SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
Download to read offline
LAPORAN RANCANGAN PELAJARAN
HARIAN DAN JUSTIFIKASI
CoRT 1
Nama Ahli Kumpulan:
Bil
Nama
1
(K) Ang You Koon
2
Cho Siow Yeng
3
Hong Sur Chang
4
Kong Woon Siew
5
Lim Siew Hui

No. Matrik
DB100502
DB100551
BD100677
DB100555
BD100488

TUGASAN KUMPULAN: Kumpulan 10

NAMA PENSYARAH: Dr TAN KING HYIANG

1
Isi kandungan
Perkara

Muka Surat

Penghargaan

1

Pengenalan CoRT 1

2-5

7 Teknik CoRT 1

6-7

Rancangan Mengajar Harian

8 - 18

Laporan CoRT 1

19 – 23

Kesimpulan

24 – 25

Lampiran 1

26

Lampiran 2

27

Lampiran 3

28

Lampiran 4

29

Manual Penggunaan BBM

30 – 45

Refleksi

46- 47

Rujukan

48

2
Kami bersyukur dapatlah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang telah
diberikan pada masa yang telah ditetapkan.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr. Tan King Hyiang kerana telah banyak
memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami
sepanjang menjalankan tugasan.

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
pustakawan UTHM dan pembantu-pembantu lain yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam membantu kami menjalankan tugasan.

Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung
dalam membuat tugasan dan laporan di UTHM.

Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada
masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman ini merupakan satu
pengalaman baru dan cukup menarik bagi kumpulan kami yang tidak akan kami
lupakan.

Sekian, terima kasih.

3
Pengenalan CoRT 1
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau
berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti
Cambridge.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6
bahagian CoRT, iaitu;

1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan.

Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan
alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh
teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1.
Marcapada ini, Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia
menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan
pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan
sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan
alat-alat berfikirini.
Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan konsep
secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam
satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara
pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan

4
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang
membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal.
Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan,Peta minda,Pengurusan
Grafik dan CoRT Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir
secaramendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak
berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri
daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya,
Soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai
Pengurusan Lisan.

Definisi CoRT
CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRT menggalakkan
individu untuk berfikir secara meluas.

Alat Berfikir : Cognitive Research Trust 1 ( CoRT 1 )
Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita
gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan
atau untuk menyelesaikan masalah. Alat-alat tersebut ialah:

1. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Interesting (PMI)]
B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.
B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.
M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi
menarik tentang sesuatu idea.

Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita
berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus
menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

5
2. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)]
Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan,
keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir
CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa
kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyenaraikan semua
faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan
dan penting sahaja.

3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)]
Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta,
mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam
mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari
semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar
ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan.
Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada
orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.

4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]
Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia
hobi kita atau kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat
pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu
ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa
sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk
mencapainya.

5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]
Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul
masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan
yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk

6
tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan
sebahagian yang lain kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.

6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices
(APC)]
Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun
membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini
mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan
supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea
atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan.
Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk
menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.

7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]
Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa
pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang
berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama
pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai
pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandangan orang lain
dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan
kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan
oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.

7
Cort 1 ada 7 teknik
Bil

Teknik Cort

1

PMI (Plus Minus Interesting)
disebut PMI (Baik Buruk
Menarik)

2

CAF (Consider All Factors) ambil
kira semua faktor sebelum buat
keputusan

Langkah Perlaksanaan

Luas fikiran tentang
cadangan, idea dengan : senaraikan semua
yang baik,
buruk,menarik
 membuat keputusan
berdasarkan penilaian
di atas





3

C & S (Consequence and Sequel)
Kesan dan akibat





4

AGO (Anis, goals,objective)
Tujuan,matlamat, objektif
 mesti jelas elak terpesong



senaraikan semua
faktor
membuat
pertimbangan setiap
faktor (serentak –
baik/buruk)
menentukan
keputusan

Contoh
Perlaksanaan
Jangkamasa
sekolah dilanjut
kepada pukul 5
petang

Semua pelajar
Universiti
memakai uniform

meneliti kesan jangka Komputer
menggantikan guru
panjang dan pendek
yang akan berlaku utk
tindakan yg diambil.
kesan ikut jangka
masa
a) j/masa terdekat = 5
tahun
b) j/masa panjang > 5
tahun

sentiasa fokus dan
menumpukan
perhatian kepada

Rancangan Hari
Kantin.
Apakah AGOnya?

8



tujuan asal dengan
bertanya apa AGO
rancangan kita?

bersifat khusus(spesifik)
bersifat realistic dan boleh
diukur (guna kata kerja)

**AGO yang baik – terdapat pkr
tindakan yang komprehensif
(jelas)
***digunakan bersama CAF dan
C&S

(senaraikan seberapa
banyak yang boleh rancang
dan menilai semua idea dari
pelbagai sudut dan
perspektif ).

5

FIP (First,Important,Priorities)
Utama, Penting, Prioriti



mengenalpasti dan
menentukan yang
terpenting yang
perlukan tindakan
(keutamaan).

Merancang
perbelanjaan
bulanan

6

APC (Alternative,
Possibilities,Choices)
Alternatif,Kemungkinan,Pilihan



Memikirkan beberapa
kemungkinan serentak
dalam menyelesaikan
masalah.

Kemerosotan
pencapaian pelajar
– cari
penyelesaiannya

7

OPV (Other People’s View)
Pandangan orang lain – setiap
orang ada pandangan berbeza



Mengambilkira
pandangan orang lain
semasa membuat
keputusan.Bagaimana
keputusan ini akan
mempengaruhi orang
lain.

Umur bersara
dinaikkan kpd 65
tahun

9
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Mata Pelajaran

:

03-11-13

Tingkatan/Kelas : 5 A

Bil. Pelajar :

58 orang

Tempat

Masa

11:00a.m-12:00p.m

TAJUK

:

Sains

: BlockG E1
:

Tarikh

:

Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah

OBJEKTIF :
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid-murid dapat:
1) Melakarkan bayang-bayang pada kertas graf dengan tepat berdasarkan eksperimen yang dijalankan .
2) Mengira luas permukaan bayang-bayang dengan tepat berdasarkan eksperimen yang dijalankan.
3) Menyatakan faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah dengan betul.
4) Menjawab soalan lembaran kerja dengan betul.
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
Murid-murid pernah melihat bayang sendiri.

ALAT BERFIKIR: AGO, C&S ,CAF,dan APC

10
ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)
“Magic Light Kit” , lembaran kerja, kertas graf, lampu suluh, anak patung, power point, komputer riba.
PENGURUSAN KELAS/LANGKAH KESELAMATAN
1. Keadaan kerusi meja yang teratur dan sistematik.
2. Memastikan suis elektrik berfungsi dengan baik.
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
1. Berjimat cermat.
2. Bekerjasama.
3. Hormat-menghormati.
4. Menjaga keselamatan diri.
5. Berterima kasih.
SESI PENGAJARAN

Masa
5 minit

Isi Pelajaran

Hasil Pembelajaran

Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran

Pengenalan/Pra Pengajaran :

-Murid-murid dapat membalas

Apa khabar, murid?

salam dan menyiapkan diri

kepada murid dan

supaya fokus untuk

murid-murid

pembelajaran berikutnya.

Catatan

membalas salam.

Murid-murid mengemaskan meja
mereka masing-masing.

1. Guru memberi salam

Nilai murni:
Menghormati Guru.

2. Guru menyuruh
murid-murid supaya
duduk di tempat
masing-masing dan

11
mengemaskan meja
mereka untuk
persiapan memulakan
pembelajaran.

5 minit

Set Induksi:
Guru menyiarkan lagu”Kungfu
Fighting ”.

Murid-murid dapat

1. Guru

ABBM:

Guru memegang anak patung
untuk membuat persembahan
tarian.

memperkenalkan

1. Anak patung.

menyatakan perubahan saiz
-

memerhatikan dan

kawan yang baru

2. Lampu suluh.

bayang pada skrin dengan

bernama “ Adik

3. Komputer

tepat.

Comel”.

riba

2. Guru memancarkan
-

Guru mengarahkan muridmurid menyatakan apa yang
telah diperhatikan pada skrin.

sumber cahaya pada
anak patung yang
menari untuk
membentuk bayangbayang di atas skrin
dengan iringan muzik.
3. Guru mengarah
murid-murid
memerhatikan saiz

12
bayang yang terbentuk
pada skrin.
4. Guru meminta muridmurid menyatakan
perubahan bayang
yang berlaku pada
anak patung tersebut.
5. Guru menyatakan
tajuk pembelajaran
hari ini.

Masa
10 minit

Penyampaian isi :
“Apakah faktor yang

-Murid dapat menjawab
soalan dengan tepat.

1. Guru memberikan

ABBM:
1. Komputer riba

murid-murid untuk

menyebabkan saiz bayang

peluang kepada

2. Power point

“Apakah faktor yang
menyebabkan saiz bayang
menjadi kecil?”

-Murid-murid dapat

menyatakan faktor

menyebut faktor yang

menjadi besar?”

yang menyebabkan

Slide power point

menyebabkan saiz bayang

saiz bayang-bayang

merujuk kepada

pada skrin berubah dengan

berubah.

lampiran 1 “Faktor

tepat.

yang menyebabkan
saiz bayang

13
berubah”.

Slide power point

Teknik CoRT1:
CAF (Consider All
Factor)
-

Ambil kira
semua faktor

Masa

Penyampaian isi :

20 minit

- Memberikan peluang

1. Guru membahagikan

ABBM:

kepada murid-murid untuk

murid-murid kepada

“Apakah kesan bayang akan

meramalkan lalu

empat kumpulan.

berlaku jika kamu meletakan

menyatakan kesan saiz

gambar rama-rama jauh dari

bayang yang akan terbentuk

langkah-langkah

“melakarkan

sumber cahaya?”

sebelum menjalankan

eksperimen.

saiz bayang yang

eksperimen.

2. Guru menjelaskan

1. Lembaran kerja
merujuk kepada
lampiran 2

3. Guru memberikan

terbentuk dan

“Apakah kesan bayang akan

peluang kepada

mengira luas

berlaku jika kamu meletakan

murid-murid untuk

permukaan

gambar rama-rama dekat dari

meramalkan dan

bayang-bayang”.

sumber cahaya?”

menyatakan kesan saiz
bayang yang akan

2. “Magic Light
Kit”.

14
terbentuk.

3. Kertas graf.

2. Guru mengedarkan

-Merujuk kepada lampiran 2
“melakarkan saiz bayang yang

kertas graf dan

Teknik CoRT1:

terbentuk”.

lembaran kerja

C&S (Consequence

kepada setiap

and sequel)

kumpulan.

-

Kesan dan akibat

3. Guru meminta muridmurid menampilkan

Nilai murni:

diri ke hadapan

Berhati-hati.

berkumpulan secara

Berjimat-cermat

bergilir-gilir untuk
membuat eksperimen.
- Murid-murid dapat

4. Guru membimbing

menyatakan nilai murni

murid-murid supaya

berhati-hati dan berjimat-

menyatakan

cermat dengan tepatnya.

kepentingan
keselamatan diri
sendiri sebelum
menggunakan bekalan
elektrik dan berjimat-

15
cermat semasa
menggunakan bekalan
elektrik.
-Murid-murid dapat

5. Guru membimbing

melakarkan bayang-bayang

murid-murid

yang terbentuk berdasarkan

Bekerjasama.

menyatakan nilai

eksperimen dengan betul.

Nilai murni:

murni (bekerjasama)
yang telah diamalkan

-Murid-murid dapat mengira

dalam kalangan murid

luas permukaan bayang

semasa aktiviti

berdasarkan eksperimen

kumpulan dijalankan.

dengan betul.

6. Guru mengarah
murid-murid

-Guru meminta murid-murid

menjalankan tugasan

menyatakan tujuan

masing-masing.

menjalankan eksperimen ini.
“Apakah tujuan untuk
meletakkan gambar rama-rama
dekat dari sumber cahaya?”

Teknik CoRT1:
AGO (Aim, Goals,
Objectives)

7. Guru meminta setiap
kumpulan untuk
membentangkan hasil
eksperimen.

-

Tujuan,
matlamat dan
objektif

8. Guru dan murid-

16
“Apakah tujuan untuk
meletakkan gambar rama-rama
jauh dari sumber cahaya?”

murid berbincang
tentang hasil
eksperimen.

“Apakah tujuan menjalankan
eksperimen tadi?”

-Murid-murid dapat

9. Guru meminta murid

menyatakan kesimpulan

untuk membuat

dengan tepat.

kesimpulan
berdasarkan
eksperimen yang telah
dijalankan.

10 minit

-Mengemukakan soalan tentang

1. Guru mempamerkan

ABBM:

faktor menyebabkan saiz bayang

power point dan

1. Komputer riba

berubah dengan power point.

mengadakan sesi soal

2. power point

jawab sebagai latihan
pengukuhan.
-Murid-murid menyatakan

2. Murid-murid

faktor yang menyebabkan

menjawab soalan yang

saiz bayang berubah dengan

guru.

merujuk lampiran
3“ soal jawab”).

dikemukakan oleh

tepat.

Slide power point

Teknik CoRT1:
APC(Alternatives,
Possibilities,

17
Choices)
- Alternatif,
Kemungkinan,
Pilihan

5 minit

Penutup:
-Sekarang cikgu minta kamu
semua balik rumah menyiapkan

Penutup:
-Murid-murid menjawab
soalan dengan betul.

1. Guru mengedarkan
lembaran kerja

Lembaran kerja
( rujuk lampiran 4).

buku kerja muka surat 30 dan

-Murid-murid dapat

kepada setiap murid

hantar pada hari esok.

menyatakan kesimpulan

sebagai latihan

Teknik CoRT1:

dengan tepat.

pengukuhan.

APC(Alternatives,Po

-Selain itu, cikgu juga pesan

2. Guru membincangkan

ssibilities, Choices)

kamu semua membuat ulangkaji

jawapan lembaran

- Alternatif,

dan membuat persediaan untuk

kerja bersama murid.

Kemungkinan,

topik yang akan disampaikan

3. Guru meminta murid-

pada pembelajaran yang akan

murid menyatakan isi

datang.

Pilihan

kandungan tajuk
pembelajaran hari ini.
-Murid-murid dapat
menyatakan nilai murni

4. Guru membimbing
murid-murid supaya

18
berterima kasih dengan

sentiasa berterima

Nilai murni:

tepatnya

kasih kepada anak

Berterima kasih

patung beruang yang
menemani mereka
belajar.
5. Guru mengarah
murid-murid supaya
menyiapkan tugasan

Buku kerja(muka

masing-masing dan

surat 30-32).

hantar pada hari
keesokkan.
6. Guru menyuruh
murid-murid
membuat ulang kaji
dan membuat
persediaan topik pada
pengajaran yang akan
datang.

19
TUGASAN
1. Membekalkan tugasan dalam buku kerja dari muka surat 30 ke 32.
2. Meminta murid-murid menghantar buku kerja pada tarikh 04 November 2013 pada jam 1.30 petang.
3. Meminta murid-murid membuat persediaan pada tajuk yang akan datang.

CATATAN PENYELIA / PEMBIMBING
__________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Penyelia / Pembimbing : _______________________

Nama :

20
Laporan CoRT 1
Kumpulan kami telah memilih Alat CoRT 1 dalam tajuk “Faktor yang
menyebabkan saiz bayang-bayang berubah ” bagi murid tahun 5 sebagai tugasan
kumpulan kami. CoRT 1 ini adalah alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses
berfikir

untuk

meluaskan

persepsi

sebelum

membuat

keputusan

atau

untuk

menyelesaikan masalah bagi tajuk “ Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang
berubah”.

Berikut adalah teknik-teknik CoRT 1 yang digunakan oleh kumpulan kami :

Langkah 1 :
Teknik CoRT1:
CAF (Consider All Faktor)
-

Ambil kira semua faktor

Miskonsepsi akan berlaku apabila guru menerangkan:
Apakah faktor yang menyebabkan saiz bayang berubah menjadi kecil?
Apakah faktor yang menyebabkan saiz bayang berubah menjadi besar?

Pada langkah 1 kumpulan kami telah menggunakan Teknik CoRT1: CAF (Consider All
Faktor) sebelum membuat keputusan sama ada saiz bayang berubah menjadi kecil atau
besar.

Mengapakah bayang-bayang terbentuk?
1.

Salah satu sifat cahaya ialah cahaya bergerak lurus.

2.

Sifat cahaya yang bergerak lurus menyebabkan bayang-bayang terbentuk apabila sinar
cahaya dihalang oleh objek yang legap.

3.

Bayang-bayang terbentuk pada kawasan yang bertentang dengan sumber cahaya.

4.

Bahan yang lutsinar dan lutcahaya tidak mempunyai bayang-bayang kerana bahan-bahan
ini membenarkan sinar cahaya melaluinya.
21
Dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang berubah ialah:
i. Jarak objek dengan sumber cahaya.
- semakin dekat objek itu dengan sumber cahaya, semakin besar bayang-bayangnya dan
sebaliknya.
- Oleh sebab, objek yang legap dekat dengan sumber cahaya menghalang lebih banyak
cahaya daripada bergerak lurus ke skrin.

ii. Jarak objek dengan skrin.
- Semakin dekat objek dengan skrin semakin kecil bayang-bayang objek itu dan
sebaliknya.
- Oleh sebab, objek yang legap dekat dengan skrin kurang menghalang cahaya daripada
bergerak lurus ke skrin.

CAF atau mengambil kira semua faktor, adalah satu alat untuk melatih kita
berfikir cara melihat atau mengambil semua faktor untuk memperluaskan sudut
pandangan kita. CAF membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang
penting, mengelakkan kita terlupa untuk memikirkan semua perkara yang penting.
Galakkan pelajar membuat CAF dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Di
dalam pelajaran ini pelajar-pelajar dikehendaki supaya menerokai dahulu setiap
aspek pada mana-mana situasi sebelum menerbitkan idea.
Tujuan latihan ini ialah supaya pelajar membuat tinjauan yang lengkap dan
menyeluruh apabila memikirkan faktor-faktor berkenaan sesuatu situasi. CAF
membuat kita luas pandangan. Biasanya apabila kita berfikir, otak kita menonong
menuju ke depan. Kita tidak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. Dalam
konteks kehidupan sehari-harian, semua faktor mesti kita cari sebelum membuat
sesuatu keputusan atau menyelesaikan masalah.

22
Langkah 2

Teknik CoRT1:
C&S (Consequence and sequel)
-

Kesan dan akibat

Pada langkah 2, guru akan menjalankan satu eksperimen. Guru telah memberikan
peluang kepada murid-murid untuk meramalkan kesan dan akibat yang akan berlaku jika
meletakkan gambar rama-rama jauh dari sumber cahaya dan meletakkan gambar ramarama dekat dari sumber cahaya.
Kemahiran ini menghendaki pelajar supaya memikirkan apa yang dijangka akan
berlaku selepas sesuatu keputusan yang diambil. Kesan-kesan dan akibat-akibat
keputusan tersebut diramalkan secara sistematik, iaitu kesan jangka pendek, jangka
sederhana dan jangka panjang. Barangkali, dalam kehidupan sehari-hari, C & S ialah alat
berfikir yang paling berguna. Selalunya, setelah kita habis berfikir, kita akan membuat
keputusan, pilihan, rancangan dan tindakan. Ia membantu kita untuk berfikir jauh ke
depan sebelum membuat sebarang keputusan.
Kita tidak mungkin dapat meramalkan masa depan dengan tepat. Kita tidak ada
maklumat sama sekali tentang masa depan. Maklumat hanya ada apabila telah berlaku.
Maka itulah sebabnya sangat penting supaya kita fikirkan masa depan bagi setiap
keputusan yang kita buat sekarang. Apabila kita sudah membuat pilihan, mari kita cuba
ramalkan apa akan jadi kalau kita teruskan rancangan kita itu. Apakah kesan-kesan
utama dan kesan-kesan sampingan yang akan kita hadapi dan apa yang akan terjadi
selanjutnya nanti. Murid-murid perlu ditekankan juga, sebelum kita membuat sebarang
pilihan dan keputusan, gunakan C & S ini untuk mendapat pilihan yang tepat. Begitu
juga ke atas semua alternatif yang ada di depan kita.

23
Teknik CoRT1:
AGO (Aim, Goals, Objectives)
-

Tujuan, matlamat dan objektif

Pada langkah 2 juga, guru meminta murid-murid menyatakan tujuan menjalankan
eksperimen. Seterusnya, guru meminta murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan
eksperimen yang telah dijalankan.
Sebelum eksperimen dijalankan, guru telah mengeluarkan beberapa soalan untuk
membimbing murid-muridnya menjawab soalan dan supaya mereka akan meneliti apa
yang berlaku semasa eksperimen dijalankan. Misalnya, soalan pertama, “Apakah tujuan
untuk meletakkan gambar rama-rama dekat dari sumber cahaya?” dan soalan keduanya,
“Apakah tujuan untuk meletakkan gambar rama-rama jauh dari sumber cahaya?” dan
soalan ketiganya, “Apakah tujuan menjalankan eksperimen tadi?”.
Latihan berfikir mengikut kaedah bertujuan (Aims), bermatlamat (Goals) dan
objektif (Objectives) atau ia dikenali sebagai AGO telah kumpulan kami aplikasikan
dalam langkah ini. Ini dapat memperluaskan sudut pandangan murid-murid dan
menolong mereka membuat fokos yang betul semasa berfikir serta menolong muridmurid sentiasa ingat tujuan asal mereka berfikir supaya mereka tidak lari daripada
matlamat yang hendak dicapai.
AGO menekankan pentingnya matlamat. Pelajar dikehendaki menyorot aspekaspek “oleh sebab” dan “supaya” untuk menjuruskan mereka berfikir cara memfokuskan
persoalan yang hendak diselesaikan. AGO mengelakkan murid-murid daripada
memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Mereka mesti ada fokus apabila
berfikir. Otak murid-murid jangan merewang-rewang, otak mereka sentiasa ingat pada
objektif mereka berfikir, fikir akan hasilnya yang hendak dicapai. Sebelum pelajar-pelajar
hendak membuat sesuatu perbincangan, berbincanglah dulu berkenaan AGO perbincangn
itu. Jadikan AGO itu fokus perbincangan, jangan lari atau menyeleweng daripada tajuk
perbincangan.

24
Langkah 3 dan Penutup:
Teknik CoRT1:
APC(Alternatives,Possibilities, Choices)
- Alternatif, Kemungkinan, Pilihan

Pada langkah 3 guru mempamerkan power point dan mengadakan sesi soal jawab
sebagai latihan pengukuhan. Guru akan mengemukakan soalan tentang faktor
menyebabkan saiz bayang berubah dengan power point pada langkah 3, maka muridmurid perlu menyatakan faktor yang menyebabkan saiz bayang berubah dengan tepat.
Pada penutup pula,

guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid

sebagai latihan pengukuhan, maka murid-murid menjawab soalan lembaran kerja dengan
betul dan dapat menyatakan kesimpulan dengan tepat.
APC(Alternatives,Possibilities, Choices) - Alternatif, Kemungkinan, Pilihan telah
digunakan oleh kumpulan kami dalam kedua-dua langkah ini. Kaedah yang disarankan
oleh Dr. Edward de Bono ialah satu alat kemahiran berfikir cara APC atau menggunakan
kaedah alternatif (alternatives), kemungkinan (Possibilities), piihan (Choices).
Alat ini digunakan supaya pelajar-pelajar dapat berfikir secara selari. Biasanya
kita berfikir mara ke depan. APC menghendaki kita memikirkan beberapa perkara
serentak. Alat ini melatih para pelajar menerbitkan pelbagai alternatif dan pilihan yang
terkeluar daripada yang biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan pemikiran yang beku
dan reaksi emosional. APC juga digunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan
persepsi. Apabila berfikir, otak selalu mahu cepat-cepat maju ke depan. “Nanti dulu”,
Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan lain. APC ialah alat yang memaksa kita
berhenti seketika sebelum otak maju ke depan.
Lembaran kerja memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk
melakukan kaedah kemahiran berfikir APC, disamping kemahiran-kemahiran lain yang
lebih awal. Di sini pelajar akan memahami kaedah itu bagi menjuruskan pemikiran
mereka untuk menyelesaikan masalah, menjawab soalan lembaran kerja dengan betul dan
membuat kesimpulan dengan tepat.

25
Kesimpulan :

Pada masa kini, peranan guru telah bertukar bukan lagi menumpukan tugas
mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi berusaha mengembangkan potensi murid secara
menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi insan yang berilmu
pengetahuan serta berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta
menjadi insan yang berguna untuk pembangunan Negara.

Untuk menghadapi cabaran-cabaran dan melaksanakan tugas-tugas secara
profesional serta dengan penuh keyakinan, adalah perlu bagi guru berinovatif dengan
menghayati ciri kemahiran berfikir dan memasukkan unsur-unsur penyebatian pemikiran
dalam pengajaran serta berusaha menguasainya dengan baik terutamanya dalam membuat
sebarang keputusan.

Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat
dalam CoRT dan setiap alat mempunayi kelebihan untuk mengurangkan kesilapan
berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut
fungsinya.

Bidang kemahiran berfikir ini merupakan satu daripada elemen utama dalam mata
pelajaran

Kemahiran

Generik.

Bidang

kemahiran

berfikir

dirancang

untuk

menghasilkan pelajar yang dapat menguasai kecekapan dan keupayaan minda untuk
berfikir secara kritis dan kreatif.

Tugasan ini akan menekankan teori dan aplikasi kemahiran berfikir dalam
pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mempunyai matlamat
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Adalah diharapkan penguasaan kemahiran berfikir dapat membantu pelajar untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam menangani tugas-tugas dan
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang hayat kerjaya mereka. Antara
26
cabaran-cabaran ini termasuklah perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang dan
perubahan persekitaran yang pesat. Keadaaan ini perlu dihadapi dengan sikap yang
positif dan pemikiran yang kritis dan kreatif. Sikap dan pemikiran begini akan dapat
mencetuskan budaya ilmu yang kukuh.

Tambahan pula, pelajar-pelajar ini dapat menyebatikan kemahiran berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran nanti supaya murid-murid juga dapat didedahkan
kepada KBKK demi menyahut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan
2020. Penguasaan kemahiran berfikir juga akan memenuhi Falsafah Pendidikan Guru

27
Lampiran 1

Faktor yang
menyebabkan saiz
bayang-bayang
berubah

Kesimpulan:
Apabila objek dekat
dengan sumber cahaya,
saiz bayang-bayang adalah
besar.

Sila lihat Video 1

Sila lihat Video 2

Kesimpulan:

Apabila objek jauh dari
sumber cahaya, saiz
bayang-bayang adalah
kecil.

28
Lampiran 2
Nama : ________________
Kelas : 5 (

Tarikh:_______________

)

Tema 2 : Menyiasat Daya Dan Tenaga
Topik 3 : Cahaya
Tajuk : Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah

1. Jalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang.
Sediakan radas kemudian letakkan objek pada jarak yang ditetapkan dari sumber
cahaya mengikut kumpulan masing-masing. Lukis bayang-bayang pada sekeping kertas
graf dan tampalkan kertas graf pada papan putih .

Kumpulan 1 : 10 cm
Kumpulan 2 : 20 cm
Kumpulan 3 : 30 cm
Kumpulan 4 : 40 cm

2. Seterusnya, murid-murid mencatatkan hasil eksperimen
Jarak (cm)
Luas permukaan bayang-bayang (

3.

10 cm

20 cm

30 cm

40 cm

)

Dalam eksperimen itu, apa yang perlu diubah ? Letakkan (/) dalam kotak.

a) Luas permukaan bayang-bayang

b) Jarak antara objek dengan sumber cahay

29
Lampiran 3

1.Apabila jarak di antara
objek dengan sumber
cahaya bertambah, saiz
bayang-bayang
A.Berkurang
B.Bertambah
C.Tidak berubah

2.Apabila objek dekat
dengan sumber cahaya,
saiz bayang-bayang adalah

A. Kecil
B. Besar
C. Sederhana

4. Apabila objek jauh dari
sumber cahaya,
saiz bayang-bayang
adalah

A. Kecil
B. Besar
C. Sederhana

3.Apabila jarak di antara
objek dengan sumber
cahaya berkurang, saiz
bayang-bayang

A. Berkurang
B. Tidak berubah
C. Bertambah

Jarak antara objek
dengan sumber
cahaya(cm)

Tinggi bayangbayang(cm)

10
15
20
25

20
15
10
5

5.Dalam eksperimen ini,
nyatakan apakah yang
diubah dan apakah yang
diperhatikan?

 BETUL

 Cuba lagi

30
Lampiran 4
Lembaran Kerja
Nama : ________________________

Kelas :5(

)

Tarikh:_______________
Tajuk : Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah
Isi tempat kosong
1. Apabila jarak di antara objek dengan sumber cahaya berkurang, saiz
bayang-bayang ___________________.
2. Apabila objek dekat dengan sumber cahaya, saiz bayang-bayang
adalah ___________________.
3. Apabila jarak di antara objek dengan sumber cahaya bertambah, saiz
bayang-bayang ____________________.
4. Apabila objek jauh dari sumber cahaya, saiz bayang-bayang adalah
____________________.
Jawab semua soalan
Jarak antara objek dengan sumber

Tinggi bayang-bayang (cm)

cahaya (cm)
10
15

15

20

10

25

1.

20

5

Dalam eksperimen ini, nyatakan…..
a)
b)

Apakah yang diubah:_________________________________________________

c)
2.

Apakah yang ditetapkan:_____________________________________________
Apakah yang diperhatikan:____________________________________________

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?
_____________________________________________________________________________

31
Refleksi
Kami amat bersyukur kerana dapat peluang ini untuk mengenali lebih mendalam tentang
pengetahuan dan kemahiran tumpuan dalam bidang sains yang telah lama ditinggalkan
oleh kami sejak ketinggalan dari sekolah menengah.
Di sepanjang kuliah ini, kami telah berkenalan dengan pensyarah kami iaitu Encik
Tan King Hyiang yang mengajar kami di sepanjang semester ini dalam subjek Kemahiran
Tumpuan Dalam Sains. Encik Tan telah memberikan tugasan dan kami diberi pilihan
untuk mencari ahli kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan tugasan yang
diberikan. Ahli kumpulan kami terdiri daripada 5 orang iaitu Ang You Koon sebagai
ketua kumpulan, manakala ahli kumpulan iaitu Cho Siow Yeng, Hong Sur Chang, Kong
Woon Siew dan juga Lim Siew Hui.
Setelah tugasan diberikan, kami telah mengadakan satu perjumpaan dan
perbincangan mengenai tugasan yang diberikan. Setiap ahli kumpulan kami saling
bekerjasama dalam melakukan tugasan dengan baik sekali. Bukan itu sahaja, kami juga
dapat berkomunikasi dengan baik dan bersefahaman diantara semua ahli kumpulan.
Tambahan pula, semua ahli kumpulan dapat memberikan idea-idea yang bernas dan
bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugasan.
Selepas mengikuti kuliah ini, kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami
dalam bidang sains ini. Ini adalah amat penting dan berguna untuk seorang guru sains.
Walaupun kami hanya seorang guru sains di sekolah rendah, tetapi ilmu-ilmu ini dapat
dijadikan sebagai rujukan dan panduan semasa kami menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Pengetahuan-pengetahuan yang telah kami dapati di sepanjang kuliah ini adalah
seperti alat berfikir Cort 1 dan model sistem 4Mat. Alat berfikir Cort adalah
diperkenalkan oleh Edward de Bono pada tahun 1970-an dan beliau telah
memperkenalkan 6 cort. Cort adalah bermaksud Cognitive Research Trust. Cort 1
bertujuan untuk meluaskan persepsi atau pandangan seseorang tentang sesuatu idea dan
dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Model sistem
4Mat pula dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy, terdapat empat jenis pelajar berikut iaitu
pelajar imaginatif, pelajar analitik, pelajar praktik dan pelajar dinamik.
Kami juga diberi peluang untuk merancangkan satu rancangan mengajar yang
berkaitan dengan bidang sains dan perlulah masukan salah satu jenis alat berfikir dalam
32
rancangan mengajar harian tersebut. Kumpulan kami telah menyediakan rancangan
mengajar harian dengan tajuk “Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah”
dengan alat berfikir Cort 1. Objektif kami adalah pada akhir pembelajaran dan pengajaran
murid-murid dapat melakarkan bayang-bayang pada kertas graf dengan tepat berdasarkan
eksperimen yang dijalankan; mengira luas permukaan bayang-bayang dengan tepat
berdasarkan eksperimen yang dijalankan dan menyatakan faktor yang menyebabkan saiz
bayang-bayabg berubah dengan betul .
Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran, kumpulan kami telah
menyediakan satu alat bahan bantu mengajar iaitu “magic light kit”. “Magic light kit” ini
adalah reka cipta ahli kumpulan kami. Kit ini direka untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran, menarik minat murid-murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat membantu mencapaikan objektif
pembelajaran dan pengajaran yang telah ditetapkan dalam rancangan mengajar harian
dengan berkesan. Bentuk “Magic light kit” yang direka oleh kami adalah bentuk kotak
yang ringan, ini adalah senang diangkat dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan kit
ini amat mudah digunakan. Kit ini juga boleh diguna pakai dalam topik cahaya; buruj;
serta topik bumi, bulan dan matahari.
Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah kami, Encik Tan. Cara-cara penyampaian yang beliau gunakan semasa
kuliah amat menarik dan senang difahami. Encik Tan telah menyediakan slaid power
point yang ringkas dan tepat serta gambar-gambar yang berkaitan semasa kuliah. Ini telah
banyak membantu kami dalam memahami dan mengingati nota-nota yang disampaikan
oleh beliau. Beliau juga mengemukakan pelbagai-bagai jenis soalan untuk dijawab oleh
kami supaya dapat memahami dengan lebih mendalam. Selain itu, Encik Tan juga
mengajar kami cara-cara menghasilkan slaid power point yang berkualiti tinggi dan amat
berguna untuk kami semua bukan sahaja dalam bidang sains tetapi sesuai digunakan
untuk bidang yang lain.
Akhir sekali, kami berasa gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang amat
berguna untuk kami di sepanjang kuliah ini. Kami berjanji kami akan menggunakan ilmu
yang kami belajari ini untuk mendidik anak murid kita dengan penuh semangat.

33
Rujukan

Abdul Rahman Aroth dan Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan . Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti, Sdn. Bhd.
Abu Zahari Abu Bakar (1992) Psikologi Pendidikan Untuk Guru , Petaling Jaya: Delta.
Ainon dan Abdullah Hassan (1995 ). Kursus Berfikir Peringkat Tinggi . Kuala Lumpur :
Utusan Pub.
Ainon dan Abdullah Hassan (1995). Teknik Berfikir: Konsep dan Proses . Kuala Lumpur :
Utusan Pub.
Bloom, B. S. Et. (1956). Taxonomi of Educational Objectives : 1 st Cognitive Domain .
London : Longman.
DeBono, E. (1981 ). Cort Thinking : Cort I-VI. Oxford : Pergamon Press.
Hazil Abd. Hamid dan Kamaruddin. (1991). Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Hewit, J.S. & Whittier, K. S. (1997). Teaching Methods for Today's School :
Collaboration and Inclusion . Boston : Allyn & Bacon.
Mohamed Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan , Skudai: Penerbit UTM.
Mohd Nashuha Jamidin dan Rakan (1995). Kemahiran Berfikir dan Belajar . Shah Alam:
Fajar Bakti.
Philips, J. A. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir : Teori dan Amalan . Kuala
Lumpur :

Utusan Pub.

Som Hj. Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan

Kreatif (KBKK) . Kuala Lumpur : Longman.

34
35

More Related Content

What's hot

Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaIrwan Nazarudin
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRISiti Ayu Megawati
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranNorlelaAlim
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnersehafbi
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahZuzan Michael Japang
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianHon Shan Shan
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 

What's hot (20)

Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi PendidikanPengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Taburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung NormalTaburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung Normal
 
Gamifikasi
GamifikasiGamifikasi
Gamifikasi
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardner
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
 
Rph matematik-pendidikan-khas
Rph matematik-pendidikan-khasRph matematik-pendidikan-khas
Rph matematik-pendidikan-khas
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaian
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 

Similar to RANCANGAN

Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Tan Pei Gyan
 
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Rosdi Ramli
 
05 Problem Solving (Kewirausahaan)
05 Problem Solving (Kewirausahaan)05 Problem Solving (Kewirausahaan)
05 Problem Solving (Kewirausahaan)Pristiyanto SS
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Fara Megat
 
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisismenggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisisrobby chandra
 
Organizational training #1 organization development
Organizational training #1   organization developmentOrganizational training #1   organization development
Organizational training #1 organization developmentFirmansyah Ashari
 
Enam tahap dalam proses riset
Enam tahap dalam proses risetEnam tahap dalam proses riset
Enam tahap dalam proses risetImam Dermawan
 
Perencanaan Jadwal Kerja dan Kepanitiaan.pptx
Perencanaan Jadwal Kerja dan Kepanitiaan.pptxPerencanaan Jadwal Kerja dan Kepanitiaan.pptx
Perencanaan Jadwal Kerja dan Kepanitiaan.pptxanarafikayati1
 
Review design sprint
Review design sprintReview design sprint
Review design sprintPUTRISAMAN1
 
Silabus Training "Effective Mastering PROBLEM & Analysis"
Silabus Training "Effective  Mastering  PROBLEM & Analysis"Silabus Training "Effective  Mastering  PROBLEM & Analysis"
Silabus Training "Effective Mastering PROBLEM & Analysis"Kanaidi ken
 
Organizational training #1 organization development
Organizational training #1   organization developmentOrganizational training #1   organization development
Organizational training #1 organization developmentFirmansyah Ashari
 
A workshop leading and managing ormawa
A workshop leading and managing ormawaA workshop leading and managing ormawa
A workshop leading and managing ormawamarham hadi
 
Laporan hp 5
Laporan hp 5Laporan hp 5
Laporan hp 5salimomo
 
Presentation teknik menyoal aras tinggi
Presentation teknik menyoal aras tinggiPresentation teknik menyoal aras tinggi
Presentation teknik menyoal aras tinggifariezzaim95
 
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalahSemut Hitam
 
Laporan hp 5 full
Laporan hp 5 fullLaporan hp 5 full
Laporan hp 5 fullsalimomo
 

Similar to RANCANGAN (20)

Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
 
Bab 5.2
Bab 5.2Bab 5.2
Bab 5.2
 
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
 
05 Problem Solving (Kewirausahaan)
05 Problem Solving (Kewirausahaan)05 Problem Solving (Kewirausahaan)
05 Problem Solving (Kewirausahaan)
 
PENERAPAN KONSEP PDCA.pdf
PENERAPAN KONSEP PDCA.pdfPENERAPAN KONSEP PDCA.pdf
PENERAPAN KONSEP PDCA.pdf
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
 
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisismenggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
 
Organizational training #1 organization development
Organizational training #1   organization developmentOrganizational training #1   organization development
Organizational training #1 organization development
 
menggali-potensi-diri.ppt
menggali-potensi-diri.pptmenggali-potensi-diri.ppt
menggali-potensi-diri.ppt
 
Enam tahap dalam proses riset
Enam tahap dalam proses risetEnam tahap dalam proses riset
Enam tahap dalam proses riset
 
Perencanaan Jadwal Kerja dan Kepanitiaan.pptx
Perencanaan Jadwal Kerja dan Kepanitiaan.pptxPerencanaan Jadwal Kerja dan Kepanitiaan.pptx
Perencanaan Jadwal Kerja dan Kepanitiaan.pptx
 
Review design sprint
Review design sprintReview design sprint
Review design sprint
 
Silabus Training "Effective Mastering PROBLEM & Analysis"
Silabus Training "Effective  Mastering  PROBLEM & Analysis"Silabus Training "Effective  Mastering  PROBLEM & Analysis"
Silabus Training "Effective Mastering PROBLEM & Analysis"
 
Organizational training #1 organization development
Organizational training #1   organization developmentOrganizational training #1   organization development
Organizational training #1 organization development
 
A workshop leading and managing ormawa
A workshop leading and managing ormawaA workshop leading and managing ormawa
A workshop leading and managing ormawa
 
Laporan hp 5
Laporan hp 5Laporan hp 5
Laporan hp 5
 
Presentation teknik menyoal aras tinggi
Presentation teknik menyoal aras tinggiPresentation teknik menyoal aras tinggi
Presentation teknik menyoal aras tinggi
 
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
20140414111308 topik 8 alat penyelesaian masalah
 
Laporan hp 5 full
Laporan hp 5 fullLaporan hp 5 full
Laporan hp 5 full
 
PENILAIAN DALAM PJ
PENILAIAN DALAM PJPENILAIAN DALAM PJ
PENILAIAN DALAM PJ
 

Recently uploaded

Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 

Recently uploaded (20)

Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 

RANCANGAN

  • 1. LAPORAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DAN JUSTIFIKASI CoRT 1 Nama Ahli Kumpulan: Bil Nama 1 (K) Ang You Koon 2 Cho Siow Yeng 3 Hong Sur Chang 4 Kong Woon Siew 5 Lim Siew Hui No. Matrik DB100502 DB100551 BD100677 DB100555 BD100488 TUGASAN KUMPULAN: Kumpulan 10 NAMA PENSYARAH: Dr TAN KING HYIANG 1
  • 2. Isi kandungan Perkara Muka Surat Penghargaan 1 Pengenalan CoRT 1 2-5 7 Teknik CoRT 1 6-7 Rancangan Mengajar Harian 8 - 18 Laporan CoRT 1 19 – 23 Kesimpulan 24 – 25 Lampiran 1 26 Lampiran 2 27 Lampiran 3 28 Lampiran 4 29 Manual Penggunaan BBM 30 – 45 Refleksi 46- 47 Rujukan 48 2
  • 3. Kami bersyukur dapatlah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr. Tan King Hyiang kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan tugasan. Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pustakawan UTHM dan pembantu-pembantu lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami menjalankan tugasan. Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat tugasan dan laporan di UTHM. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman ini merupakan satu pengalaman baru dan cukup menarik bagi kumpulan kami yang tidak akan kami lupakan. Sekian, terima kasih. 3
  • 4. Pengenalan CoRT 1 Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge. Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian CoRT, iaitu; 1. CoRT 1 : keluasan persepsi. 2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir. 3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis. 4. CoRT 4 : pemikiran kreatif. 5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan. 6. CoRT 6 : tindakan. Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. Marcapada ini, Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikirini. Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan 4
  • 5. guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal. Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan,Peta minda,Pengurusan Grafik dan CoRT Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir secaramendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya, Soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai Pengurusan Lisan. Definisi CoRT CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRT menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas. Alat Berfikir : Cognitive Research Trust 1 ( CoRT 1 ) Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan atau untuk menyelesaikan masalah. Alat-alat tersebut ialah: 1. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Interesting (PMI)] B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea. B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea. M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea. Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. 5
  • 6. 2. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)] Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja. 3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)] Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan. Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar. 4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)] Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi kita atau kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya. 5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)] Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk 6
  • 7. tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak. 6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices (APC)] Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini. 7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)] Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandangan orang lain dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza. 7
  • 8. Cort 1 ada 7 teknik Bil Teknik Cort 1 PMI (Plus Minus Interesting) disebut PMI (Baik Buruk Menarik) 2 CAF (Consider All Factors) ambil kira semua faktor sebelum buat keputusan Langkah Perlaksanaan Luas fikiran tentang cadangan, idea dengan : senaraikan semua yang baik, buruk,menarik  membuat keputusan berdasarkan penilaian di atas    3 C & S (Consequence and Sequel) Kesan dan akibat   4 AGO (Anis, goals,objective) Tujuan,matlamat, objektif  mesti jelas elak terpesong  senaraikan semua faktor membuat pertimbangan setiap faktor (serentak – baik/buruk) menentukan keputusan Contoh Perlaksanaan Jangkamasa sekolah dilanjut kepada pukul 5 petang Semua pelajar Universiti memakai uniform meneliti kesan jangka Komputer menggantikan guru panjang dan pendek yang akan berlaku utk tindakan yg diambil. kesan ikut jangka masa a) j/masa terdekat = 5 tahun b) j/masa panjang > 5 tahun sentiasa fokus dan menumpukan perhatian kepada Rancangan Hari Kantin. Apakah AGOnya? 8
  • 9.   tujuan asal dengan bertanya apa AGO rancangan kita? bersifat khusus(spesifik) bersifat realistic dan boleh diukur (guna kata kerja) **AGO yang baik – terdapat pkr tindakan yang komprehensif (jelas) ***digunakan bersama CAF dan C&S (senaraikan seberapa banyak yang boleh rancang dan menilai semua idea dari pelbagai sudut dan perspektif ). 5 FIP (First,Important,Priorities) Utama, Penting, Prioriti  mengenalpasti dan menentukan yang terpenting yang perlukan tindakan (keutamaan). Merancang perbelanjaan bulanan 6 APC (Alternative, Possibilities,Choices) Alternatif,Kemungkinan,Pilihan  Memikirkan beberapa kemungkinan serentak dalam menyelesaikan masalah. Kemerosotan pencapaian pelajar – cari penyelesaiannya 7 OPV (Other People’s View) Pandangan orang lain – setiap orang ada pandangan berbeza  Mengambilkira pandangan orang lain semasa membuat keputusan.Bagaimana keputusan ini akan mempengaruhi orang lain. Umur bersara dinaikkan kpd 65 tahun 9
  • 10. RANCANGAN MENGAJAR HARIAN Mata Pelajaran : 03-11-13 Tingkatan/Kelas : 5 A Bil. Pelajar : 58 orang Tempat Masa 11:00a.m-12:00p.m TAJUK : Sains : BlockG E1 : Tarikh : Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid-murid dapat: 1) Melakarkan bayang-bayang pada kertas graf dengan tepat berdasarkan eksperimen yang dijalankan . 2) Mengira luas permukaan bayang-bayang dengan tepat berdasarkan eksperimen yang dijalankan. 3) Menyatakan faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah dengan betul. 4) Menjawab soalan lembaran kerja dengan betul. PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID Murid-murid pernah melihat bayang sendiri. ALAT BERFIKIR: AGO, C&S ,CAF,dan APC 10
  • 11. ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) “Magic Light Kit” , lembaran kerja, kertas graf, lampu suluh, anak patung, power point, komputer riba. PENGURUSAN KELAS/LANGKAH KESELAMATAN 1. Keadaan kerusi meja yang teratur dan sistematik. 2. Memastikan suis elektrik berfungsi dengan baik. PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI 1. Berjimat cermat. 2. Bekerjasama. 3. Hormat-menghormati. 4. Menjaga keselamatan diri. 5. Berterima kasih. SESI PENGAJARAN Masa 5 minit Isi Pelajaran Hasil Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pengenalan/Pra Pengajaran : -Murid-murid dapat membalas Apa khabar, murid? salam dan menyiapkan diri kepada murid dan supaya fokus untuk murid-murid pembelajaran berikutnya. Catatan membalas salam. Murid-murid mengemaskan meja mereka masing-masing. 1. Guru memberi salam Nilai murni: Menghormati Guru. 2. Guru menyuruh murid-murid supaya duduk di tempat masing-masing dan 11
  • 12. mengemaskan meja mereka untuk persiapan memulakan pembelajaran. 5 minit Set Induksi: Guru menyiarkan lagu”Kungfu Fighting ”. Murid-murid dapat 1. Guru ABBM: Guru memegang anak patung untuk membuat persembahan tarian. memperkenalkan 1. Anak patung. menyatakan perubahan saiz - memerhatikan dan kawan yang baru 2. Lampu suluh. bayang pada skrin dengan bernama “ Adik 3. Komputer tepat. Comel”. riba 2. Guru memancarkan - Guru mengarahkan muridmurid menyatakan apa yang telah diperhatikan pada skrin. sumber cahaya pada anak patung yang menari untuk membentuk bayangbayang di atas skrin dengan iringan muzik. 3. Guru mengarah murid-murid memerhatikan saiz 12
  • 13. bayang yang terbentuk pada skrin. 4. Guru meminta muridmurid menyatakan perubahan bayang yang berlaku pada anak patung tersebut. 5. Guru menyatakan tajuk pembelajaran hari ini. Masa 10 minit Penyampaian isi : “Apakah faktor yang -Murid dapat menjawab soalan dengan tepat. 1. Guru memberikan ABBM: 1. Komputer riba murid-murid untuk menyebabkan saiz bayang peluang kepada 2. Power point “Apakah faktor yang menyebabkan saiz bayang menjadi kecil?” -Murid-murid dapat menyatakan faktor menyebut faktor yang menjadi besar?” yang menyebabkan Slide power point menyebabkan saiz bayang saiz bayang-bayang merujuk kepada pada skrin berubah dengan berubah. lampiran 1 “Faktor tepat. yang menyebabkan saiz bayang 13
  • 14. berubah”. Slide power point Teknik CoRT1: CAF (Consider All Factor) - Ambil kira semua faktor Masa Penyampaian isi : 20 minit - Memberikan peluang 1. Guru membahagikan ABBM: kepada murid-murid untuk murid-murid kepada “Apakah kesan bayang akan meramalkan lalu empat kumpulan. berlaku jika kamu meletakan menyatakan kesan saiz gambar rama-rama jauh dari bayang yang akan terbentuk langkah-langkah “melakarkan sumber cahaya?” sebelum menjalankan eksperimen. saiz bayang yang eksperimen. 2. Guru menjelaskan 1. Lembaran kerja merujuk kepada lampiran 2 3. Guru memberikan terbentuk dan “Apakah kesan bayang akan peluang kepada mengira luas berlaku jika kamu meletakan murid-murid untuk permukaan gambar rama-rama dekat dari meramalkan dan bayang-bayang”. sumber cahaya?” menyatakan kesan saiz bayang yang akan 2. “Magic Light Kit”. 14
  • 15. terbentuk. 3. Kertas graf. 2. Guru mengedarkan -Merujuk kepada lampiran 2 “melakarkan saiz bayang yang kertas graf dan Teknik CoRT1: terbentuk”. lembaran kerja C&S (Consequence kepada setiap and sequel) kumpulan. - Kesan dan akibat 3. Guru meminta muridmurid menampilkan Nilai murni: diri ke hadapan Berhati-hati. berkumpulan secara Berjimat-cermat bergilir-gilir untuk membuat eksperimen. - Murid-murid dapat 4. Guru membimbing menyatakan nilai murni murid-murid supaya berhati-hati dan berjimat- menyatakan cermat dengan tepatnya. kepentingan keselamatan diri sendiri sebelum menggunakan bekalan elektrik dan berjimat- 15
  • 16. cermat semasa menggunakan bekalan elektrik. -Murid-murid dapat 5. Guru membimbing melakarkan bayang-bayang murid-murid yang terbentuk berdasarkan Bekerjasama. menyatakan nilai eksperimen dengan betul. Nilai murni: murni (bekerjasama) yang telah diamalkan -Murid-murid dapat mengira dalam kalangan murid luas permukaan bayang semasa aktiviti berdasarkan eksperimen kumpulan dijalankan. dengan betul. 6. Guru mengarah murid-murid -Guru meminta murid-murid menjalankan tugasan menyatakan tujuan masing-masing. menjalankan eksperimen ini. “Apakah tujuan untuk meletakkan gambar rama-rama dekat dari sumber cahaya?” Teknik CoRT1: AGO (Aim, Goals, Objectives) 7. Guru meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil eksperimen. - Tujuan, matlamat dan objektif 8. Guru dan murid- 16
  • 17. “Apakah tujuan untuk meletakkan gambar rama-rama jauh dari sumber cahaya?” murid berbincang tentang hasil eksperimen. “Apakah tujuan menjalankan eksperimen tadi?” -Murid-murid dapat 9. Guru meminta murid menyatakan kesimpulan untuk membuat dengan tepat. kesimpulan berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan. 10 minit -Mengemukakan soalan tentang 1. Guru mempamerkan ABBM: faktor menyebabkan saiz bayang power point dan 1. Komputer riba berubah dengan power point. mengadakan sesi soal 2. power point jawab sebagai latihan pengukuhan. -Murid-murid menyatakan 2. Murid-murid faktor yang menyebabkan menjawab soalan yang saiz bayang berubah dengan guru. merujuk lampiran 3“ soal jawab”). dikemukakan oleh tepat. Slide power point Teknik CoRT1: APC(Alternatives, Possibilities, 17
  • 18. Choices) - Alternatif, Kemungkinan, Pilihan 5 minit Penutup: -Sekarang cikgu minta kamu semua balik rumah menyiapkan Penutup: -Murid-murid menjawab soalan dengan betul. 1. Guru mengedarkan lembaran kerja Lembaran kerja ( rujuk lampiran 4). buku kerja muka surat 30 dan -Murid-murid dapat kepada setiap murid hantar pada hari esok. menyatakan kesimpulan sebagai latihan Teknik CoRT1: dengan tepat. pengukuhan. APC(Alternatives,Po -Selain itu, cikgu juga pesan 2. Guru membincangkan ssibilities, Choices) kamu semua membuat ulangkaji jawapan lembaran - Alternatif, dan membuat persediaan untuk kerja bersama murid. Kemungkinan, topik yang akan disampaikan 3. Guru meminta murid- pada pembelajaran yang akan murid menyatakan isi datang. Pilihan kandungan tajuk pembelajaran hari ini. -Murid-murid dapat menyatakan nilai murni 4. Guru membimbing murid-murid supaya 18
  • 19. berterima kasih dengan sentiasa berterima Nilai murni: tepatnya kasih kepada anak Berterima kasih patung beruang yang menemani mereka belajar. 5. Guru mengarah murid-murid supaya menyiapkan tugasan Buku kerja(muka masing-masing dan surat 30-32). hantar pada hari keesokkan. 6. Guru menyuruh murid-murid membuat ulang kaji dan membuat persediaan topik pada pengajaran yang akan datang. 19
  • 20. TUGASAN 1. Membekalkan tugasan dalam buku kerja dari muka surat 30 ke 32. 2. Meminta murid-murid menghantar buku kerja pada tarikh 04 November 2013 pada jam 1.30 petang. 3. Meminta murid-murid membuat persediaan pada tajuk yang akan datang. CATATAN PENYELIA / PEMBIMBING __________________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________ Tandatangan Penyelia / Pembimbing : _______________________ Nama : 20
  • 21. Laporan CoRT 1 Kumpulan kami telah memilih Alat CoRT 1 dalam tajuk “Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah ” bagi murid tahun 5 sebagai tugasan kumpulan kami. CoRT 1 ini adalah alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan atau untuk menyelesaikan masalah bagi tajuk “ Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah”. Berikut adalah teknik-teknik CoRT 1 yang digunakan oleh kumpulan kami : Langkah 1 : Teknik CoRT1: CAF (Consider All Faktor) - Ambil kira semua faktor Miskonsepsi akan berlaku apabila guru menerangkan: Apakah faktor yang menyebabkan saiz bayang berubah menjadi kecil? Apakah faktor yang menyebabkan saiz bayang berubah menjadi besar? Pada langkah 1 kumpulan kami telah menggunakan Teknik CoRT1: CAF (Consider All Faktor) sebelum membuat keputusan sama ada saiz bayang berubah menjadi kecil atau besar. Mengapakah bayang-bayang terbentuk? 1. Salah satu sifat cahaya ialah cahaya bergerak lurus. 2. Sifat cahaya yang bergerak lurus menyebabkan bayang-bayang terbentuk apabila sinar cahaya dihalang oleh objek yang legap. 3. Bayang-bayang terbentuk pada kawasan yang bertentang dengan sumber cahaya. 4. Bahan yang lutsinar dan lutcahaya tidak mempunyai bayang-bayang kerana bahan-bahan ini membenarkan sinar cahaya melaluinya. 21
  • 22. Dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang berubah ialah: i. Jarak objek dengan sumber cahaya. - semakin dekat objek itu dengan sumber cahaya, semakin besar bayang-bayangnya dan sebaliknya. - Oleh sebab, objek yang legap dekat dengan sumber cahaya menghalang lebih banyak cahaya daripada bergerak lurus ke skrin. ii. Jarak objek dengan skrin. - Semakin dekat objek dengan skrin semakin kecil bayang-bayang objek itu dan sebaliknya. - Oleh sebab, objek yang legap dekat dengan skrin kurang menghalang cahaya daripada bergerak lurus ke skrin. CAF atau mengambil kira semua faktor, adalah satu alat untuk melatih kita berfikir cara melihat atau mengambil semua faktor untuk memperluaskan sudut pandangan kita. CAF membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting, mengelakkan kita terlupa untuk memikirkan semua perkara yang penting. Galakkan pelajar membuat CAF dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Di dalam pelajaran ini pelajar-pelajar dikehendaki supaya menerokai dahulu setiap aspek pada mana-mana situasi sebelum menerbitkan idea. Tujuan latihan ini ialah supaya pelajar membuat tinjauan yang lengkap dan menyeluruh apabila memikirkan faktor-faktor berkenaan sesuatu situasi. CAF membuat kita luas pandangan. Biasanya apabila kita berfikir, otak kita menonong menuju ke depan. Kita tidak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. Dalam konteks kehidupan sehari-harian, semua faktor mesti kita cari sebelum membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan masalah. 22
  • 23. Langkah 2 Teknik CoRT1: C&S (Consequence and sequel) - Kesan dan akibat Pada langkah 2, guru akan menjalankan satu eksperimen. Guru telah memberikan peluang kepada murid-murid untuk meramalkan kesan dan akibat yang akan berlaku jika meletakkan gambar rama-rama jauh dari sumber cahaya dan meletakkan gambar ramarama dekat dari sumber cahaya. Kemahiran ini menghendaki pelajar supaya memikirkan apa yang dijangka akan berlaku selepas sesuatu keputusan yang diambil. Kesan-kesan dan akibat-akibat keputusan tersebut diramalkan secara sistematik, iaitu kesan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Barangkali, dalam kehidupan sehari-hari, C & S ialah alat berfikir yang paling berguna. Selalunya, setelah kita habis berfikir, kita akan membuat keputusan, pilihan, rancangan dan tindakan. Ia membantu kita untuk berfikir jauh ke depan sebelum membuat sebarang keputusan. Kita tidak mungkin dapat meramalkan masa depan dengan tepat. Kita tidak ada maklumat sama sekali tentang masa depan. Maklumat hanya ada apabila telah berlaku. Maka itulah sebabnya sangat penting supaya kita fikirkan masa depan bagi setiap keputusan yang kita buat sekarang. Apabila kita sudah membuat pilihan, mari kita cuba ramalkan apa akan jadi kalau kita teruskan rancangan kita itu. Apakah kesan-kesan utama dan kesan-kesan sampingan yang akan kita hadapi dan apa yang akan terjadi selanjutnya nanti. Murid-murid perlu ditekankan juga, sebelum kita membuat sebarang pilihan dan keputusan, gunakan C & S ini untuk mendapat pilihan yang tepat. Begitu juga ke atas semua alternatif yang ada di depan kita. 23
  • 24. Teknik CoRT1: AGO (Aim, Goals, Objectives) - Tujuan, matlamat dan objektif Pada langkah 2 juga, guru meminta murid-murid menyatakan tujuan menjalankan eksperimen. Seterusnya, guru meminta murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan. Sebelum eksperimen dijalankan, guru telah mengeluarkan beberapa soalan untuk membimbing murid-muridnya menjawab soalan dan supaya mereka akan meneliti apa yang berlaku semasa eksperimen dijalankan. Misalnya, soalan pertama, “Apakah tujuan untuk meletakkan gambar rama-rama dekat dari sumber cahaya?” dan soalan keduanya, “Apakah tujuan untuk meletakkan gambar rama-rama jauh dari sumber cahaya?” dan soalan ketiganya, “Apakah tujuan menjalankan eksperimen tadi?”. Latihan berfikir mengikut kaedah bertujuan (Aims), bermatlamat (Goals) dan objektif (Objectives) atau ia dikenali sebagai AGO telah kumpulan kami aplikasikan dalam langkah ini. Ini dapat memperluaskan sudut pandangan murid-murid dan menolong mereka membuat fokos yang betul semasa berfikir serta menolong muridmurid sentiasa ingat tujuan asal mereka berfikir supaya mereka tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai. AGO menekankan pentingnya matlamat. Pelajar dikehendaki menyorot aspekaspek “oleh sebab” dan “supaya” untuk menjuruskan mereka berfikir cara memfokuskan persoalan yang hendak diselesaikan. AGO mengelakkan murid-murid daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Mereka mesti ada fokus apabila berfikir. Otak murid-murid jangan merewang-rewang, otak mereka sentiasa ingat pada objektif mereka berfikir, fikir akan hasilnya yang hendak dicapai. Sebelum pelajar-pelajar hendak membuat sesuatu perbincangan, berbincanglah dulu berkenaan AGO perbincangn itu. Jadikan AGO itu fokus perbincangan, jangan lari atau menyeleweng daripada tajuk perbincangan. 24
  • 25. Langkah 3 dan Penutup: Teknik CoRT1: APC(Alternatives,Possibilities, Choices) - Alternatif, Kemungkinan, Pilihan Pada langkah 3 guru mempamerkan power point dan mengadakan sesi soal jawab sebagai latihan pengukuhan. Guru akan mengemukakan soalan tentang faktor menyebabkan saiz bayang berubah dengan power point pada langkah 3, maka muridmurid perlu menyatakan faktor yang menyebabkan saiz bayang berubah dengan tepat. Pada penutup pula, guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid sebagai latihan pengukuhan, maka murid-murid menjawab soalan lembaran kerja dengan betul dan dapat menyatakan kesimpulan dengan tepat. APC(Alternatives,Possibilities, Choices) - Alternatif, Kemungkinan, Pilihan telah digunakan oleh kumpulan kami dalam kedua-dua langkah ini. Kaedah yang disarankan oleh Dr. Edward de Bono ialah satu alat kemahiran berfikir cara APC atau menggunakan kaedah alternatif (alternatives), kemungkinan (Possibilities), piihan (Choices). Alat ini digunakan supaya pelajar-pelajar dapat berfikir secara selari. Biasanya kita berfikir mara ke depan. APC menghendaki kita memikirkan beberapa perkara serentak. Alat ini melatih para pelajar menerbitkan pelbagai alternatif dan pilihan yang terkeluar daripada yang biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan pemikiran yang beku dan reaksi emosional. APC juga digunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Apabila berfikir, otak selalu mahu cepat-cepat maju ke depan. “Nanti dulu”, Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan lain. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti seketika sebelum otak maju ke depan. Lembaran kerja memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk melakukan kaedah kemahiran berfikir APC, disamping kemahiran-kemahiran lain yang lebih awal. Di sini pelajar akan memahami kaedah itu bagi menjuruskan pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah, menjawab soalan lembaran kerja dengan betul dan membuat kesimpulan dengan tepat. 25
  • 26. Kesimpulan : Pada masa kini, peranan guru telah bertukar bukan lagi menumpukan tugas mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi berusaha mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta menjadi insan yang berguna untuk pembangunan Negara. Untuk menghadapi cabaran-cabaran dan melaksanakan tugas-tugas secara profesional serta dengan penuh keyakinan, adalah perlu bagi guru berinovatif dengan menghayati ciri kemahiran berfikir dan memasukkan unsur-unsur penyebatian pemikiran dalam pengajaran serta berusaha menguasainya dengan baik terutamanya dalam membuat sebarang keputusan. Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam CoRT dan setiap alat mempunayi kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya. Bidang kemahiran berfikir ini merupakan satu daripada elemen utama dalam mata pelajaran Kemahiran Generik. Bidang kemahiran berfikir dirancang untuk menghasilkan pelajar yang dapat menguasai kecekapan dan keupayaan minda untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Tugasan ini akan menekankan teori dan aplikasi kemahiran berfikir dalam pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mempunyai matlamat untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Adalah diharapkan penguasaan kemahiran berfikir dapat membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam menangani tugas-tugas dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang hayat kerjaya mereka. Antara 26
  • 27. cabaran-cabaran ini termasuklah perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang dan perubahan persekitaran yang pesat. Keadaaan ini perlu dihadapi dengan sikap yang positif dan pemikiran yang kritis dan kreatif. Sikap dan pemikiran begini akan dapat mencetuskan budaya ilmu yang kukuh. Tambahan pula, pelajar-pelajar ini dapat menyebatikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran nanti supaya murid-murid juga dapat didedahkan kepada KBKK demi menyahut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Penguasaan kemahiran berfikir juga akan memenuhi Falsafah Pendidikan Guru 27
  • 28. Lampiran 1 Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah Kesimpulan: Apabila objek dekat dengan sumber cahaya, saiz bayang-bayang adalah besar. Sila lihat Video 1 Sila lihat Video 2 Kesimpulan: Apabila objek jauh dari sumber cahaya, saiz bayang-bayang adalah kecil. 28
  • 29. Lampiran 2 Nama : ________________ Kelas : 5 ( Tarikh:_______________ ) Tema 2 : Menyiasat Daya Dan Tenaga Topik 3 : Cahaya Tajuk : Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah 1. Jalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang. Sediakan radas kemudian letakkan objek pada jarak yang ditetapkan dari sumber cahaya mengikut kumpulan masing-masing. Lukis bayang-bayang pada sekeping kertas graf dan tampalkan kertas graf pada papan putih . Kumpulan 1 : 10 cm Kumpulan 2 : 20 cm Kumpulan 3 : 30 cm Kumpulan 4 : 40 cm 2. Seterusnya, murid-murid mencatatkan hasil eksperimen Jarak (cm) Luas permukaan bayang-bayang ( 3. 10 cm 20 cm 30 cm 40 cm ) Dalam eksperimen itu, apa yang perlu diubah ? Letakkan (/) dalam kotak. a) Luas permukaan bayang-bayang b) Jarak antara objek dengan sumber cahay 29
  • 30. Lampiran 3 1.Apabila jarak di antara objek dengan sumber cahaya bertambah, saiz bayang-bayang A.Berkurang B.Bertambah C.Tidak berubah 2.Apabila objek dekat dengan sumber cahaya, saiz bayang-bayang adalah A. Kecil B. Besar C. Sederhana 4. Apabila objek jauh dari sumber cahaya, saiz bayang-bayang adalah A. Kecil B. Besar C. Sederhana 3.Apabila jarak di antara objek dengan sumber cahaya berkurang, saiz bayang-bayang A. Berkurang B. Tidak berubah C. Bertambah Jarak antara objek dengan sumber cahaya(cm) Tinggi bayangbayang(cm) 10 15 20 25 20 15 10 5 5.Dalam eksperimen ini, nyatakan apakah yang diubah dan apakah yang diperhatikan?  BETUL  Cuba lagi 30
  • 31. Lampiran 4 Lembaran Kerja Nama : ________________________ Kelas :5( ) Tarikh:_______________ Tajuk : Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah Isi tempat kosong 1. Apabila jarak di antara objek dengan sumber cahaya berkurang, saiz bayang-bayang ___________________. 2. Apabila objek dekat dengan sumber cahaya, saiz bayang-bayang adalah ___________________. 3. Apabila jarak di antara objek dengan sumber cahaya bertambah, saiz bayang-bayang ____________________. 4. Apabila objek jauh dari sumber cahaya, saiz bayang-bayang adalah ____________________. Jawab semua soalan Jarak antara objek dengan sumber Tinggi bayang-bayang (cm) cahaya (cm) 10 15 15 20 10 25 1. 20 5 Dalam eksperimen ini, nyatakan….. a) b) Apakah yang diubah:_________________________________________________ c) 2. Apakah yang ditetapkan:_____________________________________________ Apakah yang diperhatikan:____________________________________________ Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini? _____________________________________________________________________________ 31
  • 32. Refleksi Kami amat bersyukur kerana dapat peluang ini untuk mengenali lebih mendalam tentang pengetahuan dan kemahiran tumpuan dalam bidang sains yang telah lama ditinggalkan oleh kami sejak ketinggalan dari sekolah menengah. Di sepanjang kuliah ini, kami telah berkenalan dengan pensyarah kami iaitu Encik Tan King Hyiang yang mengajar kami di sepanjang semester ini dalam subjek Kemahiran Tumpuan Dalam Sains. Encik Tan telah memberikan tugasan dan kami diberi pilihan untuk mencari ahli kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ahli kumpulan kami terdiri daripada 5 orang iaitu Ang You Koon sebagai ketua kumpulan, manakala ahli kumpulan iaitu Cho Siow Yeng, Hong Sur Chang, Kong Woon Siew dan juga Lim Siew Hui. Setelah tugasan diberikan, kami telah mengadakan satu perjumpaan dan perbincangan mengenai tugasan yang diberikan. Setiap ahli kumpulan kami saling bekerjasama dalam melakukan tugasan dengan baik sekali. Bukan itu sahaja, kami juga dapat berkomunikasi dengan baik dan bersefahaman diantara semua ahli kumpulan. Tambahan pula, semua ahli kumpulan dapat memberikan idea-idea yang bernas dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugasan. Selepas mengikuti kuliah ini, kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami dalam bidang sains ini. Ini adalah amat penting dan berguna untuk seorang guru sains. Walaupun kami hanya seorang guru sains di sekolah rendah, tetapi ilmu-ilmu ini dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan semasa kami menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengetahuan-pengetahuan yang telah kami dapati di sepanjang kuliah ini adalah seperti alat berfikir Cort 1 dan model sistem 4Mat. Alat berfikir Cort adalah diperkenalkan oleh Edward de Bono pada tahun 1970-an dan beliau telah memperkenalkan 6 cort. Cort adalah bermaksud Cognitive Research Trust. Cort 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi atau pandangan seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Model sistem 4Mat pula dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy, terdapat empat jenis pelajar berikut iaitu pelajar imaginatif, pelajar analitik, pelajar praktik dan pelajar dinamik. Kami juga diberi peluang untuk merancangkan satu rancangan mengajar yang berkaitan dengan bidang sains dan perlulah masukan salah satu jenis alat berfikir dalam 32
  • 33. rancangan mengajar harian tersebut. Kumpulan kami telah menyediakan rancangan mengajar harian dengan tajuk “Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah” dengan alat berfikir Cort 1. Objektif kami adalah pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid-murid dapat melakarkan bayang-bayang pada kertas graf dengan tepat berdasarkan eksperimen yang dijalankan; mengira luas permukaan bayang-bayang dengan tepat berdasarkan eksperimen yang dijalankan dan menyatakan faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayabg berubah dengan betul . Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran, kumpulan kami telah menyediakan satu alat bahan bantu mengajar iaitu “magic light kit”. “Magic light kit” ini adalah reka cipta ahli kumpulan kami. Kit ini direka untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, menarik minat murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat membantu mencapaikan objektif pembelajaran dan pengajaran yang telah ditetapkan dalam rancangan mengajar harian dengan berkesan. Bentuk “Magic light kit” yang direka oleh kami adalah bentuk kotak yang ringan, ini adalah senang diangkat dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan kit ini amat mudah digunakan. Kit ini juga boleh diguna pakai dalam topik cahaya; buruj; serta topik bumi, bulan dan matahari. Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Tan. Cara-cara penyampaian yang beliau gunakan semasa kuliah amat menarik dan senang difahami. Encik Tan telah menyediakan slaid power point yang ringkas dan tepat serta gambar-gambar yang berkaitan semasa kuliah. Ini telah banyak membantu kami dalam memahami dan mengingati nota-nota yang disampaikan oleh beliau. Beliau juga mengemukakan pelbagai-bagai jenis soalan untuk dijawab oleh kami supaya dapat memahami dengan lebih mendalam. Selain itu, Encik Tan juga mengajar kami cara-cara menghasilkan slaid power point yang berkualiti tinggi dan amat berguna untuk kami semua bukan sahaja dalam bidang sains tetapi sesuai digunakan untuk bidang yang lain. Akhir sekali, kami berasa gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang amat berguna untuk kami di sepanjang kuliah ini. Kami berjanji kami akan menggunakan ilmu yang kami belajari ini untuk mendidik anak murid kita dengan penuh semangat. 33
  • 34. Rujukan Abdul Rahman Aroth dan Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan . Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Abu Zahari Abu Bakar (1992) Psikologi Pendidikan Untuk Guru , Petaling Jaya: Delta. Ainon dan Abdullah Hassan (1995 ). Kursus Berfikir Peringkat Tinggi . Kuala Lumpur : Utusan Pub. Ainon dan Abdullah Hassan (1995). Teknik Berfikir: Konsep dan Proses . Kuala Lumpur : Utusan Pub. Bloom, B. S. Et. (1956). Taxonomi of Educational Objectives : 1 st Cognitive Domain . London : Longman. DeBono, E. (1981 ). Cort Thinking : Cort I-VI. Oxford : Pergamon Press. Hazil Abd. Hamid dan Kamaruddin. (1991). Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hewit, J.S. & Whittier, K. S. (1997). Teaching Methods for Today's School : Collaboration and Inclusion . Boston : Allyn & Bacon. Mohamed Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan , Skudai: Penerbit UTM. Mohd Nashuha Jamidin dan Rakan (1995). Kemahiran Berfikir dan Belajar . Shah Alam: Fajar Bakti. Philips, J. A. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir : Teori dan Amalan . Kuala Lumpur : Utusan Pub. Som Hj. Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) . Kuala Lumpur : Longman. 34
  • 35. 35