Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pendemokrasian

Edu 3093

  • Login to see the comments

  • Be the first to like this

Pendemokrasian

  1. 1. Pendemokrasian dapatlah dikonotasikan sebagai prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap individu yang menganggotai sesuatu masyarakat. Manakala pendidikan pula yang dikaitkan dengan satu usaha adalah merupakan satu proses mendidik atau dididik (the act or process of educating or being educated) untuk memanusiakan manusia.
  2. 2. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan.   Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan- sekatan yang tertentu atau setidak- tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar
  3. 3. Pendemokrasian pendidikan dari segi konsepnya adalah berkait rapat dengan peluang serta mutu keseluruhan proses pendidikan dan melibatkan di semua peringkat pendidikan. Konsep pendidikan untuk semua bukanlah sekadar meliputi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan semata-mata tetapi pendemokrasian pendidikan yang dihajati haruslah juga merangkumi peluang bagi semua individu untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.
  4. 4. Dengan lain perkataan, tiDak harus wujuD sebarang perbezaan Dan Diskriminasi Di mana-mana peringkat masyarakat Dari segi peluang Dan mutu Dalam pelaksanaan sistem penDiDikan negara. Oleh yang Demikian, sistem penDiDikan haruslah memastikan tiDak aDa mana-mana gOlOngan Di negara ini yang tercicir Dari memperOlehi peluang untuk menDapat penDiDikan yang bermutu kerana jika keaDaan seDemikian berlaku maka kemajuan yang akan kita kecapi paDa tahun 2020 nanti pastinya menjaDi pincang.
  5. 5. KEPENTINGAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Secara umumnya, isu pendemokrasian pendidikan adalah penting kepada semua lapisan masyarakat baik mereka yang terlibat secara langsung mahupun mereka yang berada di luar sistem pendidikan. kepaDa para pengurus penDiDikan: isu ini penting untuk dijadikan asas dan sandaran dalam membuat perancangan. Para pengurus atau pentadbir pendidikan perlu merancang bagaimana matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai
  6. 6. Dalam hal ini matlamat pendidikan adalah jelas iaitu mestilah berlandaskan kepada apa yang terkandung di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan apa yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perancangan dan penyelenggaraan sumber- sumber secara berkesan dan saksama akan memastikan agenda pendemokrasian pendidikan diteruskan seadilnya dari segi peluang dan pendidikan mutu di semua peringkat pendidikan.
  7. 7. isu ini penting dalam memberi kesedaran tentang kepentingan dan keperluan pendidikan terutamanya dalam aspek pendemokrasian. •Ini bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak- anak mereka.
  8. 8. •khususnya mereka yang berada di peringkat akar umbi iaitu di sekolah-sekolah. Golongan inilah sebenarnya merupakan barisan hadapan di dalam menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu perancangan. •Dalam konteks pendemokrasian pendidikan, guru-guru haruslah sentiasa memahami bahawa kewujudan mereka adalah bukan sekadar mengajar tetapi yang utama ialah menyediakan peluang kepada anak didik mereka untuk menikmati pendidikan berkualiti tanpa mengira batas-batas sosio-ekonomi, sempadan- sempadan geograf ataupun perbezaan politik.
  9. 9. •Sistem pendidikan yang sedia ada tidak juga melupakan atau mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. •Dengan lain perkataan, kanak-kanak daripada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu, serta kanak-kanak ‘down syndrome’ juga berpeluang mendapat pendidikan di negara ini.
  10. 10. Pihak kerajaan telah menambah bilangan sekolah untuk murid istimewa. Namun yang masih menjadi isu ialah kanak- kanak golongan terpaksa mengikuti kurikulum yang sama serta menduduki peperiksaan awam yang setaraf dengan rakan rakan mereka yang normal walaupun kemampuan mereka adalah lebih rendah.
  11. 11. Kesaksamaan hak pendidikan kepada semua tidak kira jantina Contohnya pada zaman dahulu,pelajaran hanya diutamakan kepada kaum lelaki sahaja sebaliknya kaum wanita hanya terhad kepada aktiviti di rumah sahaja. Jadi,melalui kesaksamaan hak pendidikan tidak kira jantina,lelaki dan perempuan bebas untuk menuntut ilmu sama ada di sekolah,kolej,universiti dan sebagainya
  12. 12. Melalui PIPP pihak kerajaan telah menyalurkan sejumlah yang besar kepada Kementerian Pelajaran untuk menaik taraf sekolah-sekolah di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. Sekolah di pedalaman akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti air bersih dan elektrik.
  13. 13. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta Pendidikan 1996 (pindaan 2002) yang memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah yang dilaksana secara berperingkat mulai tahun satu pada 1 Januari 2003. Lanjutan dari Akta 1962 Diwartakan pada 31 Disember 1997
  14. 14. Mengurangkan Masalah 3M dalaM kalangan rakyat Malaysia Masyarakat lebih berilMu pengetahuan Menaikkan taraf negara Malaysia bagi Mencapai MatlaMat negara Maju Mengurangkan jurang pendidikan antara Masyarakat bandar dengan luar bandar. Melahirkan rakyat yang dapat bersaing di peringkat global.
  15. 15. MEMPERLUASKAN SKOP PENDIDIKAN DARI PRA SEKOLAH HINGGA TAHAP PENDIDIKAN TINGGI; KERAJAAN DAN SWASTA MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA PENYELARASAN SEMUA JENIS KURIKULUM KATEGORI SEKOLAH MELALUI KURIKULUM KEBANGSAAN MENGGUNAKAN SISTEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN YANG SAMA PENDIDIKAN ISLAM DIPERLUASKAN UNTUK PELAJAR ISLAM MEMPERLUASKAN BIDANG KUASA MENTERI PENDIDIKAN MEMPERTINGKATKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL MEMPERKUKUHLAN LATIHAN PERGURUAN PENDIDIKAN SWASTA YANG LEBIH SISTEMATIK
  16. 16. SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERDIRI DRPD INSTITUSI KERAJAAN, BANTUAN KERAJAAN DAN SWASTA BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA KURIKULUM KEBANGSAAN UNTUK SEMUA SEKOLAH SEKLAH MENYEDIAKAN MURID BAGI PEPERIKSAAN YANG DITETAPKAN SISTEM PENDIDKAN KEBANGSAAN

×