SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 
Sukatan Pelajaran 
PENDIDIKAN SIVIK 
DAN 
KEWARGANEGARAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 
Sukatan Pelajaran 
PENDIDIKAN SIVIK 
DAN 
KEWARGANEGARAAN 
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
iii 
RUKUN NEGARA 
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak 
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; 
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil 
di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan 
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi 
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu 
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; 
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga 
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas 
prinsip-prinsip berikut :- 
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 
KELUHURAN PERLEMBAGAAN 
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iv 
FALSAFAH PENDIDIKAN 
KEBANGSAAN 
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah 
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh 
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan 
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, 
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha 
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia 
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, 
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan 
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan 
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
v 
KATA PENGANTAR 
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi 
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan 
datang. Penggubalan kurikulum mata pelajaran ini bertujuan memantapkan 
Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan 
menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. 
Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan 
Kewarganegaraan ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat 
patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan 
tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, 
berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan 
dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijaksana. 
Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan 
dan tabah dalam mengatasi segala rintangan dan cabaran hidup. 
Mata pelajaran ini ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah 
menengah. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan 
Kewarganegaraan merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik, kemahiran 
sivik dan nilai sivik. 
Adalah diharapkan guru akan menghayati dan melaksanakan kehendak-kehendak 
sukatan pelajaran ini agar matlamat dan objektif yang telah 
ditetapkan akan tercapai. 
Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan 
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sumbangan kepakaran, 
masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. 
(TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT) 
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 
Kementerian Pelajaran Malaysia
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH 
Pendahuluan 
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting 
dalam kurikulum kebangsaan sekolah menengah bagi melahirkan z masyarakat dan negara. Justeru, 
unsur-unsur patriotisme dan perpaduan menjadi intipati dalam perancangan kurikulum Pendidikan Sivik 
dan Kewarganegaraan peringkat menengah. Mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh 
pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan melalui pengajaran dan pembelajaran 
yang berinteraktif dan berpusatkan murid. 
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsi pendidikan yang penting iaitu belajar 
untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup 
bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar 
untuk mengetahui dapat mengembangkan kebolehan murid menguasai ilmu dan membantu 
mempengaruhi perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasi 
pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di 
dalam dan di luar bilik darjah. Prinsip ini membolehkan murid menguasai kemahiran untuk kerjaya masa 
depan dan kemahiran menghadapi serta menangani cabaran Belajar untuk membentuk peribadi penting 
bagi perkembangan menyeluruh setiap individu yang merangkumi aspek rohani, fizikal, intelek, emosi 
dan sosial Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mengekalkan keamanan dan 
keharmonian dan amat bersesuaian dengan latar masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui 
prinsip ini, unsur perpaduan dalam keluarga komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk. 
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah 
menengah. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid 
dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan 
tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan. Murid perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif 
serta kesedaran sivik dan kewarganegaraan untuk melahirkan warganegara yang patriotik dan dapat 
memainkan peranan yang konstruktif dalam pembangunan negara. 
Matlamat 
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, 
hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat 
dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan 
masyarakat, negara dan dunia.
Objektif 
Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan kemahiran dan nilai. 
Objektif Pengetahuan: 
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan 
negara. 
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang 
sejahtera. 
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat 
yang bersatu padu. 
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik. 
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. 
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan 
masyarakat dan negara. 
Objektif Kemahiran: 
i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. 
ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. 
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. 
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. 
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. 
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. 
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. 
Objektif Nilai: 
i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. 
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. 
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaa masyarakat Malaysia. 
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. 
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantua demi kesejahteraan bersama. 
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. 
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. 
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat. 
Organisasi Kandungan 
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, 
kemahiran dan nilai sivik. Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang murid harus 
tahu serta menggunakanny a untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. 
Maklumat asas ini merangkumi aspek pencapaian kendi ri, hubungan kekeluargaan masyarakat pelbagai 
kaum dan budaya di Malaysia, sistem politik dan perundangan, ekonomi dan cabaran masa depan.
Kemahi ran sivik terdiri daripada kemahiran intelektual dan partisipator Penguasaan kemahi ran-kemahiran 
ini membolehkan murid membuat keputusan menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan 
memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara. 
Komponen nilai sivik terdi ri daripada nilai murni yang perlu untuk melahi rkan insan yang berakhlak mulia 
dan warganegara yang bertanggungjawab. Nilai sivik ini, antara lain merangkumi toleransi, menghormati 
hak orang lain, adil, saksama patriotisme dan integriti. Nilai sivik juga menekankan komitmen untuk 
memelihara proses demokrasi dan menghargai persamaan dan kelainan dalam masyarakat pelbagai 
budaya. 
1. Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 
Kandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Penggubalan tema in mengambil kira dimensi 
peribadi dan sosial murid yang berkembang dari diri individu, hubungan dengan keluarga, masyarakat 
sekolah, komuniti luar sekolah negara dan cabaran masa depan yang juga merangkumi masyarakat 
global. 
Dalam konteks ini unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik menjadi fokus pengajaran dan 
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. 
Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut: 
i. Pencapaian Kendiri 
Tema ini menghuraikan tentang perkembangan diri ke arah kecemerlangan yang meliputi aspek 
identiti dan wawasan diri, sifat-sifat peribadi mulia, kebolehan membuat keputusan, pemilihan kerjaya 
da pendidikan sepanjang hayat. Topik dalam tema ini ialah: 
Identiti diri 
Penyelesaian konflik 
Kecemerlangan diri 
Pilihan kerjaya 
Keputusan yang bijak dan adil 
Wawasan diri 
Perkembangan diri yang seimbang 
Pendidikan sepanjang hayat untuk pembangunan negara 
Perikemanusiaan ke arah kesejahteraan negara 
ii. Hubungan Kekeluargaan 
Tema ini menghuraikan pembinaan keluarga bahagia, keperluan 
berkeluarga dan persiapan hidup berkeluarga. Topik dalam tema ini 
ialah: 
Keluarga bahagia 
Perpaduan dalam keluarga 
Tanggungjawab terhadap keluarga 
Keperluan berkeluarga 
Persiapan membina keluarga ke arah pembentukan masyarakat mapan
iii. Hidup Bermasyarakat 
Tema ini menghuraikan aspek hubungan individu dengan anggota masyarakat dan alam sekitar, cara 
menangani isu-isu sosial dan sumbangan individu terhadap pembangunan masyarakat dan negara 
Topik dalam tema ini ialah: 
Bangga terhadap sekolah 
Penjagaan dan peningkatan imej sekolah 
Hormati hak orang lain 
Pemupukan semangat kekitaan 
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar 
Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah alam sekitar 
Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat 
Peraturan dan undang-undang dalam masyarakat 
Sumbangan terhadap pembangunan masyarakat melalui 
penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan 
iv. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 
Tema ini menghuraikan aspek pengekalan dan penghargaan terhadap 
warisan budaya dan pemahaman tentang ajaran dan amalan pelbagai 
agama masyarakat Malaysia. Topik dalam tema ini ialah: 
Cerita rakyat pelbagai kaum 
Warisan kesenian pelbagai kaum 
Adat resam dan pantang larang pelbagai kaum 
Prinsip-prinsip penting dalam ajaran agama 
Kepentingan amalan-amalan tertentu dalam perayaan pelbagai kaum 
Sumbangan pelbagai pihak terhadap warisan budaya Malaysia 
Mempromosikan warisan budaya Malaysia di dalam dan di luar negara 
v. Malaysia Negara Berdaulat 
Tema ini menghuraikan unsur patriotik dan kedaulatan negara, sistem pemerintahan negara dan hak dan 
tanggungjawab warganegara. Topik dalam tema ini ialah: 
Kerajaan demokrasi 
Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia 
Raja Berperlembagaan 
Tugas dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokrasi 
Jentera pentadbiran Negara Malaysia 
Kenali kementerian-kementerian di Malaysia 
Kepentingan Perlembagaan Malaysia 
Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia 
Mengekalkan kedaulatan negara 
Melengkapkan diri untuk mewarisi negara
vi. Cabaran Masa Depan 
Tema ini menghuraikan tanggungjawab dan sumbangan masyarakat terhadap negara dan keamanan 
sejagat serta kesediaan menghadapi cabaran globalisasi. Topik dalam tema ini ialah: 
Kesinambungan kesejahteraan rakyat 
Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara 
Bekerjasama dan bersatu padu dalam menghadapi pelbagai cabaran 
Mengekalkan keamanan negara dan sejagat 
Memastikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dipraktikkan 
Membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran negara 
Pengguna yang rasional 
Menjana pembangunan negara 
Menangani cabaran globalisasi 
Mengekalkan dan meningkatkan pengiktirafan dunia terhadap negara 
Tema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan guru boleh menyesuaikan tema-tema ini 
dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku dalam sekolah, masyarakat, negara atau di peringkat 
antarabangsa. Misalnya, tema Malaysia Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan bulan 
kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara 
dengan lebih berkesan dan bermakna. 
2. Khidmat Masyarakat 
Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan 
Kewarganegaraan. Khidmat Masyarakat ialah kerja amal yang dijalankan di luar jadual waktu 
persekolahan. Murid dikehendaki menjalankan satu projek Khidmat Masyarakat sekurang-kurangnya 
10 jam setahun dan menyediakan laporan. Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid diharapkan 
dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik. Penyertaan murid dalam kerja projek ini 
juga dapat menyediakan warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan 
negara. 
Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan murid menjalankan kerja projek 
mengikut tingkatan dan tema seperti dalam senarai cadangan di bawah. Namun begitu, murid boleh 
memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai.
Tingkatan Tema Cadangan Khidmat Masyarakat 
1 
Pencapaian 
Kendiri 
Hubungan 
Kekeluargaan 
- Projek Learning to Say No 
- Projek Kaunseling Rakan Sebaya 
- Projek penjagaan kesihatan dan keselamatan diri 
- Kajian kehidupan keluarga pada masa depan 
- Profil keluarga asas dan kembangan 
2 
Hidup 
Bermasyarakat 
- Projek mengindahkan kawasan tempat tinggal 
- Projek rekreasi tempat tinggal 
- Projek kenali jiran tetangga 
- Projek job week 
- Projek membantu warga tua di rumah kebajikan 
- Projek membersihkan tempat beribadat/ rumah orang tua/rumah kebajikan 
- Cadangan meningkatkan kemudahan awam untuk golongan kurang upaya 
- Projek khidmat sukarela di rumah anak yatim/kanak-kanak istimewa 
3 
Warisan 
Kepelbagaian 
Budaya 
Malaysia 
- Persembahan kebudayaan pelbagai kaum 
- Projek jualan makanan pelbagai kaum 
- Pameran pelbagai budaya Malaysia 
- Cadangan pemuliharaan bangunan/artifak bersejarah 
- Kajian seni bina bangunan bersejarah 
- Projek stesen radio sekolah
Tingkatan Tema Cadangan Khidmat Masyarakat 
4 
Malaysia 
Negara 
Berdaulat 
- Kajian tentang sumbangan pemimpin 
- Pengumpulan episod menarik dalam sejarah 
- Pengumpulan kisah/cerita patriotik 
- Pameran maksud/erti Merdeka 
- Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara 
- Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia 
- Cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat: 
Contohnya:- 
- Meningkatkan sistem pengangkutan awam 
- Menempatkan semula setinggan 
- Membersihkan sungai/jalan/pantai/ kawasan rekreasi 
- Menghijaukan kawasan setempat 
5 Cabaran Masa 
Depan 
- Merancang mata pelajaran futuristik untuk sumber manusia masa depan 
- Projek merekacipta sistem pengangkutan mesra alam 
- Cadangan menyelesaikan masalah perumahan/kesesakan lalu lintas/ 
pengangkutan 
- Kajian punca dan cara mengatasi gejala gengsterisme di sekolah 
- Kajian tentang cabaran sistem kekeluargaan masa depan 
- Kajian kes isu sosial di kawasan setempat 
- Merancang khemah pelarian atau perkhidmatan kecemasan bencana alam 
- Merancang projek kerjasama serantau ke arah keamanan sejagat 
Strategi Pelaksanaan 
Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan 
berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus 
memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan 
aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu strategi yang dijalankan sewajarnya dapat 
meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik dan kewarganegaraan, menerapkan pelbagai 
kemahiran dan memupuk nilai sivik dan kewarganegaraan ke arah melahirkan warganegara yang 
bertanggungjawab, patriotik dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. 
Penilaian 
Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, 
kemahiran dan nilai, guru digalakka menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk 
penilaian yang boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan dan laporan.

More Related Content

What's hot

Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2angora6750232
 
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1angora6750232
 
Essay Nasional, Lomba Essay LPM Paradigma
Essay Nasional, Lomba Essay LPM ParadigmaEssay Nasional, Lomba Essay LPM Paradigma
Essay Nasional, Lomba Essay LPM ParadigmaKhoerul Anwar Abdulloh
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 
Contoh dokumen satu malang 2019 2020
Contoh dokumen satu malang 2019 2020Contoh dokumen satu malang 2019 2020
Contoh dokumen satu malang 2019 2020Azis Sudihartono
 
Hsp Psk Thn5
Hsp Psk Thn5Hsp Psk Thn5
Hsp Psk Thn5Ballakzx
 
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...Sherly Jewinly
 
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2 6 feb 2013
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2   6 feb 201316 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2   6 feb 2013
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2 6 feb 2013nortatar
 
Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7
Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7 Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7
Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7 endahnurfebriyanti
 
Seminar pilar bangsa
Seminar pilar bangsaSeminar pilar bangsa
Seminar pilar bangsaAri Kusnandi
 
Ms. word tugas 3 tik safira 2 e
Ms. word tugas 3 tik safira 2 eMs. word tugas 3 tik safira 2 e
Ms. word tugas 3 tik safira 2 eSafiraTyas
 

What's hot (19)

Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2Tema 3 psk tingkatan 2
Tema 3 psk tingkatan 2
 
Tugas PKN Pancasila
Tugas PKN PancasilaTugas PKN Pancasila
Tugas PKN Pancasila
 
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1
 
Essay Nasional, Lomba Essay LPM Paradigma
Essay Nasional, Lomba Essay LPM ParadigmaEssay Nasional, Lomba Essay LPM Paradigma
Essay Nasional, Lomba Essay LPM Paradigma
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
Contoh dokumen satu malang 2019 2020
Contoh dokumen satu malang 2019 2020Contoh dokumen satu malang 2019 2020
Contoh dokumen satu malang 2019 2020
 
Hsp Psk Thn5
Hsp Psk Thn5Hsp Psk Thn5
Hsp Psk Thn5
 
Inovasi pendidikan smster 4 2012
Inovasi pendidikan smster 4 2012Inovasi pendidikan smster 4 2012
Inovasi pendidikan smster 4 2012
 
Sk kd-pkn-kelas-xii
Sk kd-pkn-kelas-xiiSk kd-pkn-kelas-xii
Sk kd-pkn-kelas-xii
 
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
 
Pancasila
PancasilaPancasila
Pancasila
 
Rpt+sivik+ting+1
Rpt+sivik+ting+1Rpt+sivik+ting+1
Rpt+sivik+ting+1
 
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2 6 feb 2013
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2   6 feb 201316 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2   6 feb 2013
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2 6 feb 2013
 
Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7
Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7 Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7
Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7
 
sk kd ppkn sd mi
sk kd ppkn sd misk kd ppkn sd mi
sk kd ppkn sd mi
 
Teks ucapan perasmian semarak merdeka
Teks ucapan perasmian semarak merdekaTeks ucapan perasmian semarak merdeka
Teks ucapan perasmian semarak merdeka
 
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
Seminar pilar bangsa
Seminar pilar bangsaSeminar pilar bangsa
Seminar pilar bangsa
 
Ms. word tugas 3 tik safira 2 e
Ms. word tugas 3 tik safira 2 eMs. word tugas 3 tik safira 2 e
Ms. word tugas 3 tik safira 2 e
 

Similar to Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Similar to Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan (20)

Sp psk kbsm
Sp psk kbsmSp psk kbsm
Sp psk kbsm
 
Hsp t4
Hsp t4Hsp t4
Hsp t4
 
Hsp t5
Hsp t5Hsp t5
Hsp t5
 
Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4
 
Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
 
Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3
 
Hsp psk thn5
Hsp psk thn5Hsp psk thn5
Hsp psk thn5
 
Sukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral KbsrSukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral Kbsr
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
Hsp moral y1
Hsp moral y1Hsp moral y1
Hsp moral y1
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdfSIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdfMODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
 
Hsp moral f5
Hsp moral f5Hsp moral f5
Hsp moral f5
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 

More from angora6750232

Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3angora6750232
 
Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2angora6750232
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2angora6750232
 
Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1angora6750232
 
Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1angora6750232
 
Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1angora6750232
 
Evidens tema 3 psk tingkatan 1
Evidens tema 3 psk tingkatan 1Evidens tema 3 psk tingkatan 1
Evidens tema 3 psk tingkatan 1angora6750232
 

More from angora6750232 (20)

Coding power point
Coding power pointCoding power point
Coding power point
 
Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3Tema 1 psk tingkatan 3
Tema 1 psk tingkatan 3
 
Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3Tema 6 psk tingkatan 3
Tema 6 psk tingkatan 3
 
Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3Tema 5 psk tingkatan 3
Tema 5 psk tingkatan 3
 
Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3
 
Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3Tema 3 psk tingkatan 3
Tema 3 psk tingkatan 3
 
Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3Tema 2 psk tingkatan 3
Tema 2 psk tingkatan 3
 
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
Tema 6 b 3 psk tingkatan 3
 
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 2 psk tingkatan 3
 
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
Tema 1 b 1 & 2 psk tingkatan 3
 
Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2
 
Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2Tema 5 psk tingkatan 2
Tema 5 psk tingkatan 2
 
Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2Tema 4 psk tingkatan 2
Tema 4 psk tingkatan 2
 
Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2Tema 2 psk tingkatan 2
Tema 2 psk tingkatan 2
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2
 
Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2Tema 1 psk tingkatan 2
Tema 1 psk tingkatan 2
 
Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1Evidens tema 6 psk tingkatan 1
Evidens tema 6 psk tingkatan 1
 
Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1Evidens tema 5 psk tingkatan 1
Evidens tema 5 psk tingkatan 1
 
Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1Evidens tema 4 psk tingkatan 1
Evidens tema 4 psk tingkatan 1
 
Evidens tema 3 psk tingkatan 1
Evidens tema 3 psk tingkatan 1Evidens tema 3 psk tingkatan 1
Evidens tema 3 psk tingkatan 1
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 

Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
  • 2. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
  • 3. iii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 4. iv FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 5. v KATA PENGANTAR Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penggubalan kurikulum mata pelajaran ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatasi segala rintangan dan cabaran hidup. Mata pelajaran ini ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah menengah. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Adalah diharapkan guru akan menghayati dan melaksanakan kehendak-kehendak sukatan pelajaran ini agar matlamat dan objektif yang telah ditetapkan akan tercapai. Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. (TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 6. SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH Pendahuluan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah menengah bagi melahirkan z masyarakat dan negara. Justeru, unsur-unsur patriotisme dan perpaduan menjadi intipati dalam perancangan kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan peringkat menengah. Mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan melalui pengajaran dan pembelajaran yang berinteraktif dan berpusatkan murid. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsi pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar untuk mengetahui dapat mengembangkan kebolehan murid menguasai ilmu dan membantu mempengaruhi perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Prinsip ini membolehkan murid menguasai kemahiran untuk kerjaya masa depan dan kemahiran menghadapi serta menangani cabaran Belajar untuk membentuk peribadi penting bagi perkembangan menyeluruh setiap individu yang merangkumi aspek rohani, fizikal, intelek, emosi dan sosial Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dan amat bersesuaian dengan latar masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, unsur perpaduan dalam keluarga komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah menengah. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan. Murid perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik dan kewarganegaraan untuk melahirkan warganegara yang patriotik dan dapat memainkan peranan yang konstruktif dalam pembangunan negara. Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
  • 7. Objektif Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan kemahiran dan nilai. Objektif Pengetahuan: i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik. v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara. Objektif Kemahiran: i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. Objektif Nilai: i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaa masyarakat Malaysia. iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantua demi kesejahteraan bersama. vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat. Organisasi Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik. Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta menggunakanny a untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Maklumat asas ini merangkumi aspek pencapaian kendi ri, hubungan kekeluargaan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia, sistem politik dan perundangan, ekonomi dan cabaran masa depan.
  • 8. Kemahi ran sivik terdiri daripada kemahiran intelektual dan partisipator Penguasaan kemahi ran-kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Komponen nilai sivik terdi ri daripada nilai murni yang perlu untuk melahi rkan insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab. Nilai sivik ini, antara lain merangkumi toleransi, menghormati hak orang lain, adil, saksama patriotisme dan integriti. Nilai sivik juga menekankan komitmen untuk memelihara proses demokrasi dan menghargai persamaan dan kelainan dalam masyarakat pelbagai budaya. 1. Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Penggubalan tema in mengambil kira dimensi peribadi dan sosial murid yang berkembang dari diri individu, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti luar sekolah negara dan cabaran masa depan yang juga merangkumi masyarakat global. Dalam konteks ini unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik menjadi fokus pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut: i. Pencapaian Kendiri Tema ini menghuraikan tentang perkembangan diri ke arah kecemerlangan yang meliputi aspek identiti dan wawasan diri, sifat-sifat peribadi mulia, kebolehan membuat keputusan, pemilihan kerjaya da pendidikan sepanjang hayat. Topik dalam tema ini ialah: Identiti diri Penyelesaian konflik Kecemerlangan diri Pilihan kerjaya Keputusan yang bijak dan adil Wawasan diri Perkembangan diri yang seimbang Pendidikan sepanjang hayat untuk pembangunan negara Perikemanusiaan ke arah kesejahteraan negara ii. Hubungan Kekeluargaan Tema ini menghuraikan pembinaan keluarga bahagia, keperluan berkeluarga dan persiapan hidup berkeluarga. Topik dalam tema ini ialah: Keluarga bahagia Perpaduan dalam keluarga Tanggungjawab terhadap keluarga Keperluan berkeluarga Persiapan membina keluarga ke arah pembentukan masyarakat mapan
  • 9. iii. Hidup Bermasyarakat Tema ini menghuraikan aspek hubungan individu dengan anggota masyarakat dan alam sekitar, cara menangani isu-isu sosial dan sumbangan individu terhadap pembangunan masyarakat dan negara Topik dalam tema ini ialah: Bangga terhadap sekolah Penjagaan dan peningkatan imej sekolah Hormati hak orang lain Pemupukan semangat kekitaan Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah alam sekitar Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat Peraturan dan undang-undang dalam masyarakat Sumbangan terhadap pembangunan masyarakat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan iv. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia Tema ini menghuraikan aspek pengekalan dan penghargaan terhadap warisan budaya dan pemahaman tentang ajaran dan amalan pelbagai agama masyarakat Malaysia. Topik dalam tema ini ialah: Cerita rakyat pelbagai kaum Warisan kesenian pelbagai kaum Adat resam dan pantang larang pelbagai kaum Prinsip-prinsip penting dalam ajaran agama Kepentingan amalan-amalan tertentu dalam perayaan pelbagai kaum Sumbangan pelbagai pihak terhadap warisan budaya Malaysia Mempromosikan warisan budaya Malaysia di dalam dan di luar negara v. Malaysia Negara Berdaulat Tema ini menghuraikan unsur patriotik dan kedaulatan negara, sistem pemerintahan negara dan hak dan tanggungjawab warganegara. Topik dalam tema ini ialah: Kerajaan demokrasi Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia Raja Berperlembagaan Tugas dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokrasi Jentera pentadbiran Negara Malaysia Kenali kementerian-kementerian di Malaysia Kepentingan Perlembagaan Malaysia Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia Mengekalkan kedaulatan negara Melengkapkan diri untuk mewarisi negara
  • 10. vi. Cabaran Masa Depan Tema ini menghuraikan tanggungjawab dan sumbangan masyarakat terhadap negara dan keamanan sejagat serta kesediaan menghadapi cabaran globalisasi. Topik dalam tema ini ialah: Kesinambungan kesejahteraan rakyat Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara Bekerjasama dan bersatu padu dalam menghadapi pelbagai cabaran Mengekalkan keamanan negara dan sejagat Memastikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dipraktikkan Membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran negara Pengguna yang rasional Menjana pembangunan negara Menangani cabaran globalisasi Mengekalkan dan meningkatkan pengiktirafan dunia terhadap negara Tema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan guru boleh menyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku dalam sekolah, masyarakat, negara atau di peringkat antarabangsa. Misalnya, tema Malaysia Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan bulan kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara dengan lebih berkesan dan bermakna. 2. Khidmat Masyarakat Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Khidmat Masyarakat ialah kerja amal yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid dikehendaki menjalankan satu projek Khidmat Masyarakat sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid diharapkan dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik. Penyertaan murid dalam kerja projek ini juga dapat menyediakan warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan murid menjalankan kerja projek mengikut tingkatan dan tema seperti dalam senarai cadangan di bawah. Namun begitu, murid boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai.
  • 11. Tingkatan Tema Cadangan Khidmat Masyarakat 1 Pencapaian Kendiri Hubungan Kekeluargaan - Projek Learning to Say No - Projek Kaunseling Rakan Sebaya - Projek penjagaan kesihatan dan keselamatan diri - Kajian kehidupan keluarga pada masa depan - Profil keluarga asas dan kembangan 2 Hidup Bermasyarakat - Projek mengindahkan kawasan tempat tinggal - Projek rekreasi tempat tinggal - Projek kenali jiran tetangga - Projek job week - Projek membantu warga tua di rumah kebajikan - Projek membersihkan tempat beribadat/ rumah orang tua/rumah kebajikan - Cadangan meningkatkan kemudahan awam untuk golongan kurang upaya - Projek khidmat sukarela di rumah anak yatim/kanak-kanak istimewa 3 Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia - Persembahan kebudayaan pelbagai kaum - Projek jualan makanan pelbagai kaum - Pameran pelbagai budaya Malaysia - Cadangan pemuliharaan bangunan/artifak bersejarah - Kajian seni bina bangunan bersejarah - Projek stesen radio sekolah
  • 12. Tingkatan Tema Cadangan Khidmat Masyarakat 4 Malaysia Negara Berdaulat - Kajian tentang sumbangan pemimpin - Pengumpulan episod menarik dalam sejarah - Pengumpulan kisah/cerita patriotik - Pameran maksud/erti Merdeka - Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara - Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia - Cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat: Contohnya:- - Meningkatkan sistem pengangkutan awam - Menempatkan semula setinggan - Membersihkan sungai/jalan/pantai/ kawasan rekreasi - Menghijaukan kawasan setempat 5 Cabaran Masa Depan - Merancang mata pelajaran futuristik untuk sumber manusia masa depan - Projek merekacipta sistem pengangkutan mesra alam - Cadangan menyelesaikan masalah perumahan/kesesakan lalu lintas/ pengangkutan - Kajian punca dan cara mengatasi gejala gengsterisme di sekolah - Kajian tentang cabaran sistem kekeluargaan masa depan - Kajian kes isu sosial di kawasan setempat - Merancang khemah pelarian atau perkhidmatan kecemasan bencana alam - Merancang projek kerjasama serantau ke arah keamanan sejagat Strategi Pelaksanaan Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik dan kewarganegaraan, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik dan kewarganegaraan ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Penilaian Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakka menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan dan laporan.