SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
PENGENALAN
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi
keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat.
Perubahan yang berlaku adalah hasil proses menjadi yang di alami oleh sistem biologi
seperti proses perkembangan tumbesaran, kematangan, dan penuaan. Ia dapat dilihat
menerusi dua aspek iaitu peningkatan keupayaan dari bayi hingga dewasa dan penurunan
keupayaan dari dewasa hingga tua. Aspek keupayaan dari bayi hingga dewasa dikenali
sebagai tahap bagi golongan muda di mana mereka mempunyai banyak tenaga dan
sentiasa bergiat cergas untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aspek kedua ialah penurunan
keupayaan dari dewasa hingga tua. Pada tahap ini, peningkatan umur berlaku dan mereka
melalui proses penuaan. Ianya memberi kesan kepada perkembangan mereka. Contohnya,
untuk perkembangan fizikal, golongan ini tidak lagi bergiat cergas dan mungkin tidak
berupaya melakukan sesetengah aktiviti.
Kanak-kanak secara semula jadinya suka melakukan pergerakan. Mereka secara fitrahnya
ingin belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Apabila kanak-kanak melibatkan
diri dengan aktiviti fizikal, mereka akan melakukan dengan sepenuh hati dan mereka juga
akan bergerak dengan menggunakan seluruh anggota badan mereka. Menurut Wall dan
Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan merupakan suatu daya yang wajib
dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah penting agar kanak-kanak didedahkan
untuk mempelajari pergerakan dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu. Contohnya,
kanak-kanak yang belajar berjalan akan menggunakan pergerakan untuk meneroka
persekitaran mereka. Sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah
mempunyai minat dan menguasai kemahiran tentang sesuatu aktiviti yang mereka ajarkan.
Guru juga hendaklah bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran aktiviti fizikal tersebut kerana kemahiran yang akan dipelajari oleh kanak-
kanak akan menjadi asas yang kukuh dalam perkembangan pergerakan mereka.
Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak amat menyeronokan untuk dipelajari oleh
kanak-kanak dan guru. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana guru
dan murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan bergembira. Menurut Wall (1981)
dalam Zainun Ishak (2006), suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan oleh tubuh
badan dan memperoleh kemahiran adalah pengalaman yang menguntungkan. Selain itu,
kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai halangan
atau rintangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan.
Pergerakan asas terdiri daripada tiga jenis iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan
juga pergerakan manipulatif. Ketiga-tiga pergerakan ini melibatkan kemahiran motor kasar.
Lantaran itu, guru dan juga ibubapa perlu membantu kanak-kanak untuk mengembangkan
kemahiran tersebut secara berkesan. Ini kerana tubuh badan merupakan alat yang penting
dalam melakukan pergerakan.
MOTOR KASAR
Kemahiran motor kasar bermaksud satu kawalan pada tingkahlaku badan yang memerlukan
banyak tenaga dari otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan
persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor kasar banyak bergantung pada
perkembangan otak kerana ianya memerlukan keseimbangan badan dan juga kemahiran
mata tangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak mengalami masalah penglihatan atau
pendengaran, mereka akan sukar mengimbangkan badan. Antara contoh kemahiran motor
kasar ialah berlari, melompat, berjalan, dan sebagainya. Tetapi, sedari awal bayi, mereka
mula menunjukkan kemahiran-kemahiran asas motor kasar seperti mengangkat kepala,
memusingkan badan, merangkak, dan lain-lain.
Perkembangan fizikal kanak-kanak pada umur 3 hingga 6 tahun berada pada tahap
sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu keturunan, pemakanan,
pendapatan keluarga, dan kumpulan etnik. Contohnya, jika ibu bapa kanak-kanak
mengalami obesiti, maka kanak-kanak tersebut juga mengalami keadaan yang sama dan
mereka mungkin amat sukar melakukan aktiviti fizikal di sebabkan tubuh badan mereka
yang besar. Selain itu juga, ibu bapa perlu menjaga pemakanan seimbang bagi kanak-
kanak agar meraka dapat bergiat cergas dalam melakukan aktiviti. Pendapatan keluarga
juga turut mempengaruhi dimana ibu bapa yang berpendapatan besar dan prihatin akan
perkembangan kanak-kanak mampu menyediakan makanan berkhasiat dan peralatan fizikal
bagi kanak-kanak. Akhir sekali, bagi kumpulan etnik, contohnya masyarkat Cina yang gemar
melakukan senaman Tai Chi mampu menarik minat anak-anak mereka untuk melakukan
aktiviti kecerdasan tersebut.
Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi ruang kepada
kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang perlu dilakukan
dalam kedudukan yang berbeza seperti arah depan, belakang, kiri, dan kanan. Contohnya,
kanak-kanak berlari ke depan, belakang, kiri, dan kanan. Guru perlu menjadi lebih kreatif
dalm memperbanyakkan variasi dalam pergerakan kanak-kanak. Ini perlu dilakukan supaya
kanak-kanak tidak merasa bosan dan ini akan menyeronokkan lagi kanak-kanak untuk
melakukan aktiviti. Di dalam gerakan motor kasar, terdapat 2 kemahiran iaitu kemahiran
lokomotor dan bukan lokomotor.
DEFINISI
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu akan
menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti berjalan, berlari,
melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Selain itu, pergerakan lokomotor
juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan tertentu. Titik
pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap sama ada berubah atau bergerak. Contohnya
ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan, kedudukan kaki kita berubah dan bergerak dari temapt
asal keran kita berlari ke arah depan atau belakang. Pendidikan pergerakan lokomotor
menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Ini bermaksud, sesuatu pergerakan
dilakukan kerana kita mempunyai matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan.
Contohnya, seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian setiap hari kerana kanak-kanak
tersebut memasang angan-angan bahawa dia mahu menjadi atlet sukan terkenal pada
masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan diri dari keadaan berbahaya
seperti di kejar anjing, penjahat, dan sebagainya. Selain itu juga, aktiviti berjalan juga
mempunyai matlamatnya sendiri dan membolehkan kita pergi ke satu tempat ke satu tempat
yang lain.
KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliran merupakan beberapa
pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Jika pergerakan lokomotor
digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan
itu dan boleh menambahkan lagi daya tarikan persembahan tersebut. Terdapat pelbagai
cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan beberapa aspek. Yang
pertama adalah aspek arah tinggi, sederhana dan rendah. Contohnya, dalam aktiviti
lompatan, kanak-kanak boleh melakukan lompatan yang bermula dari arah rendah,
kemudian sederhana, dan seterusnya tinggi. Sebelum kanak-kanak dapat melompat dengan
lebih tinggi, mereka perlu melompat dari arah rendah dahulu. Yang kedua aspek aliran
seperti awangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag. Antara contoh gerakan yang boleh
dilakukan kanak-kanak ialah berjalan lurus lalu melompat ke atas (awangan), kemudian
berjalan berliku-liku, dan berjalan mengikut arah zig-zag. Yang ketiga aspek beban seperti
halus-ringan dan berat-kuat. Pergerkan halus-ringan bermaksud pergerakan halus yang
memerlukan tenaga yang ringan atau sedikit seperti berjalan secara perlahan dan
pergerakan berat-kuat bermaksud pergerakan berat seperti berlari, melompat dan
sebagainya yang memerlukan tenaga yang lebih dan kuat. Aspek yang terakhir adalah masa
seperti cepat dan lambat. Masa bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak-
kanak berlari, maka masa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan perlahan,
maka masa yang diambil menjadi lambat.
CONTOH-CONTOHPERGERAKAN LOKOMOTOR
Terdapat pelbagai contoh yang melibatakan pergerakan lokomotor antaranya ialah:
1. Berjalan
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannya dalam
kehidupan kita sehari-hari. Ramai kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan yang salah. Hal
ini biasanya memenatkan beberapa bahagian anggota badan yang lain. Selain kaki ianya
juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang sepatutnyan boleh dikurangkan.
Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh
membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa
merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari
satu kaki ke kaki yang lain. Kanak-kanak biasanya mula berjalan sejak berusia 11 bulan.
Aktiviti berjalan ini bermula sejak kanak-kanak sudah pandai berdiri bersendirian tanpa
bantuan. Pada tahap ini kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa supaya kanak-
kanak dapat menguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak boleh berjalan dengan betul
bermula umur 1 tahun.
Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan
dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garis lurus.
Tangan menghayun bebas berselang-seli mengikut arah yang bertentangan dengan arah
kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan dan
dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Pada ketikanya apabila kedua-
dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru
terhasil dan boleh menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah
sentiasa tegak dan dalam keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan
dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa
berjalan. Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepala
condong ke hadapan.
2. Berlari
Selepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak secara laju dan
mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai tenaga yang banyak dan mereka
meyalurkan tenaga tersebut dengan berlari dan melakukan aktiviti yang lasak. Pada usia 3
hingga 5 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari dengan lancar dan laju tanpa jatuh kerana
otot-otot sudah berkembang dengan baik. Pada usia 5 hingga 6 tahun, kanak-kanak sudah
boleh berlari sambil menendang bola. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak gemar
berlumba lari dengan kanak-kanak yang lain. Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut
menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari.
Haruslah diingatkan bahawa ketika berlari, kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kaki
dan jangan menggunakan telapak kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan
dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang dibengkokkan
serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju.
Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan yang paling penting kanak-kanak perlu
diajar untuk mengawal pernafasan dengan baik.
3. Melompat
Lompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dan kehidupan
seharian. Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi dan melibatkan anggota badan
untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialah pergerakan yang mengangkat
badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-
dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas
sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan
atau ketinggian lompatan. Selain itu, lompatan juga melibatkan ruang dan jarak yang luas
apabila dapat melakukan lompatan dengan selesa. Pada umur 3 tahun lompatan kanak-
kanak sudah mula menjadi sempurna. Selalunya kanak-kanak melompat dengan bantuan
papan spring. Ini boleh dijadikan peneguhan positif bagi kanak-kanak untuk terus melompat.
Kanak-kanak juga boleh diajar melakukan pelbagai lompatan haiwan seperti lompat seperti
katak, kangaroo, arnab, dan sebagainya. Ini juga akan menyeronokkan kanak-kanak
disamping dapat mempelajari cara lompatan bagi haiwan-haiwan tersebut.
4. Skip
Skip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki. Ianya biasa dilakukan di
taman-taman permainan dan aktiviti ini mula dikuasai pada usia pra-sekolah. Antara
langkah-langkah skip ialah langkah dengan sebelah kaki, kemudian ketingting dengan kaki
yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi. Pergerakan ini
boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-
tukar kaki sambil mengimbangkan berat badan pada setiap pertukaran langkah.
5. Galop (berlari seperti kuda)
Galop merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi kanak-kanak kerana
ianya merupakan satu pergerakan berlari yang disertai dengan melompat dari satu tempat
ke tempat yang lain. Akan tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai oleh kanak-kanak pada usia pra-
sekolah. Galop ini menyerupai cara berlari seperti seekor kuda. Selain itu, ianya merupakan
antara variasi pergerakan berlari dan ianya adalah satu cara yang paling kreatif untuk aktiviti
fizikal. Antara langkah-langkah untuk melakukan aktiviti ini adalah satu kaki bergerak
kehadapan dan kaki tersebut mengimbangi badan. Kaki belakang pula digerakkan
kehadapan dan ke belakang dan seterusnya tumit kaki bergerak ke hadapan. Dengan
pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat kehadapan dan berat badan diletakkan
pada kaki belakang. Menolak dan mendarat bebola kaki ke belakang dan ke hadapan. Lutut
dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.
6) Hop (melompat dengan sebelah kaki)
Hop merupakan satu lompatan kehadapan yang menggunakan sebelah kaki sahaja dan
mendarat dengan kaki yang sama. Ini dapat dilihat menerusi permainan kanak-kanak yang
paling popular iaitu teng-teng. Menurut Gabbard (1992), hop merangkumi urutan yang
tersendiri. Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop, mereka perlu dapat mengimbangi
sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna, kanak-kanak perlu berdiri menggunakan
sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-kanak berjaya mengimbangkan badan mereka, mereka
dapat melakukan hop tanpa bantuan. Antara cara-cara pergerakan hop ialah mata melihat
ke hadapan, berdiri dengan betul dan kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan.
Angkat sebelah kaki dan lutut kaki tersebut dibengkokkan kebelakang. Selepas itu, lompat
dengan kaki tersebut dan bergerak ke hadapan. Antara bentuk-bentuk pergerakan hop yang
boleh dilakukan oleh kanak-kanak ialah bentuk lurus, melengkung, dan zigzag. Dengan itu
kanak-kanak akan berasa seronok melakukannya. Contoh permainan popular di kalangan
kanak-kanak yang menggunakan hop ialah permainan ‘ting-ting’.
7) Slide (berjalan di arah tepi)
Slide ialah merupakan satu teknik melangkah kehadapan tetapi ianya menggunakan arah
tepi. Ianya dapat melatih kanak-kanak mengetahui konsep kiri dan kanan. Selain berjalan
lurus dengan badan ditegakkan kehadapan, kanak-kanak boleh berjalan dengan arah tepi.
Badan dibengkokkan samada mengikut bahu kanan atau kiri dan seterusnya berjalan
kehadapan. Ia juga dapat melatih keseimbangan badan dan mengembangkan koordinasi
mata dan kaki. Ibu bapa boleh menggalakan kanak-kanak ini melakukan pergerakan slide
tidak kira di mana jua keadaan. Justeru itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan motor
kasar mereka.
8) Leap (berlari sambil melonjak)
Leap merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma ketika berlari,
pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan
meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan leap, kanak-kanak perlu mahir berlari dahulu
kerana ianya amat sukar untuk dilakukan. Semasa berlari, lutut diangkat kehadapan dan
kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta
terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju.
Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas satu kaki yang sama.
Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya
mendapat lonjakan yang sempurna.
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
DEFINISI
Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk mengerakakan tubuh badan tanpa
beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak
melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini bermaksud kanak-kanak
berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ke tempat lain contohnya aktiviti
regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan bukan
lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti permainan, seni tari dan
gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-kanak terlebih dahulu akan
melakukan regangan otot sebelum beraksi.
KONSEP PERGERAKAN
Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan
membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan
seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat dalam
keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Ini kerana dalam konsep pergerakan bukan
lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan lebih kepada pergerakan halus-
ringan.
CONTOH-CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
1. Twist
Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Guru perlu menjadi lebih
kreatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk melakukan twist dengan memainkan muzik
yang rancak. Ini akan membuatkan kanak-kanak menjadi lebih seronok. Selain itu, kanak-
kanak juga boleh melakukan twist dengan menggunakan gelung rotan. Cara-cara ialah
gelung rotan dimasukan dan diletakkan pada aras pinggang dan kanak-kanak mula
melakukan twist dengan gelung rotan. Aktiviti ini boleh dilakukan mengikut arah dan lawan
jam. Fungsi gelung rotan itu adalah untuk menahan ketahanan badan untuk mengawal
keseimbangan gelung rotan daripada terjatuh. Guru juga boleh mengadakan satu
pertandingan melakukan twist dikalangan kanak-kanak. Faedah dari aktiviti ini adalah
kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang.
2. Imbangan Y
Ini pula merupakan satu aktiviti gerakan bukan lokomotor yang kreatif. Kanak-kanak berdiri
statik sambil kedua belah tangan diangkat ke atas dan membuat huruf Y. Selain itu, ia juga
dapat mengajar kanak-kanak tentang huruf Y.
3. Menarik tangan pasangan
Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu membiarkan kanak-
kanak bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan menambahkan lagi keseronokan
kanak-kanak kerana kanak-kanak secara amnya mereka suka melakukan aktiviti bersama
rakan-rakan. Dalam aktiviti ini kanak-kanak perlu berkerjasama dengan pasangan masing-
masing. Kanak-kanak perlu memegang tangan pasangan dan mula menarik tangan
pasangan secara serentak sambil berdiri statik. Selain itu kanak-kanak dapat belajar cara
untuk berkerjasama dan bertolak-ansur dengan pasangan.
4. Meregang dan mengendur
Aktiviti regangan selalunya dilakukan selepas kita bangun dari tidur dan mengendur pula
dilakukan ketika kita berada dalam keadaan sejuk. Ada dikalangan kanak-kanak yang tidak
tahu melakukan kedua-dua aktiviti ini. Guru dan ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak
tentang pergerakan ini. Antara cara-caranya ialah kanak-kanak perlu berdiri statik pada
peringkat permulaan. Selepas itu, secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah lalu
menjadi mengecil atau merapatkan badan dalam keadaan mencangkung atau badan kanak-
kanak menjadi k, kemudian meregang seperti melompat bintang.
5. Imbangan satu tapak
Terdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapat melakukan
aktiviti dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala dengan berdiri setempat.
Kedua, tangan kanan kanak-kanak memegang bola dan tangan kiri mencapai kaki kiri
kemudian mebuat imbangan satu tapak sokongan dilakukan.
6. Memutar gelung di tangan
Kanak-kanak pada unur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar menggerak dan
memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi mereka ianya membuatkan
mereka terbang di awangan atau berenang sambil kedua belah tangan bergerak. Guru perlu
menjadi kreatif dengan memberikan gelung sebagai contoh untuk kanak-kanak denagn
meletakkannya di tangan mereka. Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti ini dengan
memutarkan gelung dengan menggunakan sebelah tangan dalam keadaan berdiri statik.
Selepas itu, letakkan gelung itu di tangan yang satu lagi. Kanak-kanak juga boleh
menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di kedua-dua belah tangan mereka sambil kaki
berdiri statik. Aktiviti ini dapat menguatkan otot-otot tangan.
7. Melambung bola
Sesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru perlu kreatif
dalam mencari alatan-alatan yang boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak
seperti menggunakan bola. Guru dapat melakukan aktiviti ini dalam dua cara. Pertama,
melambung bola sesuka hati sama ada pada arah belakang, depan,kiri atau kanan dalam
keadaan berdiri statik. Kedua, melempar bola ke arah pasangan secara bergilir-gilir. Dengan
melakukannya sejak dari awal, ianya tidak mustahil bagi kanak-kanak untuk menjadi pemain
bola jaring, bola tampar, bola baling, dan sebagainya apabila mereka membesar kelak.
Selain itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan koordinasi mata tangan.
8. Membongkok
Selain berdiri lurus, guru boleh mengajar kanak-kanak tentang cara berdir secara bongkok.
Ini boleh menyeronokkan kanak-kanak kerana mereka gemar mencuba sesuatu yang baru
dan suka bereksperimen. Kanak-kanak melakukan aktiviti dengan membongkokkan badan
ke bawah menjadi 90 darjah dan secara perlahan-lahan menegakkan badan. Aktiviti ini juga
boleh diaplikasikan dalam lakonan permainan nenek-nenek si bongkok tiga. Selain itu,
kanak-kanak dapat meningkatkan daya ketahanan badan mereka dengan melakukan aksi
bongkok.
9. Memusing kepala
Selain menggunakan tangan dan kaki untuk membuat pergerakan, kanak-kanak perlu diajar
untuk menggunakan anggota badan yang lain seperti kepala dan lain-lain. Ini adalah kerana
kanak-kanak akan menjadi cepat bosan jika guru sudah mati akal dengan asyik melakukan
pergerakan yang sama sahaja. Antara cara-cara melakukan aktiviti ini ialah kanak-kanak
berdiri statik dan memusingkan kepala mengikut arah jam dan memusingkan semula
mengikut arah lawan jam. Daripada aktiviti ini, kanak-kanak dapat menguatkan otot leher
dan belajar konsep arah jam. Selain itu, kanak-kanak boleh meningkatkan lagi pengetahuan
mereka tentang konsep kiri, kanan, atas, dan bawah ketika memusingkan kepala mereka
mengikut konsep tersebut.
10. Mendekam
Guru dapat mengaplikasikan aktiviti mendekam kepada kanak-kanak. Dekam adalah
dengan mengunakan satu kaki lurus ke hadapan dan lompatan dilakukan dalam keadaan
setempat. Dekam dilakukan dengan tangan menyentuh lantai.
RUJUKAN
http://kumpulan7psikomotor.blogspot.com/
AdminPJM3012 (2008). Pergerakanasaslokomotor.DipetikpadaMac 2, 2010 daripada
http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-bukan_05.html
CheguAbbas(2009). Sukan danpermainan.DipetikpadaMac 15, 2010 daripada
http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html
Creative Thinking(2010).Sainssukan5. DipetikpadaMac 20, 2010 daripada
http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf
Creative Thinking(2010).KonsepPergerakanAsas.DipetikpadaMac 2, 2010 daripada
http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf
Hanis(2009). Lokomotordan bukanlokomotor.DipetikpadaMac 15, 2010 daripada
http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH): PERGERAKAN ASAS
SET PERTAMA
Utk set pertama ni, ada 4 bahagian tau...
Bahagian permulaan, perkembangan, kemuncak dan last sekali penutup...
PERMULAAN
Kat bahagian permulaan ni, kami diajar tentang kemahiran mengilas.
Kemahiran Mengilas
 Utk aktiviti ni, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan.
 Pastu, setiap kumpulan diberikan haiwan-haiwan yang berlainan seperti itik,
katak, harimau, ketam dan egytion.
 Apabila muzik dimainkan, setiap kumpulan dikehendaki melakonkan gaya
berjalan haiwan tersebut.
 Jika muzik diberhentikan, setiap pelajar dikehendaki utk 'freeze'.
PERKEMBANGAN
Kat bahagian ni pulak, kami diajar tentang kemahiran membaling yg betul.
Kemahiran Membaling
 Untuk aktiviti ni, kami kena menggunakan kemahiran membaling untuk
membaling pundi kacang ke sasaran iaitulah bakul.
 Mula2, kami kena berdiri diluar gegelung yang telah disusun menjadi bentuk
bulatan yang besar dan dibekalkan dengan 4 pundi kacang.
 Apabila muzik dimainkan, kami pun berjalan mengelilingi bulatan besar itu
tadi.
 Apabila muzik dihentikan, kami dikehendaki berhenti dan membaling 1 pundi
kacang ke dalam bakul.
 Aktiviti ni diulangi sehingga kesemua 4 pundi kacang habis dibaling.
KEMUNCAK
Utk aktiviti kemuncak, kami main permainan yg melibatkan kemahiran gallop.
Kemahiran Gallop
 Pelajar dikehendaki membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada 11
orang ahli pasukan.
 Setiap 2 kumpulan akan bertanding antara satu sama lain.
 Setiap ahli kumpulan akan sedaya upaya memasukkan pundi kacang ke
dalam bakul pihak lawan dengan syarat setiap ahli bergerak dengan cara
mengallop melalui halangan-halangan kon.
 Kumpulan yang paling banyak memasukkan pundi kacang kedalam bakul
pihak lawan, dikira sebagai pemenang.
PENUTUP
Akhirnya sampai ke bahagian penutup. Kami melakukan aktiviti cooling down ikut
iringan muzik.
Cooling Down Mengikut Iringan Muzik
Kami melakukan pelbagai jenis pergerakan semasa aktiviti cooling down mengikut
iringan muzik.
~SELESAI SET PERTAMA~
SET KEDUA.
Set kedua ni pun sama jugak macam set yang pertama.
Ada 4 bahagian jugak iaitu permulaan, perkembangan, kemuncak dan penutup TAPI
kali ni dengan kemahiran yang berbeza la pulak.
PERMULAAN
Utk aktiviti kat bahagian permulaan ni, kami diajar tentang kemahiran berlari.
Kemahiran Berlari
 Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai
10 orang pelajar.
 Setiap kumpulan membuat satu bulatan besar mengelilingi skitel besar.
 Pelajar akan bergerak mengikut bulatan tersebut dengan diiringi muzik.
 Apabila muzik dihentikan, pelajar dikehendaki berlari ke dalam ruangan dalam
skitel besar dan berdiri di tengah gelung yang disediakan.
 Pelajar yang tidak berdiri di tengah gelung yang disediakan akan
disingkirkan.
 Aktiviti ini diteruskan sehingga seorang sahaja yang tinggal.
PERKEMBANGAN
Kat bahagian perkembangan pulak, kami diajar tentang kemahiran menggelecek
menggunakan tangan dan kemahiran menendang.
KEMAHIRAN MENGELECEK
 Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan 5 orang setiap kumpulan.
 Skitel besar disediakan untuk memberi ruang untuk setiap pelajar
menggelecek di dalam ruang tersebut.
 Setiap pelajar akan menggelecek dengan sebelah tangan di dalam ruang
tersebut.
 Beberapa skitel kecil ditambah bagi menambah kesukaran dan mengecilkan
ruang bagi pelajar menggelecek di dalam ruang tersebut.
KEMAHIRAN MENENDANG
 Setiap pelajar diberikan satu nama binatang.
 Setiap pelajar membuat satu bulatan besar mengelilingi skitel besar.
 Apabila wisel ditiup, pelajar akan bergerak dalam bulatan tersebut dan
mencari makanan bagi binatang yang diberikan nama tersebut.
 Pelajar dikehendaki menendang bola ke arah skitel yang terdapat nama
makanan bagi binatang.
KEMUNCAK
Sampai kat bahagian kemuncak, kami diajar tentang kemahiran membongkok pulak.
KEMAHIRAN MEMBONGKOK
 Kami dibahagikan kepada 2 orang setiap kumpulan di dalam dua zon iaitu
zon A dan zon B.
 Di zon A, setiap pelajar berbaris dan berada dalam keadaan membongkok.
 Pelajar di hadapan akan melambung pundi kacang kepada pelajar yang
berada di belakang dalam keadaan membongkok.
 Pelajar yang terakhir akan melambung ke dalam bakul yang disediakan dan
akan mengulangi aktiviti ini sehingga semua pundi kacang masuk dalam
bakul yang disediakan.
 Di zon B, setiap pasangan dikehendaki berdiri di dalam gelung yang
disediakan dan menggolek bola kepada skitel kecil yang berada di hadapan.
PENUTUP
Akhirnya sampai jugak kat bahagian penutup. Kat bahagian ni, kami main satu
aktiviti iaitu "Lampu Trafik" utk cooling down.
Aktiviti Lampu Trafik
 Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan setiap satu kumpulan
mempunyai 6 orang pelajar.
 Setiap pelajar bergerak dengan cara yang berlainan dalam ruang yang
disediakan dengan iringan muzik.
 Kad akan ditunjukkan untuk memberi arahan seterusnya iatu kad merah
bertujuan berhenti, kad kuning bertujuan bersedia dan bergerak secara
perlahan, dan kad hijau bergerak macam biasa.
 Apabila muzik dihentikan, pelajar dikehendaki bergerakbalas terhadap kad
yang ditunjukkan.
~SELESAI SET KEDUA~
RPH PJ - PERGERAKAN ASAS (LOKOMOTOR)/ BUKAN LOKOMOTOR
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Mata pelajaran : Pendidikan
Jasmani
Tarikh : 14 mac 2015
Tunjang : Kemahiran
Masa : 30 Minit (8.00 pg-8.30 pg)
Tajuk : pergerakan
asas
Tahun : 2 cergas
Sub- Tajuk : lokomotor
Bil. Murid : 20 org
Tunjang sampingan : 2 Kecergasan : Daya tahan
kadiovaskular
3 Kesukanan : Keselamatan
ObjektiF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-
murid dapat:
1) Psikomotor : melakukan tiga daripada lima pergerakan
lokomotor (berlari, berjalan, melompat, merangkak dan meniniti) dengan betul.
2) Kognitif : Memahami pergerakan lokomotor dan jenis
pergerakan lokomotor.
3) Afektif : Menunjukkan sifat keyakinan apabila melakukan
aktiviti.
Menunjukkan sifat bertanggungjawab semasa aktiviti dijalankan.
Kemahiran berfikir : Menjana idea- menggunakan pelbagai pergerakan
mengikut situasi..
Pengalaman lepas : Murid-murid belajar mengenai pergerakan
lokomotor berjalan,melompat dan merangkak.
Penerapan nilai : Murid memperlihatkan nilai patuh kepada arahan,
disiplin diri dan kerjasama di dalam kumpulan.
Penggabungjalinan : Pergerakan asas- Manipulasi alatan.
Kesepaduan : Mata pelajaran Matematik – Mengira jumlah
pergerakan.
Alatan : Kon (4), Bola getah(5)gelung rotan(5)
Bahagian/
Masa
Aktiviti Butir mengajar/
fokus pembelajaran
Organisasi Alatan/
catatan
Permulaan
(3-5 minit)
Memanaskan
badan
i. Permainan
kecil
- Kucin dan
burung pipit
ii. Regangan
- Kaki
- Tangan
-murid mengejar
rakan yang keluar
dari sangkar
-Menyentuh dan
bertukar
-5 kiraan
-tangan kiri dan
kanan
Kaki kiri dan kanan
Perkembangan
(8-10minit)
Langkah 1
i. Pergerakan
lokomotor
- Berlari
- Berjalan
- Melompat
- pergerakan
dilakukan dengan
tunjuk cara
- Merangkak
- Meniti
Kemuncak
(8-10minit)
Permainan kecil -dua pasukan
Memasukkan bola
dalam bakul
Penutup
(3-5minit)
i. Regangan - Berdiri tegak,
kaki dibuka melebihi
luas bahu.
- Kuncikan
pergelangan tangan
· Anggota
atas
kiri dan kanan.
- Tolak tangan
lurus ke depan sambil
membongkok 90
darjah.
- Kira dengan
kiraan 8.
- Ulang aktiviti
sebanyak 3 kali.
- Tangan
diluruskan
- Kaki dirapatkan
kemudianbengkokkan
badan sehingga
tangan dapat
mencecah lantai.
- Tarik nafas
dengan
menggunakan hidung
dan melepaskan ke
mulut dengan kiraan
3 kali-
Keselamatan
sebelum aktiviti
- Keselamatan
ii. Soal jawab
semasa aktiviti
- Keselamatan
selepas aktiviti
Pergerakan lokomotor 2015

More Related Content

What's hot

Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)FernyelizaStephen
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakAsrul Sani
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khasmurni mohamat
 
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)Shahrizzat Md Sukor
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakNur Syamimi Ahmad Othman
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanNur Syafira
 
Pendekatan tematik
Pendekatan tematikPendekatan tematik
Pendekatan tematikIsmail Mamat
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniWai Jey Ying
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU RPI.pptx
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU RPI.pptxRANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU RPI.pptx
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU RPI.pptxMohdShahridanMohdAli
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompokAthirah Anith Ariffin
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 

What's hot (20)

Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
Pendekatan tematik
Pendekatan tematikPendekatan tematik
Pendekatan tematik
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
 
Rekod anekdot
Rekod anekdotRekod anekdot
Rekod anekdot
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU RPI.pptx
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU RPI.pptxRANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU RPI.pptx
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU RPI.pptx
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 

Viewers also liked

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORTembuakar Corp
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri
 
Rancangan pengajaran harian projek pj
Rancangan pengajaran harian  projek pjRancangan pengajaran harian  projek pj
Rancangan pengajaran harian projek pjNani Noraini
 
Kertas kerja-pergerakan-asas
Kertas kerja-pergerakan-asasKertas kerja-pergerakan-asas
Kertas kerja-pergerakan-asasShafiq Al Jauhari
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asasErwin Joseph
 
Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakzamzuriajin
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 

Viewers also liked (11)

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
Rancangan pengajaran harian projek pj
Rancangan pengajaran harian  projek pjRancangan pengajaran harian  projek pj
Rancangan pengajaran harian projek pj
 
Assignment pergerakan asas individu
Assignment pergerakan asas individuAssignment pergerakan asas individu
Assignment pergerakan asas individu
 
Kertas kerja-pergerakan-asas
Kertas kerja-pergerakan-asasKertas kerja-pergerakan-asas
Kertas kerja-pergerakan-asas
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
 
Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanak
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 

Similar to Pergerakan lokomotor 2015

Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012kerolaiman
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotornurhusna
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanfiro HAR
 
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2Mira Sumirah
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Lavendar Craft
 

Similar to Pergerakan lokomotor 2015 (20)

Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
 
Perkembangan motorik anak nursia
Perkembangan motorik anak nursiaPerkembangan motorik anak nursia
Perkembangan motorik anak nursia
 
Perkembangan motorik anak nursia
Perkembangan motorik anak nursiaPerkembangan motorik anak nursia
Perkembangan motorik anak nursia
 
Perkembangan motorik anak nursia
Perkembangan motorik anak nursiaPerkembangan motorik anak nursia
Perkembangan motorik anak nursia
 
Perkembangan motorik anak nursia
Perkembangan motorik anak nursiaPerkembangan motorik anak nursia
Perkembangan motorik anak nursia
 
Perkembangan motorik anak nursia
Perkembangan motorik anak nursiaPerkembangan motorik anak nursia
Perkembangan motorik anak nursia
 

Recently uploaded

Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 

Recently uploaded (20)

Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 

Pergerakan lokomotor 2015

  • 1. PENGENALAN Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan yang berlaku adalah hasil proses menjadi yang di alami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan tumbesaran, kematangan, dan penuaan. Ia dapat dilihat menerusi dua aspek iaitu peningkatan keupayaan dari bayi hingga dewasa dan penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua. Aspek keupayaan dari bayi hingga dewasa dikenali sebagai tahap bagi golongan muda di mana mereka mempunyai banyak tenaga dan sentiasa bergiat cergas untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aspek kedua ialah penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua. Pada tahap ini, peningkatan umur berlaku dan mereka melalui proses penuaan. Ianya memberi kesan kepada perkembangan mereka. Contohnya, untuk perkembangan fizikal, golongan ini tidak lagi bergiat cergas dan mungkin tidak berupaya melakukan sesetengah aktiviti. Kanak-kanak secara semula jadinya suka melakukan pergerakan. Mereka secara fitrahnya ingin belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Apabila kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti fizikal, mereka akan melakukan dengan sepenuh hati dan mereka juga akan bergerak dengan menggunakan seluruh anggota badan mereka. Menurut Wall dan Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan merupakan suatu daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah penting agar kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, kanak-kanak yang belajar berjalan akan menggunakan pergerakan untuk meneroka persekitaran mereka. Sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah mempunyai minat dan menguasai kemahiran tentang sesuatu aktiviti yang mereka ajarkan. Guru juga hendaklah bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran aktiviti fizikal tersebut kerana kemahiran yang akan dipelajari oleh kanak- kanak akan menjadi asas yang kukuh dalam perkembangan pergerakan mereka. Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak amat menyeronokan untuk dipelajari oleh kanak-kanak dan guru. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana guru dan murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan bergembira. Menurut Wall (1981) dalam Zainun Ishak (2006), suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan oleh tubuh badan dan memperoleh kemahiran adalah pengalaman yang menguntungkan. Selain itu, kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai halangan atau rintangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan. Pergerakan asas terdiri daripada tiga jenis iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan juga pergerakan manipulatif. Ketiga-tiga pergerakan ini melibatkan kemahiran motor kasar. Lantaran itu, guru dan juga ibubapa perlu membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran tersebut secara berkesan. Ini kerana tubuh badan merupakan alat yang penting dalam melakukan pergerakan. MOTOR KASAR Kemahiran motor kasar bermaksud satu kawalan pada tingkahlaku badan yang memerlukan banyak tenaga dari otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor kasar banyak bergantung pada perkembangan otak kerana ianya memerlukan keseimbangan badan dan juga kemahiran mata tangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak mengalami masalah penglihatan atau pendengaran, mereka akan sukar mengimbangkan badan. Antara contoh kemahiran motor kasar ialah berlari, melompat, berjalan, dan sebagainya. Tetapi, sedari awal bayi, mereka
  • 2. mula menunjukkan kemahiran-kemahiran asas motor kasar seperti mengangkat kepala, memusingkan badan, merangkak, dan lain-lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pada umur 3 hingga 6 tahun berada pada tahap sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu keturunan, pemakanan, pendapatan keluarga, dan kumpulan etnik. Contohnya, jika ibu bapa kanak-kanak mengalami obesiti, maka kanak-kanak tersebut juga mengalami keadaan yang sama dan mereka mungkin amat sukar melakukan aktiviti fizikal di sebabkan tubuh badan mereka yang besar. Selain itu juga, ibu bapa perlu menjaga pemakanan seimbang bagi kanak- kanak agar meraka dapat bergiat cergas dalam melakukan aktiviti. Pendapatan keluarga juga turut mempengaruhi dimana ibu bapa yang berpendapatan besar dan prihatin akan perkembangan kanak-kanak mampu menyediakan makanan berkhasiat dan peralatan fizikal bagi kanak-kanak. Akhir sekali, bagi kumpulan etnik, contohnya masyarkat Cina yang gemar melakukan senaman Tai Chi mampu menarik minat anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti kecerdasan tersebut. Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang perlu dilakukan dalam kedudukan yang berbeza seperti arah depan, belakang, kiri, dan kanan. Contohnya, kanak-kanak berlari ke depan, belakang, kiri, dan kanan. Guru perlu menjadi lebih kreatif dalm memperbanyakkan variasi dalam pergerakan kanak-kanak. Ini perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak merasa bosan dan ini akan menyeronokkan lagi kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Di dalam gerakan motor kasar, terdapat 2 kemahiran iaitu kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor. DEFINISI Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti berjalan, berlari, melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Selain itu, pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap sama ada berubah atau bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan, kedudukan kaki kita berubah dan bergerak dari temapt asal keran kita berlari ke arah depan atau belakang. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Ini bermaksud, sesuatu pergerakan dilakukan kerana kita mempunyai matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya, seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian setiap hari kerana kanak-kanak tersebut memasang angan-angan bahawa dia mahu menjadi atlet sukan terkenal pada masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan diri dari keadaan berbahaya seperti di kejar anjing, penjahat, dan sebagainya. Selain itu juga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlamatnya sendiri dan membolehkan kita pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain.
  • 3. KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu dan boleh menambahkan lagi daya tarikan persembahan tersebut. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan beberapa aspek. Yang pertama adalah aspek arah tinggi, sederhana dan rendah. Contohnya, dalam aktiviti lompatan, kanak-kanak boleh melakukan lompatan yang bermula dari arah rendah, kemudian sederhana, dan seterusnya tinggi. Sebelum kanak-kanak dapat melompat dengan lebih tinggi, mereka perlu melompat dari arah rendah dahulu. Yang kedua aspek aliran seperti awangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag. Antara contoh gerakan yang boleh dilakukan kanak-kanak ialah berjalan lurus lalu melompat ke atas (awangan), kemudian berjalan berliku-liku, dan berjalan mengikut arah zig-zag. Yang ketiga aspek beban seperti halus-ringan dan berat-kuat. Pergerkan halus-ringan bermaksud pergerakan halus yang memerlukan tenaga yang ringan atau sedikit seperti berjalan secara perlahan dan pergerakan berat-kuat bermaksud pergerakan berat seperti berlari, melompat dan sebagainya yang memerlukan tenaga yang lebih dan kuat. Aspek yang terakhir adalah masa seperti cepat dan lambat. Masa bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak- kanak berlari, maka masa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan perlahan, maka masa yang diambil menjadi lambat. CONTOH-CONTOHPERGERAKAN LOKOMOTOR Terdapat pelbagai contoh yang melibatakan pergerakan lokomotor antaranya ialah: 1. Berjalan Berjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian anggota badan yang lain. Selain kaki ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang sepatutnyan boleh dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Kanak-kanak biasanya mula berjalan sejak berusia 11 bulan. Aktiviti berjalan ini bermula sejak kanak-kanak sudah pandai berdiri bersendirian tanpa bantuan. Pada tahap ini kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa supaya kanak- kanak dapat menguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak boleh berjalan dengan betul bermula umur 1 tahun. Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garis lurus. Tangan menghayun bebas berselang-seli mengikut arah yang bertentangan dengan arah kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan dan dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Pada ketikanya apabila kedua- dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru
  • 4. terhasil dan boleh menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan. Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepala condong ke hadapan. 2. Berlari Selepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak secara laju dan mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai tenaga yang banyak dan mereka meyalurkan tenaga tersebut dengan berlari dan melakukan aktiviti yang lasak. Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari dengan lancar dan laju tanpa jatuh kerana otot-otot sudah berkembang dengan baik. Pada usia 5 hingga 6 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari sambil menendang bola. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak gemar berlumba lari dengan kanak-kanak yang lain. Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslah diingatkan bahawa ketika berlari, kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kaki dan jangan menggunakan telapak kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang dibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan yang paling penting kanak-kanak perlu diajar untuk mengawal pernafasan dengan baik. 3. Melompat Lompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dan kehidupan seharian. Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi dan melibatkan anggota badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua- dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Selain itu, lompatan juga melibatkan ruang dan jarak yang luas apabila dapat melakukan lompatan dengan selesa. Pada umur 3 tahun lompatan kanak- kanak sudah mula menjadi sempurna. Selalunya kanak-kanak melompat dengan bantuan papan spring. Ini boleh dijadikan peneguhan positif bagi kanak-kanak untuk terus melompat. Kanak-kanak juga boleh diajar melakukan pelbagai lompatan haiwan seperti lompat seperti katak, kangaroo, arnab, dan sebagainya. Ini juga akan menyeronokkan kanak-kanak disamping dapat mempelajari cara lompatan bagi haiwan-haiwan tersebut. 4. Skip Skip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki. Ianya biasa dilakukan di taman-taman permainan dan aktiviti ini mula dikuasai pada usia pra-sekolah. Antara langkah-langkah skip ialah langkah dengan sebelah kaki, kemudian ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar- tukar kaki sambil mengimbangkan berat badan pada setiap pertukaran langkah. 5. Galop (berlari seperti kuda) Galop merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi kanak-kanak kerana ianya merupakan satu pergerakan berlari yang disertai dengan melompat dari satu tempat
  • 5. ke tempat yang lain. Akan tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai oleh kanak-kanak pada usia pra- sekolah. Galop ini menyerupai cara berlari seperti seekor kuda. Selain itu, ianya merupakan antara variasi pergerakan berlari dan ianya adalah satu cara yang paling kreatif untuk aktiviti fizikal. Antara langkah-langkah untuk melakukan aktiviti ini adalah satu kaki bergerak kehadapan dan kaki tersebut mengimbangi badan. Kaki belakang pula digerakkan kehadapan dan ke belakang dan seterusnya tumit kaki bergerak ke hadapan. Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat kehadapan dan berat badan diletakkan pada kaki belakang. Menolak dan mendarat bebola kaki ke belakang dan ke hadapan. Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan. 6) Hop (melompat dengan sebelah kaki) Hop merupakan satu lompatan kehadapan yang menggunakan sebelah kaki sahaja dan mendarat dengan kaki yang sama. Ini dapat dilihat menerusi permainan kanak-kanak yang paling popular iaitu teng-teng. Menurut Gabbard (1992), hop merangkumi urutan yang tersendiri. Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop, mereka perlu dapat mengimbangi sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna, kanak-kanak perlu berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-kanak berjaya mengimbangkan badan mereka, mereka dapat melakukan hop tanpa bantuan. Antara cara-cara pergerakan hop ialah mata melihat ke hadapan, berdiri dengan betul dan kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan. Angkat sebelah kaki dan lutut kaki tersebut dibengkokkan kebelakang. Selepas itu, lompat dengan kaki tersebut dan bergerak ke hadapan. Antara bentuk-bentuk pergerakan hop yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ialah bentuk lurus, melengkung, dan zigzag. Dengan itu kanak-kanak akan berasa seronok melakukannya. Contoh permainan popular di kalangan kanak-kanak yang menggunakan hop ialah permainan ‘ting-ting’. 7) Slide (berjalan di arah tepi) Slide ialah merupakan satu teknik melangkah kehadapan tetapi ianya menggunakan arah tepi. Ianya dapat melatih kanak-kanak mengetahui konsep kiri dan kanan. Selain berjalan lurus dengan badan ditegakkan kehadapan, kanak-kanak boleh berjalan dengan arah tepi. Badan dibengkokkan samada mengikut bahu kanan atau kiri dan seterusnya berjalan kehadapan. Ia juga dapat melatih keseimbangan badan dan mengembangkan koordinasi mata dan kaki. Ibu bapa boleh menggalakan kanak-kanak ini melakukan pergerakan slide tidak kira di mana jua keadaan. Justeru itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan motor kasar mereka. 8) Leap (berlari sambil melonjak) Leap merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan leap, kanak-kanak perlu mahir berlari dahulu kerana ianya amat sukar untuk dilakukan. Semasa berlari, lutut diangkat kehadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas satu kaki yang sama. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.
  • 6. PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR DEFINISI Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk mengerakakan tubuh badan tanpa beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ke tempat lain contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti permainan, seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi. KONSEP PERGERAKAN Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Ini kerana dalam konsep pergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan lebih kepada pergerakan halus- ringan. CONTOH-CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 1. Twist Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Guru perlu menjadi lebih kreatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk melakukan twist dengan memainkan muzik yang rancak. Ini akan membuatkan kanak-kanak menjadi lebih seronok. Selain itu, kanak- kanak juga boleh melakukan twist dengan menggunakan gelung rotan. Cara-cara ialah gelung rotan dimasukan dan diletakkan pada aras pinggang dan kanak-kanak mula melakukan twist dengan gelung rotan. Aktiviti ini boleh dilakukan mengikut arah dan lawan jam. Fungsi gelung rotan itu adalah untuk menahan ketahanan badan untuk mengawal keseimbangan gelung rotan daripada terjatuh. Guru juga boleh mengadakan satu pertandingan melakukan twist dikalangan kanak-kanak. Faedah dari aktiviti ini adalah kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang. 2. Imbangan Y Ini pula merupakan satu aktiviti gerakan bukan lokomotor yang kreatif. Kanak-kanak berdiri statik sambil kedua belah tangan diangkat ke atas dan membuat huruf Y. Selain itu, ia juga dapat mengajar kanak-kanak tentang huruf Y. 3. Menarik tangan pasangan Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu membiarkan kanak- kanak bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan menambahkan lagi keseronokan kanak-kanak kerana kanak-kanak secara amnya mereka suka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Dalam aktiviti ini kanak-kanak perlu berkerjasama dengan pasangan masing- masing. Kanak-kanak perlu memegang tangan pasangan dan mula menarik tangan pasangan secara serentak sambil berdiri statik. Selain itu kanak-kanak dapat belajar cara untuk berkerjasama dan bertolak-ansur dengan pasangan.
  • 7. 4. Meregang dan mengendur Aktiviti regangan selalunya dilakukan selepas kita bangun dari tidur dan mengendur pula dilakukan ketika kita berada dalam keadaan sejuk. Ada dikalangan kanak-kanak yang tidak tahu melakukan kedua-dua aktiviti ini. Guru dan ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak tentang pergerakan ini. Antara cara-caranya ialah kanak-kanak perlu berdiri statik pada peringkat permulaan. Selepas itu, secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah lalu menjadi mengecil atau merapatkan badan dalam keadaan mencangkung atau badan kanak- kanak menjadi k, kemudian meregang seperti melompat bintang. 5. Imbangan satu tapak Terdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapat melakukan aktiviti dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala dengan berdiri setempat. Kedua, tangan kanan kanak-kanak memegang bola dan tangan kiri mencapai kaki kiri kemudian mebuat imbangan satu tapak sokongan dilakukan. 6. Memutar gelung di tangan Kanak-kanak pada unur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar menggerak dan memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi mereka ianya membuatkan mereka terbang di awangan atau berenang sambil kedua belah tangan bergerak. Guru perlu menjadi kreatif dengan memberikan gelung sebagai contoh untuk kanak-kanak denagn meletakkannya di tangan mereka. Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung dengan menggunakan sebelah tangan dalam keadaan berdiri statik. Selepas itu, letakkan gelung itu di tangan yang satu lagi. Kanak-kanak juga boleh menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di kedua-dua belah tangan mereka sambil kaki berdiri statik. Aktiviti ini dapat menguatkan otot-otot tangan. 7. Melambung bola Sesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru perlu kreatif dalam mencari alatan-alatan yang boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak seperti menggunakan bola. Guru dapat melakukan aktiviti ini dalam dua cara. Pertama, melambung bola sesuka hati sama ada pada arah belakang, depan,kiri atau kanan dalam keadaan berdiri statik. Kedua, melempar bola ke arah pasangan secara bergilir-gilir. Dengan melakukannya sejak dari awal, ianya tidak mustahil bagi kanak-kanak untuk menjadi pemain bola jaring, bola tampar, bola baling, dan sebagainya apabila mereka membesar kelak. Selain itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan koordinasi mata tangan. 8. Membongkok Selain berdiri lurus, guru boleh mengajar kanak-kanak tentang cara berdir secara bongkok. Ini boleh menyeronokkan kanak-kanak kerana mereka gemar mencuba sesuatu yang baru dan suka bereksperimen. Kanak-kanak melakukan aktiviti dengan membongkokkan badan ke bawah menjadi 90 darjah dan secara perlahan-lahan menegakkan badan. Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan dalam lakonan permainan nenek-nenek si bongkok tiga. Selain itu, kanak-kanak dapat meningkatkan daya ketahanan badan mereka dengan melakukan aksi bongkok.
  • 8. 9. Memusing kepala Selain menggunakan tangan dan kaki untuk membuat pergerakan, kanak-kanak perlu diajar untuk menggunakan anggota badan yang lain seperti kepala dan lain-lain. Ini adalah kerana kanak-kanak akan menjadi cepat bosan jika guru sudah mati akal dengan asyik melakukan pergerakan yang sama sahaja. Antara cara-cara melakukan aktiviti ini ialah kanak-kanak berdiri statik dan memusingkan kepala mengikut arah jam dan memusingkan semula mengikut arah lawan jam. Daripada aktiviti ini, kanak-kanak dapat menguatkan otot leher dan belajar konsep arah jam. Selain itu, kanak-kanak boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang konsep kiri, kanan, atas, dan bawah ketika memusingkan kepala mereka mengikut konsep tersebut. 10. Mendekam Guru dapat mengaplikasikan aktiviti mendekam kepada kanak-kanak. Dekam adalah dengan mengunakan satu kaki lurus ke hadapan dan lompatan dilakukan dalam keadaan setempat. Dekam dilakukan dengan tangan menyentuh lantai. RUJUKAN http://kumpulan7psikomotor.blogspot.com/ AdminPJM3012 (2008). Pergerakanasaslokomotor.DipetikpadaMac 2, 2010 daripada http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-bukan_05.html CheguAbbas(2009). Sukan danpermainan.DipetikpadaMac 15, 2010 daripada http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html Creative Thinking(2010).Sainssukan5. DipetikpadaMac 20, 2010 daripada http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf Creative Thinking(2010).KonsepPergerakanAsas.DipetikpadaMac 2, 2010 daripada http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf Hanis(2009). Lokomotordan bukanlokomotor.DipetikpadaMac 15, 2010 daripada http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html
  • 9. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH): PERGERAKAN ASAS SET PERTAMA Utk set pertama ni, ada 4 bahagian tau... Bahagian permulaan, perkembangan, kemuncak dan last sekali penutup... PERMULAAN Kat bahagian permulaan ni, kami diajar tentang kemahiran mengilas. Kemahiran Mengilas  Utk aktiviti ni, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan.  Pastu, setiap kumpulan diberikan haiwan-haiwan yang berlainan seperti itik, katak, harimau, ketam dan egytion.
  • 10.  Apabila muzik dimainkan, setiap kumpulan dikehendaki melakonkan gaya berjalan haiwan tersebut.  Jika muzik diberhentikan, setiap pelajar dikehendaki utk 'freeze'. PERKEMBANGAN Kat bahagian ni pulak, kami diajar tentang kemahiran membaling yg betul. Kemahiran Membaling
  • 11.  Untuk aktiviti ni, kami kena menggunakan kemahiran membaling untuk membaling pundi kacang ke sasaran iaitulah bakul.  Mula2, kami kena berdiri diluar gegelung yang telah disusun menjadi bentuk bulatan yang besar dan dibekalkan dengan 4 pundi kacang.  Apabila muzik dimainkan, kami pun berjalan mengelilingi bulatan besar itu tadi.  Apabila muzik dihentikan, kami dikehendaki berhenti dan membaling 1 pundi kacang ke dalam bakul.  Aktiviti ni diulangi sehingga kesemua 4 pundi kacang habis dibaling. KEMUNCAK Utk aktiviti kemuncak, kami main permainan yg melibatkan kemahiran gallop. Kemahiran Gallop
  • 12.  Pelajar dikehendaki membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada 11 orang ahli pasukan.  Setiap 2 kumpulan akan bertanding antara satu sama lain.  Setiap ahli kumpulan akan sedaya upaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul pihak lawan dengan syarat setiap ahli bergerak dengan cara mengallop melalui halangan-halangan kon.  Kumpulan yang paling banyak memasukkan pundi kacang kedalam bakul pihak lawan, dikira sebagai pemenang.
  • 13. PENUTUP Akhirnya sampai ke bahagian penutup. Kami melakukan aktiviti cooling down ikut iringan muzik. Cooling Down Mengikut Iringan Muzik Kami melakukan pelbagai jenis pergerakan semasa aktiviti cooling down mengikut iringan muzik. ~SELESAI SET PERTAMA~
  • 14. SET KEDUA. Set kedua ni pun sama jugak macam set yang pertama. Ada 4 bahagian jugak iaitu permulaan, perkembangan, kemuncak dan penutup TAPI kali ni dengan kemahiran yang berbeza la pulak. PERMULAAN Utk aktiviti kat bahagian permulaan ni, kami diajar tentang kemahiran berlari. Kemahiran Berlari  Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 10 orang pelajar.  Setiap kumpulan membuat satu bulatan besar mengelilingi skitel besar.  Pelajar akan bergerak mengikut bulatan tersebut dengan diiringi muzik.  Apabila muzik dihentikan, pelajar dikehendaki berlari ke dalam ruangan dalam skitel besar dan berdiri di tengah gelung yang disediakan.  Pelajar yang tidak berdiri di tengah gelung yang disediakan akan disingkirkan.  Aktiviti ini diteruskan sehingga seorang sahaja yang tinggal.
  • 15. PERKEMBANGAN Kat bahagian perkembangan pulak, kami diajar tentang kemahiran menggelecek menggunakan tangan dan kemahiran menendang. KEMAHIRAN MENGELECEK  Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan 5 orang setiap kumpulan.  Skitel besar disediakan untuk memberi ruang untuk setiap pelajar menggelecek di dalam ruang tersebut.  Setiap pelajar akan menggelecek dengan sebelah tangan di dalam ruang tersebut.  Beberapa skitel kecil ditambah bagi menambah kesukaran dan mengecilkan ruang bagi pelajar menggelecek di dalam ruang tersebut.
  • 16. KEMAHIRAN MENENDANG  Setiap pelajar diberikan satu nama binatang.  Setiap pelajar membuat satu bulatan besar mengelilingi skitel besar.  Apabila wisel ditiup, pelajar akan bergerak dalam bulatan tersebut dan mencari makanan bagi binatang yang diberikan nama tersebut.  Pelajar dikehendaki menendang bola ke arah skitel yang terdapat nama makanan bagi binatang.
  • 17. KEMUNCAK Sampai kat bahagian kemuncak, kami diajar tentang kemahiran membongkok pulak. KEMAHIRAN MEMBONGKOK  Kami dibahagikan kepada 2 orang setiap kumpulan di dalam dua zon iaitu zon A dan zon B.  Di zon A, setiap pelajar berbaris dan berada dalam keadaan membongkok.  Pelajar di hadapan akan melambung pundi kacang kepada pelajar yang berada di belakang dalam keadaan membongkok.  Pelajar yang terakhir akan melambung ke dalam bakul yang disediakan dan akan mengulangi aktiviti ini sehingga semua pundi kacang masuk dalam bakul yang disediakan.  Di zon B, setiap pasangan dikehendaki berdiri di dalam gelung yang disediakan dan menggolek bola kepada skitel kecil yang berada di hadapan.
  • 18. PENUTUP Akhirnya sampai jugak kat bahagian penutup. Kat bahagian ni, kami main satu aktiviti iaitu "Lampu Trafik" utk cooling down. Aktiviti Lampu Trafik  Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan setiap satu kumpulan mempunyai 6 orang pelajar.  Setiap pelajar bergerak dengan cara yang berlainan dalam ruang yang disediakan dengan iringan muzik.  Kad akan ditunjukkan untuk memberi arahan seterusnya iatu kad merah bertujuan berhenti, kad kuning bertujuan bersedia dan bergerak secara perlahan, dan kad hijau bergerak macam biasa.  Apabila muzik dihentikan, pelajar dikehendaki bergerakbalas terhadap kad yang ditunjukkan. ~SELESAI SET KEDUA~
  • 19. RPH PJ - PERGERAKAN ASAS (LOKOMOTOR)/ BUKAN LOKOMOTOR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 14 mac 2015 Tunjang : Kemahiran Masa : 30 Minit (8.00 pg-8.30 pg) Tajuk : pergerakan asas Tahun : 2 cergas Sub- Tajuk : lokomotor Bil. Murid : 20 org Tunjang sampingan : 2 Kecergasan : Daya tahan kadiovaskular 3 Kesukanan : Keselamatan ObjektiF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid- murid dapat: 1) Psikomotor : melakukan tiga daripada lima pergerakan lokomotor (berlari, berjalan, melompat, merangkak dan meniniti) dengan betul. 2) Kognitif : Memahami pergerakan lokomotor dan jenis pergerakan lokomotor. 3) Afektif : Menunjukkan sifat keyakinan apabila melakukan aktiviti.
  • 20. Menunjukkan sifat bertanggungjawab semasa aktiviti dijalankan. Kemahiran berfikir : Menjana idea- menggunakan pelbagai pergerakan mengikut situasi.. Pengalaman lepas : Murid-murid belajar mengenai pergerakan lokomotor berjalan,melompat dan merangkak. Penerapan nilai : Murid memperlihatkan nilai patuh kepada arahan, disiplin diri dan kerjasama di dalam kumpulan. Penggabungjalinan : Pergerakan asas- Manipulasi alatan. Kesepaduan : Mata pelajaran Matematik – Mengira jumlah pergerakan. Alatan : Kon (4), Bola getah(5)gelung rotan(5)
  • 21. Bahagian/ Masa Aktiviti Butir mengajar/ fokus pembelajaran Organisasi Alatan/ catatan Permulaan (3-5 minit) Memanaskan badan i. Permainan kecil - Kucin dan burung pipit ii. Regangan - Kaki - Tangan -murid mengejar rakan yang keluar dari sangkar -Menyentuh dan bertukar -5 kiraan -tangan kiri dan kanan Kaki kiri dan kanan Perkembangan (8-10minit) Langkah 1 i. Pergerakan lokomotor - Berlari - Berjalan - Melompat - pergerakan dilakukan dengan tunjuk cara
  • 22. - Merangkak - Meniti Kemuncak (8-10minit) Permainan kecil -dua pasukan Memasukkan bola dalam bakul Penutup (3-5minit) i. Regangan - Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu. - Kuncikan pergelangan tangan
  • 23. · Anggota atas kiri dan kanan. - Tolak tangan lurus ke depan sambil membongkok 90 darjah. - Kira dengan kiraan 8. - Ulang aktiviti sebanyak 3 kali. - Tangan diluruskan - Kaki dirapatkan kemudianbengkokkan badan sehingga tangan dapat mencecah lantai. - Tarik nafas dengan menggunakan hidung dan melepaskan ke mulut dengan kiraan 3 kali- Keselamatan sebelum aktiviti - Keselamatan
  • 24. ii. Soal jawab semasa aktiviti - Keselamatan selepas aktiviti