3. PENGASAS
• William C. Bagly (1874-1946) dari Amerika Syarikat – bermula pada
tahun1938.
• Disokong oleh Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel.
• Falsafah pendidikan ini berpunca daripada mazhab idealisme dan
realisme.
4. Konsep yang dipegang
• Pendidikan adalah melalui pengetahuan teras yang
terkumpul dan berkekalan buat beberapa lama.
• Pengetahuan bersifat teras adalah wajar disampaikan
kepada semua pihak terutama kepada pelajar.
• Pengetahuan teras ini bersama-sama dengan
kemahiran, sikap serta nilai yang merangkumi unsurunsur nilai murni.
5. Prinsip pendidikan
• Lebih memfokuskan masa hadapan.
• Segala ilmu pengetahuan yang diperolehi mestilah boleh
diamalkan agar individu dapat memainkan peranan yang
produktif dalam masyarakat.
• Ilmu yang akan diperoleh sebenarnya bergantung kepada
usaha dan kerajinan pelajar itu sendiri.
6. Tujuan pendidikan
• Menjadikan seseorang itu menjadi insan yang baik
melalui latihan intelek dan mental. – menurut James B.
Connant(1893-19780) dan Hyman George
Rickover(1900-1986)
7. Usaha yang perlu dilakukan
• Guru hendaklah membantu murid memperolehi keperluan dan kualiti
kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam
masyarakat secara terus menerus.
• Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan
demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai
pengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dan mahir mengunakan teknik ganjaran dan
denda.
• Guru hendaklah mempunyai kelayakan akedemik yang
berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologi
perkembangan kanak-kanak dan remaja.
• Guru hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang
nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden.
8. Kurikulum pendidikan
• Sekolah rendah-lebih memfokuskan penguasaan
kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.
• Sekolah menengah-penekanan adalah lebih intensif dan
diperluaskan meliputi mata pelajaran seperti
Matematik, Sains, Ilmu pengetahuan, Bahasa dan
Kesusasteraan.
• Sekolah berperanan sebagai badan yang
mengekal, memelihara dan menyebarkan warisan
budaya dan sejarah berkaitan dengan pengetahuan.