1. TUGASAN 1: ANALISIS JURNAL
Nama: Rubiaatu Adawiah Binti Che Harun
No. Matrik: M20111000215
Tajuk Jurnal: “Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran
Dan PembelajaranTatabahasa”
Jurnal ini dihasilkan adalah untuk melihat perkaitan keberkesanan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk penjodoh bilangan
dalam kalangan murid tahun tiga. Pengkaji tertarik untuk melakukan kajian ini kerana beliau
melihat penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu
belum digunakan secara meluas seumpama subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik. Pengkaji menekankan dari konteks tatabahasa kerana ia merupakan unsur asas
yang perlu dipupuk kerana ia merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Oleh sebab itu, ia menjadi cabaran kepada guru sekiranya terdapat murid yang tidak
dapat menguasainya dengan baik. Jadi, penggunaan komputer dengan perisian tatabahasa
penjodoh bilangan yang efektif dapat dijadikan sebagai bahan bantu mengajar.
Keupaayaan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer ternyata
tidak dapat dipertikaikan lagi kerana benyak kajian-kajian lepas menggunakan komputer dan
melihat penguasaan dan pencapaian muridnya menjadi bertambah baik. Misalnya kajian
keberkesanan pembelajaran menggunakan komputer bagi bahasa Perancis sebagai bahasa
kedua di mana kajian yang dijalankan oleh Chenu, Gayraud, Martinie dan Tong (2007)
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor dalam ujian pasca dengan kumpulan yang
belajar secara manual (buku teks dan kuliah). Lebih jelas lagi apabila kajian eksperimen yang
dilakukan oleh Abu Seileek dan Rabab’ah (2007) ke atas 128 orang pelajar di King Saud
University dalam membandingkan pembelajaran Grammar berasaskan komputer (Computer
Based Grammar Instruction) dengan pengajaran Grammar berasaskan guru (Teacher Based
Grammer Instruction) mendapati pembelajaran Grammar berasaskan komputer adalah lebih
efektif.
Oleh itu, pengkaji yakin bahawa kajiannya juga memberi keputusan yang hampir
sama dengan pengkaji lepas di mana penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar
mampu memberi kesan positif terhadap pencapaian murid-murid dalam tatabahasa penjodoh
bilanagan.
2. Persoalan kajian
Kajian ini dilakukan adalah kerana pengkaji ingin mengenal pasti dan menjelaskan
beberapa persoalan kajian yang berikut:
Mengapa penggunaan komputer penting dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu tatabahasa?
Adakah murid-murid dapat menguasai topik penjodoh bilangan selepas menggunakan
komputer dalam pembelajaran?
Bagaimana hubungan penggunaan komputer dalam pengajaran tatabahasa dengan pencapaian
murid?
Kaedah kajian
Kajian ini menggunakan murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan Kuala Lumpur sebagai
sampel kajian. Hanya 2 kelas sahaja dipilih untuk dijadikaan sampel dan pemilihan dilakukan
secara rawak. Kelas-kelas tersebut dikenali sebagai kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan. Kajian ini dijalankan selama sebulan dengan sepuluh kali pertemuan bagi setiap
kumpulan tersebut.
Instrumen kajian adalah set ujian pasca yang mengandungi 32 soalan berkaitan
penjodoh bilangan berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran. Soalan-soalan dalam ujian tersebut telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu teks
dan bergambar. Untuk itu, pengkaji telah menggunakan perisian “Lecture Maker” dalam
pengajaran. Rajah 1 menunjukkan aplikasi perisian tersebut:
3. Rajah 1: Perisian tatabahasa penjodoh bilangan
Dapatan kajian
Skor Ujian penilaian penggal pertama Bahasa melayu bagi kedua-dua kumpulan
tersebut telah dianalisis bagi memperoleh dapatan kajian. Melalui ujian t-tak bersandar
menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan skor ujian penilaian penggal pertama
bahasa melayu antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Ini menunjukkan murid
dari kumpulan-kumpulan tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang seimbang
dalam subjek bahasa melayu.
Seterusnya analisis bagi skor markah ujian pasca iaitu daripada soalan berbentuk
gambar dan teks juga dilakukan bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikan
antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hasil daripada ujian t-tak bersandar
mendapati terdapat perbezaan signifikan skor. Ini bermakna, murid yang mengikuti
pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian “Lecture Maker” bagi tajuk penjodoh
bilangan adalah lebih baik berbanding murid yang didedahkan dengan kaedah kawalan guru.
Kesimpulan
Kamajuan teknologi ternyata banyak memberi manfaat, khasnya dalam bidang pendidikan.
Hari ini, pembelajaran berasaskan kumputer banyak membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana, keadah ini mampu menarik minat pelajar kerana pembelajaran
menjadi lebih menyeronokkan di mana mereka telah keluar dari kaedah tradisional yang
membosankan sebaliknya mereka menjadi berani mencuba. Selain itu, situasi ini juga dapat
menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif di dalam kelas. Oleh sebab itu, penggunaan
komputer menjadi semakin penting digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.