekat dan air dikacau hingga pekat di atas
api yang kecil.
2. Kek mentega diletakkan di dalam acuan. Curahkan bahan-bahan di atas kek mentega tersebut.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150o
C selama 8 hingga 10 minit.
4. Jika suka bolehlah makan bersama sos kastard.
Puding Hak Milik Kekal
User Rating: / 368
Poor Best
BAHAN-BAHAN:
1 peket agar-agar serbuk (tiada warna)
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
Pewarna hijau dan merah
250 gm gula
CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan satu sudu kecil serbuk agar-agar bersama satu cawan air.
2.Bubuhkan pewarna hijau. Biarkan ia mendidih.
3.Tuangkan dalam bekas. Ketepikan.
4.Sementara itu satukan satu sudu kecil agar-agar serbuk dengan satu cawan susu cair, setengah
cawan gula,
setengah cawan air serta tepung kastard.
5.Gaul sebati sehingga adunan pekat.
6.Tuangkan adunan ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan ia sejuk.
7.Sementara itu didihkan lebihan susu cair bersama satu sudu kecil serbuk agar-agar dan lebihan
gula tadi.
8.Campurkan dengan setengah cawan air dan sedikit pewarna merah.
9.Setelah ia mendidih,tuangkan ke atas lapisan kastard tadi.
10.Biarkan ia mengeras.
Puding Milo Gula Merah
User Rating: / 415
Poor Best
BAHAN A:
37 gm agar-agar
5 gelas air
2 helai daun pandan
BAHAN B:
300 gm gula
100 gm gula merah
BAHAN C:
3 biji telur
4 sudu besar milo (satukan semua, pukul sedikit)
1 sudu kecil esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak bahan A sehingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan bahan B. Biarkan mendidih.
2. Sementara itu, satukan kesemua bahan C dan pukul sekali.
3. Selepas itu, tuangkan bahan C ini ke dalam adunan tadi. Biarkan sekejap sahaja.
4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau bekas yang bersesuaian.
5. Sejukkan di dalam peti ais dan hidangkan.
Puding Sayang Tiga Hati
User Rating: / 233
Poor Best
BAHAN A:
3 sudu besar serbuk agar-agar
300 gm gula
1,300 ml air
1 helai daun pandan
1 tin buah campuran (tuskan)
Sedikit pewarna kuning
Sedikit black seed dan poppy seed
BAHAN B:
300 ml santan pekat
Sedikit pewarna hijau dan merah jambu
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan bahan A, masak sehingga mendidih.
2. Keluarkan satu potong bahagian dan masukkan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan pula buah campuran dalam acuan dan tuangkan 1/3 bahagian kuning tadi.
4. Masukkan sedikit black seed dan poppy seed biarkan ia separuh beku.
5. Lebihan agar-agar tadi dimasak sekali lagi sehingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan
santan.
6. Bahagikan kepada dua bahagian, satu dibubuh warna hijau dan satu lagi dibubuh warna merah
jambu.
7. Sementara itu, sebelum masukkan lapisan hijau dan merah jambu, pastikan garu dulu setiap
lapisan agar-agar yang hampir beku tadi dengan garpu.
8. Kemudian tuangkan warna hijau di atas lapisan pertama tadi, biarkan ia sedikit beku.
9. Kemudian bolehlah tuangkan warna merah jambu pula.
10. Bekukan dalam peti ais. Setelah sejuk, terbalikkan dari acuan di atas pinggan dan hidangkan.
Puding Kelapa
User Rating: / 155
Poor Best
BAHAN-BAHAN:
2 liter air
1 pek coconut puding Mix (500 gm)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan air di dalam bekas kemudian masukkan coconut puding mix.
2. Kacau perlahan-lahan dan rata.
3. Kemudian sejukkan dan hidangkan.
Agar-Agar Kering
User Rating: / 90
Poor Best
BAHAN-BAHAN:
10 gm agar-agar
500 ml air
100 gm gula
80 gm gula batu
Sedikit pewarna merah dan hijau
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan gula batu. Masak sehingga pekat dan
tapiskan.
2. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan merah dan hijau. Tuangkan
ke dalam bekas nipis.
3. Setelah sejuk, gulungkan agar-agar yang nipis dan potong menyerong. Jemur sehingga kering.
Hidangan Mi Dan Pasta
Mi Udang
User Rating: / 37
Poor Best
Bahan-bahan:
500 gm mi
300 gm sawi - dikerat
150 gm tauge
2 biji tomato - dihiris nipis
5 keping tauhu - digoreng dan dipotong kecil
Bahan-bahan Kuah:
600 gm udang saiz kecil
10 tangkai cili kering - dipotong
10 ulas bawang merah - dimayang
1 tin sup tomato
4 sudu besar sos cili
1 cawan minyak
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan Hiasan:
300 gm udang saiz besar
1 labu bawang besar - dihiris
2 tangkai cili merah - dihiris
1 tangkai daun sup - dipotong halus
1 tangkai daun bawang - dipotong halus
Bawang goreng secukupnya
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan cili kering secara berasingan kemudian
dikisar halus.
2. Udang kecil direbus dengan sedikit air dan garam. Bila mendidih, tuskan kemudian asingkan
kulitnya.
3. Kisar kulit udang bersama air rebusannya kemudian tapis sebelum disatukan dengan isi udang
dan dikisar semula sehingga halus.
4. Tuangkan air udang ke dalam periuk. Masukkan bawang merah dan cili kering yang dikisar
dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan sup tomato, sos cili, garam dan gula. Kacau dan biarkan mendidih kemudian
padamkan api.
6. Untuk menyediakan mi, tuangkan kuah secukupnya ke dalam kuali. Biarkan mendidih barulah
dimasukkan mi, tauge, sawi dan hirisan tomato serta tauhu. Biarkan mendidih sekali lagi barulah
dicedok ke dalam pinggan. Taburkan udang rebus, hirisan bawang besar dan cili merah, daun
sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan panas-panas.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 4971
Suun Goreng Hainan
User Rating: / 17
Poor Best
Bahan-bahan:
100 gm suun - direndam hingga lembut
50 gm isi ayam - dipotong kecil
60 gm kulit tauhu - direndam hingga lembut dan dipotong
2 gm cendawan telinga tikus - direndam hingga kembang
30 gm bunga kincam
10 gm parsli cina - dipotong panjang
20 gm daun bawang - dipotong panjang
10 gm saderi - dipotong panjang
1 tangkai cili merah - dipotong menyerong
30 gm sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
10 gm bawang putih - dicincang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih, kulit tauhu dan bunga kincam.
Kacau seketika kemudian masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih selama dua minit.
2. Bila lembut, masukkan suun dan cendawan. Goreng dua minit lagi.
3. Masukkan isi ayam, saderi, parsli, daun bawang, sos tiram, cili merah dan kacau hingga rata.
Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah, kacau dan angkat.
Read More
Add Comment (1)
Hits: 4220
Mi Kuah Daging
User Rating: / 15
Poor Best
Bahan-bahan:
500 gm mi
100 gm daging batang pinang - dipotong kecil
20 gm udang kering - ditumbuk
3 batang sawi - dikerat 3 cm
3 biji tomato - dibelah 8
4 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 cm halia - ditumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puri
1/2 cawan minyak masak
1 kiub pati ayam
4 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula dan secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk halia.
Kacau hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar dan sedikit air. Kacau hingga rata dan
biarkan hingga pecah minyak dan hilang bau cili.
2. Masukkan daging dan kacau. Biarkan hingga empuk kemudian masukkan udang kering dan
kacau rata.
3. Tuangkan air dan masukkan kiub pati ayam, tomato puri, garam dan gula. Biarkan mendidih.
4. Masukkan mi, sawi dan tomato. Kacau hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau dan padamkan api. Sewaktu
menghidang, hiaskan dengan hirisan limau nipis, bawang goreng dan kacang tanah yang sudah
digoreng dan ditumbuk.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 5356
Mi Kuah Taucu
User Rating: / 25
Poor Best
Bahan-bahan:
1 kg mi kuning - dicelur
3 keping tauhu - digoreng dan dihiris
250 gm tauge - dicelur
3 biji telur - direbus
Bahan Kuah:
Dikisar:
300 gm udang kering
150 gm taucu
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
250 gm keledek - direbus dan dilecek
1/2 cawan kacang tanah yang telah ditumbuk
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Bawang goreng
Hirisan daun sup dan daun bawang
Limau kasturi
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar, tuangkan air dan masukkan keledek dan kacang
tanah. Biarkan kuah pekat dan perisakan dengan garam.
2. Hidangkan bersama mi yang sudah dicelur, tauhu, tauge, telur, limau kasturi, bawang goreng
dan hirisan daun sup serta daun bawang.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 4300
Spageti Bebola Daging
User Rating: / 33
Poor Best
Bahan-bahan Sos Tomato:
1/3 cawan minyak zaitun
1 labu bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dipotong dadu kecil
1/2 batang lobak merah - diparut
1 batang seleri - diparut
1 sudu kecil thyme
1 sudu kecil basil
1 sudu kecil oregano
2 helai daun bay
1 sudu besar tomato puri
2 tin tomato - dihancurkan
500 gm spageti - direbus
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan Bebola Daging:
500 gm daging lembu - dicincang
1/2 labu bawang besar - dicincang halus
2 kemping roti - direndam dan dilecek bersama susu
2 sudu besar daun parsli - dicincang
Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, lobak, saderi dan herba-herba
oregano, thyme, basil dan daun bay.
2. Masukkan tomato puri dan gorengkan sebentar.
3. Masukkan tomato yang diramas, air secukupnya, garam, gula dan lada hitam. Didihkan sampai
sos pekat.
4. Sementara sos hampir pekat, daging tadi digaul rata dengan bahan-bahan bebola daging.
5. Kemudian dibentuk seperti guli kecil.
6. Panaskan minyak zaitun dan goreng bebola daging hingga kuning.
7. Selepas itu masukkan bebola ke dalam sos tomato tadi. Biarkan mendidih 15 minit lagi
sebelum disajikan bersama pasta.
Warning: Attempt to modify property of non-object in
/home/sajionli/public_html/sajionline.my/components/com_jomcomment/mambots.php on line 139
Laksa Lemak sarawak
Bahan-bahan:
1 kg kelapa parut - ambil santan pekat secukupnya
500 gm mihun
120 gm tauge
300 gm udang bersaiz sederhana
60 gm sambal laksa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
350 gm timun
500 gm ayam
2 biji telur
1.5 liter stok ayam
15 gm daun ketumbar
Rempah Laksa:
(Dikisar halus)
2 ulas bawang putih
50 gm bawang merah
60 gm belacan
10 hiris lengkuas
6 biji buah keras
30 gm cili kering
2 batang serai
30 gm kacang
80 ml minyak masak
5 gm asam jawa - ambil airnya
Cara Menyediakan:
1. Didihkan stok ayam, masukkan sambal laksa dan masak selama 20 minit. Tapis dan buangkan
stok ayam yang berlebihan (tinggalkan secukupnya untuk dicampurkan dengan santan).
Panaskan kembali sambal laksa, campurkan santan tetapi jangan sampai menggelegak. Perisakan
dengan garam dan serbuk perasa.
2. Sediakan rempahnya dengan cara panaskan kuali bertangkai, goreng semua bahan rempah
hingga garing dan tuangkan ke dalam kuah laksa. Panaskan kuah semula sambil dikacau supaya
tidak pecah minyak.
3. Rendam mihun dalam air panas mendidih hingga lembut. Toskan airnya.
4. Celur udang kemudian buangkan kulit serta urat belakangnya. Rebus ayam hingga masak dan
siatkan isinya.
5. Bahagikan mihun kepada 6 mangkuk hidang. Begitu juga dengan tauge, ayam dan udang,
celur setiap bahagian dengan air panas mendidih berasingan, kemudian letakkan ke atas mi.
Sendukkan kuah dan hias dengan timun, telur dadar serta daun ketumbar.
6. Hidangkan segera. Makan ketika masih panas.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 3655
Mi Gulung
User Rating: / 1
Poor Best
Bahan-bahan:
1/2 kg mi kuning
5 biji telur
200 gm sayur campur
100 gm sos tomato
100 gm udang
200 gm daging kisar
200 gm isi ikan merah - dihancurkan sedikit
Sedikit garam
1 sudu besar minyak bijan
Cara Menyediakan:
1. Celur mi dengan air panas dan tuskan.
2. Pukul telur dan digoreng dadar nipis sebanyak empat keping.
3. Setelah sejuk, letakkan mi di tengah dan gulung telur.
4. Untuk kuah, tumiskan sos tomato bersama udang, isi ikan, daging kisar dan juga sayur
campur.
5. Masukkan minyak bijan dan garam secukup rasa. Jika perlu, masukkan satu sudu makan gula.
6. Apabila sedia dimakan, tuangkan kuah ke atas mi gulung.
7. Isi kuah boleh dipelbagaikan. Anda boleh juga menggunakan bebola ikan.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 2859
Fettucinne Hijau Ayam Belanda dan Cendawan
Bahan-bahan:
120 gm fettucinne - direbus hingga lembut
30 gm kepingan daging ayam belanda - dihiris memanjang
40 gm cendawan segar - dipotong 4
1/2 labu bawang besar - dicincang
20 ml air rebusan ayam
25 gm keju parmesan
20 gm mentega
200 ml krim putar
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Cairkan mentega dan tumiskan bawang besar, cendawan dan daging ayam belanda sehingga
rangup.
2. Masukkan air rebusan ayam dan kecilkan api.
3. Masukkan krim putar, garam dan serbuk lada sulah, kemudian renehkan selama empat minit.
4. Masukkan pasta dan keju parmesan kemudian padamkan api. Kacau hingga rata dan angkat.
Hidangkan panas-panas.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 2815
Bihun Kuah Lemak
User Rating: / 2
Poor Best
Bahan-bahan:
1 bungkus bihun - direndam
50 gm tauge
50 gm tauge hijau
200 gm udang basah - dibuang kulit
3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
1 biji kelapa - ambil 2 mangkuk santan
3 keping asam gelugur
2 batang serai - dititik
1 sudu besar bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sambal:
100 gm cili kisar
100 gm udang kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cawan minyak
Sedikit garam jika suka
Bahan Tabur:
3 biji telur - direbus dan dipotong nipis
4 biji limau kasturi - dibelah dua
Daun sup - dihiris halus
Daun bawang - dihiris halus
1 tangkai cili merah - dimayang
Bawang goreng secukupnya
Cara Menyediakan Sambal:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan. Kacau dan biarkan pecah minyak. Asingkan sedikit
untuk tabur atas, manakala yang selebihnya dibahagi dua. Sebahagian dibiarkan di dalam kuali
sementara sebahagian dimasukkan ke dalam periuk.
Cara Menyediakan Kuah:
1. Di dalam periuk yang berisi sambal tadi, masukkan santan, asam keping, serai, udang, garam
dan gula. Biarkan mendidih, masukkan bawang goreng dan angkat. Ketepikan.
2. Panaskan baki sambal yang dibiarkan di dalam kuali. Masukkan satu cawan air, biarkan
mendidih, masukkan bihun dan tauhu kemudian kacau rata. Bila bihun lembut, masukkan
kedua-dua jenis tauge, kacau hingga rata dan angkat.
3. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam pinggan, hiaskan dengan hirisan telur, daun
sup, daun bawang dan cili merah. Perahkan jus limau kasturi dan tabur bawang goreng. Akhir
sekali tuangkan kuah. Jika ingin lebih pedas, tambahkan sedikit sambal.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 3906
Mi Kuah
User Rating: / 27
Poor Best
Bahan-bahan:
600 gm mi kuning - dicelur dan tuskan
Bahan Kuah:
150 gm kacang tanah - goreng dan dikisar
70 gm udang kering - dikisar
100 gm daging - dihiris nipis
500 gm kerang
8 tangkai cili kering
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu taucu
3/4 kelapa parut - ambil santan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan hiasan:
3 biji kentang rebus
3 biji telur rebus - potong nipis melintang
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
Daun sup dan daun bawang - dimayang halus
Tauge - dicelur
Timun - dihiris halus
3 keping halus - potong kecil dan goreng
Sedikit bawang goreng
Cara Menyediakan:
1. cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk lumat.
2. Tumiskan hingga garing. Masukkan udang kering, taucu dan kacau hingga rata. Masukkan
kacang tanah, daging dan kerang, kacau kira-kira 5 - 10 minit.
3. Masukkan santan, kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Angkat.
4. Hidangkan mi dengan bahan-bahan hiasan.
5. Curahkan kuah ke atas mi tadi mengikut cita rasa anda.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 6527
Page 8 of 19
 «
 Start
 Prev
 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 Next
 End
 »
Koleksi Hidangan
Pembuka Selera
Pencuci Mulut
Ayam dan Daging
Makanan Laut
Ikan
Telur
Sayuran
Kerabu
Nasi
Mi Dan Pasta
Minuman
Kuih-muih
Biskut
Kek
Petua SAJI
Petua Dapur Anda
Petua Penyakit
Petua Kecantikan
Tips SAJI
Penjagaan Si Kecil
Pengurusan
Mi Rebus Tanjung
User Rating: / 9
Poor Best
Bahan-bahan:
1 kg mi - celur
400 gm tauge - celur
Bahan-bahan Kuah:
100 gm ubi keledek merah - rebus dan kisar halus
100 gm kacang kuda rebus - kisar halus
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
1/2 cawan air asam jawa
3 sudu besar cuka
5 sudu besar kicap lemak
3 sudu besar bawang goreng
50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak
20 gm bijan - goreng tanpa minyak
Bahan Sambal Dikisar:
100 gm cili kisar
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
200 gm udang kering
1 cawan minyak masak
Bahan-bahan hiasan:
4 biji telur - rebus dan potong nipis
3 keping tauhu - goreng dan potong kecil
3 biji ubi kentang - rebus empuk dan potong kecil
2 tangkai daun bawang - hiris halus
1 tangkai daun sup
5 biji limau kasturi - belah dua
Bawang goreng secukupnya
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar untuk membuat sambal. Masukkan satu cawan air dan
kacau hingga pecah minyak. Asingkan sedikit untuk hiasan manakala selebihnya dibiarkan di
dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah dikisar halus ke dalam
sambal dan biarkan hingga mendidih selama lima minit lagi sebelum dituangkan ke dalam periuk
besar.
3. Masukkan ubi keledek dan kacang rebus yang dikisar halus, air asam jawa, cuka, kicap, garam
dan gula ke dalam periuk berisi sambal. Jika terlalu pekat, tambah air, tetapi jangan terlalu cair.
Kacau rata dan biarkan mendidih.
4. Masukkan bawang goreng, bijan dan juga kacang tanah yang telah dikisar halus. Kacau hingga
rata dan rasa masam masinnya. Angkat.
5. Untuk menghidang, masukkan mi dan tauge yang sudah dicelur ke dalam pinggan kemudian
hiaskan dengan hirisan telur, tauhu, ubi kentang, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Perahkan jus limau kasturi dan tuangkan kuah ke atasnya. Jika ingin lebih pedas, masukkan
sedikit sambal.
Mi Rebus
Bahan-bahan:
1 kg mi kuning - direbus
1/2 kg tauge
2 cawan minyak
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan taucu - basuh dan kisar halus
Gula dan garam secukup rasa
200 gm kacang tanah - dikisar halus
50 gm serbuk lada
300 gm daging cincang
4 liter air
3 labu bawang besar - dihiris
10 ulas bawang putih - dikisar
4 biji buah keras - dikisar
2 batang serai
4 cm halia
4 cm lengkuas
150 gm ikan bilis (halus) - direbus dan kisar
200 gm udang geragau - direbus dan kisar
Bahan Tabur:
Tauhu goreng - dipotong dadu
Daun sup, daun bawang, cili hijau - hiris
Bawang goreng
Telur rebus, limau kasturi - dibelah
Kicap
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis daging cincang dan balik-balikkan hingga kuning serta garing.
Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang hiris dalam lebihan minyak gorengan daging, apabila garing masukkan bahan
kisar, serbuk lada dan air.
3. Biar mendidih hingga naik minyak. Sendukkan minyak ke dalam mangkuk lain dan biarkan
kuah yang masih di dalam periuk berada di atas dapur. Masukkan kacang, taucu, garam, gula,
serai, lengkuas dan halia, biarkan mendidih sekali lagi. Campurkan tepung, kacau rata dan iarkan
sehingga mendidih.
4. Tutup api dan tuangkan minyak yang telah diasingkan di dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.
Mi Dadar
Bahan-bahan:
3 biji telur
2 sudu besar susu cair
1 tangkai daun bawang - dimayang halus
1 sudu kecil serbuk lada sular
2 1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
3 bungkus mi kering
1 kiub perasa ayam
Cara Menyediakan:
1. Pukul telur sebentar, masukkan susu, daun bawang, serbuk lada sulah dan kiub perasa ayam,
pukul lagi.
2. Didihkan air, celur mi kering hingga lembut. Tuskan airnya.
3. Masukkan mi ke dalam telur. Panaskan minyak sebanyak dua sudu besar. Tuangkan campuran
mi dan dadar, biarkan keemasan dan balikkan.
4. Angkat dan hidangkan bersama sos kicap bercili.
Sos cili Berkicap
Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu besar udang kering - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1/2 cawan sos tomato
1 sudu besar minyak
Kicap dan gula secukup rasa
1 sudu besar kacang tanah yang telah disangai dan ditumbuk
Cara Menyediakannya:
1. Panaskan minyak dalam periuk kecil, tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
2. Masukkan cili dan kacau hingga naik minyak.
3. Seterusnya masukkan sos tomato. Perisakan dengan kicap dan gula.
4. Taburkan kacang tanah dan hidangkan bersama mi dadar.
Udon Sos Lada Hitam
Bahan-bahan:
200 gm mi udon segar
80 gm daging - dipotong kecil dan nipis
4 sudu makan sos lada hitam
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 batang karot - dipotong jejari kecil
1/2 biji lada benggala - dipotong dadu
1 mangkuk kubis - yang telah dipotong kecil
1 cawan air
1/2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 2 sudu makan air
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging hingga masak (tetapi tidak garing).
2. Masukkan bawang dan goreng hingga layu. Masukkan pula sos lada hitam dan air, kacau dan
biarkan mendidih.
3. Masukkan karot, lada benggala, kubis dan udon. Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk
memekatkan kuah. Kacau rata dan angkat.
4. Hidangkan panas-panas.
Nota: Mi udon juga ada dijual dalam bentuk kering. Untuk menggunakannya, anda perlu
didihkan air dan rebus udon anggaran 8 - 10 minit.
Read More
Add Comment (0)
Hits: 6812
Mi Wantan & Char Siew Ayam
User Rating: / 22
Poor Best
Bahan-bahan:
1/2 bungkus mi wantan - dicelur
50 gm sawi - dicelur
2 mangkuk air sup
1 sudu kecil bawang putih - cincang
3 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu kecil stok ayam
2 sudu kecil gula
Serbuk lada sulah secukupnya
Sos hitam
Sedikit minyak
Tepung jagung secukupnnya - dibancuh dengan air
Cara Menyediakan:
1. Tumis bawang putih cincang hingga naik baunya. Kemudian masukkan semua bahan kecuali
tepung jagung dan lada sulah. Biarkan mendidih, tambahkan lada sulah dan tepung jagung. Bila
mendidih sekali lagi, angkat dan curahkan ke atas mi wantan dan sawi yang telah dicelur.
2. Hidangkan bersama Char Siew Ayam
Char Siew Ayam
Bahan-bahan:
400 gm dada ayam - direbus dalam air sup
2 sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar bawang putih - dihiris
Sedikit kicap pekat
Sedikit serbuk perasa
Pewarna merah
Sedikit minyak
Cara Menyediakan:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak dan perapkan dada ayam hingga campuran bahan
sebati.
2. Kemudian panaskan kuali dan goreng dada ayam. Balikkan-balikkan hingga masak. Hiris
nipis dada ayam yang telah dimasak sebelum dihidangkan.
Recipe collection 37

More Related Content

What's hot

masakan acar timun nenas khas melayu riau
masakan acar timun nenas khas melayu riau masakan acar timun nenas khas melayu riau
masakan acar timun nenas khas melayu riau Meri Septiani
 
Recipe collection 31
Recipe collection 31Recipe collection 31
Recipe collection 31Sal Lie
 
Recipe collection 21
Recipe collection 21Recipe collection 21
Recipe collection 21Sal Lie
 
Recipe collection 9
Recipe collection 9Recipe collection 9
Recipe collection 9Sal Lie
 
Recipe collection 12
Recipe collection 12Recipe collection 12
Recipe collection 12Sal Lie
 
Resepikampung
ResepikampungResepikampung
Resepikampung12kal
 
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesiaResep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesiaBobokmarky
 
tugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanantugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makananestervalen15
 
9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-meeNor Azira Arbain
 

What's hot (16)

masakan acar timun nenas khas melayu riau
masakan acar timun nenas khas melayu riau masakan acar timun nenas khas melayu riau
masakan acar timun nenas khas melayu riau
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Recipe collection 31
Recipe collection 31Recipe collection 31
Recipe collection 31
 
Recipe collection 21
Recipe collection 21Recipe collection 21
Recipe collection 21
 
Resipi lada
Resipi ladaResipi lada
Resipi lada
 
Mpasi
MpasiMpasi
Mpasi
 
Recipe collection 9
Recipe collection 9Recipe collection 9
Recipe collection 9
 
Recipe collection 12
Recipe collection 12Recipe collection 12
Recipe collection 12
 
Resep masakan
Resep masakanResep masakan
Resep masakan
 
Resepikampung
ResepikampungResepikampung
Resepikampung
 
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesiaResep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesia
 
tugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanantugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanan
 
Menu masakan
Menu masakanMenu masakan
Menu masakan
 
Resep masakan
Resep masakanResep masakan
Resep masakan
 
Tumisan
TumisanTumisan
Tumisan
 
9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee
 

Viewers also liked

Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22Sal Lie
 
Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1Sal Lie
 
Recipe collection 3
Recipe collection 3Recipe collection 3
Recipe collection 3Sal Lie
 
Recipe collection 23
Recipe collection 23Recipe collection 23
Recipe collection 23Sal Lie
 
Recipe collection 24
Recipe collection 24Recipe collection 24
Recipe collection 24Sal Lie
 
Recipe collection 69
Recipe collection 69Recipe collection 69
Recipe collection 69Sal Lie
 
Recipe collection 11
Recipe collection 11Recipe collection 11
Recipe collection 11Sal Lie
 
Recipe collection 32
Recipe collection 32Recipe collection 32
Recipe collection 32Sal Lie
 
Recipe collection 7
Recipe collection 7Recipe collection 7
Recipe collection 7Sal Lie
 
Recipe collection 13
Recipe collection 13Recipe collection 13
Recipe collection 13Sal Lie
 
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4Sal Lie
 
Recipe collection 15
Recipe collection 15Recipe collection 15
Recipe collection 15Sal Lie
 
Recipe collection 18
Recipe collection 18Recipe collection 18
Recipe collection 18Sal Lie
 
Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28Sal Lie
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5Sal Lie
 
Line Cook 240
Line Cook 240Line Cook 240
Line Cook 240YPIC
 
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29Sal Lie
 
Recipe collection 14
Recipe collection 14Recipe collection 14
Recipe collection 14Sal Lie
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30Sal Lie
 

Viewers also liked (20)

Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22
 
Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1
 
Recipe collection 3
Recipe collection 3Recipe collection 3
Recipe collection 3
 
Recipe collection 23
Recipe collection 23Recipe collection 23
Recipe collection 23
 
Recipe collection 24
Recipe collection 24Recipe collection 24
Recipe collection 24
 
Recipe collection 69
Recipe collection 69Recipe collection 69
Recipe collection 69
 
Recipe collection 11
Recipe collection 11Recipe collection 11
Recipe collection 11
 
Recipe collection 32
Recipe collection 32Recipe collection 32
Recipe collection 32
 
Recipe collection 7
Recipe collection 7Recipe collection 7
Recipe collection 7
 
Recipe collection 13
Recipe collection 13Recipe collection 13
Recipe collection 13
 
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4
 
Recipe collection 15
Recipe collection 15Recipe collection 15
Recipe collection 15
 
Recipe collection 18
Recipe collection 18Recipe collection 18
Recipe collection 18
 
Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5
 
Line Cook 240
Line Cook 240Line Cook 240
Line Cook 240
 
Resepi BBQ dan Grill
Resepi BBQ dan GrillResepi BBQ dan Grill
Resepi BBQ dan Grill
 
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29
 
Recipe collection 14
Recipe collection 14Recipe collection 14
Recipe collection 14
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30
 

Similar to Recipe collection 37 (20)

Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Menu masakan
Menu masakanMenu masakan
Menu masakan
 
Ppt azrina
Ppt azrinaPpt azrina
Ppt azrina
 
Rawon
RawonRawon
Rawon
 
resep masakan 98
 resep masakan 98 resep masakan 98
resep masakan 98
 
Laicikang
LaicikangLaicikang
Laicikang
 
Resep Masakan Oriental
Resep Masakan OrientalResep Masakan Oriental
Resep Masakan Oriental
 
Balado tahu pete
Balado tahu peteBalado tahu pete
Balado tahu pete
 
Recipe collection 8
Recipe collection 8Recipe collection 8
Recipe collection 8
 
10 MASAKAN DAERAH.docx
10 MASAKAN DAERAH.docx10 MASAKAN DAERAH.docx
10 MASAKAN DAERAH.docx
 
Isi tugas plh
Isi tugas plhIsi tugas plh
Isi tugas plh
 
Kumpulan Resep Makanan Lengkap
Kumpulan Resep Makanan LengkapKumpulan Resep Makanan Lengkap
Kumpulan Resep Makanan Lengkap
 
Resepi lauk pauk
Resepi lauk paukResepi lauk pauk
Resepi lauk pauk
 
Episode 7
Episode 7Episode 7
Episode 7
 
RESEP MENU POSYANDU.docx
RESEP MENU POSYANDU.docxRESEP MENU POSYANDU.docx
RESEP MENU POSYANDU.docx
 
Mpasi bayi
Mpasi bayiMpasi bayi
Mpasi bayi
 
Masakan kikil
Masakan kikilMasakan kikil
Masakan kikil
 
Resep masakan By Siti Sa'adah
Resep masakan By Siti Sa'adahResep masakan By Siti Sa'adah
Resep masakan By Siti Sa'adah
 
Siti Sa'adah : Resep Masakan
Siti Sa'adah : Resep MasakanSiti Sa'adah : Resep Masakan
Siti Sa'adah : Resep Masakan
 

More from Sal Lie

Recipe collection 93
Recipe collection 93Recipe collection 93
Recipe collection 93Sal Lie
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57Sal Lie
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56Sal Lie
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55Sal Lie
 
Recipe collection 54
Recipe collection 54Recipe collection 54
Recipe collection 54Sal Lie
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52Sal Lie
 
Recipe collection 50
Recipe collection 50Recipe collection 50
Recipe collection 50Sal Lie
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49Sal Lie
 
Recipe collection 47
Recipe collection 47Recipe collection 47
Recipe collection 47Sal Lie
 
Recipe collection 43
Recipe collection 43Recipe collection 43
Recipe collection 43Sal Lie
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40Sal Lie
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39Sal Lie
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38Sal Lie
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36Sal Lie
 
Recipe collection 34
Recipe collection 34Recipe collection 34
Recipe collection 34Sal Lie
 
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33Sal Lie
 
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27Sal Lie
 
Recipe collection 26
Recipe collection 26Recipe collection 26
Recipe collection 26Sal Lie
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25Sal Lie
 
Recipe collection 20
Recipe collection 20Recipe collection 20
Recipe collection 20Sal Lie
 

More from Sal Lie (20)

Recipe collection 93
Recipe collection 93Recipe collection 93
Recipe collection 93
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55
 
Recipe collection 54
Recipe collection 54Recipe collection 54
Recipe collection 54
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52
 
Recipe collection 50
Recipe collection 50Recipe collection 50
Recipe collection 50
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49
 
Recipe collection 47
Recipe collection 47Recipe collection 47
Recipe collection 47
 
Recipe collection 43
Recipe collection 43Recipe collection 43
Recipe collection 43
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
 
Recipe collection 34
Recipe collection 34Recipe collection 34
Recipe collection 34
 
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33
 
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27
 
Recipe collection 26
Recipe collection 26Recipe collection 26
Recipe collection 26
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25
 
Recipe collection 20
Recipe collection 20Recipe collection 20
Recipe collection 20
 

Recipe collection 37

  • 1. mi sup bakso Resipi: Joha Ahmad Mi sup bakso BAHAN-BAHAN 500 gm bebola daging bakso Mi kuning (celur) Sawi (celur) BAHAN KUAH 1 ½ liter air 3 sudu besar bawang goreng 5 ulas bawang putih (ketuk) 4 helai daun limau purut 1 sudu besar serbuk sup Garam 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2. CARA MEMASAK 1. Satukan ke semua bahan kuah dan biarkan ia mendidih selama 20 minit. Kemudian bubuhkan bebola daging dan biar ia mendidih selama 15 minit. Bubuhkan garam. serikaya durian Resipi: Joha Ahmad Serikaya durian BAHAN-BAHAN 1 cawan isi durian 4 biji telur 2 cawan santan pekat 1 cawan gula ½ cawan air perahan daun pandan 4 sudu besar tepung beras CARA MEMASAK 1. Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar lumat. 2. Tuangkan dalam loyang dan kukus selama sejam.
  • 3. Serikaya ini tidak boleh dipotong, dan hanya boleh disenduk sahaja. puding pic lasi Puding pic lasi BAHAN-BAHAN 1 cawan buah pic dalam tin (airnya jangan dibuang) 15 gm serbuk agar-agar 1 ½ cawan gula 2 cawan susu segar 3 sudu besar tepung kastard 1 cawan air 1 sudu besar esen vanila CARA MEMASAK 1. Kisar buah pic dengan santan dan air sirupnya sekali. 2. Satukan ke semua bahan dalam periuk bersama bahan kisar. 3. Di atas api yang kecil adunan hendaklah dikacau sentiasa sehingga kental. 4. Tuangkan dalam adunan. spageti SAJI Spageti SAJI BAHAN-BAHAN Separuh paket spageti - rebus bersama sdikit Garam dan tuskan
  • 4. 2 cawan lobak merah sagat kasar 4 biji tomato kisar 1 labu bawang merah –dadu 1 sudu kecil serbuk lada hitam Garam dan gula 400 gm bebola daging Sekeping daun bay kering Sedikit marjerin atau mentega CARA MEMASAK 1. Panaskan mentega dan masukkan bawang merah. Tumis sehingga layu. 2. Masukkan garam daun bay, serbuk lada hitam, gula, garam, tomato dan lobak merah serta bebola daging. 3. Biarkan ia mendidih. Anda boleh tuangkan secawan air dan tutup periuk agar bebola daging masak. 4. Setelah kuah sedikit kering dan bebola daging masak, tutupkan api.
  • 5. Laksa Nyonya Bahan-bahan: 3 gm bawang merah - kisar 3 gm bawang putih - kisar 2 batang serai - kisar 20 gm udang kering - kisar 2 cm lengkuas - kisar 2 cm kunyit - kisar 5 gm cili kisar 5 helai daun limau purut 3 kuntum bunga kantan - kisar 3 gm daun kesum 2 mangkuk santan Sedikit tau fucuk Garam secukup rasa Mi kuning atau bihun secukupnya - rebus
  • 6. Bahan hiasan: Daun bawang hiris Kacang panjang celur Hirisan ayam/udang rebus Bawang goreng Tauge - celur Cara Menyediakan: 1. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 2. Masukkan daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan. 3. Masukkan santan dan tambahkan sedikit air. 4. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan tau fucuk. 5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tomyam Laksa
  • 7. BAHAN A: 2 batang serai (ketuk) 3 ulas bawang merah (kisar) 1 labu bawang putih (kisar) 2 labu bawang besar (hiris) BAHAN LAIN: 20 tangkai cili kering (kisar) 500 ml air rebusan ayam 1 liter air 500 ml air kelapa muda 1/2 kg ayam (potong sederhana) 3 sudu besar pes tomyam 200 ml santan 5 helai daun limau purut Sedikit gula, garam dan perahan air limau BAHAN HIASAN: Daun ketumbar Cendawan butang hiris Limau kasturi Isi kelapa muda Cili kisar
  • 8. Kek ikan Daun ketumbar CARA MENYEDIAKAN: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A hingga kekuningan. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan biarkan seketika. 2. Kemudian masukkan air, air rebusan ayam dan air kelapa muda. 3. Masukkan pes tomyam dan potongan ayam setelah mendidih. 4. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan. 5. Masukkan gula, garam dan perahan air limau secukup rasa dan biarkan mendidih. 6. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan bolehlah dihidangkan bersama mihun atau laksa dengan bahan hiasan lain.
  • 9. KERABU MANGGA MUDA Bahan-bahan: 4 biji mangga muda - dibuang kulitnya dan sagat 6 ulas bawang merah - dihiris 2 tangkai cili merah - dihiris 2 tangkai cili hijau - dihiris 1 sudu besar udang kering - dikisar 1 sudu besar cuka makan 5 ulas cili padi - dihiris 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula 1/2 cawan kacang tanah - disangai dan tumbuk kasar Cara menyediakan: 1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk. 2. Gaul kesemua bahan itu hingga sebati.
  • 10. KERABU KACANG BOTOR DAN TOMATO Bahan-bahan: 1 ikat kacang botor - dipotong kecil dan dicelur 3 biji tomato - dibelah 2 dan hiris nipis 1/4 cawan santan pekat 4 sudu besar kerisik Ditumbuk halus: 2 batang serai 2 cm lengkuas 1 cm halia 2 sudu besar udang kering 4 biji buah keras 5 tangkai cili api 4 tangkai cili merah 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar - dibelah 2 dan dihiris nipis Garam dan gula secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Kacang botor dan tomato digaul dengan bahan-bahan kisar. 2. Masukkan santan, kerisik, gula dan garam sebelum digaul hingga rata. Hidangkan.
  • 11. Kerabu Mangga Sotong Bahan-bahan: 3 camca besar sotong kering manis - dikisar 1 biji mangga muda - jenis harum manis 2 tangkai cili merah 3 tangkai cili padi 4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 2 camca besar udang kering 2 camca besar kacang tumbuk 1 biji limau nipis - ambil jusnya 1 camca kecil gula Sedikit garam Cara Menyediakan: 1. Hiris mangga halus memancang. 2. Timbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan udang kering. Sangai semua bahan ini sebentar dan angkat. 3. Campurkan bahan tadi bersama mangga, sotong, kacang tumbuk, gula, jus limau dan garam. Gaul hingga sebati. 4. Hias dan hidangkan.
  • 12. Kerabu Pahang Bahan-bahan: 100 gm daun kucai 100 gm tauge 1 sudu kecil jintan hitam - tumbuk halus 3 ulas bawang merah - tumbuk 10 tangai cili padi - tumbuk 1 cawan pati santan Garam dan gula secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Bersihkan daun kucai dan dikerat 2 cm. Bersih dan tuskan tauge. 2. Di dalam mangkuk besar, campurkan daun kucai, tauge, jintan hitam, cili padi, santan dan bawang merah. Gaul rata dan hidangkan.
  • 13. Salad Kerang Bersambal Bahan-bahan: 1/2 kg isi kerang - yang telah direbus dan dibuang kulit 100 gm tauge 5 batang kacang panjang - potong kecil 2 batang serai - hiris halus 1 labu bawang besar - mayang halus 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya Bahan Sambal: 2 sudu besar udang kering 3 tangkai cili 3 ulas bawang merah 1 sudu besar kerisik Sedikit belacan Garam secukup rasa Sedikit asam jawa Cara Menyediakan: 1. Celur seketika tauge dan kacang panjang. Angkat dan tuskan. 2. Kemudian gaul sebati kesemua bahan celur dengan serai, bawang besar dan kerang, ketepikan. 3. Tumbuk kesemua bahan sambal untuk dijadikan sambal. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. 4. Hidangkan sambal dengan bahan lain.
  • 14. Kerabu Suun Bahan-bahan: 15 ulas bawang kecil - hiris halus 3 lagu bawang besar - potong bulat 2 biji buah tomato - potong enam 2 paket suun - dicelur 15 biji cili padi - tumbuk 1 pokok daun bawang - hiris 1 pokok daun sup - hiris 2 batang serai - hiris 50 gm udang basah - buang kulitnya 2 ekor sotong - saiz besar dan potong bulat 1 bahagian dada ayam - cincang 5 biji limau nipis - perah airnya 2 sudu besar kicap cair Garam dan gula secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Rebus ayam, udang dan sotong hingga masak. (Anda boleh menyimpan air rebusannya untuk dijadikan stok). 2. Suun yang telah dicelur dicampurkan dengan bahan-bahan di atas. Gaul hingga rata. Sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan tadi. 3. Boleh dihidangkan begitu sahaja atau dijamu bersama nasi putih dan hidangan lain.
  • 15. Som tham Thai Bahan-bahan: 5 tangkai cili padi 3 ulas bawang putih 2 sudu besar air gula kabung 1 sudu besar sos sotong 1 sudu kecil garam 50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak 50 gm udang kering 100 gm mangga muda - parut memanjang 200 gm betik muda - parut memanjang 2 kelopak daun salad 2 tangkai kangkung 2 batang kacang panjang Beberapa hiris limau nipis diambil jusnya 1 kuntum bunga kantan Cara menyediakan: 1. Lenyekkan bawang putih dan cili padi hingga hancur menggunakan batu tumbuk di dalam periuk tanah. 2. Masukkan udang kering, garam dan kacang tanah, lenyekkan lagi. Masukkan pula air gula dan sos sotong, lenyekkan lagi sehingga semuanya sebati.
  • 16. 3. Masukkan mangga dan betik muda yang telah diparut memanjang, lenyekkan seketika. 4. Tuangkan jus limau nipis, kacau rata. 5. Masukkan kacang panjang yang telah dipatah-patahkan dengan tangan. 6. Kemudian hiris halus bunga kantan, masukkan ke dalam bahan-bahan yang lain, dan kacau rata. Hidangkan bersama daun salad dan kangkung. Kerabu Kerang Pucuk Paku BAHAN-BAHAN: 1 ikat pucuk paku - celur ½ kg tauge - celur 1 kg kerang - rebus 2 sudu besar kecil kerisik 3 ulas bawang merah - hiris 5 biji limau nipis - ambil jusnya 3 tangkai cili merah - kisar 10 tangkai cili padi - kisar Sedikit belacan Sedikit garam dan gula secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: 1. Siang pucuk paku dan celur. Begitu juga tauge dan kerang. 2. Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan gaul rata. Hidangkan.
  • 17. Kerabu Jantung BAHAN-BAHAN: 1 biji jantung pisang 5 tangkai ulam raja 1 biji mangga muda 100 gm tauge 5 tangkai cili merah 1 ulas bawang merah 1 sudu besar ikan bilis tumbuk Garam secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: 1. Belah dua jantung pisang dan celur di dalam air panas selama beberapa minit sehingga lembut. Hiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk. 2. Hiris halus ulam raja dan mangga muda. Gaulkan bersama jantung pisang tadi. 3. Tumbuk cili merah dan campurkan dengan bahan-bahan di dalam mangkuk tadi. 4. Masukkan juga ikan bilis tumbuk dan garam secukup rasa. Gaul rata. 5. Masukkan tauge dan bawang merah yang telah dimayang halus. Gaul sebati dan hidangkan.
  • 18. Kerabu Sotong Kacang Kelisa BAHAN-BAHAN: 400 gm sotong 10 tangkai kacang kelisa 100 gm kerisik 5 biji limau kasturi 10 tangkai cili padi 2 tangkai cili merah 2 labu bawang besar CARA MENYEDIAKAN: 1. Sotong dipotong nipis dan direbus, kacang kelisa, cili padi, cili merah dan bawang dihiris nipis. Satukan kesemua bahan-bahan ini. 2. Gaulkan dengan kerisik, perahan limau kasturi dan garam secukup rasa. Pesan Saji : Kacang kelisa juga disebut sebagai kacang botol dan mengandungi banyak protein, kalsium, besi dan vitamin A.
  • 19. Rebung Kerisik BAHAN-BAHAN: 300 gm rebung (hiris dan celur) 6 tangkai cili padi (hiris) 8 ulas bawang merah (hiris) 2 tangkai cili merah (hiris) 150 gm kerisik 2 batang serai (hiris) 2 biji limau nipis (ambil jus) 1 cawan santan pekat 2 helai limau purut (hiris halus) 80 gm daun ketumbar (hiris kasar) CARA MENYEDIAKAN: 1. Rebung direbus sehingga lembut. Ketepikan. 2. Hiris rebung (kasar) dan gaulkan dengan semua bahan-bahan. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
  • 20. Somtam BAHAN-BAHAN: 1 biji betik muda 1 biji mangga muda 2 ulas bawang putih 4 tangkai cili padi 4 tangkai kacang panjang 30 gm kubis 10 gm kacang tanah 3 biji tomato ceri 20 gm udang kering (tumbuk) 2 sudu besar jus limau 1 sudu besar sos ikan CARA MENYEDIAKAN: 1. Sagat memanjang betik dan mangga. Kemudian potong halus memanjang kubis. Kacang panjang potong 6 cm. 2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak perlu tumbuk, biarkan pecah-pecah sedikit. 3. Kemudian gaulkan dengan betik, kacang tanah, mangga, kubis, kacang panjang dan udang kering. 4. Akhir sekali tuangkan jus limau dan sos ikan. Masukkan tomato ceri dan gaulkan rata.
  • 21. Kerabu Sotong BAHAN-BAHAN: 200 gm sotong putih (potong panjang) 100 gm kacang panjang (hiris halus) 2 tangkai cili merah (hiris halus) 4 tangkai cili padi (hiris halus) 5 ulas bawang kecil (hiris halus) 20 gm daun pegaga (hiris halus) 1 sudu besar kerisik Garam dan lada sulah 2 sudu besar sos ikan 2 biji limau nipis (perah) CARA MENYEDIAKAN: 1. Rebuskan sotong hingga masak dan toskan. 2. Campurkan bahan yang dihiris halus dengan sotong. 3. Masukkan bahan-bahan lain, gaul rata.
  • 22. Kerabu Pauh BAHAN-BAHAN: 1 biji mangga 6 tangkai cili padi (hiris) 1 biji tomato (potong dadu) 50 gm udang kering 50 gm kacang 3 sudu besar air gula Sedikit garam CARA MENYEDIAKAN: 1.Ambil mangga dan parut agak kasar. Kemudian sangai kacang seketika. 2.Selepas itu tumbuk pula udang kering. 3.Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan dan bubuhkan air gula dan garam secukup rasa.
  • 23. Hidangan Pencuci Mulut Puding Susu User Rating: / 16 Poor Best Bahan-bahan A: 2 cawan agar-agar 8-9 cawan air 1/2 cawan gula pasir 1 gula melaka 2 helai daun pandan Bahan-bahan B: 6 biji telur ayam 1 tin besar susu manis 250 ml air 1 sudu kecil esen vanila Sedikit gula melaka - dihiris Cara menyediakan:
  • 24. 1. Masak agar-agar dengan air sehingga hancur. 2. Masukkan daun pandan, gula pasir dan gula melaka. 3, Masak dengan api perlahan. Biarkan seketika. 4. Untuk bahan B pula, pukul susu dan telur sehingga hancur. 5. Masukkan air dan esen vanila. 6. Seterusnya, masukkan gula melaka hiris ke dalam acuan tadi. 7. Kacau seketika. 8. Kukus adunan ini sehingga masak. 9. Setelah masak, tuangkan ke atas agar-agar tadi ketika ia masih panas. Read More Add Comment (0) Hits: 2132 Tat Pandan Wangi User Rating: / 4 Poor Best Bahan-bahan untuk pastri: 140 gm mentega 300 gm tepung gandum 50 gm gula kastor 1 biji telur
  • 25. 2 sudu besar air Secubit garam 1/4 sudu kecil esen vanila Sedikit pewarna kuning Kertas aluminium Kacang hijau atau beras secukupnya Cawan kertas secukupnya Bahan-bahan untuk inti: 200 ml santan pekat 200 ml air 90 gm gula kastor 40 gm tepung jagung 2 biji kuning telur Secubit garam 1 sudu kecil pes pandan Sedikit pewarna kuning dan hijau Cara menyediakan kulit tat: 1. Kacau telur, gula dan mentega hingga rata. 2. Masukkan esen vanila, garam, pewarna kuning dan air. Gaul sebati. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 4. Kemudian uli bahan-bahan ini sehingga menjadi doh yang lembut. 5. Canai doh setebal 1 sm. 6. Kemudian terap bulat mengikut ukuran acuan pai. 7. Masukkan doh ke dalam acuan. 8. Ratakan hingga menutupi bahagian tepinya. 9. Cucuk doh dengan garpu sebelum dialas dengan kertas aluminium. 10. Masukkan kacang hijau atau beras hingga penuh. 11. Bakar separuh masak dalam ketuhar pembakar. Cara menyediakan kastard pandan: 1. Kacau gula dan kuning telur hingga sebati. 2. Masukkan tepung jagung, air, santan, garam, pes pandan dan pewarna hijau serta kuning. 3. Kacau sehingga rata. 4. Tapis bahan-bahan ini supaya tidak berketul-ketul. Cara menyediakan tat pandan wangi: 1. Tuangkan kastard pandan ke dalam kulit tat. 2. Bakar selama 20 minit dalam ketuhar pembakar pada suhu 180 darjah selsius. 3. Apabila masak, masukkan tat ke dalam cawan kertas. 4. Hidangkan tat ini untuk minum petang.
  • 26. Read More Add Comment (0) Hits: 1571 Sagu Koktel User Rating: / 7 Poor Best Bahan-bahan: 100 gm sagu mata ikan 80 gm buah-buahan koktel 50 gm tepung kastard 200 ml air 2 sudu kecil coffeemate 80 gm gula Cara menyediakan: 1. Masak sagu sehingga kembang.
  • 27. 2. Tuangkan ke dalam acuan. 3. Tuang sagu berselang-seli dengan koktel buah-buahan. 4. Kemudian sejukkan dan letakkan ke dalam mangkuk. 5. Untuk sos kastard, didihkan air dan masukkan coffeemate. 6. Kacau sehingga sebati. Ketepikan. 7. Satukan gula dan tepung kastard. 8. Kemudian, tuangkan bancuhan coffeemate tadi. 9. Kacau perlahan-lahan. 10. Kemudian panaskan di atas api sehingga ia masak. 11. Sejukkan dan tuangkan ke atas sagu koktel tadi. Read More Add Comment (0) Hits: 1744 Puding Ciku User Rating: / 5 Poor Best
  • 28. Bahan-bahan: 1 cawan tepung kastard 4 cawan air 10 gm agar-agar - dimasak dengan 1 cawan air hingga larut Sedikit garam 4 biji buah ciku - 2 biji dikisar halus bersama 1 cawan air, 2 biji lagi didadu 4 sudu besar susu pekat manis Gula secukup rasa Cara menyediakan: 1. Masak tepung kastard dengan 4 cawan air. 2. Masukkan juga susu pekat manis. 3. Kemudian masukkan agar-agar yang telah dimasak. 4. Campurkan gula, garam dan buah ciku yang telah dikisar. 5. Masak hingga agak pekat dan tuangkan ke dalam acuan. 6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. 7. Hiaskan dengan ciku yang telah dipotong dadu. Read More Add Comment (0) Hits: 972
  • 29. Bubur Pelangi User Rating: / 3 Poor Best Bahan-bahan: 2 ketul keledek oren - dipotong dadu 2 ketul keledek biru - direbus Sedikit bubur caca - direbus hingga kembang 1/2 keping gula melaka 1 cawan gula pasir 3 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 2 helai daun pandan - disiat dan simpulkan Sedikit garam Cara menyediakan: 1. Didihkan santan cair bersama gula pasir. 2. Masukkan pula gula melaka dan daun pandan. 3. Kemudian, masukkan kedua-dua jenis keledek. 4. Campurkan pula bubur caca. 5. Tuangkan santan pekat dan campurkan garam. 6. Didihkan lagi sambil dikacau agar tidak pecah minyak.
  • 30. 7. Angkat dan bolehlah dihidangkan. Hidangan Pencuci Mulut Puding Kelapa Gula Merah Berlapis User Rating: / 10 Poor Best Bahan-bahan A: 1 paket agar-agar serbuk 100 gm gula pasir 500 gm pati santan 1/2 sudu teh garam 2 helai daun pandan Cara menyediakan bahan-bahan A: 1. Masak kesemua bahan sehingga larut. 2. Tuangkan ke dalam acuan panjang dan sejukkan. 3. Apabila sejuk, potong kecil-kecil dan ketepikan.
  • 31. Bahan-bahan B: 1 paket agar-agar serbuk 125 gm gula pasir 400 ml pati santan 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil vanila 2 helai daun pandan Cara menyediakan bahan-bahan B: 1. Masak kesemua bahan hingga larut. 2. Sejukkan dan ketepikan. Bahan-bahan C: 1 1/2 paket agar-agar serbuk 200 gm gula merah 900 ml air 100 gm gula pasir 2 helai daun pandan Cara menyediakan bahan-bahan C: 1. Masak kesemua bahan C sehingga gula larut. 2. Biarkan sejuk sedikit. 3. Kemudian tuangkan ke atas bahan-bahan A yang sudah dibekukan dan dipotong kecil-kecil. Biarkan sejuk. 4. Tuangkan campuran tadi di atas agar-agar B yang sudah mula mengeras sedikit. 5. Tuangkan perlahan-lahan supaya adunannya tidak bercampur. 6. Sejukkan sebelum dihidangkan. 7. Hidangkan bersama buah-buahan koktel dalam tin. Read More Add Comment (0)
  • 32. Hits: 1615 Puding Roti Bersos Vanila User Rating: / 1 Poor Best Bahan-bahan untuk puding: Sedikit mentega 10 keping roti putih segi tiga (sebaiknya dibakar) 200 gm gula pasir 8 biji telur 500 krim putar (whipping cream) 1/2 sudu kecil esen vanila 1/2 cawan kismis 500 ml susu segar Bahan-bahan untuk Sos Vanila: 500 ml krim segar 100 gm gula kastor 6 biji telur 1 sudu kecil esen vanila Cara menyediakan puding:
  • 33. 1. Sapu mentega pada acuan dan taburkan sedikit gula. 2. Buangkan bahagian yang keras di tepi roti dan potong roti menjadi tiga segi. 3. Aturkan bersilangan berlapis-lapis di dalam acuan hingga penuh. 4. Semasa mengatur roti ini, taburkan juga kismis pada setiap lapisan. 5. Pukul gula dan telur hingga sebati. 6. Campurkan susu, krim dan esen vanila. 7. Kacau hingga rata. 8. Tuangkan ke atas roti. 9. Bakar dengan kaedah bain marie (letak bekas berisi roti di dalam sebuah dulang berisi air) sehingga masak. Cara menyediakan sos vanila: 1. Masak krim dengan setengah bahagian gula sehingga mendidih. 2. Di dalam bekas pemukul, satukan telur dengan baki gula serta esen vanila. 3. Tuangkan bahan yang dididihkan itu perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sambil dipukul agar telur masak dan tidak bergentel. 4. Tapis ke dalam bekas dan sejukkan. 5. Apabila hendak makan, tuangkan sos ini ke atas puding roti tadi. * (Info: Puding ini juga boleh dibuat dengan menggunakan pastri danish atau croissant) Read More Add Comment (0) Hits: 2239 Puding Mahligai Pelangi
  • 34. User Rating: / 22 Poor Best Bahan-bahan A: 20 gm kacang hijau - direbus 10 gm gula pasir 100 ml susu cair Sedikit pewarna hijau Bahan-bahan B: 20 gm kacang merah - direbus 10 gm gula pasir 100 ml susu cair Sedikit pewarna merah Bahan-bahan C: 20 gm jagung manis dalam tin 10 gm gula pasir 100 ml susu cair Sedikit pewarna kuning
  • 35. Bahan-bahan D: 8 gm agar-agar serbuk 350 ml air mineral 7 gm gula pasir Secubit garam 1 helai daun pandan Cara menyediakan: 1. Kisar halus kesemua bahan-bahan A, bahan-bahan B dan bahan-bahan C secara berasingan. 2. Ketepikan seketika. 3. Didihkan pula kesemua bahan D sehingga gula dan agar-agar sebati. 4. Bahagikan bahan D kepada tiga bahagian. 5. Ambil satu bahagian bahan D, campurkan dengan bahan A, satu bahagian dengan bahan B dan baki dengan bahan C. 6. Kacau sebati di atas api perlahan secara berasingan. 7. Setelah ketiga-tiganya pekat, tuang setiap satu secara berlapis di dalam bekas yang sesuai. 8. Sejukkan. 9. Hias mengikut suka sebelum dihidangkan. Read More Add Comment (0) Hits: 6350 Puding Kristal User Rating: / 14 Poor Best
  • 36. Bahan-bahan: 20 gm agar-agar 2 1/2 cawan gula 2 1/2 cawan air 1 1/2 sudu besar kastard 2 sudu besar jagung manis - krim 1/2 cawan susu cair 6 biji ceri hijau 6 biji ceri merah 1 cawan nanas kiub 1/2 tin sirap nanas kiub Sedikit esen vanila Sedikit garam 1 biji kek span kopi Cara menyediakan: 1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. 2. Masukkan gula dan masak lagi hingga larut. 3. Masukkan sirap nanas kiub. 4. Asingkan sesenduk agar-agar. 5. Larutkan kastard dalam susu cair. 6. Campurkan juga jagung manis dan tuangkan ke dalam agar-agar. 7. Didihkan seketika hingga campuran kastard pekat.
  • 37. 8. Sediakan bekas kaca berbentuk panjang. Tuangkan satu senduk agar-agar. Biarkan sebentar. 9. Potong kek dan susun di atas agar-agar yang masih suam. 10. Apabila hampir beku, tuangkan pula sesenduk lagi agar-agar. 11. Taburkan ceri dan nanas kiub di atasnya. Biarkan seketika. 12. Tuangkan pula agar-agar kastard ke atasnya. 13. Biarkan hingga suam, baru tuangkan lebihan agar-agar kosong yang masih tinggal dan sejukkan. 14. Tuangkan sesenduk agar-agar ke dalam bekas. Biarkan hingga hampir sejuk. 15. Aturkan kek di atasnya. Tuangkan sesenduk lagi agar-agar. 16. Taburkan ceri yang telah dibelah dua dan juga nanas kiub. Read More Add Comment (0) Hits: 2712 Puding Lemak Cendol User Rating: / 45 Poor Best
  • 38. Bahan-bahan: 20 gm agar-agar segera 1300 ml air 1 tin susu cair 1 cawan santan pekat 1 cawan gula merah 1 buku gula Melaka 1 1/4 cawan gula kasar 1 cawan cendol Sedikit garam Beberapa biji ceri merah Cara menyediakan: 1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. 2. Masukkan garam, susu cair dan santan pekat. Kacau selalu agar tidak naik minyak. 3. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. 4. Setiap satu dimasukkan ke dalam periuk yang berbeza. Perlahankan api di kedua-dua periuk. 5. Satu adunan dimasukkan gula kasar dan biarkan gula hancur. 6. Kemudian masukkan cendol.
  • 39. 7. Manakala satu lagi adunan, dimasukkan gula merah dan gula Melaka. Kacau sehingga kedua- dua jenis gula hancur. 8. Aturkan ceri di dalam acuan agar-agar. 9. Tuangkan sebahagian adunan putih, biarkan beku sedikit. 10. Tuangkan pula sebahagian adunan gula merah dan biarkan mengeras sedikit. 11. Ulangi proses melapis antara adunan putih dan adunan gula merah sehingga habis. 12. Biarkan beku dan sejukkan sebelum dihidang. Hidangan Pencuci Mulut Puding Marmar User Rating: / 61 Poor Best
  • 40. Bahan-bahan: 20 gm agar-agar 3 1/2 cawan air 3/4 cawan gula 5 biji telur 1 tin susu cair 1/2 sudu kecil esen vanila 1/2 sudu kecil mentega 3 sudu besar serbuk koko - bancuh dengan sedikit air Cara Menyediakan: 1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masak lagi hingga kesemua bahan sebati. 2. Kacau telur, susu cair, esen vanila dan mentega hingga rata. Masukkan ke dalam agar-agar. Kacau rata. 3. Angkat adunan dan tapis. 4. Masak adunan yang siap ditapis sekali lagi dengan api sederhana. 5. Angkat dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Sebahagian dibiarkan dengan warna asal manakala sebahagian lagi dimasukkan bancuhan serbuk koko. 6. Masak adunan yang mengandungi koko cuma sekali mendidih, dan angkat. 7. Tuangkan sesenduk adunan warna asal di tengah loyang diikuti sesenduk warna koko. Lakukan proses ini sehingga kesemua adunan habis. Sejukkan sebelum dihidangkan. ng: / 34 Poor Best
  • 41. PUDING JAGUNG Bahan-bahan: 15 gm agar-agar 1 cawan air 1/2 cawan gula 3 helai daun pandan 3 sudu besar kastard 3 sudu besar jagung krim 1/2 cawan santan 1/4 cawan susu cair 1/2 cawan sirap gula kabung 1 sudu kecil tepung jagung 1 biji telur Cara membuat puding: 1. Rendam agar-agar, kemudian masak dengan secawan air hingga larut. 2. Masukkan pula gula dan dua helai daun pandan yang telah disiat-siat. 3. Apabila gula telah larut, campurkan dengan jagung krim dan kastard yang telah dibancuh dengan campuran susu serta santan. 4. Kacau rata hingga mendidih, masukkan pula telur, kacau lagi.
  • 42. 5. Apabila adunan masak, buangkan daun pandan dan pukul dengan pemukul telur hingga kelihatan gebu. 6. Tuangkan dalam acuan dan sejukkan. Cara membuat kuah: 1. Larutkan tepung jagung dengan sirap, campurkan sehelai daun pandan siat yang masih tinggal dan didihkan sambil dikacau. 2. Apabila menghidangkan puding, tuangkan kuahnya. Agar-agar Keledek Bahan-bahan: 15 gm agar-agar serbuk Pewarna hijau 4 cawan air 250 gm keledek - rebus dan lecek 50 gm santan pekat Sedikit garam Cara Menyediakan: 1. Rebus agar-agar dengan air hingga larut. 2. Tuangkan santan, masukkan garam dan keledek. Biarkan mendidih sambil dikacau. 3. Tuangkan ke dalam acuan dan bekukan. (Anda juga boleh menggunakan jus pandan untuk mendapat bau dan warna hijau).
  • 43. Hidangan Pencuci Mulut Jeli Kopi User Rating: / 19 Poor Best Bahan-bahan: 50 gm agar-agar 3 liter air 700 gm gula 200 gm susu pekat manis 100 gm pes kopi Cara Menyediakan: 1. Didihkan air, kemudian masukkan agar-agar dan gula. 2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. 3. Satu adunan diwarnakan dengan pes kopi (gelap), satu lagi diwarnakan pes kopi dan susu, manakala satu adunan diwarnakan dengan susu sahaja. Satu lagi di sarnakan dengan pes kopi (cerah).
  • 44. 4. Tuangkan warna gelap ke dalam bekas yang sesuai, biarkan sejuk sedikit baru dituangkan adunan kopi bersusu. Setelah sejuk tuangkan pula lapisan ketiga dan seterusnya lapisan keempat. 4. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Read More Add Comment (0) Hits: 5737 Talam Tako User Rating: / 38 Poor Best Bahan-bahan: (Bahagian Putih) 50 gm tepung green pea 100 gm gula kasar 1 biji kelapa - ambil 4 cawan santan Secubit soda bikarbonat Secubit garam * Kisar semua bahan agar tidak bergentel. Bahan-bahan: (Bahagian Hijau)
  • 45. 100 gm tepung green pea 200 gm gula kasar 5 cawan air daun pandan Secubit soda bikarbonat * Kisar semua bahan agar tidak bergentel. Cara Menyediakan: 1. Gunakan dua periuk yang berasingan. Masukkan bahagian putih ke dalam periuk pertama dan bahagian hijau ke dalam periuk kedua. Kacau serentak di atas api yang sederhana. 2. Bila adunan menjadi kental, tuangkan adunan hijau ke dalam loyang berselang-seli dengan adunan putih seperti membuat kek marble. Biarkan sejuk baru dipotong. Nota: Tepung green pea boleh dibeli di kedai yang menjual bahan-bahan kek. Ada dua jenis tepung green pea, satu berwarna putih dan satu lagi kekuningan. Untuk resipi ini, gunakan yang putih. Read More Add Comment (0) Hits: 7942 Puding Cendol User Rating: / 29 Poor Best
  • 46. Bahan-bahan: 2 cawan cendol 30 gm agar-agar 2 1/2 cawan gula pasir 3 cawan santan 4 biji putih telur 3 helai daun pandan - basuh, siat dan simpul 2 cawan air Sedikit garam Cara Menyediakan: 1. Didihkan agar-agar dan air hingga hancur lalu masukkan gula dan daun pandan biarkan mendidih lagi hingga larut. 2. Tapis agar-agar dan jerang semula di atas dapur dengan api yang kecil. 3. Pukul putih telur bersama santan hingga kembang. Tuangkan ke dalam agar-agar, campurkan garam bagi membangkitkan lemak dan kacau hingga sebati. 4. Tuskan cendol dan masukkan ke dalam adunan di atas, kacau perlahan-lahan. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan ke dalam peti sejuk hingga beku. Read More Add Comment (0) Hits: 7751
  • 47. Puding Jem Kukus User Rating: / 25 Poor Best Bahan Puding: 6 sudu besar tepung gandum 4 sudu besar mentega 4 sudu besar gula halus 2 sudu besar susu cair 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik 2 biji telur Sedikit jem Sedikit esen vanila Cara Menyediakan: 1. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
  • 48. 2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi. 3. Masukkan esen vanila dan tepung, pukul lagi. Tuangkan susu cair dan kacau rata. 4. Lengserkan acuan dengan minyak, tuangkan adunan dan ratakan jem. Tutup dengan kertas minyak dan kukus hingga masak. Bahan Sos: 2 sudu besar jem 2 sudu besar gula pasir 1 sudu besar tepung jagung 1/2 gelas air sejuk Cara Menyediakan: 1. Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih. 2. Keluarkan puding yang telah masak dan masukkan ke dalam pinggan, kemudian tuangkan kuahnya dan hidangkan. Read More Add Comment (1) Hits: 5100 Manisan Suji User Rating: / 5 Poor Best
  • 49. Bahan-bahan: 410 ml (1 tin) susu sejat 820 ml air 180 gm gula pasir 200 gm suji 10 biji buah pelaga - pecahkan 50 gm badam hiris 50 gm kismis hitam 3 sudu besar minyak sapi 1/2 sudu kecil garam Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak sapi dan goreng kismis serta badam hingga kuning. Angkat dan ketepikan. 2. Masukkan air, gula serta pelaga ke dalam lebihan minyak tadi, biarkan hingga mendidih dan gula hancur. 3. Masukkan pula suji, kacau hingga pekat lalu campurkan badam serta kismis, tinggalkan sedikit untuk hiasan. 4. Tuangkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil, hias dengan badam serta kismis.
  • 50. Bahan-bahan Dasar: 125 gm mentega 75 gm gula aising 1 biji telur 20 gm susu tepung 250 tepung gandum Bahan-bahan Inti: 400 gm isi durian 50 gm gula 250 ml air 50 gm tepung kastard 100 ml susu cair Sedikit garam Cara Menyediakan Dasar: 1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur, kacau hingga rata. Masukkan pula tepung gandum dan susu tepung. Gaul hingga sebati. 3. Letakkan adunan pada permukaan loyang pai berukuran 22 cm. 4. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celsius.
  • 51. Cara Menyediakan Inti: 1. Kacau semua bahan di atas api yang perlahan sehingga isi durian hancur. Cara Menyediakan Pai: 1. Keluarkan kulit pai daripada loyang. 2. Masukkan inti pai dalam kulit. Biarkan sehingga benar-benar sejuk sebelum dihidangkan. Read More Add Comment (0) Hits: 4445 Puding Laici User Rating: / 23 Poor Best
  • 52. Bahan-bahan: 10 gm agar-agar serbuk 2 gelas air 1 gelas gula 2 biji telur - asingkan putih dan kuning 1/4 tin laici Sedikit perisa laici Sedikit ceri merah Cara Menyediakan; 1. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan. 2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. 3. Masukkan kuning telur, kacau sebati. 4. Masukkan susu cair dan perisa laici, kacau sebati dan biar mendidih, kecilkan api.
  • 53. 5. Sementara itu, pukul putih telur hingga gebu, masukkan ke dalam adunan agar-agar dan angkat. 6. Susun ceri di dalam bekas, tuangkan adunan agar-agar. Biarkan sejuk. 7. Setelah sejuk, keluarkan daripada bekas dan tuang buah laici dan jusnya ke bahagian tengah puding. Read More Add Comment (0) Hits: 6676 Halwa Betik Dan Lobak Merah User Rating: / 12 Poor Best
  • 54. Bahan-bahan: 2 biji betik - masak/muda 6 biji lobak merah 6 biji lobak putih 3 kg gula pasir 50 gm gula batu Kapur sirih secukupnya Cara Menyediakan: 1. Buang kulit betik serta lobak merah, dan ukir mengikut bentuk yang diingini. 2. Rendam ukiran dalam air kapur sirih semalaman, kemudian basuh bersih. 3. Celur bahan hingga lembut dan rendam semula dalam air sejuk selama 20 minit. Toskan. 4. Masak gula pasir dan gula batu dengan anggaran tiga mangkuk air hingga mendidih. Sejukkan. 5. Rendam bahan dalam air gula. Bagi ukiran yang agak tebal, cucukkan dengan lidi supaya ada ruang untuk air gula menyerap ke dalamnya.
  • 55. 6. Bagi halwa kering, bahan hendaklah direndam sekurang-kurangnya seminggu, manakala air gulanya hendaklah dipanaskan setiap hari. 7. Semasa memanaskan air gula, pastikan bahan-bahan dikeluarkan terlebih dahulu dan tunggulah air gula sejuk sebelum dimasukkan semula bahan. 8. Ulangi proses ini selama seminggu sebelum menjemur bahan di bawah panas terik. Semasa menjemur, tutup bahan dengan kain putih jarang bagi mengelak habuk dan kepanasan secara langsung yang boleh mencairkan gula. Ini akan menyebabkan halwa tidak cantik. Pesanan: * Semasa memanaskan air gula, gunakan api perlahan. Api yang besar menghanguskan air gula dan menguningkan bahan-bahan lain terutama lobak putih. * Semakin pekat air gula, semakin cantik halwa anda. * Halwa mesti disimpan di dalam bekas kedap udara, atau boleh juga di dalam peti sejuk. Jangan dedahkan halwa kerana udara persekitaran boleh mencairkan gula pada bahan. * Halwa boleh disimpan selama sebulan. Untuk diguna semula, masak air gula pekat, rendam dan jemurkan semula halwa. Read More Add Comment (0) Hits: 6013 Puding Pelangi Ayu User Rating: / 27 Poor Best
  • 56. Bahan-bahan: 20 gm agar-agar - direndam semalaman 8 cawan air 2 cawan gula pasir 1/2 tin susu cair (1 cawan) 5 biji kuning telur 3 biji putih telur - dipukul 3 minit 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar mentega 1 sudu kecil vanila 1/2 sudu kecil garam 2 helai daun pandan Bahan-bahan B: 1 sudu kecil coklat emulco 1/2 sudu kecil esen kopi - dicampur dengan coklat emulco 1 sudu kecil esen strawberi - ditambah pewarna ros Cara Menyediakan: 1. Rebus agar-agar hingga hancur, kemudian masukkan gula. Apabila larut, tapis. 2. Pukul kuning telur, tepung jagung, kastard, sus, garam dan vanila.
  • 57. 3. Masukkan ke dalam agar-agar, kemudian campurkan mentega dan tutup api. Masukkan putih telur dan kacau hingga hancur dan sebati. 4. Bahagikan kepada tiga bahagian; satu bahagian dibiarkan warna asal, sebahagian lagi diwarnakan dengan coklat emulco dan esen kopi, manakala satu lagi dengan esen strawberi dan pewarna ros. 5. Tuangkan ke dalam acuan berselang-seli antara ketiga-tiga warna. (Biarkan setiap tuangan sedikit mengeras sebelum tuangan seterusnya) idangan Pencuci Mulut Tat Keju Blueberry User Rating: / 56 Poor Best Bahan Pastri: 300 gm tepung gandum 1 sudu besar susu tepung 180 gm gula aising 1 biji telur
  • 58. Bahan-bahan Inti Keju: 250 gm keju krim 40 gm gula aising 20 gm mentega 1 biji telur 3 sudu besar krim putar (jika suka) 250 gm blueberry dalam tin Cara Menyediakan: 1. Ayak tepung gandum bersama susu tepung dan gula aising. 2. Satukan mentega dengan bahan tepung dan gaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. 3. Masukkan telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut sebelum didinginkan dalam peti sejuk selama 20 minit. 4. Canai doh setebal 1/2 cm sebelum diterap dengan acuan bulat yang bergerigi. 5. Doh yang diterap dimasukkan dalam acuan tat dan tekan sebelum dibakar selama 15-20 minit dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180 darjah Celsius. Biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. 6. Adunkan keju, gula aising dan mentega hingga berkrim. Masukkan telur dan krim putar dan kacau hingga sebati. 7. Masukkan sedikit blueberry ke dalam kulit tat, kemudian tuangkan inti keju hingga penuh. 8. Paipkan sedikit blueberry ke atas inti keju sebelum sebelum membentuk corak dengan lidi. 9. Bakar 8 - 10 minit dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Setelah masak, keluarkan tat dan masukkan ke dalam cawan kertas. Dinginkan dalam peti sejuk. Read More Add Comment (0) Hits: 12531 Puding Durian User Rating: / 26 Poor Best
  • 59. Bahan-bahan: 60gm tepung kastard 40gm gula halus 700gm susu cair 100gm isi durian Cara Menyediakan: 1. Campurkan tepung kastard dengan gula dan susu cair kemudian kacau hingga sebati sebelum dimasak dalam ketuhar gelombang mikro selama lapan minit pada tahap High. Kacau dua kali. 2. Keluarkan dan masukkan isi durian. Kacau hingga rata dan masukkan semula ke dalam ketuhar dan masak pada tahap High selama tiga minit lagi. 3. Keluarkan dan tuang ke dalam loyang atau gelas koktel dan biarkan beku dalam peti sejuk. Read More Add Comment (0) Hits: 5653 Puding Mangga Aneka
  • 60. User Rating: / 2 Poor Best Bahan-bahan: 1 liter air 10 gm agar-agar 150 gm gula 100 gm puri mangga 100 gm buah-buahan campuran dalam tin Cara Menyediakan: 1. Didihkan air bersama agar-agar sampai larut. Masukkan gula dan puri mangga. 2. Kacau hingga sebati, tuangkan ke dalam loyang berbentuk bulat. 3. Setelah keras, hias dengan strawberi dan buah kiwi. Read More Add Comment (0) Hits: 5442 Puding Pisang
  • 61. User Rating: / 24 Poor Best BAHAN LAPISAN KEK: 1 biji kek swissroll | potong lapan 15 gm agar-agar serbuk 2 cawan air BAHAN LAPISAN PISANG: 3 biji pisang montel | hiris 20 gm agar-agar serbuk 4 sudu besar tepung kastad 1 cawan gula 3 cawan susu segar 3 biji kuning telur BAHAN LAPISAN BAWAH: 15 gm agar-agar serbuk 2 cawan santan Sedikit pewarna kuning CARA MENYEDIAKAN: 1. Kita sediakan lapisan kek dulu. Potong swiss roll dan susun di bahagian bawah loyang. 2. Satukan agar-agar dan air. Didihkan hingga larut. Tuang ke atas swiss roll. Biarkan mengeras. 3. Hirisan pisang disusun di tepi loyang dan kalau ada lebih susunkan di atas lapisan swiss roll yang sudah mengeras.
  • 62. 4. Satukan bahan lain dalam periuk dan kacau sebati di atas api yang kecil sehingga likat. Tuangkan ke atas lapisan swiss roll tadi. Biarkan mengeras. 5. Sediakan bahan ketiga, satukan semua bahan dan didihkan. Tuangkan di atas lapisan kedua, dan biarkan mengeras. Read More Add Comment (0) Hits: 8059 Agar-agar zebra User Rating: / 27 Poor Best BAHAN A:
  • 63. 25 gm agar-agar serbuk 700ml air 170 gm gula 2 helai daun pandan BAHAN B: 250ml susu cair 30 gm tepung kastad 2 biji telur 1/2 sudu kecil esen vanila BAHAN C: 1 sudu besar koko CARA MENYEDIAKAN: 1. Masak bahan A sehingga sebati. 2. Masukkan bahan B yang telah dipukul sebati dan kacau adunan sehingga hampir pekat. 3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi tidak perlu diwarnakan. 4. Tuangkan secara berselang-seli ke dalam acuan. Tuang sebahagian adunan tanpa koko ke dalam acuan, masukkan ke dalam peti sejuk sebentar, diikuti sebahagian adunan berkoko. 5. Ulangi proses dengan menuang dan mengeraskan adunan secara berselang-seli sehingga habis. * Anda boleh menghias dengan menyusun hirisan buah-buahan di bahagian bawah acuan sebelum menuang lapisan pertama. 4.Susun lagi adunan yang berwarna coklat dan ulang sehingga habis. 5. Sejukkan dan biarkan beku sebelum dipotong.
  • 64. Agar-Agar Jagung BAHAN-BAHAN: 1 tin susu cair 2 tin jagung berkrim (kisar dan tapis) 25 gm agar-agar 7 gelas air 11 sudu besar gula Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau Acuan berbentuk jagung CARA MENYEDIAKAN: 1. Masak agar-agar hingga hancur, kemudian masukkan jagung, gula dan susu cair. Kacau sebati. 2. Bahagikan agar-agar kepada tiga bahagian. Warnakan merah, kuning dan hijau. 3. Tuangkan adunan di dalam acuan dan sejukkan.
  • 65. Puding Karamel Berkacang BAHAN-BAHAN: 1 /4 tin susu cair 1 /2 tin susu pekat (tin kecil) 8 biji telur 1 tin air 1 sudu kecil vanila 2 sudu besar gula 50 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk kasar) 10 gm keju CARA MENYEDIAKAN: 1. Campurkan susu cair, susu pekat, telur, air dan vanila. Kemudian pukul rata dan sebati. 2. Kemudian masukkan kacang ke dalam acuan. 3. Masukkan bahan ke dalam acuan dan kukus hingga masak. 4. Setelah masak, angkat. 5. Sagatkan keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar selama 5 minit.
  • 66. Agar-Agar Mangga Coklat BAHAN-BAHAN: 2 biji mangga masak 1 paket serbuk agar-agar (10 gm) 150 gm kepingan coklat 2 cawan susu cair 1 /2 cawan susu manis 1 cawan air 1 sudu kecil esen vanila CARA MENYEDIAKAN: 1. Mula-mula kita kisar buah mangga dengan air. Ketepikan. 2. Tuangkan susu cair dalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar. 3. Masukkan coklat. 4. Kacau hingga semuanya sebati. 5. Setelah mendidih masukkan mangga kisar dan esen vanila. 6. Kacau sebati dan rata. 7. Tuangkan dalam adunan dan sejukkan.
  • 67. Puding Kek Kastad BAHAN-BAHAN: 1 biji kek mentega 100 gm tepung kastard 1 /4 tin susu cair 1 /4 tin susu pekat 1 tin air CARA MENYEDIAKAN: 1. Bahan-bahan seperti tepung kastard, susu cair, susu pekat dan air dikacau hingga pekat di atas api yang kecil. 2. Kek mentega diletakkan di dalam acuan. Curahkan bahan-bahan di atas kek mentega tersebut. 3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150o C selama 8 hingga 10 minit. 4. Jika suka bolehlah makan bersama sos kastard.
  • 68. Puding Hak Milik Kekal User Rating: / 368 Poor Best BAHAN-BAHAN: 1 peket agar-agar serbuk (tiada warna) 1 tin susu cair 2 sudu besar tepung kastard Pewarna hijau dan merah 250 gm gula CARA MENYEDIAKAN: 1.Panaskan satu sudu kecil serbuk agar-agar bersama satu cawan air. 2.Bubuhkan pewarna hijau. Biarkan ia mendidih. 3.Tuangkan dalam bekas. Ketepikan.
  • 69. 4.Sementara itu satukan satu sudu kecil agar-agar serbuk dengan satu cawan susu cair, setengah cawan gula, setengah cawan air serta tepung kastard. 5.Gaul sebati sehingga adunan pekat. 6.Tuangkan adunan ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan ia sejuk. 7.Sementara itu didihkan lebihan susu cair bersama satu sudu kecil serbuk agar-agar dan lebihan gula tadi. 8.Campurkan dengan setengah cawan air dan sedikit pewarna merah. 9.Setelah ia mendidih,tuangkan ke atas lapisan kastard tadi. 10.Biarkan ia mengeras. Puding Milo Gula Merah User Rating: / 415 Poor Best BAHAN A:
  • 70. 37 gm agar-agar 5 gelas air 2 helai daun pandan BAHAN B: 300 gm gula 100 gm gula merah BAHAN C: 3 biji telur 4 sudu besar milo (satukan semua, pukul sedikit) 1 sudu kecil esen vanilla CARA MENYEDIAKAN: 1. Masak bahan A sehingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan bahan B. Biarkan mendidih. 2. Sementara itu, satukan kesemua bahan C dan pukul sekali. 3. Selepas itu, tuangkan bahan C ini ke dalam adunan tadi. Biarkan sekejap sahaja. 4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau bekas yang bersesuaian. 5. Sejukkan di dalam peti ais dan hidangkan. Puding Sayang Tiga Hati User Rating: / 233 Poor Best
  • 71. BAHAN A: 3 sudu besar serbuk agar-agar 300 gm gula 1,300 ml air 1 helai daun pandan 1 tin buah campuran (tuskan) Sedikit pewarna kuning Sedikit black seed dan poppy seed BAHAN B: 300 ml santan pekat Sedikit pewarna hijau dan merah jambu Sedikit garam CARA MENYEDIAKAN: 1. Satukan bahan A, masak sehingga mendidih.
  • 72. 2. Keluarkan satu potong bahagian dan masukkan sedikit pewarna kuning. 3. Masukkan pula buah campuran dalam acuan dan tuangkan 1/3 bahagian kuning tadi. 4. Masukkan sedikit black seed dan poppy seed biarkan ia separuh beku. 5. Lebihan agar-agar tadi dimasak sekali lagi sehingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan santan. 6. Bahagikan kepada dua bahagian, satu dibubuh warna hijau dan satu lagi dibubuh warna merah jambu. 7. Sementara itu, sebelum masukkan lapisan hijau dan merah jambu, pastikan garu dulu setiap lapisan agar-agar yang hampir beku tadi dengan garpu. 8. Kemudian tuangkan warna hijau di atas lapisan pertama tadi, biarkan ia sedikit beku. 9. Kemudian bolehlah tuangkan warna merah jambu pula. 10. Bekukan dalam peti ais. Setelah sejuk, terbalikkan dari acuan di atas pinggan dan hidangkan. Puding Kelapa User Rating: / 155 Poor Best
  • 73. BAHAN-BAHAN: 2 liter air 1 pek coconut puding Mix (500 gm) CARA MENYEDIAKAN: 1. Masukkan air di dalam bekas kemudian masukkan coconut puding mix. 2. Kacau perlahan-lahan dan rata. 3. Kemudian sejukkan dan hidangkan. Agar-Agar Kering User Rating: / 90 Poor Best BAHAN-BAHAN: 10 gm agar-agar 500 ml air
  • 74. 100 gm gula 80 gm gula batu Sedikit pewarna merah dan hijau CARA MENYEDIAKAN: 1. Masak agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan gula batu. Masak sehingga pekat dan tapiskan. 2. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan merah dan hijau. Tuangkan ke dalam bekas nipis. 3. Setelah sejuk, gulungkan agar-agar yang nipis dan potong menyerong. Jemur sehingga kering. Hidangan Mi Dan Pasta Mi Udang User Rating: / 37 Poor Best
  • 75. Bahan-bahan: 500 gm mi 300 gm sawi - dikerat 150 gm tauge 2 biji tomato - dihiris nipis 5 keping tauhu - digoreng dan dipotong kecil Bahan-bahan Kuah: 600 gm udang saiz kecil 10 tangkai cili kering - dipotong 10 ulas bawang merah - dimayang 1 tin sup tomato 4 sudu besar sos cili 1 cawan minyak Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan Hiasan: 300 gm udang saiz besar 1 labu bawang besar - dihiris 2 tangkai cili merah - dihiris 1 tangkai daun sup - dipotong halus 1 tangkai daun bawang - dipotong halus Bawang goreng secukupnya Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan cili kering secara berasingan kemudian dikisar halus. 2. Udang kecil direbus dengan sedikit air dan garam. Bila mendidih, tuskan kemudian asingkan kulitnya. 3. Kisar kulit udang bersama air rebusannya kemudian tapis sebelum disatukan dengan isi udang dan dikisar semula sehingga halus. 4. Tuangkan air udang ke dalam periuk. Masukkan bawang merah dan cili kering yang dikisar dan kacau sehingga rata. 5. Masukkan sup tomato, sos cili, garam dan gula. Kacau dan biarkan mendidih kemudian padamkan api. 6. Untuk menyediakan mi, tuangkan kuah secukupnya ke dalam kuali. Biarkan mendidih barulah dimasukkan mi, tauge, sawi dan hirisan tomato serta tauhu. Biarkan mendidih sekali lagi barulah
  • 76. dicedok ke dalam pinggan. Taburkan udang rebus, hirisan bawang besar dan cili merah, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan panas-panas. Read More Add Comment (0) Hits: 4971 Suun Goreng Hainan User Rating: / 17 Poor Best Bahan-bahan: 100 gm suun - direndam hingga lembut 50 gm isi ayam - dipotong kecil 60 gm kulit tauhu - direndam hingga lembut dan dipotong 2 gm cendawan telinga tikus - direndam hingga kembang 30 gm bunga kincam 10 gm parsli cina - dipotong panjang 20 gm daun bawang - dipotong panjang 10 gm saderi - dipotong panjang 1 tangkai cili merah - dipotong menyerong 30 gm sos tiram 1/2 cawan air rebusan ayam 10 gm bawang putih - dicincang Garam dan lada sulah secukup rasa Minyak untuk menumis
  • 77. Cara menyediakan: 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih, kulit tauhu dan bunga kincam. Kacau seketika kemudian masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih selama dua minit. 2. Bila lembut, masukkan suun dan cendawan. Goreng dua minit lagi. 3. Masukkan isi ayam, saderi, parsli, daun bawang, sos tiram, cili merah dan kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah, kacau dan angkat. Read More Add Comment (1) Hits: 4220 Mi Kuah Daging User Rating: / 15 Poor Best Bahan-bahan: 500 gm mi 100 gm daging batang pinang - dipotong kecil
  • 78. 20 gm udang kering - ditumbuk 3 batang sawi - dikerat 3 cm 3 biji tomato - dibelah 8 4 ulas bawang merah - ditumbuk halus 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus 2 cm halia - ditumbuk halus 3 sudu besar cili kisar 3 sudu besar tomato puri 1/2 cawan minyak masak 1 kiub pati ayam 4 cawan air 2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air Garam dan gula dan secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk halia. Kacau hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar dan sedikit air. Kacau hingga rata dan biarkan hingga pecah minyak dan hilang bau cili. 2. Masukkan daging dan kacau. Biarkan hingga empuk kemudian masukkan udang kering dan kacau rata. 3. Tuangkan air dan masukkan kiub pati ayam, tomato puri, garam dan gula. Biarkan mendidih. 4. Masukkan mi, sawi dan tomato. Kacau hingga rata. 5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau dan padamkan api. Sewaktu menghidang, hiaskan dengan hirisan limau nipis, bawang goreng dan kacang tanah yang sudah digoreng dan ditumbuk. Read More Add Comment (0) Hits: 5356 Mi Kuah Taucu User Rating: / 25 Poor Best
  • 79. Bahan-bahan: 1 kg mi kuning - dicelur 3 keping tauhu - digoreng dan dihiris 250 gm tauge - dicelur 3 biji telur - direbus Bahan Kuah: Dikisar: 300 gm udang kering 150 gm taucu 10 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 10 tangkai cili kering 250 gm keledek - direbus dan dilecek 1/2 cawan kacang tanah yang telah ditumbuk Gula dan garam secukup rasa Minyak untuk menumis Air secukupnya Bawang goreng Hirisan daun sup dan daun bawang Limau kasturi Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar, tuangkan air dan masukkan keledek dan kacang tanah. Biarkan kuah pekat dan perisakan dengan garam.
  • 80. 2. Hidangkan bersama mi yang sudah dicelur, tauhu, tauge, telur, limau kasturi, bawang goreng dan hirisan daun sup serta daun bawang. Read More Add Comment (0) Hits: 4300 Spageti Bebola Daging User Rating: / 33 Poor Best Bahan-bahan Sos Tomato: 1/3 cawan minyak zaitun 1 labu bawang besar - dipotong dadu 4 ulas bawang putih - dipotong dadu kecil 1/2 batang lobak merah - diparut 1 batang seleri - diparut 1 sudu kecil thyme 1 sudu kecil basil 1 sudu kecil oregano 2 helai daun bay 1 sudu besar tomato puri 2 tin tomato - dihancurkan 500 gm spageti - direbus
  • 81. Sedikit air Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan Bebola Daging: 500 gm daging lembu - dicincang 1/2 labu bawang besar - dicincang halus 2 kemping roti - direndam dan dilecek bersama susu 2 sudu besar daun parsli - dicincang Garam dan lada hitam secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, lobak, saderi dan herba-herba oregano, thyme, basil dan daun bay. 2. Masukkan tomato puri dan gorengkan sebentar. 3. Masukkan tomato yang diramas, air secukupnya, garam, gula dan lada hitam. Didihkan sampai sos pekat. 4. Sementara sos hampir pekat, daging tadi digaul rata dengan bahan-bahan bebola daging. 5. Kemudian dibentuk seperti guli kecil. 6. Panaskan minyak zaitun dan goreng bebola daging hingga kuning. 7. Selepas itu masukkan bebola ke dalam sos tomato tadi. Biarkan mendidih 15 minit lagi sebelum disajikan bersama pasta. Warning: Attempt to modify property of non-object in /home/sajionli/public_html/sajionline.my/components/com_jomcomment/mambots.php on line 139 Laksa Lemak sarawak
  • 82. Bahan-bahan: 1 kg kelapa parut - ambil santan pekat secukupnya 500 gm mihun 120 gm tauge 300 gm udang bersaiz sederhana 60 gm sambal laksa Garam dan serbuk perasa secukupnya 350 gm timun 500 gm ayam 2 biji telur 1.5 liter stok ayam 15 gm daun ketumbar Rempah Laksa: (Dikisar halus) 2 ulas bawang putih 50 gm bawang merah 60 gm belacan 10 hiris lengkuas
  • 83. 6 biji buah keras 30 gm cili kering 2 batang serai 30 gm kacang 80 ml minyak masak 5 gm asam jawa - ambil airnya Cara Menyediakan: 1. Didihkan stok ayam, masukkan sambal laksa dan masak selama 20 minit. Tapis dan buangkan stok ayam yang berlebihan (tinggalkan secukupnya untuk dicampurkan dengan santan). Panaskan kembali sambal laksa, campurkan santan tetapi jangan sampai menggelegak. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa. 2. Sediakan rempahnya dengan cara panaskan kuali bertangkai, goreng semua bahan rempah hingga garing dan tuangkan ke dalam kuah laksa. Panaskan kuah semula sambil dikacau supaya tidak pecah minyak. 3. Rendam mihun dalam air panas mendidih hingga lembut. Toskan airnya. 4. Celur udang kemudian buangkan kulit serta urat belakangnya. Rebus ayam hingga masak dan siatkan isinya. 5. Bahagikan mihun kepada 6 mangkuk hidang. Begitu juga dengan tauge, ayam dan udang, celur setiap bahagian dengan air panas mendidih berasingan, kemudian letakkan ke atas mi. Sendukkan kuah dan hias dengan timun, telur dadar serta daun ketumbar. 6. Hidangkan segera. Makan ketika masih panas. Read More Add Comment (0) Hits: 3655 Mi Gulung User Rating: / 1 Poor Best
  • 84. Bahan-bahan: 1/2 kg mi kuning 5 biji telur 200 gm sayur campur 100 gm sos tomato 100 gm udang 200 gm daging kisar 200 gm isi ikan merah - dihancurkan sedikit Sedikit garam 1 sudu besar minyak bijan Cara Menyediakan: 1. Celur mi dengan air panas dan tuskan. 2. Pukul telur dan digoreng dadar nipis sebanyak empat keping. 3. Setelah sejuk, letakkan mi di tengah dan gulung telur. 4. Untuk kuah, tumiskan sos tomato bersama udang, isi ikan, daging kisar dan juga sayur campur. 5. Masukkan minyak bijan dan garam secukup rasa. Jika perlu, masukkan satu sudu makan gula. 6. Apabila sedia dimakan, tuangkan kuah ke atas mi gulung. 7. Isi kuah boleh dipelbagaikan. Anda boleh juga menggunakan bebola ikan. Read More
  • 85. Add Comment (0) Hits: 2859 Fettucinne Hijau Ayam Belanda dan Cendawan Bahan-bahan: 120 gm fettucinne - direbus hingga lembut 30 gm kepingan daging ayam belanda - dihiris memanjang 40 gm cendawan segar - dipotong 4 1/2 labu bawang besar - dicincang 20 ml air rebusan ayam 25 gm keju parmesan 20 gm mentega 200 ml krim putar Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa Cara Menyediakan: 1. Cairkan mentega dan tumiskan bawang besar, cendawan dan daging ayam belanda sehingga rangup. 2. Masukkan air rebusan ayam dan kecilkan api. 3. Masukkan krim putar, garam dan serbuk lada sulah, kemudian renehkan selama empat minit. 4. Masukkan pasta dan keju parmesan kemudian padamkan api. Kacau hingga rata dan angkat. Hidangkan panas-panas. Read More
  • 86. Add Comment (0) Hits: 2815 Bihun Kuah Lemak User Rating: / 2 Poor Best Bahan-bahan: 1 bungkus bihun - direndam 50 gm tauge 50 gm tauge hijau 200 gm udang basah - dibuang kulit 3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng 1 biji kelapa - ambil 2 mangkuk santan 3 keping asam gelugur 2 batang serai - dititik 1 sudu besar bawang goreng Garam dan gula secukup rasa Bahan Sambal: 100 gm cili kisar 100 gm udang kering
  • 87. 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 cawan minyak Sedikit garam jika suka Bahan Tabur: 3 biji telur - direbus dan dipotong nipis 4 biji limau kasturi - dibelah dua Daun sup - dihiris halus Daun bawang - dihiris halus 1 tangkai cili merah - dimayang Bawang goreng secukupnya Cara Menyediakan Sambal: 1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan. Kacau dan biarkan pecah minyak. Asingkan sedikit untuk tabur atas, manakala yang selebihnya dibahagi dua. Sebahagian dibiarkan di dalam kuali sementara sebahagian dimasukkan ke dalam periuk. Cara Menyediakan Kuah: 1. Di dalam periuk yang berisi sambal tadi, masukkan santan, asam keping, serai, udang, garam dan gula. Biarkan mendidih, masukkan bawang goreng dan angkat. Ketepikan. 2. Panaskan baki sambal yang dibiarkan di dalam kuali. Masukkan satu cawan air, biarkan mendidih, masukkan bihun dan tauhu kemudian kacau rata. Bila bihun lembut, masukkan kedua-dua jenis tauge, kacau hingga rata dan angkat. 3. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam pinggan, hiaskan dengan hirisan telur, daun sup, daun bawang dan cili merah. Perahkan jus limau kasturi dan tabur bawang goreng. Akhir sekali tuangkan kuah. Jika ingin lebih pedas, tambahkan sedikit sambal. Read More Add Comment (0) Hits: 3906 Mi Kuah User Rating: / 27 Poor Best
  • 88. Bahan-bahan: 600 gm mi kuning - dicelur dan tuskan Bahan Kuah: 150 gm kacang tanah - goreng dan dikisar 70 gm udang kering - dikisar 100 gm daging - dihiris nipis 500 gm kerang 8 tangkai cili kering 5 ulas bawang kecil 2 ulas bawang putih 2 cm halia 2 sudu taucu 3/4 kelapa parut - ambil santan Garam secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis Bahan-bahan hiasan: 3 biji kentang rebus 3 biji telur rebus - potong nipis melintang 2 tangkai cili hijau - dimayang halus Daun sup dan daun bawang - dimayang halus Tauge - dicelur Timun - dihiris halus 3 keping halus - potong kecil dan goreng Sedikit bawang goreng
  • 89. Cara Menyediakan: 1. cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk lumat. 2. Tumiskan hingga garing. Masukkan udang kering, taucu dan kacau hingga rata. Masukkan kacang tanah, daging dan kerang, kacau kira-kira 5 - 10 minit. 3. Masukkan santan, kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Angkat. 4. Hidangkan mi dengan bahan-bahan hiasan. 5. Curahkan kuah ke atas mi tadi mengikut cita rasa anda. Read More Add Comment (0) Hits: 6527 Page 8 of 19  «  Start  Prev  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  Next  End  » Koleksi Hidangan Pembuka Selera Pencuci Mulut Ayam dan Daging Makanan Laut
  • 90. Ikan Telur Sayuran Kerabu Nasi Mi Dan Pasta Minuman Kuih-muih Biskut Kek Petua SAJI Petua Dapur Anda Petua Penyakit Petua Kecantikan Tips SAJI Penjagaan Si Kecil Pengurusan Mi Rebus Tanjung User Rating: / 9 Poor Best
  • 91. Bahan-bahan: 1 kg mi - celur 400 gm tauge - celur Bahan-bahan Kuah: 100 gm ubi keledek merah - rebus dan kisar halus 100 gm kacang kuda rebus - kisar halus 4 sudu besar gula pasir 1 sudu besar garam 1/2 cawan air asam jawa 3 sudu besar cuka 5 sudu besar kicap lemak 3 sudu besar bawang goreng 50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak 20 gm bijan - goreng tanpa minyak Bahan Sambal Dikisar: 100 gm cili kisar 7 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 200 gm udang kering 1 cawan minyak masak Bahan-bahan hiasan: 4 biji telur - rebus dan potong nipis 3 keping tauhu - goreng dan potong kecil 3 biji ubi kentang - rebus empuk dan potong kecil 2 tangkai daun bawang - hiris halus
  • 92. 1 tangkai daun sup 5 biji limau kasturi - belah dua Bawang goreng secukupnya Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar untuk membuat sambal. Masukkan satu cawan air dan kacau hingga pecah minyak. Asingkan sedikit untuk hiasan manakala selebihnya dibiarkan di dalam kuali. 2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah dikisar halus ke dalam sambal dan biarkan hingga mendidih selama lima minit lagi sebelum dituangkan ke dalam periuk besar. 3. Masukkan ubi keledek dan kacang rebus yang dikisar halus, air asam jawa, cuka, kicap, garam dan gula ke dalam periuk berisi sambal. Jika terlalu pekat, tambah air, tetapi jangan terlalu cair. Kacau rata dan biarkan mendidih. 4. Masukkan bawang goreng, bijan dan juga kacang tanah yang telah dikisar halus. Kacau hingga rata dan rasa masam masinnya. Angkat. 5. Untuk menghidang, masukkan mi dan tauge yang sudah dicelur ke dalam pinggan kemudian hiaskan dengan hirisan telur, tauhu, ubi kentang, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Perahkan jus limau kasturi dan tuangkan kuah ke atasnya. Jika ingin lebih pedas, masukkan sedikit sambal. Mi Rebus
  • 93. Bahan-bahan: 1 kg mi kuning - direbus 1/2 kg tauge 2 cawan minyak 1 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan taucu - basuh dan kisar halus Gula dan garam secukup rasa 200 gm kacang tanah - dikisar halus 50 gm serbuk lada 300 gm daging cincang 4 liter air 3 labu bawang besar - dihiris 10 ulas bawang putih - dikisar 4 biji buah keras - dikisar 2 batang serai 4 cm halia 4 cm lengkuas 150 gm ikan bilis (halus) - direbus dan kisar 200 gm udang geragau - direbus dan kisar
  • 94. Bahan Tabur: Tauhu goreng - dipotong dadu Daun sup, daun bawang, cili hijau - hiris Bawang goreng Telur rebus, limau kasturi - dibelah Kicap Cara Menyediakan: 1. Panaskan minyak, tumis daging cincang dan balik-balikkan hingga kuning serta garing. Angkat dan ketepikan. 2. Tumis bawang hiris dalam lebihan minyak gorengan daging, apabila garing masukkan bahan kisar, serbuk lada dan air. 3. Biar mendidih hingga naik minyak. Sendukkan minyak ke dalam mangkuk lain dan biarkan kuah yang masih di dalam periuk berada di atas dapur. Masukkan kacang, taucu, garam, gula, serai, lengkuas dan halia, biarkan mendidih sekali lagi. Campurkan tepung, kacau rata dan iarkan sehingga mendidih. 4. Tutup api dan tuangkan minyak yang telah diasingkan di dalam mangkuk tadi. Kacau lagi. Mi Dadar
  • 95. Bahan-bahan: 3 biji telur 2 sudu besar susu cair 1 tangkai daun bawang - dimayang halus 1 sudu kecil serbuk lada sular 2 1/2 cawan air 1/4 cawan minyak masak 3 bungkus mi kering 1 kiub perasa ayam Cara Menyediakan: 1. Pukul telur sebentar, masukkan susu, daun bawang, serbuk lada sulah dan kiub perasa ayam, pukul lagi. 2. Didihkan air, celur mi kering hingga lembut. Tuskan airnya. 3. Masukkan mi ke dalam telur. Panaskan minyak sebanyak dua sudu besar. Tuangkan campuran mi dan dadar, biarkan keemasan dan balikkan. 4. Angkat dan hidangkan bersama sos kicap bercili. Sos cili Berkicap Bahan-bahan: 5 ulas bawang merah - tumbuk 3 ulas bawang putih - tumbuk 1 sudu besar udang kering - tumbuk 1 sudu besar cili kisar 1/2 cawan sos tomato 1 sudu besar minyak Kicap dan gula secukup rasa 1 sudu besar kacang tanah yang telah disangai dan ditumbuk Cara Menyediakannya: 1. Panaskan minyak dalam periuk kecil, tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. 2. Masukkan cili dan kacau hingga naik minyak. 3. Seterusnya masukkan sos tomato. Perisakan dengan kicap dan gula. 4. Taburkan kacang tanah dan hidangkan bersama mi dadar.
  • 96. Udon Sos Lada Hitam Bahan-bahan: 200 gm mi udon segar 80 gm daging - dipotong kecil dan nipis 4 sudu makan sos lada hitam 1 biji bawang besar - dipotong dadu 1 batang karot - dipotong jejari kecil 1/2 biji lada benggala - dipotong dadu 1 mangkuk kubis - yang telah dipotong kecil 1 cawan air 1/2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 2 sudu makan air Minyak untuk menumis Cara Menyediakan: 1. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging hingga masak (tetapi tidak garing). 2. Masukkan bawang dan goreng hingga layu. Masukkan pula sos lada hitam dan air, kacau dan biarkan mendidih. 3. Masukkan karot, lada benggala, kubis dan udon. Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau rata dan angkat. 4. Hidangkan panas-panas.
  • 97. Nota: Mi udon juga ada dijual dalam bentuk kering. Untuk menggunakannya, anda perlu didihkan air dan rebus udon anggaran 8 - 10 minit. Read More Add Comment (0) Hits: 6812 Mi Wantan & Char Siew Ayam User Rating: / 22 Poor Best Bahan-bahan: 1/2 bungkus mi wantan - dicelur 50 gm sawi - dicelur 2 mangkuk air sup 1 sudu kecil bawang putih - cincang 3 sudu kecil sos tiram 1 sudu kecil serbuk perasa 2 sudu kecil stok ayam 2 sudu kecil gula Serbuk lada sulah secukupnya Sos hitam
  • 98. Sedikit minyak Tepung jagung secukupnnya - dibancuh dengan air Cara Menyediakan: 1. Tumis bawang putih cincang hingga naik baunya. Kemudian masukkan semua bahan kecuali tepung jagung dan lada sulah. Biarkan mendidih, tambahkan lada sulah dan tepung jagung. Bila mendidih sekali lagi, angkat dan curahkan ke atas mi wantan dan sawi yang telah dicelur. 2. Hidangkan bersama Char Siew Ayam Char Siew Ayam Bahan-bahan: 400 gm dada ayam - direbus dalam air sup 2 sudu besar gula 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar bawang putih - dihiris Sedikit kicap pekat Sedikit serbuk perasa Pewarna merah Sedikit minyak Cara Menyediakan: 1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak dan perapkan dada ayam hingga campuran bahan sebati. 2. Kemudian panaskan kuali dan goreng dada ayam. Balikkan-balikkan hingga masak. Hiris nipis dada ayam yang telah dimasak sebelum dihidangkan.