SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
K o n s t r u k t i v i s m e | 74
UNIT 5
KONSTRUKTIVISME DALAM
PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
UJIAN PRA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda
mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda
menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran
ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran
berikutnya.
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju
1 2 3 4 5
Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5
1 Saya dapat menjelaskan Konsep yang
mendasari fahaman konstruktivisme.
2 Saya dapat merancang pengajaran dengan
pendekatan fahaman konstruktivisme.
K o n s t r u k t i v i s m e | 75
KONSTRUKTIVISME DALAM
PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat :
i. Konsep yang mendasari fahaman konstruktivisme.
ii. Merancang pengajaran dengan pendekatan fahaman konstruktivisme.
5.1 PENGENALAN
agi mencapai hasrat kurikulum matematik KBSR/KSSR yang dinyatakan dalam
sukatan pelajaran matematik KBSR/KSSR adalah menjadi tanggungjawab
semua pihak yang terlibat dengan pendidikan matematik iaitu guru matematik,
pensyarah matematik di institusi perguruan dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA),
penggubal kurikulum dan juga penggubal dasar pendidikan matematik harus melakukan
anjakan paradigma dari melihat matematik sebagai ilmu kira mengira kepada matematik
sebagai ilmu menyelesaikan masalah, dari belajar dengan menerima pengetahuan
kepada belajar dengan membina pengetahuan, dari mengajar sebagai memberi
pengetahuan dan maklumat kepada mengajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti
untuk pelajar membina konsep dan kefahaman, dan dari peranan guru sebagai pemberi
maklumat kepada peranan guru sebagai fasilitator.
Oleh yang demikian, unit ini membincangkan tentang: teori konstruktivisme dan
pengertiannya; kaedah pengajaran konstruktivisme; dan beberapa contoh aktiviti
pengajaran pembelajaran dari tajuk-tajuk tertentu.
Tahukah anda, apakah Konstruktivisme? Cuba fikirkan, apakah yang anda
fahami tentang pengajaran konstruktivisme?
5.2 FAHAMAN KONSTRUKTIVISME
ungkin anda biasa dengar perkataan konstruktivisme ini. Adakah anda
memahami sebenar-benarnya konsep di sebalik perkataan ini? Sebenarnya
perbincangan tentang pengajaran pembelajaran berdasarkan fahaman
konsetruktivisme ini amatlah luas dan pelbagai perspektif. Antara yang berpengaruh
dalam fahaman konstruktivise ialah seperti Jean Piaget, Les Vygotsky, Paul Ernest dan
Von Glasersfeld (1989).
Satu daripada perspektif teori, fahaman konstruktivisme adalah daripada aliran
Neo-Piaget iaitu teori yang terbina berasaskan perspektif Jean Piaget, tetapi tidak
B
M
K o n s t r u k t i v i s m e | 76
menerima semua pendapat atau konsepsi dan andaian yang dikemukakan olehnya.
Fahaman konstruktivimse ini mengemukakan tiga perkara asas iaitu:
 pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang pelajar bukan terdiri daripada
perwakilan ikonik tentang persekitaran tetapi pengetahuan tersebut merupakan
satu pemetaan tentang cara-cara bertindak dan berfikir bagi membantunya secara
aktif mencapai matlamat hidupnya.
 pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang pelajar merupakan hasil daripada
aktiviti pembinaan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Pengetahuan bukan
merupakan suatu komoditi yang wujud di luar diri seseorang pelajar yang akan
dipindahkan ke dalam dirinya melalui persepsi yang analitis atau komunikasi
berbahasa.
 bahasa pertuturan bukan merupakan satu cara untuk memindahkan struktur
konsepsi daripada guru kepada pelajar tetapi sebaliknya merupakan satu cara
berinteraksi yang membolehkan guru dalam batasan tertentu membimbing pelajar
membina struktur kognitif yang baru dan canggih.
Berdasarkan kepada fahaman tersebut di atas, konstruktivism adalah merupakan
proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam
minda manusia. Mengikut fahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak
boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna.
Pelajar perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman atau kebolehan
mereka masing-masing. Teori ini merupakan perkembangan terbaru dalam matematik
dan ianya dibentuk berasaskan hasil kerja Piaget tentang perkembangan kognitif
kanak-kanak.
Fahaman konstruktivisme juga berkaitan dengan pembelajaran pada semua
peringkat kebolehan dan peringkat umur pelajar. Pengajaran pembelajaran matematik
sepatutnya membenarkan pelajar membina pengetahuan mereka sendiri melalui
penyelesaian masalah, penerokaan, membuat ramalan, pembinaan melalui kerja
kumpulan dan belajar untuk berkomunikasi secara matematik.
Les Vygotsky dan Paul Ernest pula agak berlainan daripada aliran yang dipelopori
oleh Jean Piaget apabila memberi keutamaan kepada konteks sosial dalam
pembelajaran seseorang pelajar. Fahaman ini memberi penekanan kepada peranan
guru dan rakan pelajar yang lebih tua terhadap pembelajaran seseorang pelajar. Alat
utama dalam proses pembelajaran, berdasarkan Vygotsky ialah budaya, dan satu
daripada unsur dalam budaya ialah bahasa. Ini bererti interaksi pelajar dalam proses
pembelajaran adalah merupakan faktor utama ke arah menjadi lebih berkesan.
5.3 PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI PSIKOLOGI
aripada perspektif ahli-ahli matematik, Solmon (1990) telah merumuskan
pandangan ahli-ahli konstruktivisme iaitu kanak-kanak belajar melalui
pengalaman mereka semasa mereka berinteraksi secara fizikal dalamD
K o n s t r u k t i v i s m e | 77
persekitaran sosialnya dan pembelajaran baru wujud bila idea lama diperbarui melalui
penyelesaian masalah dan membina konsep baru .
Hiebert (1990) telah mengemukakan situasi di mana seorang pelajar tahun satu
memperkembangkan pemahamannya yang berkaitan dengan tambahan dan
penolakan. Pelajar tersebut diberikan satu masalah bercerita di mana ia telah menerima
tiga hadiah daripada rakan-rakannya dan empat hadiah daripada keluarganya semasa
hari lahirnya. Dalam bilik darjah, pelajar ini menyatakannya dengan menggunakan blok-
blok dan mengiranya bagi mendapatkan jawapannya. Pelajar tersebut mengaitkan
keadaan dan merekodkan di atas kertas sebagai: 3 + 4 = 7. Dalam pelajaran ini,
didapati pelajar mengkonstrukkan perhubungan sekurang-kurangnya tiga bentuk iaitu
keadaan persekitaran yang sebenar, objek konkrit dan penulisan secara simbol. Dalam
keadaan ini pelajar telah memperkembangkan pemahaman tentang kira tambah.
Perhubungan antara perwakilan yang berbeza menghasilkan makna mengikut
peringkat umur pelajar. Sebagai contoh, persamaan aljabar yang selalunya dinyatakan
dalam bentuk bertulis boleh diterjemahkan ke dalam keadaan kehidupan sebenar (real-
life) atau graf. Proses pembinaan fahaman (konstruk) ini adalah dalam keadaan yang
lebih mencabar daripada masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun satu tadi.
Mengikut pandangan ahli konstruktivisme, pengetahuan matematik tidak boleh
dipindahkan daripada guru kepada pelajar-pelajar dalam bentuk yang serba lengkap
dan sempurna. Pelajar-pelajar perlu membina pengetahuan itu mengikut kebolehan
mereka masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri
dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Setiap orang pelajar mempunyai peranan
dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Penekanan diberi kepada
menyediakan pelajar dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan di
mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan
masa hadapan. Pelajar-pelajar bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja,
sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.
Menurut Von Glasersfeld (1991), konstruktivimse merupakan konsep baru dan
pengetahuan baru tidak boleh disampaikan kepada orang lain semata-mata dengan
percakapan sebab setiap orang mesti mengabstrakkan makna, konsep dan
pengetahuan dari pengalamannya sendiri. Ini membawa erti bahawa pelajar membina
pengetahuannya sendiri di mana pelajar berperanan utama dalam membentuk
pembelajarannya sendiri atas dasar pembinaan secara peribadi pengetahuan yang
ingin dipelajari.
Mengikut Silver (1990), pelajar lebih membina secara peribadi dan aktif
pengetahuan mereka sendiri daripada membuat salinan atau replika mental
pengetahuan yang dipunyai dan dipancarkan atau disampaikan oleh guru atau buku
teks.
K o n s t r u k t i v i s m e | 78
5.4 PEMBINAAN STRUKTUR KOGNITIF
engajaran dengan pendekatan/kaedah konstruktivism memberi ruang kepada
pelajar untuk berfikir dengan menggunakan pengetahuan matematik yang sedia
ada supaya memahami pengetahuan matematik lama dan menemui matematik
baru. Mengikut pandangan Nik Aziz Nik Pa (1990), mengajar dan belajar matematik
berasaskan konstruktivisme melibatkan tiga peringkat utama iaitu pengalaman aktif,
refleksi dan pengabstrakan. Pengalaman aktif diperoleh pelajar dengan melakukan
tindakan di dalam sesuatu aktiviti. Pelajar juga secara aktif akan berfikir dan memberi
makna yang tersendiri terhadap pengalamannya. Pada tahap ini pembelajaran adalah
secara melaksanakan aktiviti meneroka dan mengalami sendiri. Refleksi merupakan
proses mental memantau operasi-operasi yang berlaku di dalamnya ketika
melaksanakan tindakan dan operasi. Pada tahap ini, aktiviti meneroka seharusnya
disusuli dengan memberi peluang kepada pelajar berfikir dan membina perhubungan
antara pengalaman baru dan pengetahuan sedia ada.
Abstraksi pula mengungkap konsep, fakta atau tatacara yang diwakili oleh
tindakan ke dalam bentuk matematik. Pada tahap ini suatu rumusan tentang
pembelajaran diperoleh oleh pelajar-pelajar. Membina pengetahuan boleh berlaku
dalam dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi, manakala kedua-dua proses ini akan
menuju kepada keseimbangan, yang berupa keyakinan terhadap sesuatu skim yang
dibina :
a. Asimilasi: Proses asimilasi, yang tidak mengubah bentuk skim (struktur kognitif),
tetapi membolehkan skim berkembang menjadi lebih baik. Ini bermaksud,
kefahaman pelajar-pelajar dalam sesuatu konsep yang telah sedia difahami
secocok dengan pengalaman barunya dan seterusnya penguasaan akan
menjadi lebih diyakini dan meningkat.
Sebagai ciontoh, katakan Pelajar A sudah menguasai kemahiran kira
tambah melibatkan nombor satu dan dua digit seperti berikut:
Operasi 1 Operasi 2 Operasi 3 Operasi 4
Proses asimilasi dapat dikenal pasti apabila Pelajar A menambah setiap digit
dalam sesuatu nombor secara terpisah. Perhatikan, dalam Operasi 2, Pelajar A
telah mengasimilasikan prosedur sebagaimana dalam Operasi 1. Begitu juga
berlaku dalam operasi 3, di mana setiap digit telah ditambah bagi menghasilkan
jawapan. Bagaimanapun, Dalam Operasi 4, kesilapan berlaku apabila setiap digit
ditambah secara berasingan, iaitu apabila 6 ditambah 5 menjadi 11, dan terus
ditulis 11. Pelajar A dilihat hanya mengasimilasi Operasi 1, Operasi 2 dan
P
2
+ 5
7
1 2
+ 4 5
5 7
8
+ 5
13
1 6
+ 4 5
5 11
K o n s t r u k t i v i s m e | 79
Operasi 3 ke dalam Operasi 4, tanpa menyedari bahawa jawapan yang
diperolehi adalah tidak munasabah.
b. Akomodasi: Proses akomodasi, yang melibatkan pengubahsuaian skim atau
struktur kognitif yang sedia ada. Ini bermaksud pengetahuan konsep yang sudah
sedia dikuasai didapai tidak secocok dengan pengalaman yang sedang dipelajari
atau tidak secocok untuk menyelesaikan masalah. Hal ini memberi dua
kemungkinan besar: pertama, menjadikan pelajar mengubahsuai pengetahuan
konsep yang sedia ada agar membentuk satu pengetahuan baru yang secocok
dengan pengalaman; atau kedua, membina skim yang sama sekali baru
(pengetahuan konsep yang baru) agar secocok dengan pengalaman yang dilalui.
Sebagai contoh, dalam kes Pelajar A di atas, Operasi 4 yang telah
dilaksanakan itu adalah tidak tepat, tetapi dia tidak menyedarinya. Oleh itu,
dalam membina skim baru operasi kira tambah, Pelajar A perlu sedar atau
disedarkan terlebih dahulu bahawa jawapan yang diperolehi adalah tidak tepat.
Dalam hal ini, satu cara yang boleh dilaksanakan ialah dengan memberi soalan
yang boleh membantu beliau menyedari kesilapannya. Contoh operasi yang
boleh digunakan adalah seperti Operasi 5 dan Operasi 6 yang berikut:
Operasi 4 Operasi 5 Operasi 6
Dalam hal ini, guru boleh bertanyakan Pelajar A, mengapa nombor-nombor
dalam Operasi 5 dan Operasi 6 yang setiap satunya lebih besar daripada
nombor-nombor yang terbabit dalam Operasi 4, sedangkan jawapan yang
diberolehi adalah lebih kecil berbanding dengan jawapan dalam Operasi 4.
Masalah seperti ini akan membantu Pelajar A untuk berfikir dan menyedari
kesilapan sendiri, seterunya bersedia untuk memodifikasikan pengetahuan lama
menjadi skim atau struktur kognitif yang baru.
c. Keseimbangan: Keseimbangan berlaku apabila skim sedia ada seseorang
pelajar sesuai dan secocok untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini bererti
seseorang pelajar itu akan berada dalam keseimbangan struktur kognitif apabila
sesuatu masalah baru boleh di selesaikan atau dihadapinya dengan
mengasimilasi skim pengetahuan sedia ada sahaja. Bagaimanapun, skim
pengetahuan pelajar akan berada dalam keadaan kacau atau tidak stabil apabila
skim pengetahuan sedia ada tidak dapat menyelesaikan masalah yang baru.
Dalam hal ini akomodasi terhadap skim pengetahuan yang sedia ada perlulah
berlaku. Ini bererti, seseorang yang berada dalam keadaan tidak berupaya
2 5
+ 6 2
8 7
4 7
+ 5 2
9 9
1 6
+ 4 5
5 11
K o n s t r u k t i v i s m e | 80
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi akan menyedari bahawa
pengetahuan sedia adanya adalah terbatas atau tidak sesuai untuk
menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Seterusnya suatu tindakan
mempelajari pengetahuan atau konsep-konsep baru perlu dilakukan oleh pelajar
itu. Seterusnya keseimbangan dalam skim pegetahuan baru akan tercapai sama
ada dengan membina skim sesuatu pengetahuan yang sama sekali baru atau
dengan memodifikasi skim sedia ada, iaitu apabila ianya secocok atau berupaya
untuk menyelesaikan masalah yang baru.
Oleh itu, pengajaran pembelajaran matematik secara konstruktivisme ini
melibatkan peranan guru dan peranan pelajar. Sesuatu pengajaran pembelajaran
matematik tidak dapat dikatakan sebagai pengajaran pembelajaran konstruktivisme jika
tidak memenuhi peranan guru dan pelajar sepenuhnya di dalam aktiviti pengajaran
pembelajaran seperti berikut:
Peranan guru:
i) guru mengenal pasti tindakan yang mewakili pengetahuan atau kemahiran yang
perlu dibina oleh pelajar;
ii) guru menyediakan aktiviti yang dapat merealisasikan pembinaan tersebut; dan
iii) guru menyediakan bahan-bahan manipulatif serta bahan-bahan lain yang
diperlukan oleh aktiviti
Peranan pelajar:
i) pelajar melakukan tindakan di dalam aktiviti dengan menggunakan bahan-bahan
yang disediakan;
ii) pelajar membuat refleksi dengan dibimbing oleh guru tentang apa yang mereka
telah lakukan; dan
iii) pelajar mengabstrak tindakan dengan dibimbing oleh guru kepada bentuk
matematik. Pada tahap ini suatu rumusan dapat dibina oleh pelajar sendiri tentang
perkara yang dipelajari.
Dalam pengajaran konstruktivimse selalunya melibatkan penggunaan bahan
manipulatif. Bahan-bahan dalam pelajaran konsturktivimse ini melibatkan unsur-unsur
untuk dilakukan tindakan dan bukan sebagai bahan paparan maklumat sahaja iaitu
bukan bahan untuk mengira tetapi untuk membina pengetahuan dan kefahaman
konsep. Bahan atau objek konkrit adalah dikira sebagai alat penting untuk mengajar
matematik kerana melalui tindakan ke atas bahan atau objek ini pelajar-pelajar dapat
membentuk perkaitan penting antara masalah harian sebenar dengan pengungkapan-
pengungkapan matematik yang abstrak. Bahan-bahan manipulatif yang digunakan
haruslah ringkas, pelbagai guna, mudah dibawa, warna yang sesuai dan murah.
K o n s t r u k t i v i s m e | 81
5.5 PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
elaksanaan pengajaran berdasarkan teori atau fahaman konstruktivisme ini boleh
berlaku dalam berbagai-bagai pendekatan. Dalam hal ini, satu pendekatan
pengajaran pembelajaran akan diketengahkan dengan mengambil kira Nik Azis
(1992; 1996) dan Etchberger & Shaw (1992). Pendekatan pengajaran oleh Etchberger
& Shaw (1992) berlaku secara berkumpulan melibatkan lima langkah utama seperti
berikut:
Pertama, pengalaman deria. Ini bererti, murid-murid akan membina persepsi
menggunakan pancainderanya (iaitu pendengaran, penglihatan (pengamatan dan
membaca), sentuhan, merasa dengan lidah dan deria bau) dengan meneroka
pengalamannya.
Kedua ialah refleksi. Pada tahap ini, murid-murid akan memahami
pengalamannya. Dalam hal ini, murid-murid akan membina perhubungan antara
maklumat yang baru ditemui dengan pengetahuan sedia ada.
Ketiga ialah kolaborasi. Pada tahap ini, kefahaman sendiri akan mengambil kira
pendapat rakan yang lain sebelum diyakini dan diterima sebagai suatu pengetahuan
yang boleh diterima. Dalam hal ini suatu tolak ansur antara pelajar akan berlaku
sehingga akhirnya suatu persetujuan dicapai. Tindakan pembelajaran di sini adalah
seperti menyelidiki, mencuba, menolak, mempertahankan, membuat pertimbangan dan
memberi penjelasan.
Keempat ialah persetujuan (consensus). Pada tahap ini pelajar membina
keyakinan terhadap pengetahuan barunya selepas setiap ahli dalam kumpulan
menyatakan persetujuan. Tahap ini merupakan tahap keseimbangan, di mana murid-
murid berkeyakinan bahawa pengetahuan barunya berguna dan boleh digunakan untuk
mengatasi masalah.
Kelima ialah berkongsi. Pada tahap ini setiap kumpulan murid-murid akan
berkongsi dapatan masing-masing. Setiap kumpulan akan cuba menyakini rakan
daripada kumpulan yang lain sehingga akhirnya suatu kefahaman yang menyeluruh
diperoleh.
Bincangkan peranan yang harus dilaksanakan oleh guru dalam penerapan
pengajaran pembelajaran secara konstruktivisme.
5.6 CONTOH PENGAJARAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
ecara umum proses pengajaran pembelajaran konstruktivisme ini berasaskan
kepada lima langkah utama iaitu pengalaman deria, refleksi, kolaborasi,
persetujuan dan berkongsi. Berikut diterangkan dua contoh aktiviti membabitkan
P
S
K o n s t r u k t i v i s m e | 82
pengajaran pembelajaran konstruktivisme.
Contoh: Aktiviti pengajaran kira tambah dalam lingkungan 1000
Tajuk: Tabah dalam lingkungan 1000
Tahun : Tahun 2.
Masa: 2 x 35 minit
Bilangan murid: 30 orang
Pendekatan pengajaran: konstruktivisme.
Pengetahuan sedia ada:
i. Pengetahuan tentang mewakilkan nombor sehingga 1000 menggunakan
dekak-dekak.
ii. Pengetahuan tentang maksud simbol “+” dan prosedur menambah
nombor sehingga 100.
Langkah 1: Pengalaman deria.
Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan setiap kumpulan
mengandungi 5 orang murid. Guru memberikan sebuah dekak-dekak
kepada setiap murid. Setiap murid dikehendaki menyelesaikan satu
lembaran kerja yang mengandungi kira tambah nombor dalam lingkungan
1000. Lembaran kerja adalah seperti berikut:
i. 120 + 35
ii. 234 + 29
iii. 138 + 245
iv. 257 + 276
v. 178 + 379
vi. 589 + 287
Langkah 2: Refleksi
Setiap murid, sama ada secara individu atau kumpulan menilai semula
jawapan yang diberikan pada Langkah 1 tadi. Gunakan pengetahuan lalu
tentang nombor-nombor sehingga 1000 dan perwakilannya menggunakan
dekak-dekak. Murid-murid juga membuat refleksi tentang operasi kira
tambah nombor sehingga 100. Guru membantu pelajar yang menghadapi
kesukaran dengan bertanya soalan seperti “adakah operasi kira tambah
nombor sehingga 1000 boleh dilaksanakan sebagaimana kira tambah
nombor sehingga 100?”
Langkan 3: Kolaborasi
Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang penyelesaian
yang sudah diperolehi. Murid akan cuba menyakinkan rakan-rakan yang
lain. Manakala murid-murid yang menghadapi kesukaran akan dibantu
oleh rakan-rakan yang lain ataupun oleh guru.
K o n s t r u k t i v i s m e | 83
Langlah 4: Persetujuan
Murid-murid mencapai kata sepakat dalam kumpulan tentang bagaimana
operasi kira ambah dilaksanakan dan mengapa operasi berkenaan
dianggap tepat. Setiap murid dapat menguasainya dan berupaya memberi
penjelasan kepada orang lain yang mengharapkan penjelasan.
Langkah 5: Berkongsi
Setiap kumpulan diminta memberi penjelasan kepada keseluruhan kelas
tentang operasi kira tambah yang sudah dilaksanakan masing-masing.
Guru bersama-sama dengan murid-murid akan menilai hasil yang
diperolehi oleh setiap kumpulan. Kumpulan yang menghadapi kesukaran
akan membetulkan sebarang kesilapan mereka, manakala kumpulan yang
lain akan lebih meyakini bahawa operasi yang dilakukan adalah benar.
Soalan tambahan diberikan sama ada oleh guru atau oleh murid-murid
sendiri untuk dijawab oleh semua murid. Tindakan ini adalah untuk
membina keyakinan dan membuat rumusan bahawa operasi yang sudah
dijalankan adalah benar.
Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran pembelajaran secara
konstruktivisme daripada tajuk-tajuk yang berikut:
i. Wang.
ii. Peratus.
iii. Berat.
iv. Bentuk dan ruang 3 dimensi.
v. Pengurusan data.
5.7 KESIMPULAN
Satu teori yang amat berpengaruh dalam bidang pendidikan matematik ialah dari
fahaman konstruktivisme. Secara umum, teori dari perspektif fahaman konstruktivisme
ini memberi penekanan kepada pembelajaran aktif, berdasarkan pengetahuan sedia
ada pelajar. Antara cara berkesan bagi menyediakan pelajar kepada pembelajaran aktif
adalah melalui lima tahap utama iaitu: pengalaman deria, refleksi, kolaborasi,
persetujuan dan berkongsi.
5.8 SOALAN PERBINCANGAN
i. Dengan memilih satu tajuk yang sesuai, rancanglah satu aktiviti mengajarkan
pembelajaran berdasarkan fahaman konstruktivisme.
ii. Berdasarkan pengalaman anda sendiri, bincangkan sejauh mana pengajaran
berdasarkan fahaman konstruktivisme ini dilaksanakan di sekolah.
K o n s t r u k t i v i s m e | 84
UJIAN PASCA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda
mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:
Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5
1 Saya dapat menjelaskan Konsep yang
mendasari fahaman konstruktivisme.
2 Saya dapat merancang pengajaran dengan
pendekatan fahaman konstruktivisme.

More Related Content

What's hot

Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruAnsar Azman
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeAsyrafRidzuan
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...SK SUNGAI KAJANG
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordNur Leana Burn
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi Is Fakarizam
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 

What's hot (20)

Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran Humanisme
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 

Viewers also liked

Post mortem pencapaian murid tahun 6
Post mortem pencapaian murid tahun 6Post mortem pencapaian murid tahun 6
Post mortem pencapaian murid tahun 6fiezah_ali
 
PPT BELAJAR PEMBELAJARAN TEORI KONSTRUKTIFISTIK
PPT BELAJAR PEMBELAJARAN TEORI KONSTRUKTIFISTIKPPT BELAJAR PEMBELAJARAN TEORI KONSTRUKTIFISTIK
PPT BELAJAR PEMBELAJARAN TEORI KONSTRUKTIFISTIKNorma Eka Apriliana
 
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKModul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKfadhielahya
 

Viewers also liked (6)

Post mortem pencapaian murid tahun 6
Post mortem pencapaian murid tahun 6Post mortem pencapaian murid tahun 6
Post mortem pencapaian murid tahun 6
 
PPT BELAJAR PEMBELAJARAN TEORI KONSTRUKTIFISTIK
PPT BELAJAR PEMBELAJARAN TEORI KONSTRUKTIFISTIKPPT BELAJAR PEMBELAJARAN TEORI KONSTRUKTIFISTIK
PPT BELAJAR PEMBELAJARAN TEORI KONSTRUKTIFISTIK
 
Teori Konstruktivisme
Teori KonstruktivismeTeori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
 
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKModul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
 
Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 

Similar to KONSTRUKTIVISME

Resume landasan pendidikan dan pembelajaran matematika
Resume landasan pendidikan dan pembelajaran matematikaResume landasan pendidikan dan pembelajaran matematika
Resume landasan pendidikan dan pembelajaran matematikaMas Becak
 
45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oumSashi Kumar
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2一世 一生
 
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiTajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiArachnis Flosaeris
 
Assigment prof madya dr christina l send
Assigment prof madya dr christina l sendAssigment prof madya dr christina l send
Assigment prof madya dr christina l sendkirutping71
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualputri-uki
 
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)Dedi Yulianto
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeBun Faris
 
Makalah teori konstruktivistik
Makalah teori konstruktivistikMakalah teori konstruktivistik
Makalah teori konstruktivistikPujiati Puu
 
Konsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistikKonsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistikKundas Tanma
 

Similar to KONSTRUKTIVISME (20)

Resume landasan pendidikan dan pembelajaran matematika
Resume landasan pendidikan dan pembelajaran matematikaResume landasan pendidikan dan pembelajaran matematika
Resume landasan pendidikan dan pembelajaran matematika
 
45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
 
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiTajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
 
Sbd1
Sbd1Sbd1
Sbd1
 
Assigment prof madya dr christina l send
Assigment prof madya dr christina l sendAssigment prof madya dr christina l send
Assigment prof madya dr christina l send
 
Sbd3
Sbd3Sbd3
Sbd3
 
Artikel Belajar Pembelajaran
Artikel Belajar PembelajaranArtikel Belajar Pembelajaran
Artikel Belajar Pembelajaran
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Makalah dppm
Makalah dppmMakalah dppm
Makalah dppm
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual
 
Kontruktivis
KontruktivisKontruktivis
Kontruktivis
 
Teori konsruktivis
Teori konsruktivisTeori konsruktivis
Teori konsruktivis
 
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
 
Modul (kb 6) contextual
Modul (kb 6) contextualModul (kb 6) contextual
Modul (kb 6) contextual
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
 
Makalah teori konstruktivistik
Makalah teori konstruktivistikMakalah teori konstruktivistik
Makalah teori konstruktivistik
 
Modul 6 kb 3
Modul 6 kb 3Modul 6 kb 3
Modul 6 kb 3
 
Presentasi tesis
Presentasi tesisPresentasi tesis
Presentasi tesis
 
Konsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistikKonsep dasar teori konstruktivistik
Konsep dasar teori konstruktivistik
 

More from Aminah Rahmat

Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Aminah Rahmat
 
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp013kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01Aminah Rahmat
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Aminah Rahmat
 
Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Aminah Rahmat
 
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjjAminah Rahmat
 
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 220130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2Aminah Rahmat
 
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 120130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1Aminah Rahmat
 
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan bergandaAminah Rahmat
 
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggalAminah Rahmat
 
20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimiaAminah Rahmat
 
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organikAminah Rahmat
 
20130911130925 cover modul skr3033
20130911130925 cover  modul skr303320130911130925 cover  modul skr3033
20130911130925 cover modul skr3033Aminah Rahmat
 
20130301220342 unit 10
20130301220342 unit 1020130301220342 unit 10
20130301220342 unit 10Aminah Rahmat
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahAminah Rahmat
 

More from Aminah Rahmat (20)

Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51
 
Laju2
Laju2Laju2
Laju2
 
Laju1
Laju1Laju1
Laju1
 
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp013kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
 
Gigi haiwan
Gigi haiwanGigi haiwan
Gigi haiwan
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
 
Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4
 
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
 
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 220130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
 
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 120130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
 
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
 
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
 
20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia
 
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
 
20130911130925 cover modul skr3033
20130911130925 cover  modul skr303320130911130925 cover  modul skr3033
20130911130925 cover modul skr3033
 
20130301220342 unit 10
20130301220342 unit 1020130301220342 unit 10
20130301220342 unit 10
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendah
 
Rph minggu 2
Rph minggu 2Rph minggu 2
Rph minggu 2
 
Unit 12 rujukan (a)
Unit 12 rujukan (a)Unit 12 rujukan (a)
Unit 12 rujukan (a)
 

KONSTRUKTIVISME

  • 1. K o n s t r u k t i v i s m e | 74 UNIT 5 KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya. Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju 1 2 3 4 5 Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat menjelaskan Konsep yang mendasari fahaman konstruktivisme. 2 Saya dapat merancang pengajaran dengan pendekatan fahaman konstruktivisme.
  • 2. K o n s t r u k t i v i s m e | 75 KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat : i. Konsep yang mendasari fahaman konstruktivisme. ii. Merancang pengajaran dengan pendekatan fahaman konstruktivisme. 5.1 PENGENALAN agi mencapai hasrat kurikulum matematik KBSR/KSSR yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran matematik KBSR/KSSR adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan pendidikan matematik iaitu guru matematik, pensyarah matematik di institusi perguruan dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), penggubal kurikulum dan juga penggubal dasar pendidikan matematik harus melakukan anjakan paradigma dari melihat matematik sebagai ilmu kira mengira kepada matematik sebagai ilmu menyelesaikan masalah, dari belajar dengan menerima pengetahuan kepada belajar dengan membina pengetahuan, dari mengajar sebagai memberi pengetahuan dan maklumat kepada mengajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti untuk pelajar membina konsep dan kefahaman, dan dari peranan guru sebagai pemberi maklumat kepada peranan guru sebagai fasilitator. Oleh yang demikian, unit ini membincangkan tentang: teori konstruktivisme dan pengertiannya; kaedah pengajaran konstruktivisme; dan beberapa contoh aktiviti pengajaran pembelajaran dari tajuk-tajuk tertentu. Tahukah anda, apakah Konstruktivisme? Cuba fikirkan, apakah yang anda fahami tentang pengajaran konstruktivisme? 5.2 FAHAMAN KONSTRUKTIVISME ungkin anda biasa dengar perkataan konstruktivisme ini. Adakah anda memahami sebenar-benarnya konsep di sebalik perkataan ini? Sebenarnya perbincangan tentang pengajaran pembelajaran berdasarkan fahaman konsetruktivisme ini amatlah luas dan pelbagai perspektif. Antara yang berpengaruh dalam fahaman konstruktivise ialah seperti Jean Piaget, Les Vygotsky, Paul Ernest dan Von Glasersfeld (1989). Satu daripada perspektif teori, fahaman konstruktivisme adalah daripada aliran Neo-Piaget iaitu teori yang terbina berasaskan perspektif Jean Piaget, tetapi tidak B M
  • 3. K o n s t r u k t i v i s m e | 76 menerima semua pendapat atau konsepsi dan andaian yang dikemukakan olehnya. Fahaman konstruktivimse ini mengemukakan tiga perkara asas iaitu:  pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang pelajar bukan terdiri daripada perwakilan ikonik tentang persekitaran tetapi pengetahuan tersebut merupakan satu pemetaan tentang cara-cara bertindak dan berfikir bagi membantunya secara aktif mencapai matlamat hidupnya.  pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang pelajar merupakan hasil daripada aktiviti pembinaan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Pengetahuan bukan merupakan suatu komoditi yang wujud di luar diri seseorang pelajar yang akan dipindahkan ke dalam dirinya melalui persepsi yang analitis atau komunikasi berbahasa.  bahasa pertuturan bukan merupakan satu cara untuk memindahkan struktur konsepsi daripada guru kepada pelajar tetapi sebaliknya merupakan satu cara berinteraksi yang membolehkan guru dalam batasan tertentu membimbing pelajar membina struktur kognitif yang baru dan canggih. Berdasarkan kepada fahaman tersebut di atas, konstruktivism adalah merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut fahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman atau kebolehan mereka masing-masing. Teori ini merupakan perkembangan terbaru dalam matematik dan ianya dibentuk berasaskan hasil kerja Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak. Fahaman konstruktivisme juga berkaitan dengan pembelajaran pada semua peringkat kebolehan dan peringkat umur pelajar. Pengajaran pembelajaran matematik sepatutnya membenarkan pelajar membina pengetahuan mereka sendiri melalui penyelesaian masalah, penerokaan, membuat ramalan, pembinaan melalui kerja kumpulan dan belajar untuk berkomunikasi secara matematik. Les Vygotsky dan Paul Ernest pula agak berlainan daripada aliran yang dipelopori oleh Jean Piaget apabila memberi keutamaan kepada konteks sosial dalam pembelajaran seseorang pelajar. Fahaman ini memberi penekanan kepada peranan guru dan rakan pelajar yang lebih tua terhadap pembelajaran seseorang pelajar. Alat utama dalam proses pembelajaran, berdasarkan Vygotsky ialah budaya, dan satu daripada unsur dalam budaya ialah bahasa. Ini bererti interaksi pelajar dalam proses pembelajaran adalah merupakan faktor utama ke arah menjadi lebih berkesan. 5.3 PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI PSIKOLOGI aripada perspektif ahli-ahli matematik, Solmon (1990) telah merumuskan pandangan ahli-ahli konstruktivisme iaitu kanak-kanak belajar melalui pengalaman mereka semasa mereka berinteraksi secara fizikal dalamD
  • 4. K o n s t r u k t i v i s m e | 77 persekitaran sosialnya dan pembelajaran baru wujud bila idea lama diperbarui melalui penyelesaian masalah dan membina konsep baru . Hiebert (1990) telah mengemukakan situasi di mana seorang pelajar tahun satu memperkembangkan pemahamannya yang berkaitan dengan tambahan dan penolakan. Pelajar tersebut diberikan satu masalah bercerita di mana ia telah menerima tiga hadiah daripada rakan-rakannya dan empat hadiah daripada keluarganya semasa hari lahirnya. Dalam bilik darjah, pelajar ini menyatakannya dengan menggunakan blok- blok dan mengiranya bagi mendapatkan jawapannya. Pelajar tersebut mengaitkan keadaan dan merekodkan di atas kertas sebagai: 3 + 4 = 7. Dalam pelajaran ini, didapati pelajar mengkonstrukkan perhubungan sekurang-kurangnya tiga bentuk iaitu keadaan persekitaran yang sebenar, objek konkrit dan penulisan secara simbol. Dalam keadaan ini pelajar telah memperkembangkan pemahaman tentang kira tambah. Perhubungan antara perwakilan yang berbeza menghasilkan makna mengikut peringkat umur pelajar. Sebagai contoh, persamaan aljabar yang selalunya dinyatakan dalam bentuk bertulis boleh diterjemahkan ke dalam keadaan kehidupan sebenar (real- life) atau graf. Proses pembinaan fahaman (konstruk) ini adalah dalam keadaan yang lebih mencabar daripada masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun satu tadi. Mengikut pandangan ahli konstruktivisme, pengetahuan matematik tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar-pelajar dalam bentuk yang serba lengkap dan sempurna. Pelajar-pelajar perlu membina pengetahuan itu mengikut kebolehan mereka masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Setiap orang pelajar mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Penekanan diberi kepada menyediakan pelajar dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa hadapan. Pelajar-pelajar bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Menurut Von Glasersfeld (1991), konstruktivimse merupakan konsep baru dan pengetahuan baru tidak boleh disampaikan kepada orang lain semata-mata dengan percakapan sebab setiap orang mesti mengabstrakkan makna, konsep dan pengetahuan dari pengalamannya sendiri. Ini membawa erti bahawa pelajar membina pengetahuannya sendiri di mana pelajar berperanan utama dalam membentuk pembelajarannya sendiri atas dasar pembinaan secara peribadi pengetahuan yang ingin dipelajari. Mengikut Silver (1990), pelajar lebih membina secara peribadi dan aktif pengetahuan mereka sendiri daripada membuat salinan atau replika mental pengetahuan yang dipunyai dan dipancarkan atau disampaikan oleh guru atau buku teks.
  • 5. K o n s t r u k t i v i s m e | 78 5.4 PEMBINAAN STRUKTUR KOGNITIF engajaran dengan pendekatan/kaedah konstruktivism memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir dengan menggunakan pengetahuan matematik yang sedia ada supaya memahami pengetahuan matematik lama dan menemui matematik baru. Mengikut pandangan Nik Aziz Nik Pa (1990), mengajar dan belajar matematik berasaskan konstruktivisme melibatkan tiga peringkat utama iaitu pengalaman aktif, refleksi dan pengabstrakan. Pengalaman aktif diperoleh pelajar dengan melakukan tindakan di dalam sesuatu aktiviti. Pelajar juga secara aktif akan berfikir dan memberi makna yang tersendiri terhadap pengalamannya. Pada tahap ini pembelajaran adalah secara melaksanakan aktiviti meneroka dan mengalami sendiri. Refleksi merupakan proses mental memantau operasi-operasi yang berlaku di dalamnya ketika melaksanakan tindakan dan operasi. Pada tahap ini, aktiviti meneroka seharusnya disusuli dengan memberi peluang kepada pelajar berfikir dan membina perhubungan antara pengalaman baru dan pengetahuan sedia ada. Abstraksi pula mengungkap konsep, fakta atau tatacara yang diwakili oleh tindakan ke dalam bentuk matematik. Pada tahap ini suatu rumusan tentang pembelajaran diperoleh oleh pelajar-pelajar. Membina pengetahuan boleh berlaku dalam dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi, manakala kedua-dua proses ini akan menuju kepada keseimbangan, yang berupa keyakinan terhadap sesuatu skim yang dibina : a. Asimilasi: Proses asimilasi, yang tidak mengubah bentuk skim (struktur kognitif), tetapi membolehkan skim berkembang menjadi lebih baik. Ini bermaksud, kefahaman pelajar-pelajar dalam sesuatu konsep yang telah sedia difahami secocok dengan pengalaman barunya dan seterusnya penguasaan akan menjadi lebih diyakini dan meningkat. Sebagai ciontoh, katakan Pelajar A sudah menguasai kemahiran kira tambah melibatkan nombor satu dan dua digit seperti berikut: Operasi 1 Operasi 2 Operasi 3 Operasi 4 Proses asimilasi dapat dikenal pasti apabila Pelajar A menambah setiap digit dalam sesuatu nombor secara terpisah. Perhatikan, dalam Operasi 2, Pelajar A telah mengasimilasikan prosedur sebagaimana dalam Operasi 1. Begitu juga berlaku dalam operasi 3, di mana setiap digit telah ditambah bagi menghasilkan jawapan. Bagaimanapun, Dalam Operasi 4, kesilapan berlaku apabila setiap digit ditambah secara berasingan, iaitu apabila 6 ditambah 5 menjadi 11, dan terus ditulis 11. Pelajar A dilihat hanya mengasimilasi Operasi 1, Operasi 2 dan P 2 + 5 7 1 2 + 4 5 5 7 8 + 5 13 1 6 + 4 5 5 11
  • 6. K o n s t r u k t i v i s m e | 79 Operasi 3 ke dalam Operasi 4, tanpa menyedari bahawa jawapan yang diperolehi adalah tidak munasabah. b. Akomodasi: Proses akomodasi, yang melibatkan pengubahsuaian skim atau struktur kognitif yang sedia ada. Ini bermaksud pengetahuan konsep yang sudah sedia dikuasai didapai tidak secocok dengan pengalaman yang sedang dipelajari atau tidak secocok untuk menyelesaikan masalah. Hal ini memberi dua kemungkinan besar: pertama, menjadikan pelajar mengubahsuai pengetahuan konsep yang sedia ada agar membentuk satu pengetahuan baru yang secocok dengan pengalaman; atau kedua, membina skim yang sama sekali baru (pengetahuan konsep yang baru) agar secocok dengan pengalaman yang dilalui. Sebagai contoh, dalam kes Pelajar A di atas, Operasi 4 yang telah dilaksanakan itu adalah tidak tepat, tetapi dia tidak menyedarinya. Oleh itu, dalam membina skim baru operasi kira tambah, Pelajar A perlu sedar atau disedarkan terlebih dahulu bahawa jawapan yang diperolehi adalah tidak tepat. Dalam hal ini, satu cara yang boleh dilaksanakan ialah dengan memberi soalan yang boleh membantu beliau menyedari kesilapannya. Contoh operasi yang boleh digunakan adalah seperti Operasi 5 dan Operasi 6 yang berikut: Operasi 4 Operasi 5 Operasi 6 Dalam hal ini, guru boleh bertanyakan Pelajar A, mengapa nombor-nombor dalam Operasi 5 dan Operasi 6 yang setiap satunya lebih besar daripada nombor-nombor yang terbabit dalam Operasi 4, sedangkan jawapan yang diberolehi adalah lebih kecil berbanding dengan jawapan dalam Operasi 4. Masalah seperti ini akan membantu Pelajar A untuk berfikir dan menyedari kesilapan sendiri, seterunya bersedia untuk memodifikasikan pengetahuan lama menjadi skim atau struktur kognitif yang baru. c. Keseimbangan: Keseimbangan berlaku apabila skim sedia ada seseorang pelajar sesuai dan secocok untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini bererti seseorang pelajar itu akan berada dalam keseimbangan struktur kognitif apabila sesuatu masalah baru boleh di selesaikan atau dihadapinya dengan mengasimilasi skim pengetahuan sedia ada sahaja. Bagaimanapun, skim pengetahuan pelajar akan berada dalam keadaan kacau atau tidak stabil apabila skim pengetahuan sedia ada tidak dapat menyelesaikan masalah yang baru. Dalam hal ini akomodasi terhadap skim pengetahuan yang sedia ada perlulah berlaku. Ini bererti, seseorang yang berada dalam keadaan tidak berupaya 2 5 + 6 2 8 7 4 7 + 5 2 9 9 1 6 + 4 5 5 11
  • 7. K o n s t r u k t i v i s m e | 80 menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi akan menyedari bahawa pengetahuan sedia adanya adalah terbatas atau tidak sesuai untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Seterusnya suatu tindakan mempelajari pengetahuan atau konsep-konsep baru perlu dilakukan oleh pelajar itu. Seterusnya keseimbangan dalam skim pegetahuan baru akan tercapai sama ada dengan membina skim sesuatu pengetahuan yang sama sekali baru atau dengan memodifikasi skim sedia ada, iaitu apabila ianya secocok atau berupaya untuk menyelesaikan masalah yang baru. Oleh itu, pengajaran pembelajaran matematik secara konstruktivisme ini melibatkan peranan guru dan peranan pelajar. Sesuatu pengajaran pembelajaran matematik tidak dapat dikatakan sebagai pengajaran pembelajaran konstruktivisme jika tidak memenuhi peranan guru dan pelajar sepenuhnya di dalam aktiviti pengajaran pembelajaran seperti berikut: Peranan guru: i) guru mengenal pasti tindakan yang mewakili pengetahuan atau kemahiran yang perlu dibina oleh pelajar; ii) guru menyediakan aktiviti yang dapat merealisasikan pembinaan tersebut; dan iii) guru menyediakan bahan-bahan manipulatif serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh aktiviti Peranan pelajar: i) pelajar melakukan tindakan di dalam aktiviti dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan; ii) pelajar membuat refleksi dengan dibimbing oleh guru tentang apa yang mereka telah lakukan; dan iii) pelajar mengabstrak tindakan dengan dibimbing oleh guru kepada bentuk matematik. Pada tahap ini suatu rumusan dapat dibina oleh pelajar sendiri tentang perkara yang dipelajari. Dalam pengajaran konstruktivimse selalunya melibatkan penggunaan bahan manipulatif. Bahan-bahan dalam pelajaran konsturktivimse ini melibatkan unsur-unsur untuk dilakukan tindakan dan bukan sebagai bahan paparan maklumat sahaja iaitu bukan bahan untuk mengira tetapi untuk membina pengetahuan dan kefahaman konsep. Bahan atau objek konkrit adalah dikira sebagai alat penting untuk mengajar matematik kerana melalui tindakan ke atas bahan atau objek ini pelajar-pelajar dapat membentuk perkaitan penting antara masalah harian sebenar dengan pengungkapan- pengungkapan matematik yang abstrak. Bahan-bahan manipulatif yang digunakan haruslah ringkas, pelbagai guna, mudah dibawa, warna yang sesuai dan murah.
  • 8. K o n s t r u k t i v i s m e | 81 5.5 PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME elaksanaan pengajaran berdasarkan teori atau fahaman konstruktivisme ini boleh berlaku dalam berbagai-bagai pendekatan. Dalam hal ini, satu pendekatan pengajaran pembelajaran akan diketengahkan dengan mengambil kira Nik Azis (1992; 1996) dan Etchberger & Shaw (1992). Pendekatan pengajaran oleh Etchberger & Shaw (1992) berlaku secara berkumpulan melibatkan lima langkah utama seperti berikut: Pertama, pengalaman deria. Ini bererti, murid-murid akan membina persepsi menggunakan pancainderanya (iaitu pendengaran, penglihatan (pengamatan dan membaca), sentuhan, merasa dengan lidah dan deria bau) dengan meneroka pengalamannya. Kedua ialah refleksi. Pada tahap ini, murid-murid akan memahami pengalamannya. Dalam hal ini, murid-murid akan membina perhubungan antara maklumat yang baru ditemui dengan pengetahuan sedia ada. Ketiga ialah kolaborasi. Pada tahap ini, kefahaman sendiri akan mengambil kira pendapat rakan yang lain sebelum diyakini dan diterima sebagai suatu pengetahuan yang boleh diterima. Dalam hal ini suatu tolak ansur antara pelajar akan berlaku sehingga akhirnya suatu persetujuan dicapai. Tindakan pembelajaran di sini adalah seperti menyelidiki, mencuba, menolak, mempertahankan, membuat pertimbangan dan memberi penjelasan. Keempat ialah persetujuan (consensus). Pada tahap ini pelajar membina keyakinan terhadap pengetahuan barunya selepas setiap ahli dalam kumpulan menyatakan persetujuan. Tahap ini merupakan tahap keseimbangan, di mana murid- murid berkeyakinan bahawa pengetahuan barunya berguna dan boleh digunakan untuk mengatasi masalah. Kelima ialah berkongsi. Pada tahap ini setiap kumpulan murid-murid akan berkongsi dapatan masing-masing. Setiap kumpulan akan cuba menyakini rakan daripada kumpulan yang lain sehingga akhirnya suatu kefahaman yang menyeluruh diperoleh. Bincangkan peranan yang harus dilaksanakan oleh guru dalam penerapan pengajaran pembelajaran secara konstruktivisme. 5.6 CONTOH PENGAJARAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME ecara umum proses pengajaran pembelajaran konstruktivisme ini berasaskan kepada lima langkah utama iaitu pengalaman deria, refleksi, kolaborasi, persetujuan dan berkongsi. Berikut diterangkan dua contoh aktiviti membabitkan P S
  • 9. K o n s t r u k t i v i s m e | 82 pengajaran pembelajaran konstruktivisme. Contoh: Aktiviti pengajaran kira tambah dalam lingkungan 1000 Tajuk: Tabah dalam lingkungan 1000 Tahun : Tahun 2. Masa: 2 x 35 minit Bilangan murid: 30 orang Pendekatan pengajaran: konstruktivisme. Pengetahuan sedia ada: i. Pengetahuan tentang mewakilkan nombor sehingga 1000 menggunakan dekak-dekak. ii. Pengetahuan tentang maksud simbol “+” dan prosedur menambah nombor sehingga 100. Langkah 1: Pengalaman deria. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi 5 orang murid. Guru memberikan sebuah dekak-dekak kepada setiap murid. Setiap murid dikehendaki menyelesaikan satu lembaran kerja yang mengandungi kira tambah nombor dalam lingkungan 1000. Lembaran kerja adalah seperti berikut: i. 120 + 35 ii. 234 + 29 iii. 138 + 245 iv. 257 + 276 v. 178 + 379 vi. 589 + 287 Langkah 2: Refleksi Setiap murid, sama ada secara individu atau kumpulan menilai semula jawapan yang diberikan pada Langkah 1 tadi. Gunakan pengetahuan lalu tentang nombor-nombor sehingga 1000 dan perwakilannya menggunakan dekak-dekak. Murid-murid juga membuat refleksi tentang operasi kira tambah nombor sehingga 100. Guru membantu pelajar yang menghadapi kesukaran dengan bertanya soalan seperti “adakah operasi kira tambah nombor sehingga 1000 boleh dilaksanakan sebagaimana kira tambah nombor sehingga 100?” Langkan 3: Kolaborasi Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang penyelesaian yang sudah diperolehi. Murid akan cuba menyakinkan rakan-rakan yang lain. Manakala murid-murid yang menghadapi kesukaran akan dibantu oleh rakan-rakan yang lain ataupun oleh guru.
  • 10. K o n s t r u k t i v i s m e | 83 Langlah 4: Persetujuan Murid-murid mencapai kata sepakat dalam kumpulan tentang bagaimana operasi kira ambah dilaksanakan dan mengapa operasi berkenaan dianggap tepat. Setiap murid dapat menguasainya dan berupaya memberi penjelasan kepada orang lain yang mengharapkan penjelasan. Langkah 5: Berkongsi Setiap kumpulan diminta memberi penjelasan kepada keseluruhan kelas tentang operasi kira tambah yang sudah dilaksanakan masing-masing. Guru bersama-sama dengan murid-murid akan menilai hasil yang diperolehi oleh setiap kumpulan. Kumpulan yang menghadapi kesukaran akan membetulkan sebarang kesilapan mereka, manakala kumpulan yang lain akan lebih meyakini bahawa operasi yang dilakukan adalah benar. Soalan tambahan diberikan sama ada oleh guru atau oleh murid-murid sendiri untuk dijawab oleh semua murid. Tindakan ini adalah untuk membina keyakinan dan membuat rumusan bahawa operasi yang sudah dijalankan adalah benar. Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran pembelajaran secara konstruktivisme daripada tajuk-tajuk yang berikut: i. Wang. ii. Peratus. iii. Berat. iv. Bentuk dan ruang 3 dimensi. v. Pengurusan data. 5.7 KESIMPULAN Satu teori yang amat berpengaruh dalam bidang pendidikan matematik ialah dari fahaman konstruktivisme. Secara umum, teori dari perspektif fahaman konstruktivisme ini memberi penekanan kepada pembelajaran aktif, berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Antara cara berkesan bagi menyediakan pelajar kepada pembelajaran aktif adalah melalui lima tahap utama iaitu: pengalaman deria, refleksi, kolaborasi, persetujuan dan berkongsi. 5.8 SOALAN PERBINCANGAN i. Dengan memilih satu tajuk yang sesuai, rancanglah satu aktiviti mengajarkan pembelajaran berdasarkan fahaman konstruktivisme. ii. Berdasarkan pengalaman anda sendiri, bincangkan sejauh mana pengajaran berdasarkan fahaman konstruktivisme ini dilaksanakan di sekolah.
  • 11. K o n s t r u k t i v i s m e | 84 UJIAN PASCA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut: Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat menjelaskan Konsep yang mendasari fahaman konstruktivisme. 2 Saya dapat merancang pengajaran dengan pendekatan fahaman konstruktivisme.