SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


      Sukatan Pelajaran




   KAJIAN
  TEMPATAN

            2001
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
         Sukatan Pelajaran


        KAJIAN
       TEMPATAN
         2001




  PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
ISBN
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat
di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta     masyarakat yang
adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu
cara yang liberal        terhadap     tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip
berikut:-

     •   KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

     •   KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

     •   KELUHURAN PERLEMBAGAAN

     •   KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

     •   KESOPANAN DAN KESUSILAAN



                         iii
FALSAFAH PENDIDIKAN
         KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk   melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.




                         iv
Kata Pengantar

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan
akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta
Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,dan
menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada
abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai
murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat
berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika
tinggi,bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan
murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan
cabaran dalam kehidupan.

Kajian Tempatan ialah mata pelajaran yang diajar di Tahap II di peringkat
sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan warganegara
Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang demokratik,
penyayang, progresif dan sejahtera. Kajian Tempatan menjadi pendukung
utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan murid. Kandungan
Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
ini merangkumi tiga ruang liput iaitu ruang liput pertama menekankan
interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat, ruang liput kedua
mengesahkan identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal murid dan
ruang liput ketiga memperihalkan tentang sejarah, keadaan sosial, ekonomi
dan kejayaan negara Malaysia.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran,
masa, dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.




                                     v
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr



PENDAHULUAN

Kurikulum Kajian Tempatan yang terangkum dalam bidang
kemanusiaan dan kemasyarakatan bertujuan membentuk rakyat
Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang
mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan
demokrasi, penyayang, progresif,sejahtera serta bersemangat
patriotik.


Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
kurikulum Kajian Tempatan ini dapat melahirkan insan yang berilmu
dan beramal, harmonis serta berketrampilan. Mata pelajaran ini juga
bersesuaian dengan struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
( KBSR ).


Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran yang membicarakan
dan mengkaji tentang interaksi manusia dengan manusia dan
manusia dengan alam persekitarannya melalui aktiviti kemahiran
belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial.


Mata pelajaran ini diajar secara formal di Tahap II bagi mengukuhkan
lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai
yang telah disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran
lain di Tahap I terutama mata pelajaran bahasa.


Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk
memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan
mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti kaedah


                                 1
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi
menanam dan memupuk semangat kekitaan, jati diri dan berdaya
tahan di kalangan murid. Penggunaan pelbagai sumber terutamanya
penggunaan teknologi maklumat digalakkan bagi melatih murid
menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi .


Melalui mata pelajaran ini juga, sejak di peringkat sekolah rendah
lagi, murid diberi pendedahan pengalaman pembelajaran untuk
menangani cabaran akibat arus globalisasi, ledakan ilmu dan
maklumat serta mempunyai wawasan merancang masa depan,
mempunyai ketahanan diri yang kental dan bersemangat patriotik
bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara.


Mata pelajaran ini menjadi pendukung utama bagi memupuk
semangat patriotik di kalangan murid agar berbangga menjadi rakyat
Malaysia yang cinta akan tanah air dan sanggup berkorban demi
mempertahankan bangsa dan negara serta sentiasa mensyukuri
nikmat Tuhan.




                                2
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


MATLAMAT


Kurikulum Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang setia
pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai
rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah
mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu,
demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.


OBJEKTIF


Kurikulum Kajian Tempatan Sekolah Rendah membolehkan murid :


1. mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak
    sebagai anggota dalam keluarga dan masyarakat ;
2. memahami dan menghargai keadaan fizikal setempat dan
    negara ;
3. mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan
    negara ;
4. memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan
    masyarakat setempat dan negara ;
5. mencintai dan menghargai alam sekitar ;

6. mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka
   dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan
   pembangunan ;




                                3
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


7. memahami dan menghargai sejarah negara ;
8. menguasai kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran
    berfikir;
9. menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat
    patriotik; dan
10. mensyukuri segala nikmat Tuhan.


ORGANISASI KURIKULUM


Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan ini mengandungi program
pembelajaran untuk tiga tahun mulai Tahun 4 hingga Tahun 6.
Kandungan mata pelajaran ini diolah mengikut tiga ruang liput seperti
yang berikut:

Pertama         : Keluarga, rumah, jiran dan sekolah.

Kedua           : Kawasan tempat tinggal, mukim, daerah / jajahan,
                  bahagian dan negeri.

Ketiga          : Negara kita.


Kajian menerusi ruang liput ini dapat memberi pengetahuan dan
pemahaman kepada murid tentang persekitarannya yang dekat
sebelum menjangkau ke kawasan yang lebih jauh.


Ruang liput pertama iaitu keluarga, rumah, jiran dan sekolah
menekankan interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat serta
amalan nilai-nilai hidup berjiran dan bermasyarakat.




                                    4
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


Ruang liput kedua menyedarkan murid tentang identiti dan
keistimewaan kawasan        tempat tinggal, mukim, daerah /
jajahan, bahagian dan negeri supaya mereka cinta dan bangga
dengan persekitaran dan negeri mereka.


Ruang liput ketiga pula memberi pendedahan kepada murid tentang
sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan kejayaan negara. Ini akan
menimbulkan kesedaran kepada murid tentang usaha pembinaan
bangsa dan negara Malaysia. Pengalaman pembelajaran yang
diperoleh melalui ruang liput tersebut dapat membentuk
warganegara yang bersemangat patriotik dan berbangga sebagai
rakyat Malaysia.


Setiap ruang liput dibahagikan kepada beberapa topik atau bidang
pembelajaran untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang
perlu dikaji oleh murid. Setiap topik mengandungi subtopik - subtopik
yang menentukan skop kajian .        Topik-topik dibahagikan kepada
Tahun 4, 5 dan 6 seperti yang berikut :

        Tahun 4     -    Topik 1 hingga 4
        Tahun 5     -    Topik 5 hingga 8
        Tahun 6     -    Topik 9 hingga 12




                                 5
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


Topik 1 hingga 4 untuk Tahun 4 bertujuan mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran murid bagi memahami dan menghargai
perihal setempat yang merangkumi ruang liput keluarga, rumah, jiran,
sekolah, kawasan tempat tinggal, mukim, daerah / jajahan, bahagian
dan negeri. Melalui topik 5 hingga 8, murid Tahun 5 diperkenalkan
pula tentang latar belakang dan identiti negaranya supaya mereka
cinta dan bangga kepada negara. Seterusnya melalui topik 9 hingga
12, murid Tahun 6 dapat menghargai keperibadian bangsa dan
mempunyai semangat patriotik ke arah pembinaan bangsa dan
negara.




                                 6
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


KANDUNGAN


1. RUMAH DAN KELUARGA


  1.1   Perihal Keluarga


        a. Keluarga asas
        b. Keluarga kembangan
        c. Peranan dan tanggungjawab
        d. Perubahan dalam keluarga
        e. Cara hidup berkeluarga


  1.2   Perihal Rumah


        a. Rumah saya
        b. Pembinaan rumah
        c. Jenis rumah
        d. Ruang dan kegunaan
        e. Kemudahan asas
        f . Keceriaan dan keselamatan


2. KEJIRANAN


  2.1   Perihal Jiran


        a. Anggota keluarga jiran
        b. Latar belakang jiran
        c. Cara hidup

                             7
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr



  2.2   Hidup Berjiran


        a. Kepentingan hidup berjiran
        b. Peranan dan tanggungjawab


3. SEKOLAH KITA


  3.1   Perihal Sekolah


        a. Lokasi
        b. Sejarah
        c. Identiti
        d. Jawatan dan tanggungjawab
        e. Peraturan dan keselamatan
        f . Aktiviti


  3.2   Saya dan Sekolah


        a. Peranan dan tanggungjawab
        b. Sumbangan murid kepada sekolah


  3.3   Sekolah dan Masyarakat


        a. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )
        b. Pihak lain yang memberi sumbangan kepada sekolah
        c. Khidmat sekolah kepada masyarakat




                            8
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


4. PERIHAL SETEMPAT


  4.1   Latar Belakang


        a. Lokasi
        b. Aspek fizikal utama
        c. Cuaca


  4.2   Identiti Setempat


        a. Sejarah dan legenda
        b. Lagu, bendera, jata dan lambang
        c. Tokoh dan pemimpin
        d. Keistimewaan setempat


  4.3   Masyarakat


        a. Keturunan
        b. Perayaan dan sambutan
        c. Pekerjaan


  4.4   Pentadbiran


        a. Jawatan di pelbagai peringkat




                            9
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


  4.5   Kemudahan dan Perkhidmatan Awam


        a. Jenis dan kepentingan
        b. Peranan dan tanggungjawab pengguna

  4.6   Isu Setempat

        a. Mengenal pasti masalah dan cara
           mengatasinya.


5. MENGENAL NEGARA KITA


  5.1   Lokasi


        a. Di Asia Tenggara
        b. Di dunia


  5.2   Negeri-Negeri Dalam Malaysia


        a. Nama negeri , ibu negeri dan bandar utama
        b. Lagu, bendera jata dan lambang - lambang negeri
        c. Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan Negeri


  5.3   Identiti Negara


        a. Lagu , bendera, jata, mercu dan
           lambang lain




                           10
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr



         b. Struktur pentadbiran negara
         c. Ketua Negara dan Ketua Kerajaan Persekutuan


6. KEINDAHAN NEGARA KITA


   6.1   Ciri - Ciri Fizikal yang Istimewa


         a. Bentuk muka bumi Malaysia


   6.2   Bangunan dan Binaan


         a. Keindahan dan keistimewaan seni bina


7. SEJARAH NEGARA KITA


   7.1   Kesultanan Melayu Melaka


         a. Pengasasan Melaka
         b. Kegemilangan Melaka


   7.2   Sejarah Awal Sabah


         a. Asal usul nama Sabah
         b. Pentadbiran
         c. Cara hidup




                             11
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


   7.3   Sejarah Awal Sarawak.


         a. Asal-usul nama Sarawak
         b. Pentadbiran
         c. Cara hidup

   7.4   Zaman Penjajahan


         a. Kedatangan penjajah
         b. Kesan penjajahan
         c. Penentangan masyarakat tempatan


   7.5   Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia


         a. Semangat kebangsaan
         b. Peristiwa
         c. Pembentukan Malaysia


   7.6   Warisan Sejarah


         a. Pemeliharaan dan pemuliharaan



8. MASYARAKAT MALAYSIA

   8.1   Penduduk

         a. Komposisi dan taburan
         b. Faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk



                            12
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


  8.2   Agama dan kepercayaan


        a. Kepelbagaian agama dan kepercayaan


  8.3   Kebudayaan dan kesenian


        a. Cara hidup


  8.4   Perpaduan


        a. Kegiatan sosial dan kebajikan
        b. Penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti
           permainan, kesenian dan rekreasi
        c. Sistem pendidikan
        d. Undang-undang dan peraturan


9. SUMBER NEGARA


  9.1   Sumber Semula Jadi


        a. Jenis sumber
        b. Sumber yang boleh dibaharui dan
           tidak boleh dibaharui
        c. Cara mendapatkan sumber
        d. Kegunaan
        e. Kesan kepada alam sekitar
        f. Pemeliharaan dan pemuliharaan



                             13
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


   9.2    Sumber Manusia


          a. Jumlah penduduk
          b. Tahap pendidikan
          c. Tahap kesihatan



10. EKONOMI NEGARA


   10.1    Kegiatan Ekonomi


          a. Kegiatan ekonomi utama
          b. Kawasan utama dan faktor yang
             mempengaruhinya


   10.2    Sumbangan Kegiatan Ekonomi


           a. Pekerjaan
           b. Pendapatan
           c. Pembangunan


   10.3    Pembangunan Ekonomi Berterusan


           a. Kepentingan bekalan sumber
           b. Penyelidikan dan pembangunan




                               14
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


11. PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA

   11.1   Perlembagaan Negara


          a. Sistem Kerajaan Persekutuan
          b.   Kewarganegaraan
          c. Kedudukan istimewa orang Melayu dan
               bumiputera dan kepentingan sah kaum lain
          e. Raja Berperlembagaan
          f . Bahasa dan agama rasmi

   11.2 Rukun Negara


          a. Prinsip
          b. Penghayatan


  11.3    Usaha-Usaha Membangunkan Negara


          a. Rancangan ekonomi
          b. Rancangan sosial




                               15
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr



12. KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN NEGARA


   12.1    Masyarakat Harmonis


           a. Faktor istimewa


   12.2    Kejayaan Negara


           a. Kestabilan politik
           b. Kemajuan ekonomi
           c. Pembangunan sosial


    12.3    Malaysia di Arena Antarabangsa


           a. Pertubuhan yang dianggotai dan faedahnya
           b. Peranan dan sumbangan




                                16
sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr


Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan perlu

diberi kepada pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir

dan kemahiran belajar bagi membolehkan murid membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional dalam

menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks. Kepelbagaian

kecerdasan murid perlu diambil kira bagi memperkukuh dan

memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha

membentuk manusia yang peka kepada isu atau permasalahan

yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta

mengendalikannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup.

Di samping itu, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka menjadi

generasi yang celik teknologi serta dapat memanfaatkannya dengan

penuh tanggungjawab demi kesejahteraan hidup bersama.




                              17

More Related Content

What's hot

Uu no 12 tahun 2012 ttg pendidikan tinggi
Uu no 12 tahun 2012 ttg pendidikan tinggiUu no 12 tahun 2012 ttg pendidikan tinggi
Uu no 12 tahun 2012 ttg pendidikan tinggiJoan Mahulae
 
Dskp sejarah t4
Dskp sejarah t4Dskp sejarah t4
Dskp sejarah t4JENNY WONG
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5Eli Za
 

What's hot (8)

DSKP SEJARAH TAHUN 6
DSKP SEJARAH TAHUN 6DSKP SEJARAH TAHUN 6
DSKP SEJARAH TAHUN 6
 
Uu no 12 tahun 2012 ttg pendidikan tinggi
Uu no 12 tahun 2012 ttg pendidikan tinggiUu no 12 tahun 2012 ttg pendidikan tinggi
Uu no 12 tahun 2012 ttg pendidikan tinggi
 
Dskp sejarah t4
Dskp sejarah t4Dskp sejarah t4
Dskp sejarah t4
 
Hsp bm f2
Hsp bm f2Hsp bm f2
Hsp bm f2
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
 
Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5
 

Viewers also liked

Opbouw en financiering van pensioenen
Opbouw en financiering van pensioenenOpbouw en financiering van pensioenen
Opbouw en financiering van pensioenenEddy Vaassen
 
Slideshow beroepsethiek voor RC e-training 2013
Slideshow beroepsethiek voor RC e-training 2013Slideshow beroepsethiek voor RC e-training 2013
Slideshow beroepsethiek voor RC e-training 2013Eddy Vaassen
 
Where finance and it meet
Where finance and it meetWhere finance and it meet
Where finance and it meetEddy Vaassen
 
Financiële rekenkunde
Financiële rekenkundeFinanciële rekenkunde
Financiële rekenkundeEddy Vaassen
 
Voorziening en kosten
Voorziening en kostenVoorziening en kosten
Voorziening en kostenEddy Vaassen
 
Premies en uitkeringen per jaar en per maand
Premies en uitkeringen per jaar en per maandPremies en uitkeringen per jaar en per maand
Premies en uitkeringen per jaar en per maandEddy Vaassen
 
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 - Membuka dan memasang kit model
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 - Membuka dan memasang kit modelKEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 - Membuka dan memasang kit model
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 - Membuka dan memasang kit modelZue Nazrinie
 
Slideshow beroepsethiek voor e learning 2013
Slideshow beroepsethiek voor e learning 2013Slideshow beroepsethiek voor e learning 2013
Slideshow beroepsethiek voor e learning 2013Eddy Vaassen
 
Comportamentele prosociale si antisociale
Comportamentele prosociale si antisocialeComportamentele prosociale si antisociale
Comportamentele prosociale si antisocialeAna Andra
 

Viewers also liked (16)

Rpt bm thn3
Rpt bm thn3Rpt bm thn3
Rpt bm thn3
 
Rt kt thn4
Rt kt thn4Rt kt thn4
Rt kt thn4
 
Hsp kh y5
Hsp kh y5Hsp kh y5
Hsp kh y5
 
Kedar deshpande final
Kedar deshpande finalKedar deshpande final
Kedar deshpande final
 
Opbouw en financiering van pensioenen
Opbouw en financiering van pensioenenOpbouw en financiering van pensioenen
Opbouw en financiering van pensioenen
 
Slideshow beroepsethiek voor RC e-training 2013
Slideshow beroepsethiek voor RC e-training 2013Slideshow beroepsethiek voor RC e-training 2013
Slideshow beroepsethiek voor RC e-training 2013
 
Where finance and it meet
Where finance and it meetWhere finance and it meet
Where finance and it meet
 
KH TAHUN 5
KH TAHUN 5KH TAHUN 5
KH TAHUN 5
 
Google docs
Google docsGoogle docs
Google docs
 
Financiële rekenkunde
Financiële rekenkundeFinanciële rekenkunde
Financiële rekenkunde
 
Sp khsr
Sp khsrSp khsr
Sp khsr
 
Voorziening en kosten
Voorziening en kostenVoorziening en kosten
Voorziening en kosten
 
Premies en uitkeringen per jaar en per maand
Premies en uitkeringen per jaar en per maandPremies en uitkeringen per jaar en per maand
Premies en uitkeringen per jaar en per maand
 
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 - Membuka dan memasang kit model
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 - Membuka dan memasang kit modelKEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 - Membuka dan memasang kit model
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 - Membuka dan memasang kit model
 
Slideshow beroepsethiek voor e learning 2013
Slideshow beroepsethiek voor e learning 2013Slideshow beroepsethiek voor e learning 2013
Slideshow beroepsethiek voor e learning 2013
 
Comportamentele prosociale si antisociale
Comportamentele prosociale si antisocialeComportamentele prosociale si antisociale
Comportamentele prosociale si antisociale
 

Similar to KBSR Kajian Tempatan

HSP BM TING 4
HSP BM TING 4HSP BM TING 4
HSP BM TING 4efa368368
 
Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4Cuya MsNf
 
Hsp psivik tkt_4
Hsp psivik tkt_4Hsp psivik tkt_4
Hsp psivik tkt_4Khat Erin
 
Hsp bm f3
Hsp bm f3Hsp bm f3
Hsp bm f382328
 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan KewarganegaraanSukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraanangora6750232
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5Nurul Afiqah
 
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Rashidah1996
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51aliah azhar
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51nurul amyeza
 
Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Fara Ziela
 
Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Rashidah1996
 
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajarannurul amyeza
 

Similar to KBSR Kajian Tempatan (20)

Dsk sejarah thn 4
Dsk sejarah thn 4Dsk sejarah thn 4
Dsk sejarah thn 4
 
HSP BM TING 4
HSP BM TING 4HSP BM TING 4
HSP BM TING 4
 
Hsp t4
Hsp t4Hsp t4
Hsp t4
 
Hsp t5
Hsp t5Hsp t5
Hsp t5
 
Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4
 
Hsp psivik tkt_4
Hsp psivik tkt_4Hsp psivik tkt_4
Hsp psivik tkt_4
 
Hsp bm f3
Hsp bm f3Hsp bm f3
Hsp bm f3
 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan KewarganegaraanSukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
 
Hsp bm f3
Hsp bm f3Hsp bm f3
Hsp bm f3
 
Sp psk kbsm
Sp psk kbsmSp psk kbsm
Sp psk kbsm
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
 
Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2
 
Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2
 
Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran
 
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaran
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 

KBSR Kajian Tempatan

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001
  • 2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
  • 4. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:- • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN iii
  • 5. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. iv
  • 6. Kata Pengantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Kajian Tempatan ialah mata pelajaran yang diajar di Tahap II di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang demokratik, penyayang, progresif dan sejahtera. Kajian Tempatan menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan murid. Kandungan Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini merangkumi tiga ruang liput iaitu ruang liput pertama menekankan interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat, ruang liput kedua mengesahkan identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal murid dan ruang liput ketiga memperihalkan tentang sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan kejayaan negara Malaysia. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. v
  • 7. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr PENDAHULUAN Kurikulum Kajian Tempatan yang terangkum dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif,sejahtera serta bersemangat patriotik. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Kajian Tempatan ini dapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal, harmonis serta berketrampilan. Mata pelajaran ini juga bersesuaian dengan struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ). Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran yang membicarakan dan mengkaji tentang interaksi manusia dengan manusia dan manusia dengan alam persekitarannya melalui aktiviti kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial. Mata pelajaran ini diajar secara formal di Tahap II bagi mengukuhkan lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang telah disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran lain di Tahap I terutama mata pelajaran bahasa. Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti kaedah 1
  • 8. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi menanam dan memupuk semangat kekitaan, jati diri dan berdaya tahan di kalangan murid. Penggunaan pelbagai sumber terutamanya penggunaan teknologi maklumat digalakkan bagi melatih murid menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi . Melalui mata pelajaran ini juga, sejak di peringkat sekolah rendah lagi, murid diberi pendedahan pengalaman pembelajaran untuk menangani cabaran akibat arus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat serta mempunyai wawasan merancang masa depan, mempunyai ketahanan diri yang kental dan bersemangat patriotik bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara. Mata pelajaran ini menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan murid agar berbangga menjadi rakyat Malaysia yang cinta akan tanah air dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara serta sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. 2
  • 9. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr MATLAMAT Kurikulum Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. OBJEKTIF Kurikulum Kajian Tempatan Sekolah Rendah membolehkan murid : 1. mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak sebagai anggota dalam keluarga dan masyarakat ; 2. memahami dan menghargai keadaan fizikal setempat dan negara ; 3. mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara ; 4. memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan masyarakat setempat dan negara ; 5. mencintai dan menghargai alam sekitar ; 6. mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan ; 3
  • 10. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr 7. memahami dan menghargai sejarah negara ; 8. menguasai kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran berfikir; 9. menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik; dan 10. mensyukuri segala nikmat Tuhan. ORGANISASI KURIKULUM Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan ini mengandungi program pembelajaran untuk tiga tahun mulai Tahun 4 hingga Tahun 6. Kandungan mata pelajaran ini diolah mengikut tiga ruang liput seperti yang berikut: Pertama : Keluarga, rumah, jiran dan sekolah. Kedua : Kawasan tempat tinggal, mukim, daerah / jajahan, bahagian dan negeri. Ketiga : Negara kita. Kajian menerusi ruang liput ini dapat memberi pengetahuan dan pemahaman kepada murid tentang persekitarannya yang dekat sebelum menjangkau ke kawasan yang lebih jauh. Ruang liput pertama iaitu keluarga, rumah, jiran dan sekolah menekankan interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat serta amalan nilai-nilai hidup berjiran dan bermasyarakat. 4
  • 11. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr Ruang liput kedua menyedarkan murid tentang identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal, mukim, daerah / jajahan, bahagian dan negeri supaya mereka cinta dan bangga dengan persekitaran dan negeri mereka. Ruang liput ketiga pula memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan kejayaan negara. Ini akan menimbulkan kesedaran kepada murid tentang usaha pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Pengalaman pembelajaran yang diperoleh melalui ruang liput tersebut dapat membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Setiap ruang liput dibahagikan kepada beberapa topik atau bidang pembelajaran untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang perlu dikaji oleh murid. Setiap topik mengandungi subtopik - subtopik yang menentukan skop kajian . Topik-topik dibahagikan kepada Tahun 4, 5 dan 6 seperti yang berikut : Tahun 4 - Topik 1 hingga 4 Tahun 5 - Topik 5 hingga 8 Tahun 6 - Topik 9 hingga 12 5
  • 12. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr Topik 1 hingga 4 untuk Tahun 4 bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran murid bagi memahami dan menghargai perihal setempat yang merangkumi ruang liput keluarga, rumah, jiran, sekolah, kawasan tempat tinggal, mukim, daerah / jajahan, bahagian dan negeri. Melalui topik 5 hingga 8, murid Tahun 5 diperkenalkan pula tentang latar belakang dan identiti negaranya supaya mereka cinta dan bangga kepada negara. Seterusnya melalui topik 9 hingga 12, murid Tahun 6 dapat menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik ke arah pembinaan bangsa dan negara. 6
  • 13. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr KANDUNGAN 1. RUMAH DAN KELUARGA 1.1 Perihal Keluarga a. Keluarga asas b. Keluarga kembangan c. Peranan dan tanggungjawab d. Perubahan dalam keluarga e. Cara hidup berkeluarga 1.2 Perihal Rumah a. Rumah saya b. Pembinaan rumah c. Jenis rumah d. Ruang dan kegunaan e. Kemudahan asas f . Keceriaan dan keselamatan 2. KEJIRANAN 2.1 Perihal Jiran a. Anggota keluarga jiran b. Latar belakang jiran c. Cara hidup 7
  • 14. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr 2.2 Hidup Berjiran a. Kepentingan hidup berjiran b. Peranan dan tanggungjawab 3. SEKOLAH KITA 3.1 Perihal Sekolah a. Lokasi b. Sejarah c. Identiti d. Jawatan dan tanggungjawab e. Peraturan dan keselamatan f . Aktiviti 3.2 Saya dan Sekolah a. Peranan dan tanggungjawab b. Sumbangan murid kepada sekolah 3.3 Sekolah dan Masyarakat a. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) b. Pihak lain yang memberi sumbangan kepada sekolah c. Khidmat sekolah kepada masyarakat 8
  • 15. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr 4. PERIHAL SETEMPAT 4.1 Latar Belakang a. Lokasi b. Aspek fizikal utama c. Cuaca 4.2 Identiti Setempat a. Sejarah dan legenda b. Lagu, bendera, jata dan lambang c. Tokoh dan pemimpin d. Keistimewaan setempat 4.3 Masyarakat a. Keturunan b. Perayaan dan sambutan c. Pekerjaan 4.4 Pentadbiran a. Jawatan di pelbagai peringkat 9
  • 16. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr 4.5 Kemudahan dan Perkhidmatan Awam a. Jenis dan kepentingan b. Peranan dan tanggungjawab pengguna 4.6 Isu Setempat a. Mengenal pasti masalah dan cara mengatasinya. 5. MENGENAL NEGARA KITA 5.1 Lokasi a. Di Asia Tenggara b. Di dunia 5.2 Negeri-Negeri Dalam Malaysia a. Nama negeri , ibu negeri dan bandar utama b. Lagu, bendera jata dan lambang - lambang negeri c. Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan Negeri 5.3 Identiti Negara a. Lagu , bendera, jata, mercu dan lambang lain 10
  • 17. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr b. Struktur pentadbiran negara c. Ketua Negara dan Ketua Kerajaan Persekutuan 6. KEINDAHAN NEGARA KITA 6.1 Ciri - Ciri Fizikal yang Istimewa a. Bentuk muka bumi Malaysia 6.2 Bangunan dan Binaan a. Keindahan dan keistimewaan seni bina 7. SEJARAH NEGARA KITA 7.1 Kesultanan Melayu Melaka a. Pengasasan Melaka b. Kegemilangan Melaka 7.2 Sejarah Awal Sabah a. Asal usul nama Sabah b. Pentadbiran c. Cara hidup 11
  • 18. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr 7.3 Sejarah Awal Sarawak. a. Asal-usul nama Sarawak b. Pentadbiran c. Cara hidup 7.4 Zaman Penjajahan a. Kedatangan penjajah b. Kesan penjajahan c. Penentangan masyarakat tempatan 7.5 Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia a. Semangat kebangsaan b. Peristiwa c. Pembentukan Malaysia 7.6 Warisan Sejarah a. Pemeliharaan dan pemuliharaan 8. MASYARAKAT MALAYSIA 8.1 Penduduk a. Komposisi dan taburan b. Faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk 12
  • 19. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr 8.2 Agama dan kepercayaan a. Kepelbagaian agama dan kepercayaan 8.3 Kebudayaan dan kesenian a. Cara hidup 8.4 Perpaduan a. Kegiatan sosial dan kebajikan b. Penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti permainan, kesenian dan rekreasi c. Sistem pendidikan d. Undang-undang dan peraturan 9. SUMBER NEGARA 9.1 Sumber Semula Jadi a. Jenis sumber b. Sumber yang boleh dibaharui dan tidak boleh dibaharui c. Cara mendapatkan sumber d. Kegunaan e. Kesan kepada alam sekitar f. Pemeliharaan dan pemuliharaan 13
  • 20. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr 9.2 Sumber Manusia a. Jumlah penduduk b. Tahap pendidikan c. Tahap kesihatan 10. EKONOMI NEGARA 10.1 Kegiatan Ekonomi a. Kegiatan ekonomi utama b. Kawasan utama dan faktor yang mempengaruhinya 10.2 Sumbangan Kegiatan Ekonomi a. Pekerjaan b. Pendapatan c. Pembangunan 10.3 Pembangunan Ekonomi Berterusan a. Kepentingan bekalan sumber b. Penyelidikan dan pembangunan 14
  • 21. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr 11. PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA 11.1 Perlembagaan Negara a. Sistem Kerajaan Persekutuan b. Kewarganegaraan c. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dan kepentingan sah kaum lain e. Raja Berperlembagaan f . Bahasa dan agama rasmi 11.2 Rukun Negara a. Prinsip b. Penghayatan 11.3 Usaha-Usaha Membangunkan Negara a. Rancangan ekonomi b. Rancangan sosial 15
  • 22. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr 12. KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN NEGARA 12.1 Masyarakat Harmonis a. Faktor istimewa 12.2 Kejayaan Negara a. Kestabilan politik b. Kemajuan ekonomi c. Pembangunan sosial 12.3 Malaysia di Arena Antarabangsa a. Pertubuhan yang dianggotai dan faedahnya b. Peranan dan sumbangan 16
  • 23. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan perlu diberi kepada pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar bagi membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks. Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagi memperkukuh dan memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha membentuk manusia yang peka kepada isu atau permasalahan yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup. Di samping itu, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka menjadi generasi yang celik teknologi serta dapat memanfaatkannya dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan hidup bersama. 17