SlideShare a Scribd company logo
1 of 46
Download to read offline
i
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN iii
KATA PENGANTAR iv
PENDAHULUAN 1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3
PEMBINAAN KEMAHIRAN MELALUI
PERKEMBANGAN MORAL
7
BIDANG PEMBELAJARAN 1 :
Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
9
BIDANG PEMBELAJARAN 2 :
Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan
17
BIDANG PEMBELAJARAN 3 :
Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar
21
BIDANG PEMBELAJARAN 4 :
Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme
25
BIDANG PEMBELAJARAN 5 :
Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia
29
BIDANG PEMBELAJARAN 6 :
Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi
34
BIDANG PEMBELAJARAN 7 :
Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian
39
ii
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL KBSM
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iii
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan w arganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
iv
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL KBSM
KATA PENGANTAR
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang
memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang
bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan
menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta
ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan
kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah
aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap
dapat membantu guru merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur
bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran
belajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi, teori kecerdasan pelbagai,
pembelajaran masteri, pembelajaran secara
kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme, dan
pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni
dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap
diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat
memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan
dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru
perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira
perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah
laku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan
secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan
murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan
menggembirakan.
Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak
pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan
universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan, dan individu
yang mewakili badan-badan tertentu.
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian
Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
1
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
PENDAHULUAN
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik
murid supaya menjadi insan yang bermoral atau
berakhlak mulia dengan menekankan aspek
perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan
tingkah laku moral.
Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi
tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian
dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat
dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di
negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu
panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi
insan yang bermoral. Hal ini membolehkan mereka
menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan
sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang
dilakukan.
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai
panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari
segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.
Prinsip-prinsip itu ialah :
• bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang
lain.
• berpegang teguh pada ajaran agama.
• prihatin kepada alam sekitar.
• mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup.
• bersemangat patriotik.
• menghormati hak asasi manusia; dan
• mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.
Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk
merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung
dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
Untuk membolehkan murid memahami, menghayati
serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak
tujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan
nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang
pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan
kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga
menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan.
Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yang
berikut :
i. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
ii. Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan
iii. Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar
iv. Nilai berkaitan dengan Patriotisme
v. Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia
vi. Nilai berkaitan dengan Demokrasi
vii. Nilai berkaitan dengan Keamanan dan
Keharmonian
Takrifan
Pendidikan
Moral
Tujuh
Bidang
Pembelajaran
2
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
Pengajaran nilai berfokus pada Model Insan Menyeluruh
yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan.
(Rajah 1: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang
positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu
pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.
Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu
murid memahami nilai-nilai moral, menerima dan
menunjukkan komitmen terhadapnya, serta
mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga
dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang murid
mencapai tahap kematangan moral.
Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah
yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu
pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.
Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi
ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran
hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa
gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah
jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak
bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak
seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani
yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi
moral tersebut.
PEMIKIRAN
MORAL
PERASAAN
MORAL
TINDAKAN
MORAL
KESEDARAN
HATI NURANI
RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH
INSAN
BERAKHLAK
MULIA
Rangka
Konsepsi
3
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk
insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
boleh menyumbang ke arah keharmonian dan
kestabilan negara serta masyarakat global.
Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid :
i. memahami dan menghayati nilai-nilai yang
diperlukan untuk berakhlak mulia;
ii. menyedari dan menerima kepentingan
keharmonian antara manusia dengan alam
sekitar serta berusaha ke arah
mengekalkannya;
iii. meningkatkan persefahaman dan kerjasama
bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian
hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;
iv. mengembangkan pemikiran dan perasaan
moral dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah; dan
v. mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah
laku yang bermoral secara adil dan altruistik
selaras dengan nilai murni masyarakat
Malaysia.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu
guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
tahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakan
penerangan untuk membantu guru melaksanakan
kurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan
berkesan.
Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang
pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan
akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti
pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai
diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang
pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap
tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isu
moral atau kandungan yang dikemukakan semakin
kompleks dan mendalam selaras dengan tahap
kematangan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empat
lajur utama, iaitu :
Lajur Nilai
Lajur Kandungan Akademik
Lajur Hasil Pembelajaran
Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Matlamat
Pendidikan
Moral
Objektif
Pendidikan
Moral
Tujuan
Penerangan
Lajur
1
2
Format
Empat
Lajur
3
4
4
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung
di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan
penerangannya yang dipetik daripada Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (Semakan).
Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang
diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap
kematangan murid bermula dari diri, keluarga,
masyarakat, negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Kandungan akademik bagi setiap tingkatan disusun
dengan jelas bermula dengan tema diikuti oleh
tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran
yang disertakan dengan contoh jika perlu bagi
memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam perkembangan kurikulum dan proses
pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh
dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan
akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir
secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap
sesuatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan
memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-
kesannya. Dengan adanya kandungan akademik ini,
murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan
pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan
akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang
seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa
dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan
akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan
kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan
Moral.
Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan
tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid
dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.
Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini
dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian
dengan kandungan akademik yang disampaikan.
5
Lajur
Nilai
Lajur
Kandungan
Akademik
Lajur
Hasil
Pembelajaran
6
7
1
2
3
4
5
6
7
8
8
5
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu
atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu
atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang
berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga
meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti,
negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau
situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada
cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan
Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh
lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat
memperkukuh nilai yang diajar.
Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah
kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu
dihubungkaitkan dan digabungjalinkan supaya
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik,
berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu
daripada pelbagai mata pelajaran lain harus
disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah.
Lajur
Cadangan
Aktiviti
Pembelajaran
6
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
TINGKATAN 2
BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan Dengan
Perkembangan Diri
LAJUR NILAI
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan
Penerangan nilai :
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara.
LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK
Tema : Percaya kewujudan Tuhan asas
kesejahteraan hidup
Tajuk pengajaran : Agama benteng hidup manusia
Huraian tajuk pengajaran :
• Keperluan beragama dalam kehidupan manusia
- Sikap taat dan patuh kepada suruhan
Tuhan
- Agama memandu manusia ke arah
kebaikan dan kesejahteraan hidup
LAJUR HASIL PEMBELAJARAN
Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
i. Berbincang tentang kepentingan agama dalam
kehidupan
ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalas
baik’
Contoh
Persembahan
Lajur
7
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
PEMBINAAN KEMAHIRAN UNTUK PERKEMBANGAN MORAL
Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti
kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran
sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan
membolehkan murid menghadapi dunia ledakan
maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan
sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan
kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya
tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan
cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid
kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu
cara memupuk dan merangsang perkembangan moral
mereka.
Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik
yang akan membantu murid membuat keputusan
berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan
nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain.
Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui
Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung
atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih
berkesan dan mengelakkan sebarang konflik.
Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan
kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan
moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu
tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam
konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu
menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran
pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai
masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan
seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.
Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid
mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan
alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah
dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral
memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara
kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat
untuk diri sendiri dan orang lain.
Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan
sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau
moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan
dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau
sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid
menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna
mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang
baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar
murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain
dan mempertahankan nilai moral sendiri.
Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa
depan di kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran
yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau
permasalahan yang berlaku pada masa yang lampau,
masa kini dan masa depan. Ini membantu murid
membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia
menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin
berlaku.
Kemahiran
Utama
Kemahiran
Mengkaji
Masa
Depan
Kemahiran
Pemikiran
Kritikal
Kemahiran
Pemikiran
Kreatif
Kemahiran
Menentang
Tekanan
Rakan
SebayaKemahiran
Penyelesaian
Konflik
8
HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N
PE NDIDI KA N M O RAL
KBSM
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral,
murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh
sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi
Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web,
e-mail, cakera padat dan sidang telekomunikasi. Aktiviti
seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan
pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain
itu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat
membuat pertimbangan dengan mencari maklumat
yang positif dan mengelakkan mereka daripada
melayari laman-laman web yang berunsur negatif.
Kemahiran sosial memberi penekanan kepada
kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang
lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima
oleh masyarakat dan pada masa yang sama
bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran
sosial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran.
Kemahiran
Teknologi
Maklumat
Kemahiran
Sosial
NILAI BERKAITAN DENGAN
PERKEMBANGAN DIRI
BIDANG PEMBELAJARAN 1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
10
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
11
BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai
pencipta alamdan mematuhi segala
suruhan Nya berlandaskan
pegangan agama masing-masing
selaras dengan prinsip Rukun
Negara.
Percaya kewujudan Tuhan asas
kesejahteraan hidup
Agama panduan hidup manusia
• Keperluan beragama dalamkehidupan
manusia
- Sikap taat dan patuh kepada suruhan
Tuhan
- Agama memandu manusia ke arah
kebaikan dan kesejahteraanhidup
Mengamalkanajaranagama
sebagai panduan hidup
i. Berbincang tentang kepentingan agama
dalamkehidupan
ii. Menghasilkanesei bertema `Buat baik
dibalas baik’.
1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain.
Amanah menjamin perhubunganyang
harmonis
Sikap amanah menimbulkan kepercayaan orang
lain
• Sikap amanah dalamsetiap perhubungan
- Anggota keluarga
- Rakan sebaya
- Warga sekolah
- Anggota masyarakat
Bersikap amanah dalamhubungan
dengan anggota keluarga dan
individu lain
i. Melakonkan satu situasi sikap amanah
dalamkehidupan
ii. Menyenaraikan ciri amanah dalam
pelbagai situasi
- Koperasi sekolah
- Bendahari persatuan/kelab
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
12
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar
mampu memulia dan menjaga
maruah diri dalamkehidupan.
Sayang akan diri membentuk peribadi mulia
Perlakuan yang baik membentuk jati diri
• Tingkah laku yang merosakkan diri perlu
dijauhi
- Kumpulan kongsi gelap
- Pergaulan bebas
- Penyalahgunaan dadah
- Tabiat merokok
Menghindari amalan yang boleh
menjejaskan maruah diri
i. Ceramah yang bertema `Tingkatkan
maruah diri’
ii. Simulasi/main peranan sebagai murid yang
mengelak daripada terlibat dalamkegiatan
yang menjejaskan maruah diri
1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupandiri seseorang untuk
memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna.
Sikap bertanggungjawab menjamin
kesejahteraan hidup
Amalan bertanggungjawab menjamin
kesempurnaan tugas
• Sikap bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas
- Rumah
- Sekolah
- Masyarakat
Menjalankan tanggungjawab di
rumah, sekolah dan dalam
masyarakat dengan sempurna
i. Menyenaraikan tanggungjawab diri di
rumah, sekolah dan dalammasyarakat
ii. Main peranan untuk menunjukkan sikap
bertanggungjawab dalampelbagai situasi
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
13
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopandanberbudi pekerti
mulia dalampergaulan seharian.
Hemah tinggi mencerminkan peribadi mulia
Tutur kata dan tingkah laku yang selaras dengan
norma masyarakat
• Tutur kata dan tingkah laku terpuji
- Menghormati orang lain
- Berterima kasih atas pemberian
• Jauhi sikap negatif
- Angkuh
- Mementingkan diri
Mengamalkanpertuturan dan
tingkah laku yang sesuai dengan
norma masyarakat
Memerhati tingkah laku rakandi sekolah dan
menyenaraikan tingkah laku yang berhemah
1.6 Toleransi
Kesanggupanbertolak ansur, sabar
dan mengawal diribagi
mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan
fahamdemi kesejahteraanhidup.
Toleransi menjalin kemesraan
Amalan toleransi mengekalkan hubungan yang
mesra
• Toleransi dalamperhubungan
- Anggota keluarga
- Rakan sebaya
- Warga sekolah
- Masyarakat
Bertolak ansur dan mengawal diri
bagi menjaga hubungan yang baik
dengan keluarga dan orang lain
i. Berkongsi pengalaman tentang sikap
bertoleransi dalammenjaga hubungan
yang baik dengan keluarga dan orang lain.
ii. Perbincangan tentang kesan jika sikap
bertoleransi tidak diamalkan dalam
kehidupan seharian.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
14
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan
melakukan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain.
Berdikari membawa kejayaan
Kemampuan menyelesaikan masalah memupuk
sikap berdikari
• Keupayaan menyelesaikan masalah
- Secara individu
- Secara kumpulan
Berkeupayaan menyelesaikan
masalah sendiri secara individu atau
berkumpulan
i. Main peranan sebagai anak/murid yang
berdikari dalammembuat kerja rumah/
sekolah
ii. Menceritakan tentang anggota keluarga
yang berjaya atas hasil usaha sendiri
1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh
dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
berdaya maju dalammelakukan
sesuatu perkara.
Rajin dan usaha tangga kejayaan
Kegigihan dalamkehidupan seharian
• Usaha yang gigih menjamin kejayaan
- Diri
- Keluarga
- Sekolah
Berusaha dengan gigih demi
kepentingan diri, keluarga dan
sekolah
i. Mengumpul dan membincangkan
kata-kata hikmah berkaitan tema
ii. Mewawancara atau kajian kes tentang
individu yang telah berjaya
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
15
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang
mendalamserta berkekalan yang
lahir daripada hati yang ikhlas.
Kasih sayang asas kesejahteraan hidup
Kasih dan sayang semua hidupandi dunia
• Sayangi semuahidupan
- Manusia
- Fauna
- Flora
Menyayangi dan tidak
memusnahkan semua hidupan
di dunia
i. Menghayati dan membincangkan lirik lagu
bertemakan kasih sayang
ii. Lawatan ke rumah kebajikan, zoo, hutan
rekreasi dan membuat laporan
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang
saksama serta tidak berat sebelah.
Keadilan menjamin kesejahteraan bersama
Keadilan membentuk budaya sekolah
• Keadilan di sekolah tanggungjawab bersama
- Hukuman dan ganjaran
- Layanan antara murid
- Kemudahan
Menerima dan mengamalkan prinsip
keadilandi sekolah
i. Menulis eseiberkaitandengan tema
amalan keadilan di sekolah
ii. Main peranan
- Pelaksanaan prinsip keadilan di
sekolah
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
16
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan
yang wajar.
Sikap rasional membentuk pemikiran yang
matang
Pemikiran terbuka menjamin keputusan yang
bijak
• Keupayaan menimbangkan pelbagai pilihan
berdasarkanbeberapa faktor sebelum
membuat keputusan
- Bukti yang kukuh
- Pengetahuan
- Pengalaman
Membuat keputusan setelah
menimbangkan pelbagai faktor
i. Menyenaraikan kebaikan membuat
keputusan setelah menimbangkan
pelbagai faktor.
ii. Mengumpul keratan akhbar tentang
kegiatan perlumbaanharam, rasuah,
penyalahgunaandadah dan membuat
analisa akibat kegiatan tersebut.
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam
membuat pertimbangandan tindakan
sama ada dalampemikiran, pertuturan
atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.
Hidup sederhanaasas kesejahteraan
bersama
Sikap sederhanadalamhubungan
• Keupayaan mengimbangi kepentingan diri
dan orang lain
- Pergaulan
- Membantu mengikut kemampuan diri
Mengambil tindakan dengan
mengambil kira kepentingandiri dan
orang lain
Melengkapkan senarai semak kendiri tentang
nilai kesederhanaan dalamhubungan dengan
orang lain.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
17
NILAI BERKAITAN DENGAN
KEKELUARGAAN
BIDANG PEMBELAJARAN 2
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
18
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
19
BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang
mendalamdan berkekalan terhadap
keluarga.
Kasih sayang asas keluarga bahagia
Kebahagiaan keluarga tanggungjawab bersama
• Kasih dan sayang terhadap anggota
keluarga
• Hubungan keluarga yangharmonis
Menyayangi ibu bapa dan anggota
keluarga yang lain
i. Peta minda tentang ciri-ciri keluarga
bahagia
ii. Main peranan sebagai anak yang
menyayangi ibu bapa dan anggota
keluarga yang lain
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota
Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga
dengan berinteraksi dan memberi
layanan secarabersopan untuk
mewujudkan keluarga yang harmoni.
Pegangan agama menjamin keluarga bahagia
Hormat dan taat kepada ibu bapa tuntutanagama
• Kedudukan ibu bapa mengikut perspektif
agama
- Islam
- Buddha
- Hindu
- Kristian
- Sikh
Memulia dan mentaati ibu bapa
seperti yang dituntut agama
i. Menyenaraikan perlakuan yang
menunjukkan sikap hormat dan taat
kepada anggota keluarga
ii. Mengumpul maklumat daripada pelbagai
media dan membincangkan tentang
kedudukan ibu bapa mengikut perspektif
agama
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
20
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.3 Mengekalkan Tradisi
Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan
mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat
dan kepercayaan yang diwarisi secara
turun-temurundalamkeluarga.
Tradisi kekeluargaan warisan berharga
Amalan adat menghidupkan tradisi kekeluargaan
• Amalan tradisi oleh keluarga sejak turun-
temurun
- Sambutan sesuatu perayaan bersama
keluarga
Mematuhi adat dan tradisi yang
diamalkan oleh keluarga
Mengumpul gambar besertapenerangan
ringkas mengenai adat dan tradisi keluarga
dan menghasilkanbuku skrap
2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh
setiap individu terhadap keluarga untuk
melahirkan keluarga bahagia,
meningkatkan imej dan menjaga maruah
keluarga.
Tanggungjawab terhadap keluarga ialah satu
amanah
Maju diri demi kebahagiaan hidup keluarga
• Sikap bertanggungjawab untuk memajukan
diri dan keluarga
- Pendidikan
- Kerjaya
i. Belajarbersungguh-sungguh
untuk kemajuan diri dan
keluarga
ii. Menjalankan tanggungjawab
terhadap keluarga
Membina carta roda masa depan yang
menunjukkan kemajuandiri dalampendidikan
dan kerjaya
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN
ALAM SEKITAR
BIDANG PEMBELAJARAN 3
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
22
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
23
BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam
Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara
dan memulihara alamsekeliling untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Persekitaran berkualiti kesejahteraan
bersama
Keceriaan sekolah tanggungjawab bersama
• Tanggungjawab memelihara dan
memulihara persekitaran sekolah
- Kebersihan dan penghijauan
persekitaran sekolah
Menjaga persekitaran supaya
sentiasabersih dan segar
i. Menjaga dan menceriakan kawasan
di sekolah
ii. Membuat penilaian tentang kebersihan
kawasan-kawasan di sekolah
3.2 Keharmonian antara Manusia dengan
Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan
yang harmonis antara manusiadengan
alamsekeliling supaya kualiti kehidupan
manusia dan alamsekeliling terpelihara.
Air sumber alam berharga
Air nadi kehidupan
• Kepentingan air dalamkehidupan
- Punca airdan kegunaannya
- Tanggungjawab menjaga kebersihan
sumber air
- Penjimatan air
Menjaga kebersihan sumber air dan
mengelakkan pembaziran
i. Menghasilkanposter bertemakan `Air ’
ii. Buku skrap:
- Kepentinganair
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
24
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
3.3 Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam
sekeliling sebagai tanggungjawab
bersama untuk kesejahteraan hidup.
Perlindungan santuari hidupan
tanggungjawab bersama
Zon persisiran pantaiperlu dilindungi
• Pembangunan terkawal di zon persisiran
pantai
• Pengekalan kawasan terumbu karang untuk
pembiakan hidupan marin
Melibatkandiri dalammelindungi
zon persisiran pantai
i. Tayangan video mengenaiperlindungan
santuari.
ii. Mengadakan aktiviti membersihkan
persisiranpantai.
3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang
berkaitan dengan alam sekeliling dan
berusaha menyelesaikannya.
Bencana alam ialah fenomena semulajadi
Peka terhadap kejadian bencana alamdemi
keselamatan bersama
• Kesan bencana alamkepada alamsekitar
• Persediaan menghadapi bencanaalam
Peka terhadap kejadian dan kesan
bencana alamserta mengenal pasti
langkah-langkah persediaan dalam
menghadapi bencana alam
i. Membina peta aliran yang menunjukkan
persediaan yangdibuat dalammenghadapi
bencana alam.
ii. Mengumpul maklumat daripada media
cetak atau elektronik dan berbincang
tentang bencana alam.
iii. Melakonkan satu latihan kecemasan.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN
PATRIOTISME
BIDANG PEMBELAJARAN 4
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
26
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
27
BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
4.1 Cinta akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada
negara serta meletakkan kepentingan
negara melebihi kepentingan diri.
Nikmat dan keselesaan hidup tanda
kemakmuran negara
Kemudahan awamdan perkhidmatan sosial
negara tanggungjawab bersama
• Perasaan bangga dengan kemudahan
awamdan perkhidmatan sosial negara
• Sikap bertanggungjawab menjaga
kemudahan awamdan perkhidmatan sosial
yang terdapat dalamnegara
Berbangga serta menggunakan
sebaik-baiknya segala perkhidmatan
dan kemudahan yang disediakan
oleh kerajaan
Surat kepada sahabat di luar negeri
menceritakan tentang rasa bangga tentang
kemudahan awam/perkhidmatan sosial yang
ada dalamnegara
4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang
berkekalan kepada Raja dan Negara.
Raja dan pemimpin ialah payung negara
Kesetiaan kepada rajadannegara ialah
kewajipan bagi setiap rakyat
• Tatalaku dalammajlis yang dihadiri oleh
pembesar negara
• Taat setia kepada raja dan negara
- Hari Keputeraan
- Hari Kebangsaan
- Pertabalan Raja
i. Menghormati dan mentaati
upacaradan majlis rasmi yang
dihadiri oleh pembesar negara
ii. Menyokong dan menyertai
program-programsambutan hari
kebesaran negara
i. Menunjukkan rakaman pertabalan Yang Di
Pertuan Agong/Sultan dan membuat
perbincangan tentang tata lakudalam
majlis tersebut.
ii. Merancang dan menyertai programHari
Kebangsaan di peringkat sekolah
- Melukis/mewarna/mengibar Bendera
Malaysia
- Sudut patriotisme di dalamkelas
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
28
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
4.3 Sanggup Berkorban
untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan
sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda
kebaktian untuk negara.
Sanggup berkorban demi kebajikan
masyarakat dan kemakmuran negara
Kesanggupan melibatkandiri dalamaktiviti
kemasyarakatan
• Sedia mengorbankan masa dan tenaga
dalamkerja-kerja amal
- Ekonomi
- Kesihatan
- Pendidikan
- Sukan
Sanggup mengambil bahagian
dalamaktiviti kemasyarakatan demi
negara
Membuat laporan tentang aktiviti
kemasyarakatan yang pernah disertai.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN
HAK ASASI MANUSIA
BIDANG PEMBELAJARAN 5
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
30
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
31
BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan
memelihara hak kanak-kanak bagi
menjamin kehidupan mereka yang
sempurna.
Persekitaran mempengaruhi pertumbuhan
kanak-kanak
Ibu bapa pelindung kanak-kanak
• Tanggungjawab ibubapa memastikan
anak-anak mendapat kehidupan sempurna
- Pendidikan
- Perlindungan
Menyedari kanak-kanak berhak
mendapat pendidikan dan
perlindungan untuk menjamin
kehidupan yang sempurna
Berbincang dan menghasilkan buku skrap
tentang persekitaran yang selesa untuk
kanak-kanak
- Tempat tinggal
- Suasana pembelajaran
5.2 Menghormati Hak Wanita
Melindungidan mengiktiraf wanita
sebagai individu yang boleh memberi
sumbangan dalampembangunan
keluarga, masyarakat dan negara.
Pengiktirafan hak wanita menjamin
pembangunan insan
Hak wanita tanggunggjawab bersama
• Peka terhadap hak wanita
- Hal-hal kebajikan
- Peluang kenaikan pangkat
- Pengeksploitasian
- Iklan
Bersikap terbukadalammengikfiraf
wanita sebagai golongan yang
berkebolehan, berpotensidan
bermaruah
Mengumpul maklumat dari media cetak dan
media elektronik mengenai pengeksploitasian
wanita dan mempamerkandi kelas
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
32
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai dan
mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan
sumbangan golongan pekerja dalam
pembangunan negara.
Majikan yang prihatin meningkatkan
produktiviti negara
Majikan prihatin pekerjaberjaya
• Tanggungjawab majikan dalammenjaga
kebajikanpekerja
- Keselesaan tempat kerja
- Peluang meningkatkan kerjaya
- Kemudahan berekreasi
Menerima hakikat bahawa kebajikan
pekerja merupakan tanggungjawab
majikan
i. Mengumpul iklan kerja dari akhbar dan
membuat perbandingan tentang
kemudahan serta faedah yang ditawarkan
ii. Simulasi
- Mewawancara denganpekerja atau
majikan tentang kebajikan pekerja
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang
Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada
golongan kurang berupaya supaya tidak
berasa tersisih dan mengiktiraf mereka
sebagai insan ciptaan Tuhan.
Golongan kurang berupaya insan ciptaan
Tuhan
Prihatin terhadap golongan kurang berupaya
• Golongan kurang berupaya memerlukan
layanan dan sokongandaripada pelbagai
pihak
- Keluarga
- Rakan sebaya
- Anggota masyarakat
Memberi layanan dan sokongan
yang baik kepada golongan kurang
berupaya
i. Lawatan ke pusat spastik atau kelas
pendidikan khas dan membuat laporan
ii. Tayangan video berkaitan golongan
kurang berupayadanberbincang tentang
layanan yang diberi
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
33
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu
untuk menjadi pengguna yang berilmu,
mendapat perkhidmatan serta barangan
yang berkualiti dan tidak mudah
dieksploitasi.
Kesedaran pengguna tanda masyarakat
matang
Pendidikan kepenggunaan asas kepekaan
pengguna
• Kepekaan pengguna terhadap hak dan
tanggungjawab
- Maklumat tentang barangan dan
perkhidmatan supaya mudah membuat
pilihan dan mengelakkan penipuan
- Perlindungan daripadapenggunaan
barangandanperkhidmatan yang
membahayakan
Menyedari dan mengenalpasti hak
pengguna untuk mendapat
perlindungan dan maklumat tentang
barangandanperkhidmatan
i. Mengumpul, membincang dan
mempamerkan maklumat tentang hak
pengguna daripada media cetak dan
elektronik
ii. Menulis surat aduan kepada Persatuan
Pengguna tentang barangan/perkhidmatan
yang tidak memuaskan
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN
DEMOKRASI
BIDANG PEMBELAJARAN 6
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN DUA
35
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
36
BIDANG PEMBELAJARAN 6 : NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
6.1 Mematuhi Peraturan dan
Undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan
undang-undang yang telahditentukan
tanpa mengira sesiapa dan di mana
seseorang itu berada.
Undang-undang menjamin kesejahteraan
hidup masyarakat
Undang-undang menjamin keselamatan
di jalan raya
• Patuhi undang-undang dan peraturan
jalan raya
• Tidak terlibat dalamperbuatan yang
menyalahi undang-undang jalan raya
- Perlumbaan haram
- Memandu tanpa lesen
- Memandu dalamkeadaan mabuk
- Kecuaian pejalan kaki
Mematuhi peraturan dan undang-
undang jalan raya bagi menjamin
keselamatan diri dan orang lain
i. Mencari maklumat mengenai kesalahan-
kesalahan di jalan raya
ii. Ceramah keselamatandi jalan raya oleh
pegawai JPJ atau Polis
iii. Mempamerkan keratan akhbar yang
berkaitan dan mengadakan perbincangan
tentang pentingnya mematuhi peraturan
dan undang-undang jalan raya
6.2 Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan
fikiran denganbatasan tertentu bagi
menjaga keselamatan dan ketenteraman.
Kebebasan bersuara mencerminkan keluarga
berfikiran terbuka
Amalan bermusyawarah sebagai budayahidup
berkeluarga
• Kebebasan mengeluarkan pendapat dalam
perbincangan keluarga
- Perbincanganbersama keluarga
dalampelbagaihal
- Perasaan dan emosi dikawal
Berbincang dengan anggota
keluarga dalamsuasana yang
harmoni
Sketsa atau main peranan sebagai anggota
keluarga yang mengamalkan kebebasan
bersuara dalamperbincangan secara terbuka
dan harmoni
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN DUA
37
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
6.3 Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk
menganuti dan mengamalkan agamanya
seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia.
Kebebasan beragama lambang masyarakat
majmuk
Rakyat Malaysia merayakan pelbagaiupacara
keagamaan
• Kebebasan meraikanupacara keagamaan
- Sambutan Maulidur-Rasul (Islam)
- Hari Wesak (Buddha)
- Thaipusam(Hindu)
- Good Friday (Kristian)
- Hari Vasakhi (Sikh)
Meraikan upacara keagamaan
sendiri dan menghormati upacara
keagamaan orang lain
i. Perbincangan tentang perayaan
keagamaan sendiri dan pentingnya
menghormati perayaan keagamaan
orang lain
ii. Menghasilkan folio tentangperayaan
keagamaan di Malaysia
6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan
Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti pembangunan negara
dengan mematuhi peraturan, undang-
undang dan Perlembagaan Malaysia.
Minda yang sihat melalui aktiviti yang
bermanfaat
Aktiviti kemasyarakatan dijayakan bersama
• Penyertaan dalamaktiviti luar sekolah yang
membina dan berfaedah
- Aktiviti kebajikandengan masyarakat
setempat
Melibatkandiri dalamaktiviti
kebajikandan kemasyarakatan demi
pembangunan negara
Menyenaraikan aktiviti luar sekolah yang
berfaedah dan mengkaji kesannya
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
38
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima
pandangan, pembaharuan dan kritikan
selaras dengan kebenaran fakta dan
norma masyarakat Malaysia.
Sikap terbuka tanda kematangan fikiran
Teguran yang membinapenting untuk kebaikan
bersama
• Pendapat dan teguran diterima dengan
sikap terbuka
- Akademik
- Kokurikulum
- Bimbingan dan kaunseling
Menerima pandangan dan teguran
orang lain demi kebaikan bersama
Main peranan
- Orang yang memberi teguran dan orang
yang menerima tegurandalamsesuatu
hal.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN
KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
BIDANG PEMBELAJARAN 7
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
40
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN DUA
41
BIDANG PEMBELAJARAN 7 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain
dengan mengutamakan kedamaiandan
keharmonian hidup tanpa mengira
agama, bangsadanbudaya.
Perpaduan masyarakat tunggak
kesejahteraan negara
Semangat kejiranan membentuk kesejahteraan
masyarakat
• Konsep kejiranan sebagai amalandalam
kehidupan bermasyarakat
- Kunjungan Muhibah
(Rumah terbuka, hari keluarga, saling
membantu, ziarah-menziarahi)
Menjadi jiran yangbaik boleh
dicontohi oleh masyarakat
i. Membincangkan ciri-ciri jiran yang baik
ii. Projek : membantu jirandan membuat
laporan
7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang
dilakukanbersama pada peringkat
individu, komuniti atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Hidup sepakat membawa berkat
Permuafakatan masyarakat untuk kebaikan
bersama
• Permuafakatandalammelaksanakan tugas
kemasyarakatan
- Gotong royong
- Rukun Tetangga
- Jawatankuasa Kemajuandan
Keselamatan Kampung
- ProgramPermuafakatan
Melibatkandiri dalampelbagai
aktiviti masyarakat untuk
kesejahteraanbersama
Melibatkandiri dalamsalah satu program
komuniti dan membuat laporan ringkas
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM
TINGKATAN DUA
42
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
7.3 Saling Menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan
antara negara untuk menjamin
kesejahteraan sejagat.
Kesepakatanantara negara menjamin
kemakmuransejagat
Amalan saling menghormati antara negara
menjamin kemantapan ekonomi
• Perasaan bertolak ansur dan
hormat-menghormati antaranegara untuk
kesepakatan serantau
Menerima hakikat bahawa perasaan
bertolak ansur dan saling
menghormati antara negara
menjamin kesepakatan dan
pembangunan serantau
i. Menghasilkanbuku skrap tentang
kesepakatanantara negara serantau
dalampelbagaiaspek.
ii. Mengumpul maklumat daripada pelbagai
sumber tentang penyelesaian secara
diplomasi isu kesempadanan antara
negaradan mempamerkan di kelas

More Related Content

What's hot (11)

Hsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun EnamHsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun Enam
 
4. dskp tahun 4 utk juk 05082013
4. dskp tahun 4 utk juk 050820134. dskp tahun 4 utk juk 05082013
4. dskp tahun 4 utk juk 05082013
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
 
1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk
 
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
 
Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PPPM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
 
Sukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral KbsrSukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral Kbsr
 
Hsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun EmpatHsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun Empat
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
 
Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4
 

Viewers also liked

Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2manivanan
 
Brochure iTHINK
Brochure iTHINKBrochure iTHINK
Brochure iTHINKALSAFII
 
Presentation i think p.moral daerah sban
Presentation i think p.moral daerah sbanPresentation i think p.moral daerah sban
Presentation i think p.moral daerah sbansabapathy1964
 
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluargaadrisya90
 
Pendidikan moral nota
Pendidikan moral notaPendidikan moral nota
Pendidikan moral notamoral88
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 

Viewers also liked (8)

Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
 
Brochure iTHINK
Brochure iTHINKBrochure iTHINK
Brochure iTHINK
 
Presentation i think p.moral daerah sban
Presentation i think p.moral daerah sbanPresentation i think p.moral daerah sban
Presentation i think p.moral daerah sban
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Tugasan moral (sabrina)
Tugasan moral (sabrina)Tugasan moral (sabrina)
Tugasan moral (sabrina)
 
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
 
Pendidikan moral nota
Pendidikan moral notaPendidikan moral nota
Pendidikan moral nota
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 

Similar to Hsp moral f2 (20)

Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1
 
Hsp moral y1
Hsp moral y1Hsp moral y1
Hsp moral y1
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 

Recently uploaded

Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 

Recently uploaded (20)

Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 

Hsp moral f2

  • 1. i HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM KANDUNGAN RUKUN NEGARA ii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN iii KATA PENGANTAR iv PENDAHULUAN 1 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3 PEMBINAAN KEMAHIRAN MELALUI PERKEMBANGAN MORAL 7 BIDANG PEMBELAJARAN 1 : Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri 9 BIDANG PEMBELAJARAN 2 : Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan 17 BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar 21 BIDANG PEMBELAJARAN 4 : Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme 25 BIDANG PEMBELAJARAN 5 : Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia 29 BIDANG PEMBELAJARAN 6 : Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi 34 BIDANG PEMBELAJARAN 7 : Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian 39
  • 2. ii HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 3. iii HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan w arganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 4. iv HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM KATA PENGANTAR Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan, dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
  • 5. 1 HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM PENDAHULUAN Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Hal ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu ialah : • bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain. • berpegang teguh pada ajaran agama. • prihatin kepada alam sekitar. • mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup. • bersemangat patriotik. • menghormati hak asasi manusia; dan • mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak tujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut : i. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri ii. Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan iii. Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar iv. Nilai berkaitan dengan Patriotisme v. Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia vi. Nilai berkaitan dengan Demokrasi vii. Nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian Takrifan Pendidikan Moral Tujuh Bidang Pembelajaran
  • 6. 2 HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM Pengajaran nilai berfokus pada Model Insan Menyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan. (Rajah 1: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu murid memahami nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang murid mencapai tahap kematangan moral. Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi moral tersebut. PEMIKIRAN MORAL PERASAAN MORAL TINDAKAN MORAL KESEDARAN HATI NURANI RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH INSAN BERAKHLAK MULIA Rangka Konsepsi
  • 7. 3 HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid : i. memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; ii. menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; iii. meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; iv. mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan v. mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakan penerangan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan berkesan. Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isu moral atau kandungan yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap kematangan murid. Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empat lajur utama, iaitu : Lajur Nilai Lajur Kandungan Akademik Lajur Hasil Pembelajaran Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran Matlamat Pendidikan Moral Objektif Pendidikan Moral Tujuan Penerangan Lajur 1 2 Format Empat Lajur 3 4
  • 8. 4 HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan penerangannya yang dipetik daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Semakan). Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap kematangan murid bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara hingga ke peringkat antarabangsa. Kandungan akademik bagi setiap tingkatan disusun dengan jelas bermula dengan tema diikuti oleh tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran yang disertakan dengan contoh jika perlu bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam perkembangan kurikulum dan proses pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap sesuatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan- kesannya. Dengan adanya kandungan akademik ini, murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral. Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan akademik yang disampaikan. 5 Lajur Nilai Lajur Kandungan Akademik Lajur Hasil Pembelajaran 6 7 1 2 3 4 5 6 7 8 8
  • 9. 5 HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti, negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat memperkukuh nilai yang diajar. Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu dihubungkaitkan dan digabungjalinkan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu daripada pelbagai mata pelajaran lain harus disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran
  • 10. 6 HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM TINGKATAN 2 BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri LAJUR NILAI Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan Penerangan nilai : Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK Tema : Percaya kewujudan Tuhan asas kesejahteraan hidup Tajuk pengajaran : Agama benteng hidup manusia Huraian tajuk pengajaran : • Keperluan beragama dalam kehidupan manusia - Sikap taat dan patuh kepada suruhan Tuhan - Agama memandu manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup LAJUR HASIL PEMBELAJARAN Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN i. Berbincang tentang kepentingan agama dalam kehidupan ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalas baik’ Contoh Persembahan Lajur
  • 11. 7 HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM PEMBINAAN KEMAHIRAN UNTUK PERKEMBANGAN MORAL Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan merangsang perkembangan moral mereka. Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik. Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka. Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral sendiri. Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan di kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku. Kemahiran Utama Kemahiran Mengkaji Masa Depan Kemahiran Pemikiran Kritikal Kemahiran Pemikiran Kreatif Kemahiran Menentang Tekanan Rakan SebayaKemahiran Penyelesaian Konflik
  • 12. 8 HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PE NDIDI KA N M O RAL KBSM Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, cakera padat dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif. Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran sosial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Kemahiran Teknologi Maklumat Kemahiran Sosial
  • 13. NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI BIDANG PEMBELAJARAN 1
  • 14. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 10
  • 15. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 11 BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alamdan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Percaya kewujudan Tuhan asas kesejahteraan hidup Agama panduan hidup manusia • Keperluan beragama dalamkehidupan manusia - Sikap taat dan patuh kepada suruhan Tuhan - Agama memandu manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraanhidup Mengamalkanajaranagama sebagai panduan hidup i. Berbincang tentang kepentingan agama dalamkehidupan ii. Menghasilkanesei bertema `Buat baik dibalas baik’. 1.2 Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Amanah menjamin perhubunganyang harmonis Sikap amanah menimbulkan kepercayaan orang lain • Sikap amanah dalamsetiap perhubungan - Anggota keluarga - Rakan sebaya - Warga sekolah - Anggota masyarakat Bersikap amanah dalamhubungan dengan anggota keluarga dan individu lain i. Melakonkan satu situasi sikap amanah dalamkehidupan ii. Menyenaraikan ciri amanah dalam pelbagai situasi - Koperasi sekolah - Bendahari persatuan/kelab
  • 16. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 12 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalamkehidupan. Sayang akan diri membentuk peribadi mulia Perlakuan yang baik membentuk jati diri • Tingkah laku yang merosakkan diri perlu dijauhi - Kumpulan kongsi gelap - Pergaulan bebas - Penyalahgunaan dadah - Tabiat merokok Menghindari amalan yang boleh menjejaskan maruah diri i. Ceramah yang bertema `Tingkatkan maruah diri’ ii. Simulasi/main peranan sebagai murid yang mengelak daripada terlibat dalamkegiatan yang menjejaskan maruah diri 1.4 Bertanggungjawab Kesanggupandiri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Sikap bertanggungjawab menjamin kesejahteraan hidup Amalan bertanggungjawab menjamin kesempurnaan tugas • Sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas - Rumah - Sekolah - Masyarakat Menjalankan tanggungjawab di rumah, sekolah dan dalam masyarakat dengan sempurna i. Menyenaraikan tanggungjawab diri di rumah, sekolah dan dalammasyarakat ii. Main peranan untuk menunjukkan sikap bertanggungjawab dalampelbagai situasi
  • 17. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 13 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.5 Hemah Tinggi Beradab sopandanberbudi pekerti mulia dalampergaulan seharian. Hemah tinggi mencerminkan peribadi mulia Tutur kata dan tingkah laku yang selaras dengan norma masyarakat • Tutur kata dan tingkah laku terpuji - Menghormati orang lain - Berterima kasih atas pemberian • Jauhi sikap negatif - Angkuh - Mementingkan diri Mengamalkanpertuturan dan tingkah laku yang sesuai dengan norma masyarakat Memerhati tingkah laku rakandi sekolah dan menyenaraikan tingkah laku yang berhemah 1.6 Toleransi Kesanggupanbertolak ansur, sabar dan mengawal diribagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan fahamdemi kesejahteraanhidup. Toleransi menjalin kemesraan Amalan toleransi mengekalkan hubungan yang mesra • Toleransi dalamperhubungan - Anggota keluarga - Rakan sebaya - Warga sekolah - Masyarakat Bertolak ansur dan mengawal diri bagi menjaga hubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain i. Berkongsi pengalaman tentang sikap bertoleransi dalammenjaga hubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain. ii. Perbincangan tentang kesan jika sikap bertoleransi tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.
  • 18. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 14 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari membawa kejayaan Kemampuan menyelesaikan masalah memupuk sikap berdikari • Keupayaan menyelesaikan masalah - Secara individu - Secara kumpulan Berkeupayaan menyelesaikan masalah sendiri secara individu atau berkumpulan i. Main peranan sebagai anak/murid yang berdikari dalammembuat kerja rumah/ sekolah ii. Menceritakan tentang anggota keluarga yang berjaya atas hasil usaha sendiri 1.8 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalammelakukan sesuatu perkara. Rajin dan usaha tangga kejayaan Kegigihan dalamkehidupan seharian • Usaha yang gigih menjamin kejayaan - Diri - Keluarga - Sekolah Berusaha dengan gigih demi kepentingan diri, keluarga dan sekolah i. Mengumpul dan membincangkan kata-kata hikmah berkaitan tema ii. Mewawancara atau kajian kes tentang individu yang telah berjaya
  • 19. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 15 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalamserta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Kasih sayang asas kesejahteraan hidup Kasih dan sayang semua hidupandi dunia • Sayangi semuahidupan - Manusia - Fauna - Flora Menyayangi dan tidak memusnahkan semua hidupan di dunia i. Menghayati dan membincangkan lirik lagu bertemakan kasih sayang ii. Lawatan ke rumah kebajikan, zoo, hutan rekreasi dan membuat laporan 1.10 Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Keadilan menjamin kesejahteraan bersama Keadilan membentuk budaya sekolah • Keadilan di sekolah tanggungjawab bersama - Hukuman dan ganjaran - Layanan antara murid - Kemudahan Menerima dan mengamalkan prinsip keadilandi sekolah i. Menulis eseiberkaitandengan tema amalan keadilan di sekolah ii. Main peranan - Pelaksanaan prinsip keadilan di sekolah
  • 20. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 16 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Sikap rasional membentuk pemikiran yang matang Pemikiran terbuka menjamin keputusan yang bijak • Keupayaan menimbangkan pelbagai pilihan berdasarkanbeberapa faktor sebelum membuat keputusan - Bukti yang kukuh - Pengetahuan - Pengalaman Membuat keputusan setelah menimbangkan pelbagai faktor i. Menyenaraikan kebaikan membuat keputusan setelah menimbangkan pelbagai faktor. ii. Mengumpul keratan akhbar tentang kegiatan perlumbaanharam, rasuah, penyalahgunaandadah dan membuat analisa akibat kegiatan tersebut. 1.12 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangandan tindakan sama ada dalampemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Hidup sederhanaasas kesejahteraan bersama Sikap sederhanadalamhubungan • Keupayaan mengimbangi kepentingan diri dan orang lain - Pergaulan - Membantu mengikut kemampuan diri Mengambil tindakan dengan mengambil kira kepentingandiri dan orang lain Melengkapkan senarai semak kendiri tentang nilai kesederhanaan dalamhubungan dengan orang lain.
  • 21. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 17 NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN BIDANG PEMBELAJARAN 2
  • 22. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 18
  • 23. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 19 BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalamdan berkekalan terhadap keluarga. Kasih sayang asas keluarga bahagia Kebahagiaan keluarga tanggungjawab bersama • Kasih dan sayang terhadap anggota keluarga • Hubungan keluarga yangharmonis Menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang lain i. Peta minda tentang ciri-ciri keluarga bahagia ii. Main peranan sebagai anak yang menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang lain 2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secarabersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. Pegangan agama menjamin keluarga bahagia Hormat dan taat kepada ibu bapa tuntutanagama • Kedudukan ibu bapa mengikut perspektif agama - Islam - Buddha - Hindu - Kristian - Sikh Memulia dan mentaati ibu bapa seperti yang dituntut agama i. Menyenaraikan perlakuan yang menunjukkan sikap hormat dan taat kepada anggota keluarga ii. Mengumpul maklumat daripada pelbagai media dan membincangkan tentang kedudukan ibu bapa mengikut perspektif agama
  • 24. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 20 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurundalamkeluarga. Tradisi kekeluargaan warisan berharga Amalan adat menghidupkan tradisi kekeluargaan • Amalan tradisi oleh keluarga sejak turun- temurun - Sambutan sesuatu perayaan bersama keluarga Mematuhi adat dan tradisi yang diamalkan oleh keluarga Mengumpul gambar besertapenerangan ringkas mengenai adat dan tradisi keluarga dan menghasilkanbuku skrap 2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Tanggungjawab terhadap keluarga ialah satu amanah Maju diri demi kebahagiaan hidup keluarga • Sikap bertanggungjawab untuk memajukan diri dan keluarga - Pendidikan - Kerjaya i. Belajarbersungguh-sungguh untuk kemajuan diri dan keluarga ii. Menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga Membina carta roda masa depan yang menunjukkan kemajuandiri dalampendidikan dan kerjaya
  • 25. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR BIDANG PEMBELAJARAN 3
  • 26. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 22
  • 27. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 23 BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alamsekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Persekitaran berkualiti kesejahteraan bersama Keceriaan sekolah tanggungjawab bersama • Tanggungjawab memelihara dan memulihara persekitaran sekolah - Kebersihan dan penghijauan persekitaran sekolah Menjaga persekitaran supaya sentiasabersih dan segar i. Menjaga dan menceriakan kawasan di sekolah ii. Membuat penilaian tentang kebersihan kawasan-kawasan di sekolah 3.2 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusiadengan alamsekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alamsekeliling terpelihara. Air sumber alam berharga Air nadi kehidupan • Kepentingan air dalamkehidupan - Punca airdan kegunaannya - Tanggungjawab menjaga kebersihan sumber air - Penjimatan air Menjaga kebersihan sumber air dan mengelakkan pembaziran i. Menghasilkanposter bertemakan `Air ’ ii. Buku skrap: - Kepentinganair
  • 28. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 24 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 3.3 Kemapanan Alam Sekitar Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup. Perlindungan santuari hidupan tanggungjawab bersama Zon persisiran pantaiperlu dilindungi • Pembangunan terkawal di zon persisiran pantai • Pengekalan kawasan terumbu karang untuk pembiakan hidupan marin Melibatkandiri dalammelindungi zon persisiran pantai i. Tayangan video mengenaiperlindungan santuari. ii. Mengadakan aktiviti membersihkan persisiranpantai. 3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. Bencana alam ialah fenomena semulajadi Peka terhadap kejadian bencana alamdemi keselamatan bersama • Kesan bencana alamkepada alamsekitar • Persediaan menghadapi bencanaalam Peka terhadap kejadian dan kesan bencana alamserta mengenal pasti langkah-langkah persediaan dalam menghadapi bencana alam i. Membina peta aliran yang menunjukkan persediaan yangdibuat dalammenghadapi bencana alam. ii. Mengumpul maklumat daripada media cetak atau elektronik dan berbincang tentang bencana alam. iii. Melakonkan satu latihan kecemasan.
  • 29. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME BIDANG PEMBELAJARAN 4
  • 30. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 26
  • 31. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 27 BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 4.1 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Nikmat dan keselesaan hidup tanda kemakmuran negara Kemudahan awamdan perkhidmatan sosial negara tanggungjawab bersama • Perasaan bangga dengan kemudahan awamdan perkhidmatan sosial negara • Sikap bertanggungjawab menjaga kemudahan awamdan perkhidmatan sosial yang terdapat dalamnegara Berbangga serta menggunakan sebaik-baiknya segala perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Surat kepada sahabat di luar negeri menceritakan tentang rasa bangga tentang kemudahan awam/perkhidmatan sosial yang ada dalamnegara 4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara. Raja dan pemimpin ialah payung negara Kesetiaan kepada rajadannegara ialah kewajipan bagi setiap rakyat • Tatalaku dalammajlis yang dihadiri oleh pembesar negara • Taat setia kepada raja dan negara - Hari Keputeraan - Hari Kebangsaan - Pertabalan Raja i. Menghormati dan mentaati upacaradan majlis rasmi yang dihadiri oleh pembesar negara ii. Menyokong dan menyertai program-programsambutan hari kebesaran negara i. Menunjukkan rakaman pertabalan Yang Di Pertuan Agong/Sultan dan membuat perbincangan tentang tata lakudalam majlis tersebut. ii. Merancang dan menyertai programHari Kebangsaan di peringkat sekolah - Melukis/mewarna/mengibar Bendera Malaysia - Sudut patriotisme di dalamkelas
  • 32. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 28 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara. Sanggup berkorban demi kebajikan masyarakat dan kemakmuran negara Kesanggupan melibatkandiri dalamaktiviti kemasyarakatan • Sedia mengorbankan masa dan tenaga dalamkerja-kerja amal - Ekonomi - Kesihatan - Pendidikan - Sukan Sanggup mengambil bahagian dalamaktiviti kemasyarakatan demi negara Membuat laporan tentang aktiviti kemasyarakatan yang pernah disertai.
  • 33. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA BIDANG PEMBELAJARAN 5
  • 34. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 30
  • 35. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 31 BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Persekitaran mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak Ibu bapa pelindung kanak-kanak • Tanggungjawab ibubapa memastikan anak-anak mendapat kehidupan sempurna - Pendidikan - Perlindungan Menyedari kanak-kanak berhak mendapat pendidikan dan perlindungan untuk menjamin kehidupan yang sempurna Berbincang dan menghasilkan buku skrap tentang persekitaran yang selesa untuk kanak-kanak - Tempat tinggal - Suasana pembelajaran 5.2 Menghormati Hak Wanita Melindungidan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalampembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Pengiktirafan hak wanita menjamin pembangunan insan Hak wanita tanggunggjawab bersama • Peka terhadap hak wanita - Hal-hal kebajikan - Peluang kenaikan pangkat - Pengeksploitasian - Iklan Bersikap terbukadalammengikfiraf wanita sebagai golongan yang berkebolehan, berpotensidan bermaruah Mengumpul maklumat dari media cetak dan media elektronik mengenai pengeksploitasian wanita dan mempamerkandi kelas
  • 36. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 32 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 5.3 Melindungi Hak Pekerja Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara. Majikan yang prihatin meningkatkan produktiviti negara Majikan prihatin pekerjaberjaya • Tanggungjawab majikan dalammenjaga kebajikanpekerja - Keselesaan tempat kerja - Peluang meningkatkan kerjaya - Kemudahan berekreasi Menerima hakikat bahawa kebajikan pekerja merupakan tanggungjawab majikan i. Mengumpul iklan kerja dari akhbar dan membuat perbandingan tentang kemudahan serta faedah yang ditawarkan ii. Simulasi - Mewawancara denganpekerja atau majikan tentang kebajikan pekerja 5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. Golongan kurang berupaya insan ciptaan Tuhan Prihatin terhadap golongan kurang berupaya • Golongan kurang berupaya memerlukan layanan dan sokongandaripada pelbagai pihak - Keluarga - Rakan sebaya - Anggota masyarakat Memberi layanan dan sokongan yang baik kepada golongan kurang berupaya i. Lawatan ke pusat spastik atau kelas pendidikan khas dan membuat laporan ii. Tayangan video berkaitan golongan kurang berupayadanberbincang tentang layanan yang diberi
  • 37. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 33 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 5.5 Melindungi Hak Pengguna Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi. Kesedaran pengguna tanda masyarakat matang Pendidikan kepenggunaan asas kepekaan pengguna • Kepekaan pengguna terhadap hak dan tanggungjawab - Maklumat tentang barangan dan perkhidmatan supaya mudah membuat pilihan dan mengelakkan penipuan - Perlindungan daripadapenggunaan barangandanperkhidmatan yang membahayakan Menyedari dan mengenalpasti hak pengguna untuk mendapat perlindungan dan maklumat tentang barangandanperkhidmatan i. Mengumpul, membincang dan mempamerkan maklumat tentang hak pengguna daripada media cetak dan elektronik ii. Menulis surat aduan kepada Persatuan Pengguna tentang barangan/perkhidmatan yang tidak memuaskan
  • 38. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI BIDANG PEMBELAJARAN 6
  • 39. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA 35
  • 40. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 36 BIDANG PEMBELAJARAN 6 : NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telahditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Undang-undang menjamin kesejahteraan hidup masyarakat Undang-undang menjamin keselamatan di jalan raya • Patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya • Tidak terlibat dalamperbuatan yang menyalahi undang-undang jalan raya - Perlumbaan haram - Memandu tanpa lesen - Memandu dalamkeadaan mabuk - Kecuaian pejalan kaki Mematuhi peraturan dan undang- undang jalan raya bagi menjamin keselamatan diri dan orang lain i. Mencari maklumat mengenai kesalahan- kesalahan di jalan raya ii. Ceramah keselamatandi jalan raya oleh pegawai JPJ atau Polis iii. Mempamerkan keratan akhbar yang berkaitan dan mengadakan perbincangan tentang pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya 6.2 Kebebasan Bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran denganbatasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman. Kebebasan bersuara mencerminkan keluarga berfikiran terbuka Amalan bermusyawarah sebagai budayahidup berkeluarga • Kebebasan mengeluarkan pendapat dalam perbincangan keluarga - Perbincanganbersama keluarga dalampelbagaihal - Perasaan dan emosi dikawal Berbincang dengan anggota keluarga dalamsuasana yang harmoni Sketsa atau main peranan sebagai anggota keluarga yang mengamalkan kebebasan bersuara dalamperbincangan secara terbuka dan harmoni
  • 41. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA 37 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 6.3 Kebebasan Beragama Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Kebebasan beragama lambang masyarakat majmuk Rakyat Malaysia merayakan pelbagaiupacara keagamaan • Kebebasan meraikanupacara keagamaan - Sambutan Maulidur-Rasul (Islam) - Hari Wesak (Buddha) - Thaipusam(Hindu) - Good Friday (Kristian) - Hari Vasakhi (Sikh) Meraikan upacara keagamaan sendiri dan menghormati upacara keagamaan orang lain i. Perbincangan tentang perayaan keagamaan sendiri dan pentingnya menghormati perayaan keagamaan orang lain ii. Menghasilkan folio tentangperayaan keagamaan di Malaysia 6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang- undang dan Perlembagaan Malaysia. Minda yang sihat melalui aktiviti yang bermanfaat Aktiviti kemasyarakatan dijayakan bersama • Penyertaan dalamaktiviti luar sekolah yang membina dan berfaedah - Aktiviti kebajikandengan masyarakat setempat Melibatkandiri dalamaktiviti kebajikandan kemasyarakatan demi pembangunan negara Menyenaraikan aktiviti luar sekolah yang berfaedah dan mengkaji kesannya
  • 42. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 38 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 6.5 Sikap Keterbukaan Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia. Sikap terbuka tanda kematangan fikiran Teguran yang membinapenting untuk kebaikan bersama • Pendapat dan teguran diterima dengan sikap terbuka - Akademik - Kokurikulum - Bimbingan dan kaunseling Menerima pandangan dan teguran orang lain demi kebaikan bersama Main peranan - Orang yang memberi teguran dan orang yang menerima tegurandalamsesuatu hal.
  • 43. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN BIDANG PEMBELAJARAN 7
  • 44. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 40
  • 45. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA 41 BIDANG PEMBELAJARAN 7 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 7.1 Hidup Bersama Secara Aman Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaiandan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsadanbudaya. Perpaduan masyarakat tunggak kesejahteraan negara Semangat kejiranan membentuk kesejahteraan masyarakat • Konsep kejiranan sebagai amalandalam kehidupan bermasyarakat - Kunjungan Muhibah (Rumah terbuka, hari keluarga, saling membantu, ziarah-menziarahi) Menjadi jiran yangbaik boleh dicontohi oleh masyarakat i. Membincangkan ciri-ciri jiran yang baik ii. Projek : membantu jirandan membuat laporan 7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukanbersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. Hidup sepakat membawa berkat Permuafakatan masyarakat untuk kebaikan bersama • Permuafakatandalammelaksanakan tugas kemasyarakatan - Gotong royong - Rukun Tetangga - Jawatankuasa Kemajuandan Keselamatan Kampung - ProgramPermuafakatan Melibatkandiri dalampelbagai aktiviti masyarakat untuk kesejahteraanbersama Melibatkandiri dalamsalah satu program komuniti dan membuat laporan ringkas
  • 46. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA 42 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 7.3 Saling Menghormati antara Negara Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat. Kesepakatanantara negara menjamin kemakmuransejagat Amalan saling menghormati antara negara menjamin kemantapan ekonomi • Perasaan bertolak ansur dan hormat-menghormati antaranegara untuk kesepakatan serantau Menerima hakikat bahawa perasaan bertolak ansur dan saling menghormati antara negara menjamin kesepakatan dan pembangunan serantau i. Menghasilkanbuku skrap tentang kesepakatanantara negara serantau dalampelbagaiaspek. ii. Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang penyelesaian secara diplomasi isu kesempadanan antara negaradan mempamerkan di kelas