SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
1
1.0 Pengenalan
Pelbagai isu konflik dunia semasa berlaku dalam dunia hari ini dan salah satu
daripadanya adalah konflik yang berlaku di timur tengah iaitu konflik Palestin-Israel yang
tidak berkesudahan sehingga ke hari ini. Negara Palestin amat terkesan sehingga ianya
mendatangkan implikasi negatif khususnya dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Konflik
antara dua negara ini telah menyebabkan negara lain seperti negara kita Malaysia juga turut
menerima kesan terutamanya dari aspek pendidikan.
2.0 Konflik Palestin-Israel
Gambar 1: Bendera Negara Palestin dan Israel
Konflik yang berlaku di Palestin di antara Arab dan Israel telah berlarutan sejak sekian
lama. Jika dikira dari tarikh rasmi penubuhan negara Israel pada 15 Mei 1948, kita akan
dapati bahawa konflik tersebut sudah berlansung selama lebih 6 dekad. Manakala jika
ditinjau dari aspek sejarah Palestin moden, ia telah jatuh ke tangan pihak British semenjak
tahun 1917. Hal Ini berlaku ketika pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah telah dikalahkan
oleh tentera British di bawah pimpinan General Allenby. Selepas kira-kira 3 tahun, pihak
League of Nations–Liga Bangsa-bangsa (sebelum ditukar menjadi United Nations–Bangsa-
bangsa Bersatu), telah memberi mandat kepada pihak British untuk mentadbir Palestin.
Ketika itu, Palestin secara rasmi diletakkan di bawah pentadbiran pihak British yang
juga dikenali sebagai ‘British Mandate’. Didapati bahawa para sarjana hampir bersepakat
mengatakan bibit-bibit kejatuhan Palestin itu bermula sejak akhir abad ke 19 Masihi yang
disebabkan oleh kelemahan pemerintahan kerjaan Turki Uthmaniyyah. Ia turut ditambah
dengan kewujudan agenda zionis selepas Pertubuhan Zionis Dunia (World Zionist
Organization) ditubuhkan dengan rasmi pada tahun 1897. Umat Islam di Palestin tidak
berdiam diri ketika negara mereka di bawah pemerintahan British. Ia seakan bentuk
2
penjajahan yang berlaku ke atas negara mereka, sepertimana juga boleh digambarkan
dengan apa yang berlaku di Tanah Melayu.
Di Palestin, para penduduk mereka termasuk para ulama’ terus berjuang untuk
mencari keadilan dan membebaskan negara mereka dari cengkaman pihak luar. Nama-
nama seperti Haji Husaini, Mufti Palestin, terkenal dengan sikap yang ditunjukkan beliau
dalam menentang dasar-dasar pihak penjajah yang mula berlembut dengan golongan
Yahudi dan membawa golongan ini masuk ke Palestin. Ini adalah sebahagian dari usaha
pihak Zionis untuk menyelamatkan golongan Yahudi yang ditindas di Eropah, lebih-lebih lagi
di Eropah Timur. Usaha golongan Yahudi ini sebenarnya didalangi oleh Pertubuhan Zionis,
satu kumpulan yang ditubuhkan pada asalnya untuk membela golongan Yahudi. Namun,
oleh kerana ia dipimpin oleh golongan sekular, maka sebahagian mereka ingin menubuhkan
sebuah negara. Ini juga terkandung di dalam dokumen yang dikenali sebagai ‘Judenstat’
atau ‘The State of Israel’. Dokumen tersebut merupakan hasil daripada pemimpin pertama
Pertubuhan Zionis, iaitu Theodor Herzl. Dokumen ini telah menjadi bahan utama dalam
mereka mencari jalan untuk menubuhkan sebuah negara bagi golongan Yahudi.
2.1 Agenda Zionis dalam Menakluk Palestin
Gambar 2: Tentera Zionis Mencuba untuk Mengusir Penduduk Palestin
Hasrat Zionis berjaya dikembangkan selepas kerajaan Islam Turki Uthmaniyah lemah
dan tidak dapat mempertahankan tanah penduduk Islam. Walaupun Sultan Abdul Hamid II
tidak membenarkan permintaan untuk mewujudkan negara Israel di Palestin, tetapi beliau
tidak dapat menghalang perkara ini kerana lobi zionis cukup kuat di England. Lobi zionis
diketuai oleh Dr C Wheizmann, iaitu penggerak Gerakan Zionis British dan merupakan
Ketua Perunding Zionis (Chief Zionist Negotiator) untuk mendapatkan sokongan dari Britain.
3
Pihak Pertubuhan Zionis mempunyai agenda tersendiri untuk mewujudkan sebuah
negara bagi bangsa Yahudi di Palestin yang disokong oleh undang-undang awam (public
law). Ini dapat dilihat melalui perancangan Zionis untuk mencapai agenda utama ini dengan
penumpuan kepada 4 perkara:
1. Melakukan promosi, mengikut kesesuaian, tentang penjajahan Palestin
melalui sistem pertanian Yahudi dan pekerja industri.
2. Mewujudkan organisasi dan kerjasama dengan seluruh jentera Yahudi
dengan cara menguasai institusi, tempatan atau antarabangsa dengan
mengikut undang-undang setiap negara.
3. Menguatkan dan meningkatkan kesedaran serta sentimen kebangsaan
Yahudi.
4. Melakukan persediaan untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan, jika
perlu, untuk menjalankan tujuan serta agenda Zionis.
Jika diperhatikan dengan teliti ketetapan di atas yang dipersetujui oleh Zionis, maka
akan difahami bahawa Zionis merancang secara rapi untuk menjayakan agenda utama
mereka dengan cara melobi untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap mereka. Strategi
yang digunakan dengan bekerja berdasarkan undang-undang sesuatu negara juga
menunjukkan betapa teliti pergerakan mereka sehingga tidak mahu dilihat sebagai
penentang kepada sesebuah negara. Apabila ini dapat dijayakan, maka negara-negara
yang ada di dunia akan melahirkan simpati terhadap golongan Yahudi. Disebabkan oleh
kebolehan mereka untuk melobi ini telah menyebabkan simpati kuasa besar pada ketika itu
iaitu Britain untuk menyokong penubuhan sebuah negara untuk orang Yahudi di Palestin. Ini
dapat dilihat melalui Deklarasi Balfour yang dikeluarkan pada 2 November 1917.
Deklarasi ini telah menyebut bahawa kerajaan Britain menyokong penuh penubuhan
negara untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ia juga menunjukkan betapa pihak Britain akan
memastikan bersungguh-sungguh supaya negara itu wujud, walaupun hakikatnya
masyarakat yang menduduki tanah Palestin itu adalah hampir keseluruhannya Arab,
majoritinya di kalangan Muslim dan sebahagian hampir keseluruhannya Arab, majoritinya di
kalangan Muslim dan sebahagian Kristian. Secara tidak lansung, pihak Zionis telah
mendapat sokongan padu bagi menjayakan agenda utama mereka. Ketika itulah mereka
terus mempergiat usaha untuk menawarkan kepada golongan Yahudi di Eropah terutama
mereka yang berada di Eropah Timur untuk berhijrah ‘pulang’ ke Palestin. Golongan Yahudi
di Eropah Timur sememangnya memerlukan pembelaan kerana mereka telah ditindas sejak
sekian lama. Mereka adalah golongan yang tidak mendapat tempat, malah mereka amat
4
bimbang untuk mengaku sebagai Yahudi kerana mereka akan dihalau, dipaksa dan
sebagainya. Sebab itulah wujudnya istilah anti-semitism, di mana ia sebenarnya berlaku di
Eropah. Ini jelas dapat dilihat apabila Achcar ada menyatakan “previous waves of anti-
Semitism were at their peak when you had Jewish immigration from Eastern Europe – that’s
a well-known historical fact.”
Sebenarnya Yahudi telah mendapat pembelaan semenjak Islam mentadbir Palestin.
Saidina Umar telah membenarkan golongan Yahudi untuk berkongsi kesucian Bayt al-
Maqdis setelah mereka dihalang semenjak tahun 135 Masihi untuk memasuki kota tersebut
oleh Roman Byzantine. Pada ketika ini, penentangan orang Islam ke atas Israel bukan
kerana mereka Yahudi tetapi disebabkan oleh mereka merampas tanah orang Palestin
untuk mendirikan negara mereka.
Peluang Zionis untuk membina negara bagi golongan Yahudi di Palestin terbuka luas
kerana ketika Deklarasi Balfour dikeluarkan, Palestin sudah berada di bawah penjajahan
British. Hal Ini berlaku selepas pasukan tentera Islam di bawah kerajaan Turki Uthmaniyyah
gagal untuk bertahan sehingga tewas dan terpaksa menyerahkan wilayah penuh sejarah itu
kepada pihak lawan. Banyak cara yang digunakan oleh Zionis untuk memungkinkan mereka
mencapai hasrat mewujudkan sebuah negara. Mereka menghalau penduduk Palestin ntuk
keluar dari kampung-kampung mereka, mencetuskan ketidakstabilan, menyerang
masyarakat kampung dan sebagainya. Mereka didorong melakukan apa saja kerana
mereka telah mendapat sokongan kuasa dunia. Jadi, tidak ada apa yang ditakutkan ketika
mereka melakukan keganasan terhadap penduduk-penduduk Palestin.
2.2 Semangat Deklarasi Balfour
Gambar 3: Poster ‘The Balfour Declaration’
5
Dr. Wheizmann pada mulanya kecewa dengan deklarasi tersebut, kerana ia tidak
tegas dan tiada jaminan jelas berkenaan negara Israel akan diwujudkan. Perkataan 'view
with favour' itu tidak cukup kuat menjamin negara Israel mesti diwujudkan. Oleh sebab itu
Dr. Wheizmann meluahkan kekecewaannya dan menyatakan deklarasi itu sebagai “a painful
recession from what the Government itself was prepared to offer”.
Menurut Cattan, tuntutan Zionis untuk mewujudkan sebuah negara bagi orang-orang
Yahudi dengan mengatakan bahawa orang Yahudi mempunyai hubungan sejarah lama di
Palestin itu sebenarnya tiada asas dalam perundangan, juga tiada asas yang nyata. Beliau
menegaskan bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, sudah jelas dan nyata
berkenaan kaedah untuk mendapatkan sesuatu tanah atau daerah dan mengaitkan dengan
sejarah lama tidak termasuk dalam kaedah itu.
O’Connell pula turut menegaskan bahawa istilah historic right atau historic title
digunakan dalam undang-undang antarabangsa untuk merujuk kepada permohonan
mendapatkan hak kawasan (territory) yang berkaitan dengan perairan (maritime). Jelas di
sini bahawa berdasarkan undang-undang antarabangsa, tidak ada sebuah negara pun
boleh ditubuhkan atas alasan dia mempunyai kaitan sejarah semata-mata. Maka, Israel
tidak boleh menggunakan hujah ini, lantas cara terbaik yang mereka lakukan ialah dengan
merampas, menduduki dan menghalau penduduk Palestin dari tanah air mereka. Dalam erti
kata lain, Israel telah menggunakan keganasan, sehingga sanggup membunuh Penduduk
Palestin yang tidak bersalah seperti dalam peristiwa Deir Yasin pada tahun 1948.
Bagi Cattan, sebenarnya Deklarasi Balfour itu tidak mempunyai maksud untuk
memberikan hak dan kekuatan politik (political sovereignty) kepada Yahudi di Palestin.
Beliau menanggapi bahawa ini dapat dilihat dari reaksi British sendiri yang telah
mengeluarkan kenyataan pada tahun 1922, yang meminta supaya Deklarasi pada tahun
1917 itu “tidak sepatutnya menimbulkan sebarang kemarahan di kalangan rakyat Palestin,
kerana ia tidak bermaksud untuk menghapuskan populasi masyarakat Arab di sana”.
kenyataan yang dikeluarkan oleh British itu sudah memadai untuk menunjukkan bahawa
British sudah lunak dan menyebelahi golongan Zionis Yahudi. Kenyataan pada tahun 1922
itu hanya sekadar lontaran untuk meredakan kemarahan masyarakat Arab Palestin sahaja.
Walau apapun yang dijadikan alasan oleh pihak British, lihatlah kesannya setelah 31 tahun
Deklarasi Balfour itu diumumkan, Israel sudah dapat menubuhkan sebuah negara disebalik
kesengsaraan rakyat Palestin.
Inilah yang digambarkan oleh Cattan dengan ungkapan walaupun Deklarasi Balfour itu
dikatakan tidak mempunyai visi yang kuat untuk menubuhkan negara Israel, tetapi ia telah
6
memberi kekuatan kepada Gerakan Zionis untuk terus melobi kuasa besar dunia demi satu
tujuan, iaitu untuk mewujudkan sebuah negara khusus kaum Yahudi, walaupun ditentang
hebat oleh masyarakat Arab Palestin dan umat Islam amnya. Lebih malang lagi bagi Arab
Palestin, apabila pengiystiharan negara Israel dilakukan pada 15 Mei 1948, disokong oleh
Perhimpunan Agung PBB yang secara rasmi mewujudkan sebuah negara “to be called
Medinath Yisrael (The State of Israel)”.
2.3 Keganasan Yahudi sebelum Kewujudan Negara Israel – Kes Deir Yasin
Gambar 4: Mangsa Kematian Rakyat Palestin Semasa Kes Deir Yasin
Peristiwa yang tidak boleh dilupakan ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan
oleh pasukan tentera Yahudi dikenali sebagai Irgun Zai Leumi pada 9 April 1948 ke atas
penduduk Deir Yasin. Kawasan ini sebelumnya adalah sebuah perkampungan sederhana,
aman damai, terletak di sebelah barat Jerusalem dengan jarak kira-kira 1 batu setengah dari
bandar tersebut dan perkampungan ini termasuk di dalam zon yang dikenali sebagai Corpus
Separatum. Satu kenyataan yang boleh dipercayai tentang peristiwa berdarah dan
pembunuhan kejam ini, datang daripada Jacques de Reyneir, Ketua Delegasi Persatuan
Palang Merah Antarabangsa, di mana beliau mengambil risiko sendiri untuk pergi melihat
dan menyaksikan sendiri kesan daripada tragedi tersebut. Beliau menyatakan dengan jelas
bahawa 300 orang telah dibunuh dengan kejam. Tanpa sebarang sebab dari segi
ketenteraan atau apa jua provokasi, masyarakat Arab-Palestin termasuk orang tua lelaki,
wanita, kayak-kanak, bayi baru lahir, semuanya dibunuh dengan bom dan pisau dengan
begitu kejam oleh pasukan tentera Yahudi, Irgun, dengan arahan secara jelas oleh ketua
ketua mereka.
7
Kekejaman mereka ditambah dengan sikap brutal yang dahsyat. Bagi tujuan
mendapatkan kesan yang lebih hebat dan memberi tekanan psikologi kepada masyarakat
Arab-Palestin, tentera Irgun telah mengambil mangsa-mangsa yang terselamat dari
pembunuhan beramai-ramai itu dan memasukkan mereka ke atas trak-trak mereka. Ini
termasuk sebahagian darinya adalah wanita, di bawa berarak ke bandar dan dipamerkan di
jalan-jalan sekitar Jerusalem sebagai tanda kemenangan mereka dan hadiah ke atas
kejayaan dari segi ketenteraan juga. Pada malam yang sama, ketua-ketua teroris Yahudi
yang telah merancang pembunuhan dan pembersihan etnik ini telah mengadakan sidang
akhbar bagi menyatakan hasrat mereka untuk terus mengawal serta menguasai rantau
tersebut. Jumlah mangsa dikalangan masyarakat Arab-Palestin yang kehilangan tempat
tinggal disebabkan kezaliman, keganasan dan pembuangan daerah oleh tentera Yahudi ini
tidak dapat ditentukan dengan sahih kerana tiada data dan tiada bancian yang dibuat ke
atas pelarian, begitu juga tiada jumlah yang diperolehi berdasarkan tempat kelahiran atau
tempat asal mereka. Namun, sebilangan besar pelarian dari Jerusalem itu datang dari
penempatan masyarakat Arab di Jerusalem moden, yang mana penempatan itu telah
dikuasai oleh tentera Israel. Keseluruhan penempatan Arab ini telah dikosongkan dan
pendudukan asal di penempatan tersebut dipaksa keluar.
3.0 Implikasi Konflik Palestin-Israel
3.1 Aspek Politik
Gambar 5: Penguasaan Israel Terhadap Tanah Palestin dari 1947 Sehingga 2005
8
Kesan politik akibat konflik Palestin-Israel telah menyebabkan peperangan
tercetus antara orang Arab Palestin dan orang Yahudi. Peristiwa tersebut bermula
disebabkan pengundian bagi pembahagian palestin yang dijalankan pada 29
November 1947. Orang Yahudi menerima pengiktirafan antarabangsa penubuhan
sebuah negara orang Yahudi tetapi orang Palestin membantah sekeras-kerasnya.
Peperangan berlaku selama 6 hari pada 1967 yang melibatkan wilayah Syria,
Lubnan, Jordan dan sekitarnya menentang zionis dari berleluasa dalam negara
mereka.
Seperti Palestin, Malaysia juga telah mengalami beberapa siri penjajahan oleh
pelbagai kuasa penjajah seperti Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan British. Kedah
pernah diserang dan dijajah oleh Siam diantara tahun 1821-1842 yang
mengakibatkan Kedah kehilangan banyak wilayahnya seperti wilayah Satun yang kini
menjadi milik Thailand. Pattani juga mengalami nasib yang sama dimana walaupun
pernah menjadi sebuah kesultanan Melayu yang berdaulat, penjajahan Siam pada
tahun 1909 telah menyebabkan wilayah-wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat pada
hari ini diletakkan di bawah kedaulatan Thailand. Sungguhpun pemberontakan
terhadap Bangkok masih berlaku, ianya tidaklah merebak menjadi konflik berat
seperti yang sedang berlangsung di Palestin. Singapura juga pernah menjadi
sebahagian daripada kesultanan Johor secara rasmi menjadi tanah jajahan British
pada tahun 1824. Negeri-negeri Melayu yang lain pula secara perlahan-lahan
menjadi tanah naungan British bermula daripada Perjanjian Pangkor yang dimeterai
pada tahun 1874.
3.2 Kesan Terhadap Aspek Ekonomi
Penduduk Palestin menjadi semakin merana kerana ekonomi mereka separuh
telah dikuasai oleh orang Yahudi dan terpaksa melakukan penggabungan ekonomi
dengan orang yahudi. Hal ini demikian kerana, penduduk Palestin terpaksa
bertransformasi dengan menjadi golongan pekerja yang bergantung kepada ekonomi
Israel. Mereka terpaksa memperbaiki taraf hidup mereka yang semakin terjejas
dengan bekerja di bawah majikan-majikan orang Yahudi di Israel kerana tidak
mendapat kadar upah yang sepatutnya di tebing barat meskipun mereka tidak rela
terpaksa berkongsi ekonomi mereka dengan orang Yahudi. Persidangan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD)
berkata pertumbuhan ekonomi Palestin merudum teruk daripada 11 peratus pada
9
2010 dan 2011 kepada hanya 1.5 peratus pada tahun 2013, dan angka itu dijangka
akan mengecil lagi.
Begitu juga digambarkan pada Malaysia ataupun tanah melayu yang dahulunya
didatangi oleh kaum India dan China sebagai buruh di tanah melayu oleh British bagi
melaksanakan Dasar Pecah dan Perintah. Orang Melayu ditempatkan di kawasan
pedalaman, orang Cina ditempatkan di kawasan bandar manakala orang India
ditempatkan di kawasan ladang kelapa sawit. Ekonomi tanah Melayu didapati
dikuasai oleh orang Cina dan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
masyarakat Melayu kerana merasakan yang ia sesuatu yang tidak adil bagi kaum
Melayu selaku penduduk majoriti asal tanah melayu.
3.3 Kesan Terhadap Aspek Sosial
Kesan kepada sosial negara Palestin adalah usaha damai yang dibentuk sukar
untuk dicapai. Hal ini bermula apabila selepas Perang Arab-Israel, genjatan senjata
telah ditandatangani pada 11 Jun 1967 oleh kedua-dua pihak. Namun begitu, pada
17 Jun 1967, satu mesyuarat tergempar diadakan di Majlis Keselamatan PBB
berikutan bantahan Syria bahawa Israel telah mencabul genjatan senjata yang telah
dipersetujui. Selain itu, draf plan damai yang ditaja oleh British yang telah
dipersetujui oleh PBB pada 22 November 1967 (Resolusi 242) mengandungi terma-
terma yang tidak jelas dan tersirat yang menyebabkan pelbagai pihak tidak berpuas
hati lantas menyuarakan lagi untuk menamatkan proses damai. Kegagalan proses
damai adalah disebabkan oleh tindakan Britiish dan Amerika Syarikat yang
mementingkat kepentingan peribadi berbanding kepentingan sejagat. Maka tidak
hairanlah mengapa perjanjian tersebut sentiasa menemui jalan buntu, antaranya
adalah Perjanjian Oslo, Camp David dan sebagainya.
Tanah Melayu atau sekarang dikenali sebagai Malaysia juga mengalami
perubahan demografi etnik yang sangat jelas. Tanah Melayu berubah wajah dari
wilayah yang diduduki orang-orang Melayu kepada sebuah negara berbilang bangsa
dan agama. Akibat penjajahan British, Singapura yang dahulunya merupakan
wilayah yang ditadbir oleh Sultan Melayu kini menjadi sebuah negara majoriti
berketurunan Cina. Sungguhpun Malaysia negara berbilang kaum, jarang sekali
konflik berlaku di negara ini, senario yang sangat berbeza dengan keadaan di
Palestin. Sifat timbang rasa dan toleransi yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia
10
berketurunan Melayu memungkinkan penduduk bukan Melayu di negara ini diterima
sebagai warganegara tanpa banyak masalah menjelang kemerdekaan negara pada
tahun 1957. Kini, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum berganding bahu
membina negara ini dengan jayanya. Kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara
yang aman dibuktikan dengan data yang dikeluarkan oleh Indeks Keamanan Global
yang meletakkan Malaysia antara 30 negara teraman di dunia pada tahun 2017.
4.0 Implikasi Konflik Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
Isu palestin-israel ini juga turut memberi kesan keatas sistem pendidikan di negara
kita. Hal ini kerana, isu ini merupakan isu politik dan pelajar tidak seharusnya
mencampuri hal ini hanya dengan mengemukakan pandangan dan fahaman mereka
masing-masing tanpa didasari dengan ilmu yang mendalam. Ada sesetengah pelajar
yang menyokong tindakan Israel dan sesetengahnya pula menyokong palestin dengan
menyuarakan pendapat mereka secara lantang di khalayak umum seperti perhimpunan
yang diadakan pada 3 Ogos 2014 pada pukul 3 petang yang melibatkan lebih dari 50
ribu rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar Universiti Tempatan. Apabila mereka
terlibat aktif secara langsung dalam perhimpunan berkenaan isu sensetif ini, ia akan
menjejaskan pelajaran mereka dan impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju
dan aman menjelang 2020.
5.0 Rumusan
Secara tuntasnya dapat disimpulkan bahawa konflik palestin-israel tidak berkesudahan
sehingga ke hari ini. Tiada jalan penyelesaian yang dapat mampu meleraikan permusuhan
yang telah bermula berabad lagi demi sebuah tanah suci yang menjadi rebutan dan
menuntutnya atas dasar hak masing-masing. Kita sebagai rakyat Malaysia yang mendiami
negara yang aman ini juga turut menerima tempias dan kita juga ada tanggungjawab sosial
bagi membantu negara islam Palestin ini dari terus tertindas. Seharusnya kita rasa
bersyukur dengan keamanan yang dicapai sehingga ke hari ini dan menggalas tugas untuk
mengekalkannya adalah sesuatu yang lebih berat. Oleh itu, sebagai masyarakat Malaysia
yang cintakan keamanan, amat perlu untuk kita mengelakkan diri dari mencetuskan
sebarang provokasi yang dapat mengganggu gugat kesejahteraan negara.
11
Rujukan
Abdul Ghani Samsudin dan Mohd Roslan Mohd Nor (2008). ‘Beberapa Langkah
Awal untuk Pembebasan al-Aqsa,’ kertas kerja yang dibentangkan di al-Aqsha
International Conference pada 21 Ogos 2008, anjuran Center of Middle East
Studies (COMES), di Auditorium Adhyana Wisma Antara Jakarta, Indonesia.
Bard, Mitchell Geoffrey & Schwartz, Moshe (2005), 1001 Facts Everyone Should
Know About Israel, US: Rowman and Littlefield Publishers
Begin. Menachem. (1951). The Revolt: Story of the Irgun. New York: Schuman.
Daniel McGowan. (2003). Remembering Deir Yassin. Diakses pada 1 September 2019
daripada https://electronicintifada.net/content/remembering-deir-yassin/4801
Jewish Rabbi: Israel a state against God. Diakses pada 1 September 2019 daripada
http://www.arabicnews.com/ansub/Daily/Day/020509/2002050924.html
Noam Chomsky (2009), Obama on Israel-Palestine. Diakses pada 1 September 2019
daripada http://www.chomsky.info/articles/20090124.htm
Zena Tahhan. (2018). More than a century on: The Balfour Declaration explained. Diakses
pada 2 September 2019 daripada
https://www.aljazeera.com/indepth/features/2017/10/100-years-balfour-declaration
explained-171028055805843.html

More Related Content

What's hot

17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinQaseh Nur Husna
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacanaRubini Rubi
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan Mel Cassie
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabNur Paşa
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Doa masuk keluar tandas
Doa masuk keluar tandasDoa masuk keluar tandas
Doa masuk keluar tandasAkmal Hakim
 
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahPend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahQhaiyum Shah
 
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasSenarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasNur Bahari
 

What's hot (20)

17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
 
Kebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di MalaysiaKebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di Malaysia
 
Senarai nilai murni
Senarai nilai murniSenarai nilai murni
Senarai nilai murni
 
KEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAHKEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAH
 
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
 
Objektif kajian
Objektif kajianObjektif kajian
Objektif kajian
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Doa masuk keluar tandas
Doa masuk keluar tandasDoa masuk keluar tandas
Doa masuk keluar tandas
 
Tokoh tokoh islam
Tokoh tokoh islamTokoh tokoh islam
Tokoh tokoh islam
 
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahPend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasSenarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 

Similar to Konflik Palestin-Israel

Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikYazreen Eleena
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik Stephanie Unsil
 
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptx
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptxSJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptx
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptxNORROHAYABINTIIBRAHI
 
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...saadiah alidrus
 
reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa barat di china
reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa barat di chinareaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa barat di china
reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa barat di chinaHykalpr
 
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMBab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMnurul othman
 
Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china
Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di chinaFaktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china
Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di chinaNoha Fiq
 

Similar to Konflik Palestin-Israel (16)

Esei Cabaran dan Isu Semasa
Esei Cabaran dan Isu SemasaEsei Cabaran dan Isu Semasa
Esei Cabaran dan Isu Semasa
 
CABARAN_DAN_ISU_SEMASA_DUNIA.docx
CABARAN_DAN_ISU_SEMASA_DUNIA.docxCABARAN_DAN_ISU_SEMASA_DUNIA.docx
CABARAN_DAN_ISU_SEMASA_DUNIA.docx
 
Palestin
PalestinPalestin
Palestin
 
Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
 
Masyarakatmajmuk
MasyarakatmajmukMasyarakatmajmuk
Masyarakatmajmuk
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik
 
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptx
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptxSJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptx
SJ T4 KSSM Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME zila khalid =).pptx
 
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
sejarah stpm sem 1 - Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa barat...
 
reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa barat di china
reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa barat di chinareaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa barat di china
reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa barat di china
 
Ctu
CtuCtu
Ctu
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMBab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
 
Konflik israel dan palestin
Konflik israel dan palestinKonflik israel dan palestin
Konflik israel dan palestin
 
Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china
Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di chinaFaktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china
Faktor-faktor kebangkitan Nasionalisme di china
 

More from Rasit Masrii

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...Rasit Masrii
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANRasit Masrii
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...Rasit Masrii
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...Rasit Masrii
 
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanRasit Masrii
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuRasit Masrii
 

More from Rasit Masrii (8)

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
 
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (8)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Konflik Palestin-Israel

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Pelbagai isu konflik dunia semasa berlaku dalam dunia hari ini dan salah satu daripadanya adalah konflik yang berlaku di timur tengah iaitu konflik Palestin-Israel yang tidak berkesudahan sehingga ke hari ini. Negara Palestin amat terkesan sehingga ianya mendatangkan implikasi negatif khususnya dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Konflik antara dua negara ini telah menyebabkan negara lain seperti negara kita Malaysia juga turut menerima kesan terutamanya dari aspek pendidikan. 2.0 Konflik Palestin-Israel Gambar 1: Bendera Negara Palestin dan Israel Konflik yang berlaku di Palestin di antara Arab dan Israel telah berlarutan sejak sekian lama. Jika dikira dari tarikh rasmi penubuhan negara Israel pada 15 Mei 1948, kita akan dapati bahawa konflik tersebut sudah berlansung selama lebih 6 dekad. Manakala jika ditinjau dari aspek sejarah Palestin moden, ia telah jatuh ke tangan pihak British semenjak tahun 1917. Hal Ini berlaku ketika pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah telah dikalahkan oleh tentera British di bawah pimpinan General Allenby. Selepas kira-kira 3 tahun, pihak League of Nations–Liga Bangsa-bangsa (sebelum ditukar menjadi United Nations–Bangsa- bangsa Bersatu), telah memberi mandat kepada pihak British untuk mentadbir Palestin. Ketika itu, Palestin secara rasmi diletakkan di bawah pentadbiran pihak British yang juga dikenali sebagai ‘British Mandate’. Didapati bahawa para sarjana hampir bersepakat mengatakan bibit-bibit kejatuhan Palestin itu bermula sejak akhir abad ke 19 Masihi yang disebabkan oleh kelemahan pemerintahan kerjaan Turki Uthmaniyyah. Ia turut ditambah dengan kewujudan agenda zionis selepas Pertubuhan Zionis Dunia (World Zionist Organization) ditubuhkan dengan rasmi pada tahun 1897. Umat Islam di Palestin tidak berdiam diri ketika negara mereka di bawah pemerintahan British. Ia seakan bentuk
  • 2. 2 penjajahan yang berlaku ke atas negara mereka, sepertimana juga boleh digambarkan dengan apa yang berlaku di Tanah Melayu. Di Palestin, para penduduk mereka termasuk para ulama’ terus berjuang untuk mencari keadilan dan membebaskan negara mereka dari cengkaman pihak luar. Nama- nama seperti Haji Husaini, Mufti Palestin, terkenal dengan sikap yang ditunjukkan beliau dalam menentang dasar-dasar pihak penjajah yang mula berlembut dengan golongan Yahudi dan membawa golongan ini masuk ke Palestin. Ini adalah sebahagian dari usaha pihak Zionis untuk menyelamatkan golongan Yahudi yang ditindas di Eropah, lebih-lebih lagi di Eropah Timur. Usaha golongan Yahudi ini sebenarnya didalangi oleh Pertubuhan Zionis, satu kumpulan yang ditubuhkan pada asalnya untuk membela golongan Yahudi. Namun, oleh kerana ia dipimpin oleh golongan sekular, maka sebahagian mereka ingin menubuhkan sebuah negara. Ini juga terkandung di dalam dokumen yang dikenali sebagai ‘Judenstat’ atau ‘The State of Israel’. Dokumen tersebut merupakan hasil daripada pemimpin pertama Pertubuhan Zionis, iaitu Theodor Herzl. Dokumen ini telah menjadi bahan utama dalam mereka mencari jalan untuk menubuhkan sebuah negara bagi golongan Yahudi. 2.1 Agenda Zionis dalam Menakluk Palestin Gambar 2: Tentera Zionis Mencuba untuk Mengusir Penduduk Palestin Hasrat Zionis berjaya dikembangkan selepas kerajaan Islam Turki Uthmaniyah lemah dan tidak dapat mempertahankan tanah penduduk Islam. Walaupun Sultan Abdul Hamid II tidak membenarkan permintaan untuk mewujudkan negara Israel di Palestin, tetapi beliau tidak dapat menghalang perkara ini kerana lobi zionis cukup kuat di England. Lobi zionis diketuai oleh Dr C Wheizmann, iaitu penggerak Gerakan Zionis British dan merupakan Ketua Perunding Zionis (Chief Zionist Negotiator) untuk mendapatkan sokongan dari Britain.
  • 3. 3 Pihak Pertubuhan Zionis mempunyai agenda tersendiri untuk mewujudkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi di Palestin yang disokong oleh undang-undang awam (public law). Ini dapat dilihat melalui perancangan Zionis untuk mencapai agenda utama ini dengan penumpuan kepada 4 perkara: 1. Melakukan promosi, mengikut kesesuaian, tentang penjajahan Palestin melalui sistem pertanian Yahudi dan pekerja industri. 2. Mewujudkan organisasi dan kerjasama dengan seluruh jentera Yahudi dengan cara menguasai institusi, tempatan atau antarabangsa dengan mengikut undang-undang setiap negara. 3. Menguatkan dan meningkatkan kesedaran serta sentimen kebangsaan Yahudi. 4. Melakukan persediaan untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan, jika perlu, untuk menjalankan tujuan serta agenda Zionis. Jika diperhatikan dengan teliti ketetapan di atas yang dipersetujui oleh Zionis, maka akan difahami bahawa Zionis merancang secara rapi untuk menjayakan agenda utama mereka dengan cara melobi untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap mereka. Strategi yang digunakan dengan bekerja berdasarkan undang-undang sesuatu negara juga menunjukkan betapa teliti pergerakan mereka sehingga tidak mahu dilihat sebagai penentang kepada sesebuah negara. Apabila ini dapat dijayakan, maka negara-negara yang ada di dunia akan melahirkan simpati terhadap golongan Yahudi. Disebabkan oleh kebolehan mereka untuk melobi ini telah menyebabkan simpati kuasa besar pada ketika itu iaitu Britain untuk menyokong penubuhan sebuah negara untuk orang Yahudi di Palestin. Ini dapat dilihat melalui Deklarasi Balfour yang dikeluarkan pada 2 November 1917. Deklarasi ini telah menyebut bahawa kerajaan Britain menyokong penuh penubuhan negara untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ia juga menunjukkan betapa pihak Britain akan memastikan bersungguh-sungguh supaya negara itu wujud, walaupun hakikatnya masyarakat yang menduduki tanah Palestin itu adalah hampir keseluruhannya Arab, majoritinya di kalangan Muslim dan sebahagian hampir keseluruhannya Arab, majoritinya di kalangan Muslim dan sebahagian Kristian. Secara tidak lansung, pihak Zionis telah mendapat sokongan padu bagi menjayakan agenda utama mereka. Ketika itulah mereka terus mempergiat usaha untuk menawarkan kepada golongan Yahudi di Eropah terutama mereka yang berada di Eropah Timur untuk berhijrah ‘pulang’ ke Palestin. Golongan Yahudi di Eropah Timur sememangnya memerlukan pembelaan kerana mereka telah ditindas sejak sekian lama. Mereka adalah golongan yang tidak mendapat tempat, malah mereka amat
  • 4. 4 bimbang untuk mengaku sebagai Yahudi kerana mereka akan dihalau, dipaksa dan sebagainya. Sebab itulah wujudnya istilah anti-semitism, di mana ia sebenarnya berlaku di Eropah. Ini jelas dapat dilihat apabila Achcar ada menyatakan “previous waves of anti- Semitism were at their peak when you had Jewish immigration from Eastern Europe – that’s a well-known historical fact.” Sebenarnya Yahudi telah mendapat pembelaan semenjak Islam mentadbir Palestin. Saidina Umar telah membenarkan golongan Yahudi untuk berkongsi kesucian Bayt al- Maqdis setelah mereka dihalang semenjak tahun 135 Masihi untuk memasuki kota tersebut oleh Roman Byzantine. Pada ketika ini, penentangan orang Islam ke atas Israel bukan kerana mereka Yahudi tetapi disebabkan oleh mereka merampas tanah orang Palestin untuk mendirikan negara mereka. Peluang Zionis untuk membina negara bagi golongan Yahudi di Palestin terbuka luas kerana ketika Deklarasi Balfour dikeluarkan, Palestin sudah berada di bawah penjajahan British. Hal Ini berlaku selepas pasukan tentera Islam di bawah kerajaan Turki Uthmaniyyah gagal untuk bertahan sehingga tewas dan terpaksa menyerahkan wilayah penuh sejarah itu kepada pihak lawan. Banyak cara yang digunakan oleh Zionis untuk memungkinkan mereka mencapai hasrat mewujudkan sebuah negara. Mereka menghalau penduduk Palestin ntuk keluar dari kampung-kampung mereka, mencetuskan ketidakstabilan, menyerang masyarakat kampung dan sebagainya. Mereka didorong melakukan apa saja kerana mereka telah mendapat sokongan kuasa dunia. Jadi, tidak ada apa yang ditakutkan ketika mereka melakukan keganasan terhadap penduduk-penduduk Palestin. 2.2 Semangat Deklarasi Balfour Gambar 3: Poster ‘The Balfour Declaration’
  • 5. 5 Dr. Wheizmann pada mulanya kecewa dengan deklarasi tersebut, kerana ia tidak tegas dan tiada jaminan jelas berkenaan negara Israel akan diwujudkan. Perkataan 'view with favour' itu tidak cukup kuat menjamin negara Israel mesti diwujudkan. Oleh sebab itu Dr. Wheizmann meluahkan kekecewaannya dan menyatakan deklarasi itu sebagai “a painful recession from what the Government itself was prepared to offer”. Menurut Cattan, tuntutan Zionis untuk mewujudkan sebuah negara bagi orang-orang Yahudi dengan mengatakan bahawa orang Yahudi mempunyai hubungan sejarah lama di Palestin itu sebenarnya tiada asas dalam perundangan, juga tiada asas yang nyata. Beliau menegaskan bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, sudah jelas dan nyata berkenaan kaedah untuk mendapatkan sesuatu tanah atau daerah dan mengaitkan dengan sejarah lama tidak termasuk dalam kaedah itu. O’Connell pula turut menegaskan bahawa istilah historic right atau historic title digunakan dalam undang-undang antarabangsa untuk merujuk kepada permohonan mendapatkan hak kawasan (territory) yang berkaitan dengan perairan (maritime). Jelas di sini bahawa berdasarkan undang-undang antarabangsa, tidak ada sebuah negara pun boleh ditubuhkan atas alasan dia mempunyai kaitan sejarah semata-mata. Maka, Israel tidak boleh menggunakan hujah ini, lantas cara terbaik yang mereka lakukan ialah dengan merampas, menduduki dan menghalau penduduk Palestin dari tanah air mereka. Dalam erti kata lain, Israel telah menggunakan keganasan, sehingga sanggup membunuh Penduduk Palestin yang tidak bersalah seperti dalam peristiwa Deir Yasin pada tahun 1948. Bagi Cattan, sebenarnya Deklarasi Balfour itu tidak mempunyai maksud untuk memberikan hak dan kekuatan politik (political sovereignty) kepada Yahudi di Palestin. Beliau menanggapi bahawa ini dapat dilihat dari reaksi British sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan pada tahun 1922, yang meminta supaya Deklarasi pada tahun 1917 itu “tidak sepatutnya menimbulkan sebarang kemarahan di kalangan rakyat Palestin, kerana ia tidak bermaksud untuk menghapuskan populasi masyarakat Arab di sana”. kenyataan yang dikeluarkan oleh British itu sudah memadai untuk menunjukkan bahawa British sudah lunak dan menyebelahi golongan Zionis Yahudi. Kenyataan pada tahun 1922 itu hanya sekadar lontaran untuk meredakan kemarahan masyarakat Arab Palestin sahaja. Walau apapun yang dijadikan alasan oleh pihak British, lihatlah kesannya setelah 31 tahun Deklarasi Balfour itu diumumkan, Israel sudah dapat menubuhkan sebuah negara disebalik kesengsaraan rakyat Palestin. Inilah yang digambarkan oleh Cattan dengan ungkapan walaupun Deklarasi Balfour itu dikatakan tidak mempunyai visi yang kuat untuk menubuhkan negara Israel, tetapi ia telah
  • 6. 6 memberi kekuatan kepada Gerakan Zionis untuk terus melobi kuasa besar dunia demi satu tujuan, iaitu untuk mewujudkan sebuah negara khusus kaum Yahudi, walaupun ditentang hebat oleh masyarakat Arab Palestin dan umat Islam amnya. Lebih malang lagi bagi Arab Palestin, apabila pengiystiharan negara Israel dilakukan pada 15 Mei 1948, disokong oleh Perhimpunan Agung PBB yang secara rasmi mewujudkan sebuah negara “to be called Medinath Yisrael (The State of Israel)”. 2.3 Keganasan Yahudi sebelum Kewujudan Negara Israel – Kes Deir Yasin Gambar 4: Mangsa Kematian Rakyat Palestin Semasa Kes Deir Yasin Peristiwa yang tidak boleh dilupakan ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pasukan tentera Yahudi dikenali sebagai Irgun Zai Leumi pada 9 April 1948 ke atas penduduk Deir Yasin. Kawasan ini sebelumnya adalah sebuah perkampungan sederhana, aman damai, terletak di sebelah barat Jerusalem dengan jarak kira-kira 1 batu setengah dari bandar tersebut dan perkampungan ini termasuk di dalam zon yang dikenali sebagai Corpus Separatum. Satu kenyataan yang boleh dipercayai tentang peristiwa berdarah dan pembunuhan kejam ini, datang daripada Jacques de Reyneir, Ketua Delegasi Persatuan Palang Merah Antarabangsa, di mana beliau mengambil risiko sendiri untuk pergi melihat dan menyaksikan sendiri kesan daripada tragedi tersebut. Beliau menyatakan dengan jelas bahawa 300 orang telah dibunuh dengan kejam. Tanpa sebarang sebab dari segi ketenteraan atau apa jua provokasi, masyarakat Arab-Palestin termasuk orang tua lelaki, wanita, kayak-kanak, bayi baru lahir, semuanya dibunuh dengan bom dan pisau dengan begitu kejam oleh pasukan tentera Yahudi, Irgun, dengan arahan secara jelas oleh ketua ketua mereka.
  • 7. 7 Kekejaman mereka ditambah dengan sikap brutal yang dahsyat. Bagi tujuan mendapatkan kesan yang lebih hebat dan memberi tekanan psikologi kepada masyarakat Arab-Palestin, tentera Irgun telah mengambil mangsa-mangsa yang terselamat dari pembunuhan beramai-ramai itu dan memasukkan mereka ke atas trak-trak mereka. Ini termasuk sebahagian darinya adalah wanita, di bawa berarak ke bandar dan dipamerkan di jalan-jalan sekitar Jerusalem sebagai tanda kemenangan mereka dan hadiah ke atas kejayaan dari segi ketenteraan juga. Pada malam yang sama, ketua-ketua teroris Yahudi yang telah merancang pembunuhan dan pembersihan etnik ini telah mengadakan sidang akhbar bagi menyatakan hasrat mereka untuk terus mengawal serta menguasai rantau tersebut. Jumlah mangsa dikalangan masyarakat Arab-Palestin yang kehilangan tempat tinggal disebabkan kezaliman, keganasan dan pembuangan daerah oleh tentera Yahudi ini tidak dapat ditentukan dengan sahih kerana tiada data dan tiada bancian yang dibuat ke atas pelarian, begitu juga tiada jumlah yang diperolehi berdasarkan tempat kelahiran atau tempat asal mereka. Namun, sebilangan besar pelarian dari Jerusalem itu datang dari penempatan masyarakat Arab di Jerusalem moden, yang mana penempatan itu telah dikuasai oleh tentera Israel. Keseluruhan penempatan Arab ini telah dikosongkan dan pendudukan asal di penempatan tersebut dipaksa keluar. 3.0 Implikasi Konflik Palestin-Israel 3.1 Aspek Politik Gambar 5: Penguasaan Israel Terhadap Tanah Palestin dari 1947 Sehingga 2005
  • 8. 8 Kesan politik akibat konflik Palestin-Israel telah menyebabkan peperangan tercetus antara orang Arab Palestin dan orang Yahudi. Peristiwa tersebut bermula disebabkan pengundian bagi pembahagian palestin yang dijalankan pada 29 November 1947. Orang Yahudi menerima pengiktirafan antarabangsa penubuhan sebuah negara orang Yahudi tetapi orang Palestin membantah sekeras-kerasnya. Peperangan berlaku selama 6 hari pada 1967 yang melibatkan wilayah Syria, Lubnan, Jordan dan sekitarnya menentang zionis dari berleluasa dalam negara mereka. Seperti Palestin, Malaysia juga telah mengalami beberapa siri penjajahan oleh pelbagai kuasa penjajah seperti Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan British. Kedah pernah diserang dan dijajah oleh Siam diantara tahun 1821-1842 yang mengakibatkan Kedah kehilangan banyak wilayahnya seperti wilayah Satun yang kini menjadi milik Thailand. Pattani juga mengalami nasib yang sama dimana walaupun pernah menjadi sebuah kesultanan Melayu yang berdaulat, penjajahan Siam pada tahun 1909 telah menyebabkan wilayah-wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat pada hari ini diletakkan di bawah kedaulatan Thailand. Sungguhpun pemberontakan terhadap Bangkok masih berlaku, ianya tidaklah merebak menjadi konflik berat seperti yang sedang berlangsung di Palestin. Singapura juga pernah menjadi sebahagian daripada kesultanan Johor secara rasmi menjadi tanah jajahan British pada tahun 1824. Negeri-negeri Melayu yang lain pula secara perlahan-lahan menjadi tanah naungan British bermula daripada Perjanjian Pangkor yang dimeterai pada tahun 1874. 3.2 Kesan Terhadap Aspek Ekonomi Penduduk Palestin menjadi semakin merana kerana ekonomi mereka separuh telah dikuasai oleh orang Yahudi dan terpaksa melakukan penggabungan ekonomi dengan orang yahudi. Hal ini demikian kerana, penduduk Palestin terpaksa bertransformasi dengan menjadi golongan pekerja yang bergantung kepada ekonomi Israel. Mereka terpaksa memperbaiki taraf hidup mereka yang semakin terjejas dengan bekerja di bawah majikan-majikan orang Yahudi di Israel kerana tidak mendapat kadar upah yang sepatutnya di tebing barat meskipun mereka tidak rela terpaksa berkongsi ekonomi mereka dengan orang Yahudi. Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) berkata pertumbuhan ekonomi Palestin merudum teruk daripada 11 peratus pada
  • 9. 9 2010 dan 2011 kepada hanya 1.5 peratus pada tahun 2013, dan angka itu dijangka akan mengecil lagi. Begitu juga digambarkan pada Malaysia ataupun tanah melayu yang dahulunya didatangi oleh kaum India dan China sebagai buruh di tanah melayu oleh British bagi melaksanakan Dasar Pecah dan Perintah. Orang Melayu ditempatkan di kawasan pedalaman, orang Cina ditempatkan di kawasan bandar manakala orang India ditempatkan di kawasan ladang kelapa sawit. Ekonomi tanah Melayu didapati dikuasai oleh orang Cina dan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Melayu kerana merasakan yang ia sesuatu yang tidak adil bagi kaum Melayu selaku penduduk majoriti asal tanah melayu. 3.3 Kesan Terhadap Aspek Sosial Kesan kepada sosial negara Palestin adalah usaha damai yang dibentuk sukar untuk dicapai. Hal ini bermula apabila selepas Perang Arab-Israel, genjatan senjata telah ditandatangani pada 11 Jun 1967 oleh kedua-dua pihak. Namun begitu, pada 17 Jun 1967, satu mesyuarat tergempar diadakan di Majlis Keselamatan PBB berikutan bantahan Syria bahawa Israel telah mencabul genjatan senjata yang telah dipersetujui. Selain itu, draf plan damai yang ditaja oleh British yang telah dipersetujui oleh PBB pada 22 November 1967 (Resolusi 242) mengandungi terma- terma yang tidak jelas dan tersirat yang menyebabkan pelbagai pihak tidak berpuas hati lantas menyuarakan lagi untuk menamatkan proses damai. Kegagalan proses damai adalah disebabkan oleh tindakan Britiish dan Amerika Syarikat yang mementingkat kepentingan peribadi berbanding kepentingan sejagat. Maka tidak hairanlah mengapa perjanjian tersebut sentiasa menemui jalan buntu, antaranya adalah Perjanjian Oslo, Camp David dan sebagainya. Tanah Melayu atau sekarang dikenali sebagai Malaysia juga mengalami perubahan demografi etnik yang sangat jelas. Tanah Melayu berubah wajah dari wilayah yang diduduki orang-orang Melayu kepada sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Akibat penjajahan British, Singapura yang dahulunya merupakan wilayah yang ditadbir oleh Sultan Melayu kini menjadi sebuah negara majoriti berketurunan Cina. Sungguhpun Malaysia negara berbilang kaum, jarang sekali konflik berlaku di negara ini, senario yang sangat berbeza dengan keadaan di Palestin. Sifat timbang rasa dan toleransi yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia
  • 10. 10 berketurunan Melayu memungkinkan penduduk bukan Melayu di negara ini diterima sebagai warganegara tanpa banyak masalah menjelang kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kini, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum berganding bahu membina negara ini dengan jayanya. Kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dibuktikan dengan data yang dikeluarkan oleh Indeks Keamanan Global yang meletakkan Malaysia antara 30 negara teraman di dunia pada tahun 2017. 4.0 Implikasi Konflik Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia Isu palestin-israel ini juga turut memberi kesan keatas sistem pendidikan di negara kita. Hal ini kerana, isu ini merupakan isu politik dan pelajar tidak seharusnya mencampuri hal ini hanya dengan mengemukakan pandangan dan fahaman mereka masing-masing tanpa didasari dengan ilmu yang mendalam. Ada sesetengah pelajar yang menyokong tindakan Israel dan sesetengahnya pula menyokong palestin dengan menyuarakan pendapat mereka secara lantang di khalayak umum seperti perhimpunan yang diadakan pada 3 Ogos 2014 pada pukul 3 petang yang melibatkan lebih dari 50 ribu rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar Universiti Tempatan. Apabila mereka terlibat aktif secara langsung dalam perhimpunan berkenaan isu sensetif ini, ia akan menjejaskan pelajaran mereka dan impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dan aman menjelang 2020. 5.0 Rumusan Secara tuntasnya dapat disimpulkan bahawa konflik palestin-israel tidak berkesudahan sehingga ke hari ini. Tiada jalan penyelesaian yang dapat mampu meleraikan permusuhan yang telah bermula berabad lagi demi sebuah tanah suci yang menjadi rebutan dan menuntutnya atas dasar hak masing-masing. Kita sebagai rakyat Malaysia yang mendiami negara yang aman ini juga turut menerima tempias dan kita juga ada tanggungjawab sosial bagi membantu negara islam Palestin ini dari terus tertindas. Seharusnya kita rasa bersyukur dengan keamanan yang dicapai sehingga ke hari ini dan menggalas tugas untuk mengekalkannya adalah sesuatu yang lebih berat. Oleh itu, sebagai masyarakat Malaysia yang cintakan keamanan, amat perlu untuk kita mengelakkan diri dari mencetuskan sebarang provokasi yang dapat mengganggu gugat kesejahteraan negara.
  • 11. 11 Rujukan Abdul Ghani Samsudin dan Mohd Roslan Mohd Nor (2008). ‘Beberapa Langkah Awal untuk Pembebasan al-Aqsa,’ kertas kerja yang dibentangkan di al-Aqsha International Conference pada 21 Ogos 2008, anjuran Center of Middle East Studies (COMES), di Auditorium Adhyana Wisma Antara Jakarta, Indonesia. Bard, Mitchell Geoffrey & Schwartz, Moshe (2005), 1001 Facts Everyone Should Know About Israel, US: Rowman and Littlefield Publishers Begin. Menachem. (1951). The Revolt: Story of the Irgun. New York: Schuman. Daniel McGowan. (2003). Remembering Deir Yassin. Diakses pada 1 September 2019 daripada https://electronicintifada.net/content/remembering-deir-yassin/4801 Jewish Rabbi: Israel a state against God. Diakses pada 1 September 2019 daripada http://www.arabicnews.com/ansub/Daily/Day/020509/2002050924.html Noam Chomsky (2009), Obama on Israel-Palestine. Diakses pada 1 September 2019 daripada http://www.chomsky.info/articles/20090124.htm Zena Tahhan. (2018). More than a century on: The Balfour Declaration explained. Diakses pada 2 September 2019 daripada https://www.aljazeera.com/indepth/features/2017/10/100-years-balfour-declaration explained-171028055805843.html