Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?

235 views

Published on

adakah sosial salah satu peranan dalam pencapaian matematik

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?

  1. 1. Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dari aspek sosial
  2. 2. • Sosio Ekonomi Keluarga • Prestasi Guru • Mentaliti Masyarakat Sosial
  3. 3. Rujukan • Kajian status sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah Malaysia(2009). (Mohamad Johdi Salleh,PHD, Che Noraini Hashim, PHD,Ismael Hassanaen & Amir Hassan Dawi, 2009.)
  4. 4. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), jurang sosioekonomi dilihat pada aspek: 1) Pendidikan tertinggi ibu bapa 2) Purata pendapatan isi rumah 3) Purata murid menerima bantuan asas kewangan bawah kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) Sosio Ekonomi
  5. 5. • Menurut Abdul Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas (2009) dalam Kajian Terhadap Kesedaran Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli tahap pendidikan ibu bapa yang rendah mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak orang asli.
  6. 6. • Menurut Amy J. Orr(2003) kekayaan boleh mempengaruhi pencapaian akademik secara positif. • Anak dari keluarga berpendapatan tinggi dan berpendidikan menikmati persekitaran pembelajaran yang menggalakkan. • Mempunyai kecenderungan untuk mempunyai aspirasi tinggi, ekspektasi tinggi dan pencapaian akademik tinggi. • Manakala, anak-anak dari keluarga pendapatan sederhana mempunyai aspirasi tinggi.
  7. 7. • Manakala, keluarga miskin kurang mampu menyediakan rumah yang selesa untuk seisi keluarga. • Terdapat ibu bapa yang membiarkan anak mereka bekerja sambilan selepas waktu sekolah. • Keadaan ini menyebabkan pelajar mengabaikan pelajaran mereka.
  8. 8. Prestasi Guru • “ kualiti sesuatu sistem sekolah tidak boleh melebihi kualiti guru” ( terjemahan: how the world’s best performing systems come out on top,2007(baber and mourshed) • Dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyatakan wujudnya sebilangan guru yang terpaksa mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan mengajar mata pelajaran yang mereka kurang mahir.
  9. 9. • Sebagai contoh, pada tahun 2011, hampir 6,000 guru mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi sekolah rendah telah ditempatkan untuk mengajar mata pelajaran lain disebabkan terdapat lebihan guru berbanding dengan kekosongan jawatan bagi mata pelajaran tersebut.
  10. 10. Kesannya: • Menurut Maisarah Ismail (2013), guru diminta mengajar mata pelajaran bukan kepakarannya dan perkara ini hanya memberi kesan negatif kepada pembelajaran murid dan membawa kepada hasil yang kurang berkesan dalam bidang pendidikan mahupun pengetahuan murid. • Tambahan pula, guru yang lemah konsep Sains dan Matematik dan strategi pengajaran telah menyebabkan pelajar mengalami masalah pembelajaran dalam Sains dan Matematik (Yazid, 2008)
  11. 11. • Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), isu dan cabaran lain dalam sistem pendidikan ialah terdapat kekurangan guru yang berpengalaman untuk membimbing guru baharu sewaktu mereka mula menyertai profesion ini. • Sebagai contoh, terdapat 58% guru yang masih berada pada gred terendah iaitu DG41 atau gred DGA29 berbanding 1.2% pada gred DG52 atau gred DGA34.
  12. 12. Kesannya: • Terdapat kemungkinan guru kurang berusaha untuk meningkatkan dan memperbaiki tahap profesionalisme secara berterusan kerana terikat dengan tempoh perkhidmatan selama 25 tahun. • Guru kurang mementingkan tahap kualiti yang diperlukan dalam sistem pendidikan untuk pencapaian pelajar itu sendiri.
  13. 13. Mentaliti masyarakat MASYARAKAT ORANG ASLI • Kajian yang dibuat Steve Nettleton (2007) menyatakan kedudukan geografi mereka yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan pemikiran kebanyakan orang asli bahawa tiada faedah untuk anak-anak mereka ke sekolah.
  14. 14. • Mentaliti masyarakat orang asli yang menerima apa sahaja tanpa ada usaha untuk memajukan diri dan meningkatkan taraf hidup turut mempengaruhi pencapaian akademik orang asli. • Contohnya, segelintir masyarakatnya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi tidak mahu pulang berbakti memajukan dan menyedarkan masyarakat sendiri.
  15. 15. Kesimpulan • Berdasarkan apa yang telah dibincangkan, saya dapat simpulkan di sini bahawa faktor sosioekonomi, prestasi guru dan peranan masyarakat turut menyumbang kepada pelbagai usaha penambahbaikan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang matematik. • Semua pihak turut memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk sama-sama memajukan sistem pendidikan negara seperti kata pepatah ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing’.

×