2. Perkembangan pemikiran dan bahasa kanak-
kanak berumur antara dua hingga tiga tahun.
1)Pada peringkat awal kanak – kanak mereka telah bersedia untuk mempelajari perkataan dan
maksud perkataan yang dibunyikan . Perkataan berunsur sosial seperti “ibu”,”ayah” dan
sebagainya menjadi perkataan pertama yang akan disebut pada peringkay awal kanak-kanak.
2)Jumlah dan bentuk perbendaharaan kata yang dituturkan bergantung kepada kemampuan
kanak-kanak awal untuk mendengar dan mempunyai peluang berhubungan dengan orang lain
setiap hari.
3)Corak bahasa orang dewasa mempunyai pengaruh terhadap bahasa kanak-kanak.Komunikasi
antara antara ibubapa dan kanak-kanak sangat penting ketika peringkat awal kanak-kanak bagi
memastikan tumbesaran dan kemahiran komunikasi anak-anak dapat dilatih sejak awal kanak-
kanak lagi.
4)Peringkat awal kanak-kanak sudah mampu untuk membuat perwakilan secara
simbolik.Contohnya berpura-pura menaiki kereta semasa duduk diatas kerusi.