SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
1
1.0 Pengenalan
Masyarakat Malaysia amat mementingkan kesantunan dalam segala aspek terutama
sekali dari aspek penggunaan bahasa. Seseorang yang tidak mempunyai kesantunan dalam
berbahasa sebenarnya telah menampilkan akhlak buruk dan sikap tidak berbudi bahasanya
hanya melalui lisannya sahaja. Dengan adanya kesantunan bahasa dan budi bahasa, kita
akan dihormati dan disegani oleh orang ramai kerana ia menunjukkan diri kita yang sangat
mementingkan adab dalam berkata-kata. Beberapa tokoh telah mengemukakan beberapa
pendapat berkenaan apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan bahasa dan disertai
dengan perkaitan budi bahasa masyarakat Malaysia.
2.0 Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia
Menurut Kamus Dewan (2007), budi mempunyai beberapa pengertian. Budi dikaitkan
dengan erti berakal atau sifat baik, perbuatan santun, kebajikan, dan kebijaksanaan. Budi
juga dikaitakan dengan sifat baik, perbuatan baik atau kelakuan baik.
Bahasa pula ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, khususnya medium komunikasi
antara individu dengan individu lain. Dalam konteks ini, bahasa merupakan percakapan
yang baik, tingkah laku yang beradab atau sopan santun.
Budi dan Bahasa ialah dua perkataan yang begitu sinonim yang kerap datang bersama
sehingga lahir perkataan budi bahasa. Budi bahasa ialah unsur penting dalam kehidupan
rakyat Malaysia yang diasaskan daripada tingkah laku dan penggunaan kata-kata yang
dipilih dengan cermat. (Amat Juhari Moain, 2001:286)
Apabila budi digabungkan dengan bahasa, maka lahirlah satu pengertian yang jelas,
iaitu percakapan yang baik yang mengandungi tutur kata sempurna dan menyenangkan,
penuh dengan sifat-sifat menghormati pihak lain, bersopan santun diiringi dengan akhlak
mulia. Slogan berkaitan budi bahasa yang melekat di kepala masyarakat Malaysia sehingga
ke hari ini adalah “budi bahasa, budaya kita” yang menunjukkan budi bahasa merupakan
sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
3.0 Konsep Kesantunan Bahasa
Menurut Nolan (1983:96), kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan
oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni
tanpa menimbulkan sebarang konflik. Berdasarkan pentaksiran makna kesantunan yang
diberikan oleh beberapa pengkaji, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan merupakan
2
penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga air
muka pendengar. Ini bererti bahawa pentakrifan makna kesantunan hanya berfokus pada
penjagaan muka peserta sewaktu berlangsungnya perbualan dengan menggunakan strategi
berbahasa yang mampu mengekalkan keharmonian semasa perbualan.
Konsep bahasa dalam masyarakat melayu begitu penting sehingga dikatakan bahasa
tidak dijual beli dan hilang bahasa maka hilanglah bangsa. Orang melayu juga mengatakan
bahasa menunjukkan bangsa yang menjelaskan bahawa orang Melayu meletakkan bahasa
sebagai suatu perkara utama bagi menggambarkan bangsanya. Peribadi seseorang dapat
dinilai menerusi bahasanya, kalau bahasanya santun dan halus, maka dia dikatakan berbudi
bahasa, sebaliknya kalau bahasa yang digunakan adalah kasar dan tidak menyenangkan
pendengar, maka dia dikatakan kurang ajar.
4.0 Model-Model Kesantunan
Beberapa model kesantunan telah dikemukakan oleh beberapa sarjana luar negara
mahupun sarjana tempatan untuk menganalisis aspek kesantunan.
4.1 Model Kesantunan Lakoff (1975)
Lakoff (1975) mengatakan yang kesantunan ialah perlakuan yang
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Lakoff telah mengemukakan tiga
peraturan yang harus dipatuhi sekiranya mereka yang terlibat dalam sesuatu
perbualan ingin mengekalkan keharmonian perbualan. Antara peraturan tersebut
ialah:
Rajah 1: Peraturan Perbualan Model Kesantunan Lakoff
‘Jangan Memaksa’ merupakan satu peraturan yang digunakan dalam
mengekalkan kesantunan secara formal yang diperlukan untuk mengekalkan jarak
antara pendengar dengan penutur.
Jangan
memaksa
Berikan Pilihan
Jadikan
Pendengar
Selesa
3
Manakala, ‘Berikan Pilihan’ pula merupakan peraturan yang digunakan dalam
situasi yang tidak formal. Cara ini memberi peluang kepada pendengar untuk
membuat pilihan sama ada mahu menerima sebarang permintaan atau menolaknya
dan diberi pilihan untuk berfikir serta bertindak.
Peraturan ketiga iaitu ‘Jadikan Pendengar Selesa’ yang dijangkakan akan
dapat merapatkan hubungan baik antara penutur dengan pendengar. Cara ini akan
menonjolkan perasaan dan sikap positif penutur terhadap pendengar.
Melalui Model ini, saya mendapati bahawa kesantunan yang dikategorikan
kepada tiga peraturan ini berkait rapat dengan budi bahasa. Peraturan pertama yang
menjelaskan ‘jangan memaksa’ dapat diterampilkan apabila seseorang
menggunakan perkataan ‘tolong’ atau ‘bolehkah saya’ dalam awalan ayat yang
menunjukkan budi bahasa dalam perbualan. Manakala, peraturan kedua
menyatakan ‘berikan pilihan’ yang selalu digunakan seperti ‘silalah pilih sayur mana
yang puan ingin beli?’ yang menunjukkan budi bahasa meskipun dalam berniaga.
Peraturan yang ketiga menyatakan ‘jadikan pendengar selesa’ seperti tidak bercerita
isu-isu yang sensetif dan mengguris hati seperti bertanyakan soalan ‘bila nak
kahwin?’.
4.2 Model Perlakuan Politik Verbal Janney dan Arndt (1992)
Janney dan Arndt (1992:22) membahagikan kesantunan kepada dua bentuk,
iaitu kesantunan sosial dan berhemah.
Kesantunan sosial dikatakan berpunca daripada kehendak manusia menjalin
suatu bentuk interaksi yang lancar. Mereka menganggap perlakuan manusia
selalunya berasaskan jangkaan yang boleh melahirkan keselarasan sosial serta
pengekalan komunikasi. Fungsi kesantunan sosial adalah untuk membentuk strategi
perlakuan yang lemah-lembut dan berulang-ulang dalam situasi sosial.
Berhemah pula berpunca daripada kehendak manusia untuk menyelamatkan
muka memandangkan manusia berasa risau sekiranya berlaku sesuatu yang boleh
menyebabkan kehilangan muka (losing face). Konsep face dalam budaya barat
mempunyai peranan semasa, yakni semasa komunikasi sedang berlaku. Dalam
sesuatu interaksi sosial, manusia saling bergantung dan berharap agar mampu
mengekalkan kerjasama dan menyeimbangkan rasa hormat untuk mengekalkan
muka. Berhemah bukan sekadar bertujuan untuk mengelakkan konflik malahan
merupakan perlakuan sosial yang betul yang melibatkan empati kepada orang lain.
Berhemah dalam sesuatu budaya melibatkan perlakuan verbal dan bukan verbal.
Berhemah berfokus pada dua asas kehendak muka, iaitu:
4
Rajah 4: Dua Asas Kehendak Muka Dalam Berhemah
Melalui model ini, saya mendapati bahawa tokoh ini membahagikan
kesantunan kepada dua bentuk yang mana juga berhubung kait dengan aspek budi
bahasa. Bentuk kesantunan pertama iaitu kesantunan sosial menerapkan strategi
perlakuan yang lemah-lembut dan berulang-ulang dalam situasi sosial seperti kerap
mengucapkan ‘terima kasih’ dengan nada suara yang lembut. Bentuk kesantunan
kedua iaitu berhemah yakni menjaga muka iaitu nilai sosial positif ketika dalam
berkomunikasi iaitu bertindak dengan mengelakkan sesuatu keadaan yang
mengancam muka seperti meminta maaf untuk membaiki kesalahan .
4.3 Model Asmah (2000)
Asmah Haji Omar ada menyebut hal tentang Kesantunan Asas dan
Kesantunan Berkendala (2000:91). Kesantunan Asas merupakan merupakan
kesantunan sedia ada yang menjadi pedoman kepada ahli masyarakat dalam
pergaulan untuk berhubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan sikap
berbaik-baik antara mereka seperti penekanan dalam ajaran agama. Manakala
Kesantunan Berkendala merupakan usaha yang dilakukan dalam sesuatu interaksi
dengan menekankan kendala-kendala tertentu, iaitu:
1. Kehendak untuk tidak
dihalang, bebas
memastikan diri tidak
diganggu dan memelihara
hak peribadi
2. Kehendak supaya
diterima, dihargai
atau dihormati oleh
pihak lain
5
Rajah 2: Kendala-Kendala Yang Ditekankan Dalam Interaksi
Kesantunan Berkendala ini menekankan perhatian terhadap peranan sosial pihak yang
terlibat dalam percakapan, latar belakang percakapan, judul percakapan, sebab dan
cara percakapan, serta penyesuaian peraturan pertuturan dengan keadaan itu.
Asmah berpandangan bahawa Kesantunan Asas ada perkaitan dengan didikan awal
yang diterima oleh seseorang manakala Kesantunan Berkendala sebagai strategi yang
merupakan tambahan kepada Kesantunan Asas. Sehubungan itu, beliau merumuskan
bahawa Kesantunan Berkendala ialah kesantunan asas yang diserta degan strategi
komunikasi.
Asmah mengemukakan beberapa strategi komunikasi yang santun dalam
perbincangan (2000:93). Strategi yang dianggap menandai kesantunan melibatkan
faktor-faktor yang berikut:
kendala-kendalayang
ditekankan
Taraf dan peranan orang yang bercakap dengan kita
Di mana dan bagaimana keadaan percakapan itu berlaku
Apa yang dipercakapkan
Mengapa percakapan itu berlaku
Cara percakapan itu disampaikan (bersemuka, telefon, telesidang
dan sebagainya)
6
Rajah 3: Faktor-Faktor Dalam Strategi Yang Menandai Kesantunan
Melalui model Asmah (2000), dapat disimpulkan bahawa beliau membahagikan
kesantunan kepada dua iaitu Kesantunan Asas dan Kesantunan Berkala yang mana juga
berhubung kait dengan aspek budi bahasa. Kesantunan Asas merupakan kesantunan yang
menjadi tuntutan dalam kehidupan seperti yang dijelaskan dalam hadith Nabi SAW iaitu
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik
atau lebih baik diam”, yang mana dalam hadith ini, ia menekankan budi bahasa dalam
pertuturan. Kesantunan Berkendala pula merujuk kepada strategi tambahan seperti taraf
seseorang, sebagai contoh membongkokkan badan ketika melintas dan berbudi bahasa
dengan orang yang lebih tua sebagai tanda hormat selaku orang yang lebih muda.
5.0 Rumusan
Intipatinya, masyarakat Malaysia mulai sedar akan kepentingan kesantunan
berbahasa dan berbudi bahasa yang menjadi satu simbol peradapan dalam berkomunikasi.
Tokoh-tokoh memberikan pendapat-pendapat mereka berkenaan kesantunan berbahasa
yang berasaskan budi bahasa dan kesemuanya menjelaskan makna yang seiring iaitu
berkaitan keharmonian dalam bersosial melalui lisan. Setiap manusia perlu menunjukkan
kesantunan bukan sekadar dari aspek bertutur tetapi dari apa jua yang kita lakukan sehari-
harian, dari kita bangun tidur hingga kita kembali tidur semula dan itu kesemuanya
memerlukan kesantunan.
Faktor-faktordalamstrategi
yangmenandaikesantunan
Pengakuan adanya perkaitan peranan
antara peserta yang terlibat dalam
rundingan
Kesedaran terhadap perbezaan taraf
sosial di kalangan peserta
Kesedaran akan kuasa yang ada pada
sesuatu peranan
Menjaga air muka
Kepatuhan pada tajuk dan peraturan
rundingan
7
Rujukan
Asmah Haji Omar(2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr.Nazariyah Sani.Husin Fateh Din. (2015). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Kuala
Lumpur.Sasbadi Sdn.Bhd.
Faridah Abdullah. (2016). Kesantunan Berbahasa. Diakses pada Julai 28, 2019 daripada
https://www.slideshare.net/mobile/FaridahAbdullah/kesantunan-berbahasa-1
Indirawati Zahid.Arina Johari. (2018). Kesantunan Melayu: Analisis Konteks Perbualan
Dalam Rancangan Bual Bicara. Diakses pada Ogos 5, 2019 daripada
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00001253_165690_79007.pdf
Kamus Dewan Bahasa.(2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lakoff. (1975). Takrifan Kesantunan Daripada Tokoh-tokoh Dunia. Diakses pada Ogos 5,
2019 daripada https://kesantunanipgktik02.wordpress.com/2015/08/24/kesantunan-
berbahasa-minggu-4-takrifan-kesantunan-daripada-tokoh-tokoh-dunia/
Noriati A. Rashid. (2007). Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan Edisi Kedua
Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn.Bhd.
Worawit Baru@Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu Tradisi Dan Kesinambungan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxMok Ming yan
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfMaizatul Mansor
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasanuar nani
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayakkhairul azlan taib
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Mok Ming yan
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAvhieyna Andhrew
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturSYIZIDAM BNK
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)Maria Sofea
 

What's hot (20)

Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasa
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
 

Similar to ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat MalaysiaKonsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat MalaysiaDemolish Wolf
 
Jenis-jenis Wacana Lisan.ppt
Jenis-jenis Wacana Lisan.pptJenis-jenis Wacana Lisan.ppt
Jenis-jenis Wacana Lisan.pptAnibintiMisran
 
BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJU
BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJUBAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJU
BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJUMahizatulAsmaMakhtar
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahThavasri Chandiran
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatanatthea
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuSyed Shafiq Syed Zaini
 
Rancangan pengajaran harian minggu 6
Rancangan pengajaran harian minggu 6Rancangan pengajaran harian minggu 6
Rancangan pengajaran harian minggu 6Amir Adri
 
Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Elle Irys
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatikIera Nafiesa
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Norhayati Muhamad
 
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAINHUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAINzatul ayuni
 

Similar to ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA (20)

Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat MalaysiaKonsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
 
Kesantunan bahasa
Kesantunan bahasaKesantunan bahasa
Kesantunan bahasa
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Jenis-jenis Wacana Lisan.ppt
Jenis-jenis Wacana Lisan.pptJenis-jenis Wacana Lisan.ppt
Jenis-jenis Wacana Lisan.ppt
 
BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJU
BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJUBAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJU
BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJU
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatan
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
 
Konsep
KonsepKonsep
Konsep
 
Ke Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa MelayuKe Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa Melayu
 
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
 
Rancangan pengajaran harian minggu 6
Rancangan pengajaran harian minggu 6Rancangan pengajaran harian minggu 6
Rancangan pengajaran harian minggu 6
 
Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatik
 
Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAINHUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
 

More from Rasit Masrii

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...Rasit Masrii
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANRasit Masrii
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...Rasit Masrii
 
Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Rasit Masrii
 
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanRasit Masrii
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuRasit Masrii
 

More from Rasit Masrii (8)

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
 
Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel Konflik Palestin-Israel
Konflik Palestin-Israel
 
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (8)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Masyarakat Malaysia amat mementingkan kesantunan dalam segala aspek terutama sekali dari aspek penggunaan bahasa. Seseorang yang tidak mempunyai kesantunan dalam berbahasa sebenarnya telah menampilkan akhlak buruk dan sikap tidak berbudi bahasanya hanya melalui lisannya sahaja. Dengan adanya kesantunan bahasa dan budi bahasa, kita akan dihormati dan disegani oleh orang ramai kerana ia menunjukkan diri kita yang sangat mementingkan adab dalam berkata-kata. Beberapa tokoh telah mengemukakan beberapa pendapat berkenaan apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan bahasa dan disertai dengan perkaitan budi bahasa masyarakat Malaysia. 2.0 Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia Menurut Kamus Dewan (2007), budi mempunyai beberapa pengertian. Budi dikaitkan dengan erti berakal atau sifat baik, perbuatan santun, kebajikan, dan kebijaksanaan. Budi juga dikaitakan dengan sifat baik, perbuatan baik atau kelakuan baik. Bahasa pula ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, khususnya medium komunikasi antara individu dengan individu lain. Dalam konteks ini, bahasa merupakan percakapan yang baik, tingkah laku yang beradab atau sopan santun. Budi dan Bahasa ialah dua perkataan yang begitu sinonim yang kerap datang bersama sehingga lahir perkataan budi bahasa. Budi bahasa ialah unsur penting dalam kehidupan rakyat Malaysia yang diasaskan daripada tingkah laku dan penggunaan kata-kata yang dipilih dengan cermat. (Amat Juhari Moain, 2001:286) Apabila budi digabungkan dengan bahasa, maka lahirlah satu pengertian yang jelas, iaitu percakapan yang baik yang mengandungi tutur kata sempurna dan menyenangkan, penuh dengan sifat-sifat menghormati pihak lain, bersopan santun diiringi dengan akhlak mulia. Slogan berkaitan budi bahasa yang melekat di kepala masyarakat Malaysia sehingga ke hari ini adalah “budi bahasa, budaya kita” yang menunjukkan budi bahasa merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 3.0 Konsep Kesantunan Bahasa Menurut Nolan (1983:96), kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Berdasarkan pentaksiran makna kesantunan yang diberikan oleh beberapa pengkaji, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan merupakan
  • 2. 2 penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Ini bererti bahawa pentakrifan makna kesantunan hanya berfokus pada penjagaan muka peserta sewaktu berlangsungnya perbualan dengan menggunakan strategi berbahasa yang mampu mengekalkan keharmonian semasa perbualan. Konsep bahasa dalam masyarakat melayu begitu penting sehingga dikatakan bahasa tidak dijual beli dan hilang bahasa maka hilanglah bangsa. Orang melayu juga mengatakan bahasa menunjukkan bangsa yang menjelaskan bahawa orang Melayu meletakkan bahasa sebagai suatu perkara utama bagi menggambarkan bangsanya. Peribadi seseorang dapat dinilai menerusi bahasanya, kalau bahasanya santun dan halus, maka dia dikatakan berbudi bahasa, sebaliknya kalau bahasa yang digunakan adalah kasar dan tidak menyenangkan pendengar, maka dia dikatakan kurang ajar. 4.0 Model-Model Kesantunan Beberapa model kesantunan telah dikemukakan oleh beberapa sarjana luar negara mahupun sarjana tempatan untuk menganalisis aspek kesantunan. 4.1 Model Kesantunan Lakoff (1975) Lakoff (1975) mengatakan yang kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Lakoff telah mengemukakan tiga peraturan yang harus dipatuhi sekiranya mereka yang terlibat dalam sesuatu perbualan ingin mengekalkan keharmonian perbualan. Antara peraturan tersebut ialah: Rajah 1: Peraturan Perbualan Model Kesantunan Lakoff ‘Jangan Memaksa’ merupakan satu peraturan yang digunakan dalam mengekalkan kesantunan secara formal yang diperlukan untuk mengekalkan jarak antara pendengar dengan penutur. Jangan memaksa Berikan Pilihan Jadikan Pendengar Selesa
  • 3. 3 Manakala, ‘Berikan Pilihan’ pula merupakan peraturan yang digunakan dalam situasi yang tidak formal. Cara ini memberi peluang kepada pendengar untuk membuat pilihan sama ada mahu menerima sebarang permintaan atau menolaknya dan diberi pilihan untuk berfikir serta bertindak. Peraturan ketiga iaitu ‘Jadikan Pendengar Selesa’ yang dijangkakan akan dapat merapatkan hubungan baik antara penutur dengan pendengar. Cara ini akan menonjolkan perasaan dan sikap positif penutur terhadap pendengar. Melalui Model ini, saya mendapati bahawa kesantunan yang dikategorikan kepada tiga peraturan ini berkait rapat dengan budi bahasa. Peraturan pertama yang menjelaskan ‘jangan memaksa’ dapat diterampilkan apabila seseorang menggunakan perkataan ‘tolong’ atau ‘bolehkah saya’ dalam awalan ayat yang menunjukkan budi bahasa dalam perbualan. Manakala, peraturan kedua menyatakan ‘berikan pilihan’ yang selalu digunakan seperti ‘silalah pilih sayur mana yang puan ingin beli?’ yang menunjukkan budi bahasa meskipun dalam berniaga. Peraturan yang ketiga menyatakan ‘jadikan pendengar selesa’ seperti tidak bercerita isu-isu yang sensetif dan mengguris hati seperti bertanyakan soalan ‘bila nak kahwin?’. 4.2 Model Perlakuan Politik Verbal Janney dan Arndt (1992) Janney dan Arndt (1992:22) membahagikan kesantunan kepada dua bentuk, iaitu kesantunan sosial dan berhemah. Kesantunan sosial dikatakan berpunca daripada kehendak manusia menjalin suatu bentuk interaksi yang lancar. Mereka menganggap perlakuan manusia selalunya berasaskan jangkaan yang boleh melahirkan keselarasan sosial serta pengekalan komunikasi. Fungsi kesantunan sosial adalah untuk membentuk strategi perlakuan yang lemah-lembut dan berulang-ulang dalam situasi sosial. Berhemah pula berpunca daripada kehendak manusia untuk menyelamatkan muka memandangkan manusia berasa risau sekiranya berlaku sesuatu yang boleh menyebabkan kehilangan muka (losing face). Konsep face dalam budaya barat mempunyai peranan semasa, yakni semasa komunikasi sedang berlaku. Dalam sesuatu interaksi sosial, manusia saling bergantung dan berharap agar mampu mengekalkan kerjasama dan menyeimbangkan rasa hormat untuk mengekalkan muka. Berhemah bukan sekadar bertujuan untuk mengelakkan konflik malahan merupakan perlakuan sosial yang betul yang melibatkan empati kepada orang lain. Berhemah dalam sesuatu budaya melibatkan perlakuan verbal dan bukan verbal. Berhemah berfokus pada dua asas kehendak muka, iaitu:
  • 4. 4 Rajah 4: Dua Asas Kehendak Muka Dalam Berhemah Melalui model ini, saya mendapati bahawa tokoh ini membahagikan kesantunan kepada dua bentuk yang mana juga berhubung kait dengan aspek budi bahasa. Bentuk kesantunan pertama iaitu kesantunan sosial menerapkan strategi perlakuan yang lemah-lembut dan berulang-ulang dalam situasi sosial seperti kerap mengucapkan ‘terima kasih’ dengan nada suara yang lembut. Bentuk kesantunan kedua iaitu berhemah yakni menjaga muka iaitu nilai sosial positif ketika dalam berkomunikasi iaitu bertindak dengan mengelakkan sesuatu keadaan yang mengancam muka seperti meminta maaf untuk membaiki kesalahan . 4.3 Model Asmah (2000) Asmah Haji Omar ada menyebut hal tentang Kesantunan Asas dan Kesantunan Berkendala (2000:91). Kesantunan Asas merupakan merupakan kesantunan sedia ada yang menjadi pedoman kepada ahli masyarakat dalam pergaulan untuk berhubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan sikap berbaik-baik antara mereka seperti penekanan dalam ajaran agama. Manakala Kesantunan Berkendala merupakan usaha yang dilakukan dalam sesuatu interaksi dengan menekankan kendala-kendala tertentu, iaitu: 1. Kehendak untuk tidak dihalang, bebas memastikan diri tidak diganggu dan memelihara hak peribadi 2. Kehendak supaya diterima, dihargai atau dihormati oleh pihak lain
  • 5. 5 Rajah 2: Kendala-Kendala Yang Ditekankan Dalam Interaksi Kesantunan Berkendala ini menekankan perhatian terhadap peranan sosial pihak yang terlibat dalam percakapan, latar belakang percakapan, judul percakapan, sebab dan cara percakapan, serta penyesuaian peraturan pertuturan dengan keadaan itu. Asmah berpandangan bahawa Kesantunan Asas ada perkaitan dengan didikan awal yang diterima oleh seseorang manakala Kesantunan Berkendala sebagai strategi yang merupakan tambahan kepada Kesantunan Asas. Sehubungan itu, beliau merumuskan bahawa Kesantunan Berkendala ialah kesantunan asas yang diserta degan strategi komunikasi. Asmah mengemukakan beberapa strategi komunikasi yang santun dalam perbincangan (2000:93). Strategi yang dianggap menandai kesantunan melibatkan faktor-faktor yang berikut: kendala-kendalayang ditekankan Taraf dan peranan orang yang bercakap dengan kita Di mana dan bagaimana keadaan percakapan itu berlaku Apa yang dipercakapkan Mengapa percakapan itu berlaku Cara percakapan itu disampaikan (bersemuka, telefon, telesidang dan sebagainya)
  • 6. 6 Rajah 3: Faktor-Faktor Dalam Strategi Yang Menandai Kesantunan Melalui model Asmah (2000), dapat disimpulkan bahawa beliau membahagikan kesantunan kepada dua iaitu Kesantunan Asas dan Kesantunan Berkala yang mana juga berhubung kait dengan aspek budi bahasa. Kesantunan Asas merupakan kesantunan yang menjadi tuntutan dalam kehidupan seperti yang dijelaskan dalam hadith Nabi SAW iaitu “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam”, yang mana dalam hadith ini, ia menekankan budi bahasa dalam pertuturan. Kesantunan Berkendala pula merujuk kepada strategi tambahan seperti taraf seseorang, sebagai contoh membongkokkan badan ketika melintas dan berbudi bahasa dengan orang yang lebih tua sebagai tanda hormat selaku orang yang lebih muda. 5.0 Rumusan Intipatinya, masyarakat Malaysia mulai sedar akan kepentingan kesantunan berbahasa dan berbudi bahasa yang menjadi satu simbol peradapan dalam berkomunikasi. Tokoh-tokoh memberikan pendapat-pendapat mereka berkenaan kesantunan berbahasa yang berasaskan budi bahasa dan kesemuanya menjelaskan makna yang seiring iaitu berkaitan keharmonian dalam bersosial melalui lisan. Setiap manusia perlu menunjukkan kesantunan bukan sekadar dari aspek bertutur tetapi dari apa jua yang kita lakukan sehari- harian, dari kita bangun tidur hingga kita kembali tidur semula dan itu kesemuanya memerlukan kesantunan. Faktor-faktordalamstrategi yangmenandaikesantunan Pengakuan adanya perkaitan peranan antara peserta yang terlibat dalam rundingan Kesedaran terhadap perbezaan taraf sosial di kalangan peserta Kesedaran akan kuasa yang ada pada sesuatu peranan Menjaga air muka Kepatuhan pada tajuk dan peraturan rundingan
  • 7. 7 Rujukan Asmah Haji Omar(2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr.Nazariyah Sani.Husin Fateh Din. (2015). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur.Sasbadi Sdn.Bhd. Faridah Abdullah. (2016). Kesantunan Berbahasa. Diakses pada Julai 28, 2019 daripada https://www.slideshare.net/mobile/FaridahAbdullah/kesantunan-berbahasa-1 Indirawati Zahid.Arina Johari. (2018). Kesantunan Melayu: Analisis Konteks Perbualan Dalam Rancangan Bual Bicara. Diakses pada Ogos 5, 2019 daripada https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00001253_165690_79007.pdf Kamus Dewan Bahasa.(2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lakoff. (1975). Takrifan Kesantunan Daripada Tokoh-tokoh Dunia. Diakses pada Ogos 5, 2019 daripada https://kesantunanipgktik02.wordpress.com/2015/08/24/kesantunan- berbahasa-minggu-4-takrifan-kesantunan-daripada-tokoh-tokoh-dunia/ Noriati A. Rashid. (2007). Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan Edisi Kedua Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn.Bhd. Worawit Baru@Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu Tradisi Dan Kesinambungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.