Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Rumusan dan panduan untuk membantu pelanggan fokus
1. RUMUSAN
• Merupakan gabungan antara kemahiran parafrasa
dengan refeleksi dan penggalak
• Terbahagi kepada dua iaitu rumusan kecil dan
rumusan besar.
2. RUMUSAN KECIL
Dilakukan agar memfokuskan permasalahan yang
dialami oleh pelanggan
Boleh dilakukan beberapa kali sepanjang sesi
dilakukan dengan tujuan menyemak persepsi klien
dan membawa fokus kepada perbincangan yang
dijalankan
Membantu pelanggan mengingat semula apa yang
diperbincangkan
3. PANDUAN
a) Memberi perhatian kepada nada, emosi dan isi yang
diluahkan oleh klien
b) Menyusun idea atau perasaan
c) Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan elakkan
menambah idea baru
CONTOH
Pembimbing : Selama 15 minit yang lalu saudari ada
menceritakan kepada saya mengenai ketidakpuasan hati
saudari terhadap teman lelaki saudari. Saudari rasa tercabar
dengan sikapnya dan sekaligus membosankan diri saudari.
Dalam masa yang sama juga adakalanya saudari ingin sahaja
memutuskan hubungan tersebut kerana itu sahaja jalan yang
paling mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tapi
saudari tidak mahu perkara tersebut berlaku kerana tidak
sampai hati dengan boyfriend saudari”.
4. RUMUSAN BESAR
Dilakukan sebelum menamatkan sesi
Menyentuh isi perbincangan, perasaan yang terlibat, perubahan yang terjadi, pemilihan yang
dibuat dan langkah yang dipersetujui
Contoh :
Pembimbing: "Pada sesi kali ini kita telah membincangkan dengan panjang lebar masalah yang
benar-benar menggangu saudari iaitu masalah tidak puashati dengan sikap teman lelaki
saudari. Saudari rasa tercabar dan bosan dengan sikap boyfriend saudari yang sering
mementingkan diri sendiri dan suka mengawal segala pergerakkan saudari. Saudari
merasakan sebegini semenjak boyfriend saudari jarang mengambil kisah tentang diri saudari
akibat kesibukkannya dan saudari merasakan sukar untuk menerima alasan darinya. Keadaan
ini menyebabkan saudari rasa tertekan dan bosan dengan sikapnya. Adakalanya saudari terfikir
untuk memutuskan sahaja perhubungan dengannya tetapi saudari tidak sampai hati dan masih
sayangkannya dan kalau boleh saudari mahu boyfriend saudari seperti dahulu, seperti baru
mula-mula bercinta dahulu. Saudari cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut
dengan membuat perbincangan bersemuka dengannya namun dia cuba mencari alasan
dengan mengatakan yang beliau tidak sempat sebab terlalu sibuk. Jadi ini adalah diantara apa
yang kita perbincangkan pada kali ini. Nampaknya saudari belum lagi dapat mencari jalan
penyelesaian kepada permasalahan tersebut tetapi oleh kerana masa tidak mencukupi apa
kata kita sambung sesi ini pada sesi akan datang. Jadi pada sesi akan datang kita akan
menyambung perbincangan mengenai permasalahan tersebut dan bersama-sama mencari
jalan penyelesaiannya.