Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Maklumat Pendidikan di Malaysia
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-
2015
2. Visi dan aspirasi
Sistem pendidikan seseb...
sosioekonomi, dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang
menghargai perpaduan dalam kepelbagaian. Pada tahun 1979,
Lap...
negara berpendapatan pertengahan ke arah negara berpendapatan
tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang berb...
berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri sert...
murid mengikut peruntukan sedia ada
Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS d...
Rasional
Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran
yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik
...
Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program
yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai
masalah pembelaja...
Konstruk
APA (Perkara) yang ditaksir
Dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak
Hasrat pendidikan
Dibangunkan dan...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Maklumat pendidikan di malaysia

208 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Maklumat pendidikan di malaysia

  1. 1. Maklumat Pendidikan di Malaysia Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013- 2015 2. Visi dan aspirasi Sistem pendidikan sesebuah negara wajar didasarkan pada aspirasi yang berkait rapat dengan konteks negara itu. Walaupun terdapat perspektif yang berbeza tentang perkara yang menjadikan sistem pendidikan Malaysia hebat, namun hampir semua pihak berkepentingan setuju bahawa sistem ini perlu ditambah baik bagi memenuhi harapan dan jangkaan rakyat. Bab ini membincangkan dua aspek berkaitan masa depan sistem pendidikan, iaitu gambaran sistem pendidikan setelah ditransformasi, dan harapan serta aspirasi setiap murid di Malaysia. Aspirasi sistem pendidikan Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan: akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (Ekshibit 2-1). Dalam konteks Malaysia, aspirasi ini muncul daripada kandungan laporan pendidikan yang bersejarah dan masih relevan, sama seperti ketika mula-mula direncanakan. Pada tahun 1956, Laporan Razak merencanakan suatu sistem pendidikan kebangsaan yang menjamin tempat di sekolah untuk semua kanak-kanak tanpa mengira etnik atau latar belakang
  2. 2. sosioekonomi, dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menghargai perpaduan dalam kepelbagaian. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Laporan ini juga menegaskan semula matlamat Malaysia terhadap sistem pendidikan berfokuskan pendidikan murid secara holistik, dan menyediakan negara untuk masa depan. Terbaru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Kelima-lima teras asas ini juga selari dengan aspirasi Dialog Nasional. Tindakan dalam melaksanakannya penting dan tiada satu pun inisiatif pelaksanaan seharusnya mengganggu atau menjejas kemajuan aspirasi lain. Akses kepada kejayaan Setiap kanak-kanak di Malaysia, tanpa mengira taraf ekonomi, etnik atau latar belakang berhak mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Berasaskan prinsip Pendidikan untuk Semua, yang merupakan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Milenium, sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan akses Keadaan sistem pendidikan hari ini menjadi penentu terbaik daya saing Malaysia. Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru dan RMKe-10, Malaysia berusaha untuk berubah daripada
  3. 3. negara berpendapatan pertengahan ke arah negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang berbakat khususnya pemimpin dan pekerja berpengetahuan, serta input lain, seperti tenaga kerja dan modal. Tambahan pula, globalisasi menuntut individu berbakat di Malaysia bersaing dengan mereka yang terbaik di peringkat antarabangsa. Demi melahirkan bakat yang kompetitif di peringkat global, Malaysia perlu mempunyai sistem pendidikan yang mampu berdaya saing. Falsafah pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal pada tahun 1988 dan disemak semula pada tahun 1996 menzahirkan wawasan pendidikan negara sebagai suatu cara perkembangan holistik semua kanak-kanak dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
  4. 4. berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara”. Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menegh atas menjelang tahun 2020 Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian(bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender)menjelang tahun 2020 Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilanmurid mengikut peruntukan sedia ada.
  5. 5. murid mengikut peruntukan sedia ada Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. LINUS NationalKeyResultAreas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa : Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.
  6. 6. Rasional Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya: Program KIA2M untuk murid Tahun I yang mula dilaksanakan pada tahun 2006 Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masin- masing Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II. Matlamat Murid menguasai kemahiran asas 3 M:- (MEMBACA, MENULIS & MENGIRA) KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
  7. 7. Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS). Instrument Saringan Semua instrumen Saringan LINUS dibina oleh LPM tetapi proses saringan dilaksanakan oleh guru secara individu atau kumpulan kecil murid. Proses saringan dilaksanakan secara standard dan dijalankan secara serentak terhadap semua murid dengan kaedah pengendalian dan jadual yang sama. Proses saringan boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga saringan MESTI dilaksanakan oleh guru Reka Bentuk Instrument Saringan Berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan numerasi yang merangkumi definisi literasi dan numerasi Kesemuanya tergolong dalam asas literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Murid yang menguasai kesemua 12 konstruk itu dianggap telah menguasai asas literasi dan numerasi. Murid yang tidak menguasai kesemua 12 konstruk itu akan melalui kelas pemulihan program LINUS atau kelas khas murid bermasalah pembelajaran.
  8. 8. Konstruk APA (Perkara) yang ditaksir Dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak Hasrat pendidikan Dibangunkan dan diperkembangkan melalui proses P &P Dinyatakan secara eksplisit dalam dokumen kurikulum

×