1. Murtabak Maggi..perrrgh Kiriman: Sri ayu Hits: 0 Rating: 0.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe Bahan-Bahan:1 paket mee maggi 7 biji telur 200 gm daging cincang 2 tangkai cili merah 1 biji bawang besar daun sup Bahan2 utk dibancuh : 1 paket perencah maggi 2 sudu makan serbuk kari daging/ayam sedikit garam Sedikit airCara:1.Rebus mee maggi dan toskan 2.Pukul telur hingga kembang, masukkan daging cincang,cili merah,bawang besar & daun sup yang telah dicincang. 3.Masukkan bahan-bahan yang telah dibancuh dengan air. 4.Masukkan mee maggi yang telah ditoskan dan kacau rata. 5.Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu mentega dan kukus selama 30 minit Cadangan Hidangan:Boleh dimakan panas-panas atau disimpan dalam peti ais terlebih dahuluTambahan:Resepi senang lagi menyelerakan...Parpu Telur Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991 Hits: 1878 Rating: 1.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe Bahan-Bahan:6 biji telur½ biji kelapa3 cawan kacang dal2 sudu besar minyak1 labu bawang merah8 labu bawang merahGaram secukup rasaCara:Rendam parpu sehingga kembang. Mayang bawang merah dan lereng bawang besar. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah. Kacau hingga layu. Masukkan kacang dal dan kacau sebentar. Masukkan bawang besar dan kacau selama 2 minit. Pecahkan telur sebiji-sebiji dan jangan kacau kuah itu. Biarkan telur keras semasa kuah menggelegak. Kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan telur daripada hancur. Apabila semua telur telah keras, angkat dan hidangkan.Telur bungkus ala thai Kiriman: Nor Azizah bt Kassim Hits: 1746 Rating: 7.83 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe Bahan-Bahan:2 biji telur 100gm isi ayam @ daging ( dicincang) 2 ulas bawang putih 1 ulas bawang besar ( dihiris nipis) 1 biji tomato ( dibelah 6 ) 1 camb kacang peas 2 camb sas tomato 1 camb sos tiram garam secukup rasa daun ketumbar ( dipotong 1 inci )Cara:Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging. Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empatsegi.Sedia dihidang. Cadangan Hidangan:Sesuai dihidangkan bersama tomyam.Serunding Telur Segera Kiriman: chef2cook Hits: 685 Rating: 4.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe Bahan-Bahan:3 biji telur 1 sudu cili giling Garam Sedikit serbuk lada putih Sedikit serbuk perasa Minyak untuk memasakCara:Pukul telur, campurkan serbuk perasa, garam dan lada putih. Panaskan minyak masak(bergantung pada banyaknya telur,jangan terlalu banyak). Tumiskan cili giling dan masukkan telur yang telah dipukul perlahan-lahan. Kacau telur sehingga kering. Angkat dan hidangkan.Telur Conggo Kiriman: mama asyfa Sumber: mak saya Hits: 97 Rating: 0.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe Bahan-Bahan:3 bj telur 1 bj bawang besar 10 bj cili api(ikut tahap pedas yg digemari) 4 ulas bawang putih 3 sudu besar kicap manis secubit garam minyak untuk menggoreng Cara:1.Hiris cili api kecil-kecil. 2.Bawang putih dicincang halus. 3.Bawang besar dihiris nipis. 4.Pijar minyak,tumiskan bahan2 tadi.Apabila kuning keemasan,pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuali yang sama. 5.Tabur garam ke atas telur dan tuangkan kicap manis.Balikkan telur,siap. Cadangan Hidangan:Sesuai bagi yang inginkan yg mudah dan cepat utk disediakan,dimakan panas-panas dengan nasi putih.Telur Goreng Seri Rampai Hits: 831 Rating: 0.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe Bahan-Bahan:5 biji telur10 gm rumpai laut rendam seketika hingga kembang1 sudu kecil serbuk lada sulah20 gm udang kecilGaram secukup rasaMinyak untuk menumisCara:Campurkan telur, rumpai laut, serbuk lada sulah, udang kecil & garam. Kacau dengan garpu hingga sebati. Panaskan minyak, tuang bater telur dalam minyak. Kacau telur sesekali hingga masak. Angkat dan hidangkan.Telur Masak Paprik Kiriman: Rohayu Abu Talib Sumber: Sendiri Hits: 490 Rating: 8.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe Bahan-Bahan:Telur 5 biji 2 sudu cili blender 2 ulas bawang putih -ditumbuk 2 ulas bawang merah -ditumbuk 2 helai daun limau purut 3 batang cili padi - hancurkan sedikit sebiji bawang besar - potong 4 3 sudu sos tiram 3 sudu sos cili sedikit kicap sedikit airCara:Goreng telur dan belahkan 2 Tumiskan bawang yang ditumbuk,cili sehingga garing,Masukkan sos tiram,air,cili sos,dauncili padidan sedikit kicap.Tunggu sehingga ia pekat. Akhir sekali masukkan telur yang sudah digoreng tadi.Dan masukkan bawang yang dibelah 4 tadi. Masakan paprik tidak menggunakan garam cukup dengan rasa masin dari sos tiram.Cadangan Hidangan:Hidangkan dengan daun sup diatasnya dan nasi panas. <br />