SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
1
1.0 Pengenalan
Dahulunya Bahasa Melayu telah diangkat dan dinobatkan sebagai bahasa pentadbiran
bagi Srivijaya dan seluruh jajahan takluknya, wilayah kerajaan kuasa kelautan yang sangat
besar pada waktu itu dan menjadi bahasa Lingua Franca pada Zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Namun mutakhir ini, bahasa Melayu kian semakin runcing dan mengalami
kemerosotan akibat daripada beberapa isu dan cabaran yang menggugat kedudukan
bahasa Melayu di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
2.0 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Malaysia
Rajah 1: Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Malaysia
2.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan
Bahasa perpaduan adalah bermaksud bahasa yang digunakan bagi
menyatupadukan pelbagai kaum. Negara kita terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum dan setiap kaum ini mempunyai bahasa, budaya dan agama yang
tersendiri. Untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut, usaha yang dapat dilakukan
untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum adalah dengan menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perkara 152 Perlembagaaan Malaysia telah
membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia.
Isu dan
Cabaran
Bahasa
Melayu
Sebagai
Bahasa
Perpaduan
Bahasa
Melayu
Sebagai
Bahasa Ilmu
Bahasa
Komunikasi
Media Sosial
Bahasa
Melayu
Sebagai
Bahasa
Kebangsaan
PPSMI
2
Tujuannya ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersifat
heterogen di negara kita. Isu ini mulai tergugat apabila terdapat kes-kes yang cuba
mengetepikan bahasa Melayu oleh bangsa lain dalam negara. Antaranya, Peristiwa
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin dalam siaran
media rasmi, meskipun dikatakan terjemahan daripada bahasa kebangsaan tidak
dapat diterima oleh pejuang bahasa dan semua pihak yang menghormati bahasa
kebangsaan. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengakui hal itu sebagai kesilapan
walaupun disebut sebagai “kesilapan kecil”.
2.2 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu
Istilah bahasa ilmu digunakan secara am untuk menyatakan peranan bahasa
melayu sebagai bahasa yang digunakan untuk memperkatakan (mengajar, belajar,
menulis, membincangkan) bidang-bidang ilmu pada peringkat mana pun di sekolah,
maktab mahupun institut pengajian tinggi. Bahasa memainkan peranan yang penting
dalam proses pembelajaran dan penguasaan ilmu individu. bahasa Melayu telah
memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar
generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan tanpa
kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keekslusifan
bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasikan oleh bahasa Inggeris.
Meskipun pada tahap pengajian tinggi, khususnya yang melanjutkan pengajian di
luar negara, memperoleh ilmu dalam bahasa asing, kenyataan yang tidak dapat
dinafikan ialah bahawa sehingga peringkat menengah atas sekurang-kurangnya iaitu
peringkat yang memberikan ilmu dan kemahiran asas kepada pelajar, pendidikan
disampaikan dalam bahasa kebangsaan. Namun apabila ada tindakan berpatah
kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama
kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa
Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu
dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta
Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara
langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tunggak
pembinaan Negara.
3
2.3 Bahasa Komunikasi Media Sosial
Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai
sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi
dan teknologi web yang membolehkan penciptaan dan pertukaran maklumat.
Pelbagai penyalahgunaan bahasa melayu di media sosial yang wujud dalam negara
kita, antaranya adalah penggunaan bahasa rojak, bahasa sms, bahasa lucah dan
bahasa basahan. Tidak dinafikan lagi keaslian bahasa ibunda tercemar akibat
kemasukan dan percampuran istilah yang diguna pakai oleh masyarakat di negara
kita termasuk orang Melayu ketika bertutur sesama rakan dalam media sosial.
beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms. Misalnya
perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum (assalamualaikum), w’lam
(waalaikumussalam), dowang (mereka), tipon (telefon). Menurut sejarah, bahasa
rojak sudah mula dapat dikesan ketika Zaman Parameswara lagi iaitu pada Zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Di Melaka ketika itu terdapat 84 bahasa yang digunakan
oleh penduduk tempatan maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan bahasa perantara
untuk berurusan dalam pelbagai hal. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang
paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu
trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu yang
dicampuradukkan. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu
memberi cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini.
2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan dalam tafsiran Perlembagaan berperanan sebagai bahasa
rasmi, iaitu bahasa yang wajib digunakan dalam semua urusan rasmi di tiga
peringkat pentadbiran negara. Tiga peringkat itu ialah kerajaan Persekutuan,
kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam iaitu badan berkanun, pihak berkuasa
tempatan dan agensi. Isu pelaksanaan dan penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai
bahasa urusan rasmi terus dipersoal seakan-akan tidak berkesudahan dari awal
kemerdekaan tercapai hingga kini. Sebagai contoh, Peristiwa perarakan Keranda
152 ke Parlimen oleh Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967 ialah
cetusan rasa tidak puas hati tentang pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi. Selain itu, perihal bahasa Melayu tidak atau jarang mendapat tempat dalam
sesuatu majlis dan acara negara masih terus dibangkitkan. Nama kawasan, taman
perumahan, nama bangunan, nama jalan dan nama institusi yang tidak
mempamerkan bahasa kebangsaan juga masih berleluasa. Pentadbiran sebagai
sektor paling utama patut menggunakan bahasa kebangsaan pun masih belum
4
mencapai tahap yang memuaskan. Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka melakukan
Audit Bahasa Melayu di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, dua aspek cukup
menonjol iaitu Pertama, masih agak banyak badan kerajaan yang kurang
mengutamakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Perihal mesyuarat masih
dikendalikan dalam bahasa Inggeris atau bercampur aduk antara bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris masih menjadi kejadian yang lumrah di badan-badan
kerajaan. Kedua, mutu bahasa Melayu yang digunakan masih ada yang belum
mencapai tahap kebakuan atau tahap bahasa Melayu rasmi, sesudah lebih setengah
abad merdeka.
2.5 Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI)
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad berkata, program Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang
diperkenalkan pada zamannya menjadi Perdana Menteri pertama kali dulu
sebenarnya masih dilaksanakan di beberapa sekolah dengan nama Program
Dwibahasa (DLP). Apabila subjek-subjek yang berteraskan Sains dan Matematik
diputuskan diajarkan dalam bahasa Inggeris (sehingga unjurannya menunjukkan
bahawa penggunaan bahasa Inggeris sehingga akan mencapai 80% dalam sistem
pendidikan negara), ini semestinya akan menjejaskan mutu bahasa melayu secara
tidak langsung dan tidak akan dapat membantu negara untuk memenuhi aspirasi
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan Malaysia. Pada pendapat saya, jika kerajaan mahu meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris, rancangan dan program yang disediakan perlulah
menjurus kepada peningkatan mata pelajaran tersebut. Bahasa Inggeris tidak harus
hadir menjadi alat khusus untuk meningkatkan sains dan matematik dan kita
sepatutnya mengoptimumkan penguasaan pelajar dalam bahasa Melayu untuk
meningkatkan sains dan matematik. Namun, dasar ini telah pun ditukar kepada
Dasar Memartabatkan bahasa Melayu, Memperkukuhkan Penguasaan bahasa
Inggeris (MBMMBI) pada tahun 2009.
3.0 Isu dan cabaran Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa
5
Rajah 2: Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Antarabangsa
3.1 Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca dalam Perdagangan
Menurut ahli arkeologi dan sejarah, Bahasa Melayu telah lama digunakan oleh
pedagang-pedagang Cina, India dan Arab di Kepulauan Melayu: sejak zaman Kedah
Tua, Champa, Srivijaya dan Melaka. Sejak abad ke-7, iaitu pada zaman Srivijaya
(Sumatera), Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang bukan kecil peranannya
dimana bahasa Melayu telah diangkat dan dinobatkan sebagai bahasa pentadbiran
bagi Srivijaya dan seluruh jajahan takluknya. Kemudian, pada Zaman Kesultanan
Melayu Melaka ketika abad ke 16 hingga 19 juga, Bahasa Melayu berperanan
sebagai Lingua Franca atau bahasa perhubungan umum dari rantau Alam Melayu
dan digunakan oleh semua bangsa tidak hanya oleh bangsa dalam kalangan Melayu,
bahkan oleh orang dari India dan Cina. Situasi ini menunjukkan bahawa keagungan
dan kehebatan maruah bahasa Melayu suatu ketika dahulu sepatutnya menjadi
momentum kepada pendaulatan dan pengantarabangsaan bahasa Melayu pada
masa kini. Namun, kini bahasa Melayu mengalami kemerosotan dan menyebabkan
bahasa ini jatuh kepada kedudukan yang ke-14 sebagai bahasa yang berpengaruh di
dunia pada Mei 2016 dengan skor 0.077 pada jadual Power Language Index Results.
(Kai L. Chan, 2016). Bahasa Melayu tidak lagi dianggap dominan seperti dahulu
IsudancabaranBahasaMelayudiPeringkat
Antarabangsa
Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca
dalam Perdagangan
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT)
Bahasa Rasmi dalam Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB)
6
kerana penggunaan bahasa asing lebih seperti bahasa Inggeris dan Perancis lebih
digunapakai oleh orang ramai dan diiktiraf sebagai bahasa yang khusus kerana
banyaknya pencetakan buku menggunakan terjemahan bahasa Inggeris serta tokoh-
tokoh yang banyak melahirkan inovasi teknologi yang berasal dari negara eropah
barat.
3.2 Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Dalam keghairahan kita untuk mempelbagaikan peralatan dan kegunaan
teknologi maklumat, kita terlupa kesan penggunaannya terhadap bahasa Melayu itu
sendiri. Menurut Noriah Mohamed (2005) dianggarkan bahawa 80% tapak jejaring
yang kini adalah dalam bahasa Inggeris, walaupun diramalkan bahawa peratusan itu
akan menurun dengan perkembangan tapak jejaring dalam bahasa lain seperti
bahasa Peranchis, Sepanyol, Arab, dan Cina (Awang Sariyan, 2005). Kenyataan ini
memperlihatkan kepada kita betapa kurangnya aktiviti yang melibatkan bahasa
Melayu, bahasa ibunda kita sendiri dalam dunia siber. Tiada usaha dilakukan untuk
mempromosikan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa melalui dunia siber.
Pelbagai laman web yang diwujudkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dan bahasa Melayu diletakkan sebagai bahasa alternatif di dalam
laman web. Rohaidah Mashudi dan J. Sham Wahid (2005) mengatakan,
kecanggihan dalam penggunaan telefon bimbit juga sebenarnya mendatangkan
kegoyahan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam dunia
pendidikan. Kedudukan bahasa komunikasi ini diabaikan dan diubah suai, terutama
apabila mereka menggunakan sistem mesej singkat (sms) ataupun pelbagai aplikasi
terbaharu seperti Whatapps, Wechat, Line dan sebagainya. Isu penggunaan bahasa
Melayu dalam komunikasi menggunakan teknologi seperti telefon bimbit dan
komputer mendapat perhatian daripada beberapa pihak. Fenomena ini dilihat
sebagai satu ancaman kepada penggunaan bahasa Melayu. Ada yang berpendapat
fenomena pencemaran bahasa melalui sms ataupun aplikasi perhubungan yang lain
dan ruang sembang (chat room) di internet (facebook, twitter dan lain-lain) bersifat
sementara dan akan berakhir apabila teknologi komunikasi yang lebih canggih
diperkenalkan. Kita tidak seharusnya menunggu masa tersebut tiba tanpa sebarang
tindakan dan berkemungkinan keadaan sudah terlewat untuk membetulkan keadaan
semasa teknologi komunikasi hari ini mula diganti dengan teknologi yang lebih
canggih. Oleh itu, pelbagai persoalan timbul dalam usaha kita untuk memantapkan
dan memperkasa pengaruh, peranan, kedudukan, dan status bahasa Melayu pada
era siber yang begitu mencabar ini. Keadaan ini secara langsung mempengaruhi dan
7
mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
Bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Oleh itu,
bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia
patut bersepadu dengan jayanya.
3.3 Bahasa Rasmi dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Bahasa Melayu pernah dicadang untuk dijadikan bahasa rasmi yang dituturkan di
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia,
Teo Nie Ching menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan
melipatgandakan usaha memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa utama
pada peringkat ASEAN dan antarabangsa. Teo yang mewakili Menteri Pendidikan
Malaysia, Dr. Maszlee bin Malik menyatakan demikian dalam Majlis Perasmian
Sidang Ke-58 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada
10 April di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Dewan Bahasa Dan Pustaka
(DBP), Kuala Lumpur. Beliau berkata, “bahasa melayu yang bersifat anjal merupakan
satu daripada ciri bahasa ilmu yang berkait dengan peredaran zaman. Hal inilah
yang menjadi kekuatan untuk bahasa melayu berkembang seiring dengan bahasa
lain di dunia. Tambahan pula, usaha ini menyokong cita-cita menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa dunia”. Sahbulah Darwi (2009) juga mengatakan, pada
masa ini terdapat lebih kurang 6,000 bahasa yang masih digunakan tetapi hanya 20
bahasa yang bertaraf bahasa rasmi yang penuturnya berjumlah lebih 50 juta orang
dan bahasa Melayu adalah salah satu daripada 20 bahasa itu. Bahasa Melayu suatu
ketika dahulu merupakan bahasa yang mengandungi kekayaan dari segi rangkaian
dan bunga bahasanya. Malah bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai salah satu
bahasa yang memiliki ciri bahasa antarabangsa. Menurut James T. Collins, bahasa
Melayu merupakan sebuah bahasa antarabangsa kerana sentiasa memperlihatkan
ciri antarabangsa sejak zaman prasasti lagi (Azhari Salleh, 2005). Dalam konteks ini,
tidak mustahil untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa yang
dituturkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana keupayaan bahasa
Melayu telah terserlah.
8
4.0 Rumusan
Bahasa melayu merupakan salah satu daripada empat unsur tradisi yang terdapat
dalam perlembagaan yang sewajarnya dihormati dan dipertahankan kewibawaannya.
Bahasa melayu turut menjadi salah satu syarat yang termaktub dalam kontrak sosial antara
orang melayu dengan bukan melayu dalam pembentukan negara malaysia. Namun,
perubahan yang semakin ketara dalam konteks isu bahasa melayu kini seakan-akan
mempertikai secara langsung dan terbuka terhadap keutuhan perlembagaan. Isu bahasa
melayu harus ditangani dengan bijaksana dan penuh keikhlasan sebagai satu kebanggaan
rakyat yang mengaku malaysia sebagai negara bangsanya. Hal ini kerana bahasa melayu
bukan sebuah naratif yang harus dikorbankan dalam dasar transformasi negara yang masih
mendambakan masa depan yang panjang. kedudukan bahasa melayu di Malaysia sentiasa
mengalami proses pasang surut yang tiada berpenghujungan dan tidak dapat dipastikan
sampai bilakah bahasa melayu akan dapat bertahan di bumi malaysia. Kita sebagai rakyat
Malaysia haruslah mengekalkan identiti kita sendiri, bahasa kita sendiri, kerana bahasa jiwa
bangsa.
9
Rujukan
Armin Azhari Saleh. (2011). Menghayati sejarah bahasa Melayu. Pelita Bahasa 23(06): 3.
Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan. (2018). Nasib Bahasa Kebangsaan. Diakses pada 2 September 2019
daripada https://www.utusan.com.my/rencana/utama/nasib-bahasa-kebangsaan-
1.762167
Mohd Feroz Abu Bakar. (2019). IT dalam pendidikan. Diakses pada 2 September 2019
daripada http://www.apdip.net/projects/miu/press/BeritaHarian_16081999.pdf
Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Diakses pada 1 September 2019
daripada http://www.moe.gov.my/index.php?id=130&lang=my
Sahbulah Darwi. (2009). Menjadikan bahasa Melayu bahasa dunia. Utusan Malaysia 3
Oktober:4
Teo Kok Seong. (2011). Fenomena keperkasaan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa 10(08): 6-
9.
Yusfarina & Abdul Rasid. 2011. Bahasa Melayu kini. Dewan Bahasa 11(04): 10-14.

More Related Content

What's hot

bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmuCikgu Naza Zaza
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Mohammad Yaqin
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohHarerra Pink
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...Yfook Ng
 
Bab 2 kesantunan berbahasa
Bab 2   kesantunan berbahasaBab 2   kesantunan berbahasa
Bab 2 kesantunan berbahasaDemolish Wolf
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)aisya97
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)NurulAmira87
 

What's hot (20)

Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Makna leksikal
Makna leksikalMakna leksikal
Makna leksikal
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
2
22
2
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokoh
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
 
Bab 2 kesantunan berbahasa
Bab 2   kesantunan berbahasaBab 2   kesantunan berbahasa
Bab 2 kesantunan berbahasa
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
 

Similar to Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa

Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuSiew Hong Ting
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012johari7755
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaAnua Haris
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraYahya Othman
 
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysiaHbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysiaAku Tetap Beli Ori
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanNur Amalina Razali
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahSuhaida Anior
 
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptEwei Voon
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOzaidinajihah05
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Muhammad Amirul
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuKelvin WC
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxsuhailangadiron
 

Similar to Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa (20)

Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsa
 
1 pengenalan bm
1 pengenalan bm1 pengenalan bm
1 pengenalan bm
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negara
 
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysiaHbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendah
 
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
 
TEKS PIDATO.docx
TEKS PIDATO.docxTEKS PIDATO.docx
TEKS PIDATO.docx
 
Ucapan perasmian
Ucapan perasmianUcapan perasmian
Ucapan perasmian
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCO
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
 
Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
 
Penggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semula
Penggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semulaPenggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semula
Penggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semula
 

More from Rasit Masrii

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...Rasit Masrii
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANRasit Masrii
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...Rasit Masrii
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...Rasit Masrii
 
Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Rasit Masrii
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanRasit Masrii
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuRasit Masrii
 

More from Rasit Masrii (8)

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
 
Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (8)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Dahulunya Bahasa Melayu telah diangkat dan dinobatkan sebagai bahasa pentadbiran bagi Srivijaya dan seluruh jajahan takluknya, wilayah kerajaan kuasa kelautan yang sangat besar pada waktu itu dan menjadi bahasa Lingua Franca pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun mutakhir ini, bahasa Melayu kian semakin runcing dan mengalami kemerosotan akibat daripada beberapa isu dan cabaran yang menggugat kedudukan bahasa Melayu di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. 2.0 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Malaysia Rajah 1: Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Malaysia 2.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan Bahasa perpaduan adalah bermaksud bahasa yang digunakan bagi menyatupadukan pelbagai kaum. Negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan setiap kaum ini mempunyai bahasa, budaya dan agama yang tersendiri. Untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut, usaha yang dapat dilakukan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perkara 152 Perlembagaaan Malaysia telah membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Bahasa Komunikasi Media Sosial Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan PPSMI
  • 2. 2 Tujuannya ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersifat heterogen di negara kita. Isu ini mulai tergugat apabila terdapat kes-kes yang cuba mengetepikan bahasa Melayu oleh bangsa lain dalam negara. Antaranya, Peristiwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin dalam siaran media rasmi, meskipun dikatakan terjemahan daripada bahasa kebangsaan tidak dapat diterima oleh pejuang bahasa dan semua pihak yang menghormati bahasa kebangsaan. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengakui hal itu sebagai kesilapan walaupun disebut sebagai “kesilapan kecil”. 2.2 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Istilah bahasa ilmu digunakan secara am untuk menyatakan peranan bahasa melayu sebagai bahasa yang digunakan untuk memperkatakan (mengajar, belajar, menulis, membincangkan) bidang-bidang ilmu pada peringkat mana pun di sekolah, maktab mahupun institut pengajian tinggi. Bahasa memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan penguasaan ilmu individu. bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keekslusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasikan oleh bahasa Inggeris. Meskipun pada tahap pengajian tinggi, khususnya yang melanjutkan pengajian di luar negara, memperoleh ilmu dalam bahasa asing, kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa sehingga peringkat menengah atas sekurang-kurangnya iaitu peringkat yang memberikan ilmu dan kemahiran asas kepada pelajar, pendidikan disampaikan dalam bahasa kebangsaan. Namun apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tunggak pembinaan Negara.
  • 3. 3 2.3 Bahasa Komunikasi Media Sosial Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi web yang membolehkan penciptaan dan pertukaran maklumat. Pelbagai penyalahgunaan bahasa melayu di media sosial yang wujud dalam negara kita, antaranya adalah penggunaan bahasa rojak, bahasa sms, bahasa lucah dan bahasa basahan. Tidak dinafikan lagi keaslian bahasa ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang diguna pakai oleh masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu ketika bertutur sesama rakan dalam media sosial. beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms. Misalnya perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum (assalamualaikum), w’lam (waalaikumussalam), dowang (mereka), tipon (telefon). Menurut sejarah, bahasa rojak sudah mula dapat dikesan ketika Zaman Parameswara lagi iaitu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Di Melaka ketika itu terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan bahasa perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu yang dicampuradukkan. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini. 2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan dalam tafsiran Perlembagaan berperanan sebagai bahasa rasmi, iaitu bahasa yang wajib digunakan dalam semua urusan rasmi di tiga peringkat pentadbiran negara. Tiga peringkat itu ialah kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam iaitu badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi. Isu pelaksanaan dan penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai bahasa urusan rasmi terus dipersoal seakan-akan tidak berkesudahan dari awal kemerdekaan tercapai hingga kini. Sebagai contoh, Peristiwa perarakan Keranda 152 ke Parlimen oleh Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967 ialah cetusan rasa tidak puas hati tentang pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Selain itu, perihal bahasa Melayu tidak atau jarang mendapat tempat dalam sesuatu majlis dan acara negara masih terus dibangkitkan. Nama kawasan, taman perumahan, nama bangunan, nama jalan dan nama institusi yang tidak mempamerkan bahasa kebangsaan juga masih berleluasa. Pentadbiran sebagai sektor paling utama patut menggunakan bahasa kebangsaan pun masih belum
  • 4. 4 mencapai tahap yang memuaskan. Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka melakukan Audit Bahasa Melayu di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, dua aspek cukup menonjol iaitu Pertama, masih agak banyak badan kerajaan yang kurang mengutamakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Perihal mesyuarat masih dikendalikan dalam bahasa Inggeris atau bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris masih menjadi kejadian yang lumrah di badan-badan kerajaan. Kedua, mutu bahasa Melayu yang digunakan masih ada yang belum mencapai tahap kebakuan atau tahap bahasa Melayu rasmi, sesudah lebih setengah abad merdeka. 2.5 Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad berkata, program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada zamannya menjadi Perdana Menteri pertama kali dulu sebenarnya masih dilaksanakan di beberapa sekolah dengan nama Program Dwibahasa (DLP). Apabila subjek-subjek yang berteraskan Sains dan Matematik diputuskan diajarkan dalam bahasa Inggeris (sehingga unjurannya menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris sehingga akan mencapai 80% dalam sistem pendidikan negara), ini semestinya akan menjejaskan mutu bahasa melayu secara tidak langsung dan tidak akan dapat membantu negara untuk memenuhi aspirasi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan Malaysia. Pada pendapat saya, jika kerajaan mahu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, rancangan dan program yang disediakan perlulah menjurus kepada peningkatan mata pelajaran tersebut. Bahasa Inggeris tidak harus hadir menjadi alat khusus untuk meningkatkan sains dan matematik dan kita sepatutnya mengoptimumkan penguasaan pelajar dalam bahasa Melayu untuk meningkatkan sains dan matematik. Namun, dasar ini telah pun ditukar kepada Dasar Memartabatkan bahasa Melayu, Memperkukuhkan Penguasaan bahasa Inggeris (MBMMBI) pada tahun 2009. 3.0 Isu dan cabaran Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa
  • 5. 5 Rajah 2: Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Antarabangsa 3.1 Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca dalam Perdagangan Menurut ahli arkeologi dan sejarah, Bahasa Melayu telah lama digunakan oleh pedagang-pedagang Cina, India dan Arab di Kepulauan Melayu: sejak zaman Kedah Tua, Champa, Srivijaya dan Melaka. Sejak abad ke-7, iaitu pada zaman Srivijaya (Sumatera), Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang bukan kecil peranannya dimana bahasa Melayu telah diangkat dan dinobatkan sebagai bahasa pentadbiran bagi Srivijaya dan seluruh jajahan takluknya. Kemudian, pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka ketika abad ke 16 hingga 19 juga, Bahasa Melayu berperanan sebagai Lingua Franca atau bahasa perhubungan umum dari rantau Alam Melayu dan digunakan oleh semua bangsa tidak hanya oleh bangsa dalam kalangan Melayu, bahkan oleh orang dari India dan Cina. Situasi ini menunjukkan bahawa keagungan dan kehebatan maruah bahasa Melayu suatu ketika dahulu sepatutnya menjadi momentum kepada pendaulatan dan pengantarabangsaan bahasa Melayu pada masa kini. Namun, kini bahasa Melayu mengalami kemerosotan dan menyebabkan bahasa ini jatuh kepada kedudukan yang ke-14 sebagai bahasa yang berpengaruh di dunia pada Mei 2016 dengan skor 0.077 pada jadual Power Language Index Results. (Kai L. Chan, 2016). Bahasa Melayu tidak lagi dianggap dominan seperti dahulu IsudancabaranBahasaMelayudiPeringkat Antarabangsa Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca dalam Perdagangan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Bahasa Rasmi dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • 6. 6 kerana penggunaan bahasa asing lebih seperti bahasa Inggeris dan Perancis lebih digunapakai oleh orang ramai dan diiktiraf sebagai bahasa yang khusus kerana banyaknya pencetakan buku menggunakan terjemahan bahasa Inggeris serta tokoh- tokoh yang banyak melahirkan inovasi teknologi yang berasal dari negara eropah barat. 3.2 Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam keghairahan kita untuk mempelbagaikan peralatan dan kegunaan teknologi maklumat, kita terlupa kesan penggunaannya terhadap bahasa Melayu itu sendiri. Menurut Noriah Mohamed (2005) dianggarkan bahawa 80% tapak jejaring yang kini adalah dalam bahasa Inggeris, walaupun diramalkan bahawa peratusan itu akan menurun dengan perkembangan tapak jejaring dalam bahasa lain seperti bahasa Peranchis, Sepanyol, Arab, dan Cina (Awang Sariyan, 2005). Kenyataan ini memperlihatkan kepada kita betapa kurangnya aktiviti yang melibatkan bahasa Melayu, bahasa ibunda kita sendiri dalam dunia siber. Tiada usaha dilakukan untuk mempromosikan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa melalui dunia siber. Pelbagai laman web yang diwujudkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa Melayu diletakkan sebagai bahasa alternatif di dalam laman web. Rohaidah Mashudi dan J. Sham Wahid (2005) mengatakan, kecanggihan dalam penggunaan telefon bimbit juga sebenarnya mendatangkan kegoyahan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam dunia pendidikan. Kedudukan bahasa komunikasi ini diabaikan dan diubah suai, terutama apabila mereka menggunakan sistem mesej singkat (sms) ataupun pelbagai aplikasi terbaharu seperti Whatapps, Wechat, Line dan sebagainya. Isu penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi menggunakan teknologi seperti telefon bimbit dan komputer mendapat perhatian daripada beberapa pihak. Fenomena ini dilihat sebagai satu ancaman kepada penggunaan bahasa Melayu. Ada yang berpendapat fenomena pencemaran bahasa melalui sms ataupun aplikasi perhubungan yang lain dan ruang sembang (chat room) di internet (facebook, twitter dan lain-lain) bersifat sementara dan akan berakhir apabila teknologi komunikasi yang lebih canggih diperkenalkan. Kita tidak seharusnya menunggu masa tersebut tiba tanpa sebarang tindakan dan berkemungkinan keadaan sudah terlewat untuk membetulkan keadaan semasa teknologi komunikasi hari ini mula diganti dengan teknologi yang lebih canggih. Oleh itu, pelbagai persoalan timbul dalam usaha kita untuk memantapkan dan memperkasa pengaruh, peranan, kedudukan, dan status bahasa Melayu pada era siber yang begitu mencabar ini. Keadaan ini secara langsung mempengaruhi dan
  • 7. 7 mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadu dengan jayanya. 3.3 Bahasa Rasmi dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Bahasa Melayu pernah dicadang untuk dijadikan bahasa rasmi yang dituturkan di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Teo Nie Ching menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melipatgandakan usaha memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa utama pada peringkat ASEAN dan antarabangsa. Teo yang mewakili Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee bin Malik menyatakan demikian dalam Majlis Perasmian Sidang Ke-58 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada 10 April di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Beliau berkata, “bahasa melayu yang bersifat anjal merupakan satu daripada ciri bahasa ilmu yang berkait dengan peredaran zaman. Hal inilah yang menjadi kekuatan untuk bahasa melayu berkembang seiring dengan bahasa lain di dunia. Tambahan pula, usaha ini menyokong cita-cita menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia”. Sahbulah Darwi (2009) juga mengatakan, pada masa ini terdapat lebih kurang 6,000 bahasa yang masih digunakan tetapi hanya 20 bahasa yang bertaraf bahasa rasmi yang penuturnya berjumlah lebih 50 juta orang dan bahasa Melayu adalah salah satu daripada 20 bahasa itu. Bahasa Melayu suatu ketika dahulu merupakan bahasa yang mengandungi kekayaan dari segi rangkaian dan bunga bahasanya. Malah bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai salah satu bahasa yang memiliki ciri bahasa antarabangsa. Menurut James T. Collins, bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa antarabangsa kerana sentiasa memperlihatkan ciri antarabangsa sejak zaman prasasti lagi (Azhari Salleh, 2005). Dalam konteks ini, tidak mustahil untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa yang dituturkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana keupayaan bahasa Melayu telah terserlah.
  • 8. 8 4.0 Rumusan Bahasa melayu merupakan salah satu daripada empat unsur tradisi yang terdapat dalam perlembagaan yang sewajarnya dihormati dan dipertahankan kewibawaannya. Bahasa melayu turut menjadi salah satu syarat yang termaktub dalam kontrak sosial antara orang melayu dengan bukan melayu dalam pembentukan negara malaysia. Namun, perubahan yang semakin ketara dalam konteks isu bahasa melayu kini seakan-akan mempertikai secara langsung dan terbuka terhadap keutuhan perlembagaan. Isu bahasa melayu harus ditangani dengan bijaksana dan penuh keikhlasan sebagai satu kebanggaan rakyat yang mengaku malaysia sebagai negara bangsanya. Hal ini kerana bahasa melayu bukan sebuah naratif yang harus dikorbankan dalam dasar transformasi negara yang masih mendambakan masa depan yang panjang. kedudukan bahasa melayu di Malaysia sentiasa mengalami proses pasang surut yang tiada berpenghujungan dan tidak dapat dipastikan sampai bilakah bahasa melayu akan dapat bertahan di bumi malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengekalkan identiti kita sendiri, bahasa kita sendiri, kerana bahasa jiwa bangsa.
  • 9. 9 Rujukan Armin Azhari Saleh. (2011). Menghayati sejarah bahasa Melayu. Pelita Bahasa 23(06): 3. Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2018). Nasib Bahasa Kebangsaan. Diakses pada 2 September 2019 daripada https://www.utusan.com.my/rencana/utama/nasib-bahasa-kebangsaan- 1.762167 Mohd Feroz Abu Bakar. (2019). IT dalam pendidikan. Diakses pada 2 September 2019 daripada http://www.apdip.net/projects/miu/press/BeritaHarian_16081999.pdf Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Diakses pada 1 September 2019 daripada http://www.moe.gov.my/index.php?id=130&lang=my Sahbulah Darwi. (2009). Menjadikan bahasa Melayu bahasa dunia. Utusan Malaysia 3 Oktober:4 Teo Kok Seong. (2011). Fenomena keperkasaan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa 10(08): 6- 9. Yusfarina & Abdul Rasid. 2011. Bahasa Melayu kini. Dewan Bahasa 11(04): 10-14.