1. Pengenalan
Jurnal ini telah ditulis oleh Adnan bin Ahmad, Mimi Mohaffyza Mohamad dan Kamalularifin
Subari dari Universiti Teknologi Malaysia. Tajuk jurnal ini ialah “Aplikasi Corak Pembelajaran
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis Di Kalangan Pelajar Dalam Subjek Pengajian
Kejuruteraan Awam Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor”. Jurnal ini mengisahkan
tentang corak pembelajaran kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar
dalam subjek pengajian kejuruteraan awam di Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor.
Penulis telah mengkaji tentang corak pembelajaran pelajar dalam menyelesaikan masalah
Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) dalam sub topik Bahan Binaan, Ukur Kejuruteraan,
Geoteknik dan Kejuruteraan Jalan Raya dan Lalu Lintas. Penulis juga telah mengkaji
perbezaan antara jantina dan tahap pencapaian dalam peperiksaan. Seperti yang telah
diketahui umum, dasar pendidikan negara menjadikan sasaran pendidikan bertaraf dunia
dan secara tidak langsung meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting
dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai pusat
perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa
satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang merupakan agen
penyampaian ilmu. Jika para pendidik memainkan peranan dengan baik dan sebetulnya,
maka produk iaitu pelajar yang dihasilkan atau dibentuk dapat memenuhi keperluan
pendidikan negara. corak pembelajaran yang bijak akan melahirkan pelajar yang bijak.
Bagaimana seorang pelajar itu dapat mengikuti pelajaran di dalam kelas dan membuat
ulangkaji di luar kelas biasanya bermula dari cara seorang guru itu mengajar dan memberi
corak pembelajaran yang berkesan hasil dari pengajaran yang menarik.
Dalam jurnal ini penulis telah menggunakan nama-nama tokoh seperti Ruggiero
(1991) yang menyatakan tentang bahagian otak pada manusia iaitu hemisfera kiri dan
hemisfera kanan, tokoh Mahathir Mohamad (Som Hj.Nor, 1998) pula mengatakan tentang
system pendidikan di negara Malaysia dan kejayaan yang perlu dicapai yang mempunyai
kaitan dengan cabaran wawasan 2020, George (1970) pula telah membri definisi kemahiran
berfikir iaitu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks,
Edward de Bono (1997) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang
membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk
melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah, dan tokoh
yang terakhir iaitu Poh Swee Hiang (1999) menyatakan bahawa pemikiran kritis amat
penting unutk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran
mereka dalam menghadapi cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatif
pula dapat membentuk individu yang lebih inovatif mempunyai daya kreativiti yang bik, ideal,
imaginative dn mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Apabila kedua-
2. dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui ransangan dan latihan yang diberi
seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran
yang optimum akan berlaku.
Kekuatan Jurnal
Terdapat banyak kekuatan yang telah ditunjukkan oleh penulis dalam penulisan jurnal ini.
Dalam kajian corak pembelajran pelajar dalam bab Kejuruteraan Pembinaan, kekuatan yang
telah ditonjolkan oleh penulis ialah tahap pencapaian yang tinggi dalam corak pembelajaran
pelajar. Penggunaan alat-alat berfikir seperti peta minda dan pengurusan grafik membantu
pelajar dalam memahami fakta-fakta dalam bab ini dengan lebih mudah. Hal ini selaras
dengan pendapat Abd. Rahim (1999) dan Buzan (1984) iaitu peta minda meningkatkan daya
ingatan, taakulan dan perkembangan pemikirandalam sesuatu pembelajaran konsep
pemetaan minda boleh diketengahkan. Penulis juga mengatakan bahawa eknik berfikir
melalui operasi metakognitif akan membantu individu menjana pemikiran secara kreatif dan
kritis melalui alat-alat berfikir yang digunakan. Sebagai contoh, pengurusan grafik telah
digunakan secara meluas oleh Swartz & Parks (1994) dalam proses kemahiran berfikir
dalam pembelajaran.
Kajian penulis dalam corak pembelajaran pelajar dalam bab Bahan Binaan pula
menunjukkan tahap corak pembelajaran pelajar dalam bab ini melalui Kemahiran Berfikir
secara Kritis dan Kreatif (KBKK) berada pada tahap yang tinggi. Secara tidak lansung, ini
telah menjadi kekuatan bagi jurnal ini. Bab Bahan Binaan merupakan bab yang mengkaji
yang mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan. Kebolehan membeza dan
membanding dalam bab ini amat diperlukan di samping penyelesaian masalah yang diberi.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penulis di mana kertas soalan SPM kertas 2 dalam bab
ini menjurus kepada soalan penyelesaian masalah yang dikemukakan berdasarkan
masalah-masalah yang terdapat dalam kerosakan struktur bangunan yang disebabkan oleh
bahan binaan. Hal ini selaras dengan pendapat Suzana (2001) iaitu pelajar diminta
mentakrifkan dengan tepat sebelum menyelesaikan masalah. Pelajar perlu memikirkan
beberapa alternatif dan menentukan pilihan yang terbaik semasa menyelesaikan masalah
dengan mengambil kira perkara-perkara penting kemudian menentukan keutamaan untuk
menyelesaikan masalah. Penggunaan model KBKA akan membantu pelajar dalam cara
belajar bab ini dengan lebih berkesan. Apabila pelajar mengaplikasikan model ini dalam
pembelajaran bab Bahan Binaan, maka secara tidak lansung pelajar teah menggunakan
proses berfikir. Whimbey (1985) berpendapat dalam menyelesaikan masalah yang
3. digunakan dalam pembelajaran dengan cara pemikiran yang kritikal akan membolehkan
pelajar menjadi penyelesai masalah yang baik sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Kajian penulis dalam corak pembelajaran pelajar dalam bab Ukur Kejuruteraan pula
menunjukkan tahap pembelajaran dalam bab ini berada pada tahap yang tinggi di mana hal
ini menambahkan kekuatn jurnal ini. Bab ini memerlukan pelajar melakukan kerja amali
dalam topik ukur aras sebagai syarat wajib kerja kursus. Memandangkan penyelesaian
masalah berbentuk pengiraan ditumpukan dalam bab ini maka pelajar akan didedahkan
kepada kemahiran berfikir penyelesaian masalah dan mengaplikasikan pengetahuan
berdasarkan situasi yang sebenar. Jika pelajar dapat menggabungkan kedua-duanya dalam
bab ini maka matlamat reformasi pendidikan iaitu ingin melihat kualiti berfikir di kalangan
pelajar berjaya dicapai (Adnan. 1999). Penulis berpendapat jika pelajar menggunakan
model KBKA yang dicadangkan maka akan dapat membantu pelajar menganalisis semula
bab ini dan menyenaraikan sub-topik yang sukar dan padankan dengan kemahiran berfikir
serta alat berfikir yang sesuai untuk meningkatkan lagi pemahaman dalam bab ini.
Kekuatan yang ditonjolkan oleh penulis dalam kajian corak pembelajaran pelajar
dalam bab Geoteknik ialah aplikasi KBKK ialah pada aras yang tinggi. Hal ini menunjukkan
pelajar menggunakan aplikasi KBKK dalam pembelajaran mereka dengan berkesan.
Geoteknik merupakan bab yang menhkaji mengenai tanah. Pelajar menggunakan amali
untuk dua sub-topik dan pengetahuan yang diperolehi dalam kerja amali diaplikasikan dalam
corak pembelajaran mereka.
Kekuatan yang dapat dilihat pada kajian penulis tentang corak pembelajaran pelajar
dalam bab Kejuruteraan Jalanraya dan Isyarat Lalu Lintas ialah corak pembelajaran pelajar
berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan kajian penulis, sebahagian pelajar mendapati
bab ini mempunyai sub-topik yang banyak dan tidak mempunyai kesinambungan antara
satu dengan yang lain. Menurut Hajah Kartini (1998), beberapa factor telah dikenalpasti
dalam penyesuaian penggunaan KBKK dalam pembelajaran ialah kandungan kurikulim
yang terlalu padat dan kekerapan peperiksaan serta tahap kemampuan pelajar menguasai
topik. Penulis berpendapat bahawa pelajar boleh menggunakan KBKK dalam menyusun
urutan dan penyelesaian masalah untuk masalah yang melibatkan tajuk pengiraan
manakala tajuk yang melibatkan jalanraya, pelajar boleh mengaplikasi penghasilan mereka
dalam folio kelengkapan dan perabot jalan. Selain itu, aplikasi kepada pengetahuan sedia
ada boleh digunakan dalam tajuk yang melibatkan penyelesaian masalah kepada struktur
jalan.
4. Kelemahan Jurnal
Terdapat banyak kekuatan yang telah ditonjolkan oleh penulis dalam jurnalnya ini. Namun
demikian, masih terdapat sedikit kelemahan di dalam jurnal ini. Kelemahan pertama ialah
mengenai penggunaan peta minda dalam bab Kejuruteraan Pembinaan. Guru sepatutnya
mengajar pelajar untuk membuat peta minda yang sesuai dan betul. Bermula dari itu, proses
seterusnya akn lebih senang dan teratur. Meskipun responden yang dikaji oleh penulis ialah
pelajar tingkatan empat, namun semua proses itu masih diperlukan kerana masih terdapat
pelajar yang masih tidak pandai menggunakan peta minda walaupun sudah berumur 16
tahun ke atas. Kelemahan kedua ialah apabila kajian penulis hanya berdasarkan kertas
soalan SPM kertas 2 dalam bab Bahan Binaan iaitu mengenai penyelesaian masalah dalam
kerosakan struktur bangunan yang disebabkan oleh bahan binaan.. Hal ini kerana, jika
pelajar hanya menumpukan sepenuh perhatian dalam penyelesaian masalah dalam
kerosakan struktur bangunan yang disebabkan oleh bahan binaan maka sub-topik yang lain
akan diabaikan secara tidak lansung.
Kelemahan yang ketiga terdapat dalam corak pembelajaran pelajar dalam bab Ukur
Kejuruteraan ialah sebuah kemungkinan iaitu adakah penggunaan model KBKA akan
Berjaya dalam membantu pelajar menganalisis semula bab ini dan menyenaraikan sub-topik
yang sukar dan memadankan dengan kemahiran berfikir serta alat berfikir yang sesuai.
Analisis Peperiksaan Setara Jabatan Pendidikan Teknikal menunjukkan bab ini
memperolehi peratusan yang rendah pelajar menjawab dengan tepat. Masalahnya ialah,
adakah pelajar dapat mengaplikasikan KBKA dalam menyelesaikan masalah ini dan adakah
pelajar dapat mengenalpasti kemahiran berfikir dan alat berfikir yang sesuai dan betul untuk
digunakan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kelemahan seterusnya terdapat dalam
corak pembelajaran pelajar dalam bab Geoteknik iaitu mengenai pandangan penulis di
mana penulis berpendapat bahawa pencapaian akan dapat ditingkatkan jika pelajar
menggunakan model KBKA yang dicadangkan dan elemen kemahiran berfikir membanding
dan membeza. Kelemahan yang dapat dikesan ialah penggunaan ‘jika’ oleh penulis di mana
penulis tidak yakin dengan pendapat yang diberikannya. Kelemahan terakhir ialah pada
corak pembelajaran terakhir iaitu dalam bab Kejuruteraan Jalanraya dan Isyarat Lalu Lintas.
Bab ini mempunyai banyak sub-topik dan tidak mempunyai kesinambungan antara satu
sama lain. Beberapa faktor telah dikenal pasti dalam penyesuaian penggunaan KBKK dalam
pembelajaran. Hasil analisis oleh Peperiksaan Setara JPTek juga menunjukkan pencapaian
untuk bab ini berada dalam aras yang rendah.
5. Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh tiga penulis iaitu Adnan bin Ahmad, Mimi Mohaffyza
Mohamad dan Kamalularifin Subari dari Universiti Teknologi Malaysia, terdapat banyak
kepentingan dari kemahiran berfikir. Contohnya, dapat meningkatkan pencapaian peratusan
bagi sesuatu bab. Namun begitu, bagi memastikan kemahiran berfikir dapat diaplikasikan
dengan sebaik mungkin, kemahiran ini haruslah disertakan dengan proses berfikir dan
aplikasi kepada situasi sebenar. Meskipun terdapat banyak kekuatan yang terslit dalam
penulisan jurnal inin namun masih terdapat kelemahan yang tersirat di sebalik penulisan
jurnal ini.
Penghasilan model belajar KBKA yang dicadangkan oleh penyelidik mampu
membantu pelajar untuk belajar dengan cara yang bersistem dengan mengaplikasikan
semua elemen yang terkandung dalam mata pelajaran PKA. Sebagai contoh, kebolehan
pelajar menjawab soalan objektif dengan baik adalah dengan cara mengenal pasti dan
mencari perbezaan dan membuat perbandingan antara jawapan. Dengan cara ini, pelajar
telah menggunakan proses berfikir secara tidak langsung. Oleh itu, pemikiran yang logik
adalah juga amat penting dalam menjawab soalan kerana bukan setiap jawapan soalan
bergantung atau tertakluk kepada apa yang dipelajari semata-mata namun juga melibatkan
keadaan sekeliling.
Secara konklusinya, kemahiran berfikir ini tidak dapat dipisahkan dari setiap individu.
Hal ini kerana bermula dari kecil, individu telah pun mula berfikir dan membentuk cabang-
cabang pemikiran dalam otak tak kira hemisfera kiri atau hemisfera kanan. Kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang bijak dapat menyediakan generasi masa kini
untuk menghadapi kehidupan yang mencabar dalam keadaan semasa yang berteknologi
tinggi dan berpelbagai budaya. Usaha yang berterusan melalui proses pembelajaran dan
pengajaran yang diterapkan oleh guru-guru dapat memupuk kemahiran berfikir di kalangan
pelajar. Kesimpulannya, penulis mengharapkan jurnal ini dapat memberi manfaat untuk
semua pihak bagi melahirkan masyarakat berfikir secara kritis dan kreatif selaras dengan
keperluan semasa negara.
6. Refleksi
Tugasan ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi diri saya sendiri kerana tugasan ini
merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Tajuk tugasan ini ialah Kemahiran Berfikir
(BF2311D1). Tugasan ini dilakukan dalam dua bentuk iaitu secara berkumpulan dan secara
individu. Tugasan secara berkumpulan ialah membuat satu pengurusan grafik mengenai
Kemahiran Berfikir. Ahli kumpulan saya terdiri daripada dua orang iaitu saya sendiri dan
Micherson Yuki.
Dalam pengurusan grafik ini, kami telah membahagikan tugas secara adil iaitu saya
akan membuat pengurusan grafik mengenai Pengelasan Kemahiran Berfikir dan ahli
kumpulan say telah membuat pengurusan grafik mengenai Alat-alat Berfikir dan Refleksi
dan Metakognitif. Pada proses permulaan, saya dan ahli kumpulan saya teragak-agak untuk
membuat pengurusan grafik dalam perisian Microsoft Word atau dalam perisian PowerPoint.
Pada mulanya, kami ingin membuat pengurusan grafik ini dalam bentuk perisian Microsoft
PowerPoint namun apabila kami dapati perisian ini memerlukan ruang yang besar dan
hanya sedikit maklumat yang boleh diletakkan dalam satu-satu slaid. Oleh itu, setelah
membuat perbincangan dengan ahli kumpulan saya, akhirnya kami memilih perisian
Microsoft Word untuk menyiapkan pengursan grafik.
Semasa kami dalam proses penyiapan pengurusan grafik, saya tidak mempunyai
masalah yang besar kerana saya telah pun mempunyai pengalaman untuk membuat
pengurusan grafik dan saya hanya mengaplikasikan pengalaman saya dahulu. Namun
begitu, saya menghadapi masalah untuk menghias grafik saya kerana warna yang saya
gunakan adalah hampir sama pada setiap masa dan saya merasa penggunaan warna yang
sama adalah membosankan dan pemilihan warna bagi satu-satu grafik pun memakan masa
yang lama bagi saya. Selain itu, saya juga menghadapi sedikit masalah yang berkaitan
dengan nota Kemahiran Berfikir. Oleh kerana saya tidak mempunyai buku tersebut, maka
saya terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari nota. Saya telah pun mencari di
Perpustakaan namun semua buku Kemahiran Berfikir telah pun dipinjam. Namun begitu,
nasib masih menyebelahi saya apabila terdapt senior yang sudi meminjamkan notanya
kepada saya.
Tugasan secara individu pula adalah membuat satu ulasan kritis tentang sebuah
jurnal yang bertajuk “Aplikasi Corak Pembelajaran Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan
Kritis Di Kalangan Pelajar Dalam Subjek Pengajian Kejuruteraan Awam Sekolah Menengah
Teknik Negeri Johor”. Di dalam bahagian tugasan individu inilah saya mengalami masalah
kerana saya tidak pernah membuat ulasan mengenai apa-apa jurnal sebelum ini malah say
tidak pernah menyangka bahawa tugasan inilah yang diberikan oleh guru subjek ini.
7. Semasa saya mendapat tugasan ini, saya langsung tiada apa-apa idea mengenai apa yang
bakal saya lakukan. Saya langsung tidak tahu-menahu mengenai membuat ulasan. Tiada
individu yang pernah mengajar saya tentang ulasan sebelum ini. Namun begitu, saya tetap
berharap bahawa saya akan dapat melakukan yang terbaik dalam ulasan ini.
Perkara pertama yang saya lakukan ialah membaca jurnal tersebut namun saya
tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis tersebut. Setelah itu, saya
mencari rujukan-rujukan di internet mengenai ulasan kritis namun saya tetap tidak dapat
menangkap maksud ‘ulasan kritis”. Walaupun saya mendapat beberapa contoh ulasan kritis
namun saya masih kurang faham kerana penulisan ulasan yang saya dapat adalah
berlainan dan saya tidak tahu untuk mengikut contoh yang mana. Seterusnya, saya juga
bertanya kepada rakan-rakan saya namun mereka hanya menjongket bahu dan
menggeleng kepala. Namun begitu, terdapat juga rakan-rakan saya yang sanggup
berkongsi ilmu dengan saya dan akhirnya saya faham mengenai apa yang diinginkan oleh
ulasan kritis.
Penulisan ulasan kritis ini telah membuka mata saya bahawa masih terdapat banyak
perkara yang saya tidak ketahui dan masih memerlukan bimbingan orang lain. Oleh itu,
secara tidak langsung, penulisan ulasan kritis ini telah mengajar saya erti pengalaman baru.
Penulisan kritis ini membantu saya untuk menganalisis sesuatu jurnal dan membuat
penulisan mengikut pemahaman saya sendiri. Pada masa kan datang, saya mengharapkan
agar saya akan dapat memperbaiki teknik mengulas saya dan pengalaman ini akan saya
gunakan sebagai bakal guru.