Kebudayaan Dongson dan Sa-Huynh merupakan dua kebudayaan prasejarah di Asia Tenggara yang dibuktikan melalui penemuan artifak seperti gendang gangsa dan gerabah. Walaupun terdapat penyebaran objek gangsa Dongson, ini bukanlah disebabkan penyebaran budaya asal tetapi berlaku melalui perdagangan antara kawasan. Manakala Sa-Huynh membangunkan kemahiran dalam pembuatan alat logam seperti besi di Vietnam.
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
PERBANDINGAN KEBUDAYAAN DONGSON DAN SAH HYUNH
1.
2.
• Definisi zaman prasejarah
• Zaman prasejarah mempunyai 4 bahagian iaitu :
1) Zaman paleolitik
2) Zaman mesolitik
3) zaman neolitik
4) Zaman logam
• Pengenalan kepada kebudayaan Dongsun di Asia
Tenggara
• Pengenalan kepada kebudayaan Sah hyun di Asia
Tenggara
PENGENALAN
3.
Terletak di wilayah Thanh Hoa, utara Vietnam.
Berkembang pada abad ke-5 hingga abab ke-2 SM.
Leong Sau Heng (1989) :
kebudayaan ini bermula di Vietnam pada tahun
1924 berdasarkan tapak utamanya di Sungai
Song Ma berdekatan kampung Dongson, utara
Vietnam.
Sejarah awal kebudayaan Dongson
4.
Kebudayaan Dongson di Asia Tenggara (AT) kira-
kira 3000 – 2000 SM.
Masyarakat dari Dongson berhijrah ke Indonesia
lalu membawa kebudayaan ini.
Payot (1924) :
menjalankan pengalian di sebuah perkuburan
Dongson dan menemui pelbagai peralatan
seperti gendang bejana, hujung tombak, kapak
dan gelang-gelang.
Penyebaran Kebudayaan Dongson di
Asia Tenggara
5. Banyak peralatan gangsa yang mempunyai pertalian
dengan kebudayaan Dongson dari segi bentuk dan pola
hiasannya.
Heger jenis 1 yang tersebar di Semenanjung Tanah
Melayu dan kepulauan Sunda, Indonesia.
Menurut Loewenstein (1956) :
ada 6 gendang Heger di Tanah Melayu seperti
di Klang, Batu Pasir Garam, dan Tembeling yang
berusia kira-kira abad ke-2 SM.
6. Terdapat 56 gendang yang berasal dari Kepulauan
Sunda seperti Jawa dan Sumatera.
Contoh :
Indonesia – gendang Makalamau yang berasal
daripada kepulauan Sangeang
berhampiran Sumbawa yang
berkemungkinan daripada Dinasti
Han.
7.
Kepercayaan :
Kehidupan selepas mati.
Telah pun mempercayai wujudnya kehidupan selepas
mati.
Pengebumian mayat disertakan sekali kapak gangsa,
mata lembing dan pisau.
Lukisan kapal pada gendang Heger 1 turut
menunjukkan gambar perahu yang membawa jiwa ke
dunia akhirat.
Pencapaian Kebudayaan Dongson
8. Permujaan roh nenek moyang :
Tujuannya untuk menghormati roh nenek moyangnya
Paluan gendang bertujuan untuk pemanggilan pulang
roh nenek moyang mereka
Menaikkan semangat pahlawan seperti yang terdapat
pada corak gendang Co La
Ritual untuk memanggil hujan untuk mengelakkan banjir
dan bencana.
.
9.
10. Kesenian dan Perhiasan :
Terdapat pada peralatan gangsa seperti gendang.
Imej yang bermotifkan naturalistik, zoomorfik dan
geometri
Naturalistik - corak yang bermotifkan haiwan dan
manusia.
Zoomorfik - satu bulatan yang dikelilingi tagen, pola
duri dan mata gergaji
Geometri - corak yang bermotifkan bentuk seperti
bulatan, garisan lurus dan sebagainya.
Contoh :
Gendang Heger 1, terdapat corak garis-garis
lurus dan mempunyai gambar haiwan,
manusia dan bentuk-bentuk geometri.
11. Gendang Heger 1 ini juga merupakan peralatan muzik,
terdapat gambaran kehidupan seharian masyarakat ketika
itu dan gambaran peperangan haiwan dan burung.
12.
13. Status masyarakat :
Ketua – Chiefdom
Individu yang ada gendang dianggap golongan
berkuasa dan kaya.
Wujud kerajaan seperti kerajaan Co Loa, kawasan delta
Sungai Merah.
Kerajaan ini dikelilingi parit besar yang berukuran
2000 kali ganda daripada perkampungan Neolitik di
Phong Nguyen dan berperanan juga sebagai benteng
pertahanan.
14. Gendang-gendang yang ditemui di Malaysia dan di Pulau
Sunda (Sumatera, Jawa, Bali dan Sunda Kecil) adalah untuk
dihadiahkan oleh penguasa politik dan agama di Vietnam
kepada para penguasa tempatan setempat.
Ini melambangkan status, kekuasaan dan martabat raja
15. Pembuatan Alat Gangsa :
Untuk menghasilkan peralatan gangsa seperti
gendang, pisau, mata tombak, loceng, bejana, kapak
dan sebagainya.
Bernet Kempers memberi gambaran cara-cara
penghasilan gendang Heger 1 yang dicetak secara
utuh.
16. Proses yang digambarkan oleh Bernet iaitu :
1) Lembaran lilin ditampal pada inti tanah liat
yang menyerupai bentuk gendang dan
berfungsi sebagai cetakan bahagian dalam
gendang.
2) Cap-cap daripada tanah liat atau batu disertakan
bagi menunjukkan hiasan perahu dan iringan-
iringan manusia.
3) Lukisan atau gurisan gambar untuk menambahkan
hiasan naturalistik seperti gambar rumah.
4) Lembaran lilin ditutup dengan tanah liat yang
berfungsi sebagai cetakan pada bahagian luar dan
dipakukan sebagai penjaga jarak untuk
memampatkan cetakan pada bahagian luar dan
dalam
17. 5) Akhir sekali, tanah liat dibakar sehingga lilin
terkeluar dan ruang-ruang yang ditinggalkan disi
dengan cairan logam.
Terdapat juga cetakan jenis cire perdue atau lilin hilang.
Jenis ini masih lagi digunakan di Madalay, Burma untuk
mencetak patung-patung Buddha di kuil dan miniatur
gendang
18.
Kebudayaan Sa-Huynh merupakan sebuah nama
yang merujuk pada sebuah tapak arkeologi gerabah
(tembikar) di Vietnam .
Kebudayaan Sa Huynh dianggarkan berlangsung
pada sekitar tahun 600 SM-1 M.
Kebudayaan Sa Huynh diketahui melalui penemuan
kubur tempayan
SAH-HYUNH
19.
Pendukung kebudayaan ini ada golongan
austranesia
Penguburan tersebut adalah adat kebiasan
yang dibawa oleh orang-orang Cham ke
kepulauan Indonesia
Pada dasarnya kebudayaan Sah Hyunh
merupakan kebudayaan yang hampir sama
dengan Kebudayaan Dongson
20.
Budaya Sa-Huynh mengembangkan pengaruh
tradisi gerabahnya di Kalanay , sah hyunh, niah
Ragam hias Sa-Huynh juga turut ditemui di
kawasan Thailand, Taiwan, Filipina dan
Indonesia.
Hal ini mampu membuktikan bahawa wujudnya
hubungan dagang antara penduduk Sa-Huynh
dan negara jirannya di Asia Tenggara.
Terdapat dua cara penyebarannya iaitu dengan
melalui jalur darat dan melalui jalur laut.
PERKEMBANGAN
21.
Sebagai bukti Sa Hyunh menetap di sepanjang sungai
Vietnam Tengah hingga ke selatan di kawasan Delta
Mekong.
Terdapat penemuan kubur tempayan di Selatan vietnam
iaitu di Hong Gon, Phu hoa dan juga Going Ca Vo.
Di tapak Going Ca Vo di kota ho chi Minh di temui 18
anting-anting berkepala haiwan yang di perbuat daripada
kaca dalam kubur tempayan yang di perbuat daripada
kaca.
Budaya Sa hyunh di
Vietnam
22.
Di pengaruhi tembikar Sa hyunh kalany(Filipina)
Cara penyebaran melalui
Jalan Darat : Muang Thai Dan Malaysia ke kepulauan
Indon
Jalan Laut : menyeberangi Laut terus ke kepulauan
Indonesia
Penemuan tembikar di Anyer (banten), Palawangan
dekat rembang (jawa Tengah)
Sa hyunh Di Indonesia
23.
Budaya Sa-Huynh mengembangkan pengaruh tradisi
tembikar di Kalanay (Filipina).
Menurut W.G. Solheim menyebut tembikar ini di beri
nama budaya Sa-Huynh-Kalanay. Budaya ini berkembang
sekitar 750-200 sebelum Masehi.
Terdapat penemuan tembikar kubur yang di jumpai di
filipina yang berciri-ciri hiasan garis dan bidang-bidang
yang di isi dengan tera tepian kerang.
Sa Hyun Di Filipina
24.
Kebudayaan Sah hyunh mempunyai keahlian yang
sangat tinggi dalam bidang kerajinan, terutama
gerabah.
masyarakat Sah hyun sudah berkembang kehadapan
berbanding kebudayaan Dongson
pada masa tersebut kebudayaan sah hyun sudah
pandai menggunakan besi di mana masyarakat
dongson masih menggunakan perunggu.
ALATAN
25. Teknologi pembuatan alat-alat dari besi di
wilayah Sa Huynh diperkirakan berasal dari
China
terdapat beberapa alatan yang berjaya
ditemui merangkumi pelbagai alat yang
bertangkai corong, seperti spade, tembilang,
dan kapak
Ada pula yang tidak mempunyai corong,
seperti sabit, pisau bertangkai, kumparan
tenun, cincin dan gelang berbetuk lingkaran.
27.
Penyebaran gendang Dongson di negara ini
hanya berlaku dalam penyebaran objek
sahaja dan bukannya penyebaran
kebudayaan masyarakat asalnya iaitu di
Vietnam manakala kebudayaan Sa-Huynh
merupakan sebuah nama yang merujuk pada
sebuah tapak arkeologi gerabah (tembikar) di
Vietnam .
KESIMPULAN
28. Sebagai contoh, gendang yang digunakan dan
dijumpai di kawasan Asia Tenggara serta di Tanah
Melayu bukannya dibuat atau dihasilkan oleh
masyarkat di kawasan itu namun gendang tersebut
diperoleh hasil daripada pemberian hadiah dan
perdagangan yang dilakukan oleh masyarakat
zaman itu manakala Sa Hyunh membuat sendiri
alatan logam seperti spade, tembilang dan kapak.
29. Tanggapan umum bagi kebudayaan Dongson telah
tersebar dan diamalkan bagi kebanyakan kawasan di
Asia Tenggara sukar untuk kenalpasti secara khusus
berdasarkan penemuan artifak gendang gangsa dari
jenis Heger 1. Penyebaran objek gangsa bukanlah
disebabkan berlakunya diffusi budaya iaitu
tersebarnya kebudayaan dari tanah besar Asia
Tenggara ke rantau ini. Tetapi lebih diyakini sebagai
petunjuk tentang adanya hubungan dagangan di
antara gugusan Nusantara dengan tanah besar Asia
Tenggara.