Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
PERANCANGAN DAN
PENGAJARAN MATEMATIK
ISL MINGGU 11
AINUN BARIAH BINTI JAAFAR
NOR AMIRAH BINTI ...
Bincangkan implikasi
behaviorisme dalam
pembelajaran
matematik.
TEORI IVAN PETROVICH PAVLOV
Pembelajaran berlaku akibat
daripada rangsangan yang telah
diterima oleh seseorang.

Setiap ra...
Kaitan antara rangsangan dengan gerak
balas boleh diperkukuhkan melalui latihan.
Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan
de...
Guru boleh
memotivasikan muridnya
dengan ganjaran yang
sesuai supaya dapat
mengawal tingkah laku
yang dikehendaki dalam
pr...
Dalam proses pembelajaran juga,
generalisasi boleh berlaku di
mana murid dapat melakukan
tingkah laku yang sama di dalam
s...
Dalam pembelajaran juga, penghapusan
boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan.
Apabila seseorang guru berhenti
memberi...
TEORI JOHN BROADUS WATSON
Manusia mewarisi tiga jenis emosi
iaitu takut, marah dan kasih sayang.
Beliau berpendapat bahawa...
Prinsip kekerapan menekankan bahawa
semakin kerap seseorang menunjukkan
suatu respons terhadap suatu rangsangan,
semakin t...
Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons
seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi
kemungkin...
TEORI EDWARD LEE THORNDIKE
Pembelajaran merupakan
proses cuba-ralat (trial and
error) atau memilih dan
menghubungkait (sel...
Oleh itu, guru perlu menyediakan pelbagai sumber
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
mengagumkan agar proses pemb...
Hukum Pembelajaran
1) Hukum Kesediaan
2) Hukum Latihan
3) Hukum Kesan
Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting
dan asas sebelum seseorang murid memulakan
pembelajaran.

Murid perlu
m...
Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike
berpendapat bahawa perhubungan antara
rangsangan dengan gerak balas akan
bertambah kuk...
Sebagai contoh, jika seseorang murid
diberi latihan Matematik yang banyak,
murid itu akan menjadi semakin mahir
dan tempoh...
Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara
rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika
terdapat kes...
Oleh itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang
menyeronokkan dengan memberi ganjaran, motivasi dan
menyediakan pel...
Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak
balas yang baik dan peneguhan perlu
diberi kepada murid bagi membantu
murid menikmat...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Implikasi behaviorisme dalam pdp

1,406 views

Published on

PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Implikasi behaviorisme dalam pdp

  1. 1. IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK ISL MINGGU 11 AINUN BARIAH BINTI JAAFAR NOR AMIRAH BINTI EDDIE EFFENDI ONG NUR AZWA BINTI AZMAN SYAHIRAH BINTI MOHD JEFFERY
  2. 2. Bincangkan implikasi behaviorisme dalam pembelajaran matematik.
  3. 3. TEORI IVAN PETROVICH PAVLOV Pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima akan menimbulkan suatu gerak balas.
  4. 4. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim.
  5. 5. Guru boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi muridmuridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid.
  6. 6. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.
  7. 7. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar muridmurid.
  8. 8. TEORI JOHN BROADUS WATSON Manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9 bulan dengan seekor tikus putih. Memperkenalkan prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan
  9. 9. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah.
  10. 10. Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja. Oleh itu, seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan murid.
  11. 11. TEORI EDWARD LEE THORNDIKE Pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting) Apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahanlahan.
  12. 12. Oleh itu, guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.
  13. 13. Hukum Pembelajaran 1) Hukum Kesediaan 2) Hukum Latihan 3) Hukum Kesan
  14. 14. Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Murid perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah.
  15. 15. Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan. Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Ini bermakna, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
  16. 16. Sebagai contoh, jika seseorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid itu akan menjadi semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang menyeronokkan supaya murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran mereka.
  17. 17. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan melemahkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranya seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akan mendorong mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan semakin lenyap.
  18. 18. Oleh itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokongan yang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini.
  19. 19. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

×