Kertas kerja-pergerakan-asas

6,559 views

Published on

  • Be the first to comment

Kertas kerja-pergerakan-asas

  1. 1. KERTAS KERJA PERGERAKAN ASAS1.0 TAJUKPergerakan Asas Lokomotor, Pergerakan Asas Bukan Lokomotor dan ManipulasiAlatan.2.0 PENGENALAN Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utamaiaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan danKemahiran Asas Fizikal. Pergerakan asas boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yangdihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-pergerakan badan (Susan Capel, 1986). Menurut Gallahue (1996) pula, beliaumenegaskan bahawa pendidikan Jasmani merupakan satu aktiviti yang meluangkansebahagian otot besar yang mendorong dan membangunkan ‘belajar untukbergerak’ dan ‘belajar melalui pergerakan’. Pergerakan asas dibahagikan kepadadua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripadatiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasialatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek seperti ritmaasas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan dan kemahiran gimnastik.Pergerakan asas juga merupakan salah satu pergerakan yang penting untukkecerdasan fizikal kerana melalui kemahiran ini murid dapat dilatih untuk menjadilebih cergas, aktif dan kreatif di dalam bidang sukan. Pergerakan asas terdiridaripada tiga aspek pergerakan iaitu: 1. Lokomotor 2. Bukan lokomotor 3. Manipulasi alatan.Lokomotor Pergerakan yang dilakukan sambil beralih tempat Tapak sokongan berubah tempat 1
  2. 2. Contoh: mengguling, menggelongsor, merangkak, berjalan, berlari, melompat, melompat layang, melompat ketingting, skip, gallop, memanjat, dan grapevine.Bukan Lokomotor Pergerakan yang dilakukan tanpa beralih tempat Tapak sokongan tidak berubah Contoh: memusing, berbuai, mengilas, menyokong, membengkok, membongkok, menolak, menarik, merebah, membangkit, meringkuk, dan meregang.Manipulasi Alatan Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan relang getah (squaid).3.0 MATLAMATMatlamat penghasilan kertas kerja ini ialah untuk meningkatkan pengetahuantentang pergerakan asas dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran bahawatubuh badan sebagai perantaraan untuk pergerakan. Selain itu, pengetahuan iniamat penting bagi :  Membolehkan kanak-kanak menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan  Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak  Mendorong kanak-kanak mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan iaitu ruang, masa, beban, aliran dan sebagainya 2
  3. 3.  Memperolehi pengalaman tentang keadaan alam fizikal seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan lain-lain  Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan  Untuk perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek4.0 OBJEKTIFKertas kerja yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:  Meneroka pergerakan dengan menggunakan pelbagai bahagian tubuh badan  Bergerak dengan kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu ruang, masa, beban dan aliran  Melakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema, dengan menggunakan alatan  Mengisi masa lapang kanak-kanak dengan aktiviti berfaedah  Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian5.0 TARIKH :6.0 MASA :7.0 TEMPAT :8.0 PANDUAN PERLAKSANAAN DEMONSTRASI 1. Mengguling ke sisi sambil melambung bola ke atas 2. Memusing ke sebelah kanan dan kiri sambil melantun bola 3
  4. 4. 3. Menggelongsor ke hadapan sambil meleret bola ke hadapan4. Merangkak ke hadapan sambil melantun bola5. Menghayun tangan serta menghayun bola6. Grapevine ke sisi sambil memutar bola7. Mengimbang tubuh badan sambil berbuai bola8. Berjalan ke hadapan sambil melambung bola ke atas dan menangkap9. Mengilas badan ke kiri dan kanan serta menghayun bola10. Berlari ke hadapan sambil melantun bola ke bawah11. Menyokong tubuh badan dengan menggunakan kaki dan satu tangan serta memutar bola ke kiri dan ke kanan 4
  5. 5. 12. Melompat sambil meleret bola ke hadapan13. Membengkok lutut sambil mengimbang bola14. Melompat ketingting ke hadapan sambil melambung bola ke atas15. Membongkok tubuh badan sambil mengimbang bola di belakang leher16. Skip ke hadapan di atas papan anjal sambil melantun bola ke bawah17. Menolak ke depan di atas peti longgol sambil meleret bola ke hadapan18. Gallop ke hadapan sambil menghayun bola ke kiri dan kanan19. Rebah selepas bola dilambung ke atas dan disambut menggunakan tangan20. Bangkit dengan perlahan sambil melantun bola ke bawah 5
  6. 6. SENARAI SEMAK DAN BILANGAN PERGERAKANBil Lokomotor Bkn Manipulasi Bahagian Variasi Lokomotor Alatan Anggota Aras 1 mengguling - melambung atas bawah 2 - memusing melantun atas tinggi 3 menggelongsor - meleret atas bawah 4 merangkak - melantun atas sederhana 5 - menghayun menghayun atas tinggi 6 grapevine - memutar atas tinggi 7 - imbang berbuai atas tinggi 8 berjalan - melambung atas tinggi 9 - menggilas menghayun atas tinggi10 berlari - melantun atas tinggi11 - menyokong memutar atas tinggi12 melompat - meleret atas tinggi13 - membengkok imbang bawah sederhana14 lompat - melambung atas tinggi ketingting15 - membongkok imbang belakang sederhana16 skip - melantun atas tinggi17 - menolak meleret bawah rendah18 gallop - menghayun atas tinggi19 - rebah melambung atas rendah20 - bangkit melantun atas tinggiJum 10 10 20 20 20 6
  7. 7. SENARAI ALATAN BERAT DAN ALATAN RINGAN BIL ALATAN BERAT ALATAN RINGAN 1. Tilam Bola gimrama 2. Bangku Panjang Skital 3. Papan anjal 4. Peti Lombol RUMUSANPergerakan asas merupakan satu pergerakan yang banyak menggunakan dayakreativiti seseorang itu. Ia sangat penting bagi murid-murid sekolah rendah keranapada usia ini, mereka perlu mempelajari daya kreatif supaya pertumbuhan danperkembangan mereka dari segi kognitif dapat berkembang dengan pesat. Selainitu, pergerakan ini juga boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian supayaseseorang itu dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih teratur danterkawal.Kesimpulannya, pergerakan asas ini perlu dilaksanakan di semua sekolahterutamanya sekolah rendah supaya murid-murid ini lebih cergas dan cerdas sertadapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial. 7
  8. 8. RUJUKAN 1. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi(2008), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shah Alam. 2. Mok Soon Sang (2002), Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shah Alam. 3. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan(2003), PsikologiPendidikan, PTS Publication & Distribution Sdn Bhd, Bentong. 8
  9. 9. PELAN ALIRAN PERGERAKAN ASAS Pergerakan 6 Pergerakan 11 Pergerakan 7 bbbbbbbbbss Pergerakan 12 B fs Pergerakan 5 Pergerakan 10 Pergerakan 8 Pergerakan 13 Pergerakan 9 Pergerakan 4 Pergerakan 3 C Pergerakan 14 Pergerakan 2 A Pergerakan 1 Pergerakan 15 Pergerakan 19 dan 20 Pergerakan 16 Pergerakan 18 D E MULA Pergerakan 17A : tilam, B : bangku panjang, C : skital, D : papan anjal, E : peti lombol

×