Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah

4,209 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah

  1. 1. Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang)Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelanpengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapasesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersamadalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalantaksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjayaatau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.Profil KelasUntuk rancangan pengajaran harian 1 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelaspertama atau kumpulan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kelas 4 ERT 1mempunyai 20 orang pelajar. Setiap kelas ERT adalah lebih baik sekiranya tidakmempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkanaktiviti dalam bengkel yang hanya boleh dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yangkecil supaya senang diawasi oleh guru dan juga disebabkan peralatan bengkel yangterhad. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 – Pemilihan danpenyimpan makanan dan sub topiknya ialah Makanan Segar- Sayur-sayuran. Sesi P&Pini dijalankan selama 80 minit iaitu dua sesi dimana ia bermula pada jam 8.20 pagihingga 9.40 pagi. Tujuan waktu P&P ini dijalankan pada waktu pagi adalah kerana padawaktu ini, pelajar-pelajar segar dan masih boleh menerima input-input daripada guruserta mereka juga lebih aktif untuk menjalankan aktiviti dalam kelas jika dibandingkandengan waktu tengahari di mana pelajar menjadi penat dan daya penerimaan mereka jugamenjadi rendah terutamanya sekiranya guru itu lebih melakukan pengajaran secaratradisional dimana guru hanya mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar. Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyaisedikit pengalaman dalam pengendalian makanan segar semasa mereka menjalani amali
  2. 2. masakan di tingkatan 1 hingga 3 untuk subjek elektif kemahiran hidup- Ekonomi RumahTangga. Secara keseluruhannya saya ingin pelajar menumpukan pada bahagian klasifikasi,pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.Hasil PembelajaranHasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertamaialah: Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat: 1. menyatakan ( B-aras) kesemua (D) klasifikasi sayur-sayuraniaitu berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.Menyenaraikan diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan.Saya mentargetkan kesemua pelajar kelas cemerlang ini dapat menyenaraikan kesemua (8klasifikasi) sayur-sayuran.Manakala untuk hasil pembelajaran kedua iaitu: Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat: 2. menghuraikan (B-aras) 90% (D) ciri-ciri pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuranUntuk hasil pembelajaran kedua ini, ia lebih kepada aras kefahaman dalam TaksonomiBloom. Target saya pula pelajar dapat menghuraikan ciri-ciri penyimpanan danpemilihan sayur-sayuran ini sebanyak 90% dengan kefahaman mereka sendiri untukmenerangkannya dan mungkin hanya 10% sahaja yang mereka tidak dapat huraikandengan betul kerana tidak ingat atau tidak faham.
  3. 3. Turutan AktivitiUntuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana modelini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjektersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantaudan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktisterbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topikberkenaaan.Set Induksi:Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 4 minit sahajadimana saya menggunakan bahan maujud atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat,sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimanasedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hariitu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapatmenjana idea mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilaikerjasama juga diterap dimana 2 daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama denganmeneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu.Maklumkan objektif pembelajaran:Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapatgambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apakepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.Input pengajaran:Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alatbantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk LampiranBBM- 2) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan danpenyimpanan sayur-sayuran. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan olehguru keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar daripada menggunakan buku teks.
  4. 4. Permodelan:Guru telah menggunakan kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBL) kepadapelajar-pelajar kelas cemerlang ini. PBL digunakan kerana ia merupakan salah satualternatif untuk pembelajaran aktif. Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satukaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermaknasebagai fokus dalam proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahajadalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokongkepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Nilai bekerjasamajuga dipupuk dalam aktiviti ini. Dalam PBL, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dandikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada artikel yangdiperoleh daripada surat khabar (Rujuk Lampiran BBM 3).Semak Kefahaman Murid:Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukanoleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secaraberkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untukmenyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baikkerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadanganyang bernas untuk menyokong idea rakan-rakan. Pelajar pula diminta untuk merekodkan hasil perbincangan daripada apa yangmereka faham mengenai artikel yang diberi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifiaitu menjana idea juga dipraktikkan di mana setiap pelajar digalakkan untukmenyumbangkan idea mereka atau menghasilkan idea yang asli dan bernilai. Isi pelajaranberkaitan dengan klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Kemudianpelajar mengekpresikan maklumat yang mereka perolehi dalam bentuk peta minda.
  5. 5. Pantau dan ubah suai:Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripadaobjektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untukmenyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.Praktis terbimbing:Pelajar telah diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan perbincangan dalamkumpulan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama mengaplikasikan dan mengeluarkansegala apa isi yang berkaitan dengan topik hari tersebut semua pengetahuan dankemahiran mereka dalam topik hari tersebut untuk menyelesaikan masalah daripadaartikel yang diberikan oleh guru. Manakala guru akan terus memantau aktiviti atautugasan yang diberikan kepada pelajar agar mereka tidak tersasar. Kemudian pelajarmengekpresikan maklumat yang mereka perolehi dalam bentuk peta minda.Praktis bertempoh:Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telahmereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 5 minit untukmenjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan yangdikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan pengetahuanpelajar mengenai topik yang diajar.Penutup:Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut,mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses P&P iniberjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.

×