SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT GRAMATIS PELAJAR
LEMAH DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A)
MENGGUNAKAN KAEDAH PELAN MAKLUMAT DAN KATA TANYA
Oleh
MOHD HERMAN BIN HAMID
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SEMBRONG
ABSTRAK
Kajian tindakan ini adalah disasarkan kepada 25 orang pelajar yang lemah dari
tingkatan 3 Inovasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sembrong, Kluang Johor bagi
meningkatkan lagi prestasi mereka dalam penulisan bahagian A menggunakan kaedah Pelan
Maklumat Dan KataTanya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih
murid-murid menulis ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik. Kaedah pengumpulan
data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui markah 3 siri ujian dan latihan harian.
Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam pencapaian murid-murid dari segi
pengskoran mereka. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa ada perubahan yang
positif dalam amalan pengajaran kami sebagai guru yang mengajar mata pelajaran ini
berbanding pengajaran sebelum ini.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Bahasa Melayu penulisan mengandungi 3 bahagian wajib dijawab oleh calon iaitu
bahagian A,bahagian B dan bahagian C. Bahagian A dikenali sebagai ringkasan. Calon
dikehendaki memindahkan maklumat daripada petikan kepada bentuk ringkasan. Bahagian B
pula teridiri daripada karangan berdasarkan bahan ransangan. Ayat yang dibina haruslah
gramatis iaitu betul struktur dan tatabahasanya. Terdapat bahan rangsangan berbentuk grafik
seperti gambar tunggal, gambar bersiri, graf, carta, rajah, data dan peta boleh digunakan.
Jawapan calon perlulah mengandungi perkara-perkara tersurat daripada gambar berkenaan.
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini selama 45 minit. Markah yang
cemerlang antara 15 hingga 20 markah dan calon perlulah menggunakan ayat yang gramatis
iaitu mengikut prinsip-prinsip tatabahasa dan ayat pula haruslah menepati maklumat tersurat
dalam bahan grafik .
PERNYATAAN MASALAH.
Pengkaji mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid Tingkatan 3 pada tahun 2012
iaitu sebanyak 1 kelas. Memandangkan pada tahun hadapan iaitu 2013, murid-murid ini
akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pencapaian bagi subjek
ini haruslah ditingkatkan. Faktor yang dikenal pasti mempengaruhi keputusan subjek ini ialah
penguasaan kemahiran menulis ayat yang gramatis. Kelas 3 Inovasi telah dipilih dalam kajian
ini yang melibatkan seramai 25 orang murid. Berdasarkan keputusan peperiksaan Bahasa
Melayu akhir tahun 2012 yang lalu, kami dapati masih ramai murid kelas ini mendapat
pengskoran pada tahap lemah seperti yang digambarkan pada Jadual 1.
PENGSKORAN BIL PERATUS
CEMERLANG
(8 HINGGA 10 MARKAH) 0 0%
BAIK
(5 HINGGA 7 MARKAH) 2 8%
MEMUASKAN
(3 HINGGA 4 MARKAH) 8 32%
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUN
( 0 HINGGA 2 MARKAH) 15 60%
Jadual 1: Analisis Pengskoran Bahagian B Penulisan Bahasa Melayu Peperiksaan
Akhir Tahun 2012
Berdasarkan Jadual 1, didapati 80% iaitu 20 daripada 25 orang murid kelas ini mendapat
pengskoran pada tahap baik dan memuaskan. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat
sebilangan besar murid kelas ini yang masih lagi sederhana pencapaian mereka dalam
Penulisan bahagian B Bahasa Melayu. Kami telah memulakan tinjauan awal kajian ini pada
awal bulan Julai 2012 yang lalu. Melalui maklumat awal ini, kami telah meneliti dan
mengenal pasti kelemahan murid-murid ini melalui latihan harian mereka. Rajah 1
merupakan salah satu latihan penulisan seorang daripada murid berkenaan.
RAJAH 1- CONTOH LATIHAN HARIAN MURID
Latihan tersebut menunjukkan murid berkenaan masih lemah yang mana perkataan yang
digunakan amat terhad dan kurang sesuai dengan bahan grafik.Pemilihan kosa kata juga
kurang sesuai disamping kelemahan dalam menguasai sistem tanda baca dan ejaan.Murid ini
gagal untuk membuat ayat yang gramatis dan sesuai dengan tahap kematangan pelajar tahun
Lima.
Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang sederhana.
Pertama, murid-murid ini kekurangan perbendaharaan kata kerana kurang membuat rujukan
dan bahan bacaan serta tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Kedua, kaedah
pengajaran yang kami gunakan selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman
mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:
i) Meningkatkan kemahiran murid membina ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik
yang diberikan dengan menggunakan pelan maklumat.
ii) Menggalakkan murid agar berkeyakinan dengan potensi diri dan kebolehan mereka.
iii) Memperbaiki amalan pengajaran kami sebagai guru Penulisan Bahasa agar memberi
kesan yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan Kaedah Kata Tanya.
PERSOALAN KAJIAN
Kami telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan-
persoalan tersebut ialah:
a) Mengapakah sebilangan besar murid kelas ini masih kurang mahir membina ayat yang
gramatis menggunakan bahan grafik?
b) Adakah kaedah yang digunakan sebelum ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman
murid-murid berkenaan?
c) Apakah kaedah lain yang patut digunakan untuk membantu mereka mengatasi masalah
ini?
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu melalui
soalan ujian dan pemerhatian.Soalan Pra Ujian, ujian bulanan dan Pasca Ujian telah
disediakan bagi mengukur kelemahan murid-murid ini. Selain itu, pemerhatian juga
dilakukan oleh kami melalui latihan yang diberi di dalam kelas,aktiviti perbincangan yang
diadakan serta tindakbalas mereka terhadap soaljawab semasa pengajaran dilaksanakan.
Maklumat ini telah dianalisis dan hasilnya telah memberi gambaran yang jelas terhadap
bilangan murid yang terlibat serta tahap pencapaian mereka. Berpandukan maklumat
daripada tinjauan awal ini, kami telah meneliti buku latihan harian murid. Hasil daripada
penelitian ini, pengkaji telah memperolehi maklumat tentang kelemahan murid-murid ini.
Seterusnya kami pun memulakan langkah untuk melaksanakan kajian ini pada 11.07.2012
(Isnin). Dalam pelaksanaan kajian ini, kami telah mengumpul data melalui 3 siri Ujian
Penulisan Bahasa Melayu. Maklumat dalam bentuk markah telah dicatat dalam Borang
Analisis Markah Latihan. Maklumat ini telah dianalisis dan keputusannya menunjukkan
keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini telah dirancang bermula awal Julai 2012 sehingga penghujung bulan Oktober
2011. Pengkaji telah mengenal pasti 20 orang murid untuk dijadikan kumpulan sasaran
dalam kajian ini. Pengkaji melaksanakan pengajaran menggunakan Kaedah bina pelan
maklumat dan kata tanya. Pengkaji memperuntukkan 2 waktu (60minit) pada setiap hari
Ahad untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini. Pengkaji
menggunakan 1 waktu untuk perbincangan dan aktiviti pengajaran-pembelajaran
menggunakan kaedah ini manakala 1 waktu lagi untuk murid-murid membuat latihan
membina ayat. Pengkaji akan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah ini dengan
mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam tempoh kajian ini.
Pengkaji telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah ini. Berikut adalah Rancangan Pelajaran yang kami sediakan untuk sesi pengajaran
tersebut.
Set Induksi : Baca arahan soalan dengan teliti sambil menggarisi klu soalan. Fahami
kehendak sebenar soalan.
Langkah 1 : Teliti bahan grafik dan catat sekurang-kurangnya lima maklumat yang
tepat. Sekiranya grafik gambar,utamakan aktiviti yang dipaparkan.
Langkah 2 : Bina pelan maklumat. Guru membimbing murid menggunakan teknik
tarik dan tulis maklumat pada bahan grafik.
Langkah 3 : Menggunakan kata tanya( siapa,bagaimana dan di mana)
pada setiap maklumat yang diperolehi.
Langkah 4 : Latihan membina dan menulis ayat yang gramatis berpandukan
pelan maklumat.
Penutup : Semak ejaan,tanda baca,imbuhan dan ayat supaya tiada kesalahan.
Pengkaji memulakan langkah pengajaran&pembelajaran dengan menyuruh murid membaca
arahan dengan teliti sambil menggarisi klu soalan agar mereka memahami kehendak soalan
samada menulis ayat berdasarkan aktiviti/situasi berdasarkan bahan grafik. Ini untuk menarik
minat dan perhatian mereka.
Seterusnya di dalam langkah pertama, murid hendaklah meneliti bahan grafik untuk
memahami aktiviti/situasinya. Selepas itu, murid hendaklah menyenaraikan sekurang-
kurannya lima maklumat yang tepat yang terdapat dalam gambar. Sekiranya grafik berkaitan
gambar, murid-murid hendaklah mencatatkan lima kata kerja yang sesuai berdasarkan
gambar. Sekiranya berkaitan data/jadual , murid-murid hendakah mencatatkan isi penting
tentang grafik tersebut.
Di dalam langkah kedua, pengkaji menunjukkan cara untuk membina pelan maklumat
dengan menggunakan teknik tarik dan tulis.Berdasarkan bahan grafik, murid-murid
hendaklah membuat garisan pada gambar dan mencatatkan aktiviti yang dilakukan.Contoh
penggunaan teknik tarik dan tulis seperti dalam Rajah 2
RAJAH 2- TEKNIK TARIK DAN TULIS
Seterusnya di dalam langkah ketiga, pengkaji membimbing murid menggunakan kata tanya
bagi setiap aktiviti yang ditulis.
Contoh soalan : Siapakah yang berlajar secara berkumpulan?
Contoh jawapan murid : Pelajar-pelajar yang ingin menduduki peperiksaan.
Contoh soalan: Di manakah mereka belajar secara berkumpulan?
Contoh jawapan murid : Mereka belajar secara berkumpulan di rumah, perpustakaan awam,
balairaya, kedai makan dan sebagainya.
Contoh soalan : Bagaimanakah mereka belajar secara berkumpulan?
Contoh jawapan murid: Mereka berbincang bersama-sama kawan dan bertukar-tukar
pandangan dan idea.
Contoh soalan : Apakah kebaikan belajar secara berkumpulan?
Contoh jawapan murid : 1. Dapat bertukar-tukar fikiran, 2. Mendapat lebih banyak ilmu, 3.
Suasana yang lebih ceria dan mesra, 4. Lebih bersedia dan berdisiplin.
Untuk langkah yang terakhir, pengkaji telah memberi latihan membina ayat kepada murid-
murid. Semasa membuat latihan, kami memberi bimbingan secara individu. Pengkaji
membimbing dan melatih mereka membina ayat supaya gramatis dengan menggunakan kosa
kata yang tepat. Setelah murid-murid selesai menulis ayat,mereka diarahkan supaya
menyemak ayat masing-masing supaya tiada kesalahan ejaan,tanda baca sebagainya. Contoh
ayat yang gramatis : Terdapat banyak kebaikan belajar secara berkumpulan antaranya ialah
dapat bertukar-tukar fikiran.
Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini dari
awal bulan Julai 2011 hingga penghujung bulan Oktober 2012, pengkaji telah mengadakan 3
siri ujian. Ujian ini diadakan pada hujung setiap bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini.
Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan
terhadap pencapaian subjek kajian dalam Penulisan Bahasa Melayu.
DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah mengumpul pengskoran daripada 3 siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah
tersebut telah dicatat dalam Borang Analisis pengskoran seperti Jadual 2.
BIL NAMA MURID JENIS UJIAN
PRA UJIAN UJIAN BULAN
SEPTEMBER
PASCA
UJIAN
1 GAUTHAM PILLAI A/L SELVARAJU PILLAI 4 9 13
2 LOGESWARAN A/L VEERAN 6 10 12
3 MOHAMAD HAZIQ AIMAN BIN
MOHAMAD SAMSIR
5 8 12
4 MOHD AMIERUL BIN MAHAT 4 8 15
5 MUHAMMAD AZIZUL BIN ABDULLAH 6 9 14
6 MUHAMMAD AZREEN B HASHIM 5 9 15
7 MUHAMMAD DANIAL AFIQ B. ADNAN 7 10 17
8 MUHAMMAD FIKRI AIMAN B MOHD
MUSTAKIM
6 9 15
9 MUHAMMAD HAZIQ BIN ABD AZIZ 5 9 17
10 MUHAMMAD NUR ATUFF B ROSSHAM 4 8 13
11 MUHD HAZWAN BIN ABDULLAH 6 10 16
12 VICNES A/L K.NATHAN 5 7 14
13 INTAN SYAHIRA BINTI ISHAK 6 9 16
14 KASTURI A/P RAJAN NAIDU 4 7 13
15 KIRUSHARTI A/P RAGUNATHAN 5 10 14
16 MATHUMITHA A/P MURUGAN 6 9 13
17 MEGALA A/P SINNATHAMBY 6 10 13
18 NUR SYAHIDA BT IBRAHIM 5 9 17
19 NURATIQAH SYAMIMI BT MOHAMAD
SHUIB
6 10 17
20 SOFIA BINTI HERY 5 8 17
JADUAL 2- ANALISIS PENGSKORAN BAHAGIAN B
Berdasarkan analisis pengskoran dalam Jadual 2, didapati berlaku peningkatan markah bagi
murid-murid kelas ini. Seramai 18 orang murid iaitu 90% murid telah mendapat pengskoran
tahap cemerlang. Hanya 2 orang sahaja lagi berada pada tahap baik iaitu sebanyak 10%.
Secara keseluruhannya penggunaan kaedah ini amat brkesan kerana telah berlaku
peningkatan yang positif dalam kalangan pengskoran murid-murid.
Kami juga telah menemubual beberapa orang murid berhubung dengan kaedah yang
digunakan dalam kajian ini dan keputusan ujian mereka. Berikut merupakan transkrip
temubual tersebut.
Cikgu : Sofea, cikgu nampak keputusan pengskoran kamu bertambah baik setelah
menggunakan kaedah ini.
Sofea : Ya, cikgu. Setelah belajar menggunakan kaedah bina pelan maklumat dan
penggunaan kata tanya saya lebih mahir membina ayat dalam bahagian ini.
Cikgu : Bagaimana pula pendapat kamu, Shahida?
Shahida : Saya telah memahami cara untuk membina ayat supaya lebih gramatis.
Cikgu : Azrin, cikgu perhatikan pengskoran kamu masih pada tahap baik
berbanding rakan-rakan kamu yang telah mencapai tahap cemerlang.
Cikgu : Adakah kamu faham kaedah yang cikgu gunakan ?
Azrin : Faham, cikgu. Tetapi saya tidak berminat untuk menulis ayat yang panjang
panjang.
Cikgu : Kamu mesti berusaha bersungguh-sungguh Azrin. Pada tahun hadapan kamu
akan menduduki UPSR dan bahagian ini wajib dijawab. Haziq, kamu minat
kaedah yang cikgu gunakan?
Haziq : Ya, cikgu. Saya ada idea untuk kembangkan ayat menggunakan kaedah ini.
Temubual dengan empat orang murid ini mendedahkan sikap mereka terhadap penggunaan
kaedah ini. Kami dapati penggunaan pelan maklumat dan kata tanya memudahkan mereka
untuk mengembangkan idea supaya ayat yang ditulis menjadi gramatis. Tiga orang daripada
murid yang ditemubual ini bersetuju bahawa penggunaan bina pelan maklumat dan kata tanya
telah membantu mereka menulis ayat yang gramatis. Salah seorang daripada mereka yang
ditemubual menunjukkan sikap malas yang menjadi punca kelemahannya menguasai
kemahiran dalam mata pelajaran ini.
REFLEKSI
Pada awal kajian ini, pengkaji dapati subjek kajian kurang memberi kerjasama dan
perhatian semasa perbincangan. Apabila disoal, mereka hanya memberi jawapan tidak tahu
sahaja. Mereka kurang memberi tumpuan semasa kami memberi penerangan. Pengkaji
telah membuat teguran terhadap sikap mereka ini. Selepas beberapa siri pengajaran-
pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka telah menunjukkan respon yang positif.
Mereka telah berminat dalam aktiviti perbincangan. Pengkaji sangat berpuas hati dengan
sikap yang mereka tunjukkan itu serta peningkatan pencapaian mereka.
Didapati penggunaan kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya dalam kajian ini ada
memberi kesan yang positif terhahap pemahaman murid-murid . Kaedah ini dapat
mempertingkatkan pengskoran mereka ke tahap yang lebih cemerlang lagi. Pengkaji juga
berpuas hati dengan hasil kajian ini kerana kaedah yang digunakan dalam amalan pengajaran
kami telah menampakkan hasil yang memberansangkan berbanding dengan kaedah yang
digunakan sebelum ini.
Pengkaji bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk menghuraikan isi-isi
penting dalam Bahagian B. Pada persepsi pengkaji, kaedah ini juga sesuai digunakan untuk
menulis karangan. Kami juga akan terus menggunakan kaedah ini dalam Penulisan Bahasa
Melayu kerana kaedah ini dapat memudahkan murid menguasai kemahiran untuk
menghasilkan ayat yang baik.
Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini didapati sebagai seorang guru, kita perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada
kelebihan dan kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang murid kita berbeza dari
berbagai segi. Pengkaji berpuas hati dengan kajian ini kerana hasilnya telah memberi petanda
yang baik untuk meneruskan lagi penyelidikan kami.
KESIGNIFIKANAN KAJIAN
Dapatan kajian ini telah meningkatkan lagi pencapaian murid-murid Tingkatan 3
dalam pengskoran Bahagian B dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru bahasa
Melayu. Kajian ini juga diharap dapat dikongsi bersama dengan ahli jawatankuasa Kajian
Tindakan SK.Jelawat , guru-guru sekolah ini melalui aktiviti perkembangan staf serta guru-
guru bahasa Melayu SMK Seri Sembrong
JADUAL KERJA
AKTIVITI TARIKH
Penulisan Kertas Cadangan 30.6.2012
Mesyuarat Perancangan Kajian Tindakan 3.7.2012
Mesyuarat pembinaan soalan ujian 7.7.2012
Pelaksanaan Pra Ujian 11.7.2012
Analisis data Pra Ujian dan pemerhatian 26.7.2012
Pelaksanaan ujian bulan September 28.9.2012
Analisis data ujian bulan September dan pemerhatian 5.10.2012
Pelaksanaan Pasca Ujian 31.10.2012
Analisis Data Pasca Ujian 9.11.2012
Refleksi dan penilaian 16.11.2012
Penulisan Laporan Kajian 28.11.2012
BIBLIOGRAFI
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan
maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan
praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah
rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.
Jeffery anak Menggu. (2003). “Aya Du.” Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9
Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan
Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147.
Haji Razali Yahya. (2010). Karangan Imperatif Tahun 4,5 dan 6. Serdang: Cemerlang Sdn.
Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru, Bahasa Malaysia Tahun 5.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Aslina Mamat. (2007). Contoh Karangan Memindahkan Maklumat/Ulasan: PNI Neorun.
Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Masalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgMasalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgRohana Masoud
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajarancik noorlyda
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)FaFai S.
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018NANAPOYO
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)ArifahAzlanShah2
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 

What's hot (20)

Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
Masalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgMasalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibg
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
RPH BM THN 2 (2019)
RPH BM THN 2  (2019)RPH BM THN 2  (2019)
RPH BM THN 2 (2019)
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 

Viewers also liked

Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaAmir Aiman Akashah
 
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...koperasi
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanrehanqistina
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakanhajizul
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Kaedah asas mengajar bacaan
Kaedah asas mengajar bacaanKaedah asas mengajar bacaan
Kaedah asas mengajar bacaanRosdan Nasar
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)nakirah
 
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuIslam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuieda kahar
 
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 

Viewers also liked (20)

Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
 
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Prosiding jam
Prosiding jamProsiding jam
Prosiding jam
 
Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikan
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Ke arah bahasa melayu berkesan
Ke arah bahasa melayu berkesanKe arah bahasa melayu berkesan
Ke arah bahasa melayu berkesan
 
Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm
 
Kaedah asas mengajar bacaan
Kaedah asas mengajar bacaanKaedah asas mengajar bacaan
Kaedah asas mengajar bacaan
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
 
Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111
 
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuIslam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
 
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
PEMBENTANGAN KAJIAN RESPON PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN GRAFIK (KAD BERGAMBAR)...
 
Kajian tindakan murad
Kajian tindakan muradKajian tindakan murad
Kajian tindakan murad
 

Similar to Kajian tindakan bm skj

Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakankpr4063
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagisobri4587
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakanhajizul
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012 Rohani Othman
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
KT: Mengasah Mata Minda 2008
KT: Mengasah Mata Minda 2008KT: Mengasah Mata Minda 2008
KT: Mengasah Mata Minda 2008IPG
 
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxGayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxPuspavaliNagan
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukLing Leh
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 

Similar to Kajian tindakan bm skj (20)

Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Proceeding Seminar Pedagogik ke 6
Proceeding Seminar Pedagogik ke 6Proceeding Seminar Pedagogik ke 6
Proceeding Seminar Pedagogik ke 6
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
 
KT: Mengasah Mata Minda 2008
KT: Mengasah Mata Minda 2008KT: Mengasah Mata Minda 2008
KT: Mengasah Mata Minda 2008
 
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxGayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
Powerpoint proposal
Powerpoint proposalPowerpoint proposal
Powerpoint proposal
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Aktiviti 11 Jurnal
Aktiviti 11 JurnalAktiviti 11 Jurnal
Aktiviti 11 Jurnal
 

Recently uploaded

rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Recently uploaded (14)

rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

Kajian tindakan bm skj

  • 1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT GRAMATIS PELAJAR LEMAH DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A) MENGGUNAKAN KAEDAH PELAN MAKLUMAT DAN KATA TANYA Oleh MOHD HERMAN BIN HAMID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SEMBRONG ABSTRAK Kajian tindakan ini adalah disasarkan kepada 25 orang pelajar yang lemah dari tingkatan 3 Inovasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sembrong, Kluang Johor bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam penulisan bahagian A menggunakan kaedah Pelan Maklumat Dan KataTanya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid menulis ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui markah 3 siri ujian dan latihan harian. Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam pencapaian murid-murid dari segi pengskoran mereka. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa ada perubahan yang positif dalam amalan pengajaran kami sebagai guru yang mengajar mata pelajaran ini berbanding pengajaran sebelum ini. LATAR BELAKANG KAJIAN Bahasa Melayu penulisan mengandungi 3 bahagian wajib dijawab oleh calon iaitu bahagian A,bahagian B dan bahagian C. Bahagian A dikenali sebagai ringkasan. Calon dikehendaki memindahkan maklumat daripada petikan kepada bentuk ringkasan. Bahagian B pula teridiri daripada karangan berdasarkan bahan ransangan. Ayat yang dibina haruslah gramatis iaitu betul struktur dan tatabahasanya. Terdapat bahan rangsangan berbentuk grafik seperti gambar tunggal, gambar bersiri, graf, carta, rajah, data dan peta boleh digunakan. Jawapan calon perlulah mengandungi perkara-perkara tersurat daripada gambar berkenaan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini selama 45 minit. Markah yang cemerlang antara 15 hingga 20 markah dan calon perlulah menggunakan ayat yang gramatis iaitu mengikut prinsip-prinsip tatabahasa dan ayat pula haruslah menepati maklumat tersurat dalam bahan grafik .
  • 2. PERNYATAAN MASALAH. Pengkaji mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid Tingkatan 3 pada tahun 2012 iaitu sebanyak 1 kelas. Memandangkan pada tahun hadapan iaitu 2013, murid-murid ini akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pencapaian bagi subjek ini haruslah ditingkatkan. Faktor yang dikenal pasti mempengaruhi keputusan subjek ini ialah penguasaan kemahiran menulis ayat yang gramatis. Kelas 3 Inovasi telah dipilih dalam kajian ini yang melibatkan seramai 25 orang murid. Berdasarkan keputusan peperiksaan Bahasa Melayu akhir tahun 2012 yang lalu, kami dapati masih ramai murid kelas ini mendapat pengskoran pada tahap lemah seperti yang digambarkan pada Jadual 1. PENGSKORAN BIL PERATUS CEMERLANG (8 HINGGA 10 MARKAH) 0 0% BAIK (5 HINGGA 7 MARKAH) 2 8% MEMUASKAN (3 HINGGA 4 MARKAH) 8 32% PENCAPAIAN TAHAP MINIMUN ( 0 HINGGA 2 MARKAH) 15 60% Jadual 1: Analisis Pengskoran Bahagian B Penulisan Bahasa Melayu Peperiksaan Akhir Tahun 2012 Berdasarkan Jadual 1, didapati 80% iaitu 20 daripada 25 orang murid kelas ini mendapat pengskoran pada tahap baik dan memuaskan. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat sebilangan besar murid kelas ini yang masih lagi sederhana pencapaian mereka dalam Penulisan bahagian B Bahasa Melayu. Kami telah memulakan tinjauan awal kajian ini pada awal bulan Julai 2012 yang lalu. Melalui maklumat awal ini, kami telah meneliti dan mengenal pasti kelemahan murid-murid ini melalui latihan harian mereka. Rajah 1 merupakan salah satu latihan penulisan seorang daripada murid berkenaan. RAJAH 1- CONTOH LATIHAN HARIAN MURID
  • 3. Latihan tersebut menunjukkan murid berkenaan masih lemah yang mana perkataan yang digunakan amat terhad dan kurang sesuai dengan bahan grafik.Pemilihan kosa kata juga kurang sesuai disamping kelemahan dalam menguasai sistem tanda baca dan ejaan.Murid ini gagal untuk membuat ayat yang gramatis dan sesuai dengan tahap kematangan pelajar tahun Lima. Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang sederhana. Pertama, murid-murid ini kekurangan perbendaharaan kata kerana kurang membuat rujukan dan bahan bacaan serta tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Kedua, kaedah pengajaran yang kami gunakan selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman mereka. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian tindakan ini adalah untuk: i) Meningkatkan kemahiran murid membina ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik yang diberikan dengan menggunakan pelan maklumat. ii) Menggalakkan murid agar berkeyakinan dengan potensi diri dan kebolehan mereka. iii) Memperbaiki amalan pengajaran kami sebagai guru Penulisan Bahasa agar memberi kesan yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan Kaedah Kata Tanya. PERSOALAN KAJIAN Kami telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan- persoalan tersebut ialah: a) Mengapakah sebilangan besar murid kelas ini masih kurang mahir membina ayat yang gramatis menggunakan bahan grafik? b) Adakah kaedah yang digunakan sebelum ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman murid-murid berkenaan? c) Apakah kaedah lain yang patut digunakan untuk membantu mereka mengatasi masalah ini?
  • 4. KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu melalui soalan ujian dan pemerhatian.Soalan Pra Ujian, ujian bulanan dan Pasca Ujian telah disediakan bagi mengukur kelemahan murid-murid ini. Selain itu, pemerhatian juga dilakukan oleh kami melalui latihan yang diberi di dalam kelas,aktiviti perbincangan yang diadakan serta tindakbalas mereka terhadap soaljawab semasa pengajaran dilaksanakan. Maklumat ini telah dianalisis dan hasilnya telah memberi gambaran yang jelas terhadap bilangan murid yang terlibat serta tahap pencapaian mereka. Berpandukan maklumat daripada tinjauan awal ini, kami telah meneliti buku latihan harian murid. Hasil daripada penelitian ini, pengkaji telah memperolehi maklumat tentang kelemahan murid-murid ini. Seterusnya kami pun memulakan langkah untuk melaksanakan kajian ini pada 11.07.2012 (Isnin). Dalam pelaksanaan kajian ini, kami telah mengumpul data melalui 3 siri Ujian Penulisan Bahasa Melayu. Maklumat dalam bentuk markah telah dicatat dalam Borang Analisis Markah Latihan. Maklumat ini telah dianalisis dan keputusannya menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini. REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini telah dirancang bermula awal Julai 2012 sehingga penghujung bulan Oktober 2011. Pengkaji telah mengenal pasti 20 orang murid untuk dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian ini. Pengkaji melaksanakan pengajaran menggunakan Kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya. Pengkaji memperuntukkan 2 waktu (60minit) pada setiap hari Ahad untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini. Pengkaji menggunakan 1 waktu untuk perbincangan dan aktiviti pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1 waktu lagi untuk murid-murid membuat latihan membina ayat. Pengkaji akan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah ini dengan mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam tempoh kajian ini. Pengkaji telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini. Berikut adalah Rancangan Pelajaran yang kami sediakan untuk sesi pengajaran tersebut.
  • 5. Set Induksi : Baca arahan soalan dengan teliti sambil menggarisi klu soalan. Fahami kehendak sebenar soalan. Langkah 1 : Teliti bahan grafik dan catat sekurang-kurangnya lima maklumat yang tepat. Sekiranya grafik gambar,utamakan aktiviti yang dipaparkan. Langkah 2 : Bina pelan maklumat. Guru membimbing murid menggunakan teknik tarik dan tulis maklumat pada bahan grafik. Langkah 3 : Menggunakan kata tanya( siapa,bagaimana dan di mana) pada setiap maklumat yang diperolehi. Langkah 4 : Latihan membina dan menulis ayat yang gramatis berpandukan pelan maklumat. Penutup : Semak ejaan,tanda baca,imbuhan dan ayat supaya tiada kesalahan. Pengkaji memulakan langkah pengajaran&pembelajaran dengan menyuruh murid membaca arahan dengan teliti sambil menggarisi klu soalan agar mereka memahami kehendak soalan samada menulis ayat berdasarkan aktiviti/situasi berdasarkan bahan grafik. Ini untuk menarik minat dan perhatian mereka. Seterusnya di dalam langkah pertama, murid hendaklah meneliti bahan grafik untuk memahami aktiviti/situasinya. Selepas itu, murid hendaklah menyenaraikan sekurang- kurannya lima maklumat yang tepat yang terdapat dalam gambar. Sekiranya grafik berkaitan gambar, murid-murid hendaklah mencatatkan lima kata kerja yang sesuai berdasarkan gambar. Sekiranya berkaitan data/jadual , murid-murid hendakah mencatatkan isi penting tentang grafik tersebut. Di dalam langkah kedua, pengkaji menunjukkan cara untuk membina pelan maklumat dengan menggunakan teknik tarik dan tulis.Berdasarkan bahan grafik, murid-murid hendaklah membuat garisan pada gambar dan mencatatkan aktiviti yang dilakukan.Contoh penggunaan teknik tarik dan tulis seperti dalam Rajah 2
  • 6. RAJAH 2- TEKNIK TARIK DAN TULIS Seterusnya di dalam langkah ketiga, pengkaji membimbing murid menggunakan kata tanya bagi setiap aktiviti yang ditulis. Contoh soalan : Siapakah yang berlajar secara berkumpulan? Contoh jawapan murid : Pelajar-pelajar yang ingin menduduki peperiksaan. Contoh soalan: Di manakah mereka belajar secara berkumpulan? Contoh jawapan murid : Mereka belajar secara berkumpulan di rumah, perpustakaan awam, balairaya, kedai makan dan sebagainya. Contoh soalan : Bagaimanakah mereka belajar secara berkumpulan? Contoh jawapan murid: Mereka berbincang bersama-sama kawan dan bertukar-tukar pandangan dan idea. Contoh soalan : Apakah kebaikan belajar secara berkumpulan? Contoh jawapan murid : 1. Dapat bertukar-tukar fikiran, 2. Mendapat lebih banyak ilmu, 3. Suasana yang lebih ceria dan mesra, 4. Lebih bersedia dan berdisiplin. Untuk langkah yang terakhir, pengkaji telah memberi latihan membina ayat kepada murid- murid. Semasa membuat latihan, kami memberi bimbingan secara individu. Pengkaji membimbing dan melatih mereka membina ayat supaya gramatis dengan menggunakan kosa kata yang tepat. Setelah murid-murid selesai menulis ayat,mereka diarahkan supaya menyemak ayat masing-masing supaya tiada kesalahan ejaan,tanda baca sebagainya. Contoh ayat yang gramatis : Terdapat banyak kebaikan belajar secara berkumpulan antaranya ialah dapat bertukar-tukar fikiran. Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini dari awal bulan Julai 2011 hingga penghujung bulan Oktober 2012, pengkaji telah mengadakan 3 siri ujian. Ujian ini diadakan pada hujung setiap bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian subjek kajian dalam Penulisan Bahasa Melayu.
  • 7. DAPATAN KAJIAN Pengkaji telah mengumpul pengskoran daripada 3 siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah tersebut telah dicatat dalam Borang Analisis pengskoran seperti Jadual 2. BIL NAMA MURID JENIS UJIAN PRA UJIAN UJIAN BULAN SEPTEMBER PASCA UJIAN 1 GAUTHAM PILLAI A/L SELVARAJU PILLAI 4 9 13 2 LOGESWARAN A/L VEERAN 6 10 12 3 MOHAMAD HAZIQ AIMAN BIN MOHAMAD SAMSIR 5 8 12 4 MOHD AMIERUL BIN MAHAT 4 8 15 5 MUHAMMAD AZIZUL BIN ABDULLAH 6 9 14 6 MUHAMMAD AZREEN B HASHIM 5 9 15 7 MUHAMMAD DANIAL AFIQ B. ADNAN 7 10 17 8 MUHAMMAD FIKRI AIMAN B MOHD MUSTAKIM 6 9 15 9 MUHAMMAD HAZIQ BIN ABD AZIZ 5 9 17 10 MUHAMMAD NUR ATUFF B ROSSHAM 4 8 13 11 MUHD HAZWAN BIN ABDULLAH 6 10 16 12 VICNES A/L K.NATHAN 5 7 14 13 INTAN SYAHIRA BINTI ISHAK 6 9 16 14 KASTURI A/P RAJAN NAIDU 4 7 13 15 KIRUSHARTI A/P RAGUNATHAN 5 10 14 16 MATHUMITHA A/P MURUGAN 6 9 13
  • 8. 17 MEGALA A/P SINNATHAMBY 6 10 13 18 NUR SYAHIDA BT IBRAHIM 5 9 17 19 NURATIQAH SYAMIMI BT MOHAMAD SHUIB 6 10 17 20 SOFIA BINTI HERY 5 8 17 JADUAL 2- ANALISIS PENGSKORAN BAHAGIAN B Berdasarkan analisis pengskoran dalam Jadual 2, didapati berlaku peningkatan markah bagi murid-murid kelas ini. Seramai 18 orang murid iaitu 90% murid telah mendapat pengskoran tahap cemerlang. Hanya 2 orang sahaja lagi berada pada tahap baik iaitu sebanyak 10%. Secara keseluruhannya penggunaan kaedah ini amat brkesan kerana telah berlaku peningkatan yang positif dalam kalangan pengskoran murid-murid. Kami juga telah menemubual beberapa orang murid berhubung dengan kaedah yang digunakan dalam kajian ini dan keputusan ujian mereka. Berikut merupakan transkrip temubual tersebut. Cikgu : Sofea, cikgu nampak keputusan pengskoran kamu bertambah baik setelah menggunakan kaedah ini. Sofea : Ya, cikgu. Setelah belajar menggunakan kaedah bina pelan maklumat dan penggunaan kata tanya saya lebih mahir membina ayat dalam bahagian ini. Cikgu : Bagaimana pula pendapat kamu, Shahida? Shahida : Saya telah memahami cara untuk membina ayat supaya lebih gramatis. Cikgu : Azrin, cikgu perhatikan pengskoran kamu masih pada tahap baik berbanding rakan-rakan kamu yang telah mencapai tahap cemerlang. Cikgu : Adakah kamu faham kaedah yang cikgu gunakan ? Azrin : Faham, cikgu. Tetapi saya tidak berminat untuk menulis ayat yang panjang panjang. Cikgu : Kamu mesti berusaha bersungguh-sungguh Azrin. Pada tahun hadapan kamu akan menduduki UPSR dan bahagian ini wajib dijawab. Haziq, kamu minat kaedah yang cikgu gunakan? Haziq : Ya, cikgu. Saya ada idea untuk kembangkan ayat menggunakan kaedah ini. Temubual dengan empat orang murid ini mendedahkan sikap mereka terhadap penggunaan kaedah ini. Kami dapati penggunaan pelan maklumat dan kata tanya memudahkan mereka untuk mengembangkan idea supaya ayat yang ditulis menjadi gramatis. Tiga orang daripada
  • 9. murid yang ditemubual ini bersetuju bahawa penggunaan bina pelan maklumat dan kata tanya telah membantu mereka menulis ayat yang gramatis. Salah seorang daripada mereka yang ditemubual menunjukkan sikap malas yang menjadi punca kelemahannya menguasai kemahiran dalam mata pelajaran ini. REFLEKSI Pada awal kajian ini, pengkaji dapati subjek kajian kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa perbincangan. Apabila disoal, mereka hanya memberi jawapan tidak tahu sahaja. Mereka kurang memberi tumpuan semasa kami memberi penerangan. Pengkaji telah membuat teguran terhadap sikap mereka ini. Selepas beberapa siri pengajaran- pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka telah menunjukkan respon yang positif. Mereka telah berminat dalam aktiviti perbincangan. Pengkaji sangat berpuas hati dengan sikap yang mereka tunjukkan itu serta peningkatan pencapaian mereka. Didapati penggunaan kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya dalam kajian ini ada memberi kesan yang positif terhahap pemahaman murid-murid . Kaedah ini dapat mempertingkatkan pengskoran mereka ke tahap yang lebih cemerlang lagi. Pengkaji juga berpuas hati dengan hasil kajian ini kerana kaedah yang digunakan dalam amalan pengajaran kami telah menampakkan hasil yang memberansangkan berbanding dengan kaedah yang digunakan sebelum ini. Pengkaji bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk menghuraikan isi-isi penting dalam Bahagian B. Pada persepsi pengkaji, kaedah ini juga sesuai digunakan untuk menulis karangan. Kami juga akan terus menggunakan kaedah ini dalam Penulisan Bahasa Melayu kerana kaedah ini dapat memudahkan murid menguasai kemahiran untuk menghasilkan ayat yang baik. Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini didapati sebagai seorang guru, kita perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang murid kita berbeza dari berbagai segi. Pengkaji berpuas hati dengan kajian ini kerana hasilnya telah memberi petanda yang baik untuk meneruskan lagi penyelidikan kami. KESIGNIFIKANAN KAJIAN
  • 10. Dapatan kajian ini telah meningkatkan lagi pencapaian murid-murid Tingkatan 3 dalam pengskoran Bahagian B dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu. Kajian ini juga diharap dapat dikongsi bersama dengan ahli jawatankuasa Kajian Tindakan SK.Jelawat , guru-guru sekolah ini melalui aktiviti perkembangan staf serta guru- guru bahasa Melayu SMK Seri Sembrong JADUAL KERJA AKTIVITI TARIKH Penulisan Kertas Cadangan 30.6.2012 Mesyuarat Perancangan Kajian Tindakan 3.7.2012 Mesyuarat pembinaan soalan ujian 7.7.2012 Pelaksanaan Pra Ujian 11.7.2012 Analisis data Pra Ujian dan pemerhatian 26.7.2012 Pelaksanaan ujian bulan September 28.9.2012 Analisis data ujian bulan September dan pemerhatian 5.10.2012 Pelaksanaan Pasca Ujian 31.10.2012 Analisis Data Pasca Ujian 9.11.2012 Refleksi dan penilaian 16.11.2012 Penulisan Laporan Kajian 28.11.2012 BIBLIOGRAFI Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.
  • 11. Jeffery anak Menggu. (2003). “Aya Du.” Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147. Haji Razali Yahya. (2010). Karangan Imperatif Tahun 4,5 dan 6. Serdang: Cemerlang Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru, Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Aslina Mamat. (2007). Contoh Karangan Memindahkan Maklumat/Ulasan: PNI Neorun. Sdn. Bhd.