Prosiding jam

6,042 views

Published on

Published in: Education

Prosiding jam

  1. 1. MEMBINA AYAT TUNGGAL JAMILAH BT HAMZAH EN SHEIKH ROSLAM BIN SHEIKH ABDULLAH ABSTRAKKajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam Penulisan Bahasa Melayu.Sampel terdiri daripada 13 orang murid pemulihan Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api, KotaBharu, Kelantan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif jenis kajian tindakan. Empat kaedahdigunakan dalam kajian ini iaitu “Kaedah Gambar Kata, Kaedah Mengeja Kata, Kaedah Buat Apa? danKaedah Kotak Idea” . Instrumen utama yang digunakan ialah praujian dan pascaujian. Dapatan kajian inimenunjukkan berlaku peningkatan pencapaian sampel iaitu daripada kelulusan sebanyak 54 peratus dalampraujian kepada 100 peratus kelulusan dalam pascaujian. Peningkatan purata markah sebanyak 46 peratus.Siri tindakan kaedah yang digunakan terbukti dapat membantu meningkatkan kebolehan sampel dalammembina ayat tunggal. Kebolehan sampel dalan membina ayat juga turut meningkat daripada purata markahsebanyak 40.5 peratus dalam praujian kepada 75.5 peratus dalam pascaujian. Peningkatan sebanyak 35peratus. Hasil kajian ini menunjukkan objektif kajian telah tercapai. Walau bagaimanpun, bimbingan secaraintensif dan secara individu perlu dilakukan bagi memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran ini. Pengenalan Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) adalah amat penting dalamkalangan murid, sebagai teras memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. Pendidikan peringkat rendahmerupakan pendidikan awal kepada murid untuk menguasai kemahiran asas 3M. Hal ini sejajar denganhasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang sertaberkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penguasaankemahiran asas 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi danmenimba ilmu pengetahuan. Murid akan dapat menyatakan dan menghasilkan bahan atau bukti berbentukidea dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri dan meluahkannya, sama adapengalaman, perasaan atau maklumat. Namun, dalam apa juga sistem pendidikan, adalah amat sukar untukmemastikan semua murid berjaya menguasai kemahiran asas 3M ini lantaran keupayaan intelek masing-masing terutamanya dalam menguasai kemahiran menulis. Banyak kajian yang dijalankan mendapatikebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek membina ayat denganbetul dan lengkap. Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian, penekanan atau bimbingan yang sewajarnya,golongan murid ini mungkin gagal dalam memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akanterbenam. Fokus KajianKajian saya dalam meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal ini amat sesuai dengan tahapkebolehan murid Tahun 6 Jaya. Saya telah mengenal pasti masalah dan sikap 13 orang daripada merekayang berpotensi untuk lulus sekiranya dibimbing, secara merujuk guru kelas dan guru mata pelajaran,dokumen-dokumen yang berkaitan seperti meneliti hasil kerja dan buku latihan, serta membuat “post-mortem” kertas jawapan murid dalam Ujian Bulanan Berpusat. Hasil “post-mortem” yang dibuat, sayadapati mereka boleh menulis ayat tetapi dengan pelbagai kesalahan seperti kesalahan ejaan, tanda baca,pemilihan kata yang tidak tepat, dan kesalahan dari segi struktur yang membuat ayat itu tergantung dan sukardifahami. Pemilihan perkataan atau istilah yang salah dan penggunaan bahasa ibunda. Keadaan inimenunjukkan murid-murid ini mempunyai kosa kata yang lemah, kurang membaca dan kurang latihan.Kajian ini amat penting dan saya yakin bahawa kajian ini boleh membantu meningkatkan pencapaian merekadalam membina ayat tunggal. Objektif KajianKajian yang dijalankan ini bertujuan mencapai objektif seperti yang berikut :1. Mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal.2. Murid dapat menguasai kaedah-kaedah yang digunakan bagi meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal.3. Membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.
  2. 2. Soalan KajianBagi mencapai objektif kajian, saya membina persoalan kajian seperti berikut:1. Adakah terdapat peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal?2. Apakah murid dapat menguasai kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan bagi meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal?3. Adakah kebolehan murid membina ayat tunggal meningkat? SOROTAN LITERATURSoroton literatur ialah hasil dapatan yang diperoleh oleh pengkaji-pengkaji yang lalu. Melalui dapatankajian-kajian ini, saya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Berikut adalahbeberapa maklumat tentang kajian lalu berkaitan dengan kemahiran membina ayat. Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003) telah menggunakan teknik S-R 8W1H dalamkajian mereka yang bertajuk “Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk tentang sesuatu topikdengan menggunakan teknik S-R 8W1H” dalam kalangan murid Tahun 3B di Sekolah Rendah JenisKebangsaan Cina Ave Maria, Convent, Ipoh. Murid-murid telah diberi latihan membina ayat denganmenggunakan gambar bersiri, gambar komposisi, membina ayat menggunakan situasi atau topik yang tidakmengunakan kata hubung. Hasil kajian menunjukkan telah berlaku peningkatan dan membuktikankepentingan penggunaan formula dalam pembelajaran. Iskandar Muda bin Ishak (2005), telah menjalankan kajian yang bertajuk “Penggunaan Latih TubiDengan Menggunakan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun LimaMembina Ayat Bahasa Inggeris” di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Padang Piol, 27040 Jerantut, Pahang.Kajian ini dibuat untuk mengatasi masalah 95 orang murid tahun lima dalam membina ayat bahasa Inggeris.Beliau dapat membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat yangbaik dan sempurna melalui ujian PKSR 3. Hasil kajian beliau telah menunjukkan peningkatan dalammembina ayat bahasa Inggeris telah berlaku sebanyak 75 peratus. Azizah Othman dan Samidon Abdullah (2006) pula telah membuat kajian yang bertajuk,“Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Mudah Dengan Struktur Yang Betul Dalam BahasaInggeris Menggunakan Formula „P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2”. Kajian ini telah dijalankan untukmengatasai masalah murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Chamek, Kluang, Johor, dalammembina ayat mudah mengikut struktur yang betul dalam bahasa Inggeris. Penyelidik telah melatih 15 orangmurid tahun enam membina ayat mudah dalam bahasa Inggeris dengan struktur yang betul menggunakankaedah „P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2‟. Kaedah ini didapati berjaya meningkatkan penguasaan muridsebanyak 80 peratus. Selain itu, Habsah bt Nan (2006), telah membuat kajian yang bertajuk “Teknik Four Wifes And OneHusband: Membina Ayat Penyata berdasarkan Gambar Tunggal Atau Bersiri”. Hasil daripada kajian beliauke atas 32 orang murid Tahun Lima Pintar di Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis mendapati bahawapencapaian murid dalam kemahiran murid dalam membina lima ayat penyata berpandukan gambar ataugambar bersiri telah meningkat sebanyak 63 peratus. Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati banyak strategidan kaedah yang boleh kita gunakan bagi membantu murid membina ayat. Kaedah penggunaan kata tanyadan gambar merupakan satu asas penting dalam mencungkil idea murid bagi membina sesuatu ayat. Selainitu, penggunaan teknik latih tubi amat berkesan dalam mengukuhkan kemahiran murid. METODOLOGI KAJIANKajian yang saya jalankan menggunakan jenis kajian tindakan. Data yang dikumpul dianalisis dalam bentukkualitatif dan dihuraikan secara deskriptif. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan dalampenyelidikan saya untuk menyokong dapatan hasil kajian.
  3. 3. Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini, saya telah memilih model Kajian Tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988), yangdipetik daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Model ini menyarankan empat langkah kajiantindakan berdasarkan gelungan iaitu Mereflek (Reflect), Merancang (Plan), Bertindak (Action) danMemerhati (Observe). MEREFLEK Mereflek bagi melihat kekuatan dan kelemahan P&P sendiri MEMERHATI MERANCANG Mengumpul dan Merancang tindakan menganalisis data bagi bagi mengatasi menilai keberkesanan masalah yang GELUNGAN tindakan. dihadapi 1 BERTINDAK ke gelung Melaksana tindakan kedua bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus Rajah 1: Proses Kajian Tindakan Model Kemmis dan Mc Taggart Kumpulan Sasaran Saya menjalankan kajian ke atas 17 orang murid Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api,Kota Bharu, Kelantan.. Kelas ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan.Kelas ini merupakan kelas ketiga yang menempatkan murid-murid yang lemah pencapaian akademiknya.Seramai 13 orang murid berada pada tahap yang sangat lemah dipilih sebagai sampel kajian ini. Pelaksanaan TindakanDi bawah ini ialah peringkat pelaksanaan tindakan yang saya jalankan dalam kajian tindakan ini. Pemerhatian dan mereflek terhadap masalah yang Tindakan 3: Tindakan 4: dihadapi oleh murid Teknik Buat Teknik Kotak Apa? Idea Menjalankan Ujian Diagnostik Menjalankan bagi mengenal Tindakan 2: Teknik pascaujian bagi pasti kebolehan memungut data murid Mengeja Kata selepas tindakan Menjalankan praujian bagi Tindakan 1: Membuat laporan memungut data Teknik tentang dapatan hasil awal sebelum Gambar Kata kajian yang tindakan rawatan dijalankan Rajah 1: Langkah pelaksanaan kajian tindakan
  4. 4. KEPUTUSAN Jadual 1: Penskoran markah GRED PERATUS PENCAPAIAN A 80 -100 Cemerlang B 60 - 79 Baik C 40 - 49 Sederhana D 20-39 Lemah E 0-19 Sangat lemah Jadual 1 menunjukkan skala pemarkahan yang dijadikan penunjuk bagi menilai tahap pencapaiansampel dalam praujian, semasa pelaksanaan tindakan, dan juga semasa pascaujian. Melalui skala ini, sampelyang mendapat markah 80 peratus hingga 100 peratus akan dikategorikan pada tahap cemerlang iaitumewakili gred A. Markah 60 peratus hingga 79 peratus pula dikategorikan pada tahap baik iaitu mewakiligred B. Markah 40 peratus hingga 59 peratus dikategorikan pada tahap sederhana iaitu mewakili gred C dansampel yang mendapat markah 20 peratus hingga 39 peratus dikategorikan pada tahap lemah iaitu mewakiligred D. Manakala markah 0 peratus hingga 19 peratus pula dikategorikan pada tahap sangat lemah iaitumewakili gred E. Dapatan 1 Perbandingan Praujian dan Pascaujian Jadual 2: Perbandingan Keputusan Praujian Dan Pascaujian Praujian Pascaujian JumlahBil Nama Markah(%) Gred Markah%) Gred Perubahan 1. Sampel 1 28 D 76 B +48 2. Sampel 2 17 E 52 C +45 3. Sampel 3 28 D 88 A +60 4. Sampel 4 67 B 76 B +9 5. Sampel 5 56 C 81 A +25 6. Sampel 6 45 C 88 A +43 7. Sampel 7 14 E 74 B +60 8. Sampel 8 21 D 71 B +50 9. Sampel 9 31 D 71 B +40 10. Sampel 10 43 C 62 B +19 11. Sampel 11 41 C 81 A +40 12. Sampel 12 81 A 90 A +9 13. Sampel 13 57 C 71 B +14 Jumlah Lulus: 54% Lulus: 100% +46%Keputusan pascaujian menunjukkan kelulusan sampel sebanyak 100 peratus berbanding dengan praujianyang hanya sebanyak 54 peratus iaitu peningkatan sebanyak 46 peratus. Perubahan ini dapat dilihat denganjelas melalui Jadual Analisis Perbandingan Data Praujian dan Pascaujian di atas. Berikutan denganperubahan dan peningkatan positif yang ditunjukkan oleh sampel melalui pascaujian, objektif kajian sayayang pertama iaitu mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal telah tercapai.
  5. 5. Analisis Perbandingan Praujian dan Pascaujian Jadual 3: Analisis Perbandingan Keputusan Praujian Dan Pascaujian Markah Gred Praujian Pascaujian Perbezaan Tahap % Peningkatan 80-100 A 1 8% 5 38% +30% Cemerlang 70-79 B 1 8% 7 54% +46% Baik 50-69 C 5 38% 1 8% -30% Sederhana 40-49 D 4 30% 0 0 Lemah 0-39 E 2 16% 0 0 Sangat lemah Jadual 3 juga telah menyokong dapatan kajian saya yang pertama. Jadual ini menunjukkanpencapaian sampel mengikut gred. Lima sampel iaitu sebanyak 38 peratus sampel mendapat grea A dalampascaujian, berbanding dengan sati sampel atau sebanyak 8 peratus sampel sahaja dalam praujian.Peningkatan sebanyak 30 peratus. Tujuh sampel atau sebanyak 54 peratus sampel telah mendapat gred Bdalam pascaujian, berbanding dengan hanya 8 peratus sahaja dalam praujian. Peningkatan sebanyak 46peratus. Hanya satu sampel mendapat gred C dalam pasca ujian berbanding dengan 38 peratus dalampraujian, menunjukkan perbezaan sebanyak 30 peratus. Satu peningkatan yang amat baik. Dapatan 2 Analisis Kaedah Tindakan Jadual 4: Analisis Kaedah TindakanBIL NAMA K1 K2 K3 K4 Praujian Pascajian % Pningktn1. Sampel 1 93 73 64 81 28 76 552. Sampel 2 93 50 44 77 17 52 433 Sampel 3 83 77 57 85 28 88 634. Sampel 4 83 80 54 77 67 76 255. Sampel 5 87 63 54 65 56 81 366. Sampel 6 90 67 57 88 45 88 487. Sampel 7 90 53 37 69 14 74 678. Sampel 8 80 67 48 92 21 71 569. Sampel 9 93 67 52 69 31 71 4910. Sampel 10 90 67 57 69 43 62 3511. Sampel 11 100 77 54 77 41 81 4812. Sampel 12 100 97 72 85 81 90 1713 Sampel 13 100 73 85 73 57 71 31Bagi menjawab persoalan yang kedua, saya telah membuat analisis keempat-empat kaedah yang sayagunakan dalam kajian saya. Jadual 4 menunjukkan hasil analisis tersebut. Jadual 4 menunjukkan keempat-empat kaedah yang digunakan ini telah membantu meningkatkan kebolehan sampel membina ayat. Hal inidapat dibuktikan melalui peningkatan pencapaian sampel dalam pascaujian jika dibandingkan dengankeputusan praujian, iaitu sebelum tindakan rawatan dijalankan. Kesemua sampel menunjukkan peningkatanperatusan yang sangat baik. Kesimpulannya, melihat kepada keputusan praujian iaitu sebelum tindakanrawatan dilaksanakan dengan keputusan pascaujian iaitu selepas tindakan rawatan dilaksanakan, didapatibahawa objektif kajian saya yang kedua telah terjawab iaitu kesemua kaedah yang digunakan itu telah dapatmembantu sampel meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.
  6. 6. Dapatan 3 Analisis Peningkatan Kebolehan Sampel dalam Membina Ayat Jadual 5: Analisis Peningkatan Kebolehan Sampel Dalam Membina Ayat Praujian Pascaujian Bil Peningkatan Nama Markah Gred Purata Markah Gred Purata Purata (%) (%) 1. Sampel 1 28 D 2.1 76 B 5.8 3.7 2. Sampel 2 17 E 1.3 52 C 4 2.7 3. Sampel 3 28 D 2.1 88 A 6.8 4.7 4. Sampel 4 67 B 5.1 76 B 5.8 0.7 5. Sampel 5 56 C 4.3 81 A 6.2 1.9 6. Sampel 6 45 C 3.5 88 A 6.8 3.3 7. Sampel 7 14 E 1.1 74 B 5.7 4.6 8. Sampel 8 21 D 1.6 71 B 5.5 3.9 9. Sampel 9 31 D 2.4 71 B 5.5 3.1 10. Sampel 10 43 C 3.3 62 B 4.8 1.5 11. Sampel 11 41 C 3.1 81 A 6.2 3.1 12. Sampel 12 81 A 6.2 90 A 6.9 0.7 13. Sampel 13 57 C 4.4 71 B 5.5 1.1 Jumlah 40.5 75.5 35.0 Berdasarkan jadual 5, terdapat peningkatan purata pencapaian markah bagi sampel 1 hingga sampel13. Purata keseluruhan markah bagi praujian ialah sebanyak 40.5 sementara dalam pascaujian ialahsebanyak 75.5 iaitu peningkatan purata sebanyak 34.0. Peningkatan purata ini menunjukkan berlakunyapeningkatan prestasi sampel dalam membina ayat dan menunjukkan berlakunya proses pembelajaran yangmembolehkan murid menguasai kemahiran yang diajar. Penguasaan kebolehan ini ditunjukkan melaluipeningkatan purata markah yang diperoleh dalam praujian dan pascaujian yang dibuat. Justeru, objektifkajian saya yang ketiga iaitu membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal juga telahtercapai. PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIANDapatan kajian ini menunjukkan bahawa empat siri tindakan yang digunakan telah berjaya membantu muridmeningkatkan kebolehan dan penguasaan mereka dalam membina ayat tunggal. Keempat-empat siritindakan ini saling berkait dan merupakan strategi ansur maju dalam usaha membantu murid membina ayat.Kejayaan kajian saya ini adalah bersandarkan kepada empat siri tindakan yang dijalankan iaitu “KaedahGambar Kata”, “Kaedah Mengeja Kata”, “Kaedah Buat Apa?”, dan “Kaedah Kotak Idea”. Kaedah-kaedahini juga melibatkan kata kunci atau idea utama iaitu “Buat Apa?”. Aktiviti yang dilaksanakan semasa prosespengajaran dan pembelajaran juga melibatkan teknik latih tubi bagi meningkatkan penguasaan murid dalamsetiap kemahiran yang diajar. Kajian saya selari dengan kajian yang dilakukan oleh Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chen(2003) yang menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi dan situasi atau topik untuk membina ayat.Begitu juga dengan Habsah bt. Nan (2006) yang membuat kajian terhadap 32 orang murid tahun lima untukmembina ayat berpandukan gambar atau gambar bersiri. Hasil dapatan kajian Masni Mohamad Saidi danSuen Sau Chen (20003), menunjukkan pencapaian sebanyak 68 peratus, dan Habsah bt. Nan (2006) pulasebanyak 63 peratus. Kajian saya juga ada persamaan dengan kajian yang telah dijalankan oleh IskandarMuda Ishak (2005) dan Nor Idayu Idrus (2005). Iskandar Muda Ishak (2005) telah menggunakan tekniklatih tubi dalam mengatasi masalah kesalahan dari segi struktur membina ayat berdasarkan gambar. Teknik
  7. 7. ini menjadikan murid-murid beliau semakin mahir dan dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baikapabila sering diberi latihan. Kajian beliau telah menunjukkan pencapaian sebanyak 75 peratus. Nor IdayuIshak (2005) pula telah menggunakan teknik latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci dalamkajian beliau bagi meningkatkan pencapaian dan penguasaan murid membina ayat. Kajian beliau telahmenunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 57 peratus. Jelaslah bahawa kaedah-kaedah yang sayajalankan dalam kajian ini amat sesuai dan menyokong dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil refleksi pelaksanaan tindakan membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiransampel dalam semua aspek, seperti mengeja perkataan, menamakan aktiviti, membiasakan diri dengan tandabaca, penggunaan huruf besar dan membina ayat mudah. Teknik penyoalan juga dapat mencetuskan ideasampel dalam membina ayat. Semua kaedah yang dijalankan secara berterusan akan membantu sampelmeningkatkan kemahiran, meminimumkan kesalahan dan menjadikan mereka lebih mahir dan yakin. Cadangan PenambahbaikanMerujuk kepada kajian yang telah saya lakukan, kajian ini amat sesuai dijalankan terhadap murid-murid diperingkat awal bermula dari tahap satu lagi. Asas pembinaan ayat yang kukuh akan melahirkan murid yangcemerlang dalam penulisan. Justeru, kajian ini sepatutnya diperluaskan dengan melibatkan murid pada tahapsatu dengan harapan masalah murid tidak dapat membina ayat pada tahun enam tidak timbul. Tempoh masa juga merupakan satu faktor utama. Kelemahan kajian saya ialah penglibatan muridtahun enam yang sibuk dengan persediaan untuk menghadapi UPSR. Sesetengah murid dan gurumenganggapnya tidak penting kerana membina ayat tunggal berbantukan gambar atau perkataan adalahmudah dan sudah terlambat. Tempoh kajian yang singkat dan masa yang sibuk membuat mereka tertekan,penat, bosan, dan kurang pemberatan. Situasi pembelajaran yang begitu dapat mempengaruhi emosi pelajar.Oleh itu, masa dan tempoh masa yang sesuai juga perlu dipertimbangkan bagi mendapat hasil yang lebihbaik. Selain itu, persediaan yang rapi, kemas dan penyediaan bahan yang sesuai juga perlu dilakukan.Instrumen kajian juga perlu dirancang dan direkod dengan baik dan teratur bagi membuktikan kesahihan dankebolehpercayaan data di samping membantu guru membaiki prestasi dan daerah kelemahan murid. Setiapmaklumat yang direkod dengan baik akan menjadi bukti dan indikator pencapaian sampel bagi mengaturstrategi yang seterusnya bagi menangani masalah sampel. Semoga kajian ini bukan sekadar membantu muriddalam meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam pelajaran, malah turut meningkatkan amalanprofesional guru sebagai pendidik Cadangan Lanjutan Kajian membina ayat tunggal merupakan satu kajian asas atau permulaan bagi murid. Justeru,kajian ini boleh ditingkatkan kepada kajian membina ayat majmuk atau penggunaan kata hubung dalam ayatatau dikukuhkan dengan kajian mengeja perkataan berimbuhan atau penggunaan tanda baca dan huruf besardalam ayat. Setiap kajian mempunyai kepentingannya yang tersendiri.RUJUKANAbdullah Hassan & Ainon Mohamad. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: utusan PublicationsAbdullah Hassan (ed). (1987). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Arbak Othman. (1989). Nahu Bahasa Melayu. Petaling jaya:Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.Azizah Othman & Samidon Abdullah. (2006). Meningkat Kemahiran Pelajar Membina Ayat Mudah dengan Struktur yang Betul dalam Bahasa Inggeris dengan Menggunakan Formula P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diakses pada 31 Mac 2012, daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdfBahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). Putrajaya : BPPPDP, KM.
  8. 8. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan.Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM.Habsah Binti Nan. (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Jurnal Kajian Tindakan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.Iskandar Muda Ishak. (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkat Pencapaian dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Penyelidikan Tindakan IPBA, 17-19 April 2005 di Hotel Garudia, Medan, Indonesia.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.Masni Mohamad Saidi & Suen Sau Chun. (2003). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk Tentang Sesuatu Topik dengan Teknik S-R 8W 1H. Diakses pada 27 Februari 2012, daripada http://www/. sribd.com/doc/25170188/Meningkatkan-Kebolehan-Membina-Ayat-Majmuk Tentang-Sesuatu.Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Nor Idayu. (2005). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.Noresah Bt. Baharom (Ed). (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.

×