SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Pusat Perkembangan Kurikulum
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM 
KANDUNGAN 
RUKUN NEGARA 
v 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 
vii 
KATA PENGANTAR 
ix 
PENDAHULUAN 
1 
KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 
2 
KHIDMAT MASYARAKAT 
5 
STRATEGI PELAKSANAAN 
6 
PENILAIAN 
6 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
7 
TEMA 1 : 
PENCAPAIAN KENDIRI 
8 
TEMA 2 : 
HUBUNGAN KEKELUARGAAN 
10 
TEMA 3 : 
HIDUP BERMASYARAKAT 
11 
TEMA 4 : 
WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA 
13 
TEMA 5 : 
MALAYSIA NEGARA BERDAULAT 
14 
TEMA 6 : 
CABARAN MASA DEPAN 
16 
PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT 
18 
iii
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM 
RUKUN NEGARA 
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. 
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut : 
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 
KELUHURAN PERLEMBAGAAN 
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
KESOPANAN DAN KESUSILAAN 
v
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN 
KBSM 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 
vii
H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N KBSM 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN 
KATA PENGANTAR 
Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid tentang hak dan tanggungjawab sebagai warga negara dengan mengambil kira aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Guru juga perlu menekankan aktiviti khidmat masyarakat yang merupakan komponen penting dalam memupuk kesedaran sivik di kalangan murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. 
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. 
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. 
Dalam usaha menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pelajaran dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. 
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, teori pelbagai kecerdasan, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. 
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. 
(MAHZAN BIN BAKAR SMP, AMP) 
Pengarah 
Pusat Perkembangan Kurikulum 
Kementerian Pelajaran Malaysia 
ix
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN 
KBSM 
1.0 PENDAHULUAN 
1.1 Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. 
1.2 Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. 
1.3 Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara. 
1
HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN 
KBSM 
2.0 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 
2.1 Matlamat 
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia 
2.2 Objektif 
Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. 
2.2.1 Objektif Pengetahuan: 
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan 
negara. 
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. 
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat 
yang bersatu padu. 
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamik dan patriotik. 
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. 
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan 
masyarakat dan negara. 
2
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN 
KBSM 
2.2.2 Objektif Kemahiran: 
i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. 
ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang 
bahagia. 
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. 
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. 
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. 
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. 
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. 
2.2.3 Objektif Nilai: 
i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. 
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. 
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia. 
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. 
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. 
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. 
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. 
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat. 
3
HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN 
KBSM 
2.3 Tema 
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi enam tema seperti berikut: 
1. Pencapaian Kendiri 
2. Hubungan Kekeluargaan 
3. Hidup Bermasyarakat 
4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 
5. Malaysia Negara Berdaulat 
6. Cabaran Masa Depan 
Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan tema ini dengan peristiwa atau isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia. 
4
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN 
KBSM 
3.0 KHIDMAT MASYARAKAT 
Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Aktiviti ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahn. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Khidmat Masyarakat harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Khidmat Masyarakat bertujuan membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Guru harus memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan seperti berikut: 
Tingkatan 
Tema 
1 
1. Pencapaian Kendiri 
2. Hubungan Kekeluargaan 
2 
3. Hidup Bermasyarakat 
3 
4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 
4 
5. Malaysia Negara Berdaulat 
5 
6. Cabaran Masa Depan 
5
HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN 
KBSM 
4.0 STRATEGI PELAKSANAAN 
Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. 
5.0 PENILAIAN 
Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakkan menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan, dan laporan. 
6
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN 
KBSM 
6.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
6.1 Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengandungi tiga lajur, iaitu Tema/Tajuk, Hasil Pembelajaran dan Cadangan Aktiviti. 
6.1.1 Tema/Tajuk 
Lajur ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan. 
6.1.2 Hasil Pembelajaran 
Hasil Pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk. 
6.1.3 Cadangan Aktiviti 
Lajur ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran. 
7
HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N 
TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N 
TEMA/TAJUK 
HASIL PEMBELAJARAN 
CADANGAN AKTIVITI 
1. PENCAPAIAN KENDIRI 
a. Wawasan diri 
- Hala tuju diri 
- Usaha yang cemerlang 
- Sikap yang berwawasan 
i. Menerangkan ciri-ciri wawasan diri 
ii. Menghuraikan kepentingan wawasan diri 
iii. Mengamalkan usaha yang gigih untuk mencapai wawasan diri 
iv. Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi 
i. Menghasilkan peta minda tentang wawasan diri dan membincangkan bersama-sama rakan 
ii. Membincangkan usaha untuk menjayakan wawasan diri 
iii. Menghasilkan Aku Janji untuk merealisasikan wawasan diri 
iv. Mencipta dan mendeklamasikan puisi bertemakan wawasan diri 
v. Menghasilkan biografi tentang perjalanan hidup seseorang yang telah berjaya dalam profesionnya: 
- doktor 
- peguam 
- jurutera 
- guru 
- peladang 
8
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 
TEMA/TAJUK 
HASIL PEMBELAJARAN 
CADANGAN AKTIVITI 
b. Perkembangan diri yang seimbang 
- Intelek 
- Rohani 
- Emosi 
- Jasmani 
i. Menghuraikan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang 
ii. Menerangkan kepentingan perkembangan diri yang seimbang dalam pelbagai aspek 
iii. Mengamalkan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang ke arah kehidupan yang sejahtera 
iv. Bersyukur dengan perkembangan diri yang seimbang 
i. Mengadakan sesi sumbang saran pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang 
ii. Berbincang cara untuk meningkatkan perkembangan diri yang seimbang 
iii. Membuat kajian tentang “Murid Contoh” berdasarkan aspek-aspek perkembangan diri yang seimbang 
iv. Melakonkan sketsa bertemakan perkembangan diri yang seimbang: 
- kehidupan harian seorang petani yang berjaya 
- kehidupan harian seorang usahawan yang gigih 
9
HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N 
TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N 
TEMA/TAJUK 
HASIL PEMBELAJARAN 
CADANGAN AKTIVITI 
2. HUBUNGAN KEKELUARGAAN 
a. Keperluan berkeluarga 
- Sosial 
- Politik 
- Ekonomi 
i. Menghuraikan keperluan berkeluarga 
ii. Menjelaskan peranan badan kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan 
iii. Berusaha mengukuhkan institusi kekeluargaan 
iv. Menjalinkan hubungan erat antara anggota keluarga 
v. Menghargai institusi kekeluargaan 
i. Membincangkan kepentingan keperluan berkeluarga 
ii. Mengadakan forum bertajuk “ Membina Institusi Kekeluargaan Yang Cemerlang” 
iii. Main peranan sebagai ketua keluarga dalam menentukan jodoh ahli keluarganya 
iv. Meramalkan nilai-nilai yang diamalkan dalam institusi kekeluargaan menjelang tahun 2020 
v. Melakonkan satu situasi yang menggambarkan hubungan erat dalam keluarga 
vi. Mengadakan lawatan badan kerajaan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan 
10
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 
TEMA/TAJUK 
HASIL PEMBELAJARAN 
CADANGAN AKTIVITI 
3. HIDUP BERMASYARAKAT 
a. Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat 
- Penyalahgunaan najis dadah 
- Pergaulan bebas 
- Penderaan 
- Vandalisme 
- Gangsterisme 
- Penyalahgunaan teknologi 
i. Menjelaskan isu dan masalah sosial dalam masyarakat 
ii. Menyenaraikan akibat masalah sosial dalam masyarakat 
iii. Mengambil tindakan yang wajar untuk menangani isu dan masalah sosial 
iv. Peka terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat 
v. Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi menangani isu dan masalah sosial dalam masyarakat 
i. Sumbang saran tentang cara untuk mengatasi isu dan masalah sosial dalam masyarakat 
ii. Menghasilkan direktori badan kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan isu dan masalah sosial 
iii. Menulis surat kepada badan-badan yang berkaitan untuk memberikan cadangan dalam menangani isu dan masalah sosial di kawasan setempat 
iv. Main peranan sebagai anggota masyarakat yang memberikan nasihat kepada sekumpulan remaja yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat 
v. Mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan: 
- Pusat serenti 
- Penjara 
vi. Mengadakan ceramah yang bertema isu dan 
masalah sosial dalam masyarakat oleh 
pegawai: 
- PDRM 
- Penjara 
- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia 
11
HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N 
TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N 
TEMA/TAJUK 
HASIL PEMBELAJARAN 
CADANGAN AKTIVITI 
b. Peraturan dan undang-undang dalam masyarakat 
- Norma komuniti 
- Keselamatan jalan raya 
- Jenayah juvana 
i. Menyenaraikan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat 
ii. Menjelaskan peranan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat 
iii. Menghuraikan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya 
iv. Menerangkan tujuan undang-undang jenayah juvana digubal 
v. Mengamalkan norma komuniti, peraturan dan undang-undang negara dalam kehidupan bermasyarakat 
vi. Menggunakan jalan raya secara berhemah 
vii. Mematuhi norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat 
i. Membincangkan peranan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat 
ii. Membuat kajian tentang undang-undang jenayah juvana 
iii. Mengadakan kuiz keselamatan jalan raya 
iv. Merangka cadangan dan tindakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya untuk dibawa ke pihak berkuasa 
v. Mengumpul dan membincangkan keratan akhbar yang berkaitan dengan kes-kes jenayah juvana 
12
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 
4. WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA 
a. Prinsip-prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama 
- Nilai 
- Amalan 
b. Kepentingan amalan-amalan tertentu dalam perayaan pelbagai kaum 
- Hari Raya Aidilfitri 
- Hari Raya Aidiladha 
- Tahun Baru Cina 
- Hari Wesak 
- Deepavali 
- Thaipusam 
- Krismas 
- Good Friday 
- Hari Gawai 
- Tadao Keamatan 
- Vasakhi 
i. Menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pelbagai agama 
ii. Menyatakan amalan ajaran agama masing- masing dan pelbagai agama lain di Malaysia 
iii. Mengamalkan nilai-nilai murni dan ajaran agama masing-masing dalam kehidupan 
iv. Menghormati nilai-nilai murni dan amalan ajaran pelbagai agama lain 
i. Menjelaskan kepentingan amalan-amalan perayaan pelbagai kaum 
ii. Menyertai sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing 
iii. Melaksanakan amalan-amalan tertentu semasa sambutan perayaan mengikut kaum masing- masing 
iv. Menghormati amalan dan sambutan perayaan pelbagai kaum 
i. Berbincang tentang amalan pelbagai agama 
ii. Mengumpul, membincang dan mempamerkan kata-kata hikmat ahli fikir dan tokoh agama tentang agama masing-masing 
iii. Berkongsi pengalaman dengan rakan tentang persiapan menyambut perayaan agama masing-masing 
i. Menganjurkan sambutan perayaan sesuatu kaum di bilik darjah atau sekolah 
ii. Menghasilkan buku skrap perayaan pelbagai kaum 
iii. Berbincang tentang kepentingan amalan tertentu dalam perayaan pelbagai kaum 
13
HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N 
TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N 
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 
5. MALAYSIA NEGARA BERDAULAT 
a. Kepentingan Perlembagaan Malaysia 
- Politik 
- Sosial 
- Ekonomi 
i. Menerangkan sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia 
ii. Menjelaskan kepentingan Perlembagaan Malaysia 
iii. Menghuraikan proses penggubalan perlembagaan 
iv. Menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara 
v. Menyanjungi keluhuran Perlembagaan Malaysia 
i. Menghasilkan peta konsep sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia 
ii. Membuat carta aliran cara menggubal perlembagaan 
iii. Mengadakan forum tentang kepentingan Perlembagaan Malaysia 14
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 
TEMA/TAJUK 
HASIL PEMBELAJARAN 
CADANGAN AKTIVITI 
b. Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia 
- Bahasa 
- Agama 
- Kewarganegaraan 
- Hak Asasi 
- Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak 
i. Menerangkan peruntukan utama Perlembagaan Malaysia 
ii. Menghuraikan batasan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara 
iii. Mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Malaysia 
iv. Mentaati Perlembagaan Malaysia 
i. Mengumpul dan membincangkan keratan akhbar, majalah dan lain-lain bahan tentang isu yang berkaitan dengan undang-undang dan tanggungjawab sebagai warganegara 
ii. Meramalkan kesan kepada negara sekiranya Perlembagaan Malaysia tidak dihormati 
iii. Mengadakan perbahasan bertajuk “Peruntukan Perlembagaan Negara Menghadkan Kebebasan seseorang Individu” 
iv. Mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri 
v. Mengadakan ceramah bertajuk “Proses Pembentukan Undang-undang” oleh Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri 
15
HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N 
TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N 
TEMA/TAJUK 
HASIL PEMBELAJARAN 
CADANGAN AKTIVITI 
6. CABARAN MASA DEPAN 
a. Membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran negara 
- Etika kerja 
- Kualiti kerja 
- Peningkatan ilmu dan kecekapan 
- Penyelidikan dan pembangunan 
- Rasuah sifar 
- Kebajikan pekerja 
i. Menjelaskan budaya kerja cemerlang 
ii. Menghuraikan kepentingan budaya kerja cemerlang 
iii. Mengamalkan budaya kerja cemerlang untuk kemajuan diri dan negara 
iv. Menghayati budaya kerja cemerlang 
v. Menghargai usaha meningkatkan budaya kerja cemerlang 
i. Menemubual guru/pentadbir sekolah tentang ciri-ciri dan kepentingan budaya kerja cemerlang 
ii. Menghasilkan logo, slogan atau poster tentang budaya kerja cemerlang 
iii. Mengadakan kempen “Budaya Kerja Cemerlang” peringkat kelas atau sekolah 
iv. Mengadakan simulasi perundingan antara majikan dan pekerja tentang hal-hal kebajikan pekerja 
v. Mengumpulkan keratan akhbar tentang kes- kes rasuah dan mengulas implikasinya kepada negara 
vi. Membina garis panduan untuk melahirkan murid yang beretika cemerlang 
vii. Menghasilkan piagam pelanggan bagi kelab, persatuan dan badan beruniform secara kumpulan 
16
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 
TEMA/TAJUK 
HASIL PEMBELAJARAN 
CADANGAN AKTIVITI 
b. Pengguna yang rasional 
- Hak pengguna 
- Tanggungjawab pengguna 
- Etika pengguna dan pengeluar 
- Standard dan keselamatan pengguna 
i. Menghuraikan ciri-ciri pengguna yang rasional 
ii. Menerangkan hak dan tanggungjawab sebagai pengguna 
iii. Menjelaskan etika pengguna dan peniaga 
iv. Membincangkan kepentingan standard terhadap keselamatan pengguna, industri dan alam sekitar 
v. Membudayakan standard kepenggunaan dalam kehidupan seharian 
vi. Mengamalkan sikap sebagai pengguna yang rasional 
vii. Peka tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna yang rasional 
i. Menganjurkan “Minggu Kepenggunaan” peringkat sekolah 
ii. Mengumpul dan membincangkan kes-kes penipuan di kalangan pengguna 
iii. Mengadakan kempen berbelanja secara berhemah di sekolah 
iv. Membuat perbandingan harga barang di kedai runcit/pasaraya di kawasan setempat 
v. Membuat anggaran perbelanjaan bulanan secara berhemah bagi keluarga sendiri 
vi. Main peranan sebagai seorang pengguna yang rasional 
vii. Mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang berkaitan 
- KPDNHEP 
- Jabatan Stardard Malaysia 
- SIRIM Berhad 
- Kilang-kilang yang mendapat pengiktirafan ISO 
17
HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N 
TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N 
Pelaksanaan Khidmat Masyarakat 
Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. 
Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. 
Murid dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun. 
Matlamat 
(1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. 
(2) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 
(3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. 
18
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 
Cadangan Aktiviti 
Khidmat Masyarakat untuk tingkatan empat adalah berpandukan tema Malaysia Negara Berdaulat. Berikut ialah cadangan aktiviti Khidmat Masyarakat mengikut tema: 
Tingkatan 
Tema 
Aktiviti yang dicadangkan 
4 
• Malaysia Negara Berdaulat 
- Kajian tentang sumbangan pemimpin 
- Pengumpulan episod menarik dalam sejarah 
- Pengumpulan kisah/cerita patriotic 
- Pameran maksud/erti Merdeka 
- Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara 
- Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia 
- Cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat: 
Contohnya:- 
ƒ Meningkatkan sistem pengangkutan awam 
ƒ Menempatkan semula setinggan 
ƒ Membersihkan sungai/jalan/pantai/kawasan rekreasi 
ƒ Menghijaukan kawasan setempat 
Murid boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai dengan tema yang telah ditetapkan di atas. 
19
HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N 
TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N 
Strategi Pelaksanaan 
Murid perlu membuat persediaan sebelum melaksanakan sesuatu projek Khidmat Masyarakat. Panduan yang berikut dapat membantu anda membuat persediaan dan melaksanakan projek Khidmat Masyarakat secara terancang dan sistematik. 
1. Perancangan 
a. mengenal pasti dan memilih tajuk projek 
b. menentukan objektif, jenis aktiviti dan tempoh masa melaksanakan projek 
c. mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat 
d. menyenarai dan membahagikan tugas 
e. menentukan cara mengumpul maklumat 
f. menentukan cara merekod projek 
2. Kerja Amali 
a. melaksanakan projek 
b. merekod/mencatat tugas yang dijalankan 
c. mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas 
3. Refleksi 
a. menilai kerja yang telah dijalankan 
b. menyusun dan menyemak dokumen dan catatan 
c. membuat kesimpulan 
4. Laporan 
a. menentukan cara menyediakan laporan 
b. menulis laporan individu atau kumpulan 
c. membentangkan laporan 
5. Penghargaan 
a. menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek 
20

More Related Content

What's hot

Draft kurikulum-2013
Draft kurikulum-2013Draft kurikulum-2013
Draft kurikulum-2013Rouf 'Azmi
 
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar smaKurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar smamir_din
 
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smp
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smpKurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smp
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smphendri1 rie
 
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknas
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknasUndang undang-no-20-tentang-sisdiknas
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknasErlita Izzatunnisa
 
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknasDrs. HM. Yunus
 
Uu20 2003-sisdiknas
Uu20 2003-sisdiknasUu20 2003-sisdiknas
Uu20 2003-sisdiknasf' yagami
 
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)Harun Ar
 
Www.unpad.ac.id wp content-uploads_2012_10_uu20-2003-sisdiknas
Www.unpad.ac.id wp content-uploads_2012_10_uu20-2003-sisdiknasWww.unpad.ac.id wp content-uploads_2012_10_uu20-2003-sisdiknas
Www.unpad.ac.id wp content-uploads_2012_10_uu20-2003-sisdiknassujiman ae
 
Uu sisdiknas no 20 tahun 2003
Uu sisdiknas no 20 tahun 2003Uu sisdiknas no 20 tahun 2003
Uu sisdiknas no 20 tahun 2003Reni Nazta
 
Kurikulum Terbaru 2013
Kurikulum Terbaru 2013Kurikulum Terbaru 2013
Kurikulum Terbaru 2013Jenny Revan
 

What's hot (13)

Draft kurikulum-2013
Draft kurikulum-2013Draft kurikulum-2013
Draft kurikulum-2013
 
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar smaKurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
 
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smp
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smpKurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smp
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smp
 
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
 
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknas
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknasUndang undang-no-20-tentang-sisdiknas
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknas
 
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
 
Uu20 2003-sisdiknas
Uu20 2003-sisdiknasUu20 2003-sisdiknas
Uu20 2003-sisdiknas
 
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
 
Www.unpad.ac.id wp content-uploads_2012_10_uu20-2003-sisdiknas
Www.unpad.ac.id wp content-uploads_2012_10_uu20-2003-sisdiknasWww.unpad.ac.id wp content-uploads_2012_10_uu20-2003-sisdiknas
Www.unpad.ac.id wp content-uploads_2012_10_uu20-2003-sisdiknas
 
Uu 20 2003
Uu 20 2003Uu 20 2003
Uu 20 2003
 
Uu sisdiknas no 20 tahun 2003
Uu sisdiknas no 20 tahun 2003Uu sisdiknas no 20 tahun 2003
Uu sisdiknas no 20 tahun 2003
 
Kurikulum Terbaru 2013
Kurikulum Terbaru 2013Kurikulum Terbaru 2013
Kurikulum Terbaru 2013
 
Draft kurikulum-2013
Draft kurikulum-2013Draft kurikulum-2013
Draft kurikulum-2013
 

Similar to KURSUS PENDIDIKAN SIVIK

Similar to KURSUS PENDIDIKAN SIVIK (20)

Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan KewarganegaraanSukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
 
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdfMODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
 
Complete falsafah
Complete falsafahComplete falsafah
Complete falsafah
 
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdfSIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
 
Hsp psk thn5
Hsp psk thn5Hsp psk thn5
Hsp psk thn5
 
Pppm psk t!
Pppm psk t!Pppm psk t!
Pppm psk t!
 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
 
Hsp moral f5
Hsp moral f5Hsp moral f5
Hsp moral f5
 
Sp kbsr kt
Sp kbsr ktSp kbsr kt
Sp kbsr kt
 
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulumKerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulum
 
Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Hsp psk thn5
Hsp psk thn5Hsp psk thn5
Hsp psk thn5
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
 
Hsp moral f2
Hsp moral f2Hsp moral f2
Hsp moral f2
 
Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3
 
Hsp moral y1
Hsp moral y1Hsp moral y1
Hsp moral y1
 
Kurikulum MI Plus Hayatul Mubarak.docx
Kurikulum MI Plus Hayatul Mubarak.docxKurikulum MI Plus Hayatul Mubarak.docx
Kurikulum MI Plus Hayatul Mubarak.docx
 
2. panduan program hibah bina desa
2. panduan program hibah bina desa2. panduan program hibah bina desa
2. panduan program hibah bina desa
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Hsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun EnamHsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun Enam
 

More from angora6750232

Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2angora6750232
 
Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1angora6750232
 
Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1angora6750232
 
Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1angora6750232
 

More from angora6750232 (20)

Coding power point
Coding power pointCoding power point
Coding power point
 
Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3
 
Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3
 
Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3
 
Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3
 
Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3
 
Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3
 
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
 
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
 
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
 
Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2
 
Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2
 
Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2
 
Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2
 
Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2
 
Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1
 
Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1
 
Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1
 

Recently uploaded

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 

Recently uploaded (20)

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 

KURSUS PENDIDIKAN SIVIK

  • 1. Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Pusat Perkembangan Kurikulum
  • 2. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM KANDUNGAN RUKUN NEGARA v FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii KATA PENGANTAR ix PENDAHULUAN 1 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 2 KHIDMAT MASYARAKAT 5 STRATEGI PELAKSANAAN 6 PENILAIAN 6 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 7 TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI 8 TEMA 2 : HUBUNGAN KEKELUARGAAN 10 TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT 11 TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA 13 TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT 14 TEMA 6 : CABARAN MASA DEPAN 16 PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT 18 iii
  • 3. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
  • 4.
  • 5. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vii
  • 6.
  • 7. H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N KBSM PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KATA PENGANTAR Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid tentang hak dan tanggungjawab sebagai warga negara dengan mengambil kira aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Guru juga perlu menekankan aktiviti khidmat masyarakat yang merupakan komponen penting dalam memupuk kesedaran sivik di kalangan murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam usaha menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pelajaran dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, teori pelbagai kecerdasan, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. (MAHZAN BIN BAKAR SMP, AMP) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia ix
  • 8.
  • 9. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. 1.2 Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. 1.3 Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara. 1
  • 10. HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM 2.0 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 2.1 Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia 2.2 Objektif Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2.2.1 Objektif Pengetahuan: i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamik dan patriotik. v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara. 2
  • 11. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM 2.2.2 Objektif Kemahiran: i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. 2.2.3 Objektif Nilai: i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia. iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat. 3
  • 12. HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM 2.3 Tema Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi enam tema seperti berikut: 1. Pencapaian Kendiri 2. Hubungan Kekeluargaan 3. Hidup Bermasyarakat 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 5. Malaysia Negara Berdaulat 6. Cabaran Masa Depan Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan tema ini dengan peristiwa atau isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia. 4
  • 13. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM 3.0 KHIDMAT MASYARAKAT Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Aktiviti ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahn. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Khidmat Masyarakat harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Khidmat Masyarakat bertujuan membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Guru harus memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan seperti berikut: Tingkatan Tema 1 1. Pencapaian Kendiri 2. Hubungan Kekeluargaan 2 3. Hidup Bermasyarakat 3 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 4 5. Malaysia Negara Berdaulat 5 6. Cabaran Masa Depan 5
  • 14. HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM 4.0 STRATEGI PELAKSANAAN Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. 5.0 PENILAIAN Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakkan menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan, dan laporan. 6
  • 15. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN KBSM 6.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 6.1 Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengandungi tiga lajur, iaitu Tema/Tajuk, Hasil Pembelajaran dan Cadangan Aktiviti. 6.1.1 Tema/Tajuk Lajur ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan. 6.1.2 Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk. 6.1.3 Cadangan Aktiviti Lajur ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran. 7
  • 16. HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 1. PENCAPAIAN KENDIRI a. Wawasan diri - Hala tuju diri - Usaha yang cemerlang - Sikap yang berwawasan i. Menerangkan ciri-ciri wawasan diri ii. Menghuraikan kepentingan wawasan diri iii. Mengamalkan usaha yang gigih untuk mencapai wawasan diri iv. Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi i. Menghasilkan peta minda tentang wawasan diri dan membincangkan bersama-sama rakan ii. Membincangkan usaha untuk menjayakan wawasan diri iii. Menghasilkan Aku Janji untuk merealisasikan wawasan diri iv. Mencipta dan mendeklamasikan puisi bertemakan wawasan diri v. Menghasilkan biografi tentang perjalanan hidup seseorang yang telah berjaya dalam profesionnya: - doktor - peguam - jurutera - guru - peladang 8
  • 17. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI b. Perkembangan diri yang seimbang - Intelek - Rohani - Emosi - Jasmani i. Menghuraikan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang ii. Menerangkan kepentingan perkembangan diri yang seimbang dalam pelbagai aspek iii. Mengamalkan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang ke arah kehidupan yang sejahtera iv. Bersyukur dengan perkembangan diri yang seimbang i. Mengadakan sesi sumbang saran pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang ii. Berbincang cara untuk meningkatkan perkembangan diri yang seimbang iii. Membuat kajian tentang “Murid Contoh” berdasarkan aspek-aspek perkembangan diri yang seimbang iv. Melakonkan sketsa bertemakan perkembangan diri yang seimbang: - kehidupan harian seorang petani yang berjaya - kehidupan harian seorang usahawan yang gigih 9
  • 18. HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 2. HUBUNGAN KEKELUARGAAN a. Keperluan berkeluarga - Sosial - Politik - Ekonomi i. Menghuraikan keperluan berkeluarga ii. Menjelaskan peranan badan kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan iii. Berusaha mengukuhkan institusi kekeluargaan iv. Menjalinkan hubungan erat antara anggota keluarga v. Menghargai institusi kekeluargaan i. Membincangkan kepentingan keperluan berkeluarga ii. Mengadakan forum bertajuk “ Membina Institusi Kekeluargaan Yang Cemerlang” iii. Main peranan sebagai ketua keluarga dalam menentukan jodoh ahli keluarganya iv. Meramalkan nilai-nilai yang diamalkan dalam institusi kekeluargaan menjelang tahun 2020 v. Melakonkan satu situasi yang menggambarkan hubungan erat dalam keluarga vi. Mengadakan lawatan badan kerajaan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan 10
  • 19. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 3. HIDUP BERMASYARAKAT a. Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat - Penyalahgunaan najis dadah - Pergaulan bebas - Penderaan - Vandalisme - Gangsterisme - Penyalahgunaan teknologi i. Menjelaskan isu dan masalah sosial dalam masyarakat ii. Menyenaraikan akibat masalah sosial dalam masyarakat iii. Mengambil tindakan yang wajar untuk menangani isu dan masalah sosial iv. Peka terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat v. Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi menangani isu dan masalah sosial dalam masyarakat i. Sumbang saran tentang cara untuk mengatasi isu dan masalah sosial dalam masyarakat ii. Menghasilkan direktori badan kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan isu dan masalah sosial iii. Menulis surat kepada badan-badan yang berkaitan untuk memberikan cadangan dalam menangani isu dan masalah sosial di kawasan setempat iv. Main peranan sebagai anggota masyarakat yang memberikan nasihat kepada sekumpulan remaja yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat v. Mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan: - Pusat serenti - Penjara vi. Mengadakan ceramah yang bertema isu dan masalah sosial dalam masyarakat oleh pegawai: - PDRM - Penjara - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia 11
  • 20. HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI b. Peraturan dan undang-undang dalam masyarakat - Norma komuniti - Keselamatan jalan raya - Jenayah juvana i. Menyenaraikan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat ii. Menjelaskan peranan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat iii. Menghuraikan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya iv. Menerangkan tujuan undang-undang jenayah juvana digubal v. Mengamalkan norma komuniti, peraturan dan undang-undang negara dalam kehidupan bermasyarakat vi. Menggunakan jalan raya secara berhemah vii. Mematuhi norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat i. Membincangkan peranan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat ii. Membuat kajian tentang undang-undang jenayah juvana iii. Mengadakan kuiz keselamatan jalan raya iv. Merangka cadangan dan tindakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya untuk dibawa ke pihak berkuasa v. Mengumpul dan membincangkan keratan akhbar yang berkaitan dengan kes-kes jenayah juvana 12
  • 21. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 4. WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA a. Prinsip-prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama - Nilai - Amalan b. Kepentingan amalan-amalan tertentu dalam perayaan pelbagai kaum - Hari Raya Aidilfitri - Hari Raya Aidiladha - Tahun Baru Cina - Hari Wesak - Deepavali - Thaipusam - Krismas - Good Friday - Hari Gawai - Tadao Keamatan - Vasakhi i. Menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pelbagai agama ii. Menyatakan amalan ajaran agama masing- masing dan pelbagai agama lain di Malaysia iii. Mengamalkan nilai-nilai murni dan ajaran agama masing-masing dalam kehidupan iv. Menghormati nilai-nilai murni dan amalan ajaran pelbagai agama lain i. Menjelaskan kepentingan amalan-amalan perayaan pelbagai kaum ii. Menyertai sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing iii. Melaksanakan amalan-amalan tertentu semasa sambutan perayaan mengikut kaum masing- masing iv. Menghormati amalan dan sambutan perayaan pelbagai kaum i. Berbincang tentang amalan pelbagai agama ii. Mengumpul, membincang dan mempamerkan kata-kata hikmat ahli fikir dan tokoh agama tentang agama masing-masing iii. Berkongsi pengalaman dengan rakan tentang persiapan menyambut perayaan agama masing-masing i. Menganjurkan sambutan perayaan sesuatu kaum di bilik darjah atau sekolah ii. Menghasilkan buku skrap perayaan pelbagai kaum iii. Berbincang tentang kepentingan amalan tertentu dalam perayaan pelbagai kaum 13
  • 22. HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 5. MALAYSIA NEGARA BERDAULAT a. Kepentingan Perlembagaan Malaysia - Politik - Sosial - Ekonomi i. Menerangkan sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia ii. Menjelaskan kepentingan Perlembagaan Malaysia iii. Menghuraikan proses penggubalan perlembagaan iv. Menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara v. Menyanjungi keluhuran Perlembagaan Malaysia i. Menghasilkan peta konsep sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia ii. Membuat carta aliran cara menggubal perlembagaan iii. Mengadakan forum tentang kepentingan Perlembagaan Malaysia 14
  • 23. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI b. Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia - Bahasa - Agama - Kewarganegaraan - Hak Asasi - Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak i. Menerangkan peruntukan utama Perlembagaan Malaysia ii. Menghuraikan batasan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara iii. Mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Malaysia iv. Mentaati Perlembagaan Malaysia i. Mengumpul dan membincangkan keratan akhbar, majalah dan lain-lain bahan tentang isu yang berkaitan dengan undang-undang dan tanggungjawab sebagai warganegara ii. Meramalkan kesan kepada negara sekiranya Perlembagaan Malaysia tidak dihormati iii. Mengadakan perbahasan bertajuk “Peruntukan Perlembagaan Negara Menghadkan Kebebasan seseorang Individu” iv. Mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri v. Mengadakan ceramah bertajuk “Proses Pembentukan Undang-undang” oleh Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri 15
  • 24. HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 6. CABARAN MASA DEPAN a. Membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran negara - Etika kerja - Kualiti kerja - Peningkatan ilmu dan kecekapan - Penyelidikan dan pembangunan - Rasuah sifar - Kebajikan pekerja i. Menjelaskan budaya kerja cemerlang ii. Menghuraikan kepentingan budaya kerja cemerlang iii. Mengamalkan budaya kerja cemerlang untuk kemajuan diri dan negara iv. Menghayati budaya kerja cemerlang v. Menghargai usaha meningkatkan budaya kerja cemerlang i. Menemubual guru/pentadbir sekolah tentang ciri-ciri dan kepentingan budaya kerja cemerlang ii. Menghasilkan logo, slogan atau poster tentang budaya kerja cemerlang iii. Mengadakan kempen “Budaya Kerja Cemerlang” peringkat kelas atau sekolah iv. Mengadakan simulasi perundingan antara majikan dan pekerja tentang hal-hal kebajikan pekerja v. Mengumpulkan keratan akhbar tentang kes- kes rasuah dan mengulas implikasinya kepada negara vi. Membina garis panduan untuk melahirkan murid yang beretika cemerlang vii. Menghasilkan piagam pelanggan bagi kelab, persatuan dan badan beruniform secara kumpulan 16
  • 25. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI b. Pengguna yang rasional - Hak pengguna - Tanggungjawab pengguna - Etika pengguna dan pengeluar - Standard dan keselamatan pengguna i. Menghuraikan ciri-ciri pengguna yang rasional ii. Menerangkan hak dan tanggungjawab sebagai pengguna iii. Menjelaskan etika pengguna dan peniaga iv. Membincangkan kepentingan standard terhadap keselamatan pengguna, industri dan alam sekitar v. Membudayakan standard kepenggunaan dalam kehidupan seharian vi. Mengamalkan sikap sebagai pengguna yang rasional vii. Peka tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna yang rasional i. Menganjurkan “Minggu Kepenggunaan” peringkat sekolah ii. Mengumpul dan membincangkan kes-kes penipuan di kalangan pengguna iii. Mengadakan kempen berbelanja secara berhemah di sekolah iv. Membuat perbandingan harga barang di kedai runcit/pasaraya di kawasan setempat v. Membuat anggaran perbelanjaan bulanan secara berhemah bagi keluarga sendiri vi. Main peranan sebagai seorang pengguna yang rasional vii. Mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang berkaitan - KPDNHEP - Jabatan Stardard Malaysia - SIRIM Berhad - Kilang-kilang yang mendapat pengiktirafan ISO 17
  • 26. HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N Pelaksanaan Khidmat Masyarakat Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Murid dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Matlamat (1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. (2) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. (3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. 18
  • 27. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK D A N KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 Cadangan Aktiviti Khidmat Masyarakat untuk tingkatan empat adalah berpandukan tema Malaysia Negara Berdaulat. Berikut ialah cadangan aktiviti Khidmat Masyarakat mengikut tema: Tingkatan Tema Aktiviti yang dicadangkan 4 • Malaysia Negara Berdaulat - Kajian tentang sumbangan pemimpin - Pengumpulan episod menarik dalam sejarah - Pengumpulan kisah/cerita patriotic - Pameran maksud/erti Merdeka - Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara - Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia - Cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat: Contohnya:- ƒ Meningkatkan sistem pengangkutan awam ƒ Menempatkan semula setinggan ƒ Membersihkan sungai/jalan/pantai/kawasan rekreasi ƒ Menghijaukan kawasan setempat Murid boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai dengan tema yang telah ditetapkan di atas. 19
  • 28. HURAIAN SUKATAN PEL A J A R A N TINGKATAN 4 P E N D I D I K A N S I V I K D A N K EWA R G A N E G A R A A N Strategi Pelaksanaan Murid perlu membuat persediaan sebelum melaksanakan sesuatu projek Khidmat Masyarakat. Panduan yang berikut dapat membantu anda membuat persediaan dan melaksanakan projek Khidmat Masyarakat secara terancang dan sistematik. 1. Perancangan a. mengenal pasti dan memilih tajuk projek b. menentukan objektif, jenis aktiviti dan tempoh masa melaksanakan projek c. mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat d. menyenarai dan membahagikan tugas e. menentukan cara mengumpul maklumat f. menentukan cara merekod projek 2. Kerja Amali a. melaksanakan projek b. merekod/mencatat tugas yang dijalankan c. mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas 3. Refleksi a. menilai kerja yang telah dijalankan b. menyusun dan menyemak dokumen dan catatan c. membuat kesimpulan 4. Laporan a. menentukan cara menyediakan laporan b. menulis laporan individu atau kumpulan c. membentangkan laporan 5. Penghargaan a. menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek 20