SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
1
Selangor Humaniora Review eISSN 2672-
7463
Vol.4, No.1, June 2021
TAJUK ARTIKEL: ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
TERHADAP KANAK KANAK TADIKA SWASTA KETIKA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Wan Adli Afiq Bin Wan Fadzillah Dzaki
Universiti Selangor
Adliafiq97@gmail.com
Aina Nasuha Binti Mohammad Halim
Universiti Selangor
nenaa.nasuha30@gmail.com
Uzzairah Nabila Binti Ahmad Tazli
Universiti Pendidikan Sultan Idris
uzzairah@fpm.upsi.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti isu dan cabaran pembelajaran atas talian
terhadap kanak kanak tadika swasta ketika perintah kawalan pergerakan (PKP). Pembelajaran
atas talian menjadi medium menggantikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) oleh itu
pelbagai isu dan cabaran perlu diberikan penekanan. Sehubungan dengan itu, kajian kualitatif
menggunakan kaedah temu bual ini telah dijalankan di lapan (8) buah Tadika swasta di Negeri
Selangor melibatkan lapan orang orang pendidik , bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang
dihadapi oleh kanak kanak ketika pembelajaran secara atas talian. Kajian ini dijalankan bagi
menjawab tiga (3) persoalan kajian. Data tembual dianalisis menggunakan kaedah tematik,
transkripsi dan dibahagikan kepada tema-tema bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian
menunjukkan isu isu yang dihadapi semasa pandemik ini adalah capaian jalur lebar, tidak
memberikan tumpuan dan gangguan persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat
kesan iaitu kanak kanak tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika pembelajaran
atas talian. Kesimpulan daripada kajian, pelbagai isu perlu diperhalusi lagi bagi meningkatkan
pebelajaran yang lebih berkesan untuk kanak-kanak tadika swasta. Implikasi kajian ini
menunjukan bahawa masih ramai kanak kanak tidak dapat menjalani pembelajaran atas talian
secara efektif.
Kata kunci: Pandemik,Pembelajaran atas talian,Tadika Swasta
ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KANAK - KANAK TADIKA KETIKA
PERINTAH KAWALANG PEGERAKAN (PKP)
2
PENGENALAN
Malaysia merupakan salah satu negara yang membangun daripada semua sektor
termasuklah sektor pendidikan yang menjadi salah satu tunjang utama dalam pembentukan
negara yang berdaya saing dengan negara-negara maju. Pembelajaran atas talian merupakan
salah satu cara atau corak pembelajaran yang telah dipraktikan oleh negara-negara maju seperti
New Zealand, Australia, China dan lain-lain. Ketika Kerajaan Malaysia mengumumkan
perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020, tujuh puluh (70) sektor utama
telah ditutup dan dijalankan secara atas talian sahaja kecuali sektor-sektor yang dikecualikan
oleh kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan arahan untuk
kesemua institusi pendidikan melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran secara atas talian
(Pdpr). E-learning pada peringkat pendidikan tinggi sama ada di peringkat awam dan swasta
telah menjadi kaedah pembelajaran pada masa kini. Ia berupaya mempercepatkan pengajaran
dan menjadikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih efektif. Penerimaan e-
pembelajaran bukan sahaja mampu menukarkan modul tradisional, kos program dan bilik
darjah dalam bentuk versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi dalam e-pembelajaran
boleh menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat fleksibel
(Hasifah Abdul Aziz, 2011). Oleh hal yang demikian Amin Ilias (2010) menganggap
penggunaan e-pembelajaran sebagai pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan secara bersemuka atau kaedah konvensional.
METODOLOGI
Kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang menggunapakai pendekatan temubual.
Lokasi kajian adalah di lapan (8) buah tadika swasta di Selangor serta lapan (8) orang guru
tadika swasta dipilih secara rawak. Temubual semi struktur dijalanakan secara atas talian
sepenuhnya. Kajian Connaway & Powell (2010) Kaedah persampelan dan pemilihan bilangan
responden yang ditemu bual bukan menjadi isu atau masalah dalam kajian kualitatif kerana
tidak ada satu peraturan khusus boleh digunakan bagi menentu saiz sampel yang di temu bual.
Selangor Humaniora Review
3
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan menunjukkan isu dan cabaran yang mendapat frekuensi dan peratusan tertinggi
berdasarkan temu bual adalah berkaitan dengan masalah jaringan internet, dan pelbagai lagi
masalah yang dialami oleh guru tadika swasta semasa tempoh perintah kawalan perakan (PKP).
Ini menunjuk pembelajaran atas talian merupakan satu proses atau perubahan yang drastik
perlu disuaikan oleh semua pihak untuk meneruskan pendidikan dengan norma baharu. Kajian
ini dikaji kerana kurangnya kajian pembelajaran atas talian di kalangan kanak-kanak, iainya
lebih kepada peringkat Universiti.
Peratusan tertinggi tret personaliti adalah ‘agreeableness’ di mana pembelajaran dalam
talian perlu menggunakan internet (Data) yang perlu dibeli untuk mengakses masuk ke dalam
kelas atau mencari maklumat untuk tugasan atau kerja rumah. Menurut Fakrul (2020), belajar
di luar kelas seperti dalam talian benar-benar memberi cabaran kepada pendidik apatah lagi
sekiranya mengajar di luar bandar yang mempunyai masalah kepada capaian internet. Hal ini
kerana, tidak semua pelajar mahupun ahli keluarga mereka mempunyai akses kepada internet
dan alat elektronik, yang merupakan halangan terbesar untuk mewujudkan kaedah
pembelajaran. Kajian ini juga disokong oleh (Fakrul, 2020). Bahkan, tidak semua pelajar
mempunyai akses rangkaian internet yang baik di kediaman mereka, terutamanya di kampung
dan pedalaman (Anuar Ahmad, 2020).
Pelajar juga perlu memilih jenis talian (telco) yang mempunyai capaian internet di
kawasan mereka. Bagi pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman, agak sukar bagi mereka
untuk mendapat capaian internet dengan baik dan ada juga di kawasan mereka yang tidak ada
capaian internet langsung. Maslaah kedua yang sering dihadapi oleh guru ketika menjalani
pembelajaran atas talian adalah mempunyai masalah untuk berkomunikasi semasa kelas
‘online’ sedang dijalankan.
Kajian dari Arifah Prima dan Iis Prasetyo (2020), Lapada et. al (2020) dan
DeepikaNambiar (2020), 48 kesukaran untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar
dengan guru telah menjadikan kaedah pembelajaran dalam talian ini sukar atau tidak dapat
dilaksanakan. Keadaan ini menjadi kekangan kepada guru untuk berinteraksi dengan pelajar
sekaligus menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai.
ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KANAK - KANAK TADIKA KETIKA
PERINTAH KAWALANG PEGERAKAN (PKP)
4
Rajah 1: Model Konseptual Kajian
Kesan Terhadap Kanak-Kanak
Daripada dapatan kajian, guru-guru memberikan pendapat bahawa sikap kanak-kanak
menjadi punca pembelajaran atas talian sukar dijalankan oleh kanak-kanak. Ini menunjukkan
guru perlu memainkan peranan yang tinggi dalam pengurusan masa, emosi kanak-kanak, dan
cara untuk menarik perhatian kanak-kanak ketika kelas sedang dijalankan dalam talian. Banyak
faktor-faktor yang mempengaruhi sikap kanak-kanak dalam pembelajaran atas talian. Kajian
kajian yang dijalankan oleh (Kassim, 2010), pembelajaran secara bersemuka dapat
membuatkan pelajar lebih fokus berbanding pembelajaran dalam talian. Hal ini kerana, semasa
pembelajaran dalam talian, pelajar berada di rumah dan bebas melakukan apa sahaja. Gangguan
persekitaran di rumah juga boleh menyebabkan pelajar tidak fokus kepada PdP. Komitmen lain
yang terdapat di rumah seperti membantu ibu bapa dan tanggungjawab seharian telah
menyebabkan pengurusan masa pelajar menjadi tidak teratur. Sebagai guru, kita perlu sentiasa
bersedia dalam menjalani norma baharu dalam pembelajaran secara talian. Ini kerana di seluruh
negara sedang menjalani tempoh yang sukar terhadap pelbagai sektor terutama dalam isu ini
adalah sektor pendidikan. Hal ini bagi dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran untuk
disampaikan kepada kanak-kanak agar tidak ketinggalan dan meningkatkan lagi perkembangan
mereka.
Langkah Mengatasi Masalah Pembelajaran Atas Talian
Dapatan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai langkah bagi mengatasi masalah
pembelajaran atas talian yang diberikan oleh guru melalui bab empat dan dapat membantu guru
Selangor Humaniora Review
5
dalam menjalani pembelajaran atas talian. Dapatan kajian oleh Wiens et al.,(2013), melaporkan
bahawa seorang guru yang berkualiti memberi sokongan dan motivasi dalam bentuk kognitif,
emosi dan sosial kepada kanak-kanak. Hal ini bermaksud, guru bukanlah sekadar menjadi
penyampai kandungan pengajaran, malah turut menyampaikan emosi dan menyebarkan
kesedaran sosial tentang bidang pengkhususan yang diwakili. Oleh sebab itu, guru perlulah
mahir menggunakan teknologi dan berkebolehan untuk membangunkan potensi pelajar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hasil kajian terdahulu juga terbukti bahawa
kanak-kanak menunjukkan kesan yang positif terhadap minat, pemahaman dan motivasi
mereka dalam proses pembelajaran yang melibatkan visual (Noor FadzilahAb Rahmanetal,
2017). Kementerian Pendidikan Malaysia membuka peluang yang luas kepada guru-guru
sekolah rendah supaya dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan
teknik pengajaran berbantukan komputer dan teknologi maklumat (Adenan Ayob, 2015).
Implikasi kajian
Kajian Hawati Abdul Hamid dan Jarud Romadan Khalidi (2020), kerajaan memberi
1GB data mudah alih secara percuma, namun ianya tidak mencukupi untuk menyokong aktiviti
telekonferensi kelas dan paparan video kerana keperluan data yang tinggi. Pelajar daripada
keluarga miskin tidak mampu membeli data tambahan dengan lebih kerap kerana kekangan
kewangan. Syarikat telekomunikasi harus mempertimbangkan dengan memberi data tambahan
percuma bagi membantu guru, ibu bapa dan pelajar dalam menghadapi cabaran semasa.
Sebagai alternatif untuk pelajar yang tidak mempunyai akses internet, KPM juga melancarkan
Program TV Pendidikan atau Kelas-Rumah tetapi program ini hanya berjalan selama 2 jam
setiap hari di televisiyen. Waktu siaran perlu atau harus dipanjangkan agar dapat merangkumi
lebih banyak subjek dan bagi setiap tahap rendah, darjah dan tingkatan, dan tidak terhad kepada
kelas yang akan menduduki peperiksaan sahaja yang disiarkan. Selain itu, subjek yang kurang
memerlukan bantuan visual seperti sejarah boleh diajar melalui saluran radio memandangkan
radio masih merupakan medium komunikasi maklumat yang penting juga sesuai bagi orang
yang duduk diperdalaman.
Kajian Mukhriz Mat Husin (2021), penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew menghadiahkan
seratus (100) tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi mengikuti kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR). Beliau berkata, sumbangan itu bertujuan membantu pelajar
mengikuti pembelajaran kelas secara dalam talian. Beliau telah memberikan sumbangan
ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KANAK - KANAK TADIKA KETIKA
PERINTAH KAWALANG PEGERAKAN (PKP)
6
seratus (100) biji tablet (tab) untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas
‘online’. Dan pelbagai sumbangan turut diberikan oleh beliau bagi kanak-kanak atau pelajar
yang memerlukan sumbangan dari segi kewangan pelajaran. 51 Dapatan kajian yang diperolehi
menunjukkan bahawa tahap penggunaan aplikasi dalam talian pendidik awal kanak-kanak di
negeri Selangor berada pada tahap ditengah-tengah kerana majoriti guru merasa terdapat impak
negatif dan positif dalam pembelajaran atas talian memandangkan perubahan ini berlaku hanya
pada waktu sementara. Dapatan kajian Najmi Syahiran Mamat (2020), mempunyai pendapat
positif bahawa sejak menjalani normal baharu, pendidik menjadi lebih kreatif dalam
penggunaan PdPc. Ini kerana, pendidik akan lebih memanfaatkan Jurnal Pendidikan Awal
Kanak-kanak Kebangsaan penggunaan teknologi yang ada untuk memastikan proses
pembelajaran kanak-kanak tidak terabai sepanjang tempoh PKP berlangsung. Kajian yang
dijalankan oleh Mohammad Ziaul Hoq (2020) di Arab Saudi terhadap guru lelaki mendapati
bahawa sebilangan besar guru lelaki mempunyai persepsi yang positif mengenai pembelajaran
dalam talian semasa tempoh pandemik ini. Majoriti guru lelaki Arab Saudi menyatakan bahawa
pendekatan pembelajaran dalam talian menjadikan sesuatu tugas pengajaran lebih efektif,
mudah untuk dikemaskini dan menjimatkan masa.
Dapatan kajian yang sama turut diperoleh oleh Irfan Fauzi dan Iman Hermawan Sastra
Khusuma (2020) yang menjalankan kajian di Banten dan Jawa Barat, Indonesia. Menurut
mereka, guru merasakan bahan pengajaran dari pelbagai sumber mudah untuk dikemaskini
serta mudah untuk diberikan kepada pelajar kerana ia berlaku secara dalam talian. Kajian yang
dijalankan oleh Deepika Nambiar (2020) terhadap guru-guru di Bangalore, India menunjukkan
bahawa 86.9% guru lebih suka kaedah pengajaran bersemuka di bilik darjah berbanding kaedah
pengajaran dalam talian. Dapatan yang sama turut diperoleh oleh Ramakanta dan Sonali (2020)
serta Irfan Fauzi dan Iman Hermawan Sastra Khusuma (2020), iaitu responden kajian
menyatakan bahawa pembelajaran dalam talian merupakan pilihan yang terbaik semasa
tempoh pandemik ini namun begitu ia tidak sesuai dijadikan sebagai pengganti kepada
pembelajaran konvensional.
Selangor Humaniora Review
7
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian ini membincangkan isu dan cabaran yang boleh digunakan oleh
pengkaji lain. Kajian ini telah mencapai obejktif kajiannya dengan mengenalpasti isu cabaran,
langkah dan kesan terhadap pembelajaran atas talian ketika PKP. Hasil kajian ini menunjukkan
guru tadika swasta memberi pandangan atau pendapat positif dan negatif terhadap
pembelajaran secara atas talian, tetapi kebanyakannya guru-guru mengalami kesukaran
terhadap pembelajaran atas talian berbanding pembelajaran di bilik darjah. Tahap pencapaian
akademik guru juga majoriti responden berada di tahap yang baik. Dapatan menunjukkan lebih
selesa mengajar secara ‘face to face’ di tadika.
ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KANAK - KANAK TADIKA KETIKA
PERINTAH KAWALANG PEGERAKAN (PKP)
8
RUJUKAN
Nor Shela Saleh, Mohd Shafie Rosli (2020) Interaksi Media Sosial Atas Talian dalam Kluster
Pendidikan dan Pekerjaan. UTM Johor
Rasmitadila (2020) The Perceptions of Primary School Teachers of Online Learning during the
COVID-19 Pandemic Period: A Case Study in Indonesia. Universitas Djuanda, Jawa Barat,
Indonesia.
Jamal Othman, Rozita Kadar, Norazah Umar, Nurhafizah Ahmad (2020) Covid-19 Pandemic
Effects In Teaching And Learning Methods During Movement Control Order (Mco). (JSKM),
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Malaysia.
Losius Goliong, Ahsly Kasin, Marcelus Johnny, Nazarius G. Yulip, (2020) Cabaran
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh (PDPCJJ) Semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Sabah.
Nor Fauziana Mohd Salleh (2020) Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran Dan
Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan Di Malaysia. Kolej Komuniti Bentong,
Malaysia
Ali Sadikin, Afreni Hamidah (2020) Pembelajaran Daring di Tengah Wabah Covid-19.
Program Studi Pendidikan Biologi FKIP Universitas Jambi.
Shivangi Dhawan (2020) Online Learning: A Panacea in the Time of COVID-19 Crisis. Journal
of Educational Technology Systems.
Irfan Fauzi, Iman Hermawan Sastra Khusuma, (2020) Teachers’ Elementary School in Online
Learning of COVID-19 Pandemic Conditions. Universitas Pendidikan Indonesia, Indonesia.

More Related Content

Similar to PUBLISH PAPER 1.docx

Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu BapaArtikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapafafa111283
 
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Wan Mohamad Farhan
 
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdfFattihi Ekhmal
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendahikhwankmk92
 
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Irma Gurlz
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-intansyafika
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Rain_Ain
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learningUmmu Zubair
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Government
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiSYAZWANI IBRAHIM
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 

Similar to PUBLISH PAPER 1.docx (20)

Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu BapaArtikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
 
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
 
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
 
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learning
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (8)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

PUBLISH PAPER 1.docx

  • 1. 1 Selangor Humaniora Review eISSN 2672- 7463 Vol.4, No.1, June 2021 TAJUK ARTIKEL: ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KANAK KANAK TADIKA SWASTA KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Wan Adli Afiq Bin Wan Fadzillah Dzaki Universiti Selangor Adliafiq97@gmail.com Aina Nasuha Binti Mohammad Halim Universiti Selangor nenaa.nasuha30@gmail.com Uzzairah Nabila Binti Ahmad Tazli Universiti Pendidikan Sultan Idris uzzairah@fpm.upsi.edu.my ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti isu dan cabaran pembelajaran atas talian terhadap kanak kanak tadika swasta ketika perintah kawalan pergerakan (PKP). Pembelajaran atas talian menjadi medium menggantikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) oleh itu pelbagai isu dan cabaran perlu diberikan penekanan. Sehubungan dengan itu, kajian kualitatif menggunakan kaedah temu bual ini telah dijalankan di lapan (8) buah Tadika swasta di Negeri Selangor melibatkan lapan orang orang pendidik , bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh kanak kanak ketika pembelajaran secara atas talian. Kajian ini dijalankan bagi menjawab tiga (3) persoalan kajian. Data tembual dianalisis menggunakan kaedah tematik, transkripsi dan dibahagikan kepada tema-tema bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan isu isu yang dihadapi semasa pandemik ini adalah capaian jalur lebar, tidak memberikan tumpuan dan gangguan persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat kesan iaitu kanak kanak tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika pembelajaran atas talian. Kesimpulan daripada kajian, pelbagai isu perlu diperhalusi lagi bagi meningkatkan pebelajaran yang lebih berkesan untuk kanak-kanak tadika swasta. Implikasi kajian ini menunjukan bahawa masih ramai kanak kanak tidak dapat menjalani pembelajaran atas talian secara efektif. Kata kunci: Pandemik,Pembelajaran atas talian,Tadika Swasta
  • 2. ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KANAK - KANAK TADIKA KETIKA PERINTAH KAWALANG PEGERAKAN (PKP) 2 PENGENALAN Malaysia merupakan salah satu negara yang membangun daripada semua sektor termasuklah sektor pendidikan yang menjadi salah satu tunjang utama dalam pembentukan negara yang berdaya saing dengan negara-negara maju. Pembelajaran atas talian merupakan salah satu cara atau corak pembelajaran yang telah dipraktikan oleh negara-negara maju seperti New Zealand, Australia, China dan lain-lain. Ketika Kerajaan Malaysia mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020, tujuh puluh (70) sektor utama telah ditutup dan dijalankan secara atas talian sahaja kecuali sektor-sektor yang dikecualikan oleh kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan arahan untuk kesemua institusi pendidikan melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran secara atas talian (Pdpr). E-learning pada peringkat pendidikan tinggi sama ada di peringkat awam dan swasta telah menjadi kaedah pembelajaran pada masa kini. Ia berupaya mempercepatkan pengajaran dan menjadikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih efektif. Penerimaan e- pembelajaran bukan sahaja mampu menukarkan modul tradisional, kos program dan bilik darjah dalam bentuk versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi dalam e-pembelajaran boleh menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat fleksibel (Hasifah Abdul Aziz, 2011). Oleh hal yang demikian Amin Ilias (2010) menganggap penggunaan e-pembelajaran sebagai pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara bersemuka atau kaedah konvensional. METODOLOGI Kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang menggunapakai pendekatan temubual. Lokasi kajian adalah di lapan (8) buah tadika swasta di Selangor serta lapan (8) orang guru tadika swasta dipilih secara rawak. Temubual semi struktur dijalanakan secara atas talian sepenuhnya. Kajian Connaway & Powell (2010) Kaedah persampelan dan pemilihan bilangan responden yang ditemu bual bukan menjadi isu atau masalah dalam kajian kualitatif kerana tidak ada satu peraturan khusus boleh digunakan bagi menentu saiz sampel yang di temu bual.
  • 3. Selangor Humaniora Review 3 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan menunjukkan isu dan cabaran yang mendapat frekuensi dan peratusan tertinggi berdasarkan temu bual adalah berkaitan dengan masalah jaringan internet, dan pelbagai lagi masalah yang dialami oleh guru tadika swasta semasa tempoh perintah kawalan perakan (PKP). Ini menunjuk pembelajaran atas talian merupakan satu proses atau perubahan yang drastik perlu disuaikan oleh semua pihak untuk meneruskan pendidikan dengan norma baharu. Kajian ini dikaji kerana kurangnya kajian pembelajaran atas talian di kalangan kanak-kanak, iainya lebih kepada peringkat Universiti. Peratusan tertinggi tret personaliti adalah ‘agreeableness’ di mana pembelajaran dalam talian perlu menggunakan internet (Data) yang perlu dibeli untuk mengakses masuk ke dalam kelas atau mencari maklumat untuk tugasan atau kerja rumah. Menurut Fakrul (2020), belajar di luar kelas seperti dalam talian benar-benar memberi cabaran kepada pendidik apatah lagi sekiranya mengajar di luar bandar yang mempunyai masalah kepada capaian internet. Hal ini kerana, tidak semua pelajar mahupun ahli keluarga mereka mempunyai akses kepada internet dan alat elektronik, yang merupakan halangan terbesar untuk mewujudkan kaedah pembelajaran. Kajian ini juga disokong oleh (Fakrul, 2020). Bahkan, tidak semua pelajar mempunyai akses rangkaian internet yang baik di kediaman mereka, terutamanya di kampung dan pedalaman (Anuar Ahmad, 2020). Pelajar juga perlu memilih jenis talian (telco) yang mempunyai capaian internet di kawasan mereka. Bagi pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman, agak sukar bagi mereka untuk mendapat capaian internet dengan baik dan ada juga di kawasan mereka yang tidak ada capaian internet langsung. Maslaah kedua yang sering dihadapi oleh guru ketika menjalani pembelajaran atas talian adalah mempunyai masalah untuk berkomunikasi semasa kelas ‘online’ sedang dijalankan. Kajian dari Arifah Prima dan Iis Prasetyo (2020), Lapada et. al (2020) dan DeepikaNambiar (2020), 48 kesukaran untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar dengan guru telah menjadikan kaedah pembelajaran dalam talian ini sukar atau tidak dapat dilaksanakan. Keadaan ini menjadi kekangan kepada guru untuk berinteraksi dengan pelajar sekaligus menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai.
  • 4. ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KANAK - KANAK TADIKA KETIKA PERINTAH KAWALANG PEGERAKAN (PKP) 4 Rajah 1: Model Konseptual Kajian Kesan Terhadap Kanak-Kanak Daripada dapatan kajian, guru-guru memberikan pendapat bahawa sikap kanak-kanak menjadi punca pembelajaran atas talian sukar dijalankan oleh kanak-kanak. Ini menunjukkan guru perlu memainkan peranan yang tinggi dalam pengurusan masa, emosi kanak-kanak, dan cara untuk menarik perhatian kanak-kanak ketika kelas sedang dijalankan dalam talian. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi sikap kanak-kanak dalam pembelajaran atas talian. Kajian kajian yang dijalankan oleh (Kassim, 2010), pembelajaran secara bersemuka dapat membuatkan pelajar lebih fokus berbanding pembelajaran dalam talian. Hal ini kerana, semasa pembelajaran dalam talian, pelajar berada di rumah dan bebas melakukan apa sahaja. Gangguan persekitaran di rumah juga boleh menyebabkan pelajar tidak fokus kepada PdP. Komitmen lain yang terdapat di rumah seperti membantu ibu bapa dan tanggungjawab seharian telah menyebabkan pengurusan masa pelajar menjadi tidak teratur. Sebagai guru, kita perlu sentiasa bersedia dalam menjalani norma baharu dalam pembelajaran secara talian. Ini kerana di seluruh negara sedang menjalani tempoh yang sukar terhadap pelbagai sektor terutama dalam isu ini adalah sektor pendidikan. Hal ini bagi dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran untuk disampaikan kepada kanak-kanak agar tidak ketinggalan dan meningkatkan lagi perkembangan mereka. Langkah Mengatasi Masalah Pembelajaran Atas Talian Dapatan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai langkah bagi mengatasi masalah pembelajaran atas talian yang diberikan oleh guru melalui bab empat dan dapat membantu guru
  • 5. Selangor Humaniora Review 5 dalam menjalani pembelajaran atas talian. Dapatan kajian oleh Wiens et al.,(2013), melaporkan bahawa seorang guru yang berkualiti memberi sokongan dan motivasi dalam bentuk kognitif, emosi dan sosial kepada kanak-kanak. Hal ini bermaksud, guru bukanlah sekadar menjadi penyampai kandungan pengajaran, malah turut menyampaikan emosi dan menyebarkan kesedaran sosial tentang bidang pengkhususan yang diwakili. Oleh sebab itu, guru perlulah mahir menggunakan teknologi dan berkebolehan untuk membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hasil kajian terdahulu juga terbukti bahawa kanak-kanak menunjukkan kesan yang positif terhadap minat, pemahaman dan motivasi mereka dalam proses pembelajaran yang melibatkan visual (Noor FadzilahAb Rahmanetal, 2017). Kementerian Pendidikan Malaysia membuka peluang yang luas kepada guru-guru sekolah rendah supaya dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknik pengajaran berbantukan komputer dan teknologi maklumat (Adenan Ayob, 2015). Implikasi kajian Kajian Hawati Abdul Hamid dan Jarud Romadan Khalidi (2020), kerajaan memberi 1GB data mudah alih secara percuma, namun ianya tidak mencukupi untuk menyokong aktiviti telekonferensi kelas dan paparan video kerana keperluan data yang tinggi. Pelajar daripada keluarga miskin tidak mampu membeli data tambahan dengan lebih kerap kerana kekangan kewangan. Syarikat telekomunikasi harus mempertimbangkan dengan memberi data tambahan percuma bagi membantu guru, ibu bapa dan pelajar dalam menghadapi cabaran semasa. Sebagai alternatif untuk pelajar yang tidak mempunyai akses internet, KPM juga melancarkan Program TV Pendidikan atau Kelas-Rumah tetapi program ini hanya berjalan selama 2 jam setiap hari di televisiyen. Waktu siaran perlu atau harus dipanjangkan agar dapat merangkumi lebih banyak subjek dan bagi setiap tahap rendah, darjah dan tingkatan, dan tidak terhad kepada kelas yang akan menduduki peperiksaan sahaja yang disiarkan. Selain itu, subjek yang kurang memerlukan bantuan visual seperti sejarah boleh diajar melalui saluran radio memandangkan radio masih merupakan medium komunikasi maklumat yang penting juga sesuai bagi orang yang duduk diperdalaman. Kajian Mukhriz Mat Husin (2021), penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew menghadiahkan seratus (100) tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Beliau berkata, sumbangan itu bertujuan membantu pelajar mengikuti pembelajaran kelas secara dalam talian. Beliau telah memberikan sumbangan
  • 6. ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KANAK - KANAK TADIKA KETIKA PERINTAH KAWALANG PEGERAKAN (PKP) 6 seratus (100) biji tablet (tab) untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas ‘online’. Dan pelbagai sumbangan turut diberikan oleh beliau bagi kanak-kanak atau pelajar yang memerlukan sumbangan dari segi kewangan pelajaran. 51 Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap penggunaan aplikasi dalam talian pendidik awal kanak-kanak di negeri Selangor berada pada tahap ditengah-tengah kerana majoriti guru merasa terdapat impak negatif dan positif dalam pembelajaran atas talian memandangkan perubahan ini berlaku hanya pada waktu sementara. Dapatan kajian Najmi Syahiran Mamat (2020), mempunyai pendapat positif bahawa sejak menjalani normal baharu, pendidik menjadi lebih kreatif dalam penggunaan PdPc. Ini kerana, pendidik akan lebih memanfaatkan Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan penggunaan teknologi yang ada untuk memastikan proses pembelajaran kanak-kanak tidak terabai sepanjang tempoh PKP berlangsung. Kajian yang dijalankan oleh Mohammad Ziaul Hoq (2020) di Arab Saudi terhadap guru lelaki mendapati bahawa sebilangan besar guru lelaki mempunyai persepsi yang positif mengenai pembelajaran dalam talian semasa tempoh pandemik ini. Majoriti guru lelaki Arab Saudi menyatakan bahawa pendekatan pembelajaran dalam talian menjadikan sesuatu tugas pengajaran lebih efektif, mudah untuk dikemaskini dan menjimatkan masa. Dapatan kajian yang sama turut diperoleh oleh Irfan Fauzi dan Iman Hermawan Sastra Khusuma (2020) yang menjalankan kajian di Banten dan Jawa Barat, Indonesia. Menurut mereka, guru merasakan bahan pengajaran dari pelbagai sumber mudah untuk dikemaskini serta mudah untuk diberikan kepada pelajar kerana ia berlaku secara dalam talian. Kajian yang dijalankan oleh Deepika Nambiar (2020) terhadap guru-guru di Bangalore, India menunjukkan bahawa 86.9% guru lebih suka kaedah pengajaran bersemuka di bilik darjah berbanding kaedah pengajaran dalam talian. Dapatan yang sama turut diperoleh oleh Ramakanta dan Sonali (2020) serta Irfan Fauzi dan Iman Hermawan Sastra Khusuma (2020), iaitu responden kajian menyatakan bahawa pembelajaran dalam talian merupakan pilihan yang terbaik semasa tempoh pandemik ini namun begitu ia tidak sesuai dijadikan sebagai pengganti kepada pembelajaran konvensional.
  • 7. Selangor Humaniora Review 7 KESIMPULAN Kesimpulannya, kajian ini membincangkan isu dan cabaran yang boleh digunakan oleh pengkaji lain. Kajian ini telah mencapai obejktif kajiannya dengan mengenalpasti isu cabaran, langkah dan kesan terhadap pembelajaran atas talian ketika PKP. Hasil kajian ini menunjukkan guru tadika swasta memberi pandangan atau pendapat positif dan negatif terhadap pembelajaran secara atas talian, tetapi kebanyakannya guru-guru mengalami kesukaran terhadap pembelajaran atas talian berbanding pembelajaran di bilik darjah. Tahap pencapaian akademik guru juga majoriti responden berada di tahap yang baik. Dapatan menunjukkan lebih selesa mengajar secara ‘face to face’ di tadika.
  • 8. ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KANAK - KANAK TADIKA KETIKA PERINTAH KAWALANG PEGERAKAN (PKP) 8 RUJUKAN Nor Shela Saleh, Mohd Shafie Rosli (2020) Interaksi Media Sosial Atas Talian dalam Kluster Pendidikan dan Pekerjaan. UTM Johor Rasmitadila (2020) The Perceptions of Primary School Teachers of Online Learning during the COVID-19 Pandemic Period: A Case Study in Indonesia. Universitas Djuanda, Jawa Barat, Indonesia. Jamal Othman, Rozita Kadar, Norazah Umar, Nurhafizah Ahmad (2020) Covid-19 Pandemic Effects In Teaching And Learning Methods During Movement Control Order (Mco). (JSKM), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Malaysia. Losius Goliong, Ahsly Kasin, Marcelus Johnny, Nazarius G. Yulip, (2020) Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh (PDPCJJ) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Sabah. Nor Fauziana Mohd Salleh (2020) Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan Di Malaysia. Kolej Komuniti Bentong, Malaysia Ali Sadikin, Afreni Hamidah (2020) Pembelajaran Daring di Tengah Wabah Covid-19. Program Studi Pendidikan Biologi FKIP Universitas Jambi. Shivangi Dhawan (2020) Online Learning: A Panacea in the Time of COVID-19 Crisis. Journal of Educational Technology Systems. Irfan Fauzi, Iman Hermawan Sastra Khusuma, (2020) Teachers’ Elementary School in Online Learning of COVID-19 Pandemic Conditions. Universitas Pendidikan Indonesia, Indonesia.