SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
KEPENTINGAN PETA MINDA SEBAGAI ALAT BERFIKIR
                 DALAM MENGAMBIL NOTA KULIAH

          Tee Tze Kiong1, Jailani Bin Md Yunos2, Baharom Bin Mohamad3,
                         Widad Bt. Othman4 dan Yee Mei Heong5
               1
                 Universiti Pendidikan Sultan Idris, tktee@fsm.upsi.edu.my
             2
               Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, jailani@uthm.edu.my
           3
             Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, baharom@uthm.edu.my
                 4
                   Open University Malaysia, widadothman@oum.edu.my
             5
               Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, mhyee@uthm.edu.my

Aktiviti berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda
atau sistem kognitif seseorang (Yee et al., 2009). Kemahiran berfikir pula bergantung kepada
kemahiran seseorang individu untuk mengendalikan potensi kecerdasan otaknya. Som dan
Mohd Dahalan (1998) pula menerangkan bahawa alat berfikir merupakan instrumen yang
dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Alat-
alat berfikir ini mampu menyampaikan idea seseorang dengan lebih tersusun, jelas dan mudah
difahami. Menurut Tee et al. (b) (2009), terdapat beberapa alat berfikir yang lazim digunakan
dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu soalan dan penyoalan, pengurusan grafik, peta minda
dan Cognitive Research Trust (CoRT). Namun begitu, setiap jenis alat berfikir mempunyai
fungsi dan kegunaan yang unik. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam
pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan. Widad
dan Kandar (2006) pula menyatakan bahawa peta minda adalah alat berfikir yang sangat
berguna. Artikel ini akan membincangkan konsep alat berfikir yang meliputi jenis dan
kegunaan. Selain itu, artikel ini juga turut membicarakan kepentingan penggunaan peta
minda dalam mengambil nota secara khusus.

Kata kunci: alat berfikir, peta minda


1.0     PENGENALAN
Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan
fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik,
jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut Buzan (2003),
peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang
pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai “jaring” atau
“penjaringan”, merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan. Jikalau
dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada
60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia adalah lebih ringkas, berjejari
dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.


2.0     KONSEP ALAT BERFIKIR
Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang
dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan.
Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi
lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Yang tercakup dalam alat berfikir ini
adalah:
(i)     Soalan dan penyolaan
(ii)    Pengurusan grafik
(iii) CoRT
(iv)    Peta minda


                                                                                           1
Semua pelajar harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk
menggunakan pelbagai alat berfikir. Dengan menguasai penggunaan alat berfikir,
pelajar dapat menggunakannya bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran,
malahan juga dalam situasi harian. Sehubungan dengan perkara ini, guru perlulah
mengaplikasikan kemahiran menggunakan alat berfikir ini dalam pengajaran dan
pembelajaran mengikut keperluan dan situasi yang sesuai. Memandangkan guru-guru
di sekolah kekurangan masa untuk mengajar atau mendedahkan ilmu pengetahuan
tentang alat-alat berfikir ini, maka penggunaan kaedah pembelajaran alternatif seperti
penggunaan modul pembelajaran kendiri adalah sangat digalakkan. Dengan ini, alat-
alat berfikir yang dicadangkan akan dapat dimanfaatkan oleh pelajar sepenuhnya
dalam pengajaran dan pembelajaran mahu pun dalam kehidupan harian (Tee, et al.
(a), 2009).


2.1    SOALAN DAN PENYOALAN
Soalan adalah alat rangsangan yang sering digunakan untuk memperolehi maklumat,
meninjau kefahaman, mencungkil minat dan menilai kebolehan seseorang tentang
sesuatu perkara. Manakala, penyoalan merupakan teknik untuk mengemukakan
soalan bagi memenuhi keperluan dan tujuan tertentu.

Secara umumnya, lazimnya soalan dan penyoalan digunakan sebagai alat untuk
menilai kebolehan, pencapaian dan kemajuan pelajar dalam sesuatu bidang, sama ada
dalam bidang kurikulum mahu pun kokurikulum. Bagi tujuan memungkinkan soalan
dan penyoalan ini digunakan secara berkesan, maka pelbagai jenis bahan rangsangan
perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, tidak
semua guru menguasai kemahiran tentang penggunaan alat-alat berfikir sepenuhnya.
Maka, guru-guru baru dicadangkan menggunakan pendekatan pengajaran yang
berbeza ke atas pelajar, seperti mengesyorkan pelajar-pelajarnya mempelajari
kemahiran tentang alat-alat berfikir menerusi modul pembelajaran kendiri. Dengan
menggunakan modul pembelajaran kendiri ini, pelajar bukan sahaja dapat
mempelajari kemahiran tentang alat-alat berfikir malah guru dapat menjimat masa
dari segi penyampainnya melalui pengajaran secara formal di sekolah.

Kekurangan alat berfikir soalan dan penyoalan ini adalah ia tidak mempunyai satu
format khusus bagi pelajar mencatatkan hasil soal dan penyoalan yang dilakukan
untuk disimpan sebagai nota rujukan mahu nota kuliah pada masa kelak. Di samping
itu, alat ini memerlukan penguasaan yang baik ke atas teknik penyoalan agar hasilnya
adalah berkualiti sedangkan teknik penyoalan ini tidak diajar khusus di sekolah. Hal
ini akan merumitkan penggunaan alat berfikir ini dalam kalangan pelajar. Namun
begitu, masalah ini dapat ditangani dengan adanya guru yang berpengalaman serta
menguasai kemahiran tentang alat-alat berfikir dengan baik. Selain itu, penggunaan
modul pembelajaran kendiri ke atas alat-alat berfikir yang berkualiti juga dapat
mencapai matlamat yang sama. Modul pembelajaran kendiri ini perlulah dilengkapi
dengan soalan-soalan berkualiti yang dibentuk berdasarkan taksonomi yang didasari
oleh format penilaian.




                                                                                     2
2.1.1 TUJUAN SOALAN DAN PENYOALAN
Antara tujuan soalan dan penyoalan adalah seperti yang berikut:
(i)    Memperkembangkan proses berfikir secara kreatif dan kritis di mana ia
       menggalakkan pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi.
(ii)   Mengumpul dan menganalisis maklumat secara berkesan.
(iii) Menggalakkan serta meningkatkan penggunaan metakognitif dalam kalangan
       pelajar di mana ia menekankan konsep “bagaimana” dan bukan “apa”.
(iv)   Mengulang kaji perkara yang telah dipelajari dengan cepat.
(v)    Merangsangkan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan suasana yang
       ceria dalam pengajaran dan pembelajaran.
(vi)   Menggalakkan pencetusan idea-idea baru dan penggunaan idea-idea yang
       sedia ada dengan baik.
(vii) Mewujudkan suasana untuk perkongsian idea antara guru dengan pelajar dan
       pelajar dengan pelajar.
(viii) Menguji dan menilai kebolehan, prestasi dan kemajuan pelajar dari semasa ke
       semasa oleh guru mahu pun pelajar itu sendiri.
(ix)   Mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru secara
       semerta menerusi sesi pengajaran yang kebiasaannya dilakukan semasa
       pemerhatian oleh guru pembimbing atau penyelia.
(x)    Mengenal pasti sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai atau
       tidak pada suatu sesi pengajaran.
(xi)   Menarik minat dan perhatian pelajar untuk terus kekal dan tekal dalam
       pembelajaran agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung secara
       kondusif.
(xii) Mewujudkan suasana muhibah dan takrif antara guru dengan pelajar, guru
       akan seronok mengajar dan pelajar gembira belajar.


2.1.2 JENIS-JENIS SOALAN
Secara amnya, kita sering menggunakan soalan berdasarkan aras kognitif Taksonomi
Bloom (1956). Mengikut Taksonomi Bloom, aras kognitif ini disusun mengikut
hierarki daripada peringkat yang paling rendah hingga ke peringkat yang paling
tinggi, iaitu berdasarkan aras kognitif pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian. Menurut Tee et al. (a) 2009, aras rendah merangkumi aras
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi, manakala aras tinggi adalah terdiri daripada aras
analisis, sintesis dan penilaian. Berdasarkan aras kognitif inilah kita membina dan
mengemukakan soalan kepada pelajar. Sehingga kini, soalan berdasarkan Taksonomi
Bloom masih merupakan bentuk soalan yang popular dalam kalangan guru dan
pembina atau penggubal soalan di negara kita. Malah, penggunaannya amat ketara
apabila dijadikan sebagai faktor utama dalam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

        Mengikut perkembangan semasa, ada beberapa jenis lagi soalan yang dapat
kita gunakan sebagai alternatif untuk membina soalan. Antaranya termasuklah jenis-
jenis soalan seperti berikut:
(i)     Soalan bertumpu dan bercapah
(ii)    Lingkaran soalan
(iii) Soalan kritis
(iv)    Soalan kreatif




                                                                                         3
2.2    PENGURUSAN GRAFIK
Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan
dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan
sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan.

Secara umumnya, PG ini berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi
dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang
sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Melalui PG ini, sesuatu idea yang
hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Walaupun
secara umumnya terdapat lapan jenis pengurusan grafik, tetapi penggunaannya adalah
spesifik untuk tujuan tertentu seperti PG membanding beza hanya boleh digunakan
khusus untuk menyelesaikan masalah atau disimpan sebagai rujukan bagi tujuan
membanding beza suatu perkara. Rumusannya, penggunaan alat berfikir ini adalah
terhad bagi suatu tujuan khusus dan fungsinya adalah tidak menyeluruh berbanding
fungsi peta minda yang jauh lebih komprehensif khususnya dalam mengambil nota
kuliah.


2.2.1 CONTOH-CONTOH PENGURASAN GRAFIK
Antara PG adalah seperti berikut:
(i)    PG membanding dan membezakan
(ii)   PG membuat kategori
(iii) PG meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan
(iv)   PG menerangkan sebab
(v)    PG membuat ramalan
(vi)   PG membuat periksa andaian
(vii) PG membuat keputusan
(viii) PG menyelesaikan masalah


2.2.2 PENGGUNAAN PENGURSAN GRAFIK
PG digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya
supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Walau pun PG ini disediakan dengan
contoh-contoh tertentu, kita boleh mereka cipta PG sendiri atau mengubah suai PG
yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar.


Pelajar hendaklah dilatih menggunakan PG bagi setiap kemahiran yang berkaitan.
Hal ini demikian kerana PG bukan sahaja dapat membantu mengurus pemikiran
mereka dengan berkesan, malah juga dapat memudahkan mereka memahami sesuatu
proses pemikiran itu dengan lebih baik. Mungkin apabila mereka telah mahir
menggunakan PG ini, maka mereka tidak lagi perlu menggunakannya. Jadi,
penggunaan PG adalah berdasarkan objektif-objektif tertentu.


2.3    ALAT CORT (Cognitve Research Trust)
Alat CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk
meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah yang dihadapi (Som dan Mohd Dahalan, 1998).



                                                                                 4
Istilah CoRT ini adalah singkatan daripada perkataan “cognitive research trust”.
Singkatan ini dicipta oleh Edward de Bono semasa beliau mencubakan alat ini di
sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu
meningkatkan kognitif pelajar. Oleh sebab dapatan kajian ini menunjukkan
keberkesanan yang tinggi maka Edward de Bono mengamanahkan alat kognitif ini
kepada guru-guru supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kesemua alat ini terdiri daripada tujuh alat CoRT yang mempunyai tujuan dan
kepentingan-kepentingan tertentu.

Hampir sama seperti alat berfikir pengurusan grafik, penggunaan alat berfikir CoRT
ini juga terhad bagi suatu tujuan khusus, contohnya alat BLI (baik, lemah, istimewa)
hanya boleh digunakan khusus untuk menganalisis suatu benda atau perkara daripada
perspektif baik, lemah dan istimewa. Hal ini membuktikkan bahawa penggunaan alat
ini adalah tidak menyeluruh dan kurang sesuai digunakan untuk membuat nota bagi
sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran.


2.3.1 TUJUAN CORT 1
CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan (Widad dan
Kandar, 2006).

CoRT 1 terdiri daripada alat-alat yang berikut:
                PMI                      =                     BLI
      (Plus, Minus, Interesting)                     (Baik, Lemah, Istimewa)
                OPV                      =                    POL
       (Other People’s View)                          (Pandang Orang Lain)
                CAF                      =                    TSF
        (Consider All Factors)                     (Timbangkan Semua Faktor)
                C&S                      =                   KMJK
       Consequence & Sequal)                     (Kesan Mengikut Kepentingan)
                 FIP                     =                    KMK
     (First Important Priorities)              (Keutamaan Mengikut Kepentingan)
                APC                      =                    AKP
(Alternatives, Possibles and Choices)         (Alternatif, Kemungkinan dan Pilihan)
                AGO                      =                    TMO
     (Aims, Goal & Objectives)                     (Tujuan, Matlamat, Objektif)


2.4     PETA MINDA
Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk
atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari
sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang
kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk
membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip
penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar
mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping
menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa
belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini agar



                                                                                      5
pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan
berkesan.

Peta minda dapat diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan situasi
perniagaan, mencatat nota, sumbangsaran (dalam mana idea-idea dimasukkan ke
dalam peta berjejarian dari pusat, di mana pengumpulan dan pengorganisasian
dilakukan pada tahap seterusnya), merumuskan, mengulangkaji dan menjelaskan
pemikiran secara umum. Sebagai contoh, seseorang dapat sambil mendengar kuliah
dan mencatat nota dengan menggunakan peta minda untuk isi dan kata kunci
terpenting. Seseorang juga dapat menggunakan peta minda sebagai suatu teknik
memori atau mengeluarkan idea yang kompleks. Peta minda juga digalakkan sebagai
suatu kaedah untuk digunakan bersama ketika sesi mencetuskan kreativiti berasaskan
pensil warna.

Peta minda dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai ”nota
kasar”, sebagai contoh, ketika menghadiri kuliah atau mesyuarat. Peta minda juga
dikenali sebagai “Swiss army knife for the brain” adalah satu teknik mengambil nota
yang telah diguna oleh lebih daripada 250 juta individu di seluruh dunia. Pada masa
yang sama, penggunaan peta minda juga amat luas dalam dunia pendidikan dan
perniagaan (Buzan, 2002).

Matlamat Buzan adalaah untuk membolehkan “Manual operasi Otak Manusia”
dimiliki oleh seramai individu yang mungkin di seluruh dunia. Kejayaan usaha ini
kian dicapai menerusi ucaptama, media, penerbitan (lebih daripada 90 tajuk setakat
ini), perisian dan pusat-pusat latihan kursus Buzan.

Tony Buzan adalah pencipta kepada peta minda, alat berfikir yang paling berkuasa.
Pengarah Microsoft iaitu Bill Gates mengenal pasti kepentingan peta minda dalam
artikelnya bertajuk “The road ahead – how mind mappers are taking our information
democracy to the next stage” ... “ satu generasi perisian peta minda baru mampu
diguna sebagai asas templet digital untuk bantu menghubungkait dan mensintesis idea
dan data, justeru mencipta pengetahuan baru.

Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia mampu
membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang. Peta
minda mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan korteks yang
melibatkan perkataan, imej, nombor, logic, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang
dengan berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada individu menjelajahi
kemampuan otak yang tiada batasannya. Peta minda boleh diaplikasikan dalam
semua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan pembelajaran dan
pemikiran seseorang individu, justeru menggalakkan perkembangan diri.

Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini
digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua
golongan daripada yang sangat muda hingga kepada yang sangat tua di mana mereka
ingin menggunakan pemikiran dengan lebih berkesan.




                                                                                      6
2.4.1 TUJUAN
Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar:
(i)    Mencatat nota dengan mudah.
(ii)   Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek
       dan sebagainya.
(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv)   Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri
       semasa belajar.


2.4.2 KEGUNAAN DAN KENPENTINGAN PETA MINDA
Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana otak
berfungsi – di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan adalah dalam bentuk
saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu hubung
kait dalam otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan
dipertingkatkan dalam pemikiran.

Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya
menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak
dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi
dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah
diimbas kembali berbanding nota berciri linear.

Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua arah
berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana
otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah mudah dirujuk. Pada masa yang
sama, merujuk secara berulang mengukuhkan ingatan. Cara terbaik dalam membuat
rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda, kemudian
baru merujuk kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang kekaburan. Individu
dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Peta minda membenarkan
individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan berkesan.

Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di bawah:
(a)   Menghasilkan Nota
      Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam
      bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh
      digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber – buku, kuliah,
      syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon.
(b)   Ingat Kembali
      Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan
      idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.
      Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda
      berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah,
      kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji.
(c)   Kreativiti
      Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya,
      peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan
      membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda
      harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta
      minda yang baru.


                                                                                    7
(d)    Penyelesaian Masalah
       Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan – sama ada dalam
       bidang profesional atau peribadi – peta minda membantu individu untuk
       mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia
       juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di
       samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya.
(e)    Perancangan
       Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu
       memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta
       minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari
       surat hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku. Di samping itu, peta minda
       juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian,
       pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan
       persembahan.
(f)    Pembentangan
       Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin
       membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam
       mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh
       secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta
       minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas
       kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran.
(g)    Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
       Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak
       kanan dan otak kiri semasa belajar.


(h)    Membuat sinopsis
       Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk
       sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang
       sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.


2.4.3 PENGGUNAAN PETA MINDA DI SELURUH DUNIA
Peta minda digunakan oleh pelbagai golongan seperti pelajar, pendidik, peniaga,
jurutera dan lain-lain di seluruh dunia termasuklah Malaysia, Singapura, China,
Vietnam, Korea, Japan, England, Ireland, Hong Kong, Mexico, Algeria, Thailand,
Indonesia, India, Afrika, Australia, Filipina, Arab Saudi, Bahrain dan lain-lain.

Berikut merupakan sebahagian daripada contoh peta minda yang paling praktikal di
seluruh dunia.




                                                                                    8
China




German
http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest16017-170716-mind-mapping-
map-powerpoint-spcug-mindmappingver2-education-ppt/




                                                                             9
Thailand
http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest16017-170716-mind-mapping-
map-powerpoint-spcug-mindmappingver2-education-ppt/




Afrika
http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm




                                                                             10
Singapura




Indonesia




            11
Perancis
http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm




Filipinina
http://mindmapkids.multiply.com/photos




                                         12
Itali
http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm




Malaysia




                                         13
3.0     KESIMPULAN
Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar.
Pelajar dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan peta minda.
Semua nota kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu,
ulang kaji dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan peta
minda. Meneliti kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry
(2006) serta Ang dan Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan
penggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi
keputusan yang lebih baik.


4.0     RUJUKAN
Ang, Gek Moi and Ong, Lee Lian (2007). Introducing Mind Map in Comprehension.
    Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 11-19.
Buzan, Tony (2002). How to Mind Map. London: Thorsons. m.s. 65.
Buzan, Tony (2003). Mind maps for Kids: The Shortcut to Success at school. London:
    Thorsons. m.s. 2, 5, 10, 34, 44, 52, 58, 64, 74.
Cindy Oh; Hariati Ali; Adeline Enriquez; Ilyana Bte Mohd Anwar; Hazel Lim; Law,
    Ee Peng; Leong, Pei Ying and Wee, Chiu Mei (2006). Reading With
    Understanding Through The Use if Mind Maps. Recent Research on Mind Maps
    in Education. m.s. 5-19.
Henry Toi (2009). Research on how Mind Map improves Memory. Recent Research
    on Mind Maps in Education. m.s. 21-24.
http://mindmapkids.multiply.com/photos
http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest16017-170716-mind-mapping-
map-powerpoint-spcug-mindmappingver2-education-ppt/
http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest16017-170716-mind-mapping-
map-powerpoint-spcug-mindmappingver2-education-ppt/


                                                                                 14
http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm
http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm
Som Hj, Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara
    Kritis & Kreatif. Selangor: Longman. m.s. 304-305, 318-321, 323-324.
Tee, Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman
    dan Yee, Mei Heong (a) (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
    Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan
    Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s. 114-121.
Tee, Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman
    dan Yee, Mei Heong (b) (2009). Penilaian Aras Kemahiran Berfikir Menerusi
    Ujian SEA, Rubrik Kemahiran Berfikir Dan Rubrik Peta Minda. Persidangan
    Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s 5-14.
Widad Othman dan Kandar Selamat (2006) “Types of Learning” in Module
    “Teaching Methods in Technical and Vocational Education.” Kuala Lumpur: PD
    Offset Sdn. Bhd. m.s. 73, 74, 75
Yee, Mei Heong; Lee, Ming Foong; Jailani Bin Md Yunos; Widad Bt. Othman dan
    Tee, Tze Kiong (2009). Penyebatian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Berfikir
    Aras Tinggi Melalui Pencetusan Idea Projek Bagi Mata Pelajaran Teknikal.
    Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional 2009 (TVE
    2009).




                                                                               15

More Related Content

What's hot

Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellfiro HAR
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca Nsha Shari
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)firo HAR
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbanwar Hazim
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssrSharieda Md Dam
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membacaijam
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaanWiween Mihad
 

What's hot (20)

Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
 
nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Metakognitif
MetakognitifMetakognitif
Metakognitif
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
6938791 kesahan-dan-kebolehpercayaan
 

Viewers also liked

Blooms taxonomy
Blooms taxonomyBlooms taxonomy
Blooms taxonomysdc07cfsu
 
Developing Synthesis
Developing SynthesisDeveloping Synthesis
Developing Synthesistotal
 
Design Thinking and Innovation Course - Day 4 - Synthesis
Design Thinking and Innovation Course - Day 4 - SynthesisDesign Thinking and Innovation Course - Day 4 - Synthesis
Design Thinking and Innovation Course - Day 4 - SynthesisIngo Rauth
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirfiro HAR
 

Viewers also liked (6)

Blooms taxonomy
Blooms taxonomyBlooms taxonomy
Blooms taxonomy
 
Blooms taxonomy
Blooms taxonomyBlooms taxonomy
Blooms taxonomy
 
Developing Synthesis
Developing SynthesisDeveloping Synthesis
Developing Synthesis
 
Design Thinking and Innovation Course - Day 4 - Synthesis
Design Thinking and Innovation Course - Day 4 - SynthesisDesign Thinking and Innovation Course - Day 4 - Synthesis
Design Thinking and Innovation Course - Day 4 - Synthesis
 
Habits of Mind (tabiat minda)
Habits of Mind (tabiat minda)Habits of Mind (tabiat minda)
Habits of Mind (tabiat minda)
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
 

Similar to PETA MINDA

Tugas individu media pembelajaran
Tugas individu media pembelajaranTugas individu media pembelajaran
Tugas individu media pembelajarandhianhariani
 
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfKEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfayulusiyana
 
METODE METODE PEMBELAJARAN.pptx
METODE  METODE PEMBELAJARAN.pptxMETODE  METODE PEMBELAJARAN.pptx
METODE METODE PEMBELAJARAN.pptxMeliMeli45
 
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatifModul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatifAldiRahadi
 
Makalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJARMakalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJARSri Wiji Lestari
 
Penggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan Kewarganegaraan
Penggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan KewarganegaraanPenggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan Kewarganegaraan
Penggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan KewarganegaraanSMP Negeri 5 Lahat
 
Contoh proposal ptk dela suryana, s.pd, sma n 13 kerinci
Contoh proposal ptk dela suryana, s.pd, sma n 13 kerinciContoh proposal ptk dela suryana, s.pd, sma n 13 kerinci
Contoh proposal ptk dela suryana, s.pd, sma n 13 kerinciMaryanto Sumringah SMA 9 Tebo
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...Rasit Masrii
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Tugas Media Pembelajaran ppt Video
Tugas Media Pembelajaran ppt VideoTugas Media Pembelajaran ppt Video
Tugas Media Pembelajaran ppt VideoHamzahHafidzunJundil
 
Artikel eman p ps prodi pend. biologi
Artikel eman  p ps prodi pend. biologiArtikel eman  p ps prodi pend. biologi
Artikel eman p ps prodi pend. biologiAmir Uddin
 

Similar to PETA MINDA (20)

Alat berfikir
Alat berfikirAlat berfikir
Alat berfikir
 
Kbat2
Kbat2Kbat2
Kbat2
 
Model Pembelajaran Terpadu
Model Pembelajaran TerpaduModel Pembelajaran Terpadu
Model Pembelajaran Terpadu
 
Web laksmi purnayanti
Web laksmi purnayantiWeb laksmi purnayanti
Web laksmi purnayanti
 
1. bab 1
1. bab 11. bab 1
1. bab 1
 
I think
I thinkI think
I think
 
Tugas individu media pembelajaran
Tugas individu media pembelajaranTugas individu media pembelajaran
Tugas individu media pembelajaran
 
LK 2.1.docx
LK 2.1.docxLK 2.1.docx
LK 2.1.docx
 
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfKEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
 
METODE METODE PEMBELAJARAN.pptx
METODE  METODE PEMBELAJARAN.pptxMETODE  METODE PEMBELAJARAN.pptx
METODE METODE PEMBELAJARAN.pptx
 
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatifModul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
 
Makalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJARMakalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJAR
 
Penggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan Kewarganegaraan
Penggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan KewarganegaraanPenggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan Kewarganegaraan
Penggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan Kewarganegaraan
 
Contoh proposal ptk dela suryana, s.pd, sma n 13 kerinci
Contoh proposal ptk dela suryana, s.pd, sma n 13 kerinciContoh proposal ptk dela suryana, s.pd, sma n 13 kerinci
Contoh proposal ptk dela suryana, s.pd, sma n 13 kerinci
 
i think maps
i think mapsi think maps
i think maps
 
Tugas Otin
Tugas OtinTugas Otin
Tugas Otin
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Tugas Media Pembelajaran ppt Video
Tugas Media Pembelajaran ppt VideoTugas Media Pembelajaran ppt Video
Tugas Media Pembelajaran ppt Video
 
Artikel eman p ps prodi pend. biologi
Artikel eman  p ps prodi pend. biologiArtikel eman  p ps prodi pend. biologi
Artikel eman p ps prodi pend. biologi
 

Recently uploaded

JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 

Recently uploaded (20)

JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 

PETA MINDA

  • 1. KEPENTINGAN PETA MINDA SEBAGAI ALAT BERFIKIR DALAM MENGAMBIL NOTA KULIAH Tee Tze Kiong1, Jailani Bin Md Yunos2, Baharom Bin Mohamad3, Widad Bt. Othman4 dan Yee Mei Heong5 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris, tktee@fsm.upsi.edu.my 2 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, jailani@uthm.edu.my 3 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, baharom@uthm.edu.my 4 Open University Malaysia, widadothman@oum.edu.my 5 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, mhyee@uthm.edu.my Aktiviti berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang (Yee et al., 2009). Kemahiran berfikir pula bergantung kepada kemahiran seseorang individu untuk mengendalikan potensi kecerdasan otaknya. Som dan Mohd Dahalan (1998) pula menerangkan bahawa alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Alat- alat berfikir ini mampu menyampaikan idea seseorang dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Menurut Tee et al. (b) (2009), terdapat beberapa alat berfikir yang lazim digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu soalan dan penyoalan, pengurusan grafik, peta minda dan Cognitive Research Trust (CoRT). Namun begitu, setiap jenis alat berfikir mempunyai fungsi dan kegunaan yang unik. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan. Widad dan Kandar (2006) pula menyatakan bahawa peta minda adalah alat berfikir yang sangat berguna. Artikel ini akan membincangkan konsep alat berfikir yang meliputi jenis dan kegunaan. Selain itu, artikel ini juga turut membicarakan kepentingan penggunaan peta minda dalam mengambil nota secara khusus. Kata kunci: alat berfikir, peta minda 1.0 PENGENALAN Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai “jaring” atau “penjaringan”, merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan. Jikalau dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada 60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia adalah lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya. 2.0 KONSEP ALAT BERFIKIR Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Yang tercakup dalam alat berfikir ini adalah: (i) Soalan dan penyolaan (ii) Pengurusan grafik (iii) CoRT (iv) Peta minda 1
  • 2. Semua pelajar harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk menggunakan pelbagai alat berfikir. Dengan menguasai penggunaan alat berfikir, pelajar dapat menggunakannya bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran, malahan juga dalam situasi harian. Sehubungan dengan perkara ini, guru perlulah mengaplikasikan kemahiran menggunakan alat berfikir ini dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan situasi yang sesuai. Memandangkan guru-guru di sekolah kekurangan masa untuk mengajar atau mendedahkan ilmu pengetahuan tentang alat-alat berfikir ini, maka penggunaan kaedah pembelajaran alternatif seperti penggunaan modul pembelajaran kendiri adalah sangat digalakkan. Dengan ini, alat- alat berfikir yang dicadangkan akan dapat dimanfaatkan oleh pelajar sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mahu pun dalam kehidupan harian (Tee, et al. (a), 2009). 2.1 SOALAN DAN PENYOALAN Soalan adalah alat rangsangan yang sering digunakan untuk memperolehi maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil minat dan menilai kebolehan seseorang tentang sesuatu perkara. Manakala, penyoalan merupakan teknik untuk mengemukakan soalan bagi memenuhi keperluan dan tujuan tertentu. Secara umumnya, lazimnya soalan dan penyoalan digunakan sebagai alat untuk menilai kebolehan, pencapaian dan kemajuan pelajar dalam sesuatu bidang, sama ada dalam bidang kurikulum mahu pun kokurikulum. Bagi tujuan memungkinkan soalan dan penyoalan ini digunakan secara berkesan, maka pelbagai jenis bahan rangsangan perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, tidak semua guru menguasai kemahiran tentang penggunaan alat-alat berfikir sepenuhnya. Maka, guru-guru baru dicadangkan menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza ke atas pelajar, seperti mengesyorkan pelajar-pelajarnya mempelajari kemahiran tentang alat-alat berfikir menerusi modul pembelajaran kendiri. Dengan menggunakan modul pembelajaran kendiri ini, pelajar bukan sahaja dapat mempelajari kemahiran tentang alat-alat berfikir malah guru dapat menjimat masa dari segi penyampainnya melalui pengajaran secara formal di sekolah. Kekurangan alat berfikir soalan dan penyoalan ini adalah ia tidak mempunyai satu format khusus bagi pelajar mencatatkan hasil soal dan penyoalan yang dilakukan untuk disimpan sebagai nota rujukan mahu nota kuliah pada masa kelak. Di samping itu, alat ini memerlukan penguasaan yang baik ke atas teknik penyoalan agar hasilnya adalah berkualiti sedangkan teknik penyoalan ini tidak diajar khusus di sekolah. Hal ini akan merumitkan penggunaan alat berfikir ini dalam kalangan pelajar. Namun begitu, masalah ini dapat ditangani dengan adanya guru yang berpengalaman serta menguasai kemahiran tentang alat-alat berfikir dengan baik. Selain itu, penggunaan modul pembelajaran kendiri ke atas alat-alat berfikir yang berkualiti juga dapat mencapai matlamat yang sama. Modul pembelajaran kendiri ini perlulah dilengkapi dengan soalan-soalan berkualiti yang dibentuk berdasarkan taksonomi yang didasari oleh format penilaian. 2
  • 3. 2.1.1 TUJUAN SOALAN DAN PENYOALAN Antara tujuan soalan dan penyoalan adalah seperti yang berikut: (i) Memperkembangkan proses berfikir secara kreatif dan kritis di mana ia menggalakkan pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. (ii) Mengumpul dan menganalisis maklumat secara berkesan. (iii) Menggalakkan serta meningkatkan penggunaan metakognitif dalam kalangan pelajar di mana ia menekankan konsep “bagaimana” dan bukan “apa”. (iv) Mengulang kaji perkara yang telah dipelajari dengan cepat. (v) Merangsangkan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan suasana yang ceria dalam pengajaran dan pembelajaran. (vi) Menggalakkan pencetusan idea-idea baru dan penggunaan idea-idea yang sedia ada dengan baik. (vii) Mewujudkan suasana untuk perkongsian idea antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. (viii) Menguji dan menilai kebolehan, prestasi dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa oleh guru mahu pun pelajar itu sendiri. (ix) Mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru secara semerta menerusi sesi pengajaran yang kebiasaannya dilakukan semasa pemerhatian oleh guru pembimbing atau penyelia. (x) Mengenal pasti sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai atau tidak pada suatu sesi pengajaran. (xi) Menarik minat dan perhatian pelajar untuk terus kekal dan tekal dalam pembelajaran agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung secara kondusif. (xii) Mewujudkan suasana muhibah dan takrif antara guru dengan pelajar, guru akan seronok mengajar dan pelajar gembira belajar. 2.1.2 JENIS-JENIS SOALAN Secara amnya, kita sering menggunakan soalan berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom (1956). Mengikut Taksonomi Bloom, aras kognitif ini disusun mengikut hierarki daripada peringkat yang paling rendah hingga ke peringkat yang paling tinggi, iaitu berdasarkan aras kognitif pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Tee et al. (a) 2009, aras rendah merangkumi aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi, manakala aras tinggi adalah terdiri daripada aras analisis, sintesis dan penilaian. Berdasarkan aras kognitif inilah kita membina dan mengemukakan soalan kepada pelajar. Sehingga kini, soalan berdasarkan Taksonomi Bloom masih merupakan bentuk soalan yang popular dalam kalangan guru dan pembina atau penggubal soalan di negara kita. Malah, penggunaannya amat ketara apabila dijadikan sebagai faktor utama dalam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Mengikut perkembangan semasa, ada beberapa jenis lagi soalan yang dapat kita gunakan sebagai alternatif untuk membina soalan. Antaranya termasuklah jenis- jenis soalan seperti berikut: (i) Soalan bertumpu dan bercapah (ii) Lingkaran soalan (iii) Soalan kritis (iv) Soalan kreatif 3
  • 4. 2.2 PENGURUSAN GRAFIK Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Secara umumnya, PG ini berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Melalui PG ini, sesuatu idea yang hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Walaupun secara umumnya terdapat lapan jenis pengurusan grafik, tetapi penggunaannya adalah spesifik untuk tujuan tertentu seperti PG membanding beza hanya boleh digunakan khusus untuk menyelesaikan masalah atau disimpan sebagai rujukan bagi tujuan membanding beza suatu perkara. Rumusannya, penggunaan alat berfikir ini adalah terhad bagi suatu tujuan khusus dan fungsinya adalah tidak menyeluruh berbanding fungsi peta minda yang jauh lebih komprehensif khususnya dalam mengambil nota kuliah. 2.2.1 CONTOH-CONTOH PENGURASAN GRAFIK Antara PG adalah seperti berikut: (i) PG membanding dan membezakan (ii) PG membuat kategori (iii) PG meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan (iv) PG menerangkan sebab (v) PG membuat ramalan (vi) PG membuat periksa andaian (vii) PG membuat keputusan (viii) PG menyelesaikan masalah 2.2.2 PENGGUNAAN PENGURSAN GRAFIK PG digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Walau pun PG ini disediakan dengan contoh-contoh tertentu, kita boleh mereka cipta PG sendiri atau mengubah suai PG yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar. Pelajar hendaklah dilatih menggunakan PG bagi setiap kemahiran yang berkaitan. Hal ini demikian kerana PG bukan sahaja dapat membantu mengurus pemikiran mereka dengan berkesan, malah juga dapat memudahkan mereka memahami sesuatu proses pemikiran itu dengan lebih baik. Mungkin apabila mereka telah mahir menggunakan PG ini, maka mereka tidak lagi perlu menggunakannya. Jadi, penggunaan PG adalah berdasarkan objektif-objektif tertentu. 2.3 ALAT CORT (Cognitve Research Trust) Alat CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi (Som dan Mohd Dahalan, 1998). 4
  • 5. Istilah CoRT ini adalah singkatan daripada perkataan “cognitive research trust”. Singkatan ini dicipta oleh Edward de Bono semasa beliau mencubakan alat ini di sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar. Oleh sebab dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi maka Edward de Bono mengamanahkan alat kognitif ini kepada guru-guru supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua alat ini terdiri daripada tujuh alat CoRT yang mempunyai tujuan dan kepentingan-kepentingan tertentu. Hampir sama seperti alat berfikir pengurusan grafik, penggunaan alat berfikir CoRT ini juga terhad bagi suatu tujuan khusus, contohnya alat BLI (baik, lemah, istimewa) hanya boleh digunakan khusus untuk menganalisis suatu benda atau perkara daripada perspektif baik, lemah dan istimewa. Hal ini membuktikkan bahawa penggunaan alat ini adalah tidak menyeluruh dan kurang sesuai digunakan untuk membuat nota bagi sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran. 2.3.1 TUJUAN CORT 1 CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan (Widad dan Kandar, 2006). CoRT 1 terdiri daripada alat-alat yang berikut: PMI = BLI (Plus, Minus, Interesting) (Baik, Lemah, Istimewa) OPV = POL (Other People’s View) (Pandang Orang Lain) CAF = TSF (Consider All Factors) (Timbangkan Semua Faktor) C&S = KMJK Consequence & Sequal) (Kesan Mengikut Kepentingan) FIP = KMK (First Important Priorities) (Keutamaan Mengikut Kepentingan) APC = AKP (Alternatives, Possibles and Choices) (Alternatif, Kemungkinan dan Pilihan) AGO = TMO (Aims, Goal & Objectives) (Tujuan, Matlamat, Objektif) 2.4 PETA MINDA Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini agar 5
  • 6. pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan. Peta minda dapat diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan situasi perniagaan, mencatat nota, sumbangsaran (dalam mana idea-idea dimasukkan ke dalam peta berjejarian dari pusat, di mana pengumpulan dan pengorganisasian dilakukan pada tahap seterusnya), merumuskan, mengulangkaji dan menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagai contoh, seseorang dapat sambil mendengar kuliah dan mencatat nota dengan menggunakan peta minda untuk isi dan kata kunci terpenting. Seseorang juga dapat menggunakan peta minda sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yang kompleks. Peta minda juga digalakkan sebagai suatu kaedah untuk digunakan bersama ketika sesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensil warna. Peta minda dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai ”nota kasar”, sebagai contoh, ketika menghadiri kuliah atau mesyuarat. Peta minda juga dikenali sebagai “Swiss army knife for the brain” adalah satu teknik mengambil nota yang telah diguna oleh lebih daripada 250 juta individu di seluruh dunia. Pada masa yang sama, penggunaan peta minda juga amat luas dalam dunia pendidikan dan perniagaan (Buzan, 2002). Matlamat Buzan adalaah untuk membolehkan “Manual operasi Otak Manusia” dimiliki oleh seramai individu yang mungkin di seluruh dunia. Kejayaan usaha ini kian dicapai menerusi ucaptama, media, penerbitan (lebih daripada 90 tajuk setakat ini), perisian dan pusat-pusat latihan kursus Buzan. Tony Buzan adalah pencipta kepada peta minda, alat berfikir yang paling berkuasa. Pengarah Microsoft iaitu Bill Gates mengenal pasti kepentingan peta minda dalam artikelnya bertajuk “The road ahead – how mind mappers are taking our information democracy to the next stage” ... “ satu generasi perisian peta minda baru mampu diguna sebagai asas templet digital untuk bantu menghubungkait dan mensintesis idea dan data, justeru mencipta pengetahuan baru. Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia mampu membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang. Peta minda mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan korteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logic, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang dengan berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada individu menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasannya. Peta minda boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan pembelajaran dan pemikiran seseorang individu, justeru menggalakkan perkembangan diri. Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua golongan daripada yang sangat muda hingga kepada yang sangat tua di mana mereka ingin menggunakan pemikiran dengan lebih berkesan. 6
  • 7. 2.4.1 TUJUAN Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar: (i) Mencatat nota dengan mudah. (ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya. (iii) Mengingat sesuatu dengan mudah. (iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. 2.4.2 KEGUNAAN DAN KENPENTINGAN PETA MINDA Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana otak berfungsi – di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan adalah dalam bentuk saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu hubung kait dalam otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear. Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah mudah dirujuk. Pada masa yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan ingatan. Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda, kemudian baru merujuk kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang kekaburan. Individu dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Peta minda membenarkan individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan berkesan. Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di bawah: (a) Menghasilkan Nota Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber – buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon. (b) Ingat Kembali Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji. (c) Kreativiti Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru. 7
  • 8. (d) Penyelesaian Masalah Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan – sama ada dalam bidang profesional atau peribadi – peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya. (e) Perancangan Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku. Di samping itu, peta minda juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan persembahan. (f) Pembentangan Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran. (g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. (h) Membuat sinopsis Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi. 2.4.3 PENGGUNAAN PETA MINDA DI SELURUH DUNIA Peta minda digunakan oleh pelbagai golongan seperti pelajar, pendidik, peniaga, jurutera dan lain-lain di seluruh dunia termasuklah Malaysia, Singapura, China, Vietnam, Korea, Japan, England, Ireland, Hong Kong, Mexico, Algeria, Thailand, Indonesia, India, Afrika, Australia, Filipina, Arab Saudi, Bahrain dan lain-lain. Berikut merupakan sebahagian daripada contoh peta minda yang paling praktikal di seluruh dunia. 8
  • 14. 3.0 KESIMPULAN Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar. Pelajar dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan peta minda. Semua nota kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan peta minda. Meneliti kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry (2006) serta Ang dan Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan penggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi keputusan yang lebih baik. 4.0 RUJUKAN Ang, Gek Moi and Ong, Lee Lian (2007). Introducing Mind Map in Comprehension. Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 11-19. Buzan, Tony (2002). How to Mind Map. London: Thorsons. m.s. 65. Buzan, Tony (2003). Mind maps for Kids: The Shortcut to Success at school. London: Thorsons. m.s. 2, 5, 10, 34, 44, 52, 58, 64, 74. Cindy Oh; Hariati Ali; Adeline Enriquez; Ilyana Bte Mohd Anwar; Hazel Lim; Law, Ee Peng; Leong, Pei Ying and Wee, Chiu Mei (2006). Reading With Understanding Through The Use if Mind Maps. Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 5-19. Henry Toi (2009). Research on how Mind Map improves Memory. Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 21-24. http://mindmapkids.multiply.com/photos http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest16017-170716-mind-mapping- map-powerpoint-spcug-mindmappingver2-education-ppt/ http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest16017-170716-mind-mapping- map-powerpoint-spcug-mindmappingver2-education-ppt/ 14
  • 15. http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm Som Hj, Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif. Selangor: Longman. m.s. 304-305, 318-321, 323-324. Tee, Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman dan Yee, Mei Heong (a) (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s. 114-121. Tee, Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman dan Yee, Mei Heong (b) (2009). Penilaian Aras Kemahiran Berfikir Menerusi Ujian SEA, Rubrik Kemahiran Berfikir Dan Rubrik Peta Minda. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s 5-14. Widad Othman dan Kandar Selamat (2006) “Types of Learning” in Module “Teaching Methods in Technical and Vocational Education.” Kuala Lumpur: PD Offset Sdn. Bhd. m.s. 73, 74, 75 Yee, Mei Heong; Lee, Ming Foong; Jailani Bin Md Yunos; Widad Bt. Othman dan Tee, Tze Kiong (2009). Penyebatian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pencetusan Idea Projek Bagi Mata Pelajaran Teknikal. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional 2009 (TVE 2009). 15